pnb

26
Makna Malayan Union diperkenalkan oleh British pada tahun 1946 di Tanah Melayu British berusaha menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka melalui penubuhan Malyan Union British telah menerima Negeri Melayuraja Melayu dan !rang Melay sebagai pemilik Tanah Melayu sebelum Malayan Union diperkenalkan" Sebab-sebab pengenalan Malayan Union Malayan Union diperkenalkan sebagai persediaan untuk membentuk kerajaan sendiri" British ingin menyediakan Tanah melayu kearah membentuk kerajaan sendiri" #enjimatan kos pentadbiran" Tanah Melayu sebelum #erang $unia Kedua terbahagi kepada tiga unit politik berlainan iaitu Negeri%Negeri &elatNegeri%negeri Bersekutu dan Negeri %negeri Melayu tidak Bersekutu British terpaksa membelanjakan kos yang tinggi untuk menjalankan tiga sistem yang berbeza itu" Malayan Union ingin menggabungkan ketiga%tiga unit politik di ba'ah satu pemerintahan pusat" " Melaksanakan pentadbiran yang li(in" melalui gabungan ketiga%tiga unit politik yang berbeza ini ba'ah satu pemerintahan pusat akan memastikan keli(inan dan kelan(aran pentadbiran Malayan Union oleh British" menga'al kuasa politik orang Melayu membentuk bangsa Malayan Union" Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946 semua negeri melayu bersekutunegeri melayu tidak bersekutu dan dua buah negeri selat iaitu #ulau #inang dan Melaka digabungkan dala satu unit pentadbiran ketua Malayan Union ialah gabenor British yang dilantik oleh )at *ngland &ingapura diasingkan kerana British ingin mengekalkan kepentingannya sebagai pelabuhan bebas" Majlis eksekuti+ dan Majlis Undangan Malyan Union dibentuk untuk membantu gabenor" Ke'arganegaraan sama rata berdasarkan prinsip soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union"

Upload: john-maynard

Post on 04-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pnb

TRANSCRIPT

Makna Malayan Union diperkenalkan oleh British pada tahun 1946 di Tanah Melayu British berusaha menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka melalui penubuhan Malyan Union British telah menerima Negeri Melayu,raja Melayu dan Orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu sebelum Malayan Union diperkenalkan.Sebab-sebab pengenalan Malayan Union Malayan Union diperkenalkan sebagai persediaan untuk membentuk kerajaan sendiri. British ingin menyediakan Tanah melayu kearah membentuk kerajaan sendiri. Penjimatan kos pentadbiran. Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terbahagi kepada tiga unit politik berlainan iaitu Negeri-Negeri Selat,Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri -negeri Melayu tidak Bersekutu British terpaksa membelanjakan kos yang tinggi untuk menjalankan tiga sistem yang berbeza itu. Malayan Union ingin menggabungkan ketiga-tiga unit politik ini di bawah satu pemerintahan pusat. . Melaksanakan pentadbiran yang licin. melalui gabungan ketiga-tiga unit politik yang berbeza ini di bawah satu pemerintahan pusat akan memastikan kelicinan dan kelancaran pentadbiran Malayan Union oleh British. mengawal kuasa politik orang Melayu membentuk bangsa Malayan Union.Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946 semua negeri melayu bersekutu,negeri melayu tidak bersekutu dan dua buah negeri selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka digabungkan dalam satu unit pentadbiran ketua Malayan Union ialah gabenor British yang dilantik oleh Ratu England Singapura diasingkan kerana British ingin mengekalkan kepentingannya sebagai pelabuhan bebas. Majlis eksekutif dan Majlis Undangan Malyan Union dibentuk untuk membantu gabenor. Kewarganegaraan sama rata berdasarkan prinsip soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union. Mengikut prinsip jus soli: sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura layak menjadi rakyat Malayan Union kerakyatan akan diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas serta dan telah bermastautin selama 10 hingga 15 tahun. mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun yang merupakan anak warganegara di atas, juga akan diberikan kerakyatan semua rakyat british daripada tanah jajahan takluknya termasuk Singapura boleh menjadi rakyat Malayan UnionPentadbiran Malayan Union Dari segi pentadbiran Malayan Union akan mewujudkan sebuah kesatuan di bawah kekuasaan sebuah pemerintahan pusat yang mantap. Pentadbiran British tidak lagi tertakluk kepada Singapura seperti sebelum ini. Pentadbiran Malayan Union tertakluk terus kepada Parlimen British di London. Pentadbiran Malayan Union telah menolak tradisi dan sistem politik Melayu. Kerajaan Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 di King's House, Kuala Lumpur. Sir Edward Gent merupakan Gabenor pertama Malayan Union.Implikasi pembentukan Malayan Union sistem pentadbiran lama yang berpecah belah diubah iaitu tiga unit politik yang berbeza kepada sistem pentadbiran berpusat dibawah penjajahan British di Kuala Lumpur memudahkan British menyeragamkan dasar pentadbiran, kehakiman,keselamatan, politik dan ekonomi Tanah Melayu. memperlihatkan hasrat British ingin menjaga kepentingan imperialismenya. bertentangan dengan dasar perlindungan yang diamalkan oleh British sebelum ini. membangkitkan kemarahan orang Melayu.Reaksi terhadap Malayan UnionSebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union Tindakan Sir Harold MacMicheal mengugut raja-raja Melayu bahawa mereka akan diturunkan daripada takhta sekiranya mereka enggan menerima Malayan Union Ugutan ini jelas berlaku kepada Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah seperti yang tercatat dalam surat baginda sendiri. kebanyakan sultan seperti Sultan Perak tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri Ketidaksesuian masa Penghakisan kuasa raja-raja Melayu Kerakyatan yang longgar. Kehilangan warisan tamadunGolongan yang menyokong Malayan Union Orang dagang dan golongan Melayu radikal. Golongan Melayu radikal merupakan kumpulan orang Melayu yang: menolak sistem politik feudal mendapat inspirasi daripada Indonesia mendokong penubuhan negara Melayu Raya ingin bergabung dengan Indonesia Raya. Sebab-sebab orang dagang dan golongan Melayu Radikal menyokong Malayan Union: Dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik akan melicinkan pentadbiran Dasar sama rata Malayan Union akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu. Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) Sebab-sebab PKMM menyokong Malayan Union: Pemerintahan Malayan Union yang bersifat barat Malayan Union akan menghapuskan sistem feudal Melayu. Malayan Union tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu. Konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan Parti-parti lain yang menyokong Malayan Union: Angkatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Barisan Tani Malaya (BATAS) Pegawai Tadbir Melayu sebab-sebab mereka menyokong Malayan Union: British merupakan kuasa besar. british mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu.Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union. Akhbar-akhbar Melayu akhbar melayu seperti Majlis,Utusan Melayu dan Warta Negara telah menyuarakan penentangan mereka terhadap Malayan Union secara berterusan Demonstrasi secara aman Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman apabila Sir Harold Mac Micheal tiba untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu Persatuan-persatuan Melayu telah dihidupkan semula semata-mata untuk menentang Malayan Union. mereka menolak sama sekali pentadbiran Malayan Union. Peranan Dato' Onn Ja'afar Pada 23 Januari 1946, Dato' Onn Ja'afar menyeru supaya orang Melayu berkongres. Beliau menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai benteng untuk menentang Malayan Union Kongres Melayu Dari 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu 1946 telah dijalankan di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru,Kuala Lumpur Kongres ini dihadiri oleh seramai 163 orang Kongres ini dapat mengumpulkan 41 buah persatuan dan badan politik dari seluruh Tanah Melayu. Kongres bersetuju membentuk United Malays National Organization (UMNO) atau pertubuhan kebangsaan Melayu bersatu untuk menggagalkan Malayan Union. Rapat Umum Orang Melayu mengadakan rapat umum untuk menunjukkan penentangan kereka terhadap Malayan Union Peranan raja-raja Melayu pada 28 April 1946, raja-raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British tersebut. Raja-raja Melayu menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London.Implikasi daripada perjuangan menentang Malayan Union Memperlihatkan perpaduan kebangsaan dalam kalangan orang Melayu untuk mempertahankan status quo mereka. membawa kepada penubuhan UMNO yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu untuk memperkasa kemajuan bangsa Melayu. penentangan tegas orang Melayu menyebabkan British mengadakan satu rundingan dengan UMNO dan raja-raja Melayu bagi membentuk sistem politik dan pentadbiran yang lebih baik.Persekutuan Tanah Melayu Dibentuk pada 1 Februari 1948 melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union yang ditentang hebat oleh orang Melayu. menunjukkan kejayaan penduduk tempatan menentang penjajahan British terhadap Tanah Melayu merupakan kemenangan orang Melayu untuk mengembalikan semula kedudukan politik dan maruah mereka di Tanah Melayu.Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ketegasan dan perpaduan orang Melayu Sikap politik orang Melayu yang sederhana Sokongan bekas pegawai British Sokongan pegawai tinggi British Kebimbangan British Piagam Atlantik 1945Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu Penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Hasil ketegasan orang Melayu menentang Malayan Union, British telah mempersetujui untuk mengadakan rundingan British telah menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Jawatankuasa eksekutif dianggotai oleh 12 orang ahli terdiri daripada : Pegawai-pegawai kanan British Pemimpin-pemimpin UMNO Wakil raja-raja Melayu Tuntutan orang Melayu satu mesyuarat telah diadakan di King's House,Kuala Lumpur Dalam mesyuarat tersebut orang Melayu telah mengemukakan lima tuntutan Penentangan terhadap perundingan Jawatankuasa Eksekutif Orang dagang dan golongan radikal Melayu dibawah pimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy membuat bantahan terhadap perundingan Jawatnkuasa Eksekutif Sebab-sebab penentangan orang dagang dan golongan radikal Melayu Tindakan orang dagang dan golongan radikal Melayu. Tidak balas pihak BritishPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King's House,Kuala Lumpur Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan pihak British.

Sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu

Implikasi daripada sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 British masih menguasai Tanah Melayu kerana kemerdekaan masih belum diberikan. perkongsian kuasa telah dilakukan antara majlis Raja-raja dengan pesuruhjaya tinggi pada peringkat pusat pada peringkat negeri pula, sultan menjadi ketua negeri Sultan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri.Tokoh-tokoh penggerak Persekutuan Tanah Melayu Dalam merealisasikan pembentukan satu perlembagaan yang akan mengembalikan maruah dan kedudukan politik orang Melayu memerlukan usaha dan kebijaksanaan beberapa orang pemimpin negara. Antara mereka ialah orang ramai, pemimpin tempatan serta sembilan orang raja-raja Melayu dan pemimpin UMNO khususnya.. Antara sembilan orang Raja Melayu tersebut ialah: Sultan Badlishah (Kedah) Sultan Abdul Aziz (Perak) Sultan Ibrahim (Johor) Perjuangan dan tuntutan raja-raja Melayu terhadap pihak British: Menjaga status dan keselamatan rakyat Menuntut supaya kuasa mereka dikembalikan seperti sebelum tahun 1941 mengekalkan perlindungan kepada rakyat melayu sebagao Rakyat Raja Melayu. menuntut supaya kuasa mereka serta hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara. Rakyat yang diwakili oleh pembesar Melayu ialah: Dato' Onn Ja'afar (Menteri Besar Johor dan Yang dipertua UMNO) Dato' Nik Ahmed Kamil (Menteri Besar Kelantan)Pergerakan Politik di Sarawak dan Sabah Di Tanah Melayu, orang melayu berjaya menolak penjajahan mutlak British. Sarawak dan Sabah pula dipaksa menerima penjajahan British secara mutlak Sarawak dan Sabah diserahkan kepada kerajaan British di London sebagai tanah jajahan mahkota pada tahun 1946 Penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British, manakala di Sabah penentangannya tidak begitu jelas.Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British Charles Vyner Brooke iaitu Raja Sarawak yang terakhir telah menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Vyner Brooke menyerahkan Sarawak atas alasan: Beliau telah tua dan uzur Pengganti beliau iaitu Anthony Brooke tidak layak untuk mentadbir Sarawak dengan baik. Charles Vyner Brooke telah menghantar Gerald Macbryan untuk mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak. Beliau telah mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada kerajaan British pada 8 Februauri 1946. Pengisytiharan tersebut dibantah oleh: Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (Ketua masyarakat Melayu Sarawak) Persatuan Melayu Sarawak (PMS) Persatuan Dayak Sarawak (PDS) Sebab-sebab penentangan: penyerahan Sarawak bercanggah dengan Perlembagaan 1941 Charles Vyner Brooke membuat keputusan tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka. Sungguhpun Charles ada merujuk perkara penentangan kepada Majlis Negeri Sarawak, tetapi 18 undi menyokong penyerahan adalah daripada anggota bukan bumiputera dan pegawai-pegawai British. Charles Vyner Brooke membuat keputusan tanpa berunding dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka. Dengan itu Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946. Penentangan secara terbuka dilakukan oleh parti-parti yang berikut: Barisan Pemuda Sarawak (BPS) Barisan Pemuda Melayu (BPM) Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) Kesan daripada penentangan tersebut kerajaan British telah bertindak balas dengan mengeluarkan Surat Pekeliling Bil.9.Surat pekeliling ini memberikan amaran kepada semua kakitangan kerajaan bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang terlibat dalam gerakan antipenyerahan tersebut. Kumpulan Rukun Tiga Belas terbentuk apabila terdapat pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak. Perjuangan Rukun Tiga Belas: penubuhan Rukun Tiga Belas menandakan kemuncak kemarahan orang Sarawak ataupun tindakbalas terhadap tindakan politik kerajaan British. Seorang anggota Rukun Tiga Belas iaitu Rosli Dhobi sanggup mengorbankan diri untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan birtish perjuangan beliau dan kawan-kawannya tidak berjaya kerana pemimpin Sarawak tidak bersatu padu. Rosli Dhobi dan kawan-kawannya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung. Sarawak menjadi Tanah jajahan kerajaan British sehingga tahun 1963.Kesedaran politik di Sabah Kebangkitan kesedaran politik di Sabah mempunyai ciri-ciri yang berikut: Amat perlahan Berpecah-belah Tidak berkesan Namun begitu terdapat juga pertubuhan sosioekonomi yang bersifat sederhana seperti: Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) Persatuan Melayu Jesselton (PMJ) Barisan Pemuda (BARIP) Labuan dan Jesselton. Sabah diserahkan kepada kerajaan British sebagai jajahan takluk British pada tahun 1946 Reaksi penduduk tempatan terhadap penyerahan Sabah kepada kerajaan British: Tidak terdapat penentangan yang jelas. Tidak ada penentangan terbuka. pada tahun 1951, persatuan-persatuan di Sabah telah terkubur begitu sahaja.

;

Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu Penubuhan Sistem Ahli merupakan idea Dato' Onn Jaafar. Sir Henry Gurney mencadangkan agar pelaksanaan Sistem Ahli di Tanah Melayu menggunakan model negar Kenya dan Rhodesia Utara. Pihak British menerima cadangan penubuhan Ssitem Ahli kerana: selaras dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekolonisasi iaitu satu proses membebaskan negeri yang dijajah. mengurangkan tekanan daripada Parti Komunis Malaya. Pada bulan Februari 1950,Sistem Ahli Telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu. Satu rundingan telah diadakan antara pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu di King's House, Kuala Lumpur pada bulan Julai 1950. Wakil penduduk Tanah Melayu terdiri daripada: Dato; Onn Ja'afar (Yang dipertua UMNO) Dato Hamzah Abdullah (Menteri Besar Selangor) Raja Uda (wakil UMNO dan orang Melayu) Dato' Nik Ahmed Kamil (wakil UMNO dan orang melayu) Dato' E.E.C Thuraisingam (wakil kaum India) Sistem Ahli telah dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955Ciri-ciri Sistem Ahli Satu sistem kabinet bayangan yang terdapat daripada beberapa orang pegawai tadbir dan pemimpin masyarakat tempatan untuk memegang jawatan yang dibentuk. Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli contohnya Ahli Pelajaran Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. Ahli dalam Sistem Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk tanah melayu (tiga orang melayu,seorang cina dan seorang India) dan empat orang pegawai British. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.Proses pelaksanaan dan kepentingan Sistem Ahli. Pelaksanaan Sistem Ahli dilakukan dengan memberikan tugas-tugas berikut kepada ahli: menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan. menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut berasaskan dasar-dasar yang telah ditetapkan. mencadangkan undang-undang berkenaan dengan jabatannya membentangkan undang-undang tersebut dalam Majlis Perundangan Persekutuan Kepentingan Sistem Ahli meletakkan tapak asas yang penting untuk melatih pemimpin tempatan ke arah berkerajaan sendiri. memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanha Melayu ke arah mencapai kemerdekaan memberikan penduduk tempatan pendedahan dari segi pentadbiran dan pemerintahan kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British.Pakatan Murni pakatan murni merupakan usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk mencapai usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk mencapai satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan Langkah tersebut merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini kerana setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri.Pakatan murni praperikatan Beberapa usaha telah dijalankan untuk mengadakan pakatan murni dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu sebelum Parti Perikatan dibentuk British telah menetapkan syarat kerjasama antara kaum diadakan sekiranya Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaanLangkah pertama - Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaisin Committee(CLC) Jawatankuasa ini dibentuk pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang Pada Mulanya, anggota CLC hanya terdiri daripada orang Melayu yang bernaung di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato' Onn Ja'afar dan Orang Cina yang bernaung di bawah Persatuan Cina Malaya (MCA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock. CLC penting sebagai titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu Beberapa perkara dipersetujui hasil daripada perundingan UMNO-CLC: Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) Kerakyatan Negeri 1951 Pilihan Raya.Langkah Kedua- Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu dicadangkan oleh Dato' Onn Jaafar pada tahun 1951 Beliau dikecam hebat oleh masyarakat Melayu yang enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO. Beliau kemudiannya meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti baru.Langkah ketiga - Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party (IMP) Ditubuhkan oleh Dato' Onn Ja'afar pada tahun 1951 menggunakan konsep kerjasama kaum dalam sebuah parti keanggotaannya dibuka kepada semua kaum. IMP gagal mendapat sambutan daripada semua kaum kerana mereka tidak merasakan bahawa mereka adalah satu bangsa Tanah melayuLangkah keempat - Penubuhan Persidangan Kebangsaan Ditubuhkan pada bulan Februari 1953 oleh Sir Malcom Macdonald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara) di King's House, Kuala Lumpur bertujuan untuk mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO telah menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama-sama MCA.Perikatan serta pilihan raya Bandaran Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955Pilihan Raya Majlis Perbandaran British telah mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952 dengan ini kerjasama UMNO-MCA dibentukPilihan raya tahun 1954 Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan Kejayaan tersebut membuktikan penduduk Tanah Melayu dapat menerima konsep permuafakatan kaum dalam pelbagai parti.Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)1955 British telah mengambil usaha menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) pada tahun 1954 Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada 27 Julai 1955 Parti perikatan telah menyertai pilihan raya tersebut.Perikatan dan pakatan murni ke arah kemerdekaan Selepas memenangi pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan,Parti Perikatan bertanggungjawab untuk menunaikan janji yang terkandung dalam Manifesto pilihan raya mereka iaitu mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun. Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri telah mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dan pihak British untuk mendapatkan kemerdekaan. Kesannya ialah pembentukan Rombongan Rundingan KemerdekaanRombongan Rindingan Kemerdekaan Rombongan tersebut berlepas ke London pada bulan Februari 1956 Rombongan tersebut terdiri daripada : Wakil perikatan Wakil Sultan Pengerusi perundingan tersebut ialah Lord Lennox-Boyd iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British. Rundingan ini telah berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 Hasil rundingan tersebut, terbentuklah sebuah Suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembagaan Pihak British telah bersetuju untuk memberikan KEMERDEKAAN kepada Persekutuan Tanah melayu pada 31 Ogos 1957Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 Perjanjian ini amat penting sebagai tanda persetujuan British untuk memberikan kemerdekaan Kemerdekaan merupakan kemuncak perjuangan nasionalisme yang telah berlaku sejak pertengahan abad ke - 19Surujanjaya Reid Suruhanjaja Reid telah ditubuhkan pada bulan Mac 1956 Tujuannya adalah untuk membincang dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid (Hakim British) yang menjadi pengerusinya. Tugas Suruhanjaya ini ialah merangka sebuah perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka. Isu yang menjadikan panduan ialah: Pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat Pemberian kuasa automoni kepada negeri dalam bidang tertentu mengambil kira kedudukan raja-raja Melayu. Cadangan Suruhanjaya diterbitkan pada 15 februari 1957 Majlis mesyuarat Perundangan Persekutuan telah mengeshkannya pada bulan Ogos 1957 dan dengan itu Perlembagaan Kemerdekaan dihasilkan Satu isu hangat dalam Suruhanjaya Reid ialahkerakyatanjus soli: kerakyatan jus soli dituntut oleh orang dagang tuntutan tersebut tidak dapat diterima oleh orang Melayu Ini disebabkan oleh prinsip kerakyatan jos soli menekankan hak sama rata kepada semua kaum Perkara yang dipersetujui ialah: Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah melayu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaanIsi-isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 Pada 15 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah melayu telah ditandatangani oleh Raja Melayu dan British. Hasilnya ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Antara isi penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 adalah seperti berikut: Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan Pemisahan antara kuasa persekutun dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan senarai negeri kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan Institusi raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara. Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Tanah Simpanan Melayu dikekalkan. Yang dipertuan Agong menjadi ketua negara. Bahasa melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.Pemasyhuran Kemerdekaan telah dilakukan dengan penuh gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur merupakan pernyataan kemerdekaan yang penting sebagai tanda pembebasan negara kita daripada penjajahan British. Antara kandungan pemasyhuran Kemerdekaan adalah seperti berikut: persekutuan Tanah Melayu mencapai taraf sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat setaraf dengan negara-negara lain di dunia. raja-raja Melayu dan Ratu England menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957 bagi membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957 pembentukan sebuah kerajaan yang mempunyai Raja Berpelembagaan berdasarkan demokrasi berparlimen.Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 Pakatan murni membolehkan pembentukan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja berpelembagaan. Ia memberi hak mutlak kepada rakyat untuk mentadbir sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri.Peranan Tokoh-tokoh Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra al-haj menjadi presiden OMNO dan ketua parti perikatan. menjadi perdana menteri yang pertama Tun Abdul Razak(Bapa Pembangunan Malaysia) menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956 menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970 Tun H.S Lee merupakan tokoh MCA yang memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan bekerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957 menjadi menteri kewangan persekutuan tanah melayu yang pertama. Tan Cheng Lock merupakan preiden MCA Menjadi penyokong Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara Tun V.T Sambanthan menjadi presiden MIC antara tahun 1955 hingga 1973 bekerjasama dalam menuntut kemerdekaan negara menyokong dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara. menyeru kaum india memberikan kesetiaan yang jitu kepada negara ini.

Cadangan ke Arah Pembentukan Malaysia Sejak awal abad ke -19 lagi idea pembentukan Malaysia telah pun dikemukakan oleh beberapa orang tokoh. Antara tokoh berkenaan termasuklah Lord Brassey, Sir Malcom Macdonald,Dato'Onn Ja'afar, Lim Yew Hock dan David Marshall. Lord Brassey merupakan Pengarah Syarikat Borneo Utara mencadangkan gabungan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat pada tahun 1887 Sir Malcom Macdonald merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949-1952) Mencadangkan gabungan Sarawak, Sabah, Singapura,Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 Dato' Onn Ja'afar Pada tahun 1956, beliau mencadangkan supaya Persekutuan Tanah melayu yang merdeka dinamai Malaysia. berpendapat bahawa pada suatu masa nanti British akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Singapura,Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu. Lim Tew Hock dan David Marshall merupakan pemimpin Singapura mereka mencadangkan pembentukan Malaysia pada tahun 1955 Lee Kuan Yew Pada tahun 1959, beliau telah mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman mengenai gabungan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Tunku Abdul Rahman. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah bersetuju dengan gagasan Persekutuan Tanah Malaysia. Beliau telah mencadangkan pembentukan Malaysia bagi menjamin kedudukan politik lebih kukuh dan disegani di rantau ini. Beliau juga berpendapat kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan melalui gabungan tersebut. mengatakan bahawa kerjasama antara British dengan rakyat tempatan sangat perlu demi merealisasikan pembentukan negara MalaysiaFaktor-faktor Pembentukan Malaysia Faktor Politik keselamatan perkembangan pengaruh Barisan Sosialis-Lee Kuan Yew mendesak pembentukan gagasan Malaysia kerana beliau bimbang dengan perkembangan pengaruh Barisan Sosialis yang telah memenangi pilihan raya Hong Liam di Singapura pada bulan April 1961.Perkembangan ini akan melemahkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) iaitu parti pimpinan Lee Kuan Yew. Ancaman komunis- Lee Kuan Yew telah menggunakan alasan ancaman komunis untuk mendesak British mengabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. kemerdekaan - Pada masa itu Sarawak,Sabah dan Singapura masih belum mampu berkerajaan sendiri. Dekolonisasi- Pembentukan Malaysia merupakan proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun. Faktor Ekonomi Kemajuan ekonomi- satu pasaran yang lebih luas akan wujud dengan adanya pembentukan Malaysia Kerjasama ekonomi- Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber negara ini. Faktor Sosial Keseimbangan kaum-dengan memasukkan Sarawak,Sabah ke dalam Malaysia , jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di negeri-negeri anggota dapat diseimbangkan Semangat setia kawan- penubuhan Malaysia dapat melahirkan semangat setia kawan dan kesepakatan dalam kalangan negeri anggotaReaksi terhadap Pembentukan Malaysia Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan cadangan pembentukan Malaysia di Singapura Pengumuman ini telah menimbulkan pelbagai reaksi sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara.Reaksi dalam negeri Persekutuan Tanah Melayu pada umumnya, bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu pembentukan Malaysia dilihat sebagai satu usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota. Singapura Sejak tahun 1950-an,Lee Kuan Yew dan PAP telah pun mendesak penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu kerana: bimbangkan dengan pengaruh parti haluan kiri yang kuat. Barisan Sosialis menuntut agar pandangan rakyat Singapura diminta terlebih dahulu sebelum Singapura memasuki gabungan tersebut. Turut menyuarakan pandangan yang sama ialah Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat bersatu. Sarawak dan Sabah mulanya menolak cadangan pembentukan Malaysia reaksi Sarawak dan Sabah ini disebabkan: kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British iaitu Sabah selama 60 tahun dan Sarawak lebih dari satu abad. Sarawak sebelum pengumuman penubuhan Malaysia sudah wujud dua buah parti politik iaitu: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (Sarawak United People's Party (SUPP)) Parti Negara Sarawak (PANAS) dan parti-parti lain yang muncul selepas itu: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) Sarawak Chinese Association (SCA) Sabah berbeza dengan Sarawak, di Sabah masih belum terdapat parti-parti politik sebelum pengumuman tentang cadangan pembentukan Malaysia. beberapa buah parti politik telah muncul selepas pengumuman Tunku Abdul Rahman tentang gagasan Malaysia. Parti Perikatan Sabah yang merupakan gabungan lima buah parti politik dibentuk pada bulan September 1961. Brunei pada peringkat awal Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia. Ada penentangan iaitu daripada Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M.Azahari.Reaksi negara luar.Indonesia pada peringkat awl Indonesia tidak menunjukkan sebarang penentangan terhadap gagasan Malaysia. namun begitu pada akhir tahun 1962, tentangan telah muncul disebabkan oleh perkara yang berikut: Indonesia menganggap pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam Indonesia. pada 20 Januari 1963, Indonesia telah mengumumkan Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan konsep Ganyamg Malaysia yang merupakan dasar Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia.Filipina Filipina mendakwa Sabah merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu. Pada tahun 1881, syarikat perdagangan ini yang dikenali sebagai Syarikat Borneo Utara British (SBUB) memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.

Langkah-langkah Pembentukan Malaysia Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) 1961 pada akhir bulan Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah berucap di Singapura. Pada bulan Julai 1961,JPPK telah dibentuk di Singapura.Pengerusinya ialah Donald Stephens. peranan JPPK: menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia mengumpulkan pandangan penduduk tentang gagasan Malaysia Suruhanjaya Cobbold dibentuk oleh kerajaan British pada tahun 1962 mempunyai dua tujuan iaitu: meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia membuat penilaian dan megemukakan cadangan kepada pihak British Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan pada bulan Ogos 1962 pengerusinya ialah Lord Landsdowne (Menteri Negara bagi tanah jajahan) membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawk dan Sabah. MAPHILINDO (1963) persetujuan dicapai dalam kalangan negara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,Sarawak dan Sabah bahawa Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963 rundingan tersebut membawa kepada penubuhanMAPHILINDO. Perwakilan Malaysia ke Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Malaysia Mission - UNMM) dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant. melalui tinjauan tersebut didapati bahawa majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 Akta Malaysia diluluskan oleh Parlimen British. Kemudiannya, Akta Malaysia diperkenankan oleh Ratu Elizabeth II. Perjanjian itu kemudiannya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu , Dewan Perhimpunan Singapura.Inti pati Perjanjian Malaysia 1963 Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Agama Islam merupakan agama Persekutuan. Agama lain bebas diamalkan. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bahasa inggeris masih boleh digunakan. perwakilan parlimen sarawak mendapat 24 kerusi sabah mendapat 16 kerusi singapura mendapat 15 kerusi. Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi iaitu sistem Raja Berpelembagaan dan sistem Republik. Sistem Raja Berpelembagaan Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri. Sistem Republik Sistem yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh Presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja berperlembagaan sejak pencapaian kemerdekaan negara pada tahun 1957. Sistem Demokrasi Berparlimen bermakna: Rakyat terlibat dalam sistem pemerintahan negara Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat rakyat berpeluang membentuk kerajaanPerlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. perlembagaan dijadikan dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 dan mengandungi 183 perkara. Peruntukan yang terkandung di dalamnya seperti berikut: senarai kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri parlimen institusi Yang Di-Pertuan Agong Jemaah Menteri Badan KehakimanKeluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Perkara 75 dala Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia adalah terbatal dengan sendirinya. Mahkamah diperuntukkan kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.Kepentingan Perlembagaan Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka sesebuah negara dengan menentukan rangka dan betuk pentadbirannya. Perlembagaan juga menjamin sikap taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.Apabila rakyat memegang matlamat yang sama maka terbentuklah semangat patriotisme. Perkara 24- Perlembagaan Perekutuan menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain kan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25- Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti tidak setia kepada negara ini. Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat dinegara ini. setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan iaitu kebebaan berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan peranan Yang di-Pertuan Agong . Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan peranan Yang di Pertuan Agong dalam menjaga dan memlihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Ia menjamin kerjasama,kesepakatan ,keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. perlembagaan merupakan rujukan pertama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri.Pindaan Perlembagaan Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali untuk tujuan berikut: melindungi kepentingan rakyat menjaga keselamatn negara. melicinkan urusan pentadbiran negara. sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenangnya sehingga boleh menyentuh perkara yang sensitif dan akhirnya menimbulkan perbalahan kaum. Pindaan besar yang pernah dibuat ialah pemasuhan imuniti (kekebalan) Yang di-Pertuan Agong dan raja memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.Raja Berpelembagaan merujuk kepada sisitem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkaan sejak tahun 1957KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA . Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan.Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyaisebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri. Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasayang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.( a ) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia . Senarai Persekutuan Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya. Hal ehwal luar negeri(hubungan luar). PertahananKeselamatan dalam negeri. Pentadbiran dan keadilan. Kerakyatan negara. Pilihanraya negara. Kewangan. Perniagaan, perdagangan dan perusahaan. Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan. Jabatan Ukur, penyelidikan. Kerja raya dan tenaga pusat. Pelajaran. Kesihatan. Keselamatan buruh dan sosial. Orang Asli. Hal-hal lain( b ) Senarai Negeri Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya. Undang-undang Islam. Tanah. Pertanian dan perhutanan. Kerajaan Tempatan. Perkhidmatan tempatan. Kerajaan negeri. Hari cuti negeri. Undang-undang negeriSenarai Bersama Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya. Kebajikan sosial. Biasiswa. Taman Negara. Perancangan bandar dan wilayah. Penjagaan haiwan. Kesihatan dan kebersihan awam. Parit dan tali air. Pemulihan. Hiburan awam. PerhubunganRumusan Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunyawujud berasingan. Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demikestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantumengurangkan perbalahan etnik Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.