pidato 1

4
SKRIP PIDATO Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa. ANAK KEDIDI TERBANG RENDAH, HINGGAP BERLABUH DI RANTING BIDARA; IZINKAN HAMBA MENYAMPAI WADAH, BERKONGSI ILMU DALAM BICARA. Budi Bahasa Amalan Mulia. Demikianlah bunyi bicara ilmu yang akan saya kupas satu persatu pada pagi yang berbahagia ini. Sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Assalamualaikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia , Izinkan saya merungkaikan maksud pidato saya pada hari ini. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain, mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hidup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Upload: zaini5298

Post on 17-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

SKRIP PIDATO

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa.

ANAK KEDIDI TERBANG RENDAH,HINGGAP BERLABUH DI RANTING BIDARA;IZINKAN HAMBA MENYAMPAI WADAH,BERKONGSI ILMU DALAM BICARA.

Budi Bahasa Amalan Mulia.

Demikianlah bunyi bicara ilmu yang akan saya kupas satu persatu pada pagi yang berbahagia ini.

Sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Assalamualaikumsalam sejahtera dan salam satu Malaysia ,

Izinkan saya merungkaikan maksud pidatosaya pada hari ini. Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain,mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.

Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hidup yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Sidang saksi yang saya muliakan,

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya subjek pendidikan moral dan pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan dendam, kasar, tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk, tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat, terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam timur yang akhirnya mempengaruhi imej, watak dan penampilan diri seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi.

Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain, contohnya orang muda menghormati orang tua, anak menghormati ibu bapa, murid menghormati guru. Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang muda.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hajh ayat 24 bermaksudDan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji.

Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai budaya bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar kebendaan, pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni. Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya. Kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu dipersada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan dalam apa jua keadaan agar budaya dan agama kita dinilai sebagai yang terbaik.

Sidang saksi yang saya hormati,

Bahasa melambangkan bangsa. Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik. Kita hendaklah membudayakan budi bahasa samada di tempat kerja, jalan raya, rumah dan masjid. Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir, melahirkan perasaan, pertuturan dan perlakuan. Hanya dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang mantap dan berkesan.Jika suasana ini dapat diwujudkan, maka kemesraan akan wujud, saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.

Tegak rumah kerana sendi,Rosak sendi rumah binasa,Tegak bangsa kerana budi,Rosak budi runtuhlah bangsa.

Kesimpulannya, untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat pada setiap masa, maka semua pihak perlulahmemainkan peranan masing-masing. Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjukkan sikap yang terbaik ketika berkomunikasi dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan generasi berbudibahasa melalui penyebaran maklumat kepada pengguna. Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat. Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam komunikasi, ucapan, pertuturan, panggilan, pergaulan dan perlakuan samada dalam keluarga, masyarakat, mahu pun di tempat kerja.

Apa tanda Melayu jati,Adat dan syariat dipegang mati,

Apa tanda Melayu beradat,Budi bahasa dipegang erat..Sekian terima kasih.