persepsi pelajar terhadap aspek keberkesanan …€¦ · secara fizikal bilik-bilik makmal...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BENGKEL
KEMAHIRAN HIDUP DI DAERAH JOHOR BAHARU
MUHAMAD ZAKI BIN ZAKARIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BENGKEL
KEMAHIRAN HIDUP DI DAERAH JOHOR BAHARU
SESI PENGAJIAN: 2006-2009
Saya MUHAMAD ZAKI BIN ZAKARIA
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
NO 70, BLOCK H, RUMAH AWAM, DR MUHAMMAD SUKRI B SAUD CHENDERONG BALAI 36600, TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN.
Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah
memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)
Tandatangan : ………………………………………………….
Nama Penyelia : DR MUHAMMAD SUKRI B SAUD
Tarikh : APRIL 2009
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BENGKEL
KEMAHIRAN HIDUP DI DAERAH JOHOR BAHARU
MUHAMAD ZAKI BIN ZAKARIA
Laporan Projek Ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”
Tandatangan : ………………………………………………….
Nama Penulis : MUHAMAD ZAKI BIN ZAKARIA
Tarikh : APRIL 2009
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan keizinanNya jua, Ku bersyukur atas rahmatNya,
Dengan keizinanNya jua maka dapatlah ku siapkan laporan
Projek Sarjana Muda ini.
Khas buat,
Ibu dan ayah yang disanjungi dan di kasihi,
Doa dan pengorbanan kalian amat ku hargai.
Buat Pensyarah yang disanjungi
( Dr Muhammad Sukri B Saud )
Semoga Allah merahmati tugas mu dalam mendidik anak bangsa
Teristimewa buat isteriku,
Norhafizah bte Manap
Dorongan, pengorbanan, dan kesabaran mu sentiasa mengiringiku.
Buat teman seperjuangan …
Teruskan jalan yang kurintis ini sehingga ke puncak jaya
Jadikanlah kejayaan ini sebagai pendorong buat kalian.
Buat ahli keluargaku,
Bantuan dan sokongan kalian takkan ku lupakan
Semoga ALLAH akan sentiasa memberikan limpah rahmat serta
hidayahNya kepada kalian
PENGHARGAAN
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani
Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana
memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini.
Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak
memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah
penyelia, Dr Muhammad sukri B Saud atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pengetua dan
pelajar yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun
tidak langsung dalam penulisan ini.
Akhir sekali buat ibu, ayah, isteri dan anakku yang tersayang, segala doa
restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah
SWT dan dapat dimanfaatkan.
Sekian, Terima Kasih
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap aspek
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel kemahiran
Hidup di dua buah sekolah menengah di daerah Johor Baharu. Aspek yang dikaji
adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek
persekitaran. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dimana soal selidik digunakan
untuk mendapatkan data daripada 60 orang sampel. Data-data kajian dianalisis
dengan menggunakan “Statistical Package For The Social Science (SPSS)” versi
15. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil
kajian menunjukkan semua aspek yang dikaji telah diamalkan di kedua-dua sekolah
tersebut.
ABSTRACT
This study aimed to survey student's perception on process effectiveness
aspects teaching and learning in Living Skill workshop at two secondary school in
Johor Baharu district. Aspect looked into is facilities equipment aspect, security
aspect, aspects of management and environmental aspect. This is a descriptive type
research which questionnaire has been distributed to 60 sampel to gather data. Data
study analyzed by using “Statistical Package For The Social Science (SPSS)"
version 15.0.Analysis have been translated in frequency and percent.The finding of
this research shows all aspect analysed have been practiced in both schools.
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI LAMPIRAN viii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.9 Kesimpulan 14
BAB 2 SOROTAN PENULISAN MUKA SURAT
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kajian Lepas 16
2.2.1 Aspek kelengkapan peralatan 16
2.2.2 Aspek keselamatan di dalam bengkel 19
2.2.3 Aspek pengurusan di dalam bengkel 21
2.2.4 Aspek persekitaran di dalam bengkel 22
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Prosedur Kajian 27
3.4 Populasi Kajian 28
3.5 Sampel Kajian 28
3.6 Instrumen Kajian 29
3.7 Kajian Rintis 32
3.8 Analisis Data 32
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisa Data 35
4.2.1 Bahagian A 35
4.2.2 Jantina 36
4.2.3 Pencapaian Gred peperiksaan 36
4.2.4 Bahagian B 37
4.2.4.1 Analisa dapatan soalan kajian pertama 38
4.2.4.2 Analisa dapatan soalan kajian kedua 40
4.2.4.3 Analisa dapatan soalan kajian ketiga 42
4.2.4.4 Analisa dapatan soalan kajian keempat 44
4.3 Penutup 45
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 46
5.2 Perbincangan 47
5.3 Perbincangan Latar belakang respondan 48
5.4 Perbincangan soalan kajian pertama 48
5.5 Perbincangan soalan kajian kedua 51
5.6 Perbincangan soalan kajian ketiga 53
5.7 Perbincangan soalan kajian keempat 54
5.8 Rumusan 56
5.9 Cadangan 57
6.0 Cadangan kajian lanjutan 58
6.1 Penutup 59
RUJUKAN 60
LAMPIRAN 63
SENARAI JADUAL
1. Jadual 3.1 Bilangan Responden 29
2. Jadual 3.2 Item persoalan kajian 31
3. Jadual 3.3 Skala Pemeringkatan Likert 31
4. Jadual 3.4 Skala Pemeringkatan likert diterbitkan 33
5. Jadual 4.1 Taburan responden 36
6. jadual 4.2 Pencapaian gred peperiksaan 36
7 Jadual 4.3 Analisa soalan Kajian pertama 38
8 Jadual 4.4 Analisa soalan kajian kedua 40
9 Jadual 4.5 Analisa soalan kajian ketiga 42
10 Jadual 4.6 Analisa soalan kajian keempat 44
SENARAI SINGKATAN
1. KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
2. KHB - Kemahiran Hidup bersepadu
3. KH - Kemahiran Hidup
4. ERT - Ekonomi Rumah Tangga
5. JERI - Jasmani ,emosi , Rohani dan Intelek
6. JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
7. PPD - Pejabat Pendidikan daerah
8. KP - Ketua Panatia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bengkel Kemahiran Hidup adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran
bagi subjek berkenaan.Walau apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, program
pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup tetap berjalan . Impak serta produk
yang dihasilkan daripada perlaksanaan aktiviti – aktiviti di tempat yang tertentu itu
merupakan refleksi suasana makmal yang dibina melalui penyusunan, penggunaan
dan penyelenggaraan alat atau bahan serta langkah langkah mengelakan kemalangan
yang dijalankan dengan teratur bagi melahirkan produk yang berkualiti.
Rekabentuk bengkel Kemahiran Hidup adalah amat dititik beratkan ini kerana
dengan rekabentuk bengkel yang menarik dan kondusif dapat melahirkan minat para
pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan . Menurut
Kamus Dewan (2002) Rekabentuk ialah struktur atau aspek sesuatu binaan yang
merangkumi aspek kesesuaian sesuatu benda yang dihasilkan. Oleh yang demikian
setiap pelajar yang mempraktikkan kemahiran manipulatif, perdagangan dan
keusahawananan serta rekacipta yang menjadi komponen teras dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup harus berada dalam suasana yang bengkel yang sesuai.
2
Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan pelajar memerlukan bilik
yang kondusif di samping memerlukan kelengkapan alat dan bahan yang sesuai.
Secara fizikal bilik-bilik makmal Kemahiran Hidup manipulatif, Ekonomi Rumah
Tangga dan Pertanian yang telah wujud di sekolah pada masa ini adalah berjauhan
dan berasingan antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan pelajar–pelajar
sentiasa bergerak mengikut kesesuaian kerja, bahkan kerap berlaku peralatan dan
juga bahan bahan terpaksa beralih daripada satu makmal ke satu makmal yang lain.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005)
Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan
Vokasional telah menyarankan agar guru-guru Kemahiran hidup dapat mengamalkan
pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kerjasama. Ini bagi
memastikan agar pengurusan makmal Kemahiran Hidup dapat dilakukan dengan
sistematik agar pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak yang
maksimum (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005)
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang
penting untuk menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan .Pengajaran
berkesan dilihat sebagai satu proses penyampaian maklumat dan memberikan
pengalaman yang akan mengubah tingkah laku seorang pelajar secara kekal.
Perubahan tingkah laku seseorang pelajar dapat dilihat dari segi kefahaman dan
kemahiran yang mereka perolehi semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru
.Selain itu, pengajaran berkesan juga ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat
meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar itu sendiri menurut (Hunter,1995
dalam Esah 2003). Jika pelajar itu sendiri mempunyai kesedaran terhadap
pengetahuan mereka, sudah tentu objektif pengajaran akan dapat dicapai dengan
jayanya serta memudahkan pengajaran berlaku di dalam kelas atau pun di bengkel.
Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam
melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika pelajar
berada didalam bengkel.Ianya hendaklah dititikberatkan bukan sahaja ketika
3
melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika pelajar
berada di dalam bengkel.Keselamatan boleh dianggap sebagai satu kebiasaan atau
sebagai satu bentuk sikap yang positif .Ianya tidak akan lahir dengan sendiri kecuali
manusia itu sendirilah yang membentuknya sama ada hendak mengganggapnya
sebagai keutamaan ataupun tidak.Menurut Abu Bakar (1994) dalam Norfariza
(2002), peraturan keselamatan bengkel atau tempat kerja perlu diamalkan dari masa
kesemasa. Untuk mengelakan kemalangan dan kecelakaan ,seseorang harus sedar
dan bertanggungjawab.
Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Perkara ini bersesuaian
dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja -
kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan
komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains,teknik
dan kemahiran (Newble dan Canon,dalam Haslina Yusoff, 2005).
Pada dasarnya, segala bentuk aktiviti di dalam pengurusan bengkel atau bilik
khas akan mempengaruhi hasil dan kepuasan kepada pelaksana dan penguna
bengkel. Aktiviti bagi pengurusan merangkumi aspek-aspek merancang, melaksana,
mengawal dan menilai (Yahya Abdul Hamid, 1989 dalam Haslina Yusoff, (2005).
Pengurusan bengkel yang baik dan teratur bukan sahaja memberikan kebaikan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran malah ia menjadi kebanggaan kepada
guru yang meguruskan perkara tersebut.
4
1.2 Latar belakang masalah
Pada tahun 1991, mata pelajaran teknikal di Sekolah Menengah Rendah yang
terdiri daripada mata pelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains
Pertanian dan Perdagangan telah digantikan mengikut perubahan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah iaitu mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini lebih
menekankan kepada aspek kemahiran dalam kehidupan seharian. Jika sebelum ini ia
diajar secara berasingan dan kini mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah
berkonsepkan penyatuan dalam semua mata pelajaran teknikal gabungan keempat
empat pilihan iaitu kemahiran teknologi, perdagangan dan keusahawanan, pertanian
serta ekonomi rumah tangga (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Ia diubah
supaya semua pelajar perlu mendapat kemahiran asas dalam bidang -bidang tersebut.
Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang ditawarkan di Sekolah
Menengah Tingkatan 1-3 dengan harapan memupuk kepada minat teknologi,
kesedaran ekonomi dan pengurusan diri (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992).
Kemahiran yang dibekalkan merupakan aktiviti yang berguna dalam kehidupan
seharian seperti membuka, memasang, menyelenggara, membaiki kerosakan kecil,
mengurus niaga barang, menanam, menternak, memasak dan menjahit. Ini adalah
hasil kerja tangan yang melatih kemahiran kendiri seseorang individu.
Satu kajian Pusat Perkembangan Kurikulum (2005), sebanyak 96.8%
responden bersetuju bahawa bengkel Kemahiran Hidup harus diselenggara dengan
kemas dan tersusun. Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu
memberi kesan kepada keadaan di makmal dan tugas guru. Beban tugas guru
bertambah dimana tahap pengurusan harus ditingkatkan dan tidak boleh ditahap
lama,menurut Pusat Perkembangan Kurikulum lagi pelbagai masalah timbul apabila
66.7% alatan tidak mencukupi,sebanyak 61.9% pula menyatakan alat tidak
mencukupi menyebabkan kerja amali tidak dapat dijalankan mengikut jadual 88.9%
waktu mengajar terlalu banyak dan 93.6% pula menyatakan kemudahan dan
penyesuaian rekabentuk makmal Kemahiran Hidup perlu diubahsuai.
5
Oleh yang demikian jika keperihatinan dan sikap terhadap kelengkapan
bengkel seperti alatan dan mesin tidak diberi perhatian, sudah tentulah pelbagai
masalah akan timbul seperti kehilangan alatan-alatan dan penyalah gunaan bahan.Ini
adalah merupakan punca utama yang sering berlaku di dalam pengurusan bengkel.
Kejadian ini akan mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu
akibat kekurangan alatan dan bahan untuk melakukan kerja-kerja amali.
Menurut Fong (2000) dalam Hayati (2000), masalah keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang melibatkan orang lain seperti kemalangan yang melibatkan
pelajar sekolah juga merupakan isu sensitif yang memerlukan perhatian yang teliti
dan tindakan yang berkesan perlu diambil.Menurut Spielman (1979) dalam Hayati
(2000), fungsi bengkel sekolah adalah menyerupai fungsi sesebuah industri
kecil.Lascoe(1973) dalam Hayati (2000) juga menyatakan aspek kemalangan industri
mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengurusan bengkel di sekolah, dimana
bengkel sekolah seakan-akan seperti sebuah industri kecil yang mempunyai fungsi
operasi yang sama dengan industri sebenar.
Keselamatan dibengkel sekolah amat penting bagi mengelakan sesi
pengajaran dan pembelajaran terggangu dan mengurangkan keberkesanananya dan
ini menuntut kerjasama dari pihak guru dan juga pelajar.Kebiasaanya,guru akan
memberikan penerangan terhadap amalan keselamatan kerja amali dan langkah
kerjanya sebelum sesuatu amali dijalankan. Pelajar akan diingatkan dari masa
kesemasa supaya mereka dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri
sendiri, orang lain, alatan dan mesin serta persekitaranya.
Menurut Turner (1945) dalam Hayati (2000), walaupun tahap kemalangan
dibengkel sekolah adalah tidak setinggi berbanding dengan industri, namun ia masih
perlu diberi perhatian yang serius kerana kemalangan yang berlaku di bengkel
sekolah juga boleh membawa maut.Ilmu pengetahuan dan kemahiran keselamatan
yang dipelajari di bengkel sekolah adalah amat berguna apabila seseorang pelajar
keluar bekerja pada masa akan datang.Selain itu, OSHA ( Akta dan keselamatan dan
6
kesihatan Pekerja) meletakan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pelajar ke
atas pihak sekolah terutamanya bahagian pengurusan bengkel sekolah.Maka dengan
itu sekolah juga berada di bawah bidang kuasa Akta 514 (Fong, 2000).
Tanggungjawab seseorang guru bukan sahaja melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau bengkel tetapi guru juga harus
sentiasa dapat mengurus dan mengawal tingkah laku pelajar semasa di dalam
bengkel.Ini adalah untuk mengelakan kemalangan dan meningkatkan tahap
keselamatan pelajar-pelajar semasa menggunakan bengkel secara tidak langsung
dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel.
Bengkel yang terdapat disesebuah sekolah mempunyai sistem pengurusannya
yang tersendiri yang dibentuk melalui organisasi dan diketuai oleh ketua panatia bagi
mengelola dan memberi arahan yang selanjutnya.Ketua panatia haruslah membentuk
satu organisasi yang akan berfungsi untuk mengagihkan tugas-tugas kepada guru di
bawah jagaanya.Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali bersandarkan
kepada aktiviti di dalam bengkel. Bagi mendapatkan pengurusan bengkel yang
bersistematik dan teratur, seseorang guru itu perlu belajar untuk mempertingkatkan
pengetahuanya di dalam pengurusan bengkel Eric Hoyle (1980) dalam Wirdawati
(2007) menyatakan ahli profesion perlu mempunyai pengetahuan yang bersistematik
dan pengalaman yang sesuai.Disini jelaslah bahawa pengetahuan itu memainkan
peranan yang penting bagi mendapatkan pengurusan bengkel secara terkawal,
terurus, terancang dan bersistematik. Pengalaman juga merupakan salah satu faktor
yang penting di dalam pengurusan bengkel.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi pelajar
mengenai tahap aspek kelengkapan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan
dan persekitaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bengkel kemahiran
hidup di dua buah sekolah di daerah Johor baharu.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran kemahiran Hidup tidak tertumpu kepada pembelajaran teori
sahaja tetapi juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Seperti sedia maklum,
pembelajaran berbentuk amali dijalankan di dalam bengkel kerana kelengkapan dan
kemudahan yang ada membantu pembelajaran secara amali. Namun, ia bergantung
kepada keadaan kelengkapan yang terdapat di dalam sesebuah bengkel itu menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Guru bengkel bertanggungjawab dalam memastikan pelajar-pelajar
mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa berada di dalam bengkel. ini
adalah untuk menggelakan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini
sekaligus menganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan
bengkel penting dan ia merupakan tanggungjawab yang diserahkan kepada guru
bengkel untuk memastikan bengkel berada dalam keadaan sempurna.
Persekitaran bengkel perlu dititik beratkan agar dapat menimbulkan suasana
yang selesa bagi pelajar mahupun guru. Pengudaraan bagi sesebuah bengkel perlu
diambil kira seperti bukaan tingkap yang ada dan pencahayaan yang cukup untuk
memastikan kerja dijalankan dengan baik. Guru-guru juga perlu memastikan ruang
kerja bagi pelajar adalah sesuai dengan bilangan pelajar yang ada. Oleh yang
demikian, kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi pelajar mengenai tahap
aspek kelengkapan peralatan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di bengkel kemahiran hidup.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar
terhadap aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan
aspek persekitaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah sekolah menengah di
daerah Johor Baharu
8
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti :
1.4.1 Persepsi pelajar mengenai aspek kelengkapan peralatan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bengkel Kemahiran Hidup di dua buah sekolah
Menengah di daerah Johor Baharu.
1.4.2 Persepsi pelajar mengenai aspek keselamatan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah Menengah di
daerah Johor Baharu.
1.4.3 Persepsi pelajar mengenai aspek pengurusan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah Menengah di
daerah Johor Baharu.
1.4.4 Persepsi pelajar mengenai aspek persekitaran dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah Menengah di
daerah Johor Baharu.
9
1.5 Persoalan kajian
Berikut adalah antara persoalan kajian yang dijadikan panduan dalam kajian
yang dijalankan:
1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap aspek kelengkapan peralatan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah
Sekolah Menengah di daerah Johor Baharu?
1.5.2 Apakah persepsi pelajar terhadap aspek keselamatan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah
Menengah di daerah Johor Baharu?
1.5.3 Apakah persepsi pelajar terhadap aspek pengurusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah
Menengah di daerah Johor Baharu ?
1.5.4 Apakah persepsi pelajar terhadap aspek persekitaran dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah
Menengah di daerah Johor Baharu?