peta konsep tugasan1
DESCRIPTION
peta konsep berkaitan dengan sukatan pelajaran BahasaMelayu sekolah rendah secara terperinci. menjadi rujukan untuk semua.TRANSCRIPT
Secara keseluruhannya sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah meliputi tujuh aspek yang perlu diketahui secara terperinci kerana Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras dan berperanan sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahsa Perpaduan serta pemangkin kepada semangat cintakan tanah air. Jelasnya, Pendidikan Bahasa Melayu bertujuan untuk mewujudkan asas semangat kewarganegaraan.
Selain itu , kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Oleh itu, sukatan ini memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa agar murid dapat menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian sebagai bahasa ilmu bagi pembelajaran seumur hidup.
Dua komponen penting yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu iaitu Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia bertujuan untuk memberi garis panduan agar apa yang diusulkan mestilah berlandaskan dua komponen ini. Semua guru juga perlu memahami dengan jelas maksud Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan apabila dikaitkan dengan pembelajaran Bahasa Melayu.
Matlamat yang ditetapkan dalam kurikulum Bahasa Melayu bertujuan untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi kepentingan diri seseorang dari segi keperluan, ilmu, perhubungan social dalam urusan seharian.
Manakala objektif kurikulum Bahasa Melayu menampilkan 10 objektif yang perlu dicapai apabila pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dilaksanakan dari segi lisan,bacaan dan tulisan. Objektif ini meliputi pendengaran dari segi pengucapan, kepetahan dalam sebutan dan intonasi, perbincangan dan kongsi pendapat. Manakala dari segi bacaan, menggunakan pelbagai teknik yang sesuai.Selain itu, memupuk sikap minat membaca dan menghargai bahasa serta menghargai bahasa serta menghayati nilai murni dalam diri seseorang ketika mempelajari Bahasa Melayu. Pembelajaran Bahasa Melayu cuba mengembangkan potensi murid dari segi imiginasi, kreatif dan nilai murni melalui penghasilan tulisan.
Kurikulum Bahasa Melayu member penekanan kepada hasil pembelajaran yang dikuasai oleh murid apabila selesai sesi pembelajaran. Justeru itu, hasil pembelajaran ini lebih menekankan kepada kemahiran berbahasa seperti kemahiran mendengar dan bertutur , kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Di samping itu, hsil pembelajaran juga menggabungkan sisitem bahasa yang disokong oleh elemen pengisian kurikulum.
Terdapat empat elemen penting dalam kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, embaca dan menulis. Bagi elemen mendengar terdapat tiga aspek penting yang perlu diambil berat iaitu:
Mendengar dengan teliti
Memahami perkara yang didengar
Dapat member maklum balasManakala bagi elemen bertutur, dua aspek yang perlu diambil kira iaitu :
Berbual dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan sopan
Pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuaiKemahiran membaca pula menekankan aspek:-
Membaca ayat dengan lancar menggunakan sebutan, intonasi dan jeda yang betul
Menekankan aspek pemahaman dan penakulaan dengan menggunakan pelbagai teknik bacaanBagi kemahiran menulis, aspek yang dititikberatkan adalah: Keupayaan menulis ayat dan perkataan
Mengeluarkan idea semasa penulisan
Penggunaan krativiti dalam menghasilkan bahan yang berunsur pengetahuan atau imiginatif
Hasil pembelajaran adalah apa yang ingin dicapai dalam sukatan bahasa Melayu. Ia lebih memberikan tumpuan kepada isi pembelajaran yang ingin disampaikan. Oleh yang demikian, hasil pembelajaran ini perlu memenuhi criteria berikut:
Tafsiran daripada objektif
Petunjuk jelas tentang kemahiran yang dikuasai
Membantu guru memilih kandungan , kaedah, sumber dan prosedur pengajaran
Penggabungjalinan dengan empat kemahiran bahasa, system bahasa dan pengisian kurikulum
Pendekatan yang lebih kepada gaya pembelajaran pelbagai
Membantu membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
System bahasa memberi lebih tumpuan kepada bahasa baku terutama dari segi tatabahasa, ejaan, sebutan, intonasi, kosa kata dan peribahasa. Selain itu, system bahasa juga member tumpuan kepada aspek kosa kata dan tatabahasa dari segi perkataan dan ayat. Dalam aspek kosa kata lebih menitik beratkan tentang kosa kata umum dan istilah. Contoh: Kosa kata umum -autograph , panduan
Kosa kata istilah-pengukir , seringgit
Manakala dalam aspek tatabahasa mementingkan aspek morfologi mengenai perkataan dan sintesis yang lebih kepada ayat. Contoh :
Morfologi-kata Seru, kata Tanya, Sintesis-ayat Tanya, ayat seru, ayat perintah, ayat tunggal
Pengisian Kurikulum terdiri daripada lima elemen yang menggabungkan aspek kewarganegaraan, nilai, ilmu, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah.semua elemen ini dapat diaplikasi oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan dan patriotism diberi penekanan selaras dengan matlamat Negara membangunkan masyarakat madani.
Dalam kemahiran mendengar dan bertutur terdapat empat elemen yang perlu dikuasai oleh murid sepenuhnya. Kemahiran mendengar dan bertutur sebenarnya adalah keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi semasa perbualan harian atau situasi formal. Jelasnya ia bertujuan untuk menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta membincangkan topic yang lebih mencabar.Antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid ialah : Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dasn pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal
Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami
Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, manarik dan berkesan
Berbincang tentang tajuk-tajuk yang releven secara bertatasusila
Oleh yang demikian, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan dua kemahiran yang saling melengkapi. Jelasnya , keduadua kemahiran ini diajarkan kepada murid supaya mereka boleh memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi. Selain itu, mereka dapat bertindak balas melalui pengucapan yang gramatis.
Kemahiran membaca bermaksud kebolehan murid membaca dan memahami bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar. Penekanan lebih kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik membaca diterapkan untuk memastikan keefisienan membaca. Ringkasnya membaca ialah memindahkan tulisan kepada suara untuk menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Ini bermakna seseorang murid yang memeindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika murid tidak memahami apa yang disuarakan, maka seseorang itu tidak boleh dikira atau dianggap sebagai pandai membaca. Hal yang demikian disebabkan memahami isi bacaan adalah tujuan utama yang seiring dengan kelancaran membaca.
Kemahiran menulis adalah keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat dan dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis tulisan. Terdapat 4 elemen penting yang perlu diterapkan dalam kemahiran menulis. Antaranya : Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
Mencatat dan menyusun maklumat
Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca
Secara umumnya tujuan kemahiran menulis adalah untuk membolehkan murid : Mengeja perkataan
Melahirkan fikiran dan perasaan
Meluaskan kosa kata
Meningkatkan kecekapan berfikir
Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi
Meluaskan pengetahuan
Meningkatkan penguasaan bahasa
Oleh itu, kemahiran menulis terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
Pra tulisan
Tulisan mekanis
Tulisan mentalis
Dalam system bahasa lima perkara penting yang dititik beratkan. Antara perkara tersebut adalah :
Tatabahasa dari segi morfologi dan sintaksis
Sistem ejaan Sebutan dan intonasi
Kosa kata
Peribahasa
Sebenarnya, tatabahasa mestilah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajar secara terancang untuk ketepatan berbahasa. Dalam tatabahasa dua perkara utama yang diambil kira iaitu morfologi dari segi perkaataan yang mengambil kira tentang struktur kata, bentuk kata dan pergolongan kata. Manakala sintaksis pula adalah mengenai ayat yang mengkaji tentang bentuk, struktur dan konstruksi ayat.Selain itu, dalam sisitem bahasa system ejaan juga adalah amat penting. Malahan sebutan dan intonasi juga diajar supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul dan menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Walau bagaimanapun kosa kata atau perbendaharaan kata dipertingkatkan dan diperkembangkan selaras dengan pertambahan ilmu. Peribahasa juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa melayu.
Terdapat lima elemen penting dalam pengisisan kurikulum. Antaranya : Ilmu
Nilai
Kewarganegaraan
Peraturan sosiobudaya
Kemahiran bernilai tambah
Dalam elemen ilmu, kaedah penyerapan digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jelasnya , pelbagai ilmu diserapkan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Seperti juga komponen ilmu, aspek nilai iaitu nilai murni juga turut diserapkan ketika pengajaran dan pembelajaran. Ini bertujuan untuk melahirkan insane yang baik serta memiliki akhlak yang mulia. Kesemua nilai yang diterapkan berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Sebanyak 17 nilai yang perlu diterapkan kepada murimurid dalam pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, unsur patrotisme dan kewarganegaraan juga diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Ia bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan komitmen terhadap bangsa dan Negara.
Sebenarnya, sekolah adalah sebuah masyarakat yang kecil yang terikat dengan peraturanserta amalan yang dikenali sebagai peraturan sosiobudaya yang perlu dipatuhi oleh murid. Oleh itu, peraturan sosiobudaya yang dikemukakan mengambil kira cirri kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa.Kemahiran bernilai tambah juga merupakan salah satu aspek dalam pengisian kurikulum yang diguna pakai di dalam bilik darjah dan dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian murid. Kemaahiran bernilai tambah ini mempunyai tujuh kemahiran kecil yang perlu dikuasai oleh murid.
Kemahiran bernilai tambah mempunyai tujuh komponen untuk diketahui dengan lebih jelas. Antaranya :
Kemahiran berfikir
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
Kemahiran belajar cara belajar
Kajian masa depan
Kecerdasan pelbagai
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran konstruktivisme
Kemahiran berfikir merujuk kepada proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu. Sekiranya mempunyai kemahiran berfikir dapat melakukan pertimbangan yang wajar dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jelasnya, kemahiran berfikir ini,dihuraikan dengan dua cara iaitu kemahiran berfikir secara kritis atau kemahiran berfikir secara kreatif. Tetapi bagi kemahiran belajar cara belajar pula merupakan proses perolehan ilmu melalui teknik belajar bersama guru atau tanpa guru. Kemahiran ini menggalakkan murid berdikari disamping melatih mereka agar bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri.
Sebenarnya, kemahiran teknologi maklumat adalah salah satu kemahiran yang diserap dalam KBT dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran , kebolehan murid dan sumber. Ia bertujuan untuk komunikasi melalui email, penggunaan aplikasi perisian dalam tugasan dan memperolehi maklumat.Manakala kemahiran belajar cara belajar adalah satu proses untuk memperoleh teknik belajar secara bersama-sama guru atau tanpa guru. Ini akan menggalakkan murid berdikari di samping melatih mereka agar berdikari terhadap pembelajaran kendiri.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
MATLAMAT
OBJEKTIF
ORGANISASI KANDUNGAN
PENGISIAN KURIKULUM
RUKUN NEGARA
SISTEM BAHASA
Kepercayaan kepada tuhan
Kesetiaan kepada raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Pendidikan di Malaysia merupakan usaha kerajaan untuk :
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
Melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi JERI
Untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
Berilmu pengetahuan
Berketrampilan
Berakhlak mulia
bertanggungjawab
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
MATLAMAT
Membentuk murid dengan menggunakan bahasa yang betul
Murid dapat berinteraksi dengan masyarakat untuk penuhi keperluan diri, dapatkan ilmu, hubungan social dalam urusan harian
OBJEKTIF
Murid dapat dengar, faham dan menghayati pengucapan dalam interaksi harian dan situasi formal
Murid dapat berkomunikasi dengan petah menggunakan intonasi dan sebutan yang betul
Murid berbincang dan bertukar-tukar pendapat untuk menyelesaikan masalah, capai persetujuan dan membuat keputusan
Membaca pelbagai bahan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan supaya ilmu yang diperolehi serta maklumat dapat diproses secara kritis
Memupuk minat membaca sebagai amalan
OBJEKTIF
Melalui aktiviti keempat-empat kemahiran dapat kembangkan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan hayati nilai-nilai murni
Hayati dan amalkan nilai murni, sikap positifd, semangat patriotisme dan cintakan negara
Guna bahasa baku yang sesuai dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis
Keindahan karya-karya seperti sastera dan berunsur ilmu dapat dihargai dan dihayati
Mengenali dan membina pelbagai jenis penulisan sama ada kreatif atau yang berunsur pengetahuan
ORGANISASI KANDUNGAN
FOKUS
MENGGABUNGKAN
BERTERASKAN
HASIL PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
KEMAHIRAN MEMBACA
KEMAHIRAN MENULIS
SISTEM BAHASA
PENGISIAN KURIKULUM
DISOKONG
KEMAHIRAN BAHASA
KEMAHIRAN MENDENGAR
KEMAHIRAN MENULIS
KEMAHIRAN MEMBACA
KEMAHIRAN BERTUTUR
Membaca ayat dengan lancar menggunakan sebutan, intonasi dan jeda
Tekankan aspek pemahaman dan penaakulan
Keupayaan untuk menulis perkataan dan ayat
Mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan
Galakkan guna krativiti untuk hasilkan bahan berunsur pengetahuan dan imaginasi
Faham perkara yang didengar
Mendengar dengan teliti
Beri maklumbalas
Pengucapan menggunkan tatabahasa yang sesuai
Berbual dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan sopan
Ayat gramatis
Tanda baca ndan ejaan yang betul
Tulisan jelas, cantik dan kemas
HASIL PEMBELAJARAN
Tafsiran daripada objektif kurikulum bahasa
Membantu membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
Pendekatan gaya pembelajaran yang pelbagai
Petunjuk jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
Membantu guru pilih kandungan, kaedah,sumber dan prosedur pengajaran yang relevan
Dapat dicapai dengan gabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, system bahasa dan pengisisan kurikulum
SISTEM BAHASA
Aspek kosa kata
Aspek tatabahasa
Tatabahasa
Ejaan
Sebutan
Intonasi
Kosa kata
peribahasa
Kosa kata umum
Istilah
morfologi
sintaksis
PENGISIAN KURIKULUM
kewarganegaraan
Nilai
Peraturan sosiobudaya
Ilmu
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran teknologi maklumat dan berkomunikasi
Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran berfikir
Kemahiran masa depan
Kecerdasan pelbagai
Pembelajaran konstruktisme dan kontekstual
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Tujuan wujudkan kemesraan,eratkan persahabatan dan dapat bincangkan topic lebih mencabar
2.0 berceritandan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami
1.0 berbual dengan keluarga, rakan sebaya,dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal
4.0 berbincang tentang tajuk-tajuk yang releven secara bertatatusila
3.0 menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan
1.1 berbual berkaitan dengan kehidupan harian dengan kata, sebutan intonasi dan nada yang sesuai
1.2 bersoal jawab sesuatu perkara dengan bertatasusila
1.3 beri dan faham arahan serta pesanan sesuatu perkara
1.4 nyatakan permintaan secara berterus terang dan yakin dengan intonasi yang sesuai
1.5 beri penjelasan tentang perkara yang tersurat dan tersirat
1.6 menyatakan sesuatu kemahiran semasa jalankan transaksi dalam urusan harian
2.1 bercerita mrnggunakan kata,frasa,ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas
2.2 sesuatu perkara dilaporkan dengan bahasa yang sesuai dan tepat
3.1 penyampaian maklumat tentang sesuatu perkara dengan kata, istilah frasa, struktur ayat dan laras bahasa yang betul
3.2 menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan
3.3 menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang berlangsung
4.2 kemukakan komen yang sesuai daripada pemerhatian, pengalaman dan maklumat daripada orang lain
4.3 mengemukan hujah untuk sokong atau menentang sesuatu pendirian dengan beri alasan yang sesuai secara spontan
4.4 menyatakan pilihan untuk terima atau sebaliknyapandangan atau pendapat dalam perundingan bagi capai kata sepakat
4.1 kemukan idea, pandangan dan pendapat secara terperinci , tepat dan tersusun
KEMAHIRAN MEMBACA
Kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul
Hasil pembelajaran membaca kuat, faham maklumat, menaakul dan hayati teks
7.0 membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca
5.0 membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi,dan gaya pembacaan yang sesuai
6.0 membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks
7.0 membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca
5.1 Baca kuat dan faham perkataan serta ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
5.2 Baca kuat dan fahami teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang lancar.
7.3 Membaca dan hayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti agar dapat tingkatkan dan kukuhkan minat
membaca.
7.2 Membaca dan kenalpasti pelbagai jenis ayat dan gaya bahasa
daripada karya sastera dan bukan sastera.
7.1 Membaca dan terangkan maksud kandungan teks yang tersirat dan tersurat.
6.3 Membaca dan kenalpasti isi utama dan isi sampingan daripada
teks.
6.2 Kenlapasti pelbagai genre penulisan.
6.1 Merujuk pelbagai sumber termasuk daripada internet bagi
tajuk yang dikaji.
6.4 Baca pantas secara luncuran untuk dapatkan maklumat yang menyeluruh
6.6 Membuat ramalan daripada cerita atau maklumat yang diberi
dalam bahan ilmu
6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk dapatkan maklumat
khusus
KEMAHIRAN MENULIS
Hasil pembelajaran Berupaya guna pelbagai jenis ayat dan wacana, catat dan susun maklumat, hasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif serta membuat ulasan.
Murid berupaya tulis perkataan,bina ayat dan dapat keluarkan idea melalui pelbagai jenis tulisan.
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan
11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau dibaca
dibaca
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat
8.1 Bina dan tulis perkataan, ayat
tunggal dan ayat majmuk
8.2 Bina dan tulis ayat tunggal dan ayat majmuk tentang sesuatu tajuk dalam penulisan teks
8.4 Bina dan tulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.
8.3 Tulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas
8.5 Kenal pasti dan gunakan penanda wacana yang sesuai
dalam satu perenggan
8.6 Bina wacana yang sempurna
bagi keseluruhan karangan.
9.3 Susun maklumat daripada nota atau
catatam hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohensif.
9.2 Kenal pasti maklumat dan catat nota daripada bahan yang didengar atau baca.
9.1 Mengambil imlak bahan yang
diperdengarkan
10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar
dan dibaca
10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
10.1 Hasilkan pelbagai genre iaitu prosa dan puisi termasuk e-mel
yang mudah, menarik dan bermakna.
11.4 Beri komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.
11.2 Ulas karya bukan sastera dari segi penggunaan, idea,
ayat, wacana, nilai dan pengajaran.
11.3 Ulas karya sastera yang mudah
secara umum.
11.1 Nyatakan pandangan tentang perkara yang menarik
dalam sesebuah karya.
SISTEM BAHASA
TATABAHASA
MORFOLOGI
SINTAKSIS
Kaji struktur, bentuk kata dan
penggolongan kata.
Struktur kata susunan bentuk
ujaran/lambang yang jadi unit
bahasa yang bermakna.
- kata asli bahasa Melayu.
- kata pinjaman bahasa Melayu
Proses pembentukan
- pengimbuhan,penggandaan dan
pemajmukan
Penggolongan kata
klasifikasikan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi.
- kata nama
- kata kerja
- kata adjektif
- kata tugas
Bentuk kata rupa unit tatabahasa.
- kata tunggal
- kata terbitan
- kata majmuk
- kata ganda
Mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Hukum / rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan/kelompok perkataan bagi membentuk ayat.
ASPEK
Susunan ayat biasa dan songsang
Binaan dan proses penerbitan ayat: ayat dasar, tunggal terbitan/majmuk
Jenis ayat ayat penyata, tanya, perintah dan seruan.
Unsur utama kata, frasa, klausa,
pembinaan, pembahagian subjek
dan predikat
Ragam ayat ayat aktif dan pasif.
Tanda baca
SISTEM BAHASA
SISTEM EJAAN
KOSA KATA
PERIBAHASA
SEBUTAN DAN INTONASI
SEBUTAN
INTONASI
Perkara yang diberi
penekanan :
pola keselarasan vokal
ejaan kata pinjaman
ejaan kata dasar dan kata terbitan
Diajar supaya murid dapat sebut perkataan dengan betul
Susunan ayat:
ayat biasa
ayat songsang
Sebutan Bahasa Melayu baku diajar di sekolah.
Jenis ayat:
ayat penyata
ayat Tanya
ayat seruan
ayat perintah
Diajar mengikut pola berikut:
. Terdiri daripada:
kosa kata umum
istilah
Ragam ayat:
ayat aktif
ayat pasif
Selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran
di sekolah, penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan.
Merangkumi:
simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, katakata hikmat dan bahasa kiasan
Pemilihan tatabahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia.
PENGISIAN KURIKULUM
ILMU
NILAI
PERATURAN SOSIOBUDAYA
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
KEWARGANEGARAAN
Merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin.
Bidang bidang lain seperti sains, geografi dan lain lain dapat membantu untuk kembangkan bahasa dan kemahiran bahasa
Pengetahuan perlu dipertimbangkan guru dalam P&P.
Keprihatinan dan pemahaman Malaysia ialah negara pelbagai
budaya harus dipupuk
Penghayatan dan amalan nilai - bentuk generasi muda yang berhemah dan peribadi mulia
Melahirkan insan yang baik
dan berakhlak mulia.
Diserapkan dalam P&P yang utamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air.
Pemupukan lahirkan warganegara yang baik dan tingkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara
kesantunan bahasa
laras bahasa
peribahasa
Utamakan pengalaman di bilik darjah selaras dengan kehidupan
Kurikulum menyatukan kemahiran lain untuk penuhi keperluan semasa
Kemahiran berfikir
Kemahiran teknologi maklumat dan
berkomunikasi
Kemahiran belajar cara belajar
Kajian masa depan
Kecerdasan pelbagai
Pembelajaran konstruktivisme
Pembelajaran kontekstual
KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR
KAJIAN MASA DEPAN
Diajar melalui soalan dan aktiviti
yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti setiap kemahiran.
Penting kepada murid sama ada:
konsepsikan idea, selesaikan masalah, membuat keputusan yang penting dalam kehidupan harian dan kerjaya
Tujuan : komunikasi seperti :
hantar dan terima e-mel, guna
aplikasi perisian dan akses
maklumat.
Murid dapat menggunakan
komputer
Penguasaan kemahiran murid
tingkatkan pengetahuan, cekap
bertindak untuk hadapi dunia yang sering berubah dan amalkan pembelajaran seumur hidup.
Diajar supaya murid peka
terhadap teknik pembelajaran
yang berkesan
Buat ramalan, jangkaan akibat
dan kendali perubahan supaya
murid dapat manfaat yang
maksimum.
Pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin tentang masalah dan isu yang berlaku pada masa lampau,kini dan depan.
KECERDASAN PELBAGAI
PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL
PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Merangkumi :
verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis
Guru menyediakan gaya
pembelajaran yang sesuai
dengan minat dan
kecenderungan.
Membina pemahaman dan
pengetahuan baru berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman
sedia ada.
Menjadikan murid lebih faham,
yakin, dan lebih seronok untuk
terus belajar
Pembelajaran berlaku murid
dapat menghubungkait
pengetahuan baru dan hayati
kerelevanan pembelajaran dalam hidup mereka
Disampaikan dalam persekitaran pelbagai.
Kaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu,
masyarakat dan alam pekerjaan
32PETA KONSEP
NOORASMIDA NOORDIN
SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHASA
MELAYU
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM