politeknik kementerian pendidikan malaysia · ... peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran...
TRANSCRIPT
MODUL POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PP 44770088
PENYELIDIKAN PEMASARAN
Amimah Binti Talib ( PPD ) Harziah Binti Ahmad Hanif (PPD) K. Devaki a/p Kanapathi ( PPD )
Norleza Binti Lehat (PPD)
http://modul2poli.blogspot.com/
( i ) P 4708 PENYELIDIKAN PEMASARAN GRID KURIKULUM Grid kurikulum modul ini adalah berdasarkan kepada kurikulum yang sedang digunakan di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.
TOPIK
UNIT
PENGENALAN
1
2
3
‘OVERVIEW’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN
4
5
6
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
7
8
9
10
REKABENTUK PERSAMPELAN
11
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
12
13
LAPORAN PENYELIDIKAN
14
15
UNIT 1 : PENGENALAN : DEFINISI DAN JENIS PENYELIDIKAN (3 JAM)
1.1 Definisi dan peranan penyelidikan pemasaran 1.2 Jenis-jenis Penyelidikan
UNIT 2 : PENGENALAN : KEPENTINGAN DAN KERJAYA (3 JAM)
2.1 Kepentingan penyelidikan pemasaran 2.2 Kerjaya dalam bidang penyelidikan pemasaran
UNIT 3 : PENGENALAN : CADANGAN PENYELIDIKAN (4 JAM) DAN ULASAN KARYA 3.1 Penyediaan cadangan penyelidikan 3.2 Ulasan karya
http://modul2poli.blogspot.com/
UNIT 4 : ‘OVERVIEW’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : (4 JAM) PERNYATAAN MASALAH
4.1 Menentukan pernyataan masalah 4.2 Objektif penyelidikan 4.3 Pembentukan Hipotesis
UNIT 5 : ‘OVERVIEW’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : (4 JAM) KAEDAH PENYELIDIKAN
5.1 Menentu dan membezakan pemilihan kaedah penyelidikan (kaedah “survey” dan pemerhatian)
5.2 Kaedah eksperimen dan perbincangan kumpulan focus
UNIT 6 : ‘OVERVIEW’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : (2 JAM) MENGUMPUL DATA, MENENTUKAN PENSAMPELAN, MENGANALISIS DATA SERTA LAPORAN. 6.1 Mengumpul data
6.2 Menentukan persampelan 6.3 Menganalisis data serta menyedia dan menulis laporan
UNIT 7 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA : DATA PRIMA (5 JAM) 7.1 Menentukan jenis–jenis data prima 7.2 Mengenal pasti sumber data prima
UNIT 8 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA : DATA SEKUNDER (2 JAM) 8.1 Definisi, jenis-jenis dan sumber data sekunder 8.2 Kebaikan dan kelemahan
UNIT 9 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA : SOAL SELIDIK (5 JAM)
9.1 Soal selidik
UNIT 10 : KAEDAH PENGUMPULAN DATA : (2 JAM) PENGUKURAN DAN PENSKALAAN
10.1 Rekabentuk instrumen pengukuran dan penskalaan
http://modul2poli.blogspot.com/
UNIT 11 : REKABENTUK PERSAMPELAN (10 JAM) 11.1 Definisi persampelan 11.2 Sebab pembentukan persampelan 11.3 Menentukan proses persampelan 11.4 Jenis–jenis persampelan dan perbandingannya 11.5 Menentukan saiz sampel
UNIT 12 : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA : (6 JAM) PEMPROSESAN DATA
12.1 Cara memproses data
UNIT 13 : ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA : (4 JAM) INTERPRETASI DATA
13.1 Interpretasi dapatan
UNIT 14 : LAPORAN PENYELIDIKAN : (3 JAM) FUNGSI DAN JENIS
14.1 Fungsi-fungsi Laporan 14.2 Jenis-jenis laporan
UNIT 15 : LAPORAN PENYELIDIKAN : (3 JAM) FORMAT, KRITERIA DAN DOKUMENTASI
15.1 Format laporan 15.2 Kriteria laporan yang baik 15.3 Menyediakan dokumentasi
http://modul2poli.blogspot.com/
( ii ) P 4708 PENYELIDIKAN PEMASARAN PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
1. Modul ini dibahagikan kepada 15 unit. Setiap unit disediakan dalam jilid yang sama.
2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada kod subjek, unit dan halaman.
Contoh : P4708 / UNIT 1 / 5 Subjek unit 1 halaman 5
3. Pada permulaan unit, objektif am dan khusus dinyatakan.
4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut :
OBJEKTIF : Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus bagi setiap pembelajaran.
INPUT : Input mengandungi maklumat yang akan anda pelajari.
AKTIVITI : Bahagian ini mengandungi proses pembelajaran secara aktif untuk menguji kefahaman anda. Anda perlu ikuti dengan teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.
MAKLUMBALAS AKTIVITI : Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan dalam aktiviti.
PENILAIAN KENDIRI : Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI : Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan–soalan yang dikemukakan dalam penilaian kendiri.
http://modul2poli.blogspot.com/
( iii ) P 4708 PENYELIDIKAN PEMASARAN PERNYATAAN TUJUAN Modul ini disediakan untuk kegunaan pelajar–pelajar semester 3 yang mengikuti kursus Diploma Pemasaran di Jabatan Perdagangan Politeknik-Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau dengan bimbingan daripada pensyarah. PRASYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN Prasyarat untuk mengikuti modul ini adalah lulus dalam Pemasaran I dan Pemasaran II. OBJEKTIF AM Di akhir modul ini pelajar–pelajar akan dapat :-
Mempelajari dan memahami mengenai kaedah penyelidikan Memahami bagaimana melaksanakan penyelidikan dan cara penyediaan laporan
penyelidikan. Memperolehi pengalaman secara langsung melalui penyelidikan pemasaran yang
dijalankan. Memahami peranan yang dimainkan oleh penyelidikan pemasaran bagi membolehkan
eksekutif mengurangkan ketidaktentuan dalam membuat keputusan pemasaran. PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN BERSAMA MODUL
1. Kalkulator 2. Komputer dan perisian SPSS / SAS 3. Buku rujukan / teks 4. Contoh karya penyelidikan (Jurnal dan Internet)
RUJUKAN
1. Burns, Alvin C & Bush R. F. , Marketing Research, Prentice Hall, 2nd Edition, 1998.
2. Churchill G. A. , Basic Marketing Research, 3rd Edition, Dryden Press, 1996. 3. Churchill Jr. Gilbert A. , Marketing Research Methodology Foundations, 5th
Edition, The Dryden Press Int. Texas, 1991. 4. Crask, Melvin R. J. & Shout R. G. , Marketing Research : Principles &
Application, Prentice Hall, 1995. 5. Dillon, Madden, & Firtle, Marketing Research in Marketing Environment, 3rd
Edition, Irwin, 1994. 6. Naresh, Malhotra K. , Marketing Research : An Applied Orientation , Prentice
Hall, 2nd Edition, 1996. 7. Wong Toon Quee, Marketing Research, Marketing Institute of Singapore and
Heinemann Asia, latest edition.
http://modul2poli.blogspot.com/
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 1
PENGENALAN : DEFINISI, PERANAN DAN JENIS-JENIS PENYELIDIKAN
PEMASARAN
OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami peranan penyelidikan pemasaran,
definisi dan jenis-jenis penyelidikan.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar sepatutnya dapat :
Memberikan definisi penyelidikan pemasaran
Menjelaskan peranan penyelidikan pemasaran
Menerangkan jenis-jenis penyelidikan
Mengenalpasti ciri-ciri yang membezakan di antara
jenis- jenis penyelidikan.
Definisi penyelidikan…
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT 1.0 Pengenalan
Pemasaran adalah satu sistem aktiviti pemasaran yang lengkap bertujuan
merancang, meletakkan harga, mempromosi dan mengagihkan barang dan
perkhidmatan untuk memberi kepuasan kepada pengguna. Konsep pemasaran
mementingkan kepuasan pengguna dan bukannya keuntungan semata-mata.
Dengan kata lain, sesebuah syarikat/organisasi harus berorientasikan pengguna
dan cuba memahami keperluan dan kehendak pengguna serta menyediakannya
dengan segera dan efisyen yang memanfaatkan kedua-dua pihak (syarikat dan
pengguna).
Ini bermakna, setiap penyelidikan yang akan dijalankan oleh organisasi/syarikat
perlulah mengumpulkan seberapa banyak maklumat tentang keperluan pengguna
dan memenuhinya melalui strategi pemasaran yang berkesan.
Penyelidikan pemasaran merupakan kajian secara sistematik dan ia memainkan
peranan yang amat penting dalam dunia pemasaran pada masa kini. Penyelidikan
boleh dikategorikan kepada beberapa jenis dan penggunaannya adalah
berdasarkan kepada pertimbangan penyelidik dan kesesuaiannya dengan
penyelidikan yang akan dijalankan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 3
Jabatan Perdagangan / PPD
1.1 Definisi dan Peranan Penyelidikan Pemasaran
• Penyelidikan pemasaran adalah cara mengenalpasti yang sistematik dan
objektif, mengumpul, menganalisis, menyebarkan dan menggunakan
maklumat yang ada bagi tujuan untuk memperbaiki pembuatan keputusan
yang berkaitan dengan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam
pemasaran.
(Naresh K. Malhotra, 1999)
• Penyelidikan pemasaran adalah fungsi yang menghubungkan pengguna,
pelanggan dan orang ramai/masyarakat dengan pemasar melalui maklumat :
maklumat digunakan untuk mengenalpasti dan mentakrifkan peluang pasaran
dan masalah ; menjana, menapis dan menilai tindakan pemasaran, mengawasi
pelaksanaan pemasaran dan memperbaiki kefahaman terhadap pemasaran
sebagai satu proses.
(The American Marketing Association)
• Penyelidikan pemasaran adalah sesuatu yang kritikal dalam sistem pemasaran
di mana ia menyediakan maklumat-maklumat yang relevan, tepat dan terkini
untuk pembuatan keputusan oleh pihak pengurusan.
(David A. Aaker, V. Kumar, George S. Day, 1995)
Penyelidikan pemasaran memainkan peranan yang penting dalam pembuatan
keputusan pengurusan kerana ia memberikan maklumat asas tentang isu-isu
penembusan pasaran baru, kaedah peragaan produk, pemilihan saluran agihan,
promosi, perletakan harga dan lain-lain aktiviti pemasaran. Penyelidikan
pemasaran merupakan proses yang berterusan dan memainkan peranan dalam
setiap proses perancangan pemasaran. Ini dapat ditunjukkan dalam rajah 1.1 di
sebelah :
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 4
Jabatan Perdagangan / PPD
rajah 1.1: PERANAN PENYELIDIKAN DALAM
PROSES PERANCANGAN PEMASARAN
Implementasi • Mengawasi pelaksanaan pemasaran • Menjana semula strategi dan program Analisis Situasi • Memahami persekitaran dan pasaran • Mengenalpasti peluang dan ancaman • Menilai tahap persaingan Pembangunan Strategi • Menentukan skop perniagaan dan sasaran pasaran. • Membangunkan kelebihan bersaing • Menentukan objektif strategi Pembangunan Program Pemasaran • Keputusan tentang produk dan saluran agihan • Komunikasi • Perletakan harga
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 5
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 1A Pelajar-pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4/5
orang dan setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan maklumat (dari mana-mana
sumber yang sahih) bagi menjawab tugasan :
1. Mengenalpasti sebuah syarikat yang aktif menjalankan penyelidikan pemasaran dan
bagaimana penyelidikan ini berperanan membantu syarikat tersebut dalam mencapai
kejayaan dalam perniagaan.
Tugasan perlu dibentangkan dalam kelas.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 6
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 1A 1. Semasa sesi pembentangan pelajar-pelajar hendaklah menjelaskan beberapa perkara
penting iaitu :
a) di mana artikel diperolehi.
b) tajuk artikel
c) siapa penulis dan tahun artikel diterbitkan.
d) Adakah syarikat aktif menjalankan penyelidikan pemasaran dan sejak bila ia mula
dilaksanakan.
e) Kejayaan yang telah dicapai oleh syarikat.
f) Bagaimana penyelidikan pemasaran memainkan peranan membantu syarikat
tersebut dalam mencapai kejayaannya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 7
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT 1.2 Jenis-jenis Penyelidikan
a) Penyelidikan Asas
Terlibat secara langsung untuk menyelesaikan sesuatu masalah khusus dan
semata-mata untuk mengesahkan sesuatu teori. Kajian ini menyumbang
kepada pembinaan ilmu atau pengetahuan terkini. Hasil kajian tidak
mempunyai aplikasi terdekat.
Contoh : Bumi itu bulat atau tidak.
b) Penyelidikan Gunaan
Terlibat secara langsung dalam penyelesaian sesuatu masalah yang spesifik.
Hasil dari penemuan dapat diaplikasikan sebaik sahaja kajian itu selesai.
Penyelidikan dijalankan untuk :
• memberi panduan dalam membuat keputusan ke atas masalah sebenar
kehidupan yang khusus
• menjawab persoalan-persoalan yang khusus
• membuat keputusan bagi sesuatu tindakan atau polisi tertentu
c) Penyelidikan Penerokaan
Usaha untuk menentukan sama ada fenomena itu wujud atau tidak. Ia tiada
asas teoritikal yang kukuh dan dilakukan untuk membina teori tentang satu-
satu fenomena bagi kajian masa hadapan. Setiap teori yang dibangunkan perlu
diuji untuk mengetahui adakah ia benar-benar realistik. Kajian ini bertujuan
memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap penemuan idea/fenomena
baru. Proses penyelidikan ini adalah fleksibel dan tidak berstruktur. Sampel
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 8
Jabatan Perdagangan / PPD
adalah kecil dan kurang menggambarkan populasi sebenar. Kaedah yang
digunakan ialah “Expert surveys”, “Pilot surveys” dan penyelidikan kualitatif.
d) Penyelidikan Diskriptif
Mengkaji fenomena dengan lebih mendalam dan membezakan ia dengan
fenomena yang lain. Menggambarkan dan menghuraikan ciri-ciri serta sifat
fenomena kajian. Contoh: mengenalpasti potensi saiz pasaran dan jenama
produk, menerangkan ciri-ciri pelbagai kumpulan pengguna dan meramal
tahap jualan pada masa hadapan. Kajian ini bertujuan mengumpulkan
seberapa banyak maklumat dan kemudian dianalisa untuk mendapatkan satu
keputusan yang bermakna. Proses penyelidikan adalah formal, berstruktur
dan telah dirancang dengan rapi. Jumlah sampel adalah besar dan dapat
menggambarkan keseluruhan populasi. Kajian sebegini biasanya telah
dijelaskan oleh formula terdahulu atau melalui hipotesis yang spesifik.
Kaedah yang digunakan bagi pengutipan data ialah kaedah soal siasat
(surveys), pemerhatian dan mendapatkannya dari data sekunder.
e) Penyelidikan Causal
Mengkaji sebab dan akibat sesuatu perhubungan. A berlaku apabila C berlaku.
Contoh: Permintaan terhadap produk Z meningkat apabila tahap pendapatan
pengguna meningkat dan kurang produk pengganti dalam pasaran.
Memanipulasi 1 atau lebih pembolehubah tidak bersandar. Seperti Diskriptif,
kajian ini bertujuan mengumpulkan seberapa banyak maklumat dan kemudian
dianalisa untuk mendapatkan satu keputusan yang bermakna. Penyelidik akan
mengawal pembolehubah-pembolehubah perantara. Proses penyelidikan
adalah berstruktur dan kaedah yang biasa digunakan adalah eksperimen.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 9
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 1B
Pelajar-pelajar dikehendaki membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4/5
orang dan setiap kumpulan dikehendaki mendapatkan maklumat (dari mana-mana
sumber yang sahih) bagi menjawab tugasan :
1. Mendapatkan satu artikel penyelidikan terdahulu sama ada melalui jurnal atau
internet. Melalui artikel tersebut, kenalpasti apakah jenis penyelidikan yang
digunakan dan terangkan kesesuaian jenis penyelidikan tadi dengan kajian yang
dijalankan (kajian dalam artikel).
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 10
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 1B
1. Semasa sesi pembentangan pelajar-pelajar hendaklah menjelaskan beberapa perkara
penting iaitu :
a) Di mana artikel diperolehi.
b) Tajuk artikel
c) Siapa penulis dan tahun artikel diterbitkan.
d) Kajian mengenai apa.
e) Jenis penyelidikan yang digunakan.
f) Kesesuaian jenis penyelidikan yang dipilih dengan kajian yang dijalankan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 11
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
1. Berikan definisi Penyelidikan Pemasaran? (5 markah)
2. Di dalam dunia perniagaan yang semakin berkembang, Penyelidikan Pemasaran
menjadi bertambah penting dan merupakan aset bagi kelebihan bersaing untuk
kebanyakan syarikat. Terangkan dengan jelas peranan Penyelidikan Pemasaran dan
hubungkaitkan ia dengan industri automotif di Malaysia.
(15 markah)
3. Penyelidikan terbahagi kepada beberapa jenis. Anda dikehendaki menerangkan jenis
penyelidikan berikut :
a) Penyelidikan Asas
b) Penyelidikan Gunaan
c) Penyelidikan Penerokaan
d) Penyelidikan Diskriptif
e) Penyelidikan Causal (25 markah)
4. Berikan perbezaan diantara Penyelidikan Penerokaan dan Penyelidikan Diskriptif.
(10 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 12
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Rujuk input 1.1. m/s 3.
2. Jawapan bagi peranan rujuk pada input 1.1 dan kemudian kaitkan dengan industri
automotif. Contoh: Melalui penyelidikan yang dijalankan, dapat memberi panduan
kepada syarikat dalam merekabentuk produk (kereta) yang dapat memenuhi kehendak
dan citarasa pengguna. Kaitkan dengan program-program pemasaran yang diadakan
dan bagaimana ia dapat terus kekal dalam memenuhi citarasa pengguna yang semakin
kompleks dan berubah-rubah.
3. Rujuk input 1.2. m/s 7.
4. Rujuk input 1.2. m/s 7.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708 / UNIT 1 / 13
Jabatan Perdagangan / PPD
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 2
PENGENALAN : KEPENTINGAN PENYELIDIKAN PEMASARAN DAN
KERJAYA DALAM BIDANG PENYELIDIKAN PEMASARAN.
OBJEKTIF OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang kepentingan penyelidikan
pemasaran kepada pengurusan dan mengenalpasti peluang-
peluang pekerjaan dalam bidang penyelidikan pemasaran.
OBJEKTIF KHUSUS : Pada akhir unit ini, anda sepatutnya dapat;
Menjelaskan bagaimana penyelidikan pemasaran dapat
membantu pihak pengurusan membuat/merangka
perancangan bagi sesebuah organisasi.
Menghubungkaitkan penyelidikan pemasaran dengan
pengorganisasian sesebuah organisasi.
Menginterpretasi kepentingan penyelidikan pemasaran
dalam mengarah/pengarahan sesebuah organisasi.
Membentuk satu sistem kawalan bagi sesebuah organisasi
berdasarkan penyelidikan pemasaran yang telah dibuat.
Mengenalpasti peluang kerjaya dalam bidang
penyelidikan pemasaran.
Menjelaskan bidang tugas dan tanggungjawab mengikut
posisi yang ditawarkan di dalam bidang ini.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
2.1 Kepentingan Penyelidikan Pemasaran
Penyelidikan pemasaran yang dijalankan atau dilaksanakan mempunyai kepentingan
yang pelbagai untuk pihak-pihak tertentu. Kepentingan penyelidikan pemasaran
kepada pengurusan sesebuah organisasi merangkumi kepentingan dari aspek berikut;
a) Kepentingan kepada perancangan organisasi
Tugas merangka dan membuat perancangan bagi sesebuah organisasi adalah
menjadi tanggungjawab pihak pengurusan terutama pihak pengurusan atasan.
Perancangan sesebuah organisasi merangkumi perancangan keluaran (produk dan
perkhidmatan), promosi, harga, tempat dan saluran agihan. Sekiranya sesuatu
perkara dibuat tanpa perancangan yang teliti dan terperinci, maka matlamat
sebuah organisasi untuk memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kos tidak
akan tercapai.
Penyelidikan pemasaran yang dilaksanakan oleh Jabatan penyelidikan syarikat
atau agensi persendirian menyumbangkan maklumat dan data yang dapat
membantu syarikat membuat perancangan. Misalnya syarikat ingin mengetahui
kedudukan suatu keluaran dalam pasaran iaitu merujuk kepada Kitaran Hayat
Keluaran di peringkat tertentu supaya dapat merangka dan membentuk strategi
baru; contoh produk yang berada pada peringkat matang. Hasil penemuan dalam
penyelidikan pemasaran membantu syarikat dan pihak pengurusan merancang
samada untuk menghentikan pengeluaran produk tersebut atau cuba mencari
alternatif lain seperti mengubah ciri-ciri keluaran seperti pembungkusan, bentuk
saiz, atau rasa.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/3
Jabatan Perdagangan / PPD
Penyelidikan pemasaran juga membantu dalam menentukan harga suatu produk
terutama bagi syarikat yang baru memasuki satu pasaran. Syarikat tersebut dapat
memutuskan samada meletakkan harga sama dengan pesaing, harga lebih rendah
dari pesaing atau lebih tinggi dari pesaing.
Pemilihan saluran agihan samada panjang atau pendek dapat dirancang dan
diputuskan dengan teliti sekiranya penyelidikan pemasaran dibuat/dilaksanakan di
sesebuah syarikat. Penempatan barangan di satu kawasan atau lokasi tertentu juga
akan menjadi lebih mudah sekiranya syarikat mendapat maklumat yang lengkap
mengenai faktor persekitaran yang mempengaruhi pasaran sesuatu produk. Pihak
pengurusan juga dapat memilih campuran promosi yang paling efektif dan
melibatkan kos yang rendah dengan adanya maklumat dari penyelidikan
pemasaran.
Anda boleh kaitkan dengan pelbagai isu mengenai produk, promosi, tempat,
saluran agihan dan harga dengan maklumat yang diperolehi dari penyelidikan
pemasaran dalam membantu merancang dan menangani masalah dalam sesebuah
organisasi.
b) Kepentingan kepada pengorganisasian
Kewujudan sesebuah organisasi tidak akan lengkap sekiranya pelanggan tidak
mengenali organisasi itu. Bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”. Sebuah
organisasi yang dinamik dan berdaya saing yang tinggi mempunyai misi dan visi
yang jelas serta struktur organisasi yang tersusun. Pengurusan teratur dan
bersistematik akan melancarkan lagi operasinya terutama semasa berurusan
dengan para pelanggan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/4
Jabatan Perdagangan / PPD
c) Kepentingan kepada pengarahan/arahan organisasi
Masalah “red-tape” merupakan fenomena biasa dalam menangani aduan
pelanggan. Penyelidikan pemasaran membantu pihak pengurusan dalam
menurunkan kuasa kepada pihak-pihak tertentu. Pembentukan sistem kualiti yang
berkesan seperti mewujudkan Piagam Pelanggan akan mengurangkan kesilapan,
pembaziran dan ianya akan membantu menaikkan imej dan nama baik sesebuah
syarikat.
Maklumat dan arahan yang disampaikan akan diterima dan dilaksanakan oleh
kakitangan yang dipertangunggjawabkan dengan cepat sekiranya jurang kuasa di
antara pihak atasan dan bawahan dapat diperkecilkan atau dihapuskan. Kadar
tekanan kerja dan bebanan tugas juga dapat diagih-agihkan secara adil supaya
wujud suasana kerja yang muhibah dan harmonis. Hubungan tidak formal dan
sikap terbuka yang diamalkan dapat membantu pihak atasan mengetahui masalah
kakitangan dan sama-sama berbincang untuk mencari penyelesaiannya.
Penyelidikan pemasaran yang dibuat dapat membantu pihak pengurusan
mengetahui situasi dan suasana persekitaran pekerjaan dan tugas serta
gelagat/sikap kakitangan sesebuah organisasi. Ia juga membantu pihak
pengurusan menentukan peraturan, prosedur atau polisi tertentu bagi
menjernihkan suasana.
d) Kepentingan kepada kawalan organisasi
Sistem kawalan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan adalah berdasarkan
maklumat atau cadangan yang diperolehi dari penyelidikan pemasaran. Polisi,
prosedur, kawalan stok, kawalan kewangan, kawalan pekerja, kawalan mutu dan
sebagainya boleh dijalankan dengan pembentukan kumpulan atau pasukan kerja
yang komitmen dengan tugas dan arahan yang diberikan. Penyelidikan
pemasaran membantu pihak pengurusan memastikan matlamat organisasi tercapai
dan pembaziran dapat dielakkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/5
Jabatan Perdagangan / PPD
Prosedur kawalan kewangan seperti Sistem Panjar Wang Runcit, Sistem
perakaunan syarikat seperti Penyata Aliran Tunai, Imbangan Duga, Akaun
Untung Rugi dan sebagainya. Sistem Kawalan stok barangan, bahan mentah,
barangan sokongan dan tambahan serta lain-lain stok yang membantu syarikat
mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran boleh dilaksanakan dengan
lebih efektif dan berkesan dengan bantuan dari maklumat penyelidikan
pemasaran.
e) Rumusan
Penyelidikan pemasaran merupakan sumber dan faktor terpenting dalam
menentukan kejayaan sesebuah syarikat. Ia memberi banyak sumbangan terutama
dalam membantu pihak pengurusan sesebuah organisasi melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan lebih bersistematik, terancang, tersusun dan efektif.
Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah hasil dari pengurusan yang cemerlang
oleh semua ahli dan kakitangan yang cemerlang serta penghasilan produk yang
berkualiti cemerlang.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/6
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 2A Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan-kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai
bilangan ahli seramai tiga atau empat orang. Setiap kumpulan dikehendaki mencari
dan mendapatkan maklumat tertentu bagi menyelesaikan masalah/soalan di bawah:
1. Senaraikan EMPAT kepentingan utama penyelidikan pemasaran kepada pihak
pengurusan.
2. Penyelidikan pemasaran membantu sesebuah syarikat menentukan strategi
perletakan harga bagi sesuatu produk samada;
• Meletakkan harga lebih rendah daripada harga pesaing
• Meletakkan harga sama dengan harga pesaing
• Meletakkan harga lebih tinggi daripada harga pesaing
Berdasarkan pernyataan di atas, bincang dan kaitkan ia dengan produk beras.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/7
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A
1. Empat kepentingan utama penyelidikan pemasaran kepada pihak pengurusan
adalah;
• Kepentingan kepada perancangan organisasi
• Kepentingan kepada pengorganisasian
• Kepentingan kepada arahan
• Kepentingan kepada kawalan
2. Strategi perletakan harga bagi produk (beras) di dalam suatu pasaran akan
menentukan posisi produk syarikat bagi pasaran tersebut.
Penyelidikan pemasaran akan membantu syarikat mengetahui keadaan pasaran
dahulu, semasa dan masa depan dengan membuat analisis seperti analisis SWOT.
penyelidikan pemasaran yang dijalankan akan menyumbangkan maklumat-
maklumat berikut kepada pemasar produk (beras);
• Bilangan para pesaing bagi produk (beras) tersebut
• Permintaan terhadap produk
• Penawaran terhadap produk
• Harga semasa produk
• Sasaran atau potensi pasaran
• Sumber bekalan
• Bilangan orang tengah atau pemilihan saluran agihan
• Kemudahan yang disediakan
• Faktor-faktor penentu harga juga boleh dikenalpasti apabila penyelidikan
pemasaran dibuat
• Lain-lain maklumat yang relevan dan difikirkan munasabah boleh
dicadangkan sebagai jawapan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/8
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
2.2 Kerjaya Dalam Bidang Penyelidikan Pemasaran
Penyelidikan pemasaran membuka peluang-peluang pekerjaan kepada individu-
individu yang berminat dan mempunyai kelayakan tertentu. Peluang kerjaya dalam
bidang peyelidikan ini terbuka dan ditawarkan oleh;
• Firma penyelidikan pemasaran
• Firma perniagaan, firma bukan perniagaan dan agensi tertentu yang
mempunyai Jabatan penyelidikan pemasarannya sendiri.
• Agensi pengiklanan
Pemohon yang ingin menceburi bidang ini perlu membuat beberapa persediaan
tertentu;
• Mengambil kursus pemasaran sebanyak yang boleh
• Mengambil kursus dalam statistik dan kaedah kuantitatif
• Mempunyai kemahiran komputer dan internet, berpengetahuan dalam bahasa
pengaturcaraan adalah suatu kelebihan
• Mengambil kursus dalam psikologi dan gelagat pengguna
• Kemahiran menulis dan bercakap dalam beberapa bahasa
• Boleh berfikir secara kreatif
• Bersikap bebas, terbuka dan boleh memahami masalah serta dapat melihat
masalah tersebut dalam perspektif yang luas.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/9
Jabatan Perdagangan / PPD
2.2.1 Posisi yang ditawarkan
Penyelidikan pemasaran menawarkan posisi yang menarik dan memerlukan
kemahiran tertentu. Antaranya adalah;
Presiden penyelidikan pemasaran
Timbalan Presiden penyelidikan pemasaran
Pengarah penyelidikan pemasaran
Penolong Pengarah penyelidikan pemasaran
Pengurus Projek (Senior)
Pakar Pemprosesan Data/Statistik
Pengurus Projek Luar
Juruanalisis (senior)
Juruanalisis
Juruanalisis (Junior)
Penemuduga sepenuh masa
Penyelia Pengkeranian
Pembantu Pengkeranian dan Penjadualan
Pustakawan
2.2.2. Kemahiran yang diperlukan dalam kerjaya ini
Kerjaya dalam bidang penyelidikan pemasaran memerlukan dua kemahiran
utama iaitu;
Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal merangkumi pengetahuan komputer, kemahiran
merekabentuk sampel, merekabentuk sistem, kemahiran numerik, analisa
statistik, pengurusan pangkalan data, membangunkan modul, pemprosesan
pemasaran, konsep projek, pengurusan projek, pengetahuan tentang
penyelidikan dan lain-lain
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/10
Jabatan Perdagangan / PPD
Kemahiran Pengurusan
Kemahiran Pengurusan merangkumi kemahiran berkomunikasi, analisis
statistik, koordinasi projek, koordinasi manusia, motivasi, mendefinisi
tugas, latihan dan pembangunan, perancangan dan strategi serta
pentadbiran kewangan.
2.2.3. Bidang Tugas dan Tanggungjawab
Bidang tugas dan tanggungjawab adalah berdasarkan posisi dalam
penyelidikan pemasaran yang dilaksanakan. Antara contoh-contoh bidang
tugas dan tanggungjawab mengikut posisi adalah seperti berikut:
Timbalan Presiden / Pengarah penyelidikan pemasaran
Merupakan senior dalam penyelidikan pemasaran.
Bertanggungjawab untuk keseluruhan program penyelidikan di
dalam syarikat.
Menerima tugasan dari pihak atasan, rakan sekerja, pelanggan atau
inisiatif sendiri untuk mencadangkan atau membangunkan
penyelidikan bagi memantapkan syarikat.
Mengambil pekerja, membahagi tugas, menyelia di Jabatan
Penyelidikan
Mempersembahkan penemuan penyelidikan kepada pelanggan dan
eksekutif syarikat.
Penolong Pengarah
Kedudukannya mewakili arahan kedua
Merupakan staf senior yang bertanggungjawab ke atas ahli staf
yang lain
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/11
Jabatan Perdagangan / PPD
Pakar Statistik/Pemprosesan Data
Sebagai pakar runding bagi teori dan aplikasi teknik untuk
permasalahan penyelidikan yang spesifik
Bertanggungjawab bagi menentukan rekabentuk penyelidikan
(experimental design) dan pemprosesan data
Juruanalisis Senior
Bertanggungjawab bagi Jabatan penyelidikan yang besar
Terlibat dengan pihak atasan dari peringkat permulaan/awal
perancangan sesuatu projek penyelidikan
Terlibat secara langsung dengan projek penyelidikan yang
ditugaskan
Beroperasi dengan penyeliaan yang minima
Penyediaan kerja dengan Juruanalisis dalam menyediakan
soalselidik, memilih teknik penyelidikan, membuat analisa dan
menulis laporan
Bertanggungjawab dalam mengawal belanjawan dan menentukan
agar projek penyelidikan mengikut masa atau jadual yang telah
ditetapkan
Juruanalisis
Memikul tugas berat dalam sesuatu projek penyelidikan
Bekerja di bawah penyeliaan Juruanalisis Senior
Ditugaskan untuk menyediakan soalselidik, melaksanakan pra-uji
dan membuat keputusan analisis awal
Bertanggungjawab terhadap kerja ‘library’ atau data.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/12
Jabatan Perdagangan / PPD
Juruanalisis Junior
Bekerja di bawah penyeliaan yang ketat
Menjalankan tugas rutin; mengedit, mengkod soalselidik dan
menjalankan pengiraan statistik dan melaksanakan sebahagian tugas
pengkeranian
Pengarah Projek Luar
Bertanggungjawab memilih, melatih, menyelia dan menilai
penemuduga dan lain-lain pekerja luar.
Alahai…Payahnya nak pilih calon untuk penolong pengarah projek!
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/13
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 2B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak
jawapan anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Terangkan kemahiran yang perlu ada bagi seseorang individu yang ingin menceburi
bidang penyelidikan pemasaran.
2. Berdasarkan kenyataan di bawah, sesuaikan ia mengikut posisi yang ditawarkan dalam
bidang penyelidikan pemasaran;
• Menjalankan tugas berat dalam suatu projek penyelidikan
_________________
• Bekerja di bawah penyeliaan yang ketat
_________________
• Bertanggungjawab ke atas ahli-ahli staf yang lain
_________________
• Bertugas sebagai pakar runding
_________________
• Terlibat dengan pihak atasan pada peringkat awal perancangan suatu projek
penyelidikan.
_________________
3. Nyatakan tugas dan tanggungjawab Pustakawan dalam membantu suatu
penyelidikan pemasaran yang sedang dijalankan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/14
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 2B
a) Kemahiran yang perlu ada terbahagi kepada:
Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal merangkumi pengetahuan komputer, kemahiran
merekabentuk sampel, merekabentuk sistem, kemahiran numerik, analisa statistik,
pengurusan pangkalan data, membangunkan modul, pemprosesan pemasaran,
konsep projek, pengurusan projek, pengetahuan tentang penyelidikan dan lain-
lain
Kemahiran Pengurusan
Kemahiran Pengurusan merangkumi kemahiran berkomunikasi, analisis statistik,
koordinasi projek, koordinasi manusia, motivasi, mendefinisi tugas, latihan dan
pembangunan, perancangan dan strategi serta pentadbiran kewangan.
b) Posisinya adalah;
• Juruanalisis
• Juruanalisis Junior
• Penolong Pengarah
• Pakar Statistik
• Juruanalisis Senior
3. Tugas dan tanggungjawab Pustakawan adalah memastikan sumber rujukan dapat
dicapai dan digunakan oleh Jabatan penyelidikan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/15
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
1. Syarikat TQ adalah pengeluar sos cili berjenama CABAI yang sangat popular di
kalangan pengguna Pantai Timur, Malaysia. Syarikat TQ bercadang untuk
meningkatkan pasaran sos cili ini ke seluruh Malaysia. Bagaimana penyelidikan
pemasaran dapat membantu syarikat ini mencapai matlamatnya.
(20 markah)
2. Encik Dollah telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Bank ZTA Sdn. Bhd. dan
dihantar bertugas di cawangan Tampin. Bank ZTA cawangan Tampin telah beroperasi
selama 5 tahun. Selepas 2 tahun berada di sana, pihak pengurusan atasan bank tersebut
mendapati, Bank ZTA cawangan Tampin di bawah pengurusan Encik Dollah telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang terutama dari segi aduan pelanggan yang sangat
sedikit. Encik Dollah menyatakan bahawa penyelidikan pemasaran banyak membantu
beliau dalam menguruskan bank tersebut. Huraikan kenyataan Encik Dollah.
(15 markah)
3. Syarikat yang menawarkan perkhidmatan terutama yang berurusan di kaunter sering
menerima aduan rasa tidak puas hati dari para pelanggan. Bagaimana penyelidikan
pemasaran dapat membantu menangani masalah ini ?
(10 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/16
Jabatan Perdagangan / PPD
4. Senaraikan LIMA posisi yang ditawarkan dalam bidang penyelidikan pemasaran
dan nyatakan tugas/tanggungjawab setiap posisi tersebut.
(10 markah)
5. Jelaskan persediaan yang perlu ada pada individu yang ingin menceburi bidang
penyelidikan pemasaran
(7 markah)
Yes!!! I have completed Unit 2 ! Saya boleh… Anda pun boleh…
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT 2/17
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Maklumat tentang pasaran baru diperolehi dengan menjalankan penyelidikan
pemasaran. Kepentingan penyelidikan pemasaran dari segi perancangan banyak
membantu Syarikat TQ mencapai matlamatnya.
2. Kaitkan maklumat atau data yang diperolehi oleh Encik Dollah dari / melalui
penyelidikan pemasaran dengan pengurusan sebuah bank. Antaranya dari aspek;
• Perancangan
• Pengorganisasian
• Arahan
• Kawalan
3. Penyelidikan pemasaran dapat membantu memperbaiki mutu perkhidmatan di kaunter
dengan mencadangkan kepada pihak pengurusan supaya mewujudkan piagam
pelanggan dan latihan berterusan kepada kakitangan yang berurusan dengan para
pelanggan secara bersemuka.
4. Rujuk input 2.2.1 m/s 9 dan input 2.2.3 m/s 10
5. Rujuk input 2.2 m/s 8
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 3
PENGENALAN : PENYEDIAAN CADANGAN PENYELIDIKAN DAN
ULASAN KARYA
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Menghuraikan cara-cara menyediakan cadangan
penyelidikan dan menjelaskan proses penulisan ulasan
karya.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
menghuraikan cara-cara penyediaan cadangan
penyelidikan.
memberi penjelasan tentang proses penulisan ulasan
karya.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
3.0 Pengenalan
Sebelum Syarikat Mega Sdn. Bhd. meneruskan proses penyelidikan, syarikat harus
menyediakan cadangan penyelidikan (research proposal). Penyediaan cadangan
penyelidikan memastikan bahawa pihak penyelidik dan pihak pengurusan memahami
tujuan serta kaedah–kaedah yang akan digunakan dalam penyelidikan yang hendak
dijalankan.
Ulasan karya juga merupakan satu proses yang penting di mana pelbagai maklumat
boleh diperolehi daripada kajian–kajian dahulu yang mempunyai topik penyelidikan
yang hampir sama. Ulasan karya akan membantu kita mengenalpasti pembolehubah–
pembolehubah penting yang harus diberi tumpuan serta memberikan kita sedikit idea
tentang metodologi yang sesuai digunakan dalam kajian atau penyelidikan kita.
Cadangan penyelidikan?
Ulasan Karya? Amende ni!!!!
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/3
Jabatan Perdagangan / PPD
3.1 Penyediaan Cadangan Penyelidikan
Apabila rekabentuk penyelidikan, peruntukan dan jadual projek telah dapat
dikenalpasti, maka cadangan penyelidikan perlu dibuat. Cadangan penyelidikan juga
dikenali sebagai pelan kerja, prospektus atau “draf plan”. Cadangan penyelidikan
akan menunjukkan kepada kita apa kajian yang akan dilakukan, kenapa ia dilakukan,
bagaimana ia akan dilakukan, ke atas siapa kajian tersebut akan dilakukan dan apakah
kebaikan yang akan diperolehi daripada kajian yang akan dilakukan.
3.1.1 Kebaikan / Kepentingan Cadangan Penyelidikan
a) Cadangan penyelidikan akan bertindak sebagai kontrak antara pihak
pengurusan dan pihak penyelidik dalam syarikat ataupun di antara pihak
pengurusan dengan pihak penyelidik luar (sekiranya syarikat ingin
menggunakan khidmat penyelidik luaran).
b) Cadangan penyelidikan akan memberikan penerangan ringkas merangkumi
setiap fasa dalam proses penyelidikan. Ini dapat mengelakkan salah faham
berlaku antara pihak pengurusan dan pihak penyelidik tentang skop, tujuan
penyelidikan dan kaedah–kaedah atau metodologi yang akan digunakan
dalam penyelidikan yang akan dijalankan.
c) Ia menghuraikan tentang masalah penyelidikan, kaedah yang akan
digunakan, rekabentuk penyelidikan dan bagaimana data akan dikutip,
dianalisis serta direkodkan.
d) Ia juga menyatakan anggaran kos dan jadual waktu bagi menyiapkan projek.
3.1.2 Garis Panduan Penyediaan Cadangan Penyelidikan
Format bagi cadangan penyelidikan adalah berbeza bergantung kepada
kehendak penyelidik atau pemasar yang ingin menjalankan penyelidikan.
Walau bagaimanapun, format di mukasurat sebelah adalah antara format yang
biasa digunakan dalam cadangan penyelidikan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/4
Jabatan Perdagangan / PPD
a) Ringkasan Eksekutif
Ringkasan tentang perkara-perkara penting dari setiap seksyen dan
gambaran secara umum mengenai penyelidikan.
b) Latar Belakang
Latar belakang masalah, termasuklah faktor–faktor persekitaran perlu
dibincangkan.
c) Pendefinisian Masalah / Objektif Penyelidikan
Biasanya, kenyataan tentang masalah perlu dinyatakan. Sekiranya
kenyataan ini masih belum dibangunkan kerana timbulnya masalah dalam
proses mendefinisi, maka objektif penyelidikan perlu ditentukan dengan
jelas.
d) Pendekatan kepada Masalah
Hasil penyemakan semula sumber akademik yang relevan dan ulasan
karya lalu perlu juga dinyatakan. Proses penulisan ulasan karya ini
diterangkan dengan lebih jelas dalam input 3.2. Jika persoalan kajian,
hipotesis dan faktor–faktor lain yang mempengaruhi rekabentuk
penyelidikan dapat dikenalpasti, maka ia perlu dinyatakan dalam cadangan
penyelidikan.
e) Rekabentuk Penyelidikan
Apakah rekabentuk yang dipilih (sama ada penerokaan, diskriptif atau
causal) perlu dipastikan. Maklumat perlu disediakan bagi perkara-perkara
berikut :
• maklumat yang ingin diperolehi.
• Kaedah yang digunakan bagi menguruskan soal selidik (surat, telefon
atau temuramah secara bersemuka).
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/5
Jabatan Perdagangan / PPD
• Teknik skala.
• Soalan yang dikemukakan (jenis soalan, soalan pendek atau panjang,
purata masa menemuramah).
• Perancangan dan saiz sampel.
f) Bidang tugas / Pengutipan Data
Bagaimana data dikutip dan siapa yang akan melaksanakannya. Sekiranya
mengupah pihak lain untuk membekalkan data, ia perlu dinyatakan.
Mekanisma kawalan yang digunakan bagi memastikan kualiti data yang
dikutip juga perlu dicatatkan dalam cadangan penyelidikan.
g) Analisis Data
Jenis analisis data yang akan digunakan (simple cross tabulations,
univariate analysis, multivariate analysis) dan bagaimana keputusan akan
diinterpretasikan perlu dihuraikan.
h) Laporan
Contoh persoalan: Adakah laporan perlu dibentangkan segera,
bagaimanakah bentuk laporan yang akan digunakan, adakah
pembentangan akan dibuat secara formal.
i) Masa dan Kos
Kos projek dan jadual waktu, yang dipisahkan oleh setiap fasa perlu
dinyatakan. Bagi projek yang besar, jadual pembayaran perlu diadakan.
j) Lampiran (Appendix)
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/6
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 3A
Pelajar–pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli dalam
setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari satu laporan penyelidikan
tentang pemasaran daripada majalah/jurnal penyelidikan. Berdasarkan laporan
penyelidikan tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki menyediakan satu cadangan
penyelidikan bagi laporan itu dengan mengandaikan bahawa penyelidikan tersebut belum
dilaksanakan lagi. Buatkan juga ramalan masa dan kos bagi penyelidikan itu.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/7
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 3A
Cadangan penyelidikan yang disediakan haruslah mengandungi perkara–perkara berikut :
a) Ringkasan Eksekutif
b) Latar Belakang
c) Pendefinisian Masalah / Objektif Penyelidikan
d) Pendekatan kepada Masalah
e) Rekabentuk Penyelidikan
• maklumat yang ingin diperolehi.
• Kaedah yang digunakan bagi menguruskan soal selidik (surat,
telefon atau temuramah secara bersemuka).
• Teknik skala.
• Soalan yang dikemukakan (jenis soalan, soalan pendek atau panjang, purata
masa menemuramah).
• Perancangan dan saiz sampel.
f) Bidang tugas / Pengutipan Data
g) Analisis Data
h) Laporan
i) Masa dan Kos
j) Lampiran (Appendix)
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/8
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
3.2 Ulasan Karya
Ulasan karya adalah ulasan menyeluruh ke atas data yang telah diterbitkan atau yang
belum diterbitkan. Karya–karya para penyelidik lepas yang dicetak di antara 5–10
tahun yang lalu akan diulas dan ia merupakan sumber paling utama.
Ulasan karya juga membolehkan jurang penyelidikan dikenalpasti. Jurang
penyelidikan ialah bidang–bidang dalam topik penyelidikan tertentu yang masih
mempunyai peluang untuk dikaji.
3.2.1 Kepentingan Ulasan Karya
Ulasan karya yang baik akan memastikan bahawa :-
a) Tiada pembolehubah penting yang tertinggal.
b) Idea yang jelas terhadap pembolehubah dapat diperolehi.
c) Pernyataan masalah boleh dibuat dengan lebih jelas dan teliti.
d) Tiada pembaziran usaha ke atas perkara yang telah diketahui.
e) Membantu membangunkan kerangka teori dan prosedur metadologi.
f) Mengenalpasti “trend” berkaitan bagi membantu membentuk hipotesis
kajian.
g) Kajian penyelidik dilihat sebagai relevan dan signifikan.
h) Bertindak sebagai satu asas apabila penyelidik menginterpretasikan
keputusan kajian kelak.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/9
Jabatan Perdagangan / PPD
3.2.2 Proses Penyediaan Ulasan Karya
Proses penyediaan atau penulisan ulasan karya adalah bertumpukan kepada tiga
perkara berikut :-
a) Di mana informasi boleh diperolehi?
Informasi merujuk kepada maklumat–maklumat penting yang terdapat
dalam karya–karya atau laporan-laporan penyelidikan lain yang telah dibuat
ke atas pernyataan masalah yang hampir sama. Karya atau laporan
penyelidikan boleh diperolehi di perpustakaan, contohnya Jurnal Pemasaran,
Jurnal Perniagaan dan sebagainya. Adalah lebih mudah mendapatkan bahan
yang relevan melalui penggunaan buku-buku indeks atau “periodical”.
Selain daripada sumber jurnal–jurnal tersebut, pencarian maklumat juga
boleh dilakukan melalui penggunaan komputer yang memudahkan dan
mempercepatkan proses mendapatkan maklumat yang relevan, contohnya
penggunaan internet.
b) Apa yang perlu dilakukan terhadap informasi yang telah diperolehi?
Setelah karya atau laporan penyelidikan lalu yang relevan telah diperolehi,
maklumat-maklumat yang terdapat dalam karya atau laporan tersebut harus
diringkaskan dalam bentuk yang mudah digunakan atau dibaca.
c) Apa yang diperolehi daripada informasi tersebut?
Pada tahap ini. maklumat yang telah diringkaskan akan dianalisa secara
kritikal dan maklumat-maklumat relevan daripada pelbagai karya yang
dipilih tersebut boleh disatukan dan dilaporkan dalam cadangan
penyelidikan.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/10
Jabatan Perdagangan / PPD
RAJAH 3.1: PROSES PENYEDIAAN ULASAN KARYA
Kenalpasti kata kunci yang relevan kepada pernyataan
masalah.
Kenalpasti sumber – sumber untuk mencari karya – karya
atau informasi yang diperlukan.
Kenalpasti tajuk – tajuk karya yang berpotensi dijadikan
laporan yang relevan.
Dapatkan salinan laporan
atau karya yang akan diulas.
Susunkan salinan karya yang relevan atau penting serta keluarkan
karya–karya yang tidak relevan.
Sediakan abstrak atau ringkasan bagi karya yang mengandungi
informasi relevan.
Tuliskan ulasan karya dan sediakan bibliografi yang lengkap
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/11
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 3B
Pelajar–pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli
dalam setiap kumpulan.
Berdasarkan karya atau laporan penyelidikan yang diperolehi dalam aktiviti 3A, pelajar-
pelajar dikehendaki menyediakan satu ulasan karya yang lengkap.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/12
Jabatan Perdagangan / PPD
Tahniah!!! Anda berjaya selesaikan unit ini dengan cemerlang. Teruskan usaha anda !
MAKLUMBALAS AKTIVITI 3B
Berdasarkan karya atau laporan penyelidikan yang diperolehi oleh pelajar- pelajar, ulasan
karya biasanya perlulah mempunyai maklumat–maklumat berikut :
a) Tajuk kajian
b) Nama penyelidik
c) Tahun kajian
d) Pernyataan masalah
e) Pembolehubah kajian
f) Rekabentuk kajian
• tempat kajian dilakukan
• sampel yang digunakan
• pengukuran pembolehubah
• cara pengutipan data
g) keputusan kajian
h) kesimpulan kajian serta saranan penyelidik terhadap masalah yang telah dikaji.
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/13
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
1. Senaraikan dan huraikan perkara-perkara yang perlu ada dalam cadangan
penyelidikan. (20 markah)
2. Penyediaan cadangan penyelidikan sememangnya dapat membantu proses
pelaksanaan penyelidikan. Terangkan kebaikan/kepentingan penyediaan cadangan
penyelidikan ini bagi pihak pengurus dan juga pihak penyelidik.
(15 markah)
3. Jurang penyelidikan ialah bidang–bidang dalam topik penyelidikan tertentu yang
masih mempunyai peluang untuk dikaji dan ia boleh memberikan beberapa maklumat
penting kepada penyelidik dari beberapa segi. Jelaskan bagaimanakah jurang
penyelidikan dapat memberikan maklumat yang penting kepada seseorang
penyelidik. (10 markah)
4. Jelaskan kepentingan ulasan karya. (8 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
PENGENALAN P4708/UNIT3/14
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Rujuk input 3.1.2 m/s 4 - 5
2. Rujuk input 3.1.1 m/s 3
3. Maklumat yang boleh diperolehi daripada jurang penyelidikan :
a. Ketidak-konsistenan hasil kajian lalu
Setiap hasil kajian lalu mungkin memberikan kesimpulan yang berbeza
atau tidak memberikan keputusan majoriti. Contohnya, dalam satu kajian
ke atas “Harga dapat mempengaruhi pengguna”, ada penyelidik
memberikan keputusan positif (harga memang mempengaruhi pengguna)
manakala ada penyelidik lain memberikan jawapan negatif (harga tidak
mempengaruhi pengguna)
b. Penyelidik lalu membuat penerokaan yang tidak menyeluruh.
c. Pertambahan lebih banyak penyelidikan ke atas perkara-perkara yang
sama memberikan peluang untuk penyelidikan lain. Contohnya ramai
penyelidik membuat kajian tentang kes gangguan seks di pejabat tetapi
tidak ada yang membuat kajian tentang mangsa gangguan seks. Maka di
sini, terbuka satu peluang untuk membuat kajian terhadap mangsa
gangguan seks tersebut.
4. Rujuk input 3.2.1m/s 8
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 4
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : MENENTUKAN
PERNYATAAN MASALAH
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami bagaimana menentukan
pernyataan masalah serta membentuk hipotesis
penyelidikan.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Mengenalpasti masalah kajian
Menulis masalah kajian dalam bentuk persoalan
atau pernyataan
Menentukan objektif penyelidikan
Memahami proses pembentuk hipotesis serta
membentuk hipotesis
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
4.0 Pengenalan
Sebelum penyelidikan dijalankan, beberapa persoalan perlu difikirkan iaitu:
a) Mengapa kita harus membuat penyelidikan?
Ini membolehkan kita membentuk tujuan kajian sepertimana yang
dikehendaki oleh pihak pengurusan yang akan menggunakan keputusan
kajian.
b) Apakah kajian yang perlu dilaksanakan?
Di dalam langkah ini, tujuan pengurusan akan diterjemahkan dalam bentuk
objektif yang menerangkan kepada penyelidik apa persoalan yang harus
dijawab melalui penyelidikan.
c) Adakah penyelidikan itu bernilai?
Keputusan harus dibuat untuk menentukan nilai maklumat yang diperolehi,
samada ia lebih bernilai daripada kos yang terlibat.
d) Bagaimana penyelidikan perlu direkabentuk untuk mencapai objektifnya?
e) Apa yang akan dilakukan dengan penyelidikan?
Apabila data telah dikumpulkan, bagaimana ia akan dianalisis,
diinterpretasikan dan digunakan dalam membuat cadangan untuk tindakan.
Proses penyelidikan yang sistematik meliputi 6 langkah-langkah yang harus
diikuti. Rajah 4.1 menunjukkan dengan jelas langkah-langkah dalam proses
penyelidikan pemasaran.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/3
Jabatan Perdagangan / PPD
RAJAH 4.1 : CARTA PROSES PENYELIDIKAN
Membangunkan pernyataan masalah /
objektif penyelidikan
Pembentukan teori
Pembentukan hipotesis
Pengutipan data
Analisis Data
Laporan Penyelidikan
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/4
Jabatan Perdagangan / PPD
4.1 Pernyataan Masalah Penyelidikan
Masalah atau peluang kajian adalah keadaan atau situasi di mana wujud jurang
diantara keadaan sebenar dengan keadaan yang dikehendaki.
Contoh: Kenyataan bahawa orang ramai mengurangkan penggunaan gula
mungkin memberi masalah atau peluang kajian kepada sesebuah syarikat gula-
gula.
Berdasarkan contoh di atas, masalah atau peluang kajian adalah apa-apa sahaja isu
yang menarik minat dimana, hasilnya berkemungkinan dapat menolong
menyelesaikan situasi yang wujud kepada yang lebih baik. Apabila masalah
timbul, wujud keperluan untuk membuat penyelidikan dan menyelesaikan
masalah. Pihak pengurusan akan berbincang, seterusnya merangka masalah dalam
satu bentuk persoalan atau pernyataan yang boleh dikaji.
Contoh kes: Seorang pengurus cuba untuk meningkatkan produktiviti menerusi
pembiayaan yang lebih, tetapi tidak berjaya meningkatkan produktiviti. Masalah
sebenar berpunca daripada nilai moral dan motivasi pekerja yang rendah kerana
mereka tidak dianggap sebagai salah satu daripada penyumbang untuk sistem ini.
Mereka juga tidak mendapat pujian hasil daripada kerja mereka yang baik.
Sepatutnya pihak pengurusan dapat mengenalpasti masalah utama. Masalah
perlu dikenalpasti melebihi daripada tanda-tanda yang ada menerusi temubual
untuk mendapatkan maklumat.
Masalah : Pekerja kurang motivasi kerana sumbangan mereka tidak
dihargai
Pernyataan masalah : Merekabentuk satu sistem ganjaran yang efektif dan
berterusan
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/5
Jabatan Perdagangan / PPD
Pernyataan masalah mewujudkan keperluan kepada penyelidik untuk menyelidik
dan menyelesaikan masalah. Masalah semasa yang wujud dalam
organisasi/pemasaran yang harus diselesaikan. Proses mendalami masalah yang
hendak dikaji dalam skop yang semakin kecil dan jelas di mana soalan yang
umum akan diperincikan kepada soalan atau set soalan yang lebih khusus.
Contoh :
a) Masalah: Meningkatkan strategi pertumbuhan pasaran melalui pembukaan
cawangan baru.
Pernyataan Masalah: Mengenalpasti dan menilai lokasi yang “prospective”
b) Masalah: Memperkenalkan produk baru.
Pernyataan Masalah: Merekabentuk ujian pasaran yang akan menentukan
apakah produk yang paling disukai dan diterima oleh pengguna?
Masalah?
Pernyataan Masalah?
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/6
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 4A
Pelajar- pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli.
Pelajar ditugaskan untuk menjawab persoalan berdasarkan kes berikut:
Syarikat Samudera Sdn Bhd mengeluarkan produk penapis air berjenama “CLEAR”.
Jualan produk ini sangat menggalakkan tetapi sejak kebelakangan ini, hasil jualan
menunjukkan sedikit penurunan. Masalah ini berterusan sehingga beberapa bulan. Encik
Azmil, Pengurus syarikat merasakan perlu diadakan perbincangan untuk mengatasi
masalah tersebut. Hasil perbincangan menunjukkan masalah jualan berlaku kerana
terdapat produk penapis air berjenama “TULEN” yang memberi saingan hebat kepada
produk “CLEAR”. Walaupun produk “TULEN” masih baru di pasaran tetapi ia mendapat
sambutan yang menggalakkan, malah pelanggan produk “CLEAR” turut beralih kepada
produk “TULEN”. Syarikat membuat keputusan untuk mengadakan promosi yang agresif
bagi menyaingi produk “TULEN” dan seterusnya menguasai pasaran produk penapis air
di Malaysia.
Sebagai penyelidik, kenalpasti:
1. Apakah masalah pengurusan?
2. Penyataan masalah bagi kes di atas.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/7
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 4A 1. Kemerosotan hasil jualan produk “CLEAR” akibat dari persaingan produk “TULEN”
di pasaran.
2. Menilai keberkesanan strategi alternatif promosi syarikat bagi produk “CLEAR”.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/8
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
4.2 Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan merupakan satu pernyataan yang mengandungi
terminologi-terminologi yang tepat tentang maklumat yang diperlukan. Ia
dibentuk untuk memastikan maklumat yang diperolehi menepati tujuan
penyelidikan.
Merujuk kepada contoh kes dalam input 4.1, objektif penyelidikan yang sesuai
bagi kes tersebut adalah seperti berikut;
a) Mengkaji tentang peningkatan motivasi pekerja melalui ganjaran
kewangan (elaun, bonus, dan sebagainya)
b) Mengkaji tentang peningkatan motivasi pekerja melalui ganjaran bukan
kewangan (penghargaan, pakej percutian, Anugerah Pekerja Cemerlang
dan sebagainya)
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/9
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 4B
Pelajar–pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli.
Pelajar ditugaskan untuk menjawab persoalan berdasarkan kes berikut:
Berdasarkan kes dalam aktiviti 4A, anda dikehendaki mengenalpasti apakah objektif
penyelidikan?
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/10
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 4B
Objektif penyelidikan adalah;
Meningkatkan tahap jualan produk “CLEAR” melalui perlaksanaan salah satu strategi-
strategi promosi seperti berikut;
a) Peraduan
b) Pemberian Kupon
c) Baucer hadiah
d) Insentif produk percuma
e) Pengiklanan melalui media massa dan elektronik
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/11
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
4.3 Pembentukan Hipotesis
Pembentukan hipotesis bermula dengan pembentukan kerangka teori. Kerangka
teori merangkumi komponen-komponen berikut :
a) Mengenalpasti dan melabelkan pembolehubah yang terlibat dalam kajian.
Pembolehubah merupakan sesuatu yang boleh menyebabkan sesuatu nilai
berbeza. Pembolehubah terdiri daripada :-
• Pembolehubah Bersandar (DV) : merupakan pembolehubah utama yang
akan diukur.
• Pembolehubah Tidak Bersandar (IV) : merupakan pembolehubah yang
akan dimanupulasikan oleh penyelidik dan boleh terdiri daripada satu atau
lebih.
b) Menyatakan bagaimana satu atau dua pembolehubah berkait antara satu sama
lain.
c) Menyatakan hubungan pembolehubah menjadi negatif atau positif.
Rajah 4.2 di mukasurat sebelah menunjukkan contoh kerangka teori yang
menunjukkan hubungan di antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah
tidak bersandar.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/12
Jabatan Perdagangan / PPD
RAJAH 4.2 : HUBUNGAN DI ANTARA HARGA TUNAI DAN
HARGA ANSURAN KE ATAS PERMINTAAN PENGGUNA.
HARGA TUNAI (-ve)
PERMINTAAN PENGGUNA
(-ve)
HARGA ANSURAN
(IV) (DV)
Hipotesis ialah “educated guess” dan satu pernyataan yang boleh diuji dengan
menggunakan analisis saintifik atau analisis kes. Ia juga merupakan satu peralatan
asas untuk menguji kajian kuantitatif. Hipotesis juga merupakan saranan
berbentuk sementara sebagai jawapan kepada persoalan kajian. Sifat sementara ini
berakhir apabila ia disahkan benar ataupun sebaliknya oleh data (maklumat atau
keterangan yang dikutip).
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/13
Jabatan Perdagangan / PPD
4.3.1 Jenis–jenis Hipotesis
a) Hipotesis Null (HO)
• Tiada hubungan statistik yang signifikan di antara pembolehubah
kajian. Contoh, tiada hubungan statistik yang signifikan di antara
harga dan permintaan pengguna terhadap produk Z.
• Tiada perbezaan statistik yang signifikan di antara eksperimen
kajian. Contoh, tiada perbezaaan statistik yang signifikan di antara
harga jualan tunai dengan harga jualan ansuran ke atas permintaan
produk Z.
b) Hipotesis Alternatif (H1)
• Menekankan kewujudan perhubungan diantara dua pembolehubah
atau menunjukkan wujud perbezaan diantara dua pembolehubah.
• Jika Hipotesis null ditolak, maka hipotesis alternatif akan diterima
dan sebaliknya
• Contoh :
HO : Tiada hubungan/tiada perkaitan diantara harga dan
permintaan pengguna.
H1 : Wujud hubungan di antara harga dan permintaan
pengguna.
c) Hipotesis Tidak Terarah
• Terdapat hubungan statistik yang signifikan di antara pembolehubah
kajian (arah hubungan tidak dinyatakan seperti lebih kecil, lebih
besar, positif, negatif, menurun atau meningkat). Contoh, wujud
hubungan statistik yang signifikan di antara harga dan permintaan
pengguna terhadap produk Z.
• Terdapat perbezaan statistik yang signifikan di antara eksperimen
kajian. Contoh, wujud hubungan yang signifikan di antara harga
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/14
Jabatan Perdagangan / PPD
jualan tunai dengan harga jualan ansuran ke atas permintaan
pengguna produk Z.
d) Hipotesis Terarah
• Terdapat hubungan statistik yang signifikan di antara pembolehubah
kajian (arah hubungan dinyatakan). Contoh, terdapat hubungan
statistik yang negatif di antara harga dan permintaan pengguna
terhadap produk Z.
• Terdapat perbezaan statistik yang signifikan di antara eksperimen
kajian (arah perbezaan dinyatakan). Harga jualan tunai adalah lebih
kecil signifikannya berbanding dengan harga jualan ansuran ke atas
permintaan pengguna produk Z.
• Contoh : Rujuk Rajah 4.2
4.3.2 Ciri–ciri Hipotesis
a) Konsisten dengan penyelidikan lalu dimana hubungan pembolehubah
dalam hipotesis perlu mengikut majoriti hipotesis kajian lalu. Jika kajian
lalu tidak konsisten, kita perlu membuat kajian yang lebih konsisten.
b) Jelas dan ringkas. Pembolehubah dinyatakan dalam bentuk yang boleh
diukur.
c) Boleh diuji.
d) Boleh dipercayai (reliability)
e) Kesahihan (validity)
4.3.3 Membentuk Hipotesis
Setelah mengenalpasti kerangka teori, langkah seterusnya ialah membentuk
hipotesis.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/15
Jabatan Perdagangan / PPD
Contoh 1:
Satu penyelidikan dilakukan oleh pelajar politeknik untuk mengkaji reaksi
responden terhadap penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar-pelajar
politeknik di Malaysia. Cadangan hipotesis null dan hipotesis alternatif bagi
penyelidikan tersebut ialah seperti berikut :
HO : Pilihan telefon bimbit di kalangan pelajar politeknik tidak dipengaruhi
oleh jenama telefon bimbit.
H1 : Pilihan telefon bimbit di kalangan pelajar politeknik dipengaruhi
oleh jenama telefon bimbit.
Contoh 2
Berdasar pernyataan: “reaksi pengguna terhadap pembungkusan produk BZ
yang baru.”
HO : Pembungkusan baru produk BZ tidak mempengaruhi tindakan
pengguna.
H1 : Pembungkusan baru produk BZ mempengaruhi tindakan pengguna.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/16
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 4C
Pelajar- pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli.
Pelajar ditugaskan untuk menjawab persoalan berdasarkan kes berikut:
Seorang pengurus pemasaran ingin mengetahui sama ada jualan syarikat akan meningkat
jika dia menggandakan perbelanjaan dalam pengiklanan. Di sini pengurus ingin
membentuk satu hubungan di antara pengiklanan dan jualan. Sebagai penyelidik
bentukkan satu hipotesis bagi hubungan tersebut. Untuk memudahkan, anda dikehendaki
menyatakan pembolehubah-pembolehubah (bersandar atau tidak bersandar) serta
melakarkan kerangka teoritikal.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/17
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 4C
Kerangka Teori :
Pengiklanan (+ve) Jualan
( IV ) ( DV )
Hipotesis :
HO : Pengiklanan tidak meningkatkan tahap jualan.
H1 : Pengiklanan meningkatkan tahap jualan.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/18
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
1. Senaraikan langkah-langkah dalam proses penyelidikan pemasaran.
(6 markah)
2. Terangkan perbezaan di antara tujuan penyelidikan (research purpose) dengan
objektif penyelidikan (research objective).
(5 markah)
3. Senaraikan dan jelaskan:
a) Jenis-jenis hipotesis (8 markah)
b) Ciri-ciri hipotesis (5 markah)
4. Pada tahun 1988 , syer pasaran General Motors ( GM ) di Amerika Syarikat telah
jatuh kepada 37% berbanding 43% pada tahun 1983. Kemerosotan ini sedikit
sebanyak adalah disebabkan oleh persaingan daripada kereta–kereta lain yang
mempunyai rekabentuk yang hampir sama seperti Buick, Pontiac, Oldsmobile,
Chevrolet dan Cadillac. Berikutan itu, GM telah cuba mewujudkan satu rekabentuk
baru untuk menyaingi kereta-kereta pesaing tersebut.
Berdasarkan kes di atas, anda dikehendaki :
a) Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh GM. (2 markah)
b) Membentuk satu pernyataan masalah yang sesuai. (5 markah)
c) Mengenalpasti objektif penyelidikan. (4 markah)
d) Membentuk hipotesis penyelidikan yang sesuai bagi penyelidikan
yang akan dijalankan.
(6 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 4/19
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Rujuk input 4.1 m/s 3
2. Rujuk input 4.2 m/s 8
3. Rujuk input 4.3.1 m/s 13 - 14
4. a) Kemerosotan jualan akibat daripada rekabentuk kereta pesaing yang hampir
sama.
b) Merekabentuk satu sistem penilaian yang menguji keberkesanan rekabentuk–
rekabentuk kereta.
c) Syer pasaran GM boleh dipertingkatkan melalui salah satu cara berikut :
• rekabentuk fizikal luaran yang unik.
• rekabentuk fizikal dalaman yang lebih selamat dan selesa.
d) Hipotesis :
HO : Sistem penilaian yang direkabentuk tidak berkesan.
H1 : Sistem penilaian yang direkabentuk berkesan.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 5
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : KAEDAH
PENYELIDIKAN
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Memahami dan mengenalpasti kaedah-kaedah
penyelidikan
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Menentukan dan memilih kaedah penyelidikan yang
sesuai
Membezakan/membandingkan kaedah penyelidikan
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
5.0 Pengenalan
Sekiranya anda ingin mendapatkan/memperolehi maklumat tentang persepsi
orang lain terhadap diri anda sendiri, apakah tindakan yang akan anda lakukan?
Pengutipan data yang baik memerlukan seseorang penyelidik bijak dalam
memilih kaedah peyelidikan yang sesuai. Kaedah pengutipan data secara saintifik
yang popular terdiri daripada kaedah “survey” (soal siasat), pemerhatian,
eksperimentasi dan perbincangan kumpulan fokus.
5.1 Kaedah “Survey”
Penyelidik menyoal subjek atau responden dan mengutip maklumbalas mereka
secara peribadi dan tidak peribadi. Data dikutip melalui temuduga bersemuka,
percakapan telefon (temubual), temuduga melalui telefon, soal selidik yang
dihantar melalui surat/ditinggalkan di tempat-tempat awam dan soal selidik
melalui komputer.
5.2 Kaedah Pemerhatian
Kaedah ini meliputi kajian pemerhatian di mana penyelidik memerhati aktiviti
subjek atau responden atau sifat sesuatu bahan kajian tanpa cuba untuk
memperolehi maklumbalas daripada sesiapa. Pemerhati hanya mengambil nota
dan merekod maklumat daripada pemerhatiannya.
Contoh :
Kiraan lalulintas di persimpangan jalan, pencarian maklumat di perpustakaan,
memerhati tindak-tanduk sekumpulan individu dan lain-lain.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/3
Jabatan Perdagangan / PPD
5.2.1 Jenis Pemerhatian
Pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu:
a) “Visible” (terang-terangan) – Kehadiran objek (pemerhati)
diketahui oleh subjek (orang atau benda yang dikaji).
b) “Hidden” (sembunyi-sembunyi) – Kehadiran objek tidak
diketahui oleh subjek.
5.2.2 Penglibatan Pemerhati
Pemerhati boleh terlibat sebagai:
a) Peserta : Pemerhati bersama-sama dengan subjek. Penyelidik
akan mendapat maklumat langsung/terus disebabkan kehadiran mereka
dalam persekitaran kajian secara terang-terangan atau secara
sembunyi-sembunyi. Walau bagaimanapun penglibatan pemerhati
sebagai peserta sama ada secara terang-terangan atau sembunyi-
sembunyi mempunyai kelemahan tertentu seperti berikut:
• Jika “visible” : Maklumat salah kerana subjek tahu penyelidik
sebagai peserta, maka subjek akan tunjukkan perkara yang
baik-baik sahaja.
• Jika “hidden” : Penyelidik akan menghasilkan kajian yang
dipengaruhi oleh emosi kerana telah bersama-sama dengan
peserta.
b) Bukan peserta : Merupakan peranan penyelidik sebenar kerana
penyelidik hanya memerhati gelagat yang ditunjukkan oleh
pembolehubah kajian dan merekod apa yang sebenarnya berlaku.
Pemerhati boleh hadir secara terang-terangan atau sembunyi-
sembunyi.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/4
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 5A Pelajar-pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4/5 orang ahli.
Setiap kumpulan akan membuat aktiviti pemerhatian ke atas fenomena-fenomena yang
berlaku di dalam kawasan politeknik. Contoh :
a) memerhati gelagat kumpulan–kumpulan pelajar di kantin.
b) memerhati jumlah kereta di tempat letak kereta (adakah jumlah kereta sama pada
setiap hari dan adakah jumlah kereta konsisten dari pagi hingga ke petang).
Pelajar-pelajar perlu merekod pemerhatian mereka dan tugasan ini perlu disiapkan dalam
masa seminggu.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/5
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A Pensyarah boleh menilai tugasan melalui laporan yang disediakan. Antara perkara-
perkara penting yang perlu ditekankan adalah :
a) Bila pemerhatian dibuat – pukul berapa, tempoh, hari apa, waktu (pagi, masa rehat
dan petang).
b) Keadaan persekitaran semasa pemerhatian dibuat – hari hujan, cuaca panas dan lain-
lain.
c) Kaedah yang digunakan – bersembunyi atau terang-terangan.
d) Bagaimana mengendalikan pemerhatian – adakah waktu memerhati sama pada setiap
hari, pembahagian tugas, bagaimana data direkod dan lain-lain.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/6
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
5.3 Kaedah Eksperimentasi
Kaedah ini membolehkan penyelidik melakukan manipulasi ke atas pembolehubah
tidak bersandar dan melihat kesannya ke atas pembolehubah bersandar. Penyelidik
mesti mengawal pembolehubah-pembolehubah lain agar pembolehubah bersandar
memang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar. Eksperimen terbahagi
kepada dua :
a) Eksperimen dalam makmal di mana pembolehubahnya dimanipulasi dalam
situasi tiruan. Contoh: pra uji iklan televisyen, ujian rasa dalam makmal, aktiviti
denyutan nadi (psychogalvanometer)
b) Eksperimen luar makmal yang mana pembolehubahnya dimanipulasi dalam
situasi yang sebenar. Contoh: ujian perletakan produk di rumah (sampel
percuma), ujian perletakan harga di pelbagai kawasan.
5.3.1 Kebaikan Kaedah Eksperimen
• Keputusan mengenai hubungan sebab dan akibat boleh di buat.
• Membolehkan manipulasi ke atas pembolehubah tidak bersandar.
• Boleh mengadakan kawalan iaitu menghalang faktor-faktor lain
dari mempengaruhi pembolehubah bersandar.
• Replikasi membolehkan penyelidik melihat kesan IV ke atas DV
pada masa, keadaan dan subjek yang berbeza.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/7
Jabatan Perdagangan / PPD
5.3.2 Kelemahan Kaedah Eksperimen
• Di dalam sesuatu keadaan, hubungan antara sebab dan akibat
selepas menjalankan kajian di makmal tidak semestinya
mempunyai kesan yang sama ke atas hubungan sebab dan akibat di
dalam organisasi kerana tidak dapat dipastikan adakah hubungan
sebab dan akibat yang diperolehi akan berlaku pada keadaan
sebenar.
• Kos yang lebih tinggi diperlukan berbanding kaedah penyelidikan
yang lain.
• Kajian dalam bidang pengurusan melibatkan manusia. Oleh sebab
itu, sukar bagi penyelidik memanipulasi pembolehubah kerana ia
mungkin menyentuh persoalan etika.
5.4 Perbincangan Kumpulan Fokus
Kaedah ini sebenarnya adalah sebahagian daripada kaedah “survey”. Ia
merupakan pengumpulan individu yang terpilih untuk bercakap secara bebas
mengenai topik tertentu. Sesi tidak formal untuk mendengar perbualan orang
lain tentang pandangan, perasaan, kekecewaan dan sikap mereka terhadap
sesuatu isu. Kaedah ini hanya mengambil masa 1 jam hingga 2 jam.
5.4.1 Kebaikan Perbincangan Kumpulan Fokus
• Stimulasi kumpulan: Kespontanan bercakap adalah tinggi, memberi
jawapan yang kreatif dan menggalakkan responden yang pemalu untuk
turut sama bercakap.
• Penghasilan andaian atau hipotesis: menghasilkan idea-idea baru atau
andaian-andaian untuk diuji.
• Menggalakkan pengeluaran idea.
• Kepantasan: Menyusun perbincangan hingga kepada membuat laporan
akhir mengambil masa antara dua hingga tiga minggu sahaja.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/8
Jabatan Perdagangan / PPD
• Melibatkan kos yang lebih rendah berbanding kaedah-kaedah lain
disamping maklumat yang lebih banyak dapat dihasilkan.
• Hubungan yang erat diantara responden kerana perbincangan
dijalankan di dalam bilik tertutup dan tiada kawalan daripada
penemuduga.
• Fleksibiliti: Responden tidak terikat dengan soalan yang berstruktur.
• Struktur soalan soal selidik adalah bebas.
• Laporan: Kandungan data bernombor adalah kurang, ini menjadikan
laporan yang dihasilkan nampak realistik dengan ungkapan ayat dan
perkataan yang dibina.
5.4.2 Kelemahan Perbincangan Kumpulan Fokus
• Data sukar diukur: Tidak boleh menggunakan analisis statistik dan ia
memerlukan kepakaran menulis yang tinggi supaya laporan menjadi
realistik.
• Sukar untuk mengumpul responden di satu lokasi yang dipersetujui
bersama.
• Kesan ‘banyak mulut’: Perbincangan terdorong untuk didominasikan
oleh seorang individu atau beberapa individu sahaja.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/9
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 5B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklum balas di halaman seterusnya.
1. Jelaskan kebaikan kaedah eksperimen. 2. Berikan kelemahan perbincangan kumpulan fokus.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/10
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A
1. Rujuk input 5.3.1 m/s 6.
2. Rujuk input 5.4.2 m/s 8.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/11
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
1. Nyatakan jenis eksperimentasi yang dijalankan bagi situasi berikut :
a) Pembekal peralatan pejabat bercadang untuk melaksanakan satu program
persembahan jualan baru untuk tenaga jualannya. Satu kawasan pasaran telah
dipilih, program baru tersebut telah dilaksanakan dan kesan ke atas jualan telah
diukur.
(2 markah)
b) P & G ingin mengenalpasti sama ada pembungkusan baru bagi produk “TIDE”
lebih efektif daripada rekabentuk sedia ada. 12 buah pasaraya telah dipilih secara
rawak di Kuala Lumpur. 6 buah daripada 12 buah pasaraya dipilih sacara rawak
menjual TIDE dalam pakej baru. Sementara 6 buah lagi menjual TIDE pakej
lama. Jualan kedua-dua kumpulan diselia selama 3 bulan.
(2 markah)
2. Sebuah gedung membeli-belah baru telah dibuka disebuah pusat bandar di Utara
Semenanjung Malaysia. En. Firdaus yang merupakan pengurus pemasaran ingin
mengetahui tentang kadar kehadiran orang ramai ke gedung membeli-belah tersebut
pada 6 bulan pertama pembukaannya. Sebagai pelajar yang telah mempelajari
penyelidikan pemasaran :
a) berikan kaedah penyelidikan yang sesuai bagi situasi di atas. (2 markah)
b) berikan kebaikan menggunakan kaedah tersebut berdasarkan kes. (6 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 5/12
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. a) Eksperimentasi dalam makmal
b) Eksperimentasi luar makmal
2. a) Kaedah Pemerhatian
b) Kebaikan :
• Kos rendah
• Menjimatkan masa dan tenaga
• Tidak mengganggu pengguna atau pembeli kerana pemerhatian tidak
memerlukan responden untuk bekerjasama atau memberi tindakbalas.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 6
“OVERVIEW’’ PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN : mengumpul data,
menentukan persampelan , menganalisis data serta laporan.
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mengenali kaedah-kaedah mengumpul data, menentukan
persampelan, menganalisis data serta mengetahui secara
ringkas tentang laporan.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Mengenalpasti kaedah-kaedah mengumpul data.
Menentukan persampelan bagi sesuatu penyelidikan.
Menyenaraikan langkah-langkah menganalisis data.
Menyenaraikan kategori-kategori laporan.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
6.0 Pengenalan
Dalam unit ini, kita akan mengenal secara ringkas bagaimana kita mengumpul
data, menentukan persampelan serta bagaimana hendak menganalisis data yang
telah dikumpul dari penyelidikan yang telah atau hendak dibuat. Setelah melalui
proses-proses tersebut , kita seterusnya akan membincangkan sedikit sebanyak
tentang penyediaan dan penulisan laporan.
Untuk makluman para pelajar sekalian, proses-proses yang dibincangkan di atas
akan dihuraikan secara terperinci dalam unit-unit seterusnya.
6.1 Kaedah Mengumpul Data
Dalam penyelidikan, terdapat 2 jenis data iaitu:
a) data prima
• juga dikenali sebagai data utama
• merupakan sumber maklumat
ataupun pengutipan maklumat dari
sumber asal bagi tujuan tertentu.
b) data sekunder
• merupakan data yang sedia ada atau direkodkan oleh pihak penyelidik
lain sebelum wujudnya keperluan semasa penyelidikan.
• Boleh diperolehi dari pelbagai sumber bercetak yang dikeluarkan dari
masa ke semasa.
Individu kumpulan sasaran atau responden yang dikaji oleh penyelidik adalah
merupakan contoh sumber data prima. Data juga boleh diperolehi daripada
sumber sekunder seperti melalui rekod syarikat terbitan kerajaan atau arkib.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/3
Jabatan Perdagangan / PPD
Data boleh dikumpulkan dengan pelbagai cara dan dari sumber yang berbeza.
Pengumpulan data boleh dibahagikan kepada tiga kaedah asas iaitu :
a) Komunikasi
• Temuduga bersemuka
• Telefon
• Temuduga Berkomputer
• Pos
b) Pemerhatian
• Eksperimentasi
c) Pengunaan Internet
Kaedah–kaedah pengumpulan data di atas kesemuanya menggunakan borang soal
selidik. Borang soal selidik adalah jadual atau borang formal yang mengandungi
soalan-soalan yang dibentuk dengan berhati-hati dan bersistematik untuk
memperolehi maklumat secara langsung dari responden mengenai sesuatu perkara
yang dikaji oleh penyelidik.
Pemilihan cara-cara pengumpulan data adalah bergantung kepada kemudahan
yang disediakan oleh organisasi, had ketepatan, kepakaran penyelidik, jarak dan
masa kajian serta kos dan sumber yang bersesuaian dengan pengumpulan data.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/4
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 6A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1) Berikan 2 jenis data dalam Penyelidikan Pemasaran
2) Senaraikan kaedah asas pengumpulan data.
3) Apakah itu borang soal selidik?
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/5
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 6A Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 6A.
1. a) Data Prima
b) Data Sekunder
2. a) Komunikasi
• Temuduga bersemuka
• Telefon
• Temuduga Berkomputer
• Pos
b) Pemerhatian
• Eksperimentasi
c) Penggunaan Internet
3. Borang soal selidik adalah jadual atau borang formal yang mengandungi soalan-
soalan yang dibentuk dengan berhati-hati dan bersistematik untuk memperolehi
maklumat secara langsung dari responden mengenai sesuatu perkara yang dikaji oleh
penyelidik.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/6
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
6.2 Menentukan Persampelan
Apa itu pensampelan? Pensampelan sebenarnya adalah teknik yang melibatkan
penggunaan sebilangan kecil item, ahli ataupun elemen daripada populasi sebagai
asas untuk membuat kesimpulan atau ramalan terhadap keseluruhan populasi.
Contohnya , katakanlah kita sedang membuat penyelidikan tentang purata belanja
harian pelajar Politeknik Port Dickson di kantin politeknik. Populasi kajian kita
adalah semua pelajar Politeknik Port Dickson. Adalah tidak mungkin untuk kita
mendapatkan maklumat atau data daripada kesemua pelajar kerana ia memakan
masa serta kos yang terlalu tinggi. Justeru itu, kita akan memilih sebahagian
pelajar-pelajar secara rawak untuk dijadikan sampel kajian. Hasil maklumat yang
diperolehi akan digunakan untuk membuat satu kesimpulan yang menjelaskan
tentang perbelanjaan harian kesemua pelajar politeknik tersebut.
Sebelum kita melihat kaedah-kaedah persampelan , harus diingatkan bahawa anda
perlu tahu akan terma-terma berikut :
a) Populasi – keseluruhan individu atau elemen
atau peristiwa yang sifat-sifat ahlinya dianalisis sampel
atau dikaji .
b) Unsur atau Elemen – ahli kepada populasi.
c) Sampel – subset kepada populasi
dan ia terdiri daripada beberapa ahli yang
dipilih daripada populasi.
d) Subjek – ahli kepada sampel.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/7
Jabatan Perdagangan / PPD
Terdapat 2 jenis pensampelan iaitu :
a) Persampelan berkemungkinan (Persampelan Berkebarangkalian)
• Dalam kaedah ini, setiap elemen dalam populasi mempunyai
kebarangkalian tertentu (bukan sifar) untuk dipilih sebagai ahli sampel.
• Jenis-jenis persampelan berkemungkinan adalah:
i. Persampelan rawak mudah
ii. Persampelan berkelompok
iii. Persampelan sistematik
iv. Persampelan berstrata
b) Persampelan tidak berkemungkinan.
• Persampelan ini bergantung sepenuhnya atas kebijaksanaan dan
keperluan penyelidik .
• Jenis-jenis persampelan tidak berkemungkinan adalah :
i. Persampelan kuota
ii. Persampelan “convenience”
iii. Persampelan “snowball”
Untuk makluman pelajar sekalian, penerangan secara terperinci tentang jenis-jenis
persampelan akan dibincangkan di dalam Unit 11.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/8
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 6B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Terangkan dengan ringkas perkara-perkara berikut :-
a) Populasi
b) Sampel
c) Subjek
2. Berdasarkan tajuk penyelidikan “Promosi yang berkesan dapat meningkatkan
permintaan terhadap telefon mudah alih di kalangan penduduk Wilayah Persekutuan”,
tentukan populasi kajian.
3. Senaraikan kaedah-kaedah Persampelan berkemungkinan.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/9
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 6B Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 6B.
1. a) Populasi – keseluruhan individu atau elemen atau peristiwa yang sifat-sifat
ahlinya dianalisis atau dikaji .
b) Sampel – merupakan subset kepada populasi dan ia terdiri daripada beberapa
ahli yang dipilih daripada populasi.
c) Subjek – merupakan ahli kepada sampel.
2. Populasi kajian adalah kesemua penduduk Wilayah Persekutuan.
3. Jenis-jenis persampelan berkemungkinan adalah:
i. Persampelan rawak mudah
ii. Persampelan berkelompok
iii. Persampelan sistematik
iv. Persampelan berstrata
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/10
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT 6.3 Menganalisis Data
Analisis data adalah proses yang dibuat selepas melalui kaedah pengumpulan data
bagi sesuatu penyelidikan. Analisis data dilakukan untuk menguji setiap hipotesis
yang diwujudkan dan hasilnya dapat ditafsirkan. Data-data yang dikumpulkan akan
melalui beberapa peringkat pemprosesan iaitu :
a) Pengeditan
• Merupakan langkah pertama dalam analisis
• Di sini, kita akan mengenalpasti kesilapan data dan memperbaikinya.
• Mempastikan data yang dikumpul adalah tepat, konsisten dengan
maklumat yang lain, mencukupi dan disusun bagi memudahkan
langkah berikutnya iaitu pengkodan.
b) Pengkodan
• Merupakan proses mengkelaskan data dan memberi nombor atau simbol pada
kelas tertentu. Contohnya, bagi kelas jantina, nombor berikut biasanya
digunakan :
1 – lelaki 2 – perempuan
• Pengkodan akan membantu penyelidik kerana maklumbalas yang banyak
dapat dianalisa dengan lebih sistematik serta memudahkan penganalisaan data
melalui program komputer.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/11
Jabatan Perdagangan / PPD
c) Penjadualan dan Pencartaan
• Didalam proses penjadualan ini, kita akan menukarkan data mentah kepada
bentuk jadual iaitu dengan memberikan kategori tertentu kepada elemen-
elemen yang dikaji. Pelajar boleh merujuk contoh di dalam input seterusnya
dalam Unit 12.
• Setelah kita menyiapkan jadual, kita akan membuat carta statistik yang
bersesuaian, menarik dan mudah difahami. Contoh carta-carta yang boleh
dibuat adalah carta histogram, carta pai, carta berpalang, carta poligon, ogif
dan lain-lain yang difikirkan sesuai.
• Teknik analisis terhadap data sampel membolehkan kita menghasilkan min,
varians, sisihan piawai dan lain-lain pengiraan yang amat diperlukan dalam
sesuatu ujian. Kita juga boleh menggunakan pakej statistik seperti SPSS dan
SAS. Penggunaan statistik ujian adalah bergantung kepada penganggar
sampel dan saiz sampel.
d) Penginterpretasian
• Dalam proses ini kita memberi makna kepada hasil data yang telah diproses
dan membuat rumusan samada hipotesis yang dibentuk diterima atau ditolak
serta memastikan samada objektif penyelidikan tercapai.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/12
Jabatan Perdagangan / PPD
6.4 Menyedia dan Menulis Laporan
Menulis laporan penyelidikan memerlukan perancangan dan pemikiran yang teliti.
Keberkesanan sesuatu laporan itu bergantung kepada kemampuannya menarik
perhatian pembaca atau pendengar. Ukuran, fokus kepada data dan ilustrasi serta cara
data dipamerkan juga akan mempengaruhi minat pembaca atau pendengar. Di dalam
kebanyakan kes adalah penting untuk kita mengetahui siapakah kumpulan sasaran
kita dan apakah sebenarnya tujuan laporan itu disediakan
Terdapat tiga kategori laporan :
a) Laporan yang sangat mudah
• Bertujuan untuk menawarkan data-data ke atas beberapa faktor khusus secara
mudah seperti yang dikehendaki.
b) Laporan untuk menjual idea
• Bertujuan untuk mejual idea kepada pihak atasan di mana laporan yang
disediakan perlu lebih lengkap dan meyakinkan.
c) Laporan menyeluruh yang menawarkan alternatif penyelesaian selepas mengkaji
sesuatu situasi
• Laporan ini lebih terperinci bagi setiap langkah yang dikaji, menitikberatkan
analisis data, keputusan dan menyediakan asas yang kuat kepada perakuan
yang pelbagai.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/13
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 6C Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan unit selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Nyatakan langkah-langkah utama dalam menganalisis data.
2. Senaraikan dan terangkan dengan ringkas kategori-kategori laporan.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/14
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 6C Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 6C.
1. Langkah-langkah utama dalam menganalisis data adalah :
a) Pengeditan
b) Pengkodan
c) Penjadualan dan Pencartaan
d) Penginterpretasian Data
2. Kategori-kategori laporan adalah :
a) Laporan yang sangat mudah
• Bertujuan untuk menawarkan data-data ke atas beberapa faktor khusus secara
mudah seperti yang dikehendaki.
b) Laporan untuk menjual idea
• Bertujuan untuk mejual idea kepada pihak atasan di mana laporan yang
disediakan perlu lebih lengkap dan meyakinkan.
c) Laporan menyeluruh yang menawarkan alternatif penyelesaian selepas mengkaji
sesuatu situasi
• Laporan ini lebih terperinci bagi setiap langkah yang dikaji, menitikberatkan
analisis data, keputusan dan menyediakan asas yang kuat kepada perakuan
yang pelbagai.
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/15
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
1. Kriya Enterprise merupakan syarikat pengeluaran yang bersaiz sederhana. Aktiviti
syarikat adalah menjual dan membekal peralatan yang diperlukan dalam industri
perubatan. Syarikat ini mempunyai 320 orang pekerja yang bekerja mengikut tiga
syif. Syarikat ini menghadapi masalah lantik henti di setiap jabatan dan peringkat
pengurusan. Kajian telah dilakukan untuk mengkaji masalah tersebut. 50 orang
pekerja dari pelbagai peringkat dan jabatan dipilih sebagai sampel. Berdasarkan kes
ini, sila jawab soalan berikut.
a) Berikan populasi kajian yang dijalankan (2 markah)
b) Siapakah sampel kajian (2 markah)
c) Berapa peratuskah daripada populasi kajian yang telah dipilih sebagai sampel
kajian
(2 markah)
d) Pada pandangan anda, apakah kaedah yang paling sesuai yang boleh digunakan
oleh penyelidik untuk mengumpul data bagi kajian ini?
(3 markah)
2. Senaraikan jenis-jenis pensampelan berkemungkinan dan pensampelan tak
berkemungkinan. (7 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
“OVERVIEW” PROSES PENYELIDIKAN PEMASARAN P4708/UNIT 6/16
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. a) Populasi kajian adalah 320 orang pekerja Kriya Enterprise dari pelbagai peringkat
dan jabatan
b) 50 orang pekerja Kriya Enterprise dari pelbagai peringkat dan jabatan
c) 50/320 X 100 = 15.625 %
d) Kaedah temuduga bersemuka atau temuramah
2. i) Jenis-jenis persampelan berkemungkinan adalah:
Persampelan rawak mudah
Persampelan berkelompok
Persampelan sistematik
Persampelan berstrata
ii) Persampelan tidak berkemungkinan adalah:
Persampelan kuota
Persampelan “convenience”
Persampelan “snowball”
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 7
KAEDAH PENGUMPULAN DATA: JENIS-JENIS DATA Prima
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mengenalpasti dan memahami jenis-jenis data utama
serta teknik-teknik pengumpulan data.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Mendefinisikan data prima.
Mengkelaskan dan membezakan jenis-jenis data
prima.
Mengenalpasti sumber-sumber mendapatkan data
prima.
Menjelaskan kaedah atau teknik-teknik mendapatkan
data prima.
Tulip merah= 7 Tulip Biru =3 Tulip ungu= 6…
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
7.0 Pengenalan
Masih ingatkah anda tentang data prima yang telah kita bincangkan dalam Unit 6 ?
Dalan unit ini, kita akan lebih mendalami tentang data prima di mana kita akan
membincangkan bagaimana data prima ini dikelaskan dan dibezakan antara satu sama
lain. Kita juga akan mengenalpasti sumber-sumber untuk mendapatkan data prima.
Baiklah, sudahkah anda bersedia!!! Mari kita lihat dahulu definisi data prima.
7.1 Definisi Data Prima
Data prima atau data utama adalah data atau maklumat yang dikutip dari sumber asal
bagi tujuan tertentu terutama untuk menyelesaikan masalah dalam tangan seperti
masalah perniagaan.
7.2 Jenis–Jenis Data Prima
Data prima boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu :
a) Demografi / Sosioekonomi
Merupakan jenis data prima yang diminati oleh para penyelidik pemasaran.
Contohnya umur, jantina, bangsa, pekerjaan, pendapatan, status perkahwinan dan
kelas sosial. Penyelidik biasanya akan menyesuaikan perubahan ini dengan data
yang diperolehi untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih berkenaan subjek.
Misalnya para penyelidik pemasaran boleh mengkaji samada penggunaan sesuatu
produk itu dipengaruhi oleh umur seseorang, jantina, tahap pendidikan,
pendapatan dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini kemudiannya akan
digunakan oleh para pemasar untuk membuat segmentasi pasaran.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/3
Jabatan Perdagangan / PPD
Antara soalan-soalan yang boleh ditanya adalah seperti berikut:
1. Berapakah pendapatan bulanan anda.
2. Jantina
Lelaki
Perempuan
b) Psikologi / Cara hidup
Merupakan data yang dikumpul bagi mengetahui karakteristik seperti personaliti,
aktiviti, minat dan nilai yang dipegang oleh mereka. Pemasar biasanya berminat
dengan data-data ini kerana psikologi dan cara hidup akan mempengaruhi gelagat
membeli pengguna. Contohnya produk yang digunakan, tempat membeli produk
serta maklumbalas pengguna terhadap sesuatu iklan yang dikeluarkan. Contoh
persoalan: Jika anda kehabisan minyak wangi, di manakah anda akan
membelinya?
c) Sikap / Pendapat
Merujuk kepada perasaan, keyakinan pengguna, perlakuan dan sikap pengguna
terhadap sesuatu produk atau servis. Sikap dan perlakuan sebenar pengguna
mencerminkan kepentingan untuk menentukan segmentasi pasaran, strategi
perletakan dan keberkesanan pengiklanan oleh pemasar. Contoh: Adakah anda
setuju atau tidak bahawa merokok perlu dilarang di tempat-tempat awam?
d) Kesedaran / Pengetahuan
Merujuk kepada keperluan atau pengetahuan pengguna terhadap sesuatu
fenomena dibawah kajian. Kesedaran individu biasanya bermaksud kesedaran
RM500 – RM1000
RM1001 – RM1500
RM1501 – RM2500
RM2501 – RM5000
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/4
Jabatan Perdagangan / PPD
individu terhadap produk. Penyelidik berminat dalam menentukan samada
responden mempunyai kesedaran terhadap perkara-perkara berikut.
i) produk
ii) sifat atau ciri-ciri produk
iii) di mana ia boleh diperolehi
iv) harga
v) pengeluar produk tersebut
vi) di mana ia dibuat
vii) bagaimana mengguna dan untuk tujuan apa
viii) ciri-ciri istimewa yang ada pada produk
e) Hasrat
Merujuk kepada harapan atau perancangan individu terhadap gelagat akan datang.
Contohnya menunjukkan rasa ingin membeli atau menggunakan produk tertentu.
Data-data ini membolehkan pemasar menganggar saiz potensi pasaran. Walau
bagaimanapun anda harus ingat bahawa hasrat membeli tidak bermakna pengguna
akan membeli produk tersebut. Contoh soalan yang boleh dikemukakan kepada
subjek adalah: Jika anda melihat produk ini dalam pasaran, adakah anda akan
membelinya?
f) Motivasi
Data prima motivasi adalah data berkenaan keperluan, kemahuan, keinginan,
kehendak atau sebarang tingkah laku pengguna yang mendorong ke arah sesuatu
matlamat. Data ini membantu pemasar memahami kenapa pengguna bertindak
atau memberi maklum balas tertentu terhadap produk atau perkhidmatan. Ia juga
menerangkan mengapa pengguna menerima atau menolak sesuatu produk.
Contohnya jika pengguna ingin membeli kereta yang melambangkan status, maka
Mercedes Benz akan menjadi pilihan utama pengguna, manakala jika keselamatan
merupakan kepentingannya, Volvo akan menjadi pilihan utama pengguna.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/5
Jabatan Perdagangan / PPD
g) Gelagat
Data gelagat adalah data-data prima yang dikumpul dalam pengkajian tingkahlaku
lepas untuk meramal tingkahlaku masa depan bagi merangka strategi pemasaran.
Antara soalan-soalan yang biasanya dibentuk untuk mengumpul maklumat
tentang perlakuan ini adalah “Apakah jenama baju yang selalu anda beli?”, “ Di
manakah kali terakhir anda membeli syampu cap X?”, “Bilakah kali terakhir anda
membeli jus buah-buahan?”. Untuk makluman para pelajar, soalan-soalan untuk
mendapatkan data ini biasanya bermula dengan persoalan apa, berapa banyak, bila
dan siapa.
You all mesti ingat apo jenis-jenis data prima. Kalau tak ingat, baca sampai ingat, faham!!! Saya tak nak you all dapat markah rendah. Okay…Mari kita cuba buat soalan latihan..
Banyaknya kena ingat……
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/6
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 7A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Berikan definisi data prima.
2. Senaraikan jenis-jenis data prima dan terangkan mana-mana dua jenis.
3. Sila bentukkan kumpulan (4 atau 5 orang setiap kumpulan). Setiap kumpulan
dikehendaki mendapatkan maklumat atau data daripada setiap pelajar kelas anda.
Anda boleh memilih mana-mana satu perkara berikut:-
a) Tinggi (cm)
b) Berat (kg)
c) Kadar nadi seminit
d) Markah kuiz 1 bagi matapelajaran Penyelidikan Pemasaran
Berdasarkan data-data yang telah dikumpul, setiap kumpulan dikehendaki:-
(i) Membina jadual kekerapan
(ii) Membina histogram
(iii) Mencari min, mod dan median
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/7
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 7A Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 7A.
1. Definisi data prima : Data prima atau data utama adalah data atau maklumat yang
dikutip dari sumber asal bagi tujuan tertentu terutama untuk menyelesaikan masalah
dalam tangan seperti masalah perniagaan.
2. Sila rujuk input 7.2 m/s 2 – 5
3. Jawapan adalah bergantung kepada data yang anda perolehi. Sila rujuk kepada
pensyarah anda.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/8
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
7.3 Sumber Data Prima
Terdapat pelbagai sumber untuk mendapatkan data prima. Kita telahpun
membincangkannya secara ringkas dalam Unit 6. Baiklah, sebelum kita mendalami
data prima, marilah kita lihat dahulu dua pendekatan utama dalam mengutip data
prima iaitu :
a) Pendekatan Pasif
Pendekatan ini melibatkan pemerhatian ke atas ciri-ciri elemen yang dikaji oleh
manusia itu sendiri seperti pemerhatian atau melalui penggunaan alatan
mekanikal seperti komputer. Terdapat 3 kriteria yang perlu diperhatikan iaitu :
• Memenuhi tujuan penyelidikan
• Mesti dikutip dan dikumpul secara sistematik
• Merujuk kepada penyemakan dan pengawalan ke atas kesahihan dan
kebolehpercayaan.
b) Pendekatan Aktif
Sekiranya penyelidik menggunakan pendekatan aktif, ia melibatkan pertanyaan
kepada responden atau subjek secara peribadi, bukan peribadi, interaksi antara
individu dengan individu atau interaksi antara individu dengan alat mekanikal.
Pendekatan ini menggunakan beberapa jenis kaedah yang utama iaitu :-
• Temuduga bersemuka
• Eksperimentasi
• Telefon
• Mel / Pos
• Komputer
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/9
Jabatan Perdagangan / PPD
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pendekatan aktif atau pendekatan
pasif adalah :-
• Darjah penyamaran
- merujuk kepada samada responden mengetahui atau tidak tujuan
penyelidikan.
• Darjah penstrukturan
- merujuk kepada jumlah formalisasi proses data-data yang
dikutip.
• Kaedah kutipan
- merujuk kepada bagaimana data itu dikutip samada melalui
individu atau alatan mekanikal.
Setelah kita meneliti pendekatan yang digunakan, marilah kita teruskan dengan
sumber-sumber data prima. Seperti yang telah kita bincangkan dalam Unit 6,
data prima boleh diperolehi daripada tiga kaedah berikut :
a) Komunikasi
• Temuduga bersemuka
• Telefon
• Temuduga Berkomputer
• Soal selidik melalui pos
b) Teknik pemerhatian
• Eksperimen
c) Penggunaan Internet
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/10
Jabatan Perdagangan / PPD
Kita lihat dahulu sumber data yang diperolehi melalui kaedah komunikasi iaitu :-
a) Temuduga Bersemuka
Penemuduga membentuk dan
merancang soal selidik bertulis yang
mengandungi beberapa soalan yang
memfokus kepada objektif dan
masalah kajian yang dikenali sebagai
rangka temuduga. Ia juga merupakan
komunikasi bersemuka antara
penemuduga dengan responden.
Temuduga bersemuka digunakan jika soal selidik adalah terlalu panjang untuk
dilakukan melalui telefon. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja seperti di
rumah, tempat kerja responden, di tepi-tepi jalan dan tempat-tempat awam
(pasaraya atau di simpang-simpang jalan). Adalah lebih baik sekiranya alat
perakam suara digunakan untuk merekod data bagi memudahkan proses
menganalisis data.
b) Temuduga telefon
Temuduga melalui telefon adalah paling sesuai apabila terdapat ramai responden,
kawasan geografi yang luas dan masa bagi setiap sesi temuramah adalah pendek.
Contohnya kurang daripada 10 minit. Temuduga melalui telefon membolehkan
sesi yang banyak dan berbeza dilakukan dalam tempoh masa yang pendek dan
dari jarak yang jauh. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai bagi
responden yang mempunyai kemudahan telefon.
Azrina 06-6512568 Norly 07-7994352 Zaidi 09-7831222
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/11
Jabatan Perdagangan / PPD
c) Temuduga berkomputer
Kita dapat melihat bahawa kemunculan komputer memberi kesan yang besar
kepada pengutipan pada masa kini. Kemajuan teknologi yang pesat terutamanya
teknologi maklumat dan kos pemilikan komputer yang rendah menyebabkan
temuduga melalui komputer menjadi satu mekanisma pengumpulan data yang
popular digunakan masa kini. Pakej temuduga berkomputer yang sering
digunakan oleh para penyelidik adalah CATI (Computer Assisted Telephone
Interviewing) dan CAPI (Computer Assisted Personnal Interviewing).
Temuduga melalui komputer adalah cepat dan
dapat mengumpul lebih banyak maklumat yang
boleh dipercayai. Kelebihan kaedah ini adalah,
data-data yang diperolehi mudah dianalisis, kos
adalah rendah dan penjadualan secara automatik
dapat dilakukan. Walau bagaimanapun temuduga
ini memerlukan pelaburan yang agak besar tetapi
ia adalah efektif bagi kajian yang dijalankan
secara besar-besaran.
d) Pos
Penyelidik akan menghantar set soal selidik kepada responden yang terpilih
melalui perkhidmatan pos. Kita akan memilih para responden secara rawak
daripada senarai nama dan alamat yang terdapat dalam buku panduan telefon,
daripada syarikat dan agensi kerajaan atau swasta yang mempunyai rekod tentang
para pekerja serta pelanggan mereka. Kaedah ini membolehkan kajian meliputi
kawasan geografi yang luas dengan kos kajian yang lebih rendah berbanding
kaedah-kaedah lain. Walau bagaimanapun kaedah ini cenderung untuk
memberikan data yang bias serta darjah maklum balas yang rendah. Maksudnya,
responden mungkin tidak jujur menjawab soalan, tidak menjawab soal selidik
yang dihantar kepada mereka atau responden tiada di alamat yang ditujukan.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/12
Jabatan Perdagangan / PPD
e) Pemerhatian
Kaedah ini telahpun kita bincangkan dalam unit 5. Walaupun ketepatan data bagi
kaedah ini adalah tinggi namun, maklumat yang diperolehi boleh menjadi bias
sekiranya masa atau tempoh pemerhatian terlalu pendek atau apabila subjek
menampilkan gelagat berbeza sepanjang tempoh pemerhatian.
f) Internet
Teknik yang seterusnya adalah mendapatkan data atau maklumat melalui
penggunaan internet. Kajian yang dibuat adalah melalui “on-line” dengan
komputer peribadi responden yang disambungkan kepada rangkaian komputer.
Salah satu rangkaian komputer yang membolehkan syarikat-syarikat kecil
menggunakan perkhidmatan “on-line” ini adalah Rangkaian Komputer Nasional
yang menyediakan perkhidmatan bagi mengendalikan kajian berkaitan dengan
pemasaran. Penyelidik boleh menganalisis data semasa bidang kajian sedang
berlangsung dan selepas itu keputusan boleh dipindahkan kepada pelanggan
melalui modem dalam bentuk mentah atau borang penjadualan.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/13
Jabatan Perdagangan / PPD
Penggunaan internet juga membolehkan para penyelidik atau penemuduga menemuduga
subjek secara langsung melalui “on-line”. Soal selidik boleh dihantar melalui mel
elektronik (e-mail) dengan menggunakan alamat yang boleh didapati dalam sistem
internet itu sendiri. “Teleconference” juga boleh digunakan untuk menemuduga
responden bagi mendapatkan maklumat atau data. Sebenarnya, perkhidmatan yang
ditawarkan dalam internet membolehkan para penyelidik meneroka atau melayari mana-
mana “web site” yang dikehendaki pada bila-bila masa sahaja.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/14
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 7B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Data prima boleh diperolehi daripada beberapa kaedah tertentu. Nyatakan kaedah-
kaedah tersebut.
2. Bentukkan kumpulan (4 atau 5 orang setiap kumpulan), bincangkan tentang kebaikan
dan keburukan kaedah mengumpulkan data prima berikut:-
a) Temuduga bersemuka
b) Temuduga melalui telefon
c) Temuduga berkomputer
d) Pos
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/15
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 7B Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke Unit 8 sekiranya anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 7B.
1. Sumber data prima adalah :-
a) Komunikasi iaitu temuduga bersemuka, temuduga melalui telefon, temuduga
berkomputer dan pos
b) Pemerhatian
c) Penggunaan internet
2. Kebaikan dan keburukan bagi setiap kaedah adalah seperti berikut:- Kaedah mengumpul data kebaikan Keburukan
temuduga bersemuka
- Penyelidik boleh mengadaptasi soalan yang bersesuaian, memperjelaskan keraguan dan memastikan tindak balas difahami dengan mengulangi atau menyatakan soalan. - Responden juga boleh memberi isyarat bukan lisan kepada penyelidik - Sebarang ketidakselesaan, tekanan atau masalah responden boleh dikenalpasti melalui isyarat bukan lisan seperti mimik muka, kerutan di dahi dsb. - Sesuai untuk pengumpulan data yang banyak. - Meningkatkan peluang setiap soalan yang ditanya akan dijawab. - Peratus responden yang sanggup ditemuduga hingga selesai akan meningkat.
- kos tinggi yang melibatkan kos menemuduga dan kos pengangkutan - masa agak panjang kerana bilangan sesi temuduga yang dapat dilakukan dalam sesuatu jangkamasa adalah terhad bergantung kepada kemahiran dan bilangan penemuduga. - penyelewengan di mana penemuduga mungkin menipu dalam menyiapkan soal selidik - Penemuduga boleh mempengaruhi jawapan responden.
temuduga melalui
telefon
- Bilangan temuramah yang banyak dan berbeza boleh dibuat dalam tempoh masa yang pendek dan meliputi jarak jauh
- Responden boleh secara automatik menamatkan temuramah tanpa memberi amaran atau penjelasan terlebih
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/16
Jabatan Perdagangan / PPD
- Ia boleh mengelakan sebarang ketidakselesaan yang dirasai oleh responden apabila berdepan dengan penemuduga
dahulu - Penyelidik tidak dapat melihat komunikasi isyarat bukan lisan responden - tidak boleh menemuramah responden yang tiada kemudahan telefon.
pos
-Kajian boleh meliputi kawasan geografi yang luas -kos yang lebih murah - Responden lebih selesa kerana boleh memilih masa dan tempat yang sesuai untuk menjawab soal selidik.
-Responden tidak meberi maklumbalas -responden tiada di alamat yang dinyatakan - data mungkin bias kerana responden tidak menjawab dengan betul - Soal selidik mungkin di jawab oleh orang lain
temuduga berkomputer - cepat dan boleh mendapatkan lebih maklumat yang boleh dipercayai -memudahkan analisis data -lebih efisyen dari segi kos dan masa
-memerlukan pelaburan yang besar -hanya melibatkan responden yang mempunyai komputer peribadi dan mempunyai pengetahuan tentang komputer.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/17
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
1. Berikan contoh-contoh data prima yang berkaitan dengan data demografi dan
sosio ekonomi.
(5 markah)
2. Nyatakan dengan spesifik kebaikan bagi setiap kaedah pengumpulan data prima
(15 markah)
3. Anda bercadang untuk menjalankan satu penyelidikan melalui pos ke atas 1000
orang pengurus syarikat di seluruh Malaysia. Penyelidikan ini adalah berkaitan
dengan polisi syarikat ke atas perbelanjaan perpindahan seseorang pekerja yang
dipindahkan tempat kerjanya. Apakah yang anda akan lakukan untuk
meningkatkan kadar maklumbalas bagi soal selidik yang anda poskan kepada
subjek kajian?
(15markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 7/18
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Contoh data demografi dan sosio ekonomi adalah jantina, umur, tahap
pendidikan, pekerjaan, pendapatan, kelas sosial, bangsa dan lain-lain.
2. Anda boleh merujuk maklumbalas aktiviti 7B pada soalan 2.
3. Bagi meningkatkan kadar maklumbalas responden jika menggunakan
kaedah pos adalah seperti berikut:-
a) Susulan semula – menghantar peringatan kepada para responden
supaya memberi kerjasama (menjawab soalan yang
dikemukakan).
b) Memberi notis awal – menghantar surat pemberitahuan atau
menelefon subjek tentang soal selidik yang akan diposkan dan
meminta kerjasama responden mengisinya.
c) Soalan yang mudah dan ringkas – soal selidik yang mudah dan
ringkas akan menggalakkan respon yang tinggi
d) Membekalkan sampul surat bersetem dan beralamat penyelidik
untuk memudahkan subjek mengeposkan semula maklumbalas
mereka.
e) Insentif kewangan – memberi insentif kewangan kepada
responden yang menghantar borang soal selidik awal.
f) Menetapkan tarikh hantar
* Lain-lain maklumat yang difikirkan bersesuaian bolehlah
disertakan. (Sila rujuk pensyarah anda)
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 8
KAEDAH PENGUMPULAN DATA : DATA SEKUNDER
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang data sekunder
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Mendefinisikan data sekunder.
Menyenaraikan sumber-sumber dalaman dan sumber-
sumber luaran data sekunder.
Mengenalpasti kaedah mendapatkan sumber data
sekunder.
Menerangkan kebaikan dan keburukan data sekunder.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
8.0 Pengenalan
Pernahkah kita diminta ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tentang
organisasi tertentu. Misalnya kita diberi tugasan oleh pensyarah samada secara
individu atau berkumpulan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat
tentang syarikat tertentu seperti sejarah syarikat, saiz pekerja, aset, carta, polisi,
falsafah pengurusan, lokasi, sumber manusia, modal, hubungan dengan
persekitaran, posisi dalam pasaran, data kewangan dan sebagainya.
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah bagaimana kita boleh mendapatkan
maklumat tentang organisasi atau apa sahaja jenis maklumat melalui sumber-
sumber tertentu yang boleh kita dapati bukan sahaja di perpustakaan tetapi di
mana-mana saja kerana maklumat tersebut telah sedia ada dan disediakan oleh
pihak tertentu untuk kemudahan dan kepentingan bersama. Maklumat tersebut
dikenali sebagai data sekunder atau data sejarah (seperti yang diterangkan di
Unit 6).
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/3
Jabatan Perdagangan / PPD
Rajah 8.1 : Sumber Data Sekunder
Sumber dalaman Rekod jualan (Hasil)
Aktiviti pemasaran (input) Maklumat kos
Laporan & maklumbalas pengedar
Maklumbalas pelanggan
Sumber data Sekunder Data bercetak kerajaan
Persatuan perdagangan
Majalah, surat khabar, buku
Laporan tahunan
Sumber luaran Kajian persendirian
Data pemasaran Audit stor
Dari sumber yang Perkhidmatan gudang
standard panel pembelian pelanggan
Servis multimedia dll
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/4
Jabatan Perdagangan / PPD
8.1 Definisi Data Sekunder
Kita telah mengetahui bahawa data sekunder adalah data sedia ada. Ia terdiri daripada
buku-buku statistik, penerbitan oleh kerajaan, swasta atau persendirian, data sedia
ada dari penyelidik terdahulu serta rekod-rekod di perpustakaan atau laman-laman
web dalam industri teknologi maklumat terkini. Data sekunder adalah data yang
dikutip bukan bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam tangan tetapi untuk
tujuan sebaliknya.
8.2 Ciri-ciri Data Sekunder
Data sekunder juga dikenali sebagai data sejarah atau data lampau. Bersesuaian
dengan namanya, data ini mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan
data prima atau data utama iaitu:
a) Bersifat sejarah atau lampau
b) Telah sedia ada
c) Tidak memerlukan penyelidik bersemuka dengan responden
8.3 Jenis-Jenis Data Sekunder dan Sumber Data Sekunder
Kita boleh bahagikan data sekunder kepada dua jenis iaitu data sekunder dalaman
dan data sekunder luaran
Sumber data sekunder boleh
Dirujuk pada Rajah 8.1
– Data dalaman adalah data yang diperolehi dari dalam organisasi di mana penyelidikan dijalankan.
– Data-data ini boleh dijadikan asas untuk penyelidikan akan datang.
– Antara maklumat yang boleh diperolehi dari sumber dalaman adalah nama dan lokasi pelanggan, produk/perkhidmatan yang dijual, volum transaksi yang telibat, terma jualan, diskaun yang diberikan, syarat bayaran, cara kutipan dan sebagainya.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/5
Jabatan Perdagangan / PPD
Data Sekunder luaran adalah data-data yang diperolehi dari luar organisasi. Misalnya, maklumat bercetak yang diperolehi dari firma-firma lain samada kerajaan atau swasta, panduan dan informasi pemasaran oleh agensi tertentu dan pencarian data melalui komputer/internet. Baiklah pelajar sekelian, ada apa-apa persoalan ?
Encik Ayub, boleh terangkan di mana kita boleh mendapatkan data
Eleh Amin, itupun engkau tak tahu ke. Ini mesti tak baca modul. Kalau kau nak tahu, engkau rujuk le Rajah 8.1, semua dah ada kat situ.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/6
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 8A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
Bentukkan kumpulan (4 atau 5 orang setiap kumpulan), Setiap kumpulan dikehendaki
mendapatkan maklumat tentang indeks harga saham bagi mana-mana satu syarikat yang
tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Pastikan setiap
kumpulan memilih syarikat yang berlainan. Anda boleh mendapatkan data-data tersebut
dari surat khabar.
Data indeks harga saham ini hendaklah dicatatkan pada setiap hari selama 30 hari
berturut-turut. Anda dikehendaki membentuk jadual dan membina carta yang sesuai
menggunakan data-data yang telah dikumpul itu.
Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan atau rumusan berkenaan syarikat dan harga
saham syarikat yang anda pilih berdasarkan maklumat yang telah anda perolehi.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/7
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 8A Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 8A.
Anda perlu merujuk kepada pensyarah anda dan input-input dari Unit 6 dan Unit 7 untuk
membina jadual dan carta. Rumusan adalah berdasarkan data yang anda perolehi
sepanjang 30 hari anda mengumpulkan data tersebut dari sumber data sekunder iaitu surat
khabar.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/8
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
8.4 Kebaikan Data Sekunder
• Pengumpulan data sekunder tidak melibatkan kos yang tinggi
• Ia menjimatkan masa dan tenaga kerja
• Membantu penyelidik membina pernyataan masalah yang baik
• Memberi maklumat tentang cara-cara pengumpulan data atau kaedah
penyelidikan yang sesuai digunakan bagi satu penyelidikan yang hampir sama
dengan penyelidikan terdahulu. (Sebagai rujukan atau contoh)
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/9
Jabatan Perdagangan / PPD
8.5 Kelemahan Data Sekunder
• Mudah luput – disebabkan perubahan masa dan persekitaran seperti sikap
pengguna, nilai dan faktor-faktor demografik. Ini mengurangkan
kebolehpercayaan data
• Kesahihan data tidak dapat dipastikan.
• Unit pengukuran tidak sama – tidak selaras dengan kehendak asal penyelidikan
• Perbezaan istilah – kemungkinan timbulnya kekeliruan dan salah faham ketika
menterjemahkan penyelidikan lalu.
• Tidak selaras dengan keperluan penyelidik – data sekunder perlu dinilai
sebelum ianya digunakan terutama dari segi keselarasan data dengan sumber-
sumber lain, sebab-sebab data dikutip, cara-cara atau kaedah pengutipan data,
tujuan data dikutip, jenis data yang diperlukan oleh penyelidik serta masa ia
diperolehi.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/10
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 8B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan Unit 9. Sila semak jawapan anda pada
maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Berikan dua (2) kebaikan menggunakan data sekunder.
2. Berikan dua (2) kelemahan menggunakan data sekunder.
3. Terangkan perbezaan diantara sumber data luaran dan sumber data dalaman
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/11
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 8B Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke Unit 9 jika anda dapat menjawab kesemua
soalan dalam aktiviti 8B.
1. Sila rujuk input 8.4 pada m/s 8.
2. Sila rujuk input 8.5 pada m/s 9.
3. Sila rujuk input 8.3 pada m/s 4 – 5.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/12
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
1) Berikan ciri-ciri data sekunder (3 markah)
2) Terangkan perbezaan di antara data prima dengan data sekunder ( 8 markah)
3) Katakan anda ingin membuka sebuah kedai menjual komputer dan alat-alat gantian
komputer. Anda bercadang untuk membukanya di bandar yang berdekatan dengan
tempat tinggal anda. Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu menentukan
lokasi perniagaan anda. Apakah maklumat yang anda perlukan dan bagaimanakah
anda akan mendapatkan maklumat tersebut untuk menetapkan lokasi yang strategik
bagi kedai anda.
(10 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 8/13
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Sila rujuk input 8.2 m/s 4.
2. Sila rujuk Unit 7 dan Unit 8.
3. Anda perlu mendapatkan maklumat tentang faktor demogafi, sosio ekonomi,
pelan kawasan bandar tempat tinggal anda, maklumat tentang syarikat pesaing,
pasaran, permintaan, rekod jualan dan sebagainya yang merangkumi faktor-faktor
pemilihan lokasi yang strategik. (Sila rujuk pensyarah anda untuk mendapatkan
penerangan lebih lanjut)
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 9
KAEDAH PENGUMPULAN DATA : SOAL SELIDIK
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang definisi, fungsi dan
proses pembentukan soal selidik yang baik
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Mendefinisikan soal selidik.
Menjelaskan fungsi soal selidik.
Memberi penjelasan tentang proses-proses yang perlu
dilaksanakan bagi membentuk soal selidik yang baik.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
9.0 Pengenalan
Sekiranya seorang pensyarah mengarahkan pelajar-pelajarnya mendapatkan
maklumat daripada pelajar-pelajar senior tentang pendapat mereka terhadap
subjek penyelidikan pemasaran, adakah maklumat yang diperolehi oleh pelajar
nanti dapat dianalisis dan dinilai dengan mudah ?
Biasanya, maklumat-maklumat yang diperolehi adalah pelbagai dan mungkin
menyimpang atau tidak menepati kehendak pensyarah tadi. Persoalannya,
bagaimanakah cara yang paling berkesan dalam mendapatkan maklum balas yang
tepat dan konsisten walaupun jumlah penemuduga atau responden adalah ramai
serta mungkin berbeza dari segi bangsa, tahap sosial dan negeri tempat tinggal ?
Jawapannya adalah melalui soal selidik. Soal selidik bukan sahaja menyediakan
satu set soalan yang “standard” tetapi ia juga turut memberikan kemudahan dalam
proses pengutipan dan analisis data.
Input seterusnya akan memberi peluang kepada pelajar mengenali dan memahami
definisi soal selidik, fungsi dan bagaimana cara membentuk soal selidik yang
baik.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/3
Jabatan Perdagangan / PPD
9.1 Definisi Soal Selidik
Merupakan satu senarai soalan yang dibentuk secara berhati-hati dan sistematik.
Bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada responden berkaitan dengan
sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Soal selidik boleh berbentuk bertulis/bercetak
di atas kertas atau secara verbal melalui temuduga secara bersemuka atau telefon.
“Soal selidik yang juga dikenali sebagai jadual, borang temuduga atau alat
pengukuran merupakan satu set soalan berbentuk formal yang bertulis atau secara
verbal bagi mendapatkan maklumat daripada responden.”
( Naresh K. Malhotra, 1999 )
9.2 Fungsi Soal Selidik
Mendapatkan maklumat data prima daripada responden dimana set soalan akan diberi
dan responden perlu menjawab atau memberikan maklum balas bagi soalan tersebut.
Soal selidik yang baik membolehkan data dibanding, mempercepatkan proses
merekod, memastikan ketepatan data yang diperolehi dan memudahkan penyelidik
sewaktu pemprosesan data.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/4
Jabatan Perdagangan / PPD
9.3 Proses Pembentukan Soal Selidik yang Baik
RAJAH 9.3 : PROSES PEMBENTUKAN SOAL SELIDIK YANG BAIK
Menentukan maklumat yang diperlukan
Menentukan jenis soal selidik dan kaedah pentadbiran
Menentukan kandungan soalan individu
Menentukan maklum balas kepada soalan
Menentukan struktur ayat kepada setiap soalan
Menentukan urutan setiap soalan
Menentukan ciri-ciri fizikal soal selidik
Mengkaji semula langkah-langkah di atas sekiranya perlu
Menguji soal selidik dan mengkaji semula sekiranya perlu
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/5
Jabatan Perdagangan / PPD
9.3.1 Menentukan maklumat yang diperlukan
• Penyelidik perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang
masalah bagi membentuk hipotesis bagi memandu arah penyelidikan.
• Penyelidik perlu mengumpul maklumat berkenaan pembolehubah yang
telah dikenalpasti bagi tujuan mengkaji hipotesis.
• Adalah penting menentukan apakah maklumat yang diperlukan dan
mengumpul maklumat dari individu yang betul serta dalam unit/kuantiti
yang sesuai.
• Jika soalan tidak menepati secara kukuh penyelidikan yang sedang
dijalankan maka lupakan saja.
9.3.2 Menentukan jenis soal selidik dan kaedah pentadbiran
• Setelah menentukan/mengenalpasti maklumat asas yang diperlukan,
penyelidik perlu menentukan bagaimana cara untuk mengumpulkannya.
• Keputusan tertumpu kepada struktur soal selidik yang perlu digunakan dan
menentukan sama ada menggunakan kaedah pos, telefon atau temuramah
secara bersemuka serta bagaimana ia perlu diuruskan.
9.3.3 Menentukan kandungan soalan individu
Dalam menentukan soalan individu ia bergantung kepada langkah-langkah
sebelumnya (1 dan 2) tetapi penyelidik boleh bertanyakan beberapa soalan
tambahan.
9.3.3.1 Adakah soalan ini perlu
Penyelidik perlu bertanya sama ada sesuatu isu itu telahpun
benar-benar dirangkumi oleh soalan lain.
Soalan perlu mendapatkan jawapan yang sebenar bukannya
jawapan yang perlukan huraian seterusnya.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/6
Jabatan Perdagangan / PPD
9.3.3.2 Adakah beberapa soalan diperlukan atau hanya satu soalan
Contoh : Mengapa menggunakan colgate?
Responden A – untuk kurangkan karies gigi
Responden B – kerana doktor gigi mencadangkannya
DUA rangka jawapan diperlukan untuk menjawab persoalan ini.
SEPATUTNYA :
a) Bagaimana anda mula menggunakan Colgate?
b) Apakah sebab utama menggunakan Colgate?
9.3.3.3 Adakah responden mempunyai maklumat yang diperlukan
Penyelidik perlu memeriksa setiap isu secara berhati-hati untuk
memastikan sama ada responden mampu memberikan maklumat
yang diperlukan.
Untuk memastikan jawapan bermakna soalan perlulah
mendatangkan sesuatu maksud kepada responden.
Ini bererti :
a) Responden perlulah diberitahu mengenai isu-isu yang
diajukan
Contoh : Didalam keluarga ini siapa yang menguruskan
perbelanjaan? KEMUDIAN barulah bertanyakan
berapa perbelanjaan sebulan?
b) Responden perlulah ingat maklumat–maklumat
tersebut
- Mempunyai maklumat yang diperlukan dan
mengingatinya.
- Keupayaan mengingat pelbagai peristiwa dipengaruhi
oleh peristiwa itu sendiri dan kepentingannya.
- Berapa lama ia berlaku dan kehadiran responden
ketika peristiwa sedang berlaku.
Contoh : Apakah kereta pertama yang anda beli?
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/7
Jabatan Perdagangan / PPD
- Untuk peristiwa yang lebih penting terdapat DUA
perkara yang mungkin berlaku kepada responden:
i. Telescoping error
Merujuk kepada individu yang merasakan bahawa
sesuatu peristiwa kerap berlaku sedangkan ia
tidaklah selalu berlaku.
ii. Recall Loss
Kesilapan akibat lupa bahawa peristiwa telah
berlaku.
9.3.3.4 Adakah responden akan memberikan jawapan
Walaupun responden mempunyai maklumat tidak semestinya
mereka ingin berkongsi mengenainya.
Oleh itu penyelidik perlu menimbangkan jenis dan amaun soalan
dalam usaha untuk mendapatkan maklumat.
Apabila soalan terlalu panjang atau melampau responden
mungkin tidak mahu menjawab atau memberi jawapan secara
sambil lewa.
Soalan yang memerlukan huraian jawapan yang panjang adalah
lebih sesuai.
Soalan-soalan yang menyentuh isu-isu sensitif atau yang boleh
menakutkan responden perlulah diabaikan namun sekiranya
soalan itu sangat penting bagi kajian maka penyelidik perlu
memikirkan bagaimana isu boleh disampaikan secara lebih
berkesan atau dalam ungkapan yang sesuai.
Mulakan dengan soalan-soalan yang ringan dan biasa untuk
mewujudkan keselesaan dan perhubungan yang erat antara
responden dan penyelidik. Isu sensitif diletakkan dibelakang.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/8
Jabatan Perdagangan / PPD
Terdapat beberapa teknik yang dapat mengurangkan rasa takut
responden apabila diajukan soalan-soalan sensitif:
i. Sebelum bertanyakan soalan yang lebih spesifik beritahu
bahawa sikap atau kelakuan tersebut adalah perkara biasa.
Beri responden jalan yang mudah untuk menerima atau
mengaku tentang sikap buruk mereka.
Contoh : Kajian menunjukkan 1 dari 10 keluarga
mengalami masalah apabila ibubapa tidak menjalankan
kewajipan dengan baik.
ii. Nyatakan soalan dalam terma orang lain dan bagaimana
perasaan atau tindakan responden terhadap perkara tersebut.
Contoh : Adakah anda rasa kebanyakan orang menipu
dalam memberikan jumlah cukai pendapatan. Mengapa?
iii. Letakkan jawapan dalam bentuk kategori
Contoh : Umur 1) 20-29
2) 30-39
3) 40-49
4) 50-59
5) 60 dan ke atas
iv. Gunakan model maklumbalas secara rawak.
Teknik temuramah di mana soalan-soalan yang agak sensitif
digabungkan dan jawapan responden dapat ditentukan
secara rawak tetapi penemuduga tidak mengetahui siapa
yang memberikan jawapan.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/9
Jabatan Perdagangan / PPD
9.3.4 Menentukan maklumbalas kepada soalan.
• Apabila kandungan soalan individu telah ditentukan, penyelidik perlu
memutuskan untuk memilih sama ada menggunakan soalan “open
ended”, pelbagai pilihan, 2 pilihan atau berskala.
9.3.4.1 “Open ended”
Responden bebas menjawab. Diadakan di awal sesi temuramah
Contoh: “Berapakan umur anda, apakah pendapat anda”
9.3.4.2 “Multichotomous Question”
Jawapan pelbagai pilihan
Contoh : “Adakah anda merasakan tindakan kerajaan
mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar kepada semua
penumpang perlu?”
Jawapan : a) memang perlu
b) perlu
c) tidak perlu
d) memang tidak perlu
e) tidak pasti
Kelemahan kaedah ini:
Tidak memberi peluang kepada responden memberitahu
pendapat sebenar.
Jawapan mungkin bukan jawapan yang diingini oleh
responden.
Jawapan alternatif terlalu banyak, maka penyelidik perlu
menghadkan jawapan. Pilih jawapan yang paling relevan.
Responden dipengaruhi oleh jawapan tersedia.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/10
Jabatan Perdagangan / PPD
9.3.4.3 “Dichotomous Question”
Soalan yang terdapat DUA alternatif jawapan.
Contoh: Ya ATAU Tidak / Lebih mahal ATAU Lebih murah
Kelemahan sama seperti “Multichotomous Question”
9.3.4.4 Skala
Contoh : Kekerapan anda datang membeli belah di Parkson
1) Tidak pernah
2) Ikut musim
3) Kadang-kadang
4) Selalu
Soalan adalah berbentuk “Multichotomous”. Walau
bagaimanapun responden turut diberi skala:
Tidak Pernah
Ikut Musim
KadangKadang Selalu
Betul ke tak ni…..???
Macam betul, tapi ……..
Ye ke??
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/11
Jabatan Perdagangan / PPD
9.3.5 Menentukan struktur ayat pada setiap soalan
• Merupakan tugas yang kritikal dalam membangunkan soalan.
• Kesilapan boleh mengakibatkan responden enggan menjawab atau
tidak memberi jawapan yang sebenar sama ada sengaja atau benar-
benar tidak memahami soalan.
• Terdapat beberapa prinsip asas yang boleh digunakan penyelidik untuk
mengelakkan bias dalam merangka soalan.
a) Menggunakan perkataan yang mudah
b) Mengelakkan dari menggunakan perkataan atau soalan yang kabur
(jawapan yang hampir sama)
JAWAPAN KABUR JAWAPAN JELAS
1) Tidak pernah 1) Tidak pernah
2) Ikut musim 2) Sebulan sekali
3) Kadang-kadang 3) Seminggu sekali
4) Selalu 4) Setiap hari
c) Mengelakkan “Leading Question”
Soalan yang dirangka untuk memberi tanda / klu / pembayang
tentang bagaimana seseorang itu harus memberikan jawapan.
Contoh : “Adakah anda berpendapat menghadkan cukai
pendapatan merupakan cara berkesan untuk menghentikan
kerajaan dari mengambil poket anda pada setiap kali
pembayaran gaji?”
Jawapan : YA. TIDAK. TIDAK PASTI.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/12
Jabatan Perdagangan / PPD
d) Mengelakkan alternatif tersirat
Jawapan alternatif yang tidak nyata.
Contoh : soalan berkenaan sama ada suri rumah mempunyai
hasrat untuk bekerja di luar rumah.
Soalan :
1) Adakah anda ingin bekerja?
2) Adakah anda memilih untuk mendapatkan kerja atau
anda lebih suka melakukan kerja rumah?
Soalan di atas memerlukan jawapan yang sama, elakkan
agar kajian lebih bermakna.
e) Elakkan andaian tersirat
Masalah yang timbul apabila soalan tidak jelas dimana
maklumat dan maklumbalas yang diperolehi dari individu
adalah berbeza kerana akibat yang difikirkan adalah tidak
sama.
Contoh :
Tidak spesifik : apa pendapat anda mengenai isu
penagihan dadah di kalangan remaja.
Lebih spesifik : apa pendapat anda berkenaan isu
penagihan dadah di kalangan remaja dan
perkaitannya dengan masalah disiplin
sekolah.
f) Mengelakkan soalan berbentuk umum dan kiraan
Contoh soalan kurang baik:
“Berapa ramaikah wakil penjual yang datang ke rumah
anda tahun lepas?”
Contoh soalan lebih baik:
“Berapa ramaikah wakil penjual yang datang ke rumah anda
pada minggu lepas?”
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/13
Jabatan Perdagangan / PPD
g) Mengelakkan “Double–Barreled Question”
Soalan yang memerlukan dua jawapan yang mengakibatkan
responden terkeliru.
Contoh : “Boleh anda huraikan tentang harga dan
kemudahan yang disediakan oleh Hotel Murni.”
Terdapat dua soalan yang ditanya, cuba elakkan.
9.3.6 Menentukan urutan setiap soalan
9.3.6.1 Garis panduan yang boleh diikuti oleh penyelidik:
Berikan soalan yang mudah dan menarik sewaktu memulakan
sesi. Gunakan pendekatan corong atau “funnel approach”.
Memulakan soalan yang memerlukan huraian yang panjang
kepada soalan yang memerlukan jawapan yang pendek.
Contoh :
Soalan yang perlukan huraian panjang :
“Apakah pendapat anda tentang apa yang akan dilakukan
oleh syarikat untuk memperbaiki servis yang ditawarkan.”
Soalan yang perlukan huraian pendek :
“Adakah anda berpuas hati dengan servis yang
ditawarkan.”
9.3.6.2 Merekabentuk “ Branching Question” dengan teliti
Satu teknik yang digunakan untuk mengarahkan responden ke
tempat yang berbeza dalan soal selidik berdasarkan kepada
jawapan yang telah diberi.
Contoh :
“Adakah anda membeli kereta pada tahun lepas?” Jika ya,
pergi ke soalan 5, Jika tidak pergi ke soalan 3.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/14
Jabatan Perdagangan / PPD
9.3.6.3 Mendapatkan klasifikasi maklumat.
Kebiasaannya soal selidik mengandungi 2 jenis maklumat.
Maklumat asas adalah perkara kajian
Maklumat pengkelasan adalah data-data lain yang
dikumpulkan untuk mengkelaskan responden dimana lebih
banyak maklumat berkenaan fenomena yang dikaji boleh
diperolehi.
Ciri-ciri demografi atau sosio ekonomi responden biasanya
digunakan sebagai pembolehubah pengkelasan bagi
membantu memahami keputusan.
Susunan soal selidik yang betul perlu untuk memastikan
ketepatan maklumat asas terlebih dahulu.
Maklumat asas adalah paling kritikal, tanpanya tidak mungkin
ada pengkajian.
Soalan awal bagi mengetahui pendapat responden mungkin
memberi kesan kepada sesi temuramah secara keseluruhan.
Oleh itu bagi mengelakkan kemungkinan ini maka letakkan
maklumat pengkelasan pada akhir sesi.
Contoh : Responden yang telah bersedia memberi pendapat
mereka tentang program televisyen, mungkin akan menjadi
keberatan atau enggan menjawab apabila ditanya tentang
pendapat mereka berkenaan harga televisyen yang dibeli.
Harga televisyen di sini dikelaskan sebagai maklumat
pengkelasan manakala minat merupakan maklumat asas.
9.3.6.4 Meletakkan soalan-soalan yang sensitif atau susah di bahagian
akhir soal selidik.
Soalan awal tidak sepatutnya soalan sensitif.
Soalan sensitif diletakkan di tengah-tengah soal selidik atau
diselang-selikan di antara soalan-soalan yang tidak sensitif.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/15
Jabatan Perdagangan / PPD
9.3.7 Menentukan ciri-ciri fizikal soal selidik.
• Dalam menentukan format fizikal soal selidik, penyelidik perlu
berusaha agar responden dapat menerima dengan baik soalan-soalan
yang diberi serta membolehkan penyelidik mengawal dan mengurus
sesi dengan baik.
9.3.7.1 Memastikan soal selidik diterima
Bentuk fizikal soal selidik boleh mempengaruhi kerjasama
responden. Contohnya borang soal selidik yang cantik dan
kemas serta berwarna boleh mempengaruhi responden
bahawa soal selidik adalah penting.
Setiap pengenalan di hadapan borang soal selidik, temuramah
bersemuka atau melalui telefon mestilah ringkas, dapat
meyakinkan responden tentang kepentingan penyelidikan dan
penglibatan mereka, diberitahu tentang faedah-faedah,
kerahsiaan dan insentif yang akan diberi sekiranya mereka
memberikan kerjasama.
9.3.7.2 Kemudahan mengurus dan mengawal soal selidik
Soalan pendek lebih baik. Ia nampak lebih mudah untuk
dijawab dan memerlukan masa yang singkat, mudah dibawa,
dikira dan direkodkan oleh penyelidik serta menampakkan
kekemasan.
Soalan yang panjang boleh mengakibatkan kesilapan
pengumpulan data.
Sekiranya borang soal selidik mempunyai beberapa helaian
adalah lebih baik jadikan ia dalam bentuk “booklet” atau
naskhah berbanding diklipkan atau di “stapler”.
Setiap soalan mesti disusun dan dinomborkan bagi
memudahkan analisis data.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/16
Jabatan Perdagangan / PPD
Meletakkan nombor pada borang soal selidik membantu
penyelidik mengenalpasti sekiranya ada set soalan yang
hilang, mengawal persembahan dan mengenalpasti bias yang
dilakukan oleh penemuduga.
9.3.8 Mengkaji semula langkah-langkah di atas sekiranya perlu.
• Setelah draf pertama siap, penyelidik perlu memeriksa semula setiap
langkah untuk memastikan soalan mudah dijawab, tidak mengelirukan,
tidak kabur dan tidak mendatangkan rasa tidak puas hati responden.
9.3.9 Menguji soal selidik dan mengkaji semula sekiranya perlu.
• Pengutipan data tidak boleh dimulakan selagi pra ujian (pretest) yang
mencukupi bagi soal selidik tidak diselesaikan. Pra ujian boleh
menilai soalan individu dan aturan soalan-soalan tersebut.
• Adalah lebih baik jika pra ujian diadakan 2 kali. Kali pertama
melibatkan temuramah secara individu. Penemuramah boleh melihat
sama ada individu dapat mengingati maklumat, terdapat soalan yang
mengelirukan individu dan boleh mendatangkan keraguan atau
kebimbangan kepada responden.
• Temuramah akan diadakan di kalangan responden yang mempunyai
ciri-ciri yang hampir sama dengan responden sebenar.
• Pra ujian kedua akan diadakan. Ia bergantung kepada kaedah yang
akan digunakan bagi kajian sebenar.
• Akhir sekali, keputusan maklumbalas dari pra ujian perlu dikodkan
dan ditabulasikan.
• Pra ujian merupakan kaedah paling murah yang boleh digunakan oleh
penyelidik bagi memastikan kejayaan soal selidik dan projek
penyelidikan.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/17
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 9A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Berikan definisi bagi soal selidik merujuk kepada definisi yang diberikan oleh penulis
Naresh K. Malhotra. ( 4 markah )
2. Soal selidik sangat penting bagi memastikan data yang dikutip adalah konsisten dan
menepati hala tujuan kajian yang sedang dijalankan. Berikan fungsi sebenar soal
selidik dalam proses pengutipan data. ( 2 markah )
3. Soalan berbentuk “Multichotomous” merupakan salah satu bentuk soalan yang paling
popular digunakan oleh penyelidik. Walau bagaimanapun, soalan ini masih
mempunyai beberapa kelemahan. Berikan kelemahan-kelemahan tersebut.
( 8 markah )
4. Jelaskan maksud bagi terma-terma berikut beserta contoh.
a) “Leading Question” ( 4 markah )
b) “ Double-Barreled Question” ( 4 markah )
c) “ Branching Question” ( 4 markah )
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/18
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 9 Perhatian : Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab
kesemua soalan dalam aktiviti 9.
1. Soal selidik yang juga dikenali sebagai jadual, borang temuduga atau alat pengukuran
merupakan satu set soalan berbentuk formal yang bertulis atau secara verbal bagi
mendapatkan maklumat daripada responden.
2. Fungsi soal selidik. Rujuk input 9.2 m/s 3
3. Kelemahan “Multichotomous Question”. Rujuk input 9.3.4.2 m/s 9
4. a) “Leading Question”. Rujuk input 9.3.5(c) m/s 11
b) “ Double-Barreled Question”. Rujuk input 9.3.5(g) m/s 13
c) “ Branching Question” . Rujuk input 9.3.6.2 m/s 13
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/19
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,
sila berbincang dengan pensyarah anda.
1. En. Abu telah ditugaskan oleh pihak pengurusan atasan syarikat Silver untuk
menyediakan satu set borang soal selidik yang berkaitan dengan tahap kepuasan kerja
bagi pekerja yang bekerja di syarikat tersebut. Setelah soalan-soalan bagi soal selidik
disiapkan, tibalah masanya untuk En. Abu menentukan ciri-ciri fizikal bagi soal
selidik tersebut. Sebagai seorang individu yang mempunyai pengetahuan dalam
penyelidikan pemasaran, cadangkan kepada En. Abu ciri-ciri fizikal soal selidik yang
baik.
( 16 markah )
2. Anda diminta untuk mengadakan satu sesi temuduga secara bersemuka dengan
seorang responden. Sesi tersebut akan diadakan di sebuah bilik khas di bangunan
pejabat anda. Anda mengetahui bahawa responden ini dipanggil kerana telah
melakukan beberapa kesalahan semasa menjalankan tugas. Selain itu anda juga
menerima maklumat bahawa responden tersebut turut mengalami tekanan akibat
masalah peribadi. Anda sedar, dalam sesi itu nanti anda perlu bertanya soalan-soalan
sensitif yang mungkin akan mengakibatkan responden tidak mahu memberikan
jawapan. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam sesi temuduga, apakah
tindakan yang perlu dilakukan bagi menghadapi situasi ini.
( 20 markah )
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/20
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Ciri-ciri fizikal soal selidik yang baik
• Kertas warna-warni
• Kertas berkualiti
• Soal selidik tersusun kemas dan bersih
• Sekiranya banyak helaian dibuat dalam bentuk naskhah
• Setiap soalan disusun dan dinomborkan (sistem pengkodan yang baik)
• Dinomborkan pada borang
• Pengenalan di bahagian hadapan borang soal selidik
• Soalan pendek
2. Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan:
• Menimbangkan jenis dan amaun soalan dalam usaha untuk mendapatkan
maklumat.
• Soalan jangan terlalu panjang
• Soalan yang memerlukan huraian jawapan yang panjang adalah lebih sesuai.
• Memikirkan bagaimana isu boleh disampaikan secara lebih berkesan atau dalam
ungkapan yang sesuai.
• Mulakan dengan soalan-soalan yang ringan dan biasa untuk mewujudkan
keselesaan dan perhubungan yang erat antara responden dan penyelidik.
• Isu sensitif diletakkan dibelakang.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 9/21
Jabatan Perdagangan / PPD
• Menggunakan beberapa teknik yang dapat mengurangkan rasa takut responden
apabila diajukan soalan-soalan sensitif:
i. Sebelum bertanyakan soalan yang lebih spesifik beritahu bahawa
sikap atau kelakuan tersebut adalah perkara biasa. Beri responden
jalan yang mudah untuk menerima atau mengaku tentang sikap
buruk mereka.
- Contoh : “Kajian menunjukkan 1 dari 10 keluarga mengalami
masalah apabila ibubapa tidak menjalankan kewajipan dengan
baik.”
ii. Nyatakan soalan dalam terma orang lain dan bagaimana perasaan
atau tindakan responden terhadap perkara tersebut.
- Contoh : “Adakah anda rasa kebanyakan orang menipu dalam
memberikan jumlah cukai pendapatan. Mengapa?”
iii. Letakkan jawapan dalam bentuk kategori
- Contoh : Umur – 1) 20-29
2) 30-39
3) 40-49
4) 50-59
5) 60 dan ke atas
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 10
KAEDAH PENGUMPULAN DATA : REKABENTUK INSTRUMEN
PENGUKURAN DAN PENSKALAAN
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Menerangkan tentang rekabentuk instrumen pengukuran
dan penskalaan.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Memahami kaedah pengukuran.
Menerangkan jenis-jenis skala pengukuran.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
10.0 Pengenalan
Berdasarkan statistik kemasukan pelajar baru sesi Disember 2001 yang disediakan
oleh Jabatan Hal-Hal Pelajar, Politeknik Port Dickson daripada 670 orang pelajar
yang mendaftar, didapati bilangan kemasukan paling ramai adalah pelajar dari
Jabatan Elektrik (240 orang), kedua tertinggi adalah pelajar dari Jabatan
Mekanikal (187 orang), diikuti oleh pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (140
orang) dan paling sedikit adalah dari Jabatan Perdagangan (103 orang).
Berdasarkan fenomena di atas, bagaimana anda boleh menginterpretasikan ia ke
dalam bentuk yang mudah difahami?
Cuba kita lihat dalam situasi yang berbeza pula….
Jika anda ingin bertanya tentang keutamaan pekerjaan, minat, pilihan jenama
pakaian dan lain-lain lagi kepada individu tertentu, bagaimanakah cara terbaik
yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan jawapan?
Setelah jawapan diperolehi, bagaimana pula anda boleh memastikan yang
jawapan tersebut mudah diproses dan dianalisis?
Ooo…..ramai gak geng aku yang masuk politeknik ni…..jabatan
manalah..yang penuh!
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/3
Jabatan Perdagangan / PPD
10.1 Pengenalan Kaedah Pengukuran
Pengukuran sememangnya wujud dalam kehidupan harian kita iaitu apabila kita
menggunakan ukuran untuk menentukan ketinggian, berat ataupun apabila kita
menilai rupabentuk sesuatu objek fizikal. Sejauhmana kita meminati sesuatu
lagu, lukisan atau personaliti rakan kita juga merupakan satu bentuk ukuran.
Dalam penyelidikan, pengukuran didefinisikan sebagai pemberian nombor atau
simbol kepada ciri-ciri objek berdasarkan spesifikasi tertentu yang telah
ditetapkan oleh penyelidik.
Ia melibatkan proses seperti berikut:
1) Memilih peristiwa empirik.
2) Menggunakan nombor atau simbol untuk mewakili setiap aspek peristiwa.
3) Mengaplikasi satu set peraturan untuk mengaitkan simbol dengan
peristiwa.
Contohnya, katakan anda sedang mengkaji tentang pengunjung yang hadir ke
pameran automatif di mana semua model-model kereta terbaru pada tahun ini di
pamerkan. Anda berminat untuk mengetahui nisbah pengunjung lelaki dan
wanita yang hadir. Ketika anda membuat pemerhatian, bagi pengunjung wanita
anda akan merekodkan huruf “f” dan bagi setiap pengunjung lelaki, anda akan
merekodkan huruf “m”. Anda mungkin juga ingin mengukur sejauhmana rasa
minat pengunjung terhadap rekabentuk Van Escape yang terbaru. Anda boleh
menjalankan sesi temuduga dan merekodkan pendapat mereka seperti berikut:
Apakah pendapat anda tentang rekabentuk Van Escape?
Sangat Berminat Sangat Tidak Berminat
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/4
Jabatan Perdagangan / PPD
10.2 Jenis-Jenis Skala Pengukuran
Sikap boleh diukur menggunakan skala pengukuran yang berlainan iaitu:
a) Skala Nominal
• Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang “mutual eksklusif”,
di mana tidak perlu ada perkaitan diantara kategori.
• Tidak perlu aturan atau ruangan
• Contoh 1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau pengukuran lain di
antaranya).
• Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa.
b) Skala Ordinal
• Objek disusun dengan mengaturnya mengikut satu aturan angkubah
umum.
• Skala mengkategorikan pembolehubah untuk melambangkan perbezaan
kualitatif diantara pelbagai kategori dan menyusun atur pembolehubah
berkenaan. Penyusunan dibuat mengikut keutamaan dan diberi nombor 1,
2 dan seterusnya.
• Contoh : Responden dikehendaki menyatakan keutamaan mereka dengan
menyusun 5 kebaikan menggunakan periuk nasi eletrik.
Kegunaan Susunan
1. Mengukus ikan _______________
2. Memasak nasi _______________
3. Memasak sup _______________
4. Menggoreng ikan _______________
5. Memasak kari ayam _______________
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/5
Jabatan Perdagangan / PPD
c) Skala Interval
• Membenarkan kita untuk melaksanakan operasi aritmatik ke atas data
yang dikumpul dari responden.
• Ia mempunyai ciri-ciri skala nominal dan skala ordinal juga “Equality of
Interval”.
• Ia bukan sahaja membahagikan individu kepada kategori dan membuat
susunan keutamaan tetapi juga mengukur besarnya perbezaan dalam
keutamaan individu itu.
• Contoh :
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Tidak
Pasti
Setuju Sangat
Setuju
Mengukus ikan 1 2 3 4 5
Memasak nasi 1 2 3 4 5
Memasak sup 1 2 3 4 5
Menggoreng ikan 1 2 3 4 5
Memasak kari ayam 1 2 3 4 5
d) Skala Nisbah
• Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal
yang unik (bukan titik rambang yang asal).
• Ia mengumpulkan semua sifat diantara semua skala.
• Contoh : Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat
dari orang yang mempunyai berat 40 kg. Mengganda atau membahagikan
kedua-dua nombor ini dengan sebarang nombor diberi akan memberikan
nisbah 2:1
• Contoh lain : umur sebenar, pendapatan dan lain-lain.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/6
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 10A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Berikan definisi bagi pengukuran. ( 5 markah )
2. Terangkan 4 jenis skala pengukuran. ( 20 markah )
ANDA PASTI BOLEH……
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/7
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 10A
1. Dalam penyelidikan, pengukuran didefinisikan sebagai pemberian nombor atau
simbol kepada ciri-ciri objek berdasarkan spesifikasi tertentu yang telah
ditetapkan oleh penyelidik.
2. Skala Nominal. Rujuk input 10.2(a) m/s 4.
Skala Ordinal. Rujuk input 10.2(b) m/s 4.
Skala Interval. Rujuk input 10.2(c) m/s 5.
Skala Nisbah. Rujuk input 10.2(d) m/s 5.
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/8
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul, sila
berbincang dengan pensyarah anda.
1. Pelajar diminta berbincang dalam 1 kumpulan. Ahli kumpulan adalah seramai 4 – 5
orang. Pensyarah akan menentukan jenis skala pengukuran yang akan digunakan oleh
setiap kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan 1 set borang soal
selidik berdasarkan jenis skala pengukuran yang telah diberi oleh pensyarah. Pelajar
diberi masa selama 60 minit untuk menyiapkan tugasan ini.
interval nominal
ordinal
Nisbah
http://modul2poli.blogspot.com/
KAEDAH PENGUMPULAN DATA P4708/UNIT 10/9
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Sila rujuk contoh dalam input 10.2, m/s 4-5. Kemudian, sila rujuk dengan
pensyarah anda.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 11
REKABENTUK PENSAMPELAN : DEFINISI, SEBAB-SEBAB
PEMBENTUKAN SAMPEL, PROSES PENSAMPELAN, JENIS-JENIS DAN
SAIZ SAMPEL
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang definisi, sebab-sebab
membentuk pensampelan, proses dan jenis-jenis
pensampelan serta menentukan saiz sampel.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Mendefinisikan pensampelan.
Memberi penjelasan mengapa membentuk
pensampelan.
Memahami proses dalam pensampelan.
Menjelas dan membuat perbandingan diantara jenis-
jenis pensampelan (kebarangkalian, bukan
kebarangkalian).
Menetapkan saiz sampel.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
11.0 Pengenalan
Salah satu langkah penting dalam proses penyelidikan pemasaran adalah proses
pengutipan data dari sampel. Pemilihan sampel/responden perlulah dibuat secara
berhati-hati dan teliti agar maklumat yang diingini diperolehi daripada individu
yang sepatutnya.
BERHATI-HATI!!!! Kesilapan memilih sampel akan menyebabkan
penyelidikan menjadi sia-sia. Penyelidikan yang sia-sia akan turut menyebabkan
syarikat mengalami kerugian!
Cikgu……macamana nak pilih sampel ni……susahnya, sakit kepala!
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/3
Jabatan Perdagangan / PPD
11.1 Definisi Sampel
Merupakan aktiviti memilih sebahagian elemen dalam populasi di mana maklumat
yang diperolehi boleh digunakan untuk menganggarkan maklumat tentang populasi
yang dikaji.
11.2 Sebab-Sebab Membentuk Pensampelan
• Sebahagian masalah muncul pada masa tertentu. Oleh itu perlu kajian segera
semasa masalah itu masih hangat. Contoh : isu pembuangan bayi
• Kebanyakan agensi penaja memerlukan hasil atau laporan penyelidikan dalam
tempoh tetentu/terdekat. Pensampelan boleh menjimatkan waktu. Contoh :
agensi pendidikan yang menaja keperluan komputer di sekolah-sekolah
mungkin memerlukan laporan kajian sebelum keputusan tentang kurikulum
baru pengenalan komputer di sekolah dibuat.
• Penggunaan tenaga kerja yang sedikit di mana memudahkan dari segi
pengawasan dan perlaksanaan.
• Sumber kewangan mestilah mencukupi. Kajian ke atas setiap individu dalam
populasi sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang besar terutama apabila
invidu tersebut sukar dihubungi dan berjauhan antara satu sama lain.
• Memudahkan pengumpulan data.
• Mengurangkan kesilapan dalam pemprosesan data.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/4
Jabatan Perdagangan / PPD
11.3 Proses Pensampelan
Ia melibatkan ENAM langkah yang boleh anda rujuk pada Rajah 11.1
Rajah 11.1 : Proses Pensampelan
Menentukan Populasi Sasaran
Menentukan Rangka Pensampelan
Memilih Teknik Pensampelan
Menentukan Saiz Sampel
Memilih Elemen Bagi Sampel
Mengumpul Data Dari Sampel
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/5
Jabatan Perdagangan / PPD
11.3.1 Menentukan populasi sasaran
• Kesilapan mengenalpasti populasi sasaran akan menyebabkan
kegagalan atau menghasilkan keputusan kajian yang sia-sia.
• Istilah penting yang terlibat:
i. Populasi – keseluruhan Malaysia, peristiwa atau maklumat kajian.
ii. Populasi sasaran – merujuk kepada sekumpulan atau keseluruhan
kejadian dimana penyelidik berminat untuk menjalankan kajian.
iii. Elemen – setiap ahli dalam populasi.
11.3.2 Menentukan rangka pensampelan
• Merupakan sumber bagi memperolehi senarai semua elemen dalam
populasi sasaran/sampel
• Contoh :
Rekod pelajar politeknik, senarai nama pekerja pejabat pos Seremban
dan buku rujukan telefon.
11.3.3 Memilih teknik pensampelan
• Keputusan yang paling penting dalam memilih teknik pensampelan
ialah samada memilih sampel kebarangkalian atau sampel bukan
kebarangkalian.
11.3.4 Menentukan saiz sampel
• Merupakan bilangan elemen yang diambil untuk dikaji.
• Ianya penting kerana akan memberi kesan kepada hasil atau rumusan
kajian.
• Lebih besar saiz sampel lebih tepat/baik maklumat yang diperolehi
bagi menggambarkan populasi sebenar, tetapi ia mengambil masa
yang lama dan meningkatkan kos.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/6
Jabatan Perdagangan / PPD
11.3.5 Memilih elemen bagi sampel
• Penyelidik perlu memilih elemen yang terbaik atau sesuai untuk
diambil sebagai sampel sewaktu kajian dijalankan.
11.3.6 Mengumpul data dari sampel
• Merupakan proses yang terakhir.
• Kemungkinan timbul pelbagai masalah.
• Maklumat yang lebih spesifik dan terperinci diperlukan bagi
mengetahui bagaimana keputusan proses rekabentuk pensampelan
akan dilaksanakan.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/7
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 11A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Berikan sebab-sebab mengapa kaedah pensampelan digunakan dalam penyelidikan.
(12 markah)
2. Lakarkan gambarajah Proses Pensampelan. (8 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/8
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 11A
1. Sebab-sebab membentuk pensampelan. Sila rujuk input 11.2, m/s 3 .
2. Gambar rajah Proses Pensampelan. Sila rujuk input 11.3, m/s 4.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/9
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
11.4 Jenis-Jenis Pensampelan
11.4.1 Kaedah pensampelan kebarangkalian
• Semua sampel yang dipilih menggunakan kaedah ini adalah berdasarkan
pemilihan secara rawak dan ini dapat mengelakkan daripada berlakunya
bias ataupun ketidakadilan dalam proses pemilihan seperti yang terdapat
dalam teknik bukan kebarangkalian. Berikut adalah teknik-teknik
pensampelan yang dimaksudkan:
11.4.1.1 Pensampelan rawak mudah
• Adalah satu kaedah atau teknik pensampelan yang agak
mudah digunakan. Kaedah ini mengandaikan bahawa setiap
elemen dalam populasi mempunyai kebarangkalian atau
peluang yang sama untuk dipilih sebagai ahli sampel.
Kaedah ini sesuai digunakan sekiranya populasi dikenalpasti
mempunyai sifat seragam ataupun hampir-hampir seragam.
• Berikut ialah langkah-langkah yang biasa digunakan dalam
membuat pemilihan elemen.
i. Dapatkan rangka pensampelan bagi kajian yang
dijalankan.
ii. Pilih satu cara untuk mendapatkan elemen sampel
daripada rangka pensampelan. 3 cara yang boleh
digunakan ialah dengan menggunakan jadual nombor
rawak, penjana nombor rawak ataupun secara loteri.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/10
Jabatan Perdagangan / PPD
iii. Cara pemilihan elemen mestilah tidak menjejaskan
kebarangkalian elemen seterusnya.
• Contoh: Katakan seorang penyelidik berminat untuk memilih
sampel yang terdiri daripada Pengetua di sekolah-sekolah
kebangsaan di seluruh negeri Kedah untuk satu kajian
mengenai pencapaian pelajar dalam UPSR. Setiap nama
pengetua sekolah kebangsaan yang terdapat di negeri Kedah
akan diberikan satu nombor daripada 1 hingga 130, kemudian
setiap nombor ditulis di atas kepingan kertas dan semua
kepingan kertas bernombor ini dimasukkan ke dalam satu
bekas seperti kotak. Setelah kepingan kertas dicampur
adukkan sepenuhnya, sekeping kertas dipilih bagi setiap
elemen sampel yang dikehendaki. Jadi, sekiranya sampel
yang ditetapkan ialah seramai 55 orang pengetua sekolah,
maka langkah pemilihan hendaklah diulang sebanyak 54 kali
lagi selepas kepingan pertama dipilih. Cara pemilihan elemen
sampel seperti ini dipanggil loteri dan ianya sesuai bagi saiz
populasi yang kecil.
11.4.1.2 Pensampelan bersistem
• Kaedah menyusun item ataupun elemen yang terdapat
dalam populasi mengikut susunan tertentu seperti mengikut
abjad ataupun tarikh.
• Satu tempat mula dipilih secara rawak dan seterusnya
setiap elemen populasi dalam rangka pensampelan pada
selang yang ke-i diambil sebagai ahli-ahli sampel. Kaedah
ini sesuai digunakan apabila populasi telah dikenalpasti
adalah seragam dan kadangkala dipanggil juga kaedah
selang sama.
• Dengan menggunakan kaedah pensampelan bersistem, kita
akan pilih 100 invois daripada 3000 invois. Kita boleh
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/11
Jabatan Perdagangan / PPD
kenalpasti selang i dengan mendapatkan nisbah N/n di
mana N ialah saiz populasi dan n ialah saiz sampel. Jadi,
bagi kes ini i = (3000/100) = 30. Langkah seterusnya
memerlukan kita memilih satu nombor daripada 1 hingga
30 secara rawak. Andaikan nombor yang terpilih ialah
nombor 21, maka invois yang ke 21 adalah elemen pertama
daripada populasi. Kemudian, 21+30 = 51, maka invois ke
51 adalah sampel kedua dan begitulah seterusnya. Maka,
100 elemen sampel yang terpilih menggunkan kaedah
pensampelan bersistem ini ialah invois yang ke 21, 51, 81,
111, 141, 171, 201, 231, 261, 291, 321, 351, 381, 411, 441
,471, 501, 531, 561, 591,…..2931 ,2961, 2991.
• Walaupun tatacara begini tidaklah sebenarnya satu pilihan
rawak tetapi telah dibuktikan ianya menghasilkan
keputusan yang bersifat rawak sekiranya susunan elemen
dalam rangka pensampelan adalah bersifat rawak.
11.4.1.3 Pensampelan Berstrata
• Merupakan proses mendapatkan sesuatu sampel dengan
mengasingkan populasi kepada beberapa kumpulan yang
tidak bertindih (Mutually Exclusive) yang dikenali sebagai
strata.
• Contoh strata : Umur, bangsa dan jantina.
• Pemilihan elemen sampel adalah daripada strata-strata
berkenaan.
• Kaedah ini digunakan apabila penyelidik merasakan strata
tertentu adalah berbeza daripada strata lain dari segi ciri-
ciri penting populasi yang hendak dikaji (populasi tidak
seragam).
• Jika strata tidak dikelaskan terlebih dahulu, kemungkinan
besar elemen-elemen yang terpilih sebagai sampel akan
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/12
Jabatan Perdagangan / PPD
terdiri daripada kumpulan-kumpulan tertentu sahaja dan
menyebabkan sampel tidak sebenarnya mewakili populasi.
• Terdapat 2 ciri penting: elemen yang berada di dalam satu
strata yang sama memiliki sifat-sifat yang sama sementara
elemen di dalam strata yang berbeza mempunyai sifat yang
berbeza.
• Setelah populasi dikelaskan kepada strata, maka sampel
bolehlah dipilih secara berkadaran ataupun secara tidak
berkadaran.
• Sampel secara berkadaran memastikan bilangan elemen
yang dipilih daripada setiap strata adalah berkadaran
dengan saiz strata berkenaan. Contoh adalah seperti di
bawah :
i. Bahagikan pensyarah kepada 3 kumpulan strata
mengikut bangsa: Melayu, Cina dan India.
Melayu Cina India
00 22 40 64 82 06 35 66 02 42
01 24 43 67 85 07 35 66 12 46
03 26 45 69 86 10 47 72 17 52
04 29 48 70 89 13 51 77 18 60
05 30 49 71 91 15 53 78 21 65
08 31 50 73 93 19 56 80 23 74
09 32 54 75 94 20 58 83 28 84
11 34 55 76 96 25 59 87 38 88
14 36 57 79 97 27 61 92 39 90
16 37 63 81 99 33 62 98 41 95
n1 = 50 n2 = 30 n3 = 20
Jadual 11.1 : Nombor Rawak yang Diberikan
Kepada Setiap Guru
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/13
Jabatan Perdagangan / PPD
ii. Kirakan kesemua pecahan pensampelan (f) seperti
berikut:
f = n/N = 10/100 = 1/10
di mana, n = saiz sampel
N = saiz populasi
- Kemudian, tentukan bilangan sampel yang akan
dipilih dari strata bangsa Melayu (n1 = 50, f x 50 =
1/10 x 50 = 5).
- Jumlah sampel yang dipilih dari strata bangsa Melayu
adalah seramai 5 orang sahaja.
- Secara rawak katakanlah, kita memilih sampel yang
mengandungi ahli-ahli bernombor 09 32 54 75 94
sebagai sampel kajian.
- Seterusnya, bilangan sampel dari strata bangsa Cina
n2 = 30, 1/10 x 30 = 3), dan ahli-ahlinya bernombor
15 53 78 dipilih sebagai sampel kajian.
- Akhir sekali dapatkan bilangan sampel dari strata
bangsa India (n3 = 20, 1/10 x 20 = 2), dan ahli-
ahlinya bernombor 41 95 dipilih sebagai sampel
mewakili strata ini.
iii. Maka sampel berstrata yang dipilih secara
keseluruhan adalah 09 32 54 75 94 15 53 78 41
95.
• Dalam pensampelan secara tidak berkadaran, bilangan
elemen yang dipilih dari setiap strata adalah tidak
berkadaran dengan saiz strata berkenaan. Ia bergantung
kepada sama ada strata itu penting ataupun tidak dalam
kajian yang hendak dijalankan.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/14
Jabatan Perdagangan / PPD
• Pensampelan berstrata menjamin setiap elemen dari setiap
strata akan dipilih walaupun adakala sesuatu strata hanya
mempunyai bilangan elemen yang sedikit.
11.4.1.4 Pensampelan Berkelompok
• Selalu digunakan untuk mengurangkan kos dalam proses
memilih sampel jika populasi kajian berselerak dalam
kawasan yang luas.
• Andaikan seorang penyelidik perlu menemuduga 450
individu yang berada di seluruh Malaysia.
• Kos perjalanan sudah pasti tinggi dan masa yang
dihabiskan untuk perjalanan juga adalah panjang.
• Sebaliknya penyelidik bolehlah membahagikan populasi
kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil yang dipanggil
kelompok.
• Contoh kelompok: negeri, daerah, mukim, kampung,
sekolah ataupun kilang.
• Bagi kajian di atas, penyelidik boleh membahagikan
populasi kepada 13 kelompok mengikut negeri. Kemudian,
memilih secara rawak beberapa kelompok.
• Katakan, 4 kelompok telah dipilih secara rawak.
Penyelidik hanya perlu menumpukan aktiviti menemuduga
responden yang berada dalam 4 kelompok negeri yang
terpilih sahaja. 9 kelompok yang tidak terpilih diabaikan.
11.4.2 Kaedah Pensampelan Bukan Kebarangkalian
Pemilihan sampel menggunakan kaedah ini bergantung sepenuhnya
diatas kebijaksanaan dan keperluan penyelidik. Sampel yang
diperolehi menggunakan kaedah ini tidak menggunakan tatacara
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/15
Jabatan Perdagangan / PPD
pemilihan secara kebarangkalian. Oleh itu, ia mempunyai kekurangan
tertentu.
11.4.2.1 Pensampelan Kuota
• Matlamat pensampelan ini ialah memastikan beberapa
kumpulan kecil dalam sesuatu populasi itu diwakili hingga
ke tahap yang dikehendaki oleh penyelidik sendiri.
• Teknik ini adalah mudah di mana bilangan elemen sampel
ditetapkan oleh penyelidik terlebih dahulu, kemudian
penyelidik akan memilih elemen sampel sehinggalah kuota
dicapai.
• Kaedah ini biasanya menghasilkan elemen yang agak bias.
Walaupun begitu, sekiranya pengutipan data diawasi dan
dibuat secara berhati-hati, ia masih dapat menghasilkan
sampel yang baik.
• Kelebihan: Mudah dilaksanakan, kos rendah dan proses
pengutipan data mengambil masa yang singkat.
• Contoh: Kajian untuk meninjau pendapat pelajar tentang
tempoh pengajian yang telah dipendekkan di Institusi
Pengajian Tinggi. Sekiranya seramai 100 orang pelajar
akan ditemuduga, penyelidik bolehlah menetapkan kuota
20% terdiri daripada pelajar tahun pertama, 30% daripada
tahun kedua dan 50% daripada tahun akhir. Dengan
kaedah ini penyelidik akan memilih responden mengikut
kemudahan dan budi bicaranya sehinggalah beliau
mencapai kuota yang ditetapkannya.
11.4.2.2 Pensampelan “Convenience”
• Merujuk kepada tatacara memilih elemen sampel dengan
cara yang paling memberikan kemudahan kepada
penyelidik.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/16
Jabatan Perdagangan / PPD
• Contoh : Dalam kajian seperti di atas, sekiranya penyelidik
menggunakan kaedah “convenience” bagi mendapatkan
sampel, maka beliau bolehlah menemuduga seramai 100
orang pelajar yang ditemuinya di dewan kuliah,
perpustakaan ataupun di kantin.
• Penyelidikan yang memerlukan maklumat daripada
responden yang agak ramai selalunya menggunakan kaedah
ini. Selain itu kaedah ini turut digunakan pada peringkat
permulaan penyelidikan. Penyelidikan tambahan dilakukan
dengan menggunakan kaedah pensampelan kebarangkalian.
11.4.2.3 Pensampelan “Snowball”
• Kaedah “snowball” atau bola salji adalah satu teknik yang
boleh digunakan apabila elemen atau unsur kajian yang
diperlukan sukar dikenalpasti.
• Pada peringkat permulaan, responden diperolehi dengan
menggunakan sama ada kaedah kebarangkalian atau kaedah
bukan kebarangkalian tetapi responden seterusnya
diperolehi dengan menggunakan maklumat yang
dibekalkan oleh responden pada peringkat permulaan tadi.
• Proses ini diteruskan terhadap responden yang telah
dikenalpasti untuk menghasilkan bilangan responden yang
diperlukan.
• Kaedah ini biasanya digunakan dalam kajian-kajian seperti
masalah penagihan dadah, aktiviti samseng, perniagaan
haram dan lain-lain lagi di mana responden adalah sukar
dikenalpasti dan dihubungi.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/17
Jabatan Perdagangan / PPD
11.5 Menentukan Saiz Sampel
• Kebanyakan penyelidik menganggar terlebih dahulu saiz sampel yang
berpatutan dengan saiz populasi berdasarkan keupayaan masa, tenaga dan
wang yang ada untuk menjalankan penyelidikan.
• Digalakkan menggunakan saiz sampel melebihi 30 unit kerana andaian
taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit.
• Bertambah saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan akan lebih
mengurangkan ralat pensampelan.
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/18
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 11B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Terdapat beberapa jenis pensampelan yang boleh dipilih oleh penyelidik untuk
digunakan dalam proses pengutipan data. Sekiranya seorang penyelidik ingin memilih
jenis pensampelan kebarangkalian yang dapat meliputi kawasan kajian yang luas
dengan kos yang murah, apakah jenis pensampelan yang paling sesuai? Terangkan
juga berkenaan pensampelan tersebut.
(10 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/19
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 11B
1. Pensampelan Berkelompok. Sila rujuk 11.4.1.4, m/s 14
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/20
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,
sila berbincang dengan pensyarah anda.
1. Syarikat Maju Sdn. Bhd mengadakan “contest” bagi menentukan sama ada orang
ramai di sekitar kawasan Seremban lebih sukakan Jus Kurma MAJU (jus kurma
keluarannya) atau Jus Kurma SODAP yang ada di pasaran.
Berdasarkan situasi di atas;
a) Apakah teknik pensampelan yang paling sesuai digunakan dan jelaskan tentang
teknik pensampelan tersebut.
(10 markah)
b) Nyatakan lokasi yang paling sesuai untuk mengambil sampel dan mengapa
lokasi tersebut dipilih.
(4 markah)
c) Siapakah sampel kajian. (2 markah)
d) Penyelidik bagi Syarikat Maju Sdn. Bhd perlulah menetapkan saiz sampel yang
sesuai dan tepat. Berikan DUA kebaikan dan DUA keburukan sekiranya
penyelidik memilih saiz sampel yang besar.
(8 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/21
Jabatan Perdagangan / PPD
2. Sebagai seorang pelajar yang telah memahami Penyelidikan Pemasaran, berikan
SATU PERBEZAAN yang PALING KETARA diantara Pensampelan Berstrata
dengan Pensampelan Berkelompok.
(10 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
REKABENTUK PENSAMPELAN P4708/UNIT 11/22
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. a) “Convenience Sampling” (Rujuk input 11.4.2.2, m/s 15)
b) Pusat membeli belah di sekitar Bandar Seremban kerana ia dikunjungi oleh orang
ramai dan penyelidik boleh memilih dan mendapatkan responden dengan mudah.
c) Orang ramai yang datang ke pusat membeli belah tersebut.
d) Kebaikan :
- Lebih besar sampel, lebih tepat atau lebih hampir ia menggambarkan populasi.
- Mengurangkan kesilapan dalam pembuatan keputusan
Keburukan :
- Kos tinggi
- Penggunaan masa dan tenaga yang lebih
2. Pensampelan berstrata menjamin setiap elemen dari setiap strata akan dipilih
walaupun adakala sesuatu strata hanya mempunyai bilangan elemen yang sedikit.
Pensampelan berkelompok pula tidak menjamin semua kelompok akan dipilih,
hanya sebahagian sahaja yang dipilih. Kelompok yang tidak dipilih akan diabaikan.
Ini bermakna, elemen dalam kelompok yang diabaikan tidak akan diambil sebagai
sampel.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 12
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA : cara memproses data
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Memahami dan mengenalpasti cara-cara memproses data
atau menganalisis data
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Membezakan jenis pengeditan data
Menerangkan tujuan pengeditan
Mendefiniskan pengkodan
Menghuraikan langkah-langkah dalam proses
pengkodan.
Mendefinisi dan membezakan jenis-jenis tabulasi
Membentuk carta yang bersesuaian.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
12.0 Pengenalan
Setelah anda mendapat maklumat daripada kaedah penyelidikan dan kaedah
pengumpulan data yang anda pilih, maklumat-maklumat tersebut perlu diproses
dan dianalisis kepada bentuk yang boleh diuji dan diterjemahkan mengikut
objektif dan hipotesis penyelidikan. Pemprosesan data melibatkan EMPAT
langkah utama, sila rujuk Rajah 12.1. Maklumat yang diperolehi akan diperiksa
dan dipilih berdasarkan TIGA faktor iaitu:
• Perkaitan
Maklumat yang diperolehi mestilah berkaitan dengan masalah yang dikaji.
• Kesahihan
Ianya bergantung kepada ujian yang dijalankan dalam perancangan dan
operasi penyelidikan. Ini adalah untuk memastikan maklumat-maklumat
tersebut mempunyai data sokongan dan tiada pertikaian tentang kesahihan
maklumat (data dikumpul atau data sedia ada) bagi penyelidikan yang
dijalankan.
• Praktis
Ia mengambil kira dari segi perkaitan data dengan tujuan penyelidikan
dan keupayaan data untuk menghasilkan pembentangan yang baik dan
meyakinkan pembaca.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/3
Jabatan Perdagangan / PPD
RAJAH 12.1 : LANGKAH-LANGKAH PEMPROSESAN DATA
PENGEDITAN
PENGKODAN
TABULASI
PENCARTAAN
Ingat rajah ni! Jangan lupa, Nayo nanti !!!
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/4
Jabatan Perdagangan / PPD
12.1 Pengeditan
Pengeditan melibatkan kerja-kerja penyemakan bagi memastikan perkara-
perkara berikut :
• Kesempurnaan Data
Tiada jawapan yang tertinggal samada semua atau sebahagian daripada
jawapan. Sekiranya ada, anda atau pengedit perlu mengambil tindakan
berikut untuk mengatasinya:
Mendapatkan maklumat tentang data tersebut daripada
penemuduga
Menelefon responden untuk mendapatkan jawapan
Menghantar surat untuk meminta responden menjawab semula
soalan yang tertinggal
Atau penemuduga melakukan sesi temuduga semula dengan
responden
• Ketekalan Data
Menyemak jawapan yang tidak konsisten dan jawapan yang bercanggah
serta mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh penyelidik atau
penemuduga.
• Ketepatan Data
Pengedit perlu mengenalpasti bias penemuduga yang mungkin wujud
dalam memasukkan data-data yang diperlukan. Misalnya, apabila soalan-
soalan yang dikemukakan mempunyai jawapan yang sentiasa sama.
Penyemakan juga dibuat bagi memastikan ketidaktepatan yang mungkin
wujud.
Perfect!!!
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/5
Jabatan Perdagangan / PPD
• Kelayakan
Memeriksa samada responden sesuai atau layak dengan sampel kajian
yang ditetapkan. Contohnya, sampel kajian memerlukan para Eksekutif
Pemasaran sebagai responden, tetapi para kakitangan pentadbiran yang
menjawabnya, maka sampel itu tidak “valid” kerana tiada kelayakan.
• Keseragaman pengukuran
Angka-angka yang dimasukkan untuk item-item soalan tertentu,
dinyatakan dalam unit pengukuran yang biasa. Misalnya, jumlah
pendapatan individu merujuk kepada gaji harian, mingguan atau bulanan
supaya sama dan seragam.
12.1.1 Jenis Pengeditan
Terdapat DUA jenis edit yang boleh anda pilih dalam
menjalankan kerja-kerja mengedit.
“Field Editing”
Ia adalah untuk mencari kemungkinan wujudnya kesalahan
didalam merekod jawapan semasa proses pengumpulan
data. Walau bagaimanapun jenis edit ini tidak diaplikasikan
dalam kaedah tinjauan melalui pos.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/6
Jabatan Perdagangan / PPD
“Central Editing”
Ia dilaksanakan pada tahap di mana soal selidik telah
disempurnakan dan dikembalikan kepada penyelidik. Ia
lebih komprehensif kerana jangkamasanya yang lebih lama.
12.1.2 Cara Pengeditan
Proses mengedit terbahagi kepada TIGA cara iaitu:
• Manual
Pengedit diberi satu garis panduan dan peraturan-peraturan khusus untuk
diikuti sepanjang tempoh penilaian dibuat
• Mekanikal
Maklumat yang terdapat dalam soal selidik dipindahkan ke “punched
card”, kemudiannya diedit bagi mengasingkan antara jawapan yang tepat
dengan jawapan yang tidak tepat mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan
• Komputer
Merupakan cara paling efisyen dan canggih kerana kaedah ini boleh
menjalankan kerja pengeditan dalam kuantiti yang banyak dengan masa
yang singkat.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/7
Jabatan Perdagangan / PPD
12.1.3 Mengendalikan Jawapan Kosong
Jawapan kosong diperolehi oleh penyelidik apabila terdapat responden
yang tidak faham soalan, tidak mahu jawab soalan tertentu atau sengaja
tidak mahu jawab semua soalan dalam borang soal selidik yang diberikan
kepada mereka.
SEKIRANYA, lebih daripada 25% soalan tersebut tidak dijawab, borang
tersebut boleh dibuang.
TETAPI, jika beberapa soalan sahaja yang tidak dijawab, kita boleh
melaksanakan perkara berikut;
• Menetapkan titik tengah bagi item yang berskala interval.
• Membenarkan komputer mengabaikan sahaja jawapan yang kosong
semasa dianalisis.
• Menetapkan nilai purata berdasarkan nilai yang dijawab oleh responden
lain bagi soalan tersebut.
• Memberikan nilai purata jawapan bagi responden yang tidak menjawab
soalan ini berdasarkan soalan-soalan lain yang telah dijawabnya.
• Berikan nombor rawak kepada soalan yang tidak berjawab itu dalam
satu julat nombor yang mungkin wujud.
• Bagi soalan yang jawapannya “tidak tahu” atau “tidak pasti”, ia boleh
dianggap sebagai jawapan yang tidak bernilai dan boleh diabaikan
semasa analisis.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/8
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 12A Pelajar-pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 - 5 orang ahli.
Kemudian mereka dikehendaki berbincang bagi menjawab soalan-soalan berikut.
1. Nyatakan perbezaan “Field Editing” dan “Central Editing”.
2. Proses pengeditan secara berkomputer dikatakan sebagai cara yang paling efisyen
dan canggih berbanding dengan kaedah-kaedah yang lain. Bincangkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/9
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 12A
1. Rujuk input 12. 1.1, m/s 5.
2. i. mudah
ii. dapat mengesan kesilapan sekiranya penyelidik tertinggal maklumat
sewaktu memasukkan data
iii. dapat mengesan kesilapan sewaktu memasukkan data
iv. dapat mengesan sekiranya data tidak konsisten
v. dapat mengedit dalam kuantiti yang banyak
* lain-lain jawapan yang dirasakan sesuai boleh ditambah. Sila rujuk
dan berbincang dengan pensyarah.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/10
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
12.2 Pengkodan
Pengkodan adalah prosedur teknikal di mana data dikategorikan. Data-data
mentah akan ditukarkan kepada simbol-simbol tertentu dalam bentuk nombor atau
huruf-huruf. Penukaran ini bukannya secara serta-merta tetapi melibatkan
penilaian terhadap bahagian-bahagian tertentu oleh pengkod (orang yang memberi
kod terhadap data tertentu ).
Tujuan pengkodan adalah
a) Mengelakkan kekeliruan terutama apabila soalan dalam soal selidik itu
terlalu banyak.
b) Maklumbalas yang banyak boleh dianalisis dengan lebih sistematik.
c) Mengelakkan kebosanan kerana data yang banyak boleh mengakibatkan
kesilapan. Oleh sebab itu setiap 10% data yang telah dikodkan perlu
diperiksa untuk memastikan ketepatannya.
d) Borang boleh dipilih melalui pensampelan sistematik.
e) Menyenaraikan pembolehubah yang dikodkan mengikut turutan.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/11
Jabatan Perdagangan / PPD
Terdapat dua kaedah pengkodan iaitu:
• “Pre-Coding”
Setiap nombor atau kod telah ditentukan terlebih dahulu oleh penemuduga
samada dengan cara membulat atau menanda kotak-kotak atau
menggunakan kod-kod tertentu. Ianya digunakan bagi soal selidik
berstruktur.
• “Post-Coding”
Kaedah ini memerlukan anda mengkelas jawapan-jawapan yang
diperolehi sebelum memberi kod-kod tertentu. Ia digunakan bagi soalan
atau soal selidik tidak berstruktur. Ia juga dikenali sebagai kaedah
“Simply Coding”.
12.2.1 Proses Pengkodan
Proses pengkodan melibatkan TIGA (3) langkah utama iaitu:
• Mengkategorikan atau mengkelaskan data dalam kelas-kelas tertentu. Ianya
bergantung kepada permasalahan yang dikaji.
• Memasukkan kod nombor atau huruf pada kelas tersebut. Contohnya; bagi
lelaki kodnya 1 dan bagi perempuan kodnya 2.
• Menyediakan buku kod, iaitu buku yang mengandungi arahan am yang
menjelaskan bagaimana setiap item data dikodkan.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/12
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 12B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Apakah tujuan utama proses pengkodan dibuat.
2. Terangkan perbezaan di antara “simply coding” dan “pre-coding”.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/13
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 12B
1. Rujuk input 12.2, m/s 10
2. Rujuk input 12.2, m/s 11
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/14
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
12.3 Tabulasi dan Pencartaan
Tabulasi merujuk kepada pengiraan bilangan elemen yang termasuk di bawah setiap
kategori kod. Ia boleh dilakukan secara manual atau berkomputer, bergantung
kepada jumlah data yang terlibat dan program-program perisian komputer yang
bersesuaian. Tujuan utama tabulasi adalah untuk mempersembahkan data atau
maklumat kepada format berangka yang boleh dikira dan mudah difahami.
Pencartaan pula adalah satu bentuk persembahan atau peragaan data yang
membantu pembaca memahami sesuatu laporan. Ia juga membantu para penyelidik
menukarkan data mentah (maklumat) yang diperolehi kepada suatu maklumat yang
lebih bermakna, jelas dan mudah difahami, terutama apabila melihat sebarang
pergerakan atau perubahan data dalam sesebuah carta yang dipilih.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/15
Jabatan Perdagangan / PPD
12.3.1 Bentuk-bentuk Penjadualan/Tabulasi
Tabulasi boleh dibahagikan kepada DUA bentuk yang utama iaitu;
Penjadualan Mudah
Ia juga dikenali sebagai penjadualan marginal. Ia melibatkan 1
pembolehubah dan memaparkan jumlah kekerapan bilangan elemen-
elemen yang wujud dalam satu-satu kategori jawapan (taburan
kekerapan)
Contoh : jadual berdasarkan bangsa, umur, jantina dan sebagainya.
Jadual di bawah meunjukkan kekerapan pengunjung yang hadir di
sebuah pameran buku dalam seminggu. Pengunjung dikategorikan
berdasarkan bangsa.
Kategori Kekerapan
Melayu 503
Cina 450
India 437
Jumlah 1390
Jadual 12.1 : Jadual Kekerapan Kunjungan mengikut Bangsa
Penjadualan Bersilang
Melibatkan hubungan atau perkaitan antara 2 atau lebih
pembolehubah. Ia bertujuan bagi melihat hubungan/perkaitan
antara pembolehubah-pembolehubah kajian mengikut kumpulan,
kategori atau kelas tertentu. Penjadualan silang boleh
dikategorikan kepada:
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/16
Jabatan Perdagangan / PPD
Penjadualan Bersilang Dua (2) Hala
Ia melibatkan dua pembolehubah.
Contoh ditunjukkan seperti di bawah.
Jantina
Kekerapan membuat panggilan
Jumlah
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Setiap hari
3 kali seminggu
2 kali seminggu
950
741
167
42
500
310
161
29
450
431
13
6
Jadual 12.2: Jadual kekerapan membuat panggilan menggunakan
telefon bimbit dikalangan pelajar mengikut jantina
Penjadualan Bersilang Tiga (3) Hala
Ia melibatkan tiga pembolehubah.
Contoh ditunjukkan seperti di bawah.
Jantina & Umur
Kekerapan membuat panggilan
Jumlah
Lelaki
Jumlah 15 – 20 >21
Perempuan
Jumlah 15 – 20 >21
Jumlah 950 500 235 265 450 212 238
Setiap hari 741 310 137 173 430 203 228
3 kali seminggu 167 161 81 80 6 1 5
2 kali seminggu 42 29 17 12 13 8 5
Jadual 12.3 : Jadual kekerapan membuat panggilan menggunakan
telefon bimbit mengikut jantina dan umur
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/17
Jabatan Perdagangan / PPD
12.3.2 Jenis-jenis Carta
Anda telah belajar dan diberi pendedahan yang jelas serta terperinci tentang jenis-
jenis carta statistik dalam mata pelajaran Pengantar Statistik, Statistik 1 dan
Statistik 2.
Carta-carta statistik yang sering digunakan oleh penyelidik dalam persembahan
atau peragaan data adalah seperti berikut:
i) Carta Bar atau Carta Palang
• Carta Palang terdiri daripada Carta Palang Mengufuk/Mendatar
dan Carta Palang Menegak
• Ia boleh dikategorikan kepada TIGA jenis iaitu
o Carta Palang Am/Biasa
o Carta Palang Berganda
o Carta Palang Berkomponen
ii) Carta Pai atau Carta Bulatan
iii) Histogram
iv) Jadual Kekerapan
v) Poligon kekerapan
vi) Ogif
vii) Graf Garis
viii) Piktogram atau Carta Bergambar
ix) Carta Gantt.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/18
Jabatan Perdagangan / PPD
Contoh-contoh pencartaan
Rajah 12.2 : Carta Palang Biasa
Rajah 12.3 : Graf Garis
Rajah 12.4 : Carta Pai
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/19
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 12C Pelajar-pelajar diminta membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4 - 5 orang ahli.
Kemudian mereka dikehendaki berbincang bagi menjawab soalan-soalan berikut.
1. Encik Azmi telah menjalankan satu penyelidikan terhadap pencapaian pelajar
semester satu Jabatan Perdagangan bagi mata pelajaran Perakaunan Awalan.
Berikut adalah hasil yang diperolehi bagi Sesi Jun 2000 dan Sesi Disember 2000
a) Pencapaian pelajar DAT1 pada sesi Jun 2000 adalah 94% , sementara sesi
Disember 2000 adalah 97%
b) Pencapaian pelajar DPR1 pada sesi Jun 2000 adalah 98% , sementara sesi
Disember 2000 adalah 95%
c) Pencapaian pelajar DSK1 pada sesi Jun 2000 adalah 95% , sementara sesi
Disember 2000 adalah 99%
Bentukkan satu jadual yang bersesuaian.
2. Hasil jualan bagi tahun 1997, 1998 dan 1999 sebuah syarikat adalah seperti berikut:
Produk
1997 (unit)
1998 (unit)
1999 (unit)
Kereta 950 800 900 Motosikal 600 750 700 Basikal 200 350 400
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/20
Jabatan Perdagangan / PPD
Anda dikehendaki membentuk carta-carta berikut berdasarkan maklumat di atas.
a) Carta palang biasa b) Carta palang berganda c) Carta palang khas d) Carta pai bagi tahun 1997, 1998 dan 1999
TAHNIAH !!!! Anda Sememangnya pintar dan pantas
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/21
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 12C
1. Jadual Pencapaian Pelajar Semester 1 Jabatan Perdagangan Bagi Mata
Pelajaran Perakaunan Awalan Sesi Jun dan Disember 2000
Pelajar
Kursus
Markah bagi sesi Jun 2000
(%)
Markah bagi sesi Dis 2000
(%)
DAT1
DPR1
DSK1
94
98
95
97
95
99
2. Anda dikehendaki merujuk kepada bentuk carta palang dan carta pai di dalam buku
rujukan seperti Pengantar Statistik. Ikutilah prosedur yang betul supaya anda
mendapat jawapan yang tepat.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/22
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,
sila berbincang dengan pensyarah anda.
1. Johar dan rakan-rakannya telah ditugaskan oleh pensyarah kelas menyiapkan
projek penyelidikan bagi memenuhi keperluan subjek Penyelidikan Pemasaran.
Objektif kajian bagi projek Johar adalah bagi mengenalpasti faktor penentu yang
mempengaruhi pengguna membeli produk QQ. Pembolehubah-pembolehubah
bersandar yang terlibat adalah harga, promosi jualan dan kualiti produk. Johar dan
rakan-rakannya memilih untuk menyediakan borang soal selidik bagi pengutipan
data. Selepas diedar dan borang dipungut kembali, Johar mendapati borang soal
selidik tidak dijawab sepenuhnya oleh responden. Apakah yang perlu dilakukan
oleh Johar sekiranya:
a) Soalan yang tidak terjawab melebihi 25% (2 markah)
b) Hanya beberapa soalan sahaja yang tidak berjawab (10 markah)
2. Berikan perbezaan di antara DUA jenis tabulasi. (8 markah)
3. Senarai dan lakarkan 4 jenis carta yang biasa digunakan oleh penyelidik dalam
mempersembahkan data-data yang telah dikumpul.
(12 markah)
4. Bincangkan cara pemprosesan data yang berkesan. (25 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 12/23
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Rujuk Input 12.1.3, m/s 7.
2. Rujuk Input 12.3.1, m/s 15.
3. Rujuk Input 12.3.2, m/s 17 - 18.
4. Rujuk Input 12.1, 12.2, 12.3 dan 12.4 m/s 3 – 18.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 13
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA : INTERPRETASI DATA
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mengetahui dan memahami tentang penterjemahan
dapatan kajian menggunakan pengiraan statistik yang
sesuai.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Memahami jenis-jenis pengukuran yang digunakan
dalam analisis data.
Mengira ukuran-ukuran statistik seperti sisihan
piawai, min, median dan mod.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
13.0 Pengenalan
13.1 Min, Median dan Mod
13.1.1 Min
Min atau nilai purata merupakan pengiraan yang sering digunakan untuk
mengetahui gambaran umum tentang data.
Contoh: Berapa unitkah, secara puratanya, botol-botol sos yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Pengeluaran Syarikat OK dalam masa enam
bulan yang lepas?
Pengukuran min memberikan satu idea yang baik tentang berapa banyak
bahan yang harus disimpan dalam stok.
13.1.2 Median
Merupakan item di tengah dalam sesuatu data yang telah disusun secara
menaik atau menurun.
Contoh: 4, 5, 6, 7, 8 Median = 6
Tau tak apa itu min, median, mod dan sisihan piawai. Tentu anda pernah mendengarnya bukan ?
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/3
Jabatan Perdagangan / PPD
13.1.3 Mod
Merujuk kepada fenomena yang mempunyai frekuensi yang paling tinggi
dalam sesuatu penyelidikan.
Contoh : Berikut adalah catatan berat sekumpulan pelajar seramai 10
orang.
65 43 50 65 55
70 46 65 49 53
Oleh itu mod bagi data di atas adalah 65
Contoh :
Rajah di bawah menunjukkan tahap kebiasaan pekerja di sebuah syarikat dengan
sistem komputer. Nilai 1 menunjukkan pekerja sangat tidak biasa dengan
komputer dan nilai 8 menunjukkan sebaliknya. (Semakin tinggi nilai, semakin
biasa pekerja dengan sistem komputer).
Label Nilai Nilai Frekuensi Peratusan
Sangat
tidak biasa
Sangat
biasa
1 0 0.0
2 2 6.7
3 6 20.0
4 6 20.0
5 3 10.0
6 8 26.7
7 4 13.3
8 1 3.3
JUMLAH 30 100.0
Jadual 13.1 : Tahap kebiasaan Pekerja dengan Sistem Komputer
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/4
Jabatan Perdagangan / PPD
Berdasarkan jadual 13.1, cari min, median dan mod.
Min : 4.833
Median : 5
Mod : 6
Terjemahan dapatan:
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat
keputusan untuk menggunakan min, mod atau median. Berikut adalah beberapa
panduan yang boleh pelajar ikuti:
1. Sekiranya pembolehubah diukur dalam skala nominal, mod perlu digunakan.
2. Sekiranya pembolehubah diukur dalam skala ordinal, median digunakan.
3. Sekiranya pembolehubah diukur dalam skala interval/ratio, min digunakan.
Walau bagaimanapun, min adakalanya tidak dapat menggambarkan data sebenar
sekiranya nilai min cenderung untuk menjadi terlalu kecil atau terlalu besar
(Outliers). Oleh itu, sisihan piawai boleh digunakan dalam membantu pembuatan
keputusan yang berkaitan dengan min.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/5
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 13A Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan unit selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Berikan maksud bagi istilah-istilah di bawah:
a) Min
b) Median
c) Mod
2. Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mempunyai bilangan ahli
seramai 3 atau 4 orang. Setiap kumpulan dikehendaki mengukur ketinggian
setiap pelajar di dalam kelas dan mencatatkan data-data ukuran tersebut.
Berdasarkan data tersebut kirakan min, mod dan median.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/6
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 13A
1. Rujuk input 13.1 m/s 2 - 3
2. Sila rujuk dan berbincang dengan pensyarah anda untuk mendapatkan
maklumbalas.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/7
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
13.2 Sisihan Piawai
Sisihan piawai digunakan bagi mengukur serakan sesuatu data daripada
nilai puratanya atau min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin
dekat data tersebar dari min. Ini bermakna nilai min boleh dipercayai dan
peratus ketepatan adalah tinggi.
Contoh : Merujuk kepada jadual 13.1 nilai sisihan piawainya ialah 1.663.
Terjemahan Dapatan.
Nilai sisihan piawai yang kecil menggambarkan data-data tidak tersebar
jauh dari nilai min. Oleh itu keputusan min diandaikan sebagai boleh
dipercayai dan peratus ketepatan adalah tinggi.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/8
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 13B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan unit selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Dengan menggunakan maklumat di dalam aktiviti 13A soalan 2, kirakan nilai
sisihan piawai dan terjemahkan dapatan tersebut.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/9
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 13B
1. Sila rujuk dan berbincang dengan pensyarah anda untuk mendapatkan maklumbalas.
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/10
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,
sila berbincang dengan pensyarah anda.
1. Berdasarkan data di atas, kirakan :
a) Min (5 markah)
b) Sisihan Piawai (10 markah)
2. Terjemahkan dapatan tersebut. (3 markah)
Ketinggian Air (meterpadu ) Frekuensi
5.00 dan kurang daripada 5.01 23
5.01 dan kurang daripada 5.02 15
5.02 dan kurang daripada 5.03 47
5.03 dan kurang daripada 5.04 31
5.04 dan kurang daripada 5.05 13
5.05 dan kurang daripada 5.06 16
5.06 dan kurang daripada 5.07 5
5.07 dan kurang daripada 5.08 3
5.08 dan kurang daripada 5.09 4
http://modul2poli.blogspot.com/
ANALISIS DAN MENGINTERPRETASI DATA P4708/UNIT 13/11
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. a) Min : 5.031
b) Sisihan Piawai : 0.08
2. Data-data tidak tersebar jauh dari nilai min. Ini bermakna nilai min yang
diperolehi boleh mewakili populasi.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 14
LAPORAN PENYELIDIKAN : FUNGSI DAN JENIS LAPORAN
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mengetahui tentang fungsi-fungsi laporan serta
mengenali jenis-jenis laporan dalam penyediaan laporan
penyelidikan.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Menerangkan fungsi-fungsi laporan
Menentukan jenis-jenis laporan
REPORT
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
14.0 Pengenalan
Penyediaan dan persembahan sesuatu laporan penyelidikan merupakan langkah
keenam dan terakhir dalam usaha penyelidikan pemasaran. Unit ini menerangkan
tentang fungsi-fungsi laporan dan jenis-jenisnya.
14.1 Fungsi-Fungsi Laporan
• Merupakan satu produk ketara dalam sesuatu usaha penyelidikan. Ia adalah
bukti tentang penyelidikan yang telah dijalankan dan akan disimpan sebagai
rekod rujukan pada masa hadapan.
• Keputusan pengurusan adalah berdasarkan laporan yang dihasilkan.
Sekiranya lima langkah pertama dalam sesuatu penyelidikan disediakan
dengan baik tetapi langkah keenam tidak diberikan perhatian sepenuhnya,
maka nilai sesuatu projek penyelidikan akan menjadi kurang berkesan.
• Penglibatan kebanyakan pengurus pemasaran dalam sesuatu projek
penyelidikan adalah terhad kepada laporan bertulis dan persembahan
laporan sahaja. Justeru itu, kebanyakan mereka akan menilai keseluruhan
kualiti projek penyelidikan berdasarkan kualiti laporan dan persembahan
laporan.
• Keputusan pihak pengurusan untuk membuat penyelidikan dan
menggunakan penyelidik yang sama pada masa akan datang akan
dipengaruhi oleh laporan dan persembahan laporan.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/3
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 14A Uji kefahaman anda terlebih dahulu sebelum meneruskan input seterusnya. Sila
semak jawapan pada maklumbalas di sebelah.
1. Terangkan berkenaan fungsi-fungsi laporan penyelidikan.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/4
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 14A
1. Rujuk input 14.1 m/s 2.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/5
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT
14.2 Jenis-Jenis Laporan
14.2.1 Laporan bertulis
Laporan yang tidak berkualiti merosakkan sebahagian besar penyelidikan.
Ini kerana kebanyakan pembaca akan menilai penyelidikan berdasarkan
kualiti laporan. Seorang penyelidik perlu mempunyai kemahiran
bagaimana memastikan laporan berkualiti. Laporan perlu menerangkan
dengan jelas setiap langkah penyelidikan dan boleh menarik perhatian
pembaca. Kandungan perlu menepati dengan apa yang kita selidiki.
Laporan bertulis terbahagi kepada dua iaitu :
a) Laporan Pendek
b) Laporan Panjang
a) Laporan Pendek
• Laporan pendek dibuat apabila masalah telah dikenalpasti.
Melibatkan skop yang kecil dan mengandungi metadologi yang
mudah dan jelas.
• Lebih kurang lima mukasurat.
• Adakalanya seperti surat atau memo dan ia didalam bentuk
yang tidak formal.
Contohnya: Laporan mengenai perubahan kos hidup akibat dari
persaingan pesaing luar negeri.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/6
Jabatan Perdagangan / PPD
b) Laporan Panjang
• Ada dua jenis :
i) Laporan Teknikal
• Bertindak memaparkan laporan terperinci setiap
langkah yang terlibat dalam projek penyelidikan
dan penyelidik bebas menggunakan istilah-istilah
teknikal. Contohnya sisihan piawai, analisis varians,
darjah kebebasan dan lain-lain lagi. Bagi istilah
yang agak sukar, perlulah diberi pendefinisian yang
ringkas.
• Laporan ini penting kepada penyelidik yang
berminat dalam perincian teknikal seperti
rekabentuk penyelidikan, bentuk pensampelan,
kaedah statistik dan sebagainya.
ii) Laporan Pengurusan
• Adakalanya pembaca atau audien tidak mempunyai
asas dalam penyelidikan pemasaran. Oleh itu
mereka lebih berminat dengan keputusan dan
cadangan kajian berbanding metodologi yang ada.
• Oleh itu laporan ditulis dalam ayat dan perenggan
yang pendek dan tidak berputar belit.
• Mengandungi banyak gambarajah dan graf, tajuk
akan ditebalkan, terdapat ayat bergaris, mempunyai
margin yang besar (contohnya langkau dua baris)
dan sebagainya yang mudah difahami oleh
pembaca.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/7
Jabatan Perdagangan / PPD
14.2.2 Laporan Secara Lisan
Kajian pemasaran yang telah dibuat akan dibentangkan kepada firma
pelanggan. Pembentangan akan menolong pihak pengurusan memahami
dan seterusnya menerima laporan kajian yang telah dibuat.
Pembentangan yang baik perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut:
a) Pembentangan mesti mengikut format pembentangan bertulis.
b) Ia hendaklah mampu menarik perhatian penonton. Untuk mencapai
objektif tersebut, pembentang hendaklah mengambilkira latar belakang,
minat dan penglibatan audien di dalam projek.
c) Menggunakan pelbagai kaedah persembahan seperti menggunakan
jadual, graf, papan putih, slaid, program komputer dan video untuk
memudahkan pemahaman.
d) Mempunyai “eye contact” berterusan dengan penonton. Pembentangan
menjadi lebih menarik sekiranya ianya diselitkan dengan cerita yang
berkaitan seperti pengalaman, contoh dan sebagainya.
e) Mempunyai intonasi suara yang sesuai dan kuat.
f) Satu petua yang baik ialah menggunakan prinsip KISS (Keep It Simple
and Straight Forward).
g) Menggunakan bahasa badan seperti lenggok badan, gerakan mata,
senyuman, mimik muka dan lain-lain.
h) Menutup pembentangan dengan rumusan yang baik.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/8
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 14B Uji kefahaman anda terlebih dahulu sebelum meneruskan input seterusnya. Sila
semak jawapan pada maklumbalas di sebelah.
1. Terangkan secara ringkas jenis laporan pendek dalam laporan bertulis.
2. Jelaskan berkenaan 2 jenis laporan panjang.
3. Apakah ciri-ciri pembentangan laporan secara lisan yang baik?
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/9
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 14B
1. Rujuk input 14.2.1 (a) m/s 5
2. Rujuk input 14.2.1 (b) m/s 6
3. Rujuk input 14.2.2 m/s 7
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/10
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini. Jika ada masalah yang timbul,
sila berbincang dengan pensyarah anda.
1. Pelajar dikehendaki mencari satu artikel tentang penyelidikan lalu. Berpandukan
artikel tersebut sediakan satu laporan lisan untuk dibentangkan di hadapan kelas.
(30 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 14/11
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Pembentangan yang baik perlu mempunyai ciri-ciri tertentu. Sehubungan itu, laporan
lisan pelajar perlulah memenuhi ciri-ciri tersebut (rujuk 14.2.2 m/s 7). Kemudian, sila
rujuk dan berbincang dengan pensyarah masing-masing.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/1
Jabatan Perdagangan / PPD
UNIT 15
LAPORAN PENYELIDIKAN : FORMAT, KRITERIA DAN
DOKUMENTASI
OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Mempelajari dan memahami bagaimana menentukan
format dan kriteria laporan yang baik serta menyediakan
dokumentasi.
OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar boleh :
Menentukan format laporan
Menentukan kriteria-kriteria laporan yang baik
Menyediakan dokumentasi seperti bibliografi,
lampiran dan nota kaki dengan baik
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/2
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT 15A
15.0 Pengenalan
Dalam unit ini kita akan mengenal secara ringkas apakah format laporan serta
menentukan kriteria-kriteria laporan yang baik. Kita juga seterusnya akan
membincangkan sedikit sebanyak tentang penyediaan dan penulisan dokumentasi
seperti bibliografi, nota kaki serta lampiran.
15.1 Format Laporan
Dalam penyediaan laporan yang baik ia mestilah mengikut format menulis
laporan yang betul. Terdapat 10 perkara yang perlu ada dalam sesebuah laporan
iaitu:
a) Muka Hadapan (Title Page)
• Mengandungi tajuk laporan, informasi (nama, alamat dan no. telefon)
tentang peyelidik atau organisasi yang menjalankan penyelidikan, nama
penerima laporan dan tarikh penyerahan laporan.
b) Surat Penyerahan (Letter of Transmittal)
• Merupakan laporan formal yang secara umumnya mengandungi surat
penyerahan laporan kepada pelanggan dan mengandungi ringkasasn
tentang pengalaman penyelidik ke atas keseluruhan projek tanpa
menyatakan keputusan hasil kajian.
• Surat ini juga menyatakan tentang tindakan yang harus diambil oleh
pelanggan seperti mengimplimentasikan cadangan dalam laporan atau
membuat penyelidikan lanjutan pada masa akan datang.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/3
Jabatan Perdagangan / PPD
c) Surat Penyerahan Kuasa (Letter of Authorization)
• Surat yang ditulis oleh pelanggan kepada penyelidik sebelum kajian
dimulakan. Surat ini memberi kuasa kepada penyelidik untuk menjalankan
kajian dengan menyatakan skop kajian serta terma-terma kontrak.
d) Isi Kandungan (Table of Contents)
• Menyenaraikan tajuk-tajuk yang diliputi dalam laporan beserta mukasurat.
Dalam kebanyakan laporan, hanya topik utama dan subtopik akan
disenaraikan.
• Senarai ini juga diikuti oleh senarai jadual, graf, rujukan serta lampiran.
e) Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)
• Ia adalah elemen yang paling penting kerana merupakan apa yang akan
dibaca oleh pihak pengurusan. Ringkasan ini seharusnya menerangkan
masalah penyelidikan, pendekatan serta rekabentuk kajian yang
digunakan, keputusan hasil kajian, kesimpulan serta cadangan.
• Ringkasan eksekutif ini ditulis selepas penyedian laporan kajian yang lain.
f) Pernyataan Masalah (Problem Definition)
• Menggambarkan latar belakang masalah kajian.
• Ia harus mengandungi satu pernyataan masalah kajian yang jelas.
g) Pendekatan kepada Masalah (Approach to the Problem)
• Elemen ini membincangakan pendekatan yang akan digunakan dalam
mengenalpasti masalah kajian. Ia harus mengandungi deskripsi kerangka
teori yang menjadi panduan laporan, hipotesis dan faktor-faktor yang
mempengaruhi rekabentuk kajian.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/4
Jabatan Perdagangan / PPD
h) Rekabentuk Kajian (Research Design)
• Eleman ini harus dinyatakan secara terperinci tentang bagaimana kajian
dilakukan.
• Ini termasuklah rekabentuk kajian, informasi yang diperlukan,
pengumpulan data (data prima dan data sekunder), penyediaan soal
selidik, teknik penskalaan dan teknik persampelan.
i) Analisis Data ( Data Analysis)
• Menerangkan tentang analisis data dan strategi analisis yang digunakan.
Teknik-teknik yang digunakan untuk analisis harus diterangkan secara
mudah tanpa penggunaan terma-terma teknikal .
j) Keputusan (Result)
• Merupakan elemen yang paling panjang dan boleh dipecahkan kepada
beberapa bab. Keputusan haruslah tersusun dengan baik dan logik.
k) Limitasi Kajian ( Limitation)
• Semua kajian mempunyai limitasi yang disebabkan oleh masa,
belanjawan dan lain-lain batasan organisasi.
• Elemen ini harus disediakan dengan berhati-hati dan mempunyai
perspektif yang seimbang.
• Penyelidik harus memastikan pihak pengurusan tidak terlalu bergantung
kepada keputusan penyelidikan atau menggunakan keputusan tersebut ke
atas tujuan yang lain. Contohnya menggunakan keputusan kajian ke atas
populasi yang berlainan.
• Pada masa yang sama, elemen ini tidak boleh mengurangkan keyakinan
penyelidikan atau memperkecilkan penyelidikan yang di buat.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/5
Jabatan Perdagangan / PPD
l) Kesimpulan dan Cadangan (Conclusion and Recommendation)
• Merupakan penerangan ringkas tentang keputusan statistik dan
menginterpretasikan keputusan kajian berhubung dengan permasalahan
yang sedang dikaji.
• Berdasarkan kepada keputusan dan kesimpulan, cadangan boleh
dikemukakan oleh para penyelidik. Cadangan yang dikemukakan haruslah
praktikal, sahih, boleh diambil tindakan dan boleh digunakan dalam
pembuatan keputusan pihak pengurusan.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/6
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 15A
Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak
jawapan anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Senaraikan format laporan yang lengkap.
2. Apakah yang dikatakan surat penyerahan kuasa?
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/7
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 15A 1. Format laporan yang lengkap mengandungi elemen-elemen berikut:
Muka Hadapan (Title Page)
Surat Penyerahan (Letter of Transmittal)
Surat Penyerahan Kuasa (Letter of Authorization)
Isi Kandungan (Table of Contents)
Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)
Pernyataan Masalah (Problem Definition)
Pendekatan kepada Masalah (Approach to the Problem)
Rekabentuk Kajian (Research Design)
Analisis Data (Data Analysis)
Keputusan (Result)
Limitasi Kajian (Limitation)
Kesimpulan dan Cadangan (Conclusion and Recommendation)
2. Surat penyerahan kuasa adalah surat yang ditulis oleh pelanggan kepada penyelidik
sebelum kajian dimulakan. Surat ini memberi kuasa kepada penyelidik untuk
menjalankan kajian dengan menyatakan skop kajian serta terma-terma kontrak.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/8
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT 15.2 Kriteria Laporan Yang Baik
Laporan yang baik perlu mempunyai empat ciri berikut: a) Lengkap (Completeness)
• Sesuatu laporan harus dilengkapi dengan semua informasi yang diperlukan
oleh pembaca dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.
• Sesuatu laporan menjadi tidak lengkap apabila ianya terlalu ringkas atau
terlalu panjang. Penulis mungkin telah tertinggal beberapa definisi yang
penting sekiranya penerangan laporan pendek. Sebaliknya sesuatu laporan
menjadi terlalu panjang kerana keengganan penulis menolak data-data
yang tidak diperlukan.
• Sesuatu laporan yang penuh dengan informasi yang tidak relevan akan
menjadikan isu perbincangan utama akan menjadi kabur. Tambahan lagi,
laporan yang tebal dan panjang tidak mungkin menarik perhatian
pembaca.
• Secara umumnya, jumlah maklumat yang disalurkan dalam laporan
haruslah sesuai dengan kawalan yang dipegang oleh seseorang yang akan
membuat tindakan. Contohnya, sekiranya laporan penyelidikan disediakan
untuk pengurus pengiklanan produk, adalah wajar sekiranya penulis tidak
membincangkan teknik membaikpulih teknik pengeluaran secara
terperinci kerana ianya berada di luar kawalan pengurus pengiklanan
produk.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/9
Jabatan Perdagangan / PPD
b) Tepat (Accuracy)
• Ketepatan merupakan salah satu kriteria penulisan laporan yang baik.
• Walaupun input-input bagi sesuatu laporan itu tepat, namun ketepatan
laporan secara keseluruhan boleh menjadi kabur disebabkab oleh kecuaian
dalam pemprosesan data, penakulan yang tidak logik atau penulisan frasa
yang tidak betul.
• Ketidaktepatan juga boleh berlaku kerana kesalahan tatabahasa seperti
penggunaan simbol-simbol, kesalahan ejaan, kata nama, kata kerja dan
lain-lain.
c) Jelas (Clarity)
• Apabila laporan tidak jelas,vpembaca sukar memahami isi kandungan dan
mungkin akan menyebabkan mereka meneka (guess).
• Justeru itu, laporan mestilah tersusun, tidak kabur dan berputar belit.
• Gunakan perkataan dengan berhati–hati supaya laporan benar-benar jelas
dan mudah difahami.
d) Ringkas (Conciseness)
• Laporan hendaklah lengkap dan pada masa yang sama ia juga haruslah
ringkas.
• Penyelidik mestilah memilih tentang apa yang hendak dimasukkan dalam
laporan.
• Penyelidik harus mengelakkan perbincangan yang berpanjangan tentang
sesuatu yang telahpun dikenali secara umum.
• Laporan tidak boleh berputar-belit. Oleh itu laporan hendaklah ditulis
dengan lengkap dan jelas dengan menggunakan perkataan-perkataan yang
minimum.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/10
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 15B Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak
jawapan anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Senaraikan dan terangkan dengan ringkas kriteria-kriteria laporan yang baik.
2. Bagaimanakah sesuatu laporan yang ditulis boleh menjadi lengkap dan ringkas
dalam masa yang sama ?
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/11
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 15B
1. Rujuk input 15.2, m/s 8
2. Laporan hendaklah lengkap dan pada masa yang sama ia juga haruslah ringkas.
Penyelidik mestilah memilih tentang apa yang hendak dimasukkan dalam laporan.
Penyelidik harus mengelakkan perbincangan yang berpanjangan tentang sesuatu
yang telahpun dikenali secara umum. Laporan tidak boleh berputar-belit. Oleh itu
kita perlu menulis laporan yang lengkap dan jelas dengan menggunakan perkataan-
perkataan yang minimum.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/12
Jabatan Perdagangan / PPD
INPUT 15.3 Dokumentasi
Dokumentasi merujuk kepada elemen terakhir yang akan dilampirkan dalam
sesuatu laporan penyelidikan. Dokumentasi ini terdiri daripada:
a) Bibliografi
b) Nota kaki
c) Lampiran (appendix)
a) Bibliografi
• Merupakan senarai buku atau bahan yang telah digunakan sebagai rujukan
dalam penyelidikan.
• Mengandungi nama pengarang, tajuk buku, nama penerbit, tahun terbitan
dan muka surat.
i) Nama Pengarang
Nama pengarang yang panjang boleh diringkaskan dengan meletakkan
nama keluarga. Contohnya:
William Sir Cleveland W. S. Cleveland
Sekiranya terdapat beberapa pengarang maka, hendaklah ditulis seperti
berikut:
William S. Cleveland Edward Perre Belly Kenneth Roman
W. S. Cleveland., E. P. Belly., K. Roman.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/13
Jabatan Perdagangan / PPD
ii) Tajuk buku
Boleh dalam bentuk bergaris (line), ditebalkan (bold), dan condong
(italic).
Contoh :
William S. Cleveland, The Elements of Graphing Data (Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985). William S. Cleveland, The Elements of Graphing Data (Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985). William S. Cleveland, The Elements of Graphing Data (Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985).
William S. Cleveland, The Elements of Graphing Data ( Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985): 52-89
b) Lampiran (Appendix)
• Mengandungi bahan-bahn yang terlalu kompleks, terlalu spesifik atau
sesuatu yang tidak perlu dimasukkan dalam sesuatu teks laporan.
• Apa yang biasanya dilampirkan dalam bahagian ini ialah satu salinan
borang soal selidik atau borang pemerhatian yang telah digunakan untuk
mengumpul data. Ia juga mengandungi kaedah pemetaan sample yang
telah dibuat serta pengiraan untuk menentukan saiz sampel dan rekabentuk
sampel.
• Turut menjadi bahan lampiran ialah ujian-ujian statistik (test statistics)
yang mengandungi jadual-jadual terperinci.
Nama Pengarang Nama Penerbit
Tahun Terbitan
Tajuk Buku
Muka Surat
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/14
Jabatan Perdagangan / PPD
• Penulis harus mengetahui bahawa bahagian ini hanya akan dibaca oleh
pembaca-pembaca yang mengetahui terma-terma teknikal dan yang
berminat.
c) Nota Kaki
• Merupakan penerangan tentang darimana bahan rujukan tersebut diambil.
• Menggunakan saiz tulisan (font) yang kecil contoh saiz 7.
• Sekiranya seorang penyelidik mengambil sesuatu bahan rujukan
contohnya dari buku atau jurnal untuk dimasukkan sebagai teks laporan
maka penyelidik perlu menulis nombor di tepi teks laporan tersebut dan di
bahagian bawah teks akan dinyatakan dari mana teks tersebut didapati.
• Contohnya:
Pengiklanan adalah satu bentuk komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang barangan, keluaran, perkhidmatan, idea oleh penaja yang boleh dikenalpasti dan dilakukan melalui pelbagai media.1
1. C. Boyee., W. Arons. Advertising Strategy. (Monterey, Calif,: Wadsworth Publishing Co., 1985): 52-89
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/15
Jabatan Perdagangan / PPD
AKTIVITI 15C Uji kefahaman anda sebelum anda meneruskan input selanjutnya. Sila semak
jawapan anda pada maklumbalas di halaman seterusnya.
1. Tuliskan maklumat rujukan di bawah dalam bentuk (dokumentasi) yang betul :
Nama pengarang : Thashvina Illangkumaran.
Tahun terbitan : 2001
Penerbit : Prentice Hall
Tajuk buku : How to Write A Good Report?
2. Apakah nota kaki? Mengapakah ianya penting ?
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/16
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS AKTIVITI 15C
1. Rujuk input 15.3(a), m/s 12-13.
2. Merupakan penerangan dari mana bahan rujukan tersebut diambil. Ianya
penting dinyatakan di bawah teks untuk mengelakkan berlakunya peniruan karya
penulis lain.
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/17
Jabatan Perdagangan / PPD
PENILAIAN KENDIRI
Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada
maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan
pensyarah anda.
1. Terangkan secara ringkas format penulisan laporan penyelidikan pemasaran yang
biasa digunakan.
(25 markah)
2. Bincangkan kenapa ketepatan, keringkasan, kejelasan serta lengkap menjadi isu
utama dalam penulisan sesuatu laporan penyelidikan.
(25 markah)
3. Dokumentasi merujuk kepada elemen terakhir yang akan dilampirkan dalam
sesuatu laporan penyelidikan. Senaraikan dan terangkan dengan jelas unsur-unsur
yang terkandung di dalam elemen ini dan berikan 1 contoh.
(5 markah)
http://modul2poli.blogspot.com/
LAPORAN PENYELIDIKAN P4708/UNIT 15/18
Jabatan Perdagangan / PPD
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
1. Rujuk input 15.1, m/s 2-5.
2. Rujuk input 15.2, m/s 8-9.
3. Rujuk input 15.3, m/s 12-14
http://modul2poli.blogspot.com/