persepsi pelajar tingkatan dua terhadap pelaksanaan projek ... · pdf filejahitan. pelaksanaan...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PELAKSANAAN
PROJEK KERJA KURSUS DALAM MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
(EKONOMI RUMAH TANGGA)
DI SEKOLAH DAERAH MANJUNG, PERAK
ZAWANI BINTI MOHAMED
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATITAN : * Potong yang tidak berkenaan **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PELAKSANAAN PROJEK KERJA KURSUS
DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (EKONOMI RUMAH TANGGA) DI SEKOLAH DAERAH MANJUNG, PERAK
SESI PENGAJIAN: 2008-2009
Saya ZAWANI BT MOHAMED_______________________
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penulis: ZAWANI BT MOHAMED Nama Penyelia: PM DR ABD WAHID MUKHARI Alamat Tetap: NO.48 KG BT 3 SEGARI 32200 LUMUT, PERAK Tarikh : __________________________ Tarikh : _________________________
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda.
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ………………………………………………………….
Nama Penyelia : PM DR ABD WAHID BIN MUKHARI
Tarikh : ………………………………………………………….
“ Saya akui karya ini adalah hasil
kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ______________________
Nama Penulis : ZAWANI BT MOHAMED
Tarikh :_______________________
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA TERHADAP PELAKSANAAN PROJEK
KERJA KURSUS DALAM MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
(EKONOMI RUMAH TANGGA) DI SEKOLAH DAERAH MANJUNG, PERAK
ZAWANI BINTI MOHAMED
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
Khas Buat
Ayahanda dan Bonda Tercinta Terima Kasih Atas Segala
Pengorbanan dan Kepayahan Mendidikku Sehingga Anakmu Kini Berada Di Penghujung Menara Gading
Untuk
Rakan-rakan Terima Kasih Di Atas Segala Nasihat Dan Bantuan
Sepanjang Sahabatmu Ini Berjuang Demi Mencapai Cita-Cita
i
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
dapat saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, PM Dr Abd Wahid
Mukhari di atas bimbingan, perbincangan dan pandangan yang diberikan sepanjang
tempioh kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak di atas segala kerjasama
dan maklumat yang disampaikan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua guru-guru dan pelajar
di tiga buah sekolah yang dijadikan tempat kajian iaitu SMK Seri Manjung, SMK
Seri Samudera, dan SMK Tok Perdana atas bantuan dan kerjasama yang diberikan
semasa proses pengumpulan data dijalankan bagi menjalankan kajian ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan projek
penyelidikan ini dan tidak lupa juga kepada ibubapa tercinta serta saudara kandung
yang dikasihi.
ii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti bagaimana persepsi pelajar
terhadap pelaksanaan projek kerja kursus yang dijalankan dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga). Persepsi pelajar terhadap
pelaksanaan projek kerja kursus ini ditinjau dari tiga aspek iaitu keupayaan diri,
peruntukan masa dan aktiviti pembelajaran. Kajian deskriptif ini menggunakan soal
selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 196 orang pelajar Tingkatan Dua dari tiga
buah sekolah menengah di Daerah Manjung, Perak yang terlibat dalam kajian ini.
Dapatan kajian diproses menggunakan Statistical Packages for social Science
(SPSS) versi 16.0 dan dapatan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan
min. Dapatan kajian ini menunjukkan persepsi responden terhadap projek kerja
kursus adalah positif. Kajian ini juga memberikan cadangan untuk menambahbaik
pelaksanaan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(Ekonomi Rumah Tangga) di sekolah dan cadangan untuk kajian lanjutan yang boleh
dilakukan.
iii
ABSTRACT
This study was aimed to identify how students perceive course work project
in Living Skills (Home Economics) subject. The students perception was surveyed
through three aspects that are self ability, time allocation and learning activities in
the implementation of the course work project. This descriptive study used the
questionnaire as the research instrument. There were 196 respondents of Form Two
students from three secondary schools of Manjung district participated in this study.
The data were analyzed using the Statistical Packages for social Science (SPSS)
version 16.0 software and the findings were presented in the form of frequency,
percentages, and mean. The findings indicated that the respondent’s perceptions
towards course work project are positive. This study also proposed suggestions to
improve the implementation of the Living Skills (Home Economics) course work
project at the schools and further studies that can be carried out.
iv
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN
i
ABSTRAK (BAHASA MELAYU) ii
ABSTRACT (BAHASA INGGERIS) iii
KANDUNGAN iv
SENARAI JADUAL viii
SENARAI SINGKATAN ix
1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Terminologi 10
1.9 Penutup 13
v
II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Latar Belakang Kemahiran Hidup Bersepadu 14
2.3 Falsafah Pendidikan Negara Dan Ojektif Mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
16
2.4
Kerelevenan Objektif Kemahiran Hidup Dengan
Falsafah Pendidikan Negara
18
2.5
2.6
2.7
2.8
2.9
Keupayaan diri pelajar
Peruntukan masa
Aktiviti pembelajaran
Kajian-Kajian Terdahulu
Penutup
19
22
23
27
29
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Populasi Kajian 31
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Pembinaan Soal selidik 34
3.6 Kajian Rintis 36
3.7 Prosedur Kajian 36
3.8 Sumber Data Kajian 37
3.9 Cara Menganalisis Data 38
3.10 Kaedah Statistik Deskriptif 38
3.11 Kesimpulan 40
vi
IV
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
4.1 Pengenalan 41
4.2 Dapatan Kajian 41
4.3 Analisis Latar Belakang 42
4.4 Analisis Data Bagi Menjawab Persoalan Kajian 45
4.5 Huraian Berdasarkan Kepada Persoalan Kajian
4.5.1 Persoalan Kajian 1
4.5.2 Persoalan Kajian 2
4.5.3 Persoalan Kajian 3
46
46
50
54
4.6 Kesimpulan 58
V
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan
5.2.1 Rumusan latar belakang responden
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian
60
60
60
5.3 Perbincangan
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden
5.3.2 Perbincangan Hasil Kajian Berdasarkan
Persoalan
Kajian
63
63
64
5.4 Cadangan 70
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 71
VI
BIBLIOGRAFI
72
vii
VII LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 76
B Keputusan Kajian Rintis 82
C Surat BPPDP (EPRD) 84
D Surat Membuat Kajian JPN Perak 87
E Surat Pengenalan Penyelidik 89
viii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.5
Nilai Skala Untuk Setiap Mata
35
3.10 Skor Min Dan Tahap Persepsi 39
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 43
4.3.3 Taburan Pekerjaan Bapa Responden 43
4.3.4 Taburan Pekerjaan Ibu Responden 44
4.3.5 Taburan Pendapatan Ibubapa Responden 44
4.4 Skala Pemeringkatan Likert Kepada Tiga Kategori 45
4.5.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Min
Dan Peratus Bagi Keupayaan Diri
49
4.5.2 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Min
Dan Peratus Bagi Peruntukkan Masa
53
4.5.3 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Min
Dan Peratus Bagi Aktiviti Pembelajaran
57
ix
SENARAI SINGKATAN
KHB Kemahiran Hidup Bersepadu
ERT Ekonomi Rumah Tangga
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
KBSM Kemahiran Berasaskan Sekolah Menengah
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
FPN Falsafah Pendidikan Negara
PMR Penilaian Menengah Rendah
BPPDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang
berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Tiga. Bagi mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti
negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif, mata
pelajaran ini telah dirancang. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan
tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta
sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja.
Tenaga kerja yang berkaliber dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan
negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang melonjak maju dengan
teknologi yang serba canggih. (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 2002).
Perancangan dan pembangunan mata pelajaran ini adalah selaras dengan
semangat disebalik Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan
warganegara yang berpengetahuan serta berakhlak mulia demi menghadapi cabaran
kehidupan masa kini dan masa akan datang.
2
Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan.
Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan
Teknologi yang wajib dipelajari oleh semua murid. Dalam bahagian pilihan pelajar
memilih salah satu daripada empat bidang pembelajaran. Pilihan murid kekal dari
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga.
Ekonomi Rumah Tangga membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran tentang makanan dan pengendalian makanan, masakan, pakaian dan
jahitan. Pelaksanaan projek kerja kursus dalam Pilihan Dua iaitu, Ekonomi Rumah
Tangga bagi pelajar Tingkatan Dua adalah penghasilan projek kerja kayu dan
penghasilan blaus . Selain projek kerja kursus penghasilan projek kerja kayu dan
penghasilan blaus, pelajar membuat kerja amali dalam penyediaan sarapan dan
minum pagi atau minum petang serta berpeluang mereka cipta resepi hidangan
tersebut. Dalam aspek pakaian, murid mengenal pasti jenis fabrik dan memperoleh
kemahiran memilih pakaian. Pelajar menjahit dan menghias blaus untuk kerja
jahitan. (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala
Lumpur, 2002).
Pelaksanaan projek kerja kursus dalam Pilihan Ekonomi Rumah Tangga
mempunyai hala tuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam
kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan.
Dalam menghadapi dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa
berubah, kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk
membolehkan pelajar berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan
secara produktif .
Konsep kesepaduan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang
diterapkan dapat meningkatkan nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang
baik dikalangan pelajar semasa murid menjalankan aktiviti amali dan projek kerja
kursus. Pelajar juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada
3
secara bijak, kreatif dan inventif untuk mencapai matlamat yang diingini. (Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 2002).
Projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ini
dapat membentuk kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan
menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan
komposit daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.
Selain itu pelajar juga dapat menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan
mesin jahit serta memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan
teknik yang betul.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam menentukan kejayaan sesuatu pelaksanaan projek kerja kursus, pelajar
adalah merupakan elemen terpenting sekali yang mana penilaian kejayaan sesuatu
pengajaran ke atas sejauhmana berlakunya perubahan tingkahlaku terhadap pelajar.
Menurut pendapat Newable & Cannon (1989) dalam Fakhri (2003),
memperkatakan pengajaran menggunakan strategi projek memberi kesan yang
mendalam kepada pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran kerana kerja-kerja
praktikal adalah komponen penting dalam pembelajaran yang berteraskan sains dan
teknologi.
Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu peruntukan masa yang
diberikan ialah tiga waktu seminggu yang mengandungi 105 minit. Masa yang
diperuntukkan ini sememangnya singkat bagi satu matapelajaran yang bercorak
amali di mana terdapat penggunaan alatan bagi menghasilkan sesuatu projek tertentu.
Kebolehan dan keupayaan pelajar adalah berbeza-beza. Terdapat pelajar yang cepat
4
menguasai kemahiran dan terdapat juga yang agak lemah dalam kemahiran praktis
yang hendak disampaikan. (Fakhri , 2003)
Hasil kajian Azizi (1999), mendapati pengagihan waktu seminggu di dalam
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tidak seragam. Ini semua bergantung
kepada budi bicara pihak pentadbir sekolah. Dalam penyediaan jadual waktu, faktor
kesesuaian mata pelajaran perlu dipertimbangkan untuk memenuhi kehendak mata
pelajaran tersebut. Didapati dalam kajian, Ketua panitia Kemahiran Hidup Bersepadu
ada menyediakan jawatankuasa penyusunan jadual waktu bagi memudahkan mereka
menyusun jadual waktu. Penjadualan waktu pengajaran haruslah disusun dengan
baik supaya mata pelajaran itu dapat disampaikan pada waktu yang sesuai kepada
pelajar. Disamping itu, jadual waktu yang tersusun kurang merumitkan pelaksanaan
pengajaran.
Persekitaran pembelajaran mengikut The Malaysian Smart School iaitu “ A
Conceptual Blueprint (1997) 46-88.”, menekankan antara strategi pembelajaran
adalah strategi Konteks Luaran iaitu belajar melalui aktiviti amali, bengkel dan
melakukan sendiri. ( Ab. Rahim Selamat, 2000). Belajar melalui aktiviti amali adalah
lebih menarik kerana pelajar dapat melihat dan merasa sendiri. Ini akan memudahkan
lagi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Kurikulum Berasaskan Sekolah Menengah (KBSM), kaedah
pengajaran perlu selaras dengan gaya belajar pelajar. Ada yang cekap melalui kaedah
dengar dan lihat, ada yang lebih berkesan melalui kaedah perbincangan, membuat
projek, bersoal jawab, membaca sendiri dan sebagainya. ( Ab. Rahim Selamat,
2000). Oleh itu kepelbagaian aktiviti dalam pengajaran dapat memudahkan
pembelajaran pelajar yang mempunyai kaedah pemahaman yang berbeza-beza.
Menurut Marison (1997) dalam Ab. Rahim Selamat (2000), mengatakan
pengajaran yang berkualiti mempunyai ciri keberkesanan apabila aktiviti belajar
5
yang dipilih menggalakkan pembelajaran dan aktiviti pembelajaran menarik dan
mencabar.
Fowziah (1995), mendapati kebanyakan guru menggunakan teknik yang
sama, iaitu pengajaran secara kuliah yang pada keseluruhannya tidak dijalankan
dengan berkesan. Kenyataan ini menegaskan bahawa aktiviti belajar dalam sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dipelbagaikan.
Kajian Fullan (1992) dalam Azizi (1999) pula menunjukkan guru-guru terlalu
bergantung kepada beberapa strategi pengajaran yang terhad seperti perbincangan,
pemerhatian, kuliah dan laporan pelajar, sedangkan aktiviti-aktiviti di luar bilik
darjah dan penggunaan makmal kurang dimanfaatkan. Sharifuddin (1996) yang
mengkaji strategi yang digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran yang membuat
penyelidikan bahawa teknik kuliah dan perbincangan yang mereka gunakan telah
menimbulkan keraguan dari segi hasil pembelajaran kerana teknik-teknik tersebut
kurang sesuai untuk melatih kemahiran amali. Oleh itu aktiviti kerja amali perlulah
dilakukan di bengkel yang sepatutnya bagi memudahkan projek kerja kursus
dilaksanakan dengan sempurna.
Dalam menjayakan projek kerja kursus keupayaan diri pelajar mempengaruhi
akan kejayaan sesuatu projek itu. Keupayaan diri adalah orientasi yang dipelajari
atau yang dipaksakan terhadap sesuatu objek atau situasi yang menimbulkan
kecenderungan tindakbalas yang menggalakkan atau tidak menggalakkan terhadap
objek atau situasi sebenar. Keupayaan diri yang tersendiri yang dimiliki oleh setiap
orang merupakan penentu kepada kejayaan seseorang. Ia memainkan peranan
penting dalam menarik minat seseorang terhadap sesuatu bidang yang diceburi. ( Siti
Asiah, 2006 )
Menurut Abu Zahari (1988) minat dan kecenderungan manusia memainkan
peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian pembelajaran seseorang.
6
Minat yang telah dibangkitkan dalam sesuatu bidang mata pelajaran mungkin dapat
membuat pelajar terus berfikir dalam lapangan itu sehinggalah dia menguasai mata
pelajaran tersebut.
Bagi pelajar yang mempunyai minat yang mendalam dalam menjalankan
projek kerja kursus, tiada masalah bagi mereka untuk menjayakan projek kerja
kursus yang diberikan. Manakala bagi pelajar yang kurang berminat dalam
melakukan projek kerja kursus, program ini akan dianggap sebagai beban.
Menurut Rahmah ( Jabatan Ekonomi Dan Penbangunan UKM ) menyatakan
“ Kemahiran Sains dan Teknologi amat penting agar pelajar mampu bersaing kerana
penggunaan teknologi yang semakin tinggi akan meningkatkan permintaan tenaga
kerja dalam bidang teknologi ”. (Utusan Malaysia 30 hb Julai 2002 dalam Asiah,
2006)
Antara asas – asas untuk berjaya dalam hidup ialah imej diri, personaliti yang
baik dan keyakinan terhadap kebolehan diri. Seseorang pelajar yang ingin berjaya
mestilah menonjol keupayaan diri mereka melalui penampilan imej diri yang
menarik, bertanggungjawab, jujur dan sikap yang baik. Selain itu seseorang pelajar
itu hendaklah tahu di mana kekuatan diri dan ciri – ciri istimewa dalam diri mereka
serta sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan. ( Siti
Normala Jamari, 1992)
Menurut hasil kajian Azizi (1999), didapati kebanyakkan guru tidak
mengikut peraturan dalam penilaian projek kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu
seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Di antaranya ialah
membenarkan pelajar berbincang, menolong pelajar lain untuk menyiapkan kerja
projek, membenarkan pelajar membawa balik kerja projek dan siapkan di rumah
serta memberi markah yang tinggi pada projek bagi memastikan peratus kelulusan
adalah tinggi. Sikap segelintir guru yang tidak amanah ini memberi kesempatan
7
kepada pelajar untuk mengambil jalan mudah untuk menyiapkan kerja kursus ini
tanpa hasil usaha sendiri.
Fenomena guru tidak mengikut peraturan dalam penilaian projek kerja kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu dapat dikukuhkan lagi dengan kajian Mardevan (1990)
dan Fowziah (1991) dalam Azizi (1999), yang menyatakan dalam pelaksanaan
Kemahiran Hidup Bersepadu, peruntukan waktu belajar tidak mencukupi dengan
projek amali yang terpaksa disiapkan oleh murid-murid. Implikasinya murid-murid
terpaksa membawa balik kerja projek ke rumah dan akhirnya masa yang sepatutnya
digunakan untuk mengulang kaji di rumah telah digunakan untuk menyiapkan projek
tersebut. Mengikut Ramlah (1992), murid-murid kadang-kadang terpaksa
menyiapkan kerja projek sehingga dua minggu di rumah kerana peruntukan masa
yang digunakan di sekolah tidak mencukupi untuk menyiapkan kerja tersebut. Di sini
perancangan perlu dibuat agar pelaksanaan sesuatu program dapat dijalankan dengan
lebih teratur dan memberi manfaat kepada murid-murid. (Sharifah, 1990).
Justeru itu, dengan adanya pelaksanaan projek kerja kursus, pelbagai
persepsi pelajar terhadap peruntukan masa, aktiviti pembelajaran dan keupayaan diri
dalam pelaksanaan projek kerja kursus dapat dilihat. Persepsi pelajar yang
dipengaruhi oleh faktor-faktor tersebut perlu diberikan perhatian supaya proses
pengajaran dan pembelajaran akan terus berjalan dengan lancar selaras hasrat
kerajaan yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.3 Penyataan Masalah
Dalam pelaksanaan program Kemahiran Hidup Bersepadu, kerja-kerja amali
seperti projek kerja kursus memerlukan perhatian yang lebih oleh pihak sekolah dan
8
pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap
pelaksanaan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.
1.4 Persoalan Kajian
1. Apakah persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap keupayaan diri dalam
melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.
2. Apakah persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap peruntukan masa yang
ditetapkan dalam melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah
Manjung, Perak.
3. Apakah persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap aktiviti pembelajaran dalam
melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.
1.5 Objektif Kajian
1. Mengetahui persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap keupayaan diri dalam
melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.
2. Mengetahui persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap peruntukan masa yang
ditetapkan dalam melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung,
Perak.
3. Mengetahui persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap aktiviti pembelajaran dalam
melaksanakan projek kerja kursus dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(Ekonomi Rumah Tangga) disekolah Daerah Manjung, Perak.