persimpangan bertingkat di persimpangan persiaran
TRANSCRIPT
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
1
1.0 LATAR BELAKANG PROJEK
Kepesatan pembangunan di kawasan Subang Jaya terutamanya di
kawasan USJ 1 yang mana lot-lot tanah perusahaan telah ditukarkan
kepada pembangunan perdangangan telah menyebabkan sistem
rangkaian jalanraya sediada tidak dapat menampung keperluan lalulintas
sediada di kawasan ini. Untuk sistem rangkaian lalulintas ini,
persimpangan utama bagi kemudahan populasi di kawasan USJ 1
adalah di persimpangan Persiaran Subang Permai dengan Persiaran
Kewajipan yang ketika ini dikawal sepenuhnya dengan menggunakan
sistem lampu isyarat empat fasa.
Dengan pertambahannya bilangan lalulintas dari masa ke semasa,
adalah didapati persimpangan utama ini sudah tidak lagi berkeupayaan
bagi menampung jumlah aliran lalulintas sediada terutamanya di waktu-
waktu puncak. Kesesakan di persimpangan ini telah menyebabkan
kenderaan sukar untuk keluar daripada kawasan USJ 1 di waktu puncak
pagi (perumahan, perniagaan dan perusahan) dan didapati kesesakan
juga sehingga ke persimpangan Persiaran Subang Permai dengan
Persiaran Subang (hadapan pasaraya Giant USJ 1). Pada waktu puncak
petang pula semakan mendapati kesesakan berlaku di persimpangan ini
sehingga ke kawasan SS13.
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
2
1.1 Nama Projek :
Cadangan Persimpangan Bertingkat Di Persimpangan Persiaran Kewajipan Dengan Persiaran Subang Permai, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
1.2 Objektif Projek :
Objektif utama projek ini adalah :
i. Membuka laluan baru dimana untuk melancarkan
perjalanan dan memendekkan masa perjalanan.
ii. Menyediakan jalan alternatif di Persimpangan Kewajipan
dengan Persiaran Subang Permai, Subang Jaya, Selangor
Darul Ehsan.
iii. Mengurangkan kesesakan lalulintas terutamanya pada
waktu-waktu puncak.
1.3 Lokasi Projek :
Persimpangan di antara Persiaran Kewajipan dengan Persiaran
Subang Permai, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
1.4 Kos Siling Projek : RM 31,700,000.00
1.5 Justifikasi Projek :
i. Cadangan projek jalan sambung ini perlu dilaksanakan
adalah merujuk kepada laporan-laporan TIA yang
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
3
dikemukakan kepada pihak Majlis semasa pembangunan
pemajuan ingin dilaksanakan di kawasan ini yang mana
mendapati persimpangan ini mengalami kesesakan
terutamanya di waktu-waktu puncak.
ii. Kelulusan peruntukan untuk pelaksanaan cadangan projek
ini telah diluluskan Majlis Bandaraya Subang Jaya.
iii. Cadangan projek ini adalah berasaskan kepada Pelan
Strategik dan Pelan Tindakan Khas MPSJ (2020-2025),
Teras 2 (Infra dan Kemudahan awam) dengan strateginya
bagi pengurusan jalan raya yang cekap dan selamat
beserta pelan tindakan untuk perlaksanaan projek jalan
raya melalui rangkaian sistem jalan raya baru.
iv. Cadangan projek pembangunan ini juga adalah bagi
memenuhi keperluan untuk matlamat pembangunan lestari
(SDG) bil 11 dengan matlamat untuk menyediakan
kemudahan kepada sistem pengangkutan yang selamat,
berpatutan, untuk kegunaan awam dan untuk
meningkatkan keselamatan jalan raya.
iv. Projek ini telah dimasukkan ke dalam Rancangan
Tempatan MPSJ (Pengubahan 2) 2020 serta terkandung di
dalam laporan kajian lalulintas dan pengangkutan awam
kawasan MPSJ pada tahun 2014.
1.6 Sejarah Projek :
i. Lokasi cadangan adalah di Persimpangan Persiaran
Kewajipan dengan Persiaran Subang Permai, Subang
Jaya, Selangor Darul Ehsan.
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
4
ii. Pihak Majlis perlu melantik pihak perunding untuk
berurusan dengan pihak berkuatkuasa agensi-agensi
berkaitan bagi memastikan keperluan teknikal dipatuhi
sepenunya semasa proses merekabentuk cadangan
penaiktarafan tersebut.
1.7 Senarai Projek yang Berkaitan dan Maklumat Asas :
i. Tiada
1.8 Justifikasi Keperluan Perkhidmatan Perunding dalam Projek
Tujuan utama perlantikan perunding adalah seperti berikut: i. Pengumpulan dan analisa data dan perkara-perkara yang
berkaitan berdasarkan keperluan pembinaan.
ii. Penyediakan pelan rekabentuk struktur jambatan susur
dan jajaran sebenar yang terlibat.
iii. Penyediaan laporan, dokumen dan lukisan tender.
iv. Mengesyor dan melantik Pengaudit Keselamatan Jalan dan
Pemeriksa Rekabentuk Bebas. (RSA stage 1-5 dan pelan
rekabentuk terperinci)
v. Perkara-perkara yang berkaitan berdasarkan keperluan
projek mengikut arahan Majlis. Termasuk penyeliaan tapak
sepenuh masa sekiranya diperlukan MBSJ
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
5
1.9 Tempoh Perlaksanaan Projek/Kajian :
a) Preliminary Stage : Satu (1) Bulan b) Design Stage (i) : Dua (2) Bulan c) Design Stage (ii) : Tiga (3) Bulan d) Tender Stage : Empat (4) Bulan e) Construction Stage : Dua Puluh Empat (24)Bulan
Defect Liability Period (DLP)Stage : Dua Puluh Lapan (28) Bulan Overall Period : Enam Puluh Dua (62) Bulan
1.10 Sumber pembiayaan :
Majlis Bandaraya Subang Jaya
2.0 SKOP PERKHIDMATAN PERUNDING
2.1 Berikut adalah cadangan skop perkhidmatan perunding bagi
cadangan projek ini dan perunding dikehendaki membuat kajian
serta laporan awal, semasa dan akhir berdasarkan skop kerja
perunding seperti berikut :
a) Perunding Ukur Tanah
i. Kerja-kerja ukur terperinci untuk jajaran pugak dan
mendatar (vertical and horizontal) bagi cadangan.
ii. Kerja-kerja ukur kawalan untuk GPS
iii. Kerja-kerja ukur untuk topografi
iv. Sokongan ROW untuk rekabentuk.
v. Kerja-kerja ukur untuk peta sokongan utility.
vi. Penyediaan diagram kawalan projek.
vii. Pelarasan dengan agensi-agensi luar seperti Lembaga
Lebuhraya Malaysia (LLM), Pejabat Tanah dan pihak
konsesi lebuhraya.
viii. Kerja-kerja kemaskini data untuk sistem EIS (Executive
Information Sistem) MBSJ.
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
6
ix. Penyediaan pelan Right-of-way :
Kenalpasti kawasan yang terlibat dengan cadangan
projek.
Kenalpasti luas kawasan yang terlibat dengan
cadangan projek.
Menyediakan pelan R.O.W.
Menyediakan diagram kawalan ukur tanah.
3.0 TEMPOH PERKHIDMATAN PERUNDING Perunding hendaklah menyelesaikan reka bentuk terperinci dalam tempoh
enam (6) bulan dari tarikh permulaan perkhidmatan dan hendaklah
dikemukakan mengikut peringkat seperti berikut:
No.
Perkara
Masa
1.0 Laporan Permulaan
(5 Salinan)
Laporan permulaan hendaklah dikemukakan
dalam tempoh satu (1) bulan selepas
permulaan perkhidmatan dan hendaklah
menggariskan metodologi termasuk
mengkaji data yang sediada dan cadangan
untuk pengumpulan data tambahan dimana
perlu.
2.0
Laporan Konsep
Rekabentuk
(5 Salinan)
Laporan konsep rekabentuk hendaklah
disediakan dan dikemukakan tiga (3) bulan
selepas tarikh permulaan. Laporan itu
merangkumi :
i. Pengumpulan data dan maklumat
ii.Penyediaan kos awalan projek
iii.Jajaran Awalan (Preliminary Aligment)
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
7
iv.Kerja-kerja ukur (Survey works)
v.Kerja Penyiasatan Tanah (Soil
Investigation)
vi.Semakan dan kelulusan awalan pihak
klien
3.0 Draf Laporan
Rekabentuk terperinci (5
salinan)
Draf laporan rekabentuk terperinci
hendaklah dikemukakan lima (5) bulan
selepas bermulanya perkhidmatan. Laporan
itu hendaklah termasuk draf rekabentuk
terperinci pembinaan jalan dan jambatan
berdasarkan pilihan yang dipilih oleh
Kerajaan. Ia hendaklah termasuk semua
lukisan kerja dan anggaran kos yang telah
dikemaskini.
4.0
Laporan terperinci
rekabentuk akhir (5
salinan)
Laporan akhir rekabentuk terperinci
hendaklah dikemukakan dalam satu (1)
bulan selepas draf laporan rekabentuk
terperinci yang telah diterima oleh kerajaan.
Laporan itu hendaklah menggabungkan
semua komen daripada kerajaan pada draf
laporan butiran rekabentuk.Laporan itu
merangkumi:
i. Rekabentuk jambatan
ii. Rekabentuk jalan penghubung
iii. Rekabentuk perparitan
iv. Rekabentuk tembok penahan serta
struktur sementara
v. Perancangan pengurusan dan
pengawalan trafik sementara
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
8
vi. Audit keselamatan
vii. Semakan dan kelulusan pihak klien
5.0 Dokumen Tender dan
Lukisan Tender
Draf dokumen tender hendaklah
dikemukakan bersama-sama dengan draf
laporan rekabentuk terperinci manakala
dokumen tender akhir dan lukisan tender
hendaklah dikemukakan dengan laporan
rekabentuk akhir. Ia akan menggabungkan
semua komen daripada kerajaan mengenai
dokumen draf tender dan hendaklah
termasuk lukisan akhir terperinci, spesifikasi
bahan, bilangan kuantiti, anggaran tender
dan lain-lain.
4.0 KAEDAH PENETAPAN KOS PERKHIDMATAN PERUNDING
i. Jadual Fee Ukur Kejuruteraan 2001 dan Peraturan-Peraturan Juruukur Berlesen (Pindaan) 1997, (Kadar bayaran Upah Ukur Untuk Ukuran Hakmilik – Mulai 1 April 2005)
5.0 DELIVERABLES (OUTPUT YANG DIHASILKAN)
Deliverables yang perlu disediakan oleh perunding adalah seperti
berikut :
i. Laporan Inception / Konsep / Awalan
ii. Laporan Kemajuan Bulanan/Interim
iii. Laporan Akhir
iv. Laporan Kriteria Rekabentuk
v. Laporan Pengiraan Rekabentuk
vi. Laporan Akaun Muktamad
vii. Laporan Jaminan dan Kawalan Kualiti (QAQC Report)
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
9
viii. Dokumen tawaran
ix. Lukisan-lukisan tawaran
x. Lukisan-lukisan pembinaan
xi. Lukisan-lukisan As-Built
xii. Laporan Pembaikan Kecacatan, dan
xiii. Lain-lain output yang bersesuaian mengikut keperluan projek
6.0 MAKLUMAT YANG BOLEH DISEDIAKAN OLEH MAJLIS KEPADA
PERUNDING
Maklumat yang perlu disediakan kepada perunding untuk menjalankan
kajian adalah seperti berikut:
i. Pelan lokasi projek.
ii. Peta Penggunaan tanah
iii. Apa-apa dokumen lain yang sediada dan data yang dianggap
berkaitan dengan perancangan, rekabentuk kejuruteraan yang
dicadangkan.
7.0 BRIF PROJEK (BAGI PROJEK PEMBANGUNAN FIZIKAL)
i. Cadangan spesifikasi jalan yang akan dibina adalah sekurang-
kurangnya sama dengan jalan sediada iaitu jalan bandaran 4
lorong dua hala dengan pembahagi jalan dan lampu jalan.
Walaubagaimanapun MBSJ seharusnya menggunakan
spesifikasi yang didasarkan kepada kajian lalulintas yang telah
dijalankan.
ii. Berikut adalah kriteria yang akan digunakan untuk cadangan ini:
a. Lebar lorong – 3.5 meter
b. Lebar bahu jalan berturap – 2 meter
c. Lebar pejalan kaki – 1.5 meter
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
10
d. Lebar pembahagi jalan – 2.5 meter
e. Lebar minima rezab jalan diperlukan – 30 meter
f. Hadlaju rekabentuk – 50 km/j
iii. Cadangan perkakasan dan peralatan yang digunakan adalah
seperti berikut:
a. Penggunaan bahan yang melibatkan kerja-kerja
membina sistem saliran, menstabilkan tembok penahan
dan lain-lain yang berkaitan
b. Penggunaan jentera yang melibatkan kerja-kerja korekan,
melantak cerucuk dan aktiviti yang melibatkan kerja-kerja
semasa dalam pembinaan.
iv. ‘Performance specification’ berdasarkan aktiviti yang dijalankan
di tapak bina seperti tujuan penggunaan cerucuk, kekotak
pembetung, longkang dan lain-lain yang berkaitan
v. Keperluan kejuruteraan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
a. Ujian tanah
b. ESCP – Erosion and Sedementation Control Plan
c. Penyiasatan Tanah
d. Kerja Ukur
e. Ujian Konkrit
vi. Lain-lain yang berkaitan
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
11
PELAN LOKASI
CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
12
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
13
GAMBAR TAPAK
Gambar 1 : Pandangan dari arah KESAS ke USJ
Gambar 2 : Pandangan dari Persiaran Subang Mewah ke Persiaran Murni
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
14
Gambar 3 : Pandangan dari Persiaran Murni ke Persiaran Subang Mewah
Gambar 4 : Pandangan dari Persiaran Subang Mewah ke Persiaran Murni
TERMA RUJUKAN
PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK CADANGAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT DI PERSIMPANGAN PERSIARAN KEWAJIPAN DENGAN PERSIARAN SUBANG PERMAI, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
15
Gambar 5 : Pandangan dari KESAS ke Persiaran Kewajipan (USJ)
Gambar 6 : Pandangan dari Persiaran Kewajipan (USJ) ke KESAS