power point-merong 1
TRANSCRIPT
AHLI KUMPULAN
NORHIDAYAHWATI BINTI SALIM
FATIMAH HIKMAH BINTI SAIPUL ANUAR
NOOR HAZIMAH BINTI ZAINUDDIN
SITI FAIRUS BINTI AHMAD
MUHAMMAD RUSDI BIN SAMSUDIN
LATAR BELAKAN
G
Hikayat Merong Mahawangsa
merupakan salah sebuah karya
agung
Karya ini selesai disalin
semula iaitu pada tahun
1316.
Fakir diminta oleh sultannya iaitu Sultan Muadzam Syah untuk
menulis hikayat.
Bertujuan untuk memastikan agar
anak cucu keturunan sultan
Kedah mengetahui tentang asal usul, peraturan segala
raja-raja Melayu dan istiadat raja-raja
Melayu.
Burong Garuda dengan Nabi
Allah Sulaiman
Sinopsis
Ciri-ciri karya
agung
Pemikiran dalam karya
agung
Nilai budaya dan pandangan
hidup dalam karya
Nilai ilmu dalam karya agung Teknik
kepengarangan dan seni bahasa
dalam karya agung
Pemikiran dalam karya
Pembukaan Negeri
Kedah
Penubuhan
kerajaan
Asal usul raja dan
kedaulatan pemerintahan
beraja.
Kedatangan Islam yang
merangkumi pemelukan raja
dan rakyat.
“Maka sembah kaum gergasi itu, ‘ Patik sekalian pun lebih lagi kesukaan kerana patik sekalian ini tiada menaruh raja pada tempat
ini, Jikalau demikian baiklah duli tuanku cuba berangkat melihat tanah ini yang patut tempat hendak duduk. Maka Raja Merong
Mahawangsa pun berangkatlah untuk melihat susuk tanah untuk diperbuat kota parit balai istana diiringkan kaun gergasi dengan segala menteri lalu bertemulah dengan tanah bumi yang baik,
terlalu indah tempat-tempatnya, menjadi tiadalah turun ke bahteranya, gila dengan membuat kota istana dengan balainya yang terlalu amat besarnya lagi dengan indahnya. Setelah sudah balai itu
maka dinamai akan dia “Langkasuka” kerana mengerjakan itu dengan makan minum dan bersuka-sukaan serta dengan beberapa
binatang jenisnya daripada rusa, kijang, pelanduk, napuh, sapi dengan segala perburuan yang dimakan oleh sekaliannya.”
• (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 12)
“Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri Rum, sudahlah beta rajakan anakanda ini. Maka sekarang akan negeri ini patutlah kita namakan
sesuatu akan dia. Maka sembah segala menteri, ‘patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tidak
sesat daripada sebutannya.’ Maka sembah pula menteri Rum, ‘bukanlah dengan kemudahan juga
mendapat negeri ini, dengan tiada sukarnya, jikalau kepada namanya pun demikian jua.’ Maka titah Raja Merong Mahawangsa, ‘jika demikian, hendaklah kita
namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya.”
• (Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)
PEMBUKAAN
NEGER
I K E D A H
“Serta titahnya, ‘ hai anakku Raja Merong Mahadipusat, jikalau anakku
beroleh anak pada zaman ini, hendaklah anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut,
seorang sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini
dan seorang sebelah matahari naik antara timur laut.”
(Hikayat Merong Mahawangsa, halaman 30)
Anakandanya yang tua telah dihantar untuk membina sebuah kerajaan yang
dinamakan sebagai Benua Siam. Anakandanya yang tengah pula dihantar
untuk membina kerajaan yang dinamakan Negeri perak manakala anakanda perempuannya pula telah memerintah sebuah kerajaan yang
bernama Patani. Manakala anakandanya yang akhir diberikan takhtanya untuk
diwarisi apabila baginda mangkat kelak.
Pembukaan Kerajaan
Raja-raja Kedah berasal daripada
Raja Merong Mahawangsa dari
Rum.
Selepas Raja Merong Mahawangsa meninggalkan zuriatnya di Negeri Kedah, ia balik ke Rum. Daripada
keturunannya lahirlah dinasti kesultanan Kedah
Raja-raja Kedah daripada keturunan Raja Merong
Mahawangsa ini semuanya baik-baik belaka kecuali Raja Phra Ong Maha Perita Deria
atau Raja Bersiung yang kejam dan zalim.
“Demi Raja Bersiung mendengar sembah perempuan itu, maka ia pun menyarungkan
pedangnya serta bertitah, ‘ Baiklah, lalu berangkat keluar ke balai rong bertitah , ‘
Mana penghulu biduanda sekalian? Bukankah ada orang yang kita suruh bunuh sulakan itu pada hari ini? Ambil cawan itu,
isikan darahnya, bawa ke mari kepada aku.” (Hikayat Merong
Mahawangsa, halaman 46 & 47)
Asal usul raja dan kedaulatan pemerintahan raja
Syeikh Abdullah yang mengikuti
Penghulu Syaitan Iblis.
Penghulu Syaitan Iblis cuba untuk menyesatkan Raja Phra
Ong Mahawangsa dengan arak dan air kencingnya,
menyebabkan Syeikh Abdullah menghalangnya
Syeikh Abdullah muncul di hadapan
Raja Phra Ong Mahawangsa
Kehadiran Syeikh Abdullah di hadapan Raja Phra Ong
Mahawangsa telah menyedarkan baginda kerana
Syeikh Abdullah telah menerangkan segala-galanya
kepada baginda
Baginda telah dibukakan hati untuk
menerima ajaran Islam yang dibawa oleh
Syeikh Mahawangsa
“Maka kata Raja Phra Ong Mahawangsa, ‘Jikalau demikian,
hendaklah tuan hamba tolong hamba sekalian ini, ajarkan agama Islam yang sebenar itu.” (Hikayat Merong
Mahawangsa, halaman 100)
Titik tolak kepada pengislaman rakyat
jelata yang berada di bawah
pemerintahannya
Perubahan pada namanya iaitu Raja Muzalfar
Syah
Sistem pentadbirannya berlandaskan agama Islam.
Kedatangan Islam yang merangkumi pemelukan raja dan rakyat
NILAI BUDAYA
DAN PANDANGA
NHIDUP
NILAI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081), nilai adalah taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan darjat, mutu, serta taraf.
•Ini bermakna, nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu.
Nilai
BUDAYA
Bahasa Inggeris (culture), berasal
daripada Latin iaitu colore (menanam atau
mengerjakan).
Secara umumnya, budaya bermaksud
segala sesuatu yang dibawa atau
dikerjakan oleh manusia.
Sanskrit iaitu duddayah
perkataan jamak bagi buddhi yang bermaksud budi
pekerti atau akal.
PANDANGAN HIDUPDilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai tertentu.
Daripada perspektif Islam, pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
Pangangan Hidup
•Taat kepada perintah raja•Menghormati ibu bapa•Memuliakan orang tua•Belas kasihan
Nilai
•Islam•Hindu•Adat perkahwinan
Budaya
•Menghormati autoriti•Percaya pada takdir•Berpegang pada janji•Menganggungkan dan mempercayai kekuasaan Tuhan•Mengambil keputusan daripada tindakan yang difikirkan•Sentiasa memelihara hubungan baik•Pemenang akan berkuasa•Memerintah dengan adil dan saksama
Pandangan Hidup
CONTOH
NILAI
Taat pada raja
Demi didengar oleh sekaliannya titah Raja
Merong Mahawangsa yang demikian itu, maka sekalian
itupun mengerahkan sekalian orangnya suruh beringat-
ingat serta memegang senjata masing2 tangan.
(HMM, hlm 6)
Menghormati orang tua
Maka sahut anak raja Rom itu dengan perlahan-lahan,
“ Hai ibuku, bahawa dengan sesungguhnya beta ini manusia
juga. Betalah anak raja Rom, hendak pergi kahwin dengan
puteri anak raja Benua China dengan beberapa buah bahtera…
(HMM, hlm 14)
Belas kasihan
Maka mak inang tuan puteri itu pun terlalulah belas
kasihan hatinya mendengarkan hal anak raja Rom itu lalu ia
pun kembali pada tuan puteri persembahkan hal itu
sekalianya dengan suka tertawanya.
(HMM, hlm 14)
BUDAYA
Budaya Hindu
Maka sembah seorang menteri daripada dewa-
dewa, ‘Ada, tuanku, kepada dataran tanah besar sebelah
Pulau Seri namanya, ia membuat negeri serta hendak
menanti ambil kalau-kalau ada duli tuanku hidup.’
(HMM, hlm 21)
Adat PerkahwinanMaka Raja Merong Mahawangsa pun berangkatlah masuk ke
istana diiringkan oleh anakanda baginda itu serta menyuruh memulai
kerja berjaga-jaga mengerjakan anakanda baginda itu, dengan makan
minum dan bersuka-sukaan dengan beberapa banyak perburuan yang
disembelih jadi tambul orang berjaga-jaga itu, serta dengan segala
permainan daripada gong, gendang, serunai, nafiri, harbab, kecapi,
dandi, muri, kopak, ceracap, serdam, bangsi, nahara, menjadi empat
puluh hari empat puluh malam yang berjaga makan minum dengan
segala menteri, hulu balang, para penggawa sekalian, terlalulah
ramainya. Setelah genaplah empat puluh hari, maka pada hari yang
baik dan saat yang sejahtera, pada ketika itulah dikahwinkan
anakanda baginda itu dengan seorang anak raja perempuan, …
(HMM, hlm 29-30)
Budaya Islam
…Adapun yang harus bagi kita perbuat masjid
tempat sembahyang itu diperbuat gendangraya kepada
delapan hari sekali dipukul daripada pagi sampai waktu
zuhur, sembahyang Jumaat. Maka berhenti tanda
berhimpun segala anak mukim hendak sembahyang Jumaat
kepada masjid itu, kadar kedengaran bunyi dendang raya. …
(HMM, hlm 103)
PANDANGAN HIDUP
Pemenang akan berkuasa
Demi didengar oleh Raja Kelana Hitam, maka naik marahlah ia,
mukanya merah seperti bunga raya, serta titahnya, ‘Main yang mana kamu
tewas dan peperangan yang mana kamu sudah alah, tiada patutkah aku
menjadi raja didalam negeri Kedah? Jika tiada boleh aku menjadi raja
dengan baik, maka kuambil juga dengan senjataku. Maka hendaklah kamu
katakan pada penghulu engkau itu, jikalau ia hendak menggalang-galang dan
menyekat kami sekalian ini hendak pergi ke negeri Kedah itu, keluarlah ia ke
medan peperangan melihatkan pertikaman kami, baik esok atau sekarang ini,
itupun yang mana jadi keseukaan kamu.’
(HMM, hlm 64)
Sentiasa memelihara hubungan baik
Maka utusan itupun diberinya persalinan, dan hadiah akan
paduka kakanda pula dengan beberapa pakaian yang indah2 dan kain
yang halus2 serta dipesan pula oleh Raja Seri Mahawangsa dengan
titahnya, ‘Hendaklah tuan hamba sekalian sembahkan pada saudara kita,
jika ia beroleh anak beri jua khabar ke negeri Kedah ini, demikianlah kita
hantarkan. Jikalau kita tiada sekalipun, kita pesan taruh kepada anak
chuchu kita biar sampai kepada akhir zaman, nischaya tersebutlah nama
kita pada alam dunia ini tanda kita berkasih-kasihan.’
(HMM, hlm 38-39)
Pemerintahan yang adil dan saksama
Setelah itu lalu diperjamukan makan minum pula kepada sekaliannya
itu serta dengan memalu bunyi-bunyian dan mengajarkan Raja Phra Ong
Mahaputisat itu sharat orang menjadi raja: ‘Mahulah baik2, menaruh sabar
dan mengasihani diatas segala rakyat bala dan daripada hamba sahaya
sekalipun mahulah dengan adil dan murah hati dengan memberi derma
kurnia sedekah akan fakir miskin dan yang patut dibunuh sehari
itupun hendaklah ditaruh sampai tiga empat hari supaya dihalusi
baik2 baru dibunuh…’
(HMM, hlm 71)
NILAI ILMU
NILAI ILMU
Yayasan Karyawan (2000) terdapat beberapa
gambaran secara menyeluruh tentang budaya
ilmu orang Melayu. Gambaran ini diperoleh
daripada tradisi Melayu sumber ilmu yang penting
berkaiatan dengan pengalaman ( praktik ), abad
dan budi. Ilmu berdasarkan pengalaman dan
pemerhatian lebih penting daripada ilmu abstrak.
Nilai Ilmu
Ilmu Etika(Ilmu
tingkah laku baik
atau buruk)
Ilmu Estetik
a(Ilmu
keindahandan
kesenian)
Ilmu Kosmol
ogi(Ilmu
berkaitandengan alam)
Ilmu Teologi
(Ilmu Ketuhanan-dalam sudut
Islam)
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
ILMU TEOLOGI“ Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, ‘Hai burung geroda, demi
Tuhan yang menjadikan aku, adapun jodo pertemuan itu di
dalam batu atau di dalam kayu sekalipun tiada yang dapat
menceraikan dia’
(HMM,
hlmn 3)
“…berbuat amalan ibadat sahaja kepada ALLAH subhanu
wa taala dengan membawa syariat Nabi Muhammad
Rasullullah dengan kebetulan kitab Furqan yang mulia lagi
yang keramat, iaitu dinamakan Quran…
(HMM, hlmn
77)
“Maka sangatlah Shekh Abdullah Amani menghafaz Quran
itu. Maka ia membaca ta fsir
( HMM, hlmn 78)
ILMU ESTETIKA“Maka Raja Merong Mahawangsa pun bertitah kepada sekaliannnya
suruh beringat-ingat alat senjata masing-masing tangan serta
mengisi ubat bedil Meriam, jangan dialpakan.”
(HMM, hlmn 6)
“…masing-masing memegang senjata. Maka Raja Merong Mahawangsa
pun naiklah ke atas beranda bahteranya itu dengan alat senjata serta
memegang panahnya yang bernama Berana Pura itu…”
(HMM, hlmn 8)
“…serta dengan segala permainan daripada gong, gendang, serunai,
nafiri, harbab, kecapi, dandi, muri, kopak, ceracap, serdam,
bangsi, nahara, menjadi empat puluh empat malam…”
(HMM, hlmn29)
ILMU KOSMOLOGI“…hamba menceraikan anak raja kedua itu nescaya hamba undurlah daripada
bawah langit dan atas bumi daerah tempat kediaman segala manusia
sekalian ini.” (HMM, hlmn 3)
“Setelah demikian datang pula burung geroda itu kesaktian menurun hujan,
angin ribut guruh itu, maka segeralah ia …”
(HMM, hlmn 7)
“ Lalu terbanglah pula ia pergi menuju mahaligai Raja Benua China itu serta ia
menurunkan angin ribut, taufan, hujan, kilat, guruh, petir halilintar serta
kelam kabut zulmat berdahanam bunyinya tiada siapa…”
(HMM, hlmn 1)
“…baharulah bertemu dan berhenti pada tanah yang baik kepada suatu anak
sungai, airnya lepas ke laut, lagipun tanahnya rata, orangnya pun banyak.”
(HMM, hlmn 33)
ILMU ETIKA“Maka Raja Merong Mahawangsa pun duduk di dalam negeri yang
yang baharu diperbuatnya itu, hingga sampai beroleh seorang putera
laki-laki, terlalu baik rupa parasnya, serta dengan besar, panjang
nipis, agung-agungan, ditakuti oleh orang sekalian.”
(HMM, hlmn 25)
“Maka tiada berapa lamanya selang setahun maka baginda pun
beroleh pula seorang anak perempuan, itu pun terlalu sekali baik rupa
parasnya, cantik manis,… Kemudian daripada beberapa tahun pula
mendapat lagi satu putera laki-laki yang terlalu baik rupa parasnya
mengikut kakanda baginda kedua itu. Maka budi pekerti serta akal
bicara pun terlalulah baik.
(HMM, hlmn 31)
TEKNIK KEPENGARANGAN
Kepengarangan merujuk kepada
keterampilan, kecerdikan dan kearifan
seseorang pengarang itu dalam
berkarya.
Pengalaman diperoleh melalui
bayangan, ingatan, kutipan, pengaruh,
pembacaan, pemerhatian, pengamatan,
kajian dan penyelididikan dan apa
sahaja unsur yang hadir termasuk yang
bersifat konseptual dan kontekstual.
Negara-negara ternama di daerah
Kepulauan Melayu telah mengabadikan
sejarah awal masing-masing dengan
menghasilkan beberapa karya
historiografi.
Seorang pengarang dari istana Kedah
telah menempa namanya yang tidak
bertulis apabila beliau menghasilkan
Hikayat Merong Mahawangsa dan
meletakkan karya itu staraf dengan lain-
lain karya historiografi Melayu.
pengarang telah menggembelingkan fakta-fakta sejarah
dengan unsur-unsur mitos. Di antaranya ialah dalam kisah
Nabi Allah Sulaiman dan burung garuda
Raja Bersiung
Pemberontakan menentang Raja Bersiung.
Perhubungan dengan Siam.
Raja Buluh Betung dan Puteri Seluang.
Kedatangan Islam
Unsur realiti di dalam peristiwa ini ialah Nabi Allah
Sulaiman sendiri serta dengan mukjizatnya.
Unsur mitos pula muncul dalam bentuk burung
garuda dan perkahwinan Putera Raja Rom dengan
Puteri Raja Cina. Pengarang telah mencadangkan
percantuman dua kuasa besar, satu dari sebelah
barat dan satu dari sebelah timur. Peristiwa inilah
penting kerana membawa kepada pembukaan negeri
Kedah yang disebut oleh pengarang sebagai
'Langkasuka'.
Pengarang historiografi Melayu bukanlah pengarang
biasa untuk hanya mengemukkan sejarah negerinya.
Tanggungjawab lebih besar kerana ia juga harus
mempertahankan kedaulatan dan maruah rajanya.
Dari suatu sudut, pengarang menggambarkan Raja
Bersiung sebagai tidak berdaya mengendalikan
nafsunya. Tumbuhnya siung bukanlah atas kehendak
dirinya sendiri. Pengarang ingin menyelitkan
pembelaan seolah-olah Raja Bersiung tidak patut
dipersalahkan atas apa yang berlaku.
pengarang menganggap perbuatan memakan
manusia itu sesuatu yang ganjil dan gagah yang
harus dikagumi. Dengan ini pengarang menyatakan
bahawa rajanya adalah berasal daripada keturunan
raja yang megah dan berani. Seluruh peristiwa ini
merupakan suatu mitos untuk merakamkan
keagungan asal usul raja.
Kedaulatan raja masih dijaga dengan tidak
membenarkan beliau jatuh ke tangan rakyat yang
memburunya. Malah ia dikatakan hilang begitu
sahaja di dalam rumpun buluh betung.
Keistimewaan Hikayat Merong Mahawangsa yang
teragung ialah cara yang dipilih oleh pengarang
untuk mengisahkan bagaimana Raja Phra Ong
Mahawangsa memeluk agama Islam.
Pengarang mengatakan Islam yang sampai ke Kedah
itu telah dibawa oleh Sheikh Abdullah dari Baghdad.
Pilihannya wajar bukan sahaja nama itu mengandungi
'aura'nya yang terasing tetapi juga kerana Baghdad
tidak kurang pentingnya sebagai suatu pusat
perkembangan dan pentadbiran kerajaan Islam.
SENI BAHASA
T E K N I K P E M E R E N G G A N A N
Perenggan adalah unit karangan yang mengandungi
beberapa ayat, yang antara satu dan lain mempunyai
hubungan dari segi makna dan tatabahasa.
Teknik Penyenaraian
Menulis dalam bentuk senarai dan mengikut urutanDalam empat perkara ini hendaklah jangan sekali-kali ditentukan jikalau tiada dengan janji daripada Tuhan alam. Pertama rezeki…. Kedua, perkara yang memutuskan rezekinya…. Ketiga, perkaranya jodo pertemuan…
(hlm 20 baris 17)
Teknik Pentakrifan
Keterangan atau penjelasan yang se singkat mungkin tentang
sesuatu per kataan.
Sulalatus Salatin iaitu peraturan segala raja – raja.
( hlm 2 baris 3)
Teknik Percontohan
Benda (sebahagian benda-benda) yang sifat-sifatnya (rupa,
macam, keadaan) sama dengan semua benda daripada jenisnya,
benda yg dapat mewakili benda lain kerana sama sifat -sifatnya.…serta dengan beberapa binatang jenisnya daripada rusa, kijang, pelanduk, napuh, sapi dengan segala perburuan yang dimakan oleh sekaliannya.
(hlm 12 baris 41)
Teknik Soalan Jawapan“Siapakah tuan ini? (soalan) Berkata benarlah, jinkah atau manusiakah?” ….. “Hai ibuku, dengan sesungguhnya beta ini manusia juga”(jawapan)
(hlm 14 baris 13)
Teknik Jawapan Soalan‘Kalau-kalau ada hidup (jawapan), apa jua katamu?’. (soalan)
(hlm 19 baris 5)
Teknik Soalan-Jawapan-SoalanMaka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Hai burung Geroda, apa khabarnya yang engkau berjanji hendak pergi berbuat? Adakah dapat engkau perbuat seperti cakapmu itu atau tiadakah?” (soalan) Maka sembah burung geroda, “Ya Nabi Allah, sudahlah hambamu kerjakan seperti kehendak hambamu itu.” (jawapan). Maka sabda Nabi Allah Sulaiman, “Betapa perinya perbuatan engkau atas kedua anak raja dua buah negeri itu?” (soalan)
(hlm 18 baris 9)
Teknik Urutan RuangSetelah sudah lengkap kota istana, kemudian segala menteri hulubalang pun masing-masing berbuat rumah dan kampung, diaturnya berkeliling kota rajanya.
(hlm 13 baris 4)
Teknik Perbandingan“ Baik, perbuatlah oleh tuan hamba barang kuasa engkau, tetapi pesanku kepada engkau tatkala sudah tetap engkau boleh menceraikan jodo pertemuan manusia itu, hendaklah engkau datang ke mari ceterakan kepada aku.”
( hlm 4 baris 1)
Teknik FalsafahMaka tetaplah Raja Merong Mahawangsa dia atas takhta kerajaan dengan adil murahnya.
(hlm 13 baris 19)
Teknik Pengkelasan…segala raja – raja yang besar – besar yang bermakuta, dengan segala menteri dan para penggawa, hulubalang, sida – sida, bentara, biduanda sekalian, penuh sesak di balai paesban agung…
( hlm 4 baris 31 )
Teknik Kontras masa…makinlah bertambah-tambah rakyatnya daripada sebulan kepada sebulan, daripada setahun kepada setahun, makin banyak segala orang pindah ke negeri itu.
(hlm 30 baris 16)
R E T O R I K
Pemerian : Penulisan jenis deskriptif dan bertujuan
menggambarkan sesuatu idea.Setelah ratalah sudah dicarinya lalu bertemulah dengan manusia yang tiada berketahuan rupanya, penuh dengan kapang segenap tubuhnya, matanya juga terkelip-kelip.
(hlm 13 baris 40)
Pemujukan : Dalam retorik ini penulis berusaha
mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan,
dan pandangan pembaca.“Hai mak inang, sabarlah dahulu, nanti datang burung geroda itu ke mari kita pinta kepadanya segala pakaian”.
(hlm 15 baris 14)
Penceritaan : Menyampaikan sesuatu cerita iaitu menghubungkan
beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik
Adapun raja itu ayahnya daripada indera – indera dan bondanya itu asal daripada dewa – dewa. Maka terbukalah pintu hatinya gemar dan suka ia beristeri akan anak Raja Gergasi, kerana puteri itu kecil lagi baik rupa parasnya dan asal bondanya daripada raksasa. Maka jadi tiadalah suka bondanya Raja Merong Mahawangsa akan dia beristeri akan tuan puteri itu. Maka oleh raja Merong Mahawangsa, barang ke mana ia pergi dibawanya pergi isteri bersama – sama dengan dia, tiada ditinggalkan dengan segala menteri, para penggawa, hulubalang, sida – sida, bentara, biduanda, rakyat sekalian, kerana Raja Merong Mahawangsa itu ia ketahui ilmu kesaktian dan ditakuti oleh sekalian raja – raja.
(hlm 4 baris 40)
Penerangan : penerangan tentang sesuatu perkara
dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu
langkah yang lain.
Maka Nabi Allah Sulaiman tersenyum mendengar sembah burung
geroda itu. Maka sabda Nabi Allah Sulaiman kepada raja jin yang
bernama Harman Syah, “Hendaklah tuan hamba suruh akan
menteri tuan hamba barang seratus orang pergi ambil puteri
anak raja China itu. Maka hendaklah dibubuh ke dalam petinya
ketiga berhamba itu serta dengan anak raja Rom itu. Pada
ketika ini juga mahu sekalian itu mari ke hadapan hamba.”(hlm 19 baris 15)
S T I L I S T I K ( G A Y A B A H A S A )
Menurut Abu Hassan ( 2012 : 15 ) dalam bukunya
bertajuk Seni Mengarang stilistik berkait rapat
dengan gaya bahasa dan teknik mengindahkan
bahasa supaya tampak menarik tetapi maknanya
akan lebih mudah difahami dan lebih memberi kesan
kepada khalayak pembaca.
Strategi skema - penyimpangan atau perubahan dari segi bentuk ayat atau susunan perkataan
Skema Keseimbangan
Antitesis- Antitetis merupakan perletakkan dua ayat atau kata yang
bertentangan dalam kedudukan berdampingan.“Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja – raja Melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada ini, serta dikurniai dengan sejarahnya.” ( hlm 1 baris 21 )
Skema Perulangan
Anafora- Pengulangan perkataan yang sama pada permulaan klausa.Maka burung geroda itulah yang diam di pulau mencari makan. Maka burung itu pun pada masa zaman Seri Rama dan Anduman biasa masuk perang, banyak juga kesaktiannya dan banyak juga segala binatang yang terbang yang berjalan di bumi takut akan dia.
(hlm 2 baris 29)
Asonansi- Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam suku kata yang diberi.
…bedil meriam yang dipasang itu seperti bunyi guruh dan tagar, terlalu gempita, alamat di laut itu tiadalah.
(hlm 6 baris 8)
Aliterasi- Pengulangan konsonan pertama atau pertengahan dalam dua atau lebih kata kata yang bersebelahan.
..dilihat oleh burung geroda terlalu banyak alat senjata yang datang hendak mengenai dia, maka ia pun tiada ambil tahu kerana tiada memberi guna kepada burung geroda itu, …
(hlm 7 baris 10)
Epistrop- Pengulangan perkataan yang sama pada akhr klausa yang berturutan
Maka segera dipandang oleh utusan itu, dikenalnyalah bahawa utusan itu menteri pada raja Rom, lalu katanya pada orang Rom itu..
(hlm 26 baris 35)
Antiklimaks- Penyusunan kata-kata atau frasa atau klausa
dalam urutan kepentingan yang menurun.Maka adalah antara sepuluh lima belas hari lamanya Raja Ong Maha Perita Deria bermain di dalam hutan rimba itu, lalu dihantarkan oleh gajah itu akan rajanya ke kota hingga sampai ke balairung, ia menerumkan…
(hlm 44 baris 16)
Polisindeton- Pengulangan kata hubung…bahtera itu pun berkampunglah jadi suatu pula, serta melabuhkan sauhnya masing-masing, serta memegang alat senjata pada segenap tangan dan berjaga tali akar dan mengisi ubat segala bedil meriam.
(hlm 9 baris 13)
Skema PenguguranElipsis- pengguguran sebahagian kata dalam suatu ungkapan, tetapi dapat difahami dalam konteks berkenaan
Maka segera dipandang oleh utusan itu, dikenalnyalah bahawa utusan itu menteri pada raja Rom, lalu katanya pada orang Rom itu,...
(hlm 26 baris 35)
Skema Ragamanfrasa yang tidak dapat dihimpunkan dalam salah satu kumpulan skemaKhusus – Umum- Sebut nama tempat khusus barulah secara umum
Maka pada malam itu… ia tiada di Gunung Jerai ia pergi keduanya ke negeri Patani mendapatkan rajanya.
(hlm 44 baris 27)
Strategi majaz - Majaz bermaksud memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan petunjuk.
Majaz Pertentangan
Hiperbola- Penggunaan kata atau kiasan yang terdiri daripada ungkapan yang berlebih-lebihan untuk menerangkan sesuatu.
…habislah mati orang berhamburan pada segenap laut itu, tiada lagi hidup barang seorang jua pun.”
(hlm 18 baris 38)
Majaz Pertautan- gaya bahasa pertautan merupakan hubungan pertautan makna sama ada yang bersifat simbolik, perumpamaan/ tamsilan.
Metonimi- Pengganti dengan menamakan sesuatu benda yang erat hubungannya dengan perkara yang dimaksudkan.
… alat senjata pada segenap tangan dan berjaga tali akar dan mengisi ubat segala bedil Meriam
(hlm 9 baris 15)
Majaz Ragaman- Penggunaan strategi retorik yang tidak digolongkan dalam kategori majaz yang sudah dibincangkan kerana kepelbagaian bentuk dan struktur kemajaziannya
Ekslamasi- Penggunaan kata seru“Hai Pusar Sempani Gembira, pergilah engkau lawan burun geroda itu”.
(hlm 9 baris 21)
Majaz Melayu
Simpulan bahasaMaka anak raja Rom itu pun jatuhlah hatinya, jadi tiadalah takut keduanya itu akan burung geroda itu. (hlm 17 baris 19)
KESIMPULAN Penghasilan karya agung yang menarik tentang kisah keturunan raja khususnya
melibatkan kerajaan negeri kedah.
Penceritaan yang menarik dengan menonjolkan beberapa aspek mengenai nilai budaya dan
pegangan hidup, nilai ilmu yang diamalkan.
Gaya penulisan yang menarik minat pembaca dengan menghasilkan teknik yang sesuai.
Dapat dijadikan pedoman untuk generasi yang akan datang.
SEKIANTERIMA KASIH