perutusan pengarah - duchess of kent hospital duchess...amalan gaya hidup sihat di kalangan peserta...
TRANSCRIPT
1
Salam Sejahtera
Selamat ulang Tahun ke-65 bagi Hospital Duchess of
Kent Sandakan. Tahun ini merupakan tahun yang sangat
istimewa bagi HDOK di mana sepanjang tahun
dikhaskan untuk memperingati dan meraikan 65 tahun
perkhidmatan perubatan berterusan di daerah
Sandakan.
Perutusan Pengarah
Dr. Francis Paul
Sidang Redaksi
Penasihat : Dr.Francis Paul
Pengarah Hospital
Penasihat Pengarang : Dr. Paul Chan Hong Kit
Timbalan Pengarah Hospital
Ketua Pengarang : Encik Zaini bin Morshidi
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Pengarang : Unit Komunikasi Korporat, Hospital Duchess of Kent
HRH Princess Marina Duchess Of Kent
Sepanjang tempoh ini, HDOK semakin banyak berlakunya perubahan atau transformasi
terutama dalam pembangunan, polisi, sumber manusia dan kepimpinan. Perkara inilah
yang menyebabkan hospital ini terus maju ke arah perubatan moden yang lebih selamat
dan berkualiti.
Sempena ulang tahun Nilam atau “Sapphire Jubilee” ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan
dan antara kemuncaknya adalah Sapphire Night Run dan Gala Night “65 Shades of Blue”.
Sehubungan itu, saya inigin menyeru kepada semua warga HDOK agar sentiasa ceria dan
aktif dalam penglibatan aktiviti hospital yang tidak terhad kepada kerja perawatan pesakit
tetapi juga aktiviti rekreasi agar dapat mengimbangi kehidupan dan pengurangan stress
dan seterusnya meningkatkan keseronokan bekerja dalam organisasi.
Tahniah kepada Sidang Redaksi dan semua penyumbang artikel dalam Buletin “The
Duchess” kerana dapat menghasilkan edisi khas ini.
Sekian, terima kasih
“65 years Of Healthcare Execellence”
Maksud Logo Sapphire Jubilee 65
65 bermaksud
usia HDOK sejak
1952
65 yang bersambung
bermaksud kekuatan,
kerjasama serta
perpaduan warga HDOK
Perkataan SAPPHIRE
& corak batu NILAM
merupakan batu yang
berharga yang menjadi
titik huruf I bermaksud
kegemilangan HDOK
selaras dengan
peredaran zaman
Perkataan
JUBILEE yang
belingkar
bermaksud
cabaran yang
telah dihadapi
HDOK sejak dari
penubuhannya
Perkataan Duchess of
Kent Hospital menghala
ke atas bermaksud
HDOK sentiasa maju ke
hadapan setiap masa
Warna BIRU keseluruhannya
bermaksud sikap keharmonian,
keprihatinan, kesetiaan serta
kesungguhan dalam memberikan
perkhidmatan kepada masyarakat
Pelancaran Rasmi Logo
Sapphire Jubilee 65
Pada
27 April 2017
Oleh
Dr. Francis Paul
Pengarah Hospital 1
4
Hand Hygiene Run 2017 7.5 km anjuran Unit
Kawalan Infeksi dan Unit Kejururawatan
Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK)
merupakan aktiviti pertama sempena
Sambutan Ulang Tahun Ke-65 Hospital
Duchess of Kent Sandakan selepas
dilancarkan pada 27 April 2017 oleh Dr. Francis
Paul, Pengarah Hospital.
Larian ini telah diadakan pada 13 Mei 2017
yang disertai hampir 500 orang peserta.
Penganjuran ini juga sempena Hari Hand
Hygiene Sedunia pada 5 Mei setiap tahun.
Tema sambutan ialah Clean Hands Saves
Lives: Fight Antibiotic Resistance – It’s In Your
Hands. Ini bertujuan untuk menyebarkan
kepentingan kebersihan tangan adalah suatu
cara paling berkesan memerangi jangkitan
nosokomial dan kerentangan antibiotik.
HAND HYGIENE RUN
2017
2
5
SAPPHIRE RACE BERABIS
Sempena Sambutan Sapphire Jubilee 65 Years , Jabatan Anaestesia
Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK) telah menganjurkan
Sapphire Race Berabis pada 19 Ogos 2017. Aktiviti yang sentiasa
mendapat sambutan di kalangan warga HDOK, sekali lagi telah
menarik minat dengan penyertaan 12 kumpulan yang
terdiri empat orang dalam satu kumpulan. Sebanyak
sembilan disiplin yang perlu dihabiskan iaitu mencantum
cinta, panglima bisu, piramidku jatuh, pandora box,
monalisa, masterchef, round the world,
kasutku di kepalamu dan fashionista.
Pemenang untuk race berabis johan
ICU, naib johan Pengurusan dan
ketiga OT. Pengarah Hospital, turut
menjayakan race berabis ini. Race
Berabis ini merupakan aktiviti yang
menguji minda, fizikal dan bekerjasama
dalam menyelesaikan permainan.
3
6
Jabatan Pembedahan Hospital Duchess of Kent Sandakan dan Persatuan Surgeri Sandakan telah
menganjurkan Polyp Run sempena Kempen Kesedaran Kolorektal pada 9 September 2017 yang
disertai seramai 438 peserta. Larian ini juga dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Hospital
Duchess of Kent Sandakan yang ke-65 tahun.
Di samping itu, pada 10 September 2017 Kempen kesedaran Kolorektal telah dirasmikan oleh
Ybhg Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah di Dewan SJK Chi Hwa. Antara
aktiviti yang berlangsung pameran, ceramah kesihatan, pemeriksaan gigi, saringan kesihatan dan
saringan kanser kolorektal.
4
KEMPEN KESEDARAN KOLOREKTAL
7
SAPPHIRE NIGHT RUN
Sempena sambutan Ulang Tahun Hospital Duchess of Kent ke-65 tahun Kelab Kebajikan, Rekreasi dan
Sukan Hospital Duchess of Kent Sandakan (KKRS) telah menganjurkan Sapphire Night Run pada 5 Ogos
2017 bermula jam 8.00 malam bertempat di perkarangan HDOK. Acara ini julung kalinya dianjurkan di
daerah Sandakan dan mendapat sambutan 1500 orang pelari dari pelbagai daerah. Sapphire Night Run
merupakan salah satu program yang terbesar dalam meraikan “Sapphire Jubilee 65 Years HDOK”.
Sapphire Night Run telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah
Kesihatan Negeri Sabah dan turut dihadiri oleh Dr. William Gotulis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
Sabah (Perubatan) dan Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital. Acara ini telah dibahagikan kepada kategori
lelaki dan perempuan terbuka dan veteran. Sapphire Night Run juga telah mendapat kerjasama daripada
MPS, PDRM, K2 Life Water, Indocafe, Ayam Brand, Kelly dan Sabah Amateur Radio Sandakan (SARS)
5
8
Seramai 230 orang peserta dari pelbagai kelab dan persatuan
basikal di daerah ini telah menjayakan Program Kayuhan Harapan
“25KM FUNRIDE” pada 7 Oktober 2017 anjuran Pasukan Perolehan
Organ dan Tisu (TOP TEAM) sempena Kempen Jalanan Minggu
Kesedaran Pendermaan Organ dan Sambutan Ulang Tahun Hospital Duchess of Kent, Sandakan yang
ke- 65 tahun.
Program yang julung kali diadakan ini dianjurkan bagi tujuan mempromosi dan meningkatkan
pengetahuan mengenai pendermaan organ di kalangan peserta dan orang awam, di samping memupuk
amalan gaya hidup sihat di kalangan peserta program. Kayuhan sejauh 25km ini telah disempurnakan
oleh Encik Peter Stephen Ampadu, Pengarah Bahagian Pembangunan & Kewangan Majlis Perbandaran
Sandakan dan turut hadir Pengarah Hospital, Dr.Francis Paul.
KAYUHAN HARAPAN
6
9
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hospital Duchess of Kent ke-65 tahun Kelab Kebajikan, Rekreasi dan
Sukan (KKRS) Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Karnival Sukan Piala Pengarah
HDOK buat julung kalinya. Karnival kali ini bermula 23 September hingga 15 Oktober 2017 dan
dibahagikan kepada tiga pasukan mengikut Zon EKSA iaitu Rumah Merah (Zon Berlian), Rumah Biru
(Zon Delima) dan Rumah Kuning (Zon Zamrud). Semua acara pertandingan diadakan setiap hujung
minggu bagi membolehkan semua kakitangan terlibat dalam pelbagai acara.
Acara yang dipertandingkan kali ini terdiri dari bola sepak, badminton, ping pong, sepak takraw, bola
tampar, bola jaring, futsal, olahraga, bowling, dart, karom, dam haji dan catur. Karnival kali ini telah
dijuarai oleh Rumah Merah (Zon Berlian) dan membawa pulang Piala Pusingan Pengarah HDOK, naib
johan Rumah Biru (Zon Delima) dan ketiga Rumah Kuning (Zon Zamrud). Karnival telah berjaya
mencapai objektifnya terutama dalam mengeratkan hubungan silatulrahim dan semangat pasukan di
kalangan warga HDOK. Selain persiapan untuk pemilihan bagi Karnival Sukan JKNS Zon Sandakan.
7
KARNIVAL SUKAN HDOK
KUTIPAN PINGAT
RUMAH E P G
MERAH 27 22 14
BIRU 14 21 15
KUNING 13 11 25
10
SAPPHIRE BLOOD DONATION
Unit Tabung Darah Hospital Duchess of Kent Sandakan telah mengadakan Sapphire Blood
Donation pada 19 Oktober 2017 sempena sambutan Ulang Tahun Hospital Duchess of Kent ke-65
tahun. Kempen tersebut telah mendapat sambutan seramai 65 penderma bersesuaian dengan
ulang tahun ke-65 HDOK.
Antara penderma ialah anggota PDRM, TM, kakitangan hospital dan orang awam. Timbalan
Pengarah Hospital, Dr. Paul Chan Hong Kit turut memberi sokongan untuk kempen pendermaan
darah yang disaksikan oleh Pengarah Hospital, Dr. Francis Paul dan Dr Nazri Abdul Mutalib,
Ketua Jabatan Patologi.
8
5
Annual Gala Night yang bertemakan “65 Shades of Blue”
merupakan acara penutup untuk Sambutan Ulang Tahun
Hospital Duchess of Kent Sandakan ke-65 tahun yang diadakan
di Four Points Hotel Sandakan pada 21 Oktober 2017 yang
dihadiri oleh 400 kakitangan dan jemputan. Majlis tersebut telah
dirasmikan oleh Dr. Francis Paul, Pengarah Hospital.
Dalam majlis tersebut telah diadakan Anugerah Jabatan iaitu
Zon Terbaik yang dianugerahkan kepada Zon Delima (Rumah
Merah). Selain itu, diakhir majlis telah diadakan juga pemilihan
Sapphire King dan Queen. Anugerah Sapphire King telah
dimenangi oleh Abdul Razak (Zack) dan Sapphire Queen ialah
Sulizaliana Takin.
9
5
Thanksgiving Mass at St Joseph Church on 22 October 2017 organised by Catholic staff of
Duchess of Kent Hospital and Nursing Students followed by fellowhip and refreshment. The
Thanksgiving Mass was celebrated by Fr. David to commemorate Duchess of Kent Hospital
65 years anniversary.
THANKSGIVING MASS “SAPPHIRE JUBILEE”
10
Terbitan
Unit Komunikasi Korporat
Hospital Duchess of Kent Sandakan
JUALAN CENDERAMATA KENANGAN HDOK KE-65 TAHUN