pojek khas,akal,inspire
TRANSCRIPT
Topik ini merangkumi : i.Projek khas ii.Projek akal iii.Projek Inspire iv.Matematik KBSR v.Matematik KBSM vi.Matematik Sekolah Bestari vii.Scottish Mathematics Groups viii.School Mathematic Projek ix.NCTM`s Standard
Topik
ini akan memperkenalkan anda tentang
perubahan kurikulum matematik di sekolah.Ianya akan meninjau sejarah dan perubahan
kurikulum-kurikulum di Malaysia sekitar tahun1950 sehingga tahun 2000. Ia bagi mengenal pasti beberapa program serta isu isu yang mempengaruhi perkembangannya.
-
Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 .
-
Diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di
negara-negara maju.
- Projek ini dibiayai oleh yayasan Asia- Beberapa ahli American Peace Corps
dilantik sebagai penasihat.-Semua bahan bahan P& P disediakan
dan direka oleh pensyarah pensyarahdan guru guru yang telah dilatih di luar
negara.
- Dalam projek ini, strategi sertakaedah berpusatkan guru diperkenalkan.
- Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan- Hanya terdapat sedikit perubahan
kandungan matematik berbanding yangsebelumnya. Kaedah inkuiri penemuan
ini adalah satu penambahbaikkan bagisistem yang terdahulu.
- Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970. - Tiga puluh buah sekolah sekitar Kuala Lumpur digunakan bagi tujuan ini. - Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.
Projek
Akal adalah singkatan daripada A Kit
Arithmetic Learning ) atau Kit Pembelajaran Matematik . Ditubuhkan
oleh Bahagian Perkhidmatan Sebaran
Pendidikan ( BPSP ) pada 1985. Projek
ini menyediakan ABM sebagai bahan
pengayaan untuk matematik.
Mengandungi : a) permainan b) Kuiz Matematik c) kad-kad latihan d) kad kad uji minda Bahan disediakan dalam tiga kategori iaitu. - senang - sederhana - susah Jumlah penerbitan bahan adalah berdasarkan Unit Sukatan KBSR.
Pengendalian Bahan Projek Akal
Setiap bahan atau peralatan mempunyai nombor
bilangan masing-masing.
Dicetak dalam beberapa warna, merah muda,kuning,biru muda , hijau muda dan jingga.
Penggunaan dan penyimpanan bahan bahan ini adalah
berdasarkan peraturan atau panduan yang telah ditetapkan dengan diawasi oleh guru
Bahan Matematik Tahun 4 adalah bahan percubaan Projek Akal, diterbitkan pada tahun 1985.
- Projek InSPIRE bermula dalam tahun 1977.
- diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satuprojek pendidikan.-
Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di
sekolah- sekolah rendah di luar bandar.
-Pelbagai set bahan- bahan untuk
aktiviti pemulihan dan pengayaanmatematik telah dibina dan dihantar ke
sekolah- sekolah untuk diuji.
- Objektif kedua projek ini ialah membantuPusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysiamelaksanakan program pemulihan dan
pengayaan dalam KBSR.- Projek InSPIRE ini telah dilancarkan
secara rasmi pada tahun 1983.