pj thn 4 kssr

8
RANCANGAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4 Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh : 17.10.2015 Hari : Sabtu Masa : 8:15 – 9:15 Tahun / Kelas : 4 UTM Bil. Murid : 25 orang Modul : Gimnastik Asas Tema / Tajuk : Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.1.1 Melakukan hambur tangan dari tempat tinggi dan mendarat ke tempat rendah. 2.1.1 Mengenal pasti penyerapan daya semasa mendarat dengan kedua-dua belah kaki. 5.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid boleh:- Psikomotor 1

Upload: sundra-rajan

Post on 05-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PJ KSSR THN 4

TRANSCRIPT

Page 1: PJ THN 4 KSSR

RANCANGAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani

Tarikh : 17.10.2015

Hari : Sabtu

Masa : 8:15 – 9:15

Tahun / Kelas : 4 UTM

Bil. Murid : 25 orang

Modul : Gimnastik Asas

Tema / Tajuk : Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan

dengan lakuan yang betul.

Standard Pembelajaran : 1.1.1 Melakukan hambur tangan dari tempat tinggi dan mendarat

ke tempat rendah.

2.1.1 Mengenal pasti penyerapan daya semasa mendarat

dengan kedua-dua belah kaki.

5.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid boleh:-

Psikomotor

(a) Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan

pendaratan dengan lakuan yang betul.

Kognitif

(a) Berkebolehan mengaplikasi konsep hambur dan

pendaratan dalam pergerakan.

Afektif

(a) Berkebolehan mematuhi dan mengamalkan elemen

pengurusan dan keselamatan.

Bahan Bantu Mengajar : Peti lombol, tilam, mendarat dan bangku gimnastik

Penerapan nilai : Disiplin, Kerjasama, Patuh pada arahan, Semangat kesukanan.

EMK : Kreativiti dan Inovasi

1

Page 2: PJ THN 4 KSSR

Masa Aktiviti Butir Mengajar Organisasi Catatan

3 minit 1. Regangan 1. Murid membuat regangan dengan arahan guru. Individu Penerapan

nilai:-

Disiplin,

Patuh pada

arahan.

15 minit 1. Memanaskan

badan

- Gerak siku ke

lutut

1. Murid berdiri tegak dan membuka kaki seluas bahu.2. Murid di minta mengangkat kaki kanan ke paras dada

dan menyentuhnya dengan siku kiri.3. Murid di minta mengangkat kaki kiri ke paras dada

dan menyentuhnya dengan siku kanan.4. Lakuan mengikut kiraan guru.

Inidividu Penerapan

nilai:-

Disiplin,

Patuh pada

arahan.

15 minit 1. Balak tumbang 1. Murid berada dalam kumpulan kecil.

2. Murid melakukan aktiviti balak tumbang dengan

bimbingan dan bantuan guru.

(a) Murid perlu merendahkan badan ke hadapan dan

kedua-dua belah tangan perlu mencecah bangku

dengan menolak bahu dengan kuat untuk

membantu menghambur badan.

Individu Bangku,

Tilam

mendarat

2

Page 3: PJ THN 4 KSSR

(b)Murid menegakkan badan dan mendarat (baring) di

atas tilam.

(c)Guru perlu memastikan penyokong berada di sisi dan

menangkap bahagian hamstring.

(d)Langkah di atas dilakukan secara ansur maju dengan

mula dari tempat rendah.

4. Aktiviti ini diulang beberapa kali.

Langkah keselamatan:-

● Pastikan bangku dilapik dengan tilam.

● Sentiasa luruskan tangan semasa melakukan

balak tumbang untuk mengelakkan kepala

terkena bucu bangku.

● Pastikan mendarat dengan bahagian badan dan

elakkan dari mendarat dengan tengkuk.

Penerapan

nilai:-

Patuh pada

arahan,

Semangat

kesukanan,

Kerjasama.

10 minit 1. Hambur tangan

dan mendarat

1. Murid berdiri di atas peti lombol.

2. Murid melakukan hambur tangan di atas peti lombol

dan mendarat di atas tilam.

(a) Murid mendahkan badan ke hadapan dan apabila

kedua-dua belah tangannya mencecah peti lombol,

murid perlu ayunkan kaki belakang ke atas dengan

kuat (kaki kiri menyusul pergerakan kaki kanan).

(b) Badan perlu dilentik sedikit semasa melakukan

hambur tangan untuk memudahkan menghambur.

(c) Pendaratan dilakukan dengan lutut fleksi untuk

merendahkan pusat graviti bagi mendapatkan

kestabilan dan menyerap daya hentakan.

3. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir.

4. Aktiviti ini diulang beberapa kali.

Individu

Langkah keselamatan:-

● Elakkan murid yang ada kecerderaan pada

tangan, bahu, pinggang dan tulang belakang

melakukan aktiviti ini.

Peti lombol,

Tilam

Penerapan

nilai:-

Disiplin,

Kerjasama,

Patuh pada

arahan,

Semangat

kesukanan.

3

Page 4: PJ THN 4 KSSR

15 minit 1. Permainan kecil

▪ Menghambur

tangan

1. Murid berada dalam kumpulan kecil.

2. Murid melakukan hambur tangan di atas peti lombol

dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki di atas

tilam.

3. Setiap kali kaki bergerak semasa pendaratan akan

ditolak 1 markah.

4. Jika gagal mendarat, akan ditolak 5 markah.

5. Kumpulan yang menerima potongan markah yang

paling sedikit dikira sebagai pemenang.

Berkumpulan

Langkah keselamatan:-

● Elakkan murid yang ada kecerderaan pada

tangan, bahu, pinggang dan tulang belakang

melakukan aktiviti ini.

Peti lombol,

Tilam

Penerapan

nilai:-

Disiplin,

Kerjasama,

Patuh pada

arahan,

Semangat

kesukanan.

2 minit 1. Penyejukkan

badan

1. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan

bersama guru.

Individu Penerapan

nilai

Disiplin,

Patuh pada

arahan.

4