perubatan alternatif mengikut perspektif islam: satu tinjauan
TRANSCRIPT
1
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
PERUBATAN ALTERNATIF
MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM : SATU TINJAUAN1
Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri2
1.0 MUQADDIMAH
Alhamdulillah, saya rafakkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dengan
izin-Nya dapat mengemukakan sebuah kertas kerja yang bertajuk : Perubatan
Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan.
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) di atas penganjuran Seminar Islam
Semasa & Pengislaman Ilmu (Perubatan Alternatif : Amalan, Kepercayaan
Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam).
Saya merasakan usaha seperti ini sudah pasti banyak faedah dan manfaatnya
terutama dalam membina garis panduan cara perubatan yang benar-benar menepati
hukum Syarak. Semoga kertas kerja ini sedikit sebanyak sebagai mukadimah dan
pembuka jalan untuk dicambahkan lagi pelbagai permasalahan yang berkaitan
dengannya. Apa yang baik daripada Allah S.W.T., sedangkan yang kurang dari diri
saya sendiri. Saya mengucapkan :
أ س أ س ف ر أ اس أ ف يأ أ أ ر ور فاأ س ف
Semoga kertas kerja ini sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada kita.
2.0 DEFINISI PERUBATAN ISLAM DAN ALTERNATIF
1 Kertas Kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar “Islam Semasa & Pengislaman Ilmu (Perubatan Alternatif :
Amalan dan Kepercayaan Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam”, anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
pada 3 November 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432 di De Palma Hotel Shah Alam, Selangor. 2 AJK Fatwa Negeri Sembilan & Negeri Terengganu, Mantan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-
Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
2
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
Definisi Perubatan Islam tiada kata sepakat tentang definisi sebenar perubatan
Islam. Ramai yang mentafsirkan istilah perubatan Islam mengikut selera atau cara
dan gaya mereka sendiri demi untuk mengiktiraf apa yang mereka amalkan adalah
perubatan Islam sebenar. Justeru itu terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai
tentang apa sebenarnya perubatan Islam. Saya bahagikan definisi kepada dua iaitu,
perubatan Islam dan alternatif
2.1 PERTAMA : DEFINISI PERUBATAN
Dari segi bahasa perubatan seperti dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membawa
maksud perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati
(perubatan). Maksud yang lain perihal mengubati atau menyembuhkan penyakit dan
pesakit, tempat mengubat orang sakit (pengubatan). Begitu juga maksudnya
sesuatu yang digunakan untuk mengubati (pengubat).
Dalam istilah Arab, kadang-kadang digunakan kalimah al-tibb yang memberi maksud
kepakaran dalam sesuatu bidang dan juga kemahiran. Kadang-kadang
digunakannya untuk sihir. Lihat Lisan al-Arab 1/5533.
Pada istilah ada beberapa pendapat :
Ilmu berkenaan keadaan badan manusia dari sudut kesihatan dan
kerosakannya. Inilah pendapat Ibn Rusyd.
Ilmu berkaitan tubuh badan manusia yang menjaga kesihatan dan menolak
kemudaratannya. Ini pendapat Jali Nius dan Daud al-Amtaki.
Ilmu yang dikenali hal ehwal badan manusia dari sudut kesihatan dan
sebaliknya untuk memelihara kesihatan supaya terhasil. Inilah pendapat Ibn
Sina.
2.2 KEDUA : DEFINISI PERUBATAN ISLAM
3 Muhammad Ibn Mukram Ibn Manzur al-Afriqi al-Misri, Lisān al-`Arab. Beirut : Dār Şodr, Cet. 1, Juz. 1, h. 553.
3
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
Kebanyakan ulama atau cendekiawan tidak mentakrifkan perubatan Islam secara
khusus kecuali amat sedikit dan kesimpulannya boleh dikatakan bahawa perubatan
Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di
mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai nilai tatacara ujian serta
rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah
Rasullullah S.A.W.
Dari kenyataan di atas beberapa noktah perlu difahami :
Adanya unsur ilmu sains perubatan.
Konsep dan tatacara rawatan.
Tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Walaupun begitu, apa yang difahami mengikut uruf dan adat kebiasaan apabila
disebut perubatan Islam di Malaysia biasanya dengan penggunaan ayat-ayat al-
Quran dan cara tradisional berlainan dengan rawatan yang dilakukan oleh pakar-
pakar perubatan di hospital atau klinik kesihatan.
3.0 PENDIRIAN SYARIAH BERKENAAN MEMPELAJARI ILMU PERUBATAN
Terdapat banyak kenyataan menggalakkan supaya umat Islam menceburi bidang
perubatan. Ini selaras dengan Maqāşid Syarī`ah yang bertujuan memelihara jiwa,
akal dan lain-lain.
Beberapa pendapat ulama keperluan mempelajari ilmu ini :
Imam Muhammad al-Qurasyi yang dikenali dengan nama Ibn al-Ikhwah
berkata : Kedoktoran atau perubatan merupakan ilmu, teori dan praktikal yang
diharuskan oleh syarak mengamalkannya kerana memelihara kesihatan,
menolak penyakit dari tubuh badan.
Imam al-Nawawi berkata : Adapun ilmu-ilmu akal ada yang bersifat fardu
kifayah seperti perubatan matematik yang diperlukan.
4
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
Imam al-Ghazali berkata : Tidak pelik untuk mengira ilmu perubatan daripada
fardu kifayah.
Imam al-Syafie berkata : Tiada aku mengetahui ilmu selepas halal dan haram
lebih mulia daripada ilmu perubatan.
Justeru, tidak pelik ramai tokoh ulama menjadi pakar dalam bidang perubatan
seperti Imam al-Syafie sendiri, Ibn Rusyd, Ibn Sina, Ibn al-Nafis dan ramai lagi.
4.0 HUKUM RAWATAN
Daripada nas jelas menunjukkan Islam cukup memelihara kesihatan. Justeru, tidak
pelik gesaan supaya mencegah dan memelihara kesihatan sentiasa diutamakan
dalam Islam sehingga apabila dimukadimahkan bab fikah yag pertama ia berkaitan
dengan taharah.
Adapun dalil amat banyak, antaranya :
Sabda Rasulullah S.A.W. :
ء ء د ء د الد ء ءإءذذ ء بء ء ء الد اء ء ء اء ء ء يء فءإءذء ء ء اء ء اء ء ل ء
Bermaksud : “Setiap penyakit ada ubatnya. apabila berbetulan ubat dengan
penyakit, nescaya sembuh dengan izin Allah.”
(Riwayat Muslim 4/20)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
ء ءااء اء ء ء بذ ء ء ء د ء اء الد ء ء بذ ء ء مءا
5
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
Bermaksud : “Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkannya
penyembuh.” (Riwayat Bukhari
4/8)
Daripada nas di atas menunjukkan betapa kita digalakkan berubat. Justeru, para
ulama khilaf tentang hukum berubat sama ada wajib atau sunat. Inilah yang paling
masyhur tanpa menafikan yang wajib reda dan beriman dengan qadak dan qadar
Ilahi.
5.0 JENIS PERUBATAN
Perubatan Islam merujuk kepada perubatan yang berasaskan kepada tiga sumber
utama iaitu :
Al-Quran seperti Surah al-Fatihah.
Al-Sunnah seperti doa-doa yang ma’thur daripada Rasulullah S.A.W.
Bahan alami seperti semua ciptaan Allah S.W.T.
Bahan alami merujuk kepada segala bahan yang letaknya di antara langit dan bumi.
Bahan adalah bahan sumber alam yang merangkumi tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
batu-batan.
Pentakrifan konsep perubatan Islam ini merujuk kepada sirah Rasulullah S.A.W. dan
sumber-sumber rujukan daripada al-Quran dan hadis.
Rasulullah S.A.W. bersabda :
ء اذ ء ذ ء اذ ء ء ء ءاالل ءااء ذ ء ءلء ذ ء ذ
6
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
Bermaksud : “Hendaklah kamu menggunakan dengan dua penawar,
madu lebah dan al-Quran.”
(Riwayat Ibn Majah, Ibn. Mas’ud)
Ibn Qayyim al-Jauziyah di dalam kitabnya al-Tibb al-Nabawi ketika mengulas hadis
ini menyatakan bahawa ia menggabungkan di antara perubatan Ilahi dan perubatan
manusia, perubatan jasmani dan perubatan rohani, begitu juga penawar bumi dan
penawar langit.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib R.A.,
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik-baik ubat itu adalah al-Quran.”
Allah S.W.T. berfirman:
Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran
ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-
orang yang beriman kepada-Nya.”
(Surah al-Isra’, 17 : 82)
6.0 PRINSIP ASAS DALAM RAWATAN ISLAM
Para ulama telah menekuni isu rawatan dalam Islam bagi memurnikan kaedah dan
prinsipnya agar ia selari dengan prinsip Syariah Islam, antaranya :
Kaedah rawatan tidak bercanggah dengan nas al-Quran dan al-Sunnah.
7
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
Tidak harus menetapkan sebarang bentuk bayaran tertentu terhadap ikhtiar
pengubatan yang dilakukan. Justeru aspek keikhlasan perawat dan
keikhlasan pesakit perlu ditampilkan. Kombinasi ini merupakan antara elemen
yang membantu dalam pemulihan pesakit.
Sekiranya melibatkan barangan, pesakit tidak boleh dipaksa untuk membeli
barangan yang ditawarkan dengan pakej tertentu bagi tujuan merawat
penyakitnya. Terpulang kepada pesakit untuk membuat keputusan.
Perawat tidak boleh meninggalkan kerja-kerja asasi yang lain termasuklah
tanggungjawab kepada masyarakat dan keluarga.
Perawat tidak boleh mengajukan tawaran bagi mengubati pesakit.
Kaedah dan prosedur rawatan tidak menimbulkan fitnah. Contohnya, perawat
tidak boleh memukul pesakit sehingga memudaratkannya.
Tidak boleh menggunakan jampi serapah yang tidak difahami maksud atau
mengandungi unsur syirik, khurafat dan tahyul.
7.0 PRINSIP BERUBAT DENGAN JAMPI DAN TANGKAL
Setiap orang yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas daripada menerima ujian
Allah S.W.T. sama ada ujian itu melalui kemewahan, kesenangan, kesusahan,
kesengsaraan atau kesakitan. Tetapi salah satu ujian yang mudah menimpa ke atas
manusia ialah sakit. Walau bagaimanapun Allah S.W.T. tetap kasih dan tidak
menganiaya hamba-hambanya, dengan menjanjikan setiap penyakit itu ada
ubatnya. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :
8
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
“Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat serasi dengan penyakit, ia
akan sembuh dengan izin Allah S.W.T." (Riwayat
Muslim)
Pada kelazimannya sesiapa jua yang ditimpa penyakit sudah pasti akan berusaha
sedaya upaya mencari penawar atau ubat untuk menyembuhkannya. Bahkan
kadang-kadang ada di antara kita menggunakan perkhidmatan bomoh dengan
menggunakan jampi dan tangkal kerana mengharapkan cepat sembuh dari penyakit
yang dihidapinya. Agama Islam tidak melarang umatnya berubat dengan
menggunakan jampi dan tangkal dengan syarat ianya dilakukan dengan betul dan
tidak bercanggah dengan hukum Syarak.
Di dalam al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W. terdapat banyak sandaran yang
membolehkan berbuat demikian, asalkan yang dilakukan itu dengan mengikut batas-
batas yang ditetapkan dalam Islam. Kita sebagai umat Islam semestinya memelihara
kesucian agama Islam dalam semua aspek, kerana itu dalam amalan perubatan
khususnya jampi dan tangkal kita hendaklah berhati-hati, jangan sampai wujud
unsur-unsur khurafat dan syirik yang boleh membawa kepada penyelewengan
akidah dan kekufuran. Maka sebagai langkah berjaga-jaga adalah amat mustahak
kita mengetahui apakah batas-batas Syarak yang membolehkan berubat dengan
jampi dan tangkal sebagai landasan yang boleh memandu kita ke arah jalan yang
selamat, di antaranya ialah :
Pertama : Hendaklah jampi dan tangkal itu bersumberkan daripada al-Quran atau
Sunnah Baginda S.A.W. Islam mengharuskan berubat dengan jampi
dan tangkal yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, nama-nama dan
sifat-sifat Allah S.W.T., zikir-zikir dan doa-doa yang terdapat di dalam
al-Quran serta Sunnah Baginda S.A.W.
Daripada Jabir R.A. berkata maksudnya :
"Rasulullah S.A.W. melarang daripada berjampi, lalu keluarga Amru bin Hazm
datang kepada Rasulullah S.A.W., mereka berkata : Hai Rasulullah, kami
9
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
mempunyai jampi yang boleh kami gunakan untuk menjampi sengatan kala
jengking, sedangkan engkau melarang jampinya." Jabir R.A. berkata : Kemudian
mereka pun memperlihatkan jampi mereka kepada Rasulullah S.A.W. Lantas
Baginda S.A.W. bersabda : Aku tidak nampak ianya menjadi apa-apa, barang siapa
di antara kamu yang boleh menolong saudaranya maka tolonglah dia.”
(Riwayat Muslim)
Kedua : Jampi dan tangkal itu tidak mengandungi unsur syirik.
Perbuatan syirik yang dimaksudkan ialah suatu perbuatan menyekutukan Allah
S.W.T. dengan sesuatu yang lain iaitu menyembah selain Allah atau percaya
kepada sesuatu benda mempunyai kuasa menyembuh, menyelamatkan daripada
malapetaka, mendatangkan keuntungan atau sebagainya. Perlu diingat bahawa
dosa melakukan syirik adalah sebesar-besar dosa. Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya : “Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain, maka sesungguhnya ia telah
melakukan dosa yang besar.”
(Surah al-Nisa', 4 : 48)
Oleh itu di dalam Islam perbuatan jampi mantera dan tangkal yang mengandungi
apa-apa jua unsur-unsur syirik adalah dilarang menurut syarak. Diriwayatkan
daripada 'Auf bin Malik Al-Asja'ie R.A., beliau berkata yang bermaksud : "Kami pada
zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya : Hai Rasulullah
bagaimana pandanganmu mengenai hal itu? Maka Rasulullah S.A.W. bersabda :
Perlihatkan kepadaku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan
jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik". (Riwayat Muslim)
10
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
Ketiga : Jampi dan tangkal tidak terdapat unsur sihir.
Para Ulama ijmak mengatakan bahawa mengamalkan sihir itu hukumnya adalah
haram. Apa yang dimaksudkan dengan sihir di dalam konteks ini ialah orang yang
menjampi atau pembuat tangkal itu meminta bantuan jin atau syaitan dalam jampi
manteranya.
Di antara dalil-dalil sebagai sandaran menegaskan tentang larangan sihir itu, firman
Allah S.W.T. :
Maksudnya : “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu,
nescaya ia menelan segala benda-benda sihir yang
mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang
mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir, sedang
ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan di mana sahaja
ia berada.”
(Surah Ţāha, 20 : 69)
Keempat : Bahasa yang digunakan hendaklah difahami maknanya.
Para Ulama bersepakat bahawa bahasa yang digunakan dalam jampi dan tangkal
itu hendaklah menggunakan bahasa yang boleh difahami maksudnya.
Dalam hal tersebut tukang jampi atau pembuat tangkal serta orang yang menerima
rawatan melalui jampi itu adalah dikehendaki untuk memahami maksud jampi yang
11
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
digunakan. Tujuannya ialah supaya mereka tahu bahawa perkataan jampi yang
digunakan itu tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum
Syarak seperti perkara yang membawa syirik, sihir dan seumpamanya.
Sabda Rasulullah S.A.W. ketika Baginda ditanya tentang jampi yang diamalkan
pada zaman jahiliah yang diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik Al-Asja'ie R.A. yang
bermaksud : "Perlihatkan kepadaku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa
mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik." (Riwayat
Muslim)
Kelima : Jampi atau tangkal hendaklah dengan benda yang suci.
Sekiranya jampi itu ditulis pada kertas, kulit binatang, logam atau seumpamanya,
maka hendaklah benda-benda seperti itu terdiri daripada benda yang bersih dan
suci, sebagaimana juga alat yang digunakan untuk menulis hendaklah daripada
benda yang bersih dan suci seperti dakwat, za'faran dan seumpamanya. Oleh itu
tidak harus menggunakan benda-benda yang najis seperti darah, nanah, air kencing
dan sebagainya kerana kata-kata Allah (Kalamullah), nama-nama dan sifat-sifat-Nya
yang Maha Agung dan Suci itu selayaknya tidak bercampur dan dicemari dengan
benda-benda yang kotor dan jijik. Tetapi sebaliknya, terdapat sebilangan pengamal
ilmu sihir yang menulis jampi mantera berupa ayat-ayat al-Quran dengan
menggunakan darah haid wanita, kemudian menjampinya untuk memanggil jin dan
memerintah jin tersebut untuk melakukan apa saja yang dia kehendaki. Perbuatan
seumpama ini amat jelas merupakan suatu perbuatan kufur kerana mempersenda
dan mempermain-mainkan surah dan ayat-ayat al-Quran itu. Ingatlah bahawa
suruhan dan larangan Allah itu wajib dipatuhi jika mahu selamat, pelihara akidah dan
keimanan kita, jangan sampai terpesong dan rosak gara-gara perbuatan sendiri,
berubatlah dengan cara yang betul, dengan bertawakal dan berdoa kepada Allah
S.W.T. semoga usaha yang dilakukan diperkenankan dan dimakbulkan.
Firman Allah S.W.T. :
12
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
Maksudnya : “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-
Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan
rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya. Dan
sebaliknya Al-Quran tidak menambahkan orang-orang
yang zalim disebabkan keingkaran mereka melainkan
kerugian jua.”
(Surah al-Isrā', 17 : 82)
8.0 PENUTUP
Alhamdulillah, selesai sudah perbincangan ini sebagai mukadimah yang perlu
diperluaskan lagi agar ia benar-benar bersifat patuh syariah dan difahami oleh orang
ramai khususnya pengamal perubatan. Semoga usaha ke arah memartabatkan
agama Islam hatta dalam bidang perubatan perlu dipertingkatkan dari semasa ke
semasa.
Akhir kalam, sekali lagi saya rakamkan terima kasih kepada JAIS kerana sudi
menjemput dalam perkongsian ilmiah berkaitan Perubatan Alternatif Mengikut
Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Saya berdoa kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa agar usaha untuk
memurnikan akidah ummah melalui perubatan yang benar-benar patuh Syariah
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Amin.
13
Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan
Jabatan Agama Islam Selangor
Sekian, akhukum filLah
Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri