portal ibu bapa - mrsm e-education · pilih nama anak pendaftaran ibu bapa e-mail : nama pengguna...
TRANSCRIPT
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 1 of 20
Portal Ibu Bapa
Pengenalan
Portal Ibu Bapa merupakan sebuah modul yang berfungsi untuk membolehkan pengguna
mengetahui dan memantau perkembangan aktiviti anak-anak mereka yang bersekolah di
sekolah MRSM. Pengguna boleh melihat maklumat akademik anak mereka seperti, jadual
waktu kelas, jadual waktu peperiksaan dan markah peperiksaan atau penilaian. Selain itu
juga pengguna boleh mengetahui aktiviti yang disertai oleh anak mereka seperti aktiviti
ko-kurikulum, homeroom dan kaunseling. Status bantuan kewangan anak mereka juga
boleh diperolehi melalui Portal Ibu Bapa.
Ciri-Ciri Utama
Pendaftaran Ibu Bapa
Memilih Nama Anak
Jadual Waktu
Portlet Papar Subjek Ko-Ku
Portlet Aktiviti Homeroom Mingguan
Portlet Rekod kaunseling Mingguan
Portlet Papar Keputusan Penilaian
Portlet Maklumat Kewangan
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 2 of 20
Carta Proses Keseluruhan
Turutan proses bagi Portal Ibu Bapa adalah seperti berikut:
Mula
Papar Maklumat Anak :
Jadual Waktu
Ko-Kurrikulum
Homeroom
Kaunseling
Ujian Penilaian
Kewangan
Daftar
Masuk
Pilih Nama
Anak
Pendaftaran
Ibu Bapa
E-Mail :
Nama
Pengguna &
Katalaluan
Tamat
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 3 of 20
Pendaftaran Ibu Bapa
Sebelum menggunakan Portal Ibu Bapa, pengguna perlulah mendaftarkan diri terlebih
dahulu untuk mendapatkan Nama Pengguna dan katalaluan bagi membolehkan mereka
mengakses ke dalam sistem. Setelah memperolehi Nama Pengguna dan Katalaluan
melalui E-Mail pengguna boleh terus daftar masuk ke dalam Portal Ibu Bapa untuk
melihat maklumat akademik anak-anak mereka. Terdapat beberapa elemen penting untuk
Pendaftaran Ibu Bapa iaitu :
Pendaftaran
Daftar Masuk
Pendaftaran
Pendaftaran merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum
membolehkan pengguna mengakses ke dalam Portal Ibu Bapa. Apa yang perlu
dilakukan ialah ibu bapa perlu mengisi maklumat pendaftaran dan hantar.
Maklumat yang diperlukan adalah Nombor Kad Pengenalan Penjaga, Nombor
Matrik Pelajar dan E-Mail penjaga. Hanya nombor kad pengenalan penjaga sahaja
yang boleh digunakan untuk mendaftar masuk ke dalam sistem. Kemudian Nama
Pengguna dan Katalaluan akan diterima melalui E-mail yang disertakan semasa
pendaftaran sekiranya pendaftaran berjaya. Pengguna boleh menggunakan Nama
Pengguna dan Katalaluan yang diterima untuk daftar masuk ke dalam sistem.
Gambarajah 1
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 4 of 20
Langkah-langkah:
1. Klik menu ‘Daftar Penjaga’. ( Sila rujuk Gambarajah 1 )
2. ‘Pendaftaran Penjaga’ akan dipaparkan.
3. Untuk mendaftarkan diri pengguna perlu mengisi Nombor Kad Pengenalan
Penjaga, Nombor Matrik Pelajar dan E-Mail. ( Sila rujuk Gambarajah 2 )
4. Klik butang ‘Daftar’ untuk hantar pendaftaran.
5. Pengguna akan menerima Nama Pengguna dan Katalaluan melalui E-Mail
yang disertakan semasa pendaftaran.
Gambarajah 2
Daftar Masuk
Setelah menerima Nama Pengguna dan Katalaluan melalui E-mail pengguna
boleh mendaftar masuk ke dalam Portal Ibu Bapa.
Gambarajah 3
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 5 of 20
Langkah-langkah:
1. Klik butang ‘Log Masuk’. ( Sila rujuk Gambarajah 3 )
2. ‘Log Masuk’ akan dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 4 )
Gambarajah 4
3. Sila masukkan Nama Pengguna dan Katalaluan yang telah diterima
melalui E-Mail.
4. Setelah mengisi Nama Pengguna dan Katalaluan, sila klik butang ‘Log
Masuk’.
5. Sekiranya pengguna berjaya log masuk ke dalam sistem, Nama pengguna
akan dipaparkan dibahagian atas sebelah kiri paparan sistem. ( Sila rujuk
Gambarajah 5)
Gambarajah 5
6. Klik tab ‘Parent Portal’ untuk memaparkan Portal Ibu Bapa.
7. Portal Ibu Bapa akan dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 6)
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 6 of 20
Gambarajah 6
Memilih Nama Anak
Sekiranya pengguna memiliki lebih daripada seorang anak di sekolah MRSM tersebut,
pengguna boleh memilih nama anak terlebih dahulu sebelum memaparkan maklumat
akademik anak mereka. Terdapat satu elemen penting untuk Memilih Nama Anak iaitu :
Pilih Nama Anak
Pilih Nama Anak
Sistem akan memaparkan senarai nama anak secara automatik. Sekiranya didapati
nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan oleh pengguna sama dengan mana-
mana nombor kad pengenalan penjaga yang terdapat di dalam maklumat pelajar
sistem akan memaparkan nama pelajar tersebut di ruangan nama anak.
Gambarajah 7
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 7 of 20
Langkah-langkah:
1. Klik ruangan nama anak untuk memilih nama anak sekiranya pengguna
mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah MRSM tersebut. ( Sila
rujuk Gambarajah 7 )
2. Setelah memilih nama anak maklumat akademik anak yang dipilih akan
dipaparkan secara automatik dibahagian bawah Portal Ibu Bapa. ( Sila
rujuk Gambarajah 8 )
3. Untuk memaparkan maklumat akademik anak yang lain pula, sila ulangi
Langkah 1.
Gambarajah 8
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 8 of 20
Jadual Waktu
Pengguna boleh memaparkan jadual waktu akademik untuk anak mereka. Terdapat dua
elemen penting untuk Jadual Waktu iaitu :
Jadual Waktu Kelas
Jadual Waktu Peperiksaan
Jadual Waktu Kelas
Di sekolah MRSM terdapat 2 jadual waktu kelas untuk para pelajar iaitu Jadual
Waktu Minggu Pertama dan Jadual Waktu Minggu Kedua. Jadual waktu ini akan
digunakan secara berselang seli oleh pihak sekolah.
Gambarajah 9
Langkah-langkah:
1. Klik ruangan nama anak untuk memilih nama anak sekiranya pengguna
mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah MRSM tersebut. ( Sila
rujuk Gambarajah 7 )
2. Setelah memilih nama anak maklumat akademik anak yang dipilih akan
dipaparkan secara automatik dibahagian bawah Portal Ibu Bapa. ( Sila
rujuk Gambarajah 8 )
3. Klik butang tab ‘Jadual Waktu Minggu Pertama’ untuk memaparkan
jadual waktu minggu pertama. ( Sila rujuk Gambarajah 9 )
4. Atau klik butang tab ‘Jadual Waktu Minggu Kedua’ untuk memaparkan
jadual waktu minggu kedua.
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 9 of 20
5. Setelah klik kepada butang tab Jadual waktu kelas akademik akan
dipaparkan.
6. Sila bawa kursor ke nama subjek yang terdapat di dalam jadual waktu
kelas untuk memaparkan maklumat lokasi dan nama guru bagi subjek
berkenaan. ( Sila rujuk Gambarajah 10 )
Gambarajah 10
Jadual Waktu Peperiksaan
Jadual Waktu Peperiksaan membolehkan pengguna memaparkan jadual waktu
peperiksaan yang akan diduduki oleh anak tersebut. Jadual waktu peperiksaan
hanya akan dipaparkan di sepanjang waktu peperiksaan sahaja.
Gambarajah 11
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 10 of 20
Langkah-langkah-
1. Klik ruangan nama anak untuk memilih nama anak sekiranya pengguna
mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah MRSM tersebut. ( Sila
rujuk Gambarajah 7 )
2. Setelah memilih nama anak maklumat akademik anak yang dipilih akan
dipaparkan secara automatik dibahagian bawah Portal Ibu Bapa. ( Sila
rujuk Gambarajah 8 )
3. Klik butang tab ‘Jadual Waktu Peperiksaan’ untuk memaparkan jadual
waktu peperiksaan yang sedang berjalan. ( Sila rujuk Gambarajah 11 )
4. Setelah klik kepada butang tab Jadual Waktu Peperiksaan akan
dipaparkan.
Portlet Papar Subjek Ko-Ku
Portlet Papar Subjek Ko-Ku membolehkan pengguna memaparkan subjek ko-ku yang
disertai oleh anak mereka di sekolah MRSM. Pengguna juga boleh melihat aktiviti yang
dianjurkan oleh subjek ko-ku yang disertai oleh anak mereka. Markah kehadiaran bagi
subjek ko-ku juga boleh diketahui. Terdapat 2 elemen penting untuk Portlet Papar Subjek
Ko-Ku iaitu :
Papar Subjek Ko-Ku
Senarai Aktiviti Ko-Ku
Papar Subjek Ko-Ku
Terdapat 3 kategori subjek ko-ku yang wajib disertai oleh setiap pelajar iaitu
Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan. Dipaparan Portlet Papar Subjek
Ko-Ku pengguna akan dapat melihat 3 subjek ko-ku yang telah disertai oleh anak
mereka. Sekiranya hanya 1 atau 2 subjek ko-ku sahaja dipaparkan ini bermakna
anak tersebut masih belum mendaftar untuk kategori subjek ko-ku yang lain.
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 11 of 20
Tiada sebarang subjek ko-ku dipaparkan sekiranya anak tersebut masih belum
mendaftarkan diri ke dalam subjek ko-ku.
Gambarajah 12
Langkah-langkah:
1. Klik ruangan nama anak untuk memilih nama anak sekiranya pengguna
mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah MRSM tersebut. ( Sila
rujuk Gambarajah 7 )
2. Setelah memilih nama anak maklumat akademik anak yang dipilih akan
dipaparkan secara automatik dibahagian bawah Portal Ibu Bapa. ( Sila
rujuk Gambarajah 8 )
3. Dipaparan Portlet Papar Subjek Ko-Ku, subjek ko-ku yang disertai oleh
anak tersebut akan dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 12 )
4. Untuk memaparkan aktiviti bagi subjek ko-ku yang diinginkan klik kepada
‘Papar Aktiviti’ pada ruangan Tindakan. ( Sila rujuk Senarai Aktiviti
Ko-Ku )
5. Sekiranya anak tersebut masih belum mendaftarkan diri ke dalam mana-
mana subjek ko-ku tiada subjek ko-ku akan dipaparkan. ( Sila rujuk
Gambarajah 13 )
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 12 of 20
Gambarajah 13
Senarai Aktiviti Ko-Ku
Senarai Aktiviti Ko-Ku memaparkan aktiviti yang diadakan oleh subjek ko-ku
yang telah disertai oleh anak mereka. Pengguna juga boleh mendapatkan
maklumat mengenai aktiviti yang telah dijalankan. Markah kehadiran terkini bagi
subjek ko-ku tersebut juga boleh diketahui oleh pengguna.
Gambarajah 14
Langkah-langkah:
1. Klik ruangan nama anak untuk memilih nama anak sekiranya pengguna
mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah MRSM tersebut. ( Sila
rujuk Gambarajah 7 )
2. Setelah memilih nama anak maklumat akademik anak yang dipilih akan
dipaparkan secara automatik dibahagian bawah Portal Ibu Bapa. ( Sila
rujuk Gambarajah 8 )
3. Dipaparan Portlet Papar Subjek Ko-Ku, subjek ko-ku yang disertai oleh
anak tersebut akan dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 12 )
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 13 of 20
4. Untuk memaparkan aktiviti bagi subjek ko-ku yang diinginkan klik kepada
‘Papar Aktiviti’ pada ruangan Tindakan.
5. Senarai Aktiviti Ko-Ku akan dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 14 )
6. Untuk memaparkan senarai aktiviti ko-ku bagi bulan yang lain klik pada
ruangan nama bulan disebelah atas kanan senarai aktiviti ko-ku dan pilih
nama bulan yang dikehendaki.
7. Klik pada nama aktiviti untuk memaparkan maklumat aktiviti ko-ku.
8. Maklumat Aktiviti Ko-Ku akan dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 15 )
Gambarajah 15
Portlet Aktiviti Homeroom Mingguan
Portlet Aktiviti Homeroom Mingguan membolehkan pengguna memaparkan aktiviti yang
dianjurkan oleh homeroom yang disertai oleh anak tersebut. Setiap pelajar di sekolah
MRSM mempunyai homeroom masing-masing. Mereka akan menjadi ahli homeroom
yang sama sehingga tamat persekolahan di sekolah MRSM tersebut. Terdapat 2 elemen
penting untuk Portlet Aktiviti Homeroom Mingguan iaitu :
Aktiviti Homeroom Mingguan
Senarai Aktiviti Homeroom
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 14 of 20
Aktiviti Homeroom Mingguan
Aktiviti Homeroom Mingguan membolehkan pengguna memaparkan senarai
aktiviti homeroom yang dijalankan pada minggu tersebut. Pengguna juga boleh
memaparkan ringkasan kesemua aktiviti homeroom.
Gambarajah 16
Langkah-langkah:
1. Klik ruangan nama anak untuk memilih nama anak sekiranya pengguna
mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah MRSM tersebut. ( Sila
rujuk Gambarajah 7 )
2. Setelah memilih nama anak maklumat akademik anak yang dipilih akan
dipaparkan secara automatik dibahagian bawah Portal Ibu Bapa. ( Sila
rujuk Gambarajah 8 )
3. Dipaparan Portlet Aktiviti Homeroom Mingguan, aktiviti homeroom yang
dijalankan sepanjang minggu tersebut akan dipaparkan. ( Sila rujuk
Gambarajah 16 )
4. Klik ‘Senarai Penuh’ untuk memaparkan senarai aktiviti homeroom yang
dijalankan sepanjang tahun. ( Sila rujuk Senarai Aktiviti Homeroom )
5. Klik pada nama aktiviti untuk memaparkan ringkasan aktiviti homeroom
tersebut.
6. Ringkasan Aktiviti Homeroom akan dipaparkan.( Sila rujuk Gambarajah
17 )
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 15 of 20
Gambarajah 17
Senarai Aktiviti Homeroom
Senarai Aktiviti Homeroom memaparkan aktiviti yang diadakan sepanjang tahun
oleh homeroom yang telah disertai oleh anak mereka. Pengguna juga boleh
mendapatkan maklumat aktiviti homeroom yang telah dijalankan. Kehadiaran ahli
homeroom juga boleh dietahui untuk setiap aktiviti yang dijalankan.
Gambarajah 18
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 16 of 20
Langkah-langkah:
1. Klik ruangan nama anak untuk memilih nama anak sekiranya pengguna
mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah MRSM tersebut. ( Sila
rujuk Gambarajah 7 )
2. Setelah memilih nama anak maklumat akademik anak yang dipilih akan
dipaparkan secara automatik dibahagian bawah Portal Ibu Bapa. ( Sila
rujuk Gambarajah 8 )
3. Dipaparan Portlet Aktiviti Homeroom Mingguan, aktiviti homeroom yang
dijalankan sepanjang minggu tersebut akan dipaparkan. ( Sila rujuk
Gambarajah 16 )
4. Klik ‘Senarai Penuh’ untuk memaparkan senarai aktiviti homeroom yang
dijalankan sepanjang tahun.
5. Senarai Aktiviti Homeroom akan dipaparkan. (Sila rujuk Gambarajah 18)
6. Klik pada nama aktiviti untuk memaparkan maklumat aktiviti dan
kedatangan bagi aktiviti homeroom tersebut.
7. Maklumat Aktiviti Homeroom akan dipaparkan.( Sila rujuk Gambarajah
19 )
Gambarajah 19
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 17 of 20
Portlet Papar Keputusan Penilaian
Portlet Papar Keputusan Penilaian membolehkan pengguna memaparkan senarai ujian
penilaian yang diduduki oleh anak tersebut. Sekiranya markah bagi ujian penilaian
tersebut telah dimasukkan oleh guru subjek, pengguna boleh melihat markah bagi setiap
subjek akademik yang terlibat. Terdapat 1 elemen penting untuk Portlet Papar Keputusan
Penilaian iaitu :
Papar Keputusan Penilaian
Papar Keputusan Penilaian
Papar Keputusan Penilaian menyenaraikan kesemua ujian penilaian yang diduduki
oleh anak tersebut. Sekiranya terdapat markah yang telah dimasukkan untuk ujian
penilaian tersebut ruangan Sudah Dimarkah akan bertanda ‘√ ‘.
Gambarajah 24
Langkah-langkah:
1. Klik ruangan nama anak untuk memilih nama anak sekiranya pengguna
mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah MRSM tersebut. ( Sila
rujuk Gambarajah 7 )
2. Setelah memilih nama anak maklumat akademik anak yang dipilih akan
dipaparkan secara automatik dibahagian bawah Portal Ibu Bapa. ( Sila
rujuk Gambarajah 8 )
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 18 of 20
3. Dipaparan Portlet Papar Keputusan Penilaian, ujian penilaian yang
diduduki oleh anak mereka sepanjang tahun tersebut akan dipaparkan.
(Sila rujuk Gambarajah 24 )
4. Klik pada nama ujian penilaian yang bertanda ‘√’ pada ruangan Sudah
Dimarkah untuk memaparkan keputusan ujian penilaian tersebut.
5. Papar Keputusan Penilaian Semester akan dipaparkan.(Sila rujuk
Gambarajah 25 )
Gambarajah 25
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 19 of 20
Portlet Maklumat Kewangan
Portlet Maklumat Kewangan membolehkan pengguna memaparkan status bagi bantuan
kewangan anak tersebut. Setiap pelajar boleh memohon untuk meneriam bantuan
kewangan. Kelulusan bagi bantuan kewangan tersebut akan ditentukan terlebih dahulu
oleh pihak sekolah. Terdapat 1 elemen penting untuk Portlet Maklumat Kewangan iaitu :
Maklumat Kewangan
Maklumat Kewangan
Maklumat kewangan memaparkan status aplikasi bagi bantuan kewangan pelajar.
Sekiranya permohonan bantuan kewangan masih di dalam proses kelulusan status
aplikasi adalah ‘Sedang Diproses’. Sekiranya telah dilulusakn status aplikasi
adalah ‘Telah Disahkan’. Sekiranya gagal status aplikasi adalah ‘Ditolak’.
Gambarajah 26
Langkah-langkah:
1. Klik ruangan nama anak untuk memilih nama anak sekiranya pengguna
mempunyai lebih dari seorang anak di sekolah MRSM tersebut. ( Sila
rujuk Gambarajah 7 )
2. Setelah memilih nama anak maklumat akademik anak yang dipilih akan
dipaparkan secara automatik dibahagian bawah Portal Ibu Bapa. ( Sila
rujuk Gambarajah 8 )
3. Dipaparan Portlet Maklumat Kewangan, status aplikasi bagi bantuan
kewangan anak tersebut akan dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 26 )
4. Klik pada ‘Lihat Kewangan Pelajar’ untuk memaparkan ringkasan
bantuan kewangan.
MRSM E-Education System - Panduan Pengguna
TMS MRSM e-Education User Manual_Portal Ibu Bapa V1.0a
PRIVATE & CONFIDENTIAL Page : 20 of 20
5. ‘Loan Application’ akan dipaparkan. ( Sila rujuk Gambarajah 27 )
Gambarajah 27