peruntukan faedah pemberhentian dan faedah …
TRANSCRIPT
PERUNTUKAN FAEDAH PEMBERHENTIAN PERUNTUKAN FAEDAH PEMBERHENTIAN PERUNTUKAN FAEDAH PEMBERHENTIAN PERUNTUKAN FAEDAH PEMBERHENTIAN
DAN FAEDAH TERBITAN UNTUK DAN FAEDAH TERBITAN UNTUK DAN FAEDAH TERBITAN UNTUK DAN FAEDAH TERBITAN UNTUK
ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI ANGGOTA PENTADBIRAN DAN AHLI
PARLIMENPARLIMENPARLIMENPARLIMEN
AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980 AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980
(AKTA 237)(AKTA 237)(AKTA 237)(AKTA 237)
A.A.A.A. FAEDAH PEMBERHENTIANFAEDAH PEMBERHENTIANFAEDAH PEMBERHENTIANFAEDAH PEMBERHENTIAN
PERKHIDMATAN ANGGOTAPERKHIDMATAN ANGGOTAPERKHIDMATAN ANGGOTAPERKHIDMATAN ANGGOTA
PENTADBIRAN DAN AHLIPENTADBIRAN DAN AHLIPENTADBIRAN DAN AHLIPENTADBIRAN DAN AHLI
PARLIMENPARLIMENPARLIMENPARLIMEN
Seseorang Anggota Pentadbiran atau Ahli Parlimen (
iaitu Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat
termasuk Yang di-Pertua Dewan Negara dan
Timbalannya serta Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan
Timbalannya) yang berhenti berkhidmat boleh diberi
faedah pemberhentian perkhidmatan di bawah Akta Ahli
Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].
“Ahli atau Anggota” ertinya Anggota Pentadbiran, Ahli
Parlimen, Yang Di-Pertua Dewan Negara dan Yang Di-
Pertua Dewan Rakyat.
“Ahli Parlimen” ertinya Ahli Dewan Negara atau Dewan
Rakyat.
“Anggota Pentadbiran” terdiri daripada Perdana Menteri,
Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri
dan Setiausaha Parlimen.
`Pemberhentian’ bermakna penamatan ekoran
pembubaran Parlimen, tamat tempoh sebagai Ahli Dewan
Negara atau penamatan atas sebab-sebab lain di bawah
Perlembagaan Persekutuan.
Pemberhentian pemberian pencen berlaku apabila
penerimanya hilang kelayakan daripada menjadi Ahli
mana-mana satu Majlis Parlimen dalam hal-hal keadaan
yang diperihalkan dalam perenggan (e) atau (f) Fasa 1,
Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan:
(i) Ia telah disabitkan suatu kesalahan oleh sesuatu
mahkamah dan dihukum penjara selama tidak kurang
daripada 1 tahun atau denda tidak kurang daripada
RM2000;
(ii) Ia telah memperolehi kewarganegaraan negeri lain atau
telah menggunakan hak-hak kewarganegaraan negeri
lain atau telah membuat taat setia kepada negeri lain.
Pencen itu akan dipulihkan sekiranya kehilangan
kelayakan di atas dihapuskan oleh Yang Dipertuan
Agong.
Formula Perkiraan Faedah Pemberhentian
Perkhidmatan Anggota Pentadbiran dan
Ahli Parlimen:
Mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237);
PENCEN :
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) yang boleh dimasukira x
Gaji, tertakluk kepada maksimum pencen sebanyak setengah
daripada Gaji.
GANJARAN :
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan) yang boleh
dimasukira.
Nota:
(i) `Gaji’ Anggota Pentadbiran bermakna Gaji Tertinggi Anggota
Pentadbiran + Elaun Ahli Parlimen.
(ii) `Gaji’ Ahli Parlimen bermakna Elaun Ahli Parlimen.
(iii) Kadar pencen akan diselaraskan setiap kali berlaku semakan gaji
bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen.
(iv) Pengiraan tempoh perkhidmatan yang dimasukira seperti di
Jadual A.
(v) Tempoh perkhidmatan termasuk tempoh perkhidmatan
Setiausaha Politik (Persekutuan) yang tidak serempak dengan
tempoh perkhidmatan sebagai Anggota Pentadbiran seperti di
Jadual B.
(vi) Pemberian pencen `backbenchers’ dibayar semasa Ahli Dewan
Rakyat yang telah berhenti menjadi Anggota Pentadbiran seperti
di Jadual C.
Jadual A:
ADR
30 bulan 15 bulan (AP)
Ganjaran Anggota Pentadbiran:
1/48 x RM (EADR + Gaji AP) x 12 x ( [15 AP]+ 72[Maks ADR] ) bulan.
Ganjaran Ahli Dewan Rakyat:
1/48 x RM (EADR) x 12 x 8 bulan.
80 – 72 = 8 bulan beza
ADR
50 bulan
Jadual B:
S/U Politik
ADR
S/U Politik
ADR
Contoh tempoh perkhidmatan Setiausaha Politik (Persekutuan) yang serempak
dengan tempoh perkhidmatan Ahli Parlimen.
Contoh tempoh perkhidmatan Setiausaha Politik (Persekutuan) yang tidak
serempak dengan tempoh perkhidmatan Ahli Parlimen.
Jadual C:
ADR AP ADR ADR AP
Pencen Backbenchers:
Dibayar semasa Ahli Dewan Rakyat yang telah berhenti menjadi
Anggota Pentadbiran.
Pencen sebagai Anggota Pentadbiran yang tamat pada `C’ akan
dibayar sehingga dilantik semula sebagai Anggota Pentadbiran di
`G’.
Pencen dibayar
Pencen dihentikan
Dokumen yang diperlukan:
1. Borang JPA.BP.SPPP.B01b - Maklumat Pemberhentian Perkhidmatan
(Anggota
Pentadbiran/Ahli Parlimen/Setiausaha Politik)
2. Borang JPA.BP.SPPP.B03 - Maklumat Tanggungan
3. Borang JPA.BP.UMUM. B01 - Sijil Akuan berhutang/ tak berhutang
4. Borang JPA.BP.UMUM.B04 - Laporan Pengesahan Pakar Perubatan
Mengenai anak Cacat Otak / Cacat Anggota (jika berkenaan)
5. Kenyataan Perkhidmatan
6. Salinan Kad Pengenalan Anggota Pentadbiran/Ahli Parlimen/
suami/isteri/anak
7. Salinan Sijil Nikah, sekiranya tiada, surat akuan sumpah
8. Salinan sijil kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun dan tiada had
umur bagi anak cacat
9. Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor kad
pengenalan dan nombor akaun bank
Tempoh penghantaran dokumen :
2 minggu selepas pembubaran Parlimen / Penamatan Perkhidmatan
B. MATI DALAM PERKHIDMATAN
BAGI AHLI PARLIMEN ATAU
ANGGOTA PENTADBIRAN
(BERKAHWIN / ADA
TANGGUNGAN)
Ahli keluarga tanggungan Ahli Parlimen atau
AnggotaPentadbiran
boleh diberi:
a. pencen dan ganjaran terbitan; atau
b. ganjaran terbitan sahaja.
Pencen terbitan boleh diberi kepada balu atau duda dan anak
Ahli
yang mati. Manakala ganjaran terbitan boleh diberi kepada
balu
atau duda, anak dan ibu atau bapa tanggungan Ahli yang mati.
1. B
`Anak’ ertinya anak seseorang Ahli atau Anggota yang mati
yang berumur kurang 21 tahun dan termasuklah:
(i) Anak yang lahir selepas kematian bapanya, anak tiri
tanggungan atau anak taksahtaraf;
(ii) Anak yang diambil sebagai anak angkat di bawah mana-mana
undang bertulis, adat atau kelaziman sebelum kematian Ahli
atau Anggota itu;
(iii) Anak yang diambil sebagai anak angkat sebelum kematian Ahli
atau Anggota yang menganuti agama Islam sama ada di bawah
mana-mana undang-undang bertulis, adat atau selainnya;
(iv) Seorang anak yang apabila atau selepas mencapai umur 21
tahun berkeadaan cacat otak atau hilang upaya jasmani dan
secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri;
dan
(v) Seorang anak yang apabila atau selepas mencapai umur 21
tahun mendapat didikan di suatu institusi pelajaran tinggi
tetapi tidak melampaui pelajaran yang menuju ke arah ijazah
pertama.
Formula Perkiraan Faedah Terbitan Anggota
Pentadbiran dan Ahli Parlimen:
Mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237);
PENCEN TERBITAN:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) yang boleh dimasukira x
Gaji, tertakluk kepada maksimum pencen terbitan sebanyak
setengah daripada Gaji.
GANJARAN TERBITAN:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan) yang boleh
dimasukira.
Pencen terbitan akan dibayar 100% sehingga tamatnya tempoh 12
½ tahun daripada tarikh kematian Ahli Dewan Negara atau Ahli
Dewan Rakyat dan selepas itu dibayar 70% seumur hidup.
Dokumen yang diperlukan:1. Borang JPA.BP.SPT.b01b – Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian
Dalam Perkhidmatan (Ahli Parlimen/Anggota Pentadbiran/Setiausaha
Politik);
2. Borang JPA.BP.SPT.B01e – Maklumat tanggungan;
3. Borang JPA.BP.SPT.B03a/B03b – Pengesahan Anak Belajar Di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) (jika berkenaan);
4. Borang JPA.BP.SPT.B06 – Maklumat Akaun Bank Penerima Pencen;
5. Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang/Tak Berhutang;
6. Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesaha Pakar Perubatan
mengenai Anak Cacat/Cacat Anggota (jika berkenaan;
7. Salinan Kenyataan Perkhidmatan;
8. Salinan Sijil Kematian;
9. Salinan Sijil Nikah, sekiranya tiada surat akuan sumpah;
10. Salinan Kad Pengenalan Balu/Duda;
11. Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak di bawah 21 tahun dan tiada had umur
bagi anak cacat;
12. Salinan surat pengesahan pengambilan anak angkat (jika berkenaan); dan
13. Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor kad pengenalan
dan nombor akaun bank.
Perkara lain:
1. Kemudahan perubatan di bawah Perenggan 18, Jadual Pertama,
Akta 237, diluluskan oleh Jabatan Parlimen.
2. Faedah berhubung dengan kematian dan hilang upaya kekal
disebabkan ditimpa bencan akibat kemalangan Jadual Kedua,
Akta 237, diuruskan oleh Jabatan Parlimen.