persepsi staf sokongan fakulti pendidikan, … · keseimbangan kumpulan makanan yang dicadangkan...
TRANSCRIPT
PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP AMALAN SARAPAN PAGI.
SHAMLAH A/P VISFALINGAM
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
2008
ii
DEDIKASI
Buatmu ibu dan ayah yang dikasih,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
Serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini...
Buatmu pebimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan
Tidak akan kulupai...
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
Akan kukenangi selamanya...
iii
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia
projek sarjana muda, Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said di atas bimbingan, tunjuk
ajar dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada staf-staf sokongan, Fakulti
Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran
borang soal selidik .Kerjasama dan bantuan daripada mereka amatlah dihargai.
Akhir sekali,saya ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya
yang sentiasa memberikan sokongan moral sepanjang saya menyiapkan projek
penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian yang telah dijalankan merupakan satu tinjauan untuk mengetahui persepsi
staf sokongan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 49 orang
staf sokongan dipilih dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia untuk
tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal
selidik yang mengandungi 36 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian
rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.859. Data telah dianalisis secara statistik
diskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS)
13.0 For Windows. Kajian mendapati, staf sokongan Fakulti Pendidikan mengamalkan
pengambilan sarapan pagi dan responden turut mempunyai pengetahuan mengenai
kepentingan pengambilan sarapan pagi. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa
ramai staf sokongan sedar akan kesan amalan pengambilan sarapan pagi kepada aspek
kesihatan dan tugas yang dilakukan. Kajian ini mencadangkan agar usaha-usaha
dilakukan untuk mempertingkatkan amalan pengambilan sarapan pagi agar amalan ini
berterusan dan seterusnya dapat melahirkan satu budaya yang mempunyai gaya hidup
yang sihat.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to investigate the perception of non-academic
staffs breakfast habits in the Faculty of Education, University of Technology Malaysia.
49 respondents from Faculty of Education staffs had been selected to participate in this
research. The instrument used was a set of questionnaire with 36 items and based on
Likert scale. The value of alpha for the pilot test conducted was 0.859. The data gathered
were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 For Windows.
The finding of the research showed that non-academic staffs from Faculty of Education
have breakfast taking habits and they have great knowledge regarding the importance of
breakfast intake. The staffs’ do have awareness on the effects of breakfast habits to the
health aspect and daily activities. Finally, the research suggests that effort to be put in to
enhance the habits of taking breakfast, so that this habit continues and can encourage
healthy lifestyle.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
viii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 9
1.3 Pernyataan Masalah 13
1.4 Objektif Kajian 13
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Kepentingan Kajian 14
1.7 Batasan Kajian 15
1.8 Definisi Istilah 16
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Amalan pemakanan 18
2.3 Kepentingan pengambilan sarapan pagi 20
2.4 Amalan sarapan pagi 22
2.5 Kesan pengambilan sarapan pagi kepada
kesihatan 24
2.6 Kesan pengambilan sarapan pagi kepada kerja 26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Populasi Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 31
ix
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Kajian Rintis 36
3.8 Analisis Data 36
3.9 Kesimpulan 39
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Bahagian A 41
4.3 Analisis Bahagian B 44
4.4 Analisis Mengikut Persoalan Kajian 51
4.5 Kesimpulan 53
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 54
5.3 Rumusan 55
5.4 Perbincangan 58
5.5 Cadangan Kajian 68
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70
5.7 Penutup 71
BIBLIOGRAFI 72
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kandungan instrumen kajian. 32
3.2 Peringkat perskalaan yang di gunakan bagi item-item
Bahagian B. 33
3.3 Jadual Alpha Cronbach. 34
3.4 Jadual penganalisisan data bagi aspek kepentingan sarapan.
pagi, amalan sarapan pagi, kesan amalan sarapan pagi terhadap
kesihatan dan tugas yang dilakukan. 37
3.5 Jadual penentuan tahap penilaian bagi jumlah peratus. 38
3.6 Skala pemeringkatan responden terhadap min. 38
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina. 41
4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa. 42
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut taraf
perkahwinan. 42
4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
amalan sarapan pagi. 43
4.5 Kekerapan dan peratusan responden mengikut tempat
mengambil sarapan pagi. 43
4.6 Kekerapan dan peratusan responden mengenai persepsi staf
sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kepentingan pengambilan
sarapan pagi. 45
xi
4.7 Kekerapan dan peratusan responden mengenai persepsi staf
sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan pengambilan
sarapan pagi. 46
4.8 Kekerapan dan peratusan responden mengenai persepsi staf
sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kesan pengambilan
sarapan pagi terhadap kesihatan. 48
4.9 Kekerapan dan peratusan responden mengenai persepsi staf
sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kesan pengambilan
sarapan pagi terhadap tugas. 50
5.0 Purata peratusan dan min responden bagi persoalan kajian
mengenai persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap
amalan sarapan pagi dalam kehidupan mereka. 51
xii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Package of Social Science.
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
B Pengesahan Soal Selidik
C Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pemakanan boleh didefinisikan sebagai satu bidang sains yang berkaitan
dengan pembekalan, pengambilan dan penggunaan makanan oleh sesuatu organisma
(Zubaidah Abdul Rahim,1992). Status pemakanan ialah keadaan tubuh yang
dihasilkan oleh berbagai-bagai proses yang bertindak terhadap juzuk-juzuk yang
terkandung dalam berbagai-bagai makanan dalam diet. Makanan merupakan
keperluan utama yang diperlukan oleh setiap manusia dalam dunia ini untuk terus
hidup. Bukan itu sahaja manusia makan untuk mendapatkan tenaga untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka. Manusia mengambil makanan pada
beberapa waktu. Setiap individu akan mengambil makan pada waktu pagi yang
dikenali sebagai sarapan pagi, kemudian makan tengah hari seterusnya minum petang
dan akhir sekali makan malam.
Pemakanan ialah kombinasi proses yang melaluinya organisma hidup,
menerima dan menggunakan bahan makanan yang diperlukan untuk mengawal
fungsi-fungsinya, untuk pertumbuhan dan memperbaharui komponennya (Boothby
et.al 1963).
2
Pemakanan juga didefinisikan sebagai satu kajian sains tentang makanan yang
dimakan dan digunakan didalam badan kita.(Stare dan Mc William,1990). Pada
amnya, makanan adalah dianggap sebagai bahan yang masuk ke dalam tubuh melalui
salur alimentari dan membekalkan nutrien kepada tubuh (Zubaidah Haji Abdul
Rahim,1992). Setiap makanan yang diambil oleh manusia mengandungi nutrien-
nutrien yang tersendiri.
Secara umum terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat dijadikan sajian
oleh setiap individu. Menurut Asmah dan Kamalita (1998) makanan boleh ditakrifkan
sebagai sebarang cecair atau pepejal yang apabila dimakan, membolehkan tubuh
membesar, menyediakan tenaga dan mengambil bahagian dalam pengawalan proses
metabolisme tubuh dan seterusnya mengekalkan kehidupan dengan sempurna.
Makanan ialah bahan pepejal atau cecair yang masuk ke dalam sistem
pencernaan manusia untuk menjaga dan membina tisu tubuh,mengatur proses tubuh
dan membekalkan haba. Dalam kajian ini, jenis makanan merujuk kepada kumpulan-
kumpulan nutrien iaitu karbohidrat, protein, vitamin,lemak, garam mineral, pelawas
dan air. Setiap kumpulan nutrien ini mewakili jenis makanan yang tertentu.
Contohnya daging mengandungi protein, biji-bijirin mengandungi karbohidrat dan
sebagainya. Kajian ini dijalankan berpandukan keseimbangan pengambilan kumpulan
nutrien berdasarkan jenis makanan yang diambil oleh responden (Abdul Latiff dan
Suriah, 1985).
Setiap individu perlulah mengambil makanan yang seimbang untuk menjamin
badan yang sihat daripada pelbagai penyakit. Menurut Aishah (1994) makanan
seimbang mengandungi semua kumpulan zat makanan pada kadar yang cukup dan
sesuai untuk menjalankan fungsi badan dengan teratur. Makanan seimbang ini
merujuk kepada jenis makanan yang diperlukan oleh individu dari pelbagai peringkat
3
umur untuk kesihatan tubuh badan. Makanan tersebut perlulah diambil mengikut
keseimbangan kumpulan makanan yang dicadangkan dalam diet harian.
Kirschmann dan Kirschmann (1996), juga menyatakan bahawa badan kita
memerlukan kuantiti makanan yang seimbang. Pengambilan makanan dalam kuantiti
yang banyak atau terlalu sedikit akan menjejaskan seseorang untuk menjalankan
aktiviti fizikal harian dan menjejaskan tahap penggunaan minda mereka.
Menurut Tribole (1992), makanan amat penting kerana boleh memberi nutrien
kepada tubuh badan. Ianya penting untuk kesuburan fikiran dan membolehkan
manusia menjalankan aktiviti harian dengan lebih semangat. Walau bagaimanapun,
tiada satu jenis makanan yang mengandungi semua kumpulan nutrien yang di
perlukan oleh manusia. Maka adalah perlu bagi kita memakan pelbagai jenis makanan
atau memperbanyakkan pilihan dalam menu diet harian.
Kebiasannya setiap individu akan menikmati makanan sebanyak tiga waktu
pada setiap hari iaitu pagi, tengah hari dan malam. Makanan yang dimakan pada
waktu pagi selepas bangun tidur adalah dikenali sarapan pagi. Sarapan pagi adalah
sangat penting kepada semua peringkat umur. Tidak kira tua mahupun muda. Ini
kerana ia dapat memastikan kita memulakan hari dengan baik.Walaupun ketiga-tiga
hidangan adalah sama penting kepada tubuh manusia, akan tetapi sarapan pada waktu
pagi ini dapat menyalurkan nutrien keperluan harian. Ini kerana pakar pemakanan
kerap menyatakan sarapan pagi merupakan hidangan hari yang terpenting dan
merupakan asas kepada tabiat makan yang sihat (Diane Odland ,2007).
Untuk memulakan hari dengan cara yang baik adalah dengan mengambil
sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi adalah penting untuk menjamin badan
daripada pelbagai penyakit. Menurut Linda Van Horn (1999) kajian menunjukkan
individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih terhindar daripada obesiti atau
4
menghidapi diabetis, atau penyakit jantung. Pengambilan sarapan pagi pada setiap
hari dapat mengurangkan risiko kegemukan atau daripada tanda-tanda diabetis yang
dikenali ‘Sindrom Penentang Insulin’. Sindrom ini merupakan gangguan metabolik di
mana badan tidak mengunakan glukosa dengan efektif dan ini secara langsung
membawa kepada Diabetis Jenis 2 dan penyakit jantung. Bukan itu sahaja Sindrom ini
turut disifatkan melalui penggabungan beberapa faktor termasuk obesiti, kandungan
lemak tinggi pada perut, tekanan darah tinggi dan kandungan insulin.
Mengikut penyelidik Linda Van Horn, dari Northwestern University’s
Feinberg School of Medicine, (1999). Sekiranya anda sedang cuba mengawal atau
mengurangkan berat badan dan menurunkan risiko penyakit jantung,dengan tidak
mengambil sarapan pagi ia bukanlah satu pilihan yang baik. Bukan seperti yang
disangkakan oleh seseorang individu, untuk mengurangkan berat badan dengan cara
mengurangkan pengambilan jumlah makanan, kalori dan hidangan pada sesuatu
waktu tetapi individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih sihat. Pada
penghujung hari, individu yang mengambil sarapan pagi akan mengambil makanan-
makanan yang mengandungi kalori yang rendah, kurang kepekatan lemak dan
kolestrol dan secara keseluruhannya mempunyai status nutrien yang lebih baik
berbanding daripada orang yang tidak mengambil sarapan pagi.
Amalan sarapan pagi dapat menguruskan badan. Kajian yang telah dijalankan
oleh pengkaji dari National Weight Control Registry (2007), seramai 3,000 ribu orang
yang telah kekurangan berat sekurang-kurangnya 60 paun diambil dan ditinjau selama
6 tahun, mendapati pengambilan sarapan pagi pada setiap hari adalah strategi kawalan
berat untuk 78% orang yang terlibat dalam kajian. Malah dilaporkan individu yang
mengekalkan berat badan pada jangka masa yang panjang mengambil makanan diet
rendah lemak dan bersenam selama sejam atau lebih pada setiap hari.
5
Pernyataan-pernyataan di atas telah membuktikan betapa pentingnya sarapan
pagi kepada setiap orang, pengkaji-pengkaji turut mencadangkan hidangan sarapan
pagi yang baik untuk melindungi setiap individu daripada risiko-risiko kesihatan.
Cadangan daripada Persatuan Jantung Amerika ialah ‘ a bowl of whole grain cereal’.
Kajian telah dijalankan oleh persatuan tersebut menunjukkan kira-kira separuh
daripada orang putih dan satu perempat daripada orang hitam yang telah dikaji
mengambil sarapan pagi pada setiap hari (Linda Van Horn, 1999).
Mengikut laporan Reuters Business Insight yang ditulis oleh Datamonitor,
(2002) cara pemakanan sarapan pagi individu sedang berubah. Ini adalah kerana
perubahan cara hidup telah membawa kepada perubahan corak pemakanan, dan
kepentingan sarapan pagi semakin menurun dengan ramai orang yang meninggalkan
sarapan pagi atau memilih makan di tempat kerja.
Pelbagai faktor telah menjurus kepada turunnya amalan mengambil sarapan
pagi di rumah, dengan meningkatnya mobiliti buruh dan tempoh masa bekerja yang
lama. Ini menyebabkan individu yang bekerja tidak mempunyai masa yang
mencukupi pada waktu pagi untuk mengambil sarapan pagi. Pekerja pejabat yang
muda selalunya menjadi tumpuan kerana mereka adalah golongan yang mengejar
masa dan ingin mendapatkan sarapan pagi yang mudah, ringkas dan cepat disediakan.
Selalunya, penyelesaian sarapan pagi yang diambil pada hari kerja kurang nilai nutrisi
yang diperlukan untuk menggelakkan kelaparan sehingga waktu makan tengah hari.
Ini menyebabkan pekerja meninggalkan pejabat untuk mendapatkan minum pagi dan
makanan ringan (snek) (Datamonitor, 2002).
Walaupun pada masa kini golongan yang berkerjaya sibuk dengan tugas,
mereka tidak seharusnya mengambil remeh dengan perkara ini. Mereka juga
seharusnya menjadikan sarapan pagi sebagai amalan rutin mereka. Mengikut statistik
yang telah dikeluarkan oleh Kellogg’s, sebanyak 9 % daripada populasi UK tidak
6
mengambil sarapan pagi dan ini mengakibatkan mereka kekurangan nutrien yang
diperlukan oleh badan mereka. Perkara utama pada waktu pagi yang perlu diketahui
oleh kita ialah badan kita mempunyai tenaga yang rendah dan ia memerlukan
makanan untuk mendapatkan tenaga yang lebih untuk meneruskan hari dengan baik.
Pakar-pakar nutrien mencadangkan sarapan pagi perlulah menyalurkan sebanyak 25
% daripada syarat nutrien setiap hari. Individu yang meninggalkan sarapan pagi akan
ketinggalan keperluan nutrien harian (Rebecca Horne, 2005).
Menurut Rebecca Horne,(2005) terdapat empat kebaikan yang dapat diperoleh
menerusi sarapan pagi. Pertamanya, pengambilan sarapan pagi memberikan kesan
kepada persembahan mental manusia. Keduanya, individu yang mengambil sarapan
pagi adalah lebih sihat. Kajian menunjukkan tidak kira golongan dewasa mahupun
kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi boleh menyebabkan mereka
mendapat kandungan kolestrol yang tinggi dan risiko penyakit jantung. Pengambilan
sarapan pagi banyak membantu dalam pengambilan nutrien keperluan hidup termasuk
vitamin A,B (riboflavin,B6 dan B12), kalsium,besi dan juga zink. Fiber (serat) juga
terdapat dalam bijirin tepung gandum yang membantu dalam mengekalkan sistem
pencernaan yang sihat. Seterusnya yang ketiga, individu yang mengambil sarapan
pagi adalah lebih langsing. Bukti menunjukkan individu yang tidak mengambil
sarapan pagi adalah sukar untuk mengurangkan berat badan. Sarapan pagi dapat
membantu memulakan metabolisma badan kita (pada kadar dimana badan kita
membakar kalori), dimana selalunya keadaan badan adalah lemah selepas bangun dari
tidur. Ini juga dapat membantu menyeimbangkan pengambilan makanan sepanjang
hari tersebut.
Pengambilan sarapan pagi mempunyai banyak kebaikan dari aspek kesihatan.
Sarapan pagi dapat membantu dalam menambahkan tahap glukosa darah, yang
penting kerana otak manusia tiada penyimpanan glukosa. Ia merupakan sumber
tenaga yang utama dan secara konsisten perlu ditambahkan. Kajian juga membuktikan
7
kerja yang melibatkan mental memerlukan jumlah glukosa yang banyak kepada otak
dan komponen-komponen metabolik (Diane Odland,2007).
Selain itu, pengkaji dari Universiti Sains Kesihatan Chicago turut bersetuju
bahawa pangambilan sarapan pagi membawa kesan kepada ’mood’ pada waktu pagi
dan persembahan dari aspek kognitif. Mengikut (Hans R.Larsen,2001) otak
menggunakan sekurang-kurangnya 20 % daripada keperluan tenaga dari badan
kebanyakkanya dalam bentuk glukosa. Beberapa kajian yang telah dijalankan didapati
individu yang mempunyai tahap glukosa yang tinggi dalam darah dapat menjalankan
tugas dengan baik dalam tugas melibatkan kognitif berbanding dengan individu yang
mempunyai kandungan glukosa yang rendah. Terdapat bukti menyatakan bahawa
individu yang mengambil sarapan pagi mempunyai kaitan dengan memori dan
perasaan hati (mood) yang lebih baik pada lewat pagi jikalau hidangan tersebut
mengandungi karbohidrat kompleks.
Menurut (Diane Orland,2007) pakar nutrien dari Jabatan Perkhidmatan
Maklumat dan Pertanian Nutrien Manusia jelas menunjukkan sarapan pagi adalah
sangat penting kepada tubuh manusia kerana ia dapat membantu seseorang
melaksanakan tugas dengan baik selepas 8 atau 9 jam menikmati hidangan
sebelumnya iaitu makan malam.
Setiap jenis makanan yang wujud pada alam ini mempunyai nutrien-nutrien
yang tersendiri. Nutrien yang terkandung dalam pelbagai jenis makanan yang menjadi
pilihan setiap individu juga dapat membawa kesan kesihatan kepada manusia. Oleh
itu kita perlulah memilih jenis makanan yang sesuai untuk badan kita.Terdapat
perkaitan diantara sarapan pagi dan nutrien yang dikehendaki oleh setiap golongan
masyarakat. Tidak dapat dinafikan lagi betapa pentingnya pengambilan sarapan pada
waktu pagi kerana banyak manfaat dapat diperolehi oleh manusia aspek kesihatan
tubuh badan dan dihindari dari pelbagai penyakit.
8
Walaupun memang wujud corak pemakanan yang berbeza tetapi kalori
sarapan pagi adalah banyak terdapat dalam bijirin, susu dan buah kerana ia
menyalurkan nutrien secara keseluruhan. Mengikut Elizabeth M.W.(2003) bijirin dan
susu yang diambil sebagai sarapan pagi mengandungi nutrien seperti vitamin B6,
vitamin B2 dan folate. Keseluruhannya, individu yang memakan bijirin sebagai
sarapan pagi dapat meneruskan profil nutrien pada keseluruhan hari mereka
berbanding individu yang memilih selain bijirin sebagai pilihan mereka. Maka orang
dewasa mahupun kanak-kanak perlulah menjadikan sarapan pagi yang seimbang
sebagai pilihan kerana ia dapat membantu memberikan tenaga optimum untuk
aktiviti-akiviti fizikal.
Menurut Hughes, Luanne (2000) sarapan pagi adalah penting kepada orang
dewasa mahupun kanak-kanak. Bagi orang dewasa yang mengambil sarapan pagi
mereka akan mendapat nutrien diet seperti vitamin C dan D. Individu yang
mengambil bijirin sebagai sarapan pagi akan menikmati lebih vitamin dan mineral
dengan lebih rendah kalori dan kurang jumlah lemak dan kolestrol. Bukan iu
sahaja,individu yang mempunyai tabiat mengambil sarapan pada waktu pagi dapat
meningkatkan daya ingatan dan kebolehan melakukan sesuatu aktiviti yang
melibatkan daya ingatan. Kebenarannya, sarapan pagi adalah hidangan penting dalam
memulakan hari yang baru.
Akhir sekali individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih gembira.
Adalah benar, secara positifnya sarapan pagi dapat mempengaruhi mood (perasaan
hati) anda pada waktu pagi dan membantu mengurangkan stress (tekanan)
(Rebecca Horne,2005).
Amalan pengambilan sarapan pagi perlulah diamalkan oleh setiap individu.
Sarapan pagi adalah penting sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti seperti bekerja.
Walaupun mereka mengamalkan cara hidup dan tinggal di iklim yang berbeza. Setiap
9
perkara yang kita lakukan adalah mengikut norma, harapan dan kandungan budaya.
Elemen budaya ini merujuk kepada cara hidup yang dan amalan-amalan yang telah
dilakukan pada masa dahulu. Setiap negara mempunyai budaya sarapan pagi yang
tersendiri (Peter Pervous, 2004).
Mengikut suau tinjauan yang telah dijalankan di Jepun pada tahun 2000, yang
melibatkan responden sebanyak 5000 ribu orang bertujuan mengkaji budaya sarapan
pagi di Jepun.Tinjauan tersebut mendapati secara tradisi budaya sarapan pagi Jepun
adalah berbeza daripada Barat. Akan tetapi seperti aspek-aspek cara hidup Jepun,
budaya sarapan pagi telah telah mengalami perubahan daripada negara-negara Barat
menerusi faktor pembaratan 150 tahun dahulu. Kini masyarakat Jepun mengamalkan
budaya sarapan pagi Barat dan Jepun itu sendiri. Manakala jenis makanan yang
menjadi pilihan utama sebagai sarapan pagi masyarakat Jepun adalah roti. Budaya
sesuatu negara dapat mempengaruhi amalan sarapan pagi di kalangan masyarakatnya.
Pilihan menu sarapan pagi mereka akan berbeza daripada masyarakat lain.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sarapan pagi merupakan hidangan yang penting dalam memulakan hari
dengan baik. Ini adalah kerana sarapan pagi membekalkan tenaga dan nutrien yang
selengkapnya kepada individu dalam melaksanakan sesuatu tugas mahupun aktiviti di
tempat kerja. Selalunya masyarakat yang berkerja sibuk dengan tugas akan terus ke
tempat kerja tanpa memakan sarapan pagi. Sekiranya individu yang berkerja tidak
mengambil sarapan pagi akan menyebabkan pencapaian kerja mereka terganggu
kerana tiada tenaga dan mudah letih sekiranya tidak makan pada waktu pagi. Kajian
menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membaiki tenaga dan daya ketahanan
badan pada waktu pagi, dan juga kelakuan yang lebih baik di sekolah mahupun di
tempat kerja .
10
Graf menunjukkan peratus individu yang mengambil sarapan pagi mengikut
peringkat umur.Analisis telah dilakukan oleh Gary Langer (2005) di Amerika
melibatkan sampel sebanyak 1000 orang dewasa.
Pengambilan sarapan pagi adalah biasa di kalangan rakyat Amerika yang lebih
tua kerana mereka adalah lebih mempunyai masa. 83 % daripada orang yang telah
berumur selalunya makan sarapan pagi, dan juga 71 % peratus daripada orang yang
berumur antara 55 ke 64 tahun. Tetapi dikalangan individu yang muda berumur
kurang daripada 55 tahun yang hanya 54 peratus mengambil sarapan pagi.
Secara persamaan, golongan dewasa yang muda adalah golongan yang
tergesa-gesa dalam mengambil sarapan pagi mereka, seperti yang ditunjukkan pada
graf iaitu separuh daripada individu bawah umur 45 tergesa-gesa dalam mengambil
sarapan pagi; berbeza dengan 95 % orang yang lebih tua mengambil masa tersendiri
dalam menikmati hidangan sarapan pagi. Individu yang bersama dengan anak-anak
11
mereka, adalah bertumpu dalam menyiapkan anak-anak mereka ke sekolah, didapati
mereka tergesa-gesa mengambil sarapan pagi mereka.
Kebiasaanya sikap tergesa-gesa dalam mengambil sarapan pagi, adalah lebih
lazim dikalangan individu yang bekerja. Daripada tinjauan yang telah dijalankan, 49
peratus pekerja sepenuh masa tergesa-gesa dalam mengambil sarapan pagi; manakala
di kalangan individu yang tidak bekerja, menunjukkan 85 % peratus mengambil masa
dalam menikmati sarapan pagi mereka. (http://abcnews.com/pollvault.html)
Selain kepentingan sarapan pagi dapat membekalkan tenaga, ia turut
membantu individu yang mengamalkannya mengelakkan diri daripada pelbagai
penyakit. Individu yang mempunyai amalan mengambil sarapan pagi dapat
menghindari tubuh daripada obesiti, diabetis dan penyakit jantung. Pada masa kini
penyakit-penyakit tersebut sedang ’bermaharajalela’dalam badan manusia. Maka
selain keturunan amalan pemakanan yang tidak sihat turut menjadi faktor kepada
menghidapnya penyakit-penyakit tersebut (Linda V.H, 2002).
Sekiranya individu menghidapi di antara penyakit tersebut, maka sudah tentu
mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pekerjaan dan dengan ini mutu
dan produktiviti kerja akan merosot. Ini kerana setiap individu mempunyai tugas dan
peranan dalam organisasi mereka dan setiap pihak saling bergantung. Sekiranya
seseorang individu yang kerap jatuh sakit dan keluar mendapatkan rawatan maka
tugas yang diamanahkan kepadanya tidak dapat diselesaikan dan banyak tertangguh.
Tugas yang tidak dilaksanakan akan merumitkan pihak yang lain dan akan
mengwujudkan keadaan yang tidak sistematik dalam sesebuah organisasi.
Oleh itu semua pihak yang berkerja mahupun bersekolah perlu mempunyai
amalan mengambil sarapan pagi. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat
dijadikan hidangan sarapan pagi. Tetapi perlu dipastikan hidangan tersebut
12
mengandungi nutrien-nutrien yang sesuai. Didapati sarapan pagi perlulah
mengandungi kandungan karbohidrat kerana ia dapt membekalkan tenaga pada waktu
pagi. Selain itu sarapan pagi dapat membekalkan nutrien keperluan hidup seperti
vitamin A,B (riboflavin, B6 dan B12), kalsium, besi dan juga zink (Rebecca Horne,
2005).
Bukan itu sahaja, menurut Belinda (2007) pekerja pejabat lebih rela untuk
tidur untuk beberapa minit daripada mengambil sarapan pagi. Dalam tinjauan yang
telah dilakukan mendapati amalan pemakanan yang lemah menyebabkan syarikat
mengalami kerugian dalam aspek produktiviti. Kajian yang telah dijalankan oleh
Ipsos mendapati 17% rakyat British yang merupakan pekerja pejabat sama ada tidak
mengambil sarapan pagi dan 17% hanya mengambil hidangan tersebut banyak
sebanyak satu hingga tiga kali seminggu.
Amalan pengambilan sarapan pagi telah dikaitkan kepada penumpuan yang
lebih baik, kebolehan menyelesaikan masalah, persembahan mental, daya ingatan dan
perasaan (mood). Individu yang mengambil sarapan pagi juga secara fizikal lebih
bertenaga. Didapati sesiapa yang meninggalkan sarapan pagi adalah cenderung untuk
makan makanan yang bergula dan berlemak sebagai hidangan seterusnya pada hari
tersebut yang menyebabkan produktiviti mereka berkurangan (Belinda, 2007).
Sebagai kesimpulannya, sarapan pagi adalah amat penting kepada semua
individu tidak kira tua atau muda. Ini kerana terdapat nutrien dalam makanan sarapan
pagi yang dapat menyalurkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, kajian
perlu dijalankan untuk mengenalpasti persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia terhadap amalan sarapan pagi. Selain itu, kajian ini
juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua pihak mengenai
kepentingan sarapan pagi dari aspek kesihatan dan tugas mereka.
13
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk
mengenalpasti persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan sarapan
pagi dalam kehidupan mereka.
1.4 Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:-
1. Mengkaji persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kepentingan
pengambilan sarapan pagi.
2. Mengkaji persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan
pengambilan sarapan pagi.
3. Mengkaji pandangan staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kesan amalan
sarapan pagi terhadap kesihatan mereka.
4. Mengkaji pandangan staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan
pengambilan sarapan pagi ke atas tugas mereka.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kepentingan
pengambilan sarapan pagi ?
2. Apakah persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan
pengambilan sarapan pagi?
14
3. Apakah pandangan staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kesan amalan
sarapan pagi terhadap kesihatan mereka?
4. Apakah pandangan staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan
pengambilan sarapan pagi ke atas tugas mereka
1.6 Kepentingan Kajian
Tujuan kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi staf
sokongan Fakulti Pendidikan secara menyeluruh terhadap amalan sarapan pagi. Hasil
yang diperoleh daripada kajian ini serta maklumat-maklumat yang diperolehi adalah
penting dan dan dapat digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada pihak-
pihak yang berkenaan.
1.6.1 Kepada individu
Kajian yang dijalankan ini dapat dijadikan sebagai panduan dan sumber
maklumat kepada individu dalam mendapatkan pengetahuan tentang kepentingan
mengamalkan amalan sarapan pagi. Menerusi maklumat-maklumat yang diperoleh
individu akan mendapat pemahaman dan pendedahan mengenai kepentingan sarapan
pagi bagi tubuh badan manusia dan juga kepada kerja yang dilakukan oleh mereka
pada seharian.
15
1.6.2 Kepada masyarakat
Maklumat yang diperolehi dari kajian ini dapat memberikan pengetahuan
kepada masyarakat tentang pentingnya amalan mengambil sarapan pagi bagi
kehidupan mereka. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
berhubung pengambilan sarapan pagi yang sesuai dan sihat.
1.6.3 Kepada negara
Kajian yang dijalankan ini dapat memberi maklumat kepada negara mengenai
kelebihan menjadikan pengambilan sarapan pagi sebagai tabiat harian. Dengan ini
dapat membentuk sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang mempunyai cara
hidup yang sihat bebas pelbagai penyakit.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan keatas staf -staf sokongan Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia untuk mengenal pasti amalan sarapan pagi di kalangan mereka.
Pemilihan kajian ini adalah untuk tujuan keseragaman sampel. Tujuan Fakulti
Pendidikan di pilih adalah untuk melihat persepsi staf-staf sokongan terhadap amalan
sarapan pagi. Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk Kajian Soal Selidik.
16
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Persepsi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), gambaran atau bayangan dalam
hati atau fikiran tentang amalan sarapan pagi, pandangan dan tanggapan menerusi
pancaindera. Dalam kajian ini, persepsi merujuk kepada gambaran dan bayangan
dalam hati atau fikiran staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan sarapan
pagi
1.8.2 Amalan Pemakanan
Amalan pemakanan adalah kebiasan yang selalu dilakukan oleh individu
terhadap pemilihan dan penggunaan sesuatu jenis bahan makanan menurut
kebudayaan masyarakatnya (Kamus Dewan ,1998). Manakala mengikut Kittler dan
Sucher (1989), amalan pemakanan ialah bagaimana manusia mengambil makanan
termasuk cara makanan diperolehi, disediakan dan disajikan. Ia juga berkaitan dengan
pemilihan pengambilan sumber makanan yang ada. Dalam kajian ini amalan
pemakanan merujuk amalan pemakanan sarapan pagi dikalangan staf sokongan
Fakulti Pendidikan khususnya melalui pemilihan makanan yang mengandungi nutrien
yang seimbang.
17
1.8.3 Sarapan Pagi
Sarapan pagi merupakan hidangan pertama yang dimakan pada permulaan
hari. Ia dimakan pada waktu pagi. Dalam konteks kajian ini sarapan pagi merujuk
kepada makanan yang diambil oleh staf sokongan pada waktu pagi sama ada di
rumah, di tempat kerja ataupun di restoran atau gerai makanan di luar kawasan
kampus.
1.8.4 Kesihatan
Keadaan keseluruhan pada sesuatu organisma pada masa tertentu. (The
American Heritage Dictionary of The English Language, 2000). Di dalam konteks
kajian ini kesihatan merujuk kepada badan yang sihat dan bebas daripada penyakit
seperti diabetis, sakit jantung dan obesiti.
1.8.5 Staf sokongan
Staf sokongan merujuk kepada individu-individu yang bekerja dalam sesuatu
organisasi dan melakukan tugas-tugas yang dapat melancarkan pengurusan sesuatu
organisasi atau institusi tersebut. Dalam konteks kajian ini, staf sokongan Fakulti
Pendidikan merujuk kepada golongan yang memegang jawatan sebagai penolong
pengawai senireka, penolong pegawai teknologi maklumat, penolong pegawai latihan
vokasional, pembantu makmal kanan, pembantu khas dekan, pembantu tadbir kanan,
jurufoto, pembantu makmal, pembantu ladang, juruteknik, pembantu khas timbalan
dekan, pembantu ketua jabatan, pembantu khas timbalan pendaftar, pembantu tadbir
(p/o), pembantu penyelidik (SPACE), pembantu tadbir rendah, pembantu am pejabat
dan pekerja rendah am.