persepsi pelajar universiti teknologi malaysia … filepersepsi pelajar universiti teknologi...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
DALAM BAHASA INGGERIS
TUAH BIN ISHAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM
BAHASA INGGERIS
TUAH BIN ISHAK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
PENGHARGAAN
Syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat
saya menyiapkan laporan kajian ini dengan sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia
pembimbing Profesor Madya Dr. Mohini Mohamed atas segala pertolongan,
bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna sepanjang tempoh penyeliaan ini.
Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga ditujukan kepada saudara Mohd
Khairrul Mohd Suhaimi dan saudari Norzawati Abd Wahab yang membantu dalam
pengedaran soal-selidik kepada para responden. Penghargaan juga ditujukan kepada
para pelajar yang terlibat dalam kajian ini atas kesudian meluangkan masa membantu
menjawab set soal selidik.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua rakan
seperjuangan 4 SPN PKPG sesi 2005/2006 dan semua pihak yang tidak dinyatakan
yang turut sama membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan kajian ini.
iv
ABSTRAK
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris (PPSMI) telah mendapat perhatian bukan sahaja para penyelidik
bahkan para ibu bapa, pelajar dan para guru. Dalam konteks kajian ini, tiga aspek
iaitu kesediaan, minat dan keyakinan pelajar telah dikaji. Seramai 309 orang pelajar
tahun tiga daripada Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah terlibat dalam
kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan, minat dan
keyakinan pelajar adalah set soal selidik yang mengandungi 34 item berskala Likert
yang mempunyai lima pilihan respon beserta dua soalan terbuka. Nilai
kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.895. Analisa statistik deskriptif telah
digunakan dalam tatacara menganalisa data. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan,
minat dan keyakinan pelajar adalah pada tahap sederhana dan kurang memuaskan.
Hubungan antara aspek-aspek kajian pula adalah sederhana tetapi signifikan.
Walaubagaimanapun, majoriti pelajar bersetuju dengan perlaksanaan polisi terbabit
dan menyatakan bahawa ianya penting bagi penguasaan bahasa Inggeris serta kerjaya
dan masa depan mereka.
v
ABSTRACT
The implementation of English in Teachings of Mathematics and Science
(ETeMS) has attracted not only researchers’ but parents’, students’ and teachers’
attention. Three aspects – students’ readiness, enthusiasm and confidence were
considered in this study. A total of 309 third year students from Fakulti Pendidikan,
Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal in the Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor were involved in this study. Instrument used to measure the
level of students’ readiness, enthusiasm and confidence was a questionnaire
containing 34 items with five choices of response using Likert Scale along with two
open ended questions. Reliability value of the instrument was α = 0.895. Descriptive
statistics in the form of frequency, percentage and mean were used in the data
analysis. As a whole, the results of this study showed that the level of students’
readiness, enthusiasm and confidence were average and less satisfactory. Correlation
between the three aspects was also average but significant. However, the majority of
the students’ agreed with the implementation of the policy and stated that it is
important in improving their command of English and is necessary for future
undertakings.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Penghargaan iii
Abstrak iv
Abstract v
Kandungan vi
Senarai Jadual x
Senarai Singkatan xii
Senarai Lampiran xiii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang masalah 2
1.3 Pernyataan masalah 3
1.4 Objektif kajian 4
1.5 Persoalan kajian 4
1.6 Rasional kajian 5
1.7 Skop kajian 5
1.8 Daftar istilah 6
1.9 Penutup 7
vii
2 SOROTAN PENULISAN 8
2.1 Pendahuluan 8
2.2 Pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris 8
2.3 Kesediaan pelajar 10
2.4 Minat pelajar 12
2.5 Keyakinan pelajar 13
2.6 Penutup 14
3 TATACARA KAJIAN 15
3.1 Pendahuluan 15
3.2 Reka bentuk kajian 15
3.3 Lokasi kajian 16
3.4 Populasi dan sampel kajian 16
3.5 Alat kajian 17
3.6 Kajian rintis 19
3.7 Analisa dapatan kajian 20
3.8 Jangkamasa kajian 21
3.9 Penutup 22
4 DAPATAN KAJIAN 23
4.1 Pendahuluan 23
4.2 Latar belakang responden 24
4.2.1 Taburan responden mengikut
jantina 24
4.2.2 Taburan responden mengikut
bangsa 25
4.2.3 Taburan responden mengikut
pendidikan pra universiti 25
4.2.4 Taburan responden mengikut
fakulti 26
4.3 Bahagian B: Item-item soalan 27
viii
4.4 Persepsi pelajar daripada aspek
kesediaan 27
4.4.1 Analisa tahap kesediaan pelajar 28
4.4.2 Analisa tahap kesediaan pelajar
mengikut jantina 28
4.4.3 Analisa tahap kesediaan pelajar
mengikut keturunan 29
4.4.4 Analisa tahap kesediaan pelajar
mengikut pendidikan pra-universiti 29
4.4.5 Analisa tahap kesediaan pelajar
mengikut fakulti 30
4.4.6 Analisa perbezaan kesediaan
pelajar dengan jantina 30
4.5 Persepsi pelajar daripada aspek minat 31
4.5.1 Analisa tahap minat pelajar 32
4.5.2 Analisa tahap minat pelajar
mengikut jantina 32
4.5.3 Analisa tahap minat pelajar
mengikut keturunan 33
4.5.4 Analisa tahap minat pelajar
mengikut pendidikan pra-universiti 33
4.5.5 Analisa tahap minat pelajar
mengikut fakulti 34
4.5.6 Analisa perbezaan minat pelajar
dengan jantina 34
4.6 Persepsi pelajar daripada aspek keyakinan 35
4.6.1 Analisa tahap keyakinan pelajar 36
4.6.2 Analisa tahap keyakinan pelajar
mengikut jantina 36
4.6.3 Analisa tahap keyakinan pelajar
mengikut keturunan 37
4.6.4 Analisa tahap keyakinan pelajar
mengikut pendidikan pra-universiti 37
ix
4.6.5 Analisa tahap keyakinan pelajar
mengikut fakulti 38
4.6.6 Analisa perbezaan keyakinan pelajar
dengan jantina 38
4.7 Analisa hubungan antara aspek-aspek kajian 39
4.8 Analisa soalan-soalan terbuka 40
4.9 Penutup 41
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 42
5.1 Pendahuluan 42
5.2 Perbincangan 42
5.2.1 Persoalan pertama 43
5.2.2 Persoalan kedua 44
5.2.3 Persoalan ketiga 45
5.2.4 Persoalan keempat 46
5.3 Rumusan 47
5.3.1 Latar belakang responden 47
5.3.2 Aspek kesediaan pelajar 48
5.3.3 Aspek minat pelajar 48
5.3.4 Aspek keyakinan pelajar 48
5.3.5 Keseluruhan aspek-aspek kajian 49
5.3.6 Soalan terbuka 50
5.4 Cadangan 51
5.4.1 Kepada pengubal dasar 51
5.4.2 Kepada pihak pengajar 52
5.4.3 Kepada pelajar dan ibu bapa 52
5.5 Cadangan kajian lanjutan 53
5.6 Penutup 54
RUJUKAN 55
LAMPIRAN A-C 57 - 62
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual pembahagian bilangan soal selidik 17
3.2 Skala Likert 18
3.3 Taburan item soal selidik kajian mengikut aspek 19
3.4 Tahap aspek kajian berdasarkan min skor 20
3.5 Jadual ringkas pengujian statistik 21
4.1 Taburan responden mengikut jantina 24
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 25
4.3 Taburan responden mengikut pendidikan pra-universiti 26
4.4 Taburan responden mengikut fakulti 26
4.5 Min persepsi pelajar daripada aspek kesediaan 27
4.6 Tahap kesediaan pelajar 28
4.7 Tahap kesediaan pelajar mengikut jantina 28
4.8 Tahap kesediaan pelajar mengikut keturunan 29
4.9 Tahap kesediaan pelajar mengikut pendidikan pra universiti 29
4.10 Tahap kesediaan pelajar mengikut fakulti 30
4.11 Perbezaan antara aspek kesediaan dengan jantina pelajar 30
4.12 Min persepsi pelajar daripada aspek minat 31
4.13 Tahap minat pelajar 32
4.14 Tahap minat pelajar mengikut jantina 32
4.15 Tahap minat pelajar mengikut keturunan 33
4.16 Tahap minat pelajar mengikut pendidikan pra-universiti 33
4.17 Tahap minat pelajat mengikut fakulti 34
4.18 Perbezaan antara aspek minat dengan jantina pelajar 34
4.19 Min persepsi pelajar daripada aspek keyakinan 35
4.20 Tahap keyakinan pelajar 36
4.21 Tahap keyakinan pelajar mengikut jantina 36
xi
4.22 Tahap keyakinan pelajar mengikut keturunan 37
4.23 Tahap keyakinan pelajar mengikut pendidikan pra-universiti 37
4.24 Tahap keyakinan pelajar mengikut fakulti 38
4.25 Perbezaan antara aspek keyakinan dengan jantina pelajar 38
4.26 Hubungan antara kesediaan dan minat pelajar 39
4.27 Hubungan antara kesediaan dan keyakinan pelajar 39
4.28 Hubungan antara minat dan keyakinan pelajar 39
4.29 Analisa kekerapan item 39 40
5.2 Nilai min bagi setiap konstruk 48
xii
SENARAI SINGKATAN
ETeMS English in Teachings of Mathematics and Science
PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru
PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris
SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPSS Statistical Packages for Social Science
STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 56
B Keputusan Analisa Kebolehpercayaan 60
C Surat akuan pelajar 61
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Bahasa Malaysia ialah Bahasa Kebangsaan sementara bahasa Inggeris pula
digunakan dengan meluas di Malaysia pada masa ini sama ada oleh pihak kerajaan
mahupun pihak swasta. Keperluan kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan
seharian semakin ketara dengan kemajuan teknologi serta pembukaan pasaran dunia
yang menjurus kepada pasaran terbuka. Masyarakat Jepun yang dahulunya terkenal
fanatik dengan bahasa mereka juga telah mula berubah dan cenderung kepada bahasa
Inggeris (Blair, 1997). Fenomena ini memerlukan interaksi serta komunikasi yang
berkesan dalam bahasa Inggeris terutamanya jika ia melibatkan pihak luar yang tidak
fasih berkomukasi dengan Bahasa Malaysia. Bahasa Inggeris pula dilihat sebagai
satu bahasa yang diterima pakai oleh hampir semua masyarakat di dunia dalam
hampir semua aspek kehidupan seperti sains dan teknologi, ekonomi dan
perdagangan serta sosial dan budaya.
Menyedari bahawa pada masa akan datang pasaran terbuka yang tidak dapat
tidak terpaksa diharungi oleh Malaysia, pemimpin negara pada awal abad ini telah
menekankan tentang pentingnya bagi rakyat Malaysia terutama generasi muda
bersedia untuk bersaing dengan masyarakat antarabangsa dalam semua segi. Negara-
negara yang meningkat maju seperti China sudah mula menyedari akan hakikat ini
dan para saintis mereka berlumba-lumba meningkatkan kemahiran berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris (O’Connor dan Cargill, 2006). Keperluan ini semakin ketara
kerana bukan hanya setakat untuk mempertahankan kedudukan syarikat-syarikat
tempatan daripada diambil alih oleh pelabur-pelabur dari luar negara bahkan ianya
perlu untuk syarikat-syarikat tempatan serta individu-individu di Malaysia amnya
untuk mencari peluang yang lebih luas di luar negara.
2
1.2 Latar belakang masalah
Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan polisi penggunaan bahasa Inggeris
dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik pada hampir
semua peringkat persekolahan sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi di institusi-
institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta. Selain daripada berupaya kekal
relevan dengan pengetahuan yang kebanyakannya didapati dalam bahasa Inggeris,
ianya juga diharap dapat memperbaiki kemahiran pelajar menggunakan bahasa
Inggeris (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).
Pelaksanaan polisi yang dimulakan pada 2003 yang melibatkan pelajar-
pelajar tahun satu, tingkatan satu serta peringkat tingkatan enam rendah telah
menerima pelbagai reaksi daripada semua lapisan masyarakat. Ianya mendapat
tentangan yang hebat terutamanya daripada aktivis-aktivis Melayu, Cina dan India
yang ingin memperjuangkan penggunaan bahasa ibunda masing-masing dalam
pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik terutamanya pada
peringkat sekolah rendah.
Apabila pelajar-pelajar di Malaysia memasuki alam pendidikan tinggi di
peringkat universiti, mereka sepatutnya sudah terdedah dengan pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran bahasa Inggeris sekurang-kurangnya selama 13 tahun.
Malangnya, kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar yang ada
sekarang adalah sangat tidak memuaskan. Ini sesuai dengan dapatan Evans dan
Green (2007), yang mana pelajar-pelajar universiti di Hong Kong yang sepatutnya
telah mempelajari bahasa Inggeris selama 13 tahun didapati masih sukar untuk
memahami perkataan-perkataan yang spesifik kepada matapelajaran yang mereka
pelajari. Cadangan untuk mendedahkan mereka dengan istilah-istilah inilah yang
barangkali telah mencetuskan idea pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris.
Sehingga sekarang, masih terdapat perbincangan yang berterusan bukan
hanya pada peringkat pembuat dasar dan golongan bijak pandai, malah ibu bapa serta
pelajar yang terlibat secara langsung dengan perlaksaan polisi tersebut turut
3
menyatakan pendirian serta pendapat masing-masing menerusi pelbagai saluran
media yang terdapat di negara ini. Apatah lagi dengan janji kerajaan yang akan
menimbangkan semula polisi berkenaan pada akhir 2008, pelbagai pihak
terutamanya ahli politik dan akademik telah mengambil bahagian yang aktif untuk
mempengaruhi kesan penilaian semula polisi tersebut yang akan dapat diketahui
pada awal 2009.
1.3 Pernyataan masalah
Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi merupakan golongan barisan
hadapan yang akan menentukan masa depan negara dan bangsa. Kebolehan mereka
untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik adalah sangat penting dan
kritikal dalam memastikan negara tidak ketinggalan pada masa akan datang. Ianya
juga adalah untuk memastikan bahawa mereka menepati kehendak pasaran kerja
yang semakin sengit persaingannya yang menuntut kepada pekerja yang bukan hanya
berpengetahuan dan berkemahiran, bahkan berkebolehan untuk bertutur serta
menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar-pelajar Universiti
Teknologi Malaysia terhadap pengajaran dan pembelajaran matapelajaran berkaitan
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris daripada segi kesediaan, minat serta
keyakinan pelajar itu sendiri. Ketiga-tiga aspek ini merupakan aspek-aspek penting
yang perlu ada pada seseorang pelajar yang akan akhirnya menentukan kejayaannya
dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran yang dihadapinya.
Dengan memahami persepsi pelajar daripada aspek-aspek yang tersebut,
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran berkaitan Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dapat dijalankan dengan lebih baik dengan
mengambil kira satu pihak daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam
polisi yang tersebut iaitu pelajar.
4
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar UTM terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris daripada aspek
kesediaan pelajar
2. Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar UTM terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris daripada aspek
minat pelajar
3. Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar UTM terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris daripada aspek
keyakinan pelajar
4. Mengenalpasti hubungan antara aspek-aspek kesediaan, minat dan
keyakinan pelajar-pelajar UTM dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Inggeris
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab persoalan seperti berikut:
1. Apakah persepsi pelajar-pelajar UTM terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris daripada aspek
kesediaan pelajar?
2. Apakah persepsi pelajar-pelajar UTM terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris daripada aspek
minat pelajar?
5
3. Apakah persepsi pelajar-pelajar UTM terhadap pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris daripada aspek
keyakinan pelajar?
4. Apakah hubungan antara aspek-aspek kesediaan, minat dan keyakinan
pelajar-pelajar UTM dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris?
1.6 Rasional kajian
Kajian ini dilakukan dengan menyedari bahawa kepentingan bahasa Inggeris
dalam menguasai pengetahuan berkaitan sains dan teknologi oleh para pelajar adalah
tidak dapat dinafikan lagi. Pelajar-pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi juga
berhadapan dengan permintaan dan harapan yang semakin tinggi dan rumit daripada
masyarakat demi memenuhi aspirasi negara.
Kajian ini akan dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan dengan
pelaksanaan polisi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran berkaitan Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris pada semua peringkat pelaksanaan terutamanya di
insitusi-institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.
1.7 Skop kajian
Kajian dilakukan hanya merangkumi pelajar-pelajar tahun tiga UTM meliputi
Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Kampus
Utama Skudai, Johor Bahru. Ianya juga hanya menjurus kepada tiga perkara yang
utama iaitu kesediaan, minat dan keyakinan pelajar dalam menghadapi pengajaran
dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris dalam matapelajaran yang berkaitan Sains
dan Matematik.