persepsi guru sains dan matematik terhadap … filejutaan terima kasih juga ditujukan kepada...
TRANSCRIPT
PERSEPSI GURU SAINS DAN MATEMATIK TERHADAP PENGGUNAAN
KOMPUTER DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING,
JOHOR – SATU TINJAUAN
NORHISHAM BIN SHAMAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Oktober 2003
iii
Istimewa untuk
Ayah dan ibu yang dikasihi,
Shamat bin madi,
Aminah Bt Tumin,
keluarga yang tersayang,
serta teman-teman
Pengorbanan dan galakan yang diberikan oleh kalian
yang tidak jemu-jemu
menjadi perangsang untuk aku
lebih maju kehadapan.
Jasamu tidak akan terbalas walaupun
Kuhidup seribu tahun
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Alhamdulillah, syukur kehadirat Ilahi kerana dengan lipah kurnianya dapat
saya menyempurnakan penulisan ini dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada En. Md. Yusup B. Kayat selaku pembimbing Projek Srjana Muda ini di atas
segala tunjuk ajar, dorongan dan galakan yang diberikan kepada saya sepanjang
tempoh penghasilan kertas projek ini.
Penghargaan ini juga ditujukan penilai Projek Sarjana Muda yang telah
memberi komen dan cadangan yang membina dalam menyempurnakan penulisan ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua-pengetua dan guru-guru
sains dan matematik sekolah-sekolah menengah daerah Mersing, Johor di atas
kerjasama yang diberikan dalam menjawab soal selidik yang diedarkan
Akhir sekali, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
sesiapa yang terlibat dalam menjayakan penulisan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung.
v
ABSTRAK
Pada masa ini penggunaan komputer di dalam bidang pendidikan sama ada di
peringkat pengajian tinggi mahupun di peringkat sekolah semakin meningkat. Kajian
ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru-guru sains dan matematik terhadap
penggunaan komputer. Beberapa aspek yang dikaji adalah berkaitan dengan
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kemudahan komputer di sekolah. Responden
yang terlibat adalah dari kalangan guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains dan
matematik di semua sekolah-sekolah menengah daerah Mersing. Alat kajian yang
digunakan berbentuk soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu latar
belakang responden dan penyataan. Pernyataan dibuat dengan menggunakan skala
likert lima matra. Analisis dibuat berdasarkan peratusan dan min bagi setiap item
SPSS (Versi 11.5). Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan aspek pengetahuan
dan kemahiran berada pada tahap sederhana manakala aspek sikap dan kemudahan
berada pada tahap yang tinggi dan rendah setiap satunya. Beberapa cadangan dibuat
untuk pengetahuan dan tindakan kepada mereka yang terlibat. Kerjasama daripada
semua pihak adalah diharapkan bagi meningkatkan lagi penggunaan komputer di
kalangan pendidik.
vi
ABSTRACT
Computers are vastly used in the field of education nowadays whether in
the higher level as well as in school. The purpose of study is to look at the perception
of computer being used among science and mathematic teachers. Some aspects to be
look are knowledge, skill, attitude and facilities in schools. All respondents
participated in study are the teaching of science and mathematic subjects within the
district of Mersing. Questionnaire had been used as research tool divided into two
parts as respondent’s background and items. Analysis had been done by a using
frequency and percents of SPSS (version 11.5). In the all study shower that
knowledge and skills aspect were in medium level but attitude and facilities aspect
ware in high and low level every one. Results of the research, some suggestions are
given for the purpose of giving awareness and to see some action taken by the
responsible parties. Cooperation by all parties are involved highly needed to improve
the level of computer as teaching tool among teachers.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
viii
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Penutup 14
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Sejarah Penggunaan Komputer Di Sekolah 16
2.3 Kepentingan Komputer 17
2.3.1 Komputer Dalam Pendidikan. 18
2.3.2 Komputer Dalam Sains Dan Teknologi. 20
2.3.3 Komputer Dalam Perniagaan. 20
2.3.4 Komputer Dalam Industri 22
2.3.5 Komputer Dalam Perubatan. 23
2.3.6 Komputer Dalam Teknologi
Telekomunikasi. 24
2.3.7 Komputer Di Pejabat. 25
2.4 Pengetahuan Tentang Penggunaan
Komputer 26
2.5 Kemahiran Menggunakan Komputer 29
2.6 Sikap Guru Terhadap Komputer 31
2.7 Kemudahan Infrastruktur Di Sekolah 33
2.8 Penutup 35
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Jenis Kajian 36
ix
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Populasi Kajian 37
3.5 Insrumen Kajian 38
3.6 Kajian Rintis 39
3.7 Prosedur Kajian 41
3.8 Kedah Pengumpulan Data 41
3.9 Kaedah Analisis Data 42
3.10 Penutup 43
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisa Data Berkaitan Dengan
Latar Belakang Responden 45
4.2.1 Jantina 45
4.2.2 Keturunan 46
4.2.3 Agama 46
4.2.4 Kelulusan Akademik 47
4.2.5 Mata Pelajaran Yang Diajar Di
Sekolah 48
4.2.6 Bilangan Waktu Mengajar 48
4.2.7 Pengalaman Mengajar 49
4.2.8 Pemilikan Komputer Peribadi Sendiri 50
4.3 Analisa Data Berkaitan Dengan
Aspek Kajian. 50
4.3.1 Aspek Pengetahuan 51
4.3.2 Aspek Kemahiran 53
4.3.3 Aspek Sikap 55
4.3.4 Aspek Kemudahan 58
4.4 Penutup 60
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan 62
5.2.1 Pengetahuan Guru Sains Dan
Matematik Terhadap Penggunaan
Komputer 62
5.2.2 Kemahiran Guru Sains Dan
Matematik Terhadap Penggunaan
Komputer 63
5.2.3 Sikap Guru Sains Dan
Matematik Terhadap Penggunaan
Komputer 65
5.2.4 Kemudahan Di Sekolah yang
Digunakan Oleh Guru Sains dan
Matematik Bagi Proses Pengajaran
dan Pembelajaran. 66
5.3 Rumusan 67
5.4 Cadangan 68
5.4.1 Guru 69
5.4.2 Sekolah 69
5.4.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan 70
5.4.4 Persatuan Ibu Bapa dan Guru 70
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.6 Penutup 71
BIBLIOGRAFI 72
LAMPIRAN 76
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan populasi kajian mengikut sekolah 38
3.2 Item-item kajian mengikut aspek kajian 39
3.3 Hasil dapatan kajian rintis 40
4.1 Taburan responden mengikut keturunan 46
4.2 Taburan responden mengikut agama 46
4.3 Taburan responden mengikut bilangan
waktu mengajar 49
4.4 Taburan responden mengikut pengalaman
mengajar 49
4.5 Data analisa frekuensi dan peratusan responden
bagi aspek pengetahuan 52
4.6 Data analisa frekuensi dan peratusan responden
bagi aspek kemahiran 54
4.7 Data analisa frekuensi dan peratusan responden
bagi aspek sikap 56
4.8 Data analisa frekuensi dan peratusan responden
bagi aspek kemudahan 59
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan responden mengikut jantina 45
4.2 Taburan responden mengikut
kelulusan akademik 47
4.3 Taburan responden mengikut mata
pelajaran yang diajar di sekolah 48
4.4 Taburan responden mengikut
pemilikan komputer 50
xiii
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan dasar
Pendidikan
IT - Information Technology
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KDP - Kursus Dalam Perkhidmatan
PPK - Pusat Perkembangan Komputer
PBK - Pembelajaran Berbantu Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 76
B Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. 82
C Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan Negeri
Johor 84
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang mencerminkan nilai-nilai,
norma-norma, aspirasi dan falsafah sesuatu masyarakat. Oleh yang demikian,
masyarakat yang bertamadun mengadakan sekolah adalah memberi peluang kepada
generasi yang baru untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang dipilih dan
difikirkan penting bagi meningkatkan perkembangan masyarakat. Keberkesanan
sesebuah sekolah bukan sahaja diukur melalui fungsinya sebagai memberi
pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah tetapi juga meliputi pelbagai aspek. Oleh
yang demikian, jika ditinjau secara menyeluruh, usaha yang dijalankan oleh pihak
kerajaan bagi menjadikan ia sebagai sebuah organisasi yang boleh memberi kesan
yang positif kepada pelajar, guru dan masyarakat sentiasa berjalan secara berterusan.
Sejajar dengan kehendak negara menjelang tahun 2020, sains dan teknologi
merupakan satu agenda yang penting. Oleh yang demikian, penekanan terhadap
penguasaan teknologi maklumat di kalangan rakyat Malaysia amat dititikberatkan
khususnya dalam bidang pendidikan. Komitmen untuk menjadikan semua sekolah di
Malaysia sebagai sekolah bestari menjelang tahun 2010 memberikan satu gambaran
yang luas tentang arus perubahan besar yang berlaku di dalam sistem pendidikan
2
negara. Perkembangan ini sejajar dengan aspirasi negara untuk muncul sebagai
sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti.
Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super
Corridor merupakan salah satu strategi ke arah mencapai matlamat bagi mewujudkan
sebuah masyarakat bermaklumat di mana telah menetapkan sekolah bestari sebagai
salah satu dari lapan aplikasi. Selain penggunaan teknologi maklumat dalam aspek
pengurusan dan pentadbiran pendidikan terutamanya di sekolah, gagasan sekolah
bestari juga ini difokuskan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu juga, berbagai-bagai usaha kerajaan bagi menyedarkan
masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Perdana Menteri Malaysia,
Dato’ Seri Mahathir Bin Mohamad menyarankan agar seluruh rakyat Malaysia tidak
kira tua atau muda, di bandar mahu pun di kampung supaya menyokong usaha
kerajaan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan penggunaan teknologi
maklumat. Kesedaran tentang pentingnya teknologi maklumat mendapat sambutan
dari pihak akhbar dengan tersiarnya makalah ‘Computimes’ yang dikeluarkan oleh
‘The News Sraits Times’ dan ‘Megabait' pula dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.
Lagu IT juga sering berkumandang di stesen-stesen radio dan telivisyen.
1.2 Latar Belakang Masalah
Usaha untuk memperkenalkan penggunaan komputer ke dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah membayangkan perubahan yang
dramatik di kalangan guru-guru. Tujuan utamanya adalah untuk memudahkan dan
meningkatkan mutu penyampaian isi pelajaran dalam pengajaran. Oleh yang
demikian penggunaan media komputer masih menjadi suatu matlamat yang elusif
bagi kebanyakan guru-guru.
3
Pedagogi semata-mata tidak boleh mewujudkan sekolah yang cemerlang
dalam IT seperti yang diwar-warkan dewasa ini. Teknologi memainkan peranan yang
penting bukan sahaja dari segi kemudahan pengajaran dan pembelajaran tetapi juga
membantu pengurusan sekolah (Ee Ah Meng, 1998). Namun begitu menurut
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa
kekurangan guru yang terlatih dalam bidang komputer adalah diantara kelemahan
dan kekurangan yang dikenal pasti oleh kerajaan sebagai mengekang kemajuan sains
dan teknologi di negara ini. Kekurangan alat-alat komputer dan pendidikan teknologi
maklumat di peringkat sekolah serta penduduk luar bandar menyebabkan
ketidakmampuan menyalurkan segala maklumat yang diperlukan (Utusan Malaysia,
21 Jun 2002).
Dengan adanya teknologi maklumat di setiap sekolah, proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadikan lebih konkrit dan difahami oleh pelajar. Oleh yang
demikian, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Samsudin,
matlamat dalam pendidikan untuk menjadikan pentadbiran serta kakitangan
sokongan sekolah yang mahir menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
tidak dapat dicapai dalam jangka masa yang pendek disebabkan kekangan kewangan
yang merupakan cabaran paling utama yang dihadapi oleh negara membangun di
dunia (Utusan Malaysia, 26 September 2000).
Kerajaan telah merangka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan
membangun menjelang tahun 2020 nanti. Sehubungan dengan itu, sebuah
masyarakat Malaysia yang progresif dan sainstifik perlu diwujudkan selari dengan
status negara maju tersebut. Walaubagaimanapun hasil kajian yang dibuat oleh Pusat
Maklumat Sains Dan Teknologi Malaysia (Mastic) tentang kesedaran orang awam
tentang sains dan teknologi yang melibatkan 5055 orang dari pelbagai etnik dan
peringkat umur, pada tahun 1996 sehingga kini masih lagi menimbulkan tanda tanya.
Hasil kajian yang diumumkan pada Mei 1997, menunjukkan bahawa hanya
31.2 peratus daripada responden tidak tahu bidang sains dan teknologi. Manakala
32.6 peratus lagi pula mengakui mempunyai pengetahuan am sahaja (Dewan
Masyarakat, September 1999). Walaupun kajian ini dibuat menggunakan sampel
yang kecil berbanding dengan penduduk Malaysia, namun statistik ini boleh
4
dijadikan barometer kepada kita untuk membuat penilaian dan perancangan semula
bagi membina sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju tetapi celik IT.
Di sekolah, Pengetua atau Guru Besar memainkan peranan yang penting
dalam membentuk budaya dan masa depan sesebuah sekolah. Kewibawaan dan
kecekapan Pengetua atau Guru Besar yang tidak berbelah bagi pasti akan mendapat
hasil yang dijangkakan. Namuan yang demikian, satu kajian yang dijalankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terhadap 79 orang pengetua yang
menghadiri Mesyuarat Persediaan Perlaksanaan Sekolah Bestari (Pengetua Sekolah)
pada 23 Jun hingga 6 Ogos 1998 merumuskan hanya 3 peratus daripada mereka
mempunyai kemahiran IT yang baik (Utusan Malaysia, 2 November 1998). Ini
bermakna 97 peratus pengetua yang lain menyatakan mereka langsung tidak
berkemahiran menggunakan teknologi ini. Walaupun mempunyai kemahiran, tetapi
masih lagi di dalam tahap yang terhad. Jika ini berlaku bagaimanakah sesebuah
sekolah dapat melahirkan guru-guru dan pelajar yang celik IT ?
1.3 Penyataan Masalah
Teknologi maklumat atau komputer merupakan alat untuk membantu
manusia khususnya para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komputer
hanya boleh mengajar manusia tetapi tidak boleh mendidik. Kerja mendidik dan
membimbing memerlukan hubungan kemanusiaan yang tidak ada pada mesin seperti
komputer. Maka dengan sebab itulah di zaman teknologi maklumat pada masa ini,
peranan guru semakin mencabar bukan sahaja perlu ilmu yang tinggi dan kemahiran
mengajar malah mesti juga menguasai teknologi ini dengan sebaik mungkin.
Disebabkan kurang pendedahan dan pengetahuan terhadap penggunaan komputer,
dengan ini satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru sains dan
matematik di sekolah-sekolah menengah daerah Mersing.
5
1.4 Persoalan kajian
1.4.1 Adakah pengetahuan guru-guru sains dan matematik terhadap penggunaan
komputer membantu proses pengajaran dan pembelajaran?
1.4.2 Adakah guru-guru sains dan matematik berkemahiran menggunakan
komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran?
1.4.3 Adakah sikap guru-guru dalam penggunaan komputer bagi menyediakan
latihan dan aktiviti dalam pengajaran sains dan metematik?
1.4.4 Adakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah dapat dimanfaatkan
bagi proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik?
1.5 Objektif kajian
1.5.1 Mengenalpasti pengetahuan guru-guru sains dan matematik terhadap
penggunaan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.5.2 Mengenalpasti kemahiran guru-guru sains dan matematik menggunakan
komputer di dalam menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar.
1.5.3 Mengenalpasti sikap guru-guru sains dan matematik terhadap penggunaan
komputer bagi menyediakan latihan dan aktiviti dalam pengajaran sains dan
metematik.
1.5.4 Mengenalpasti kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah bagi
kemudahan guru-guru sains dan matematik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.