praktikum

59
PRAKTIKUM PENDIDIKAN

Upload: johnson-ea

Post on 26-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Praktikum

TRANSCRIPT

Perhatikan pernyataan ini:

PRAKTIKUM PENDIDIKAN Pemikiran reflektifKitaran Proses PengajaranRefleksi Dalam PerguruanDalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.(Shulman 1987)Apabila seseorang menghadapi keadaan yang bermasalah, kecenderungannya ialah untuk terus bertindak dalam keadaan berkenaan dan cuba menggunakan sebarang cadangan dalam minda untuk menyelesaikan masalah tersebut.Pemikiran reflektif menghendakkan seseorang menangguhkan tindakan untuk mencari dan menilai penyelesaian. Justeru itu, fasa pertama ialah pengecaman penyelesaian yang mungkin untuk mengatasi masalah berkaitan.PEMIKIRAN REFLEKTIFPemikiran dan amalan refleksi terhasil daripada cetusan idea yang dikemukakan oleh Dewey (1933) dalam bukunya yang berjudul How We Think.

ReflectionKamus WebsterTo think seriouslyContemplate (merenung kembali)Ponder (berfikir, mengenang)

Konsep refleksi seringkali diguna pakai dalam bidang pendidikan dengan pelbagai istilah yang berlainan seperti Reflection-in action (Schon, 1983), refleksi metakognisi (Fogarty, 1994), pembelajaran reflektif (Boyd dan Fales, 1983), refleksi kritikal (Mezirow dan associates, 1990), pemikiran reflektif (Dewey, 1933) dan mindfulness (Langer, 1989;1997).Pemikiran reflektif adalah satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan sedemikian.(Woolfolk,1995)Ciri-Ciri Pemikiran Refleksisentiasa berusaha mencari maklumat dan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbulkomited dan sentiasa berasa tanggungjawab dalam memikirkan sesuatu masalah itu dengan lebih mendalam dan terperinci.Sering memikirkan kebaikan bukan sahaja bermanfaat untuk dirinya malahan untuk orang lain terutama pelajarnya supaya mereka mendapat faedah yang terbaik..Ciri-Ciri Pemikiran RefleksiSentiasa bersikap scepticism dan berfikir secara kritikal terhadap teori amalannyabersikap terbuka untuk menerima idea-idea baru dan menyesuaikannya dalam pengajaran dan pembelajaranPerhatikan pernyataan ini:Pernyataan 1Pernyataan 2Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan yang berkaitan.Pelajar tidak memahami sepenuhnya apa yang disampaikan. Mungkin kerana ABM yang disediakan tidak tepat. Guru sepatutnya lebih banyak memberikan contoh-contoh yang berkaitan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang hendak disampaikan.Pernyataan 1:Hanya melaporkan keadaan yang berlaku di dalam kelas tanpa menyatakan bagaimana perkara tersebut boleh terjadi serta apakah tindakan untuk mengatasinya.Pernyataan 2:Mengenal pasti isu yang kritikal dalam pengajaran dan menyatakan bagaimana hal tersebut boleh berlaku serta tindakan yang perlu dilaksanakan.

Tahap Refleksi (Van Manen)Tahap Satu: Refleksi Teknikal

Memikirkan keputusan mengenai penggunaan pengetahuan pedagogi yang berkesan dan berfaedahHanya memikirkan bagaimana mencapai matlamat yang ditetapkan.Tahap Dua: Refleksi PraktikalMerenung melebihi keberkesanan teknikalCuba mengkaji hasil kesan daripada cara-cara yang digunakan demi mencapai matlamat pendidikan.Tahap Ketiga: Refleksi Kritikal

Menggabungkan akhlak, etika dan tindakan profesional dalam pengajarannyaMenyoal amalan dan hasilnya.Pemikiran dan amalan refleksi merupakan suatu bentuk pemikiran yang sukar diterjemahkan secara eksplisit.Salah satu alat yang sangat efektif untuk mengaplikasikan pemikiran dan amalan refleksi adalah jurnal refleksiHatton dan Smith menegaskan terdapat empat kategori bagi penulisan refleksi iaitu penulisan deskriptif, penulisan refleksi deskriptif, penulisan refleksi dialog dan penulisan refleksi kritikal.PENULISAN DESKRIPTIFmerupakan penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik darjah dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan mengenai sebab, akibat dan kaitan peristiwa dan kesannya terhadap sikap dan kepercayaan penulis.ContohnyaKhamis (15/2/03), Makmal Sains, kebanyakan pelajar bising dan berbual sesama sendiri semasa demonstrasi eksperimen dijalankan. Keseluruhannya kelas berada dalam keadaan yang sukar dikawal.PENULISAN REFLEKSI DESKRIPTIFadalah penulisan yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa yang terjadi secara jelas dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan dan justifikasi ke atas perkara yang berlaku.Contohnyakebanyakan pelajar pasif dan menundukkan muka apabila diajukan soalan mungkin kerana mereka berasa malu sekiranya jawapan yang diberikan bertentangan dengan jawapan yang sebenar.DIALOGadalah penulisan refleksi yang mengandungi kata-kata merujuk kepada bisikan hati penulis kepada peristiwa yang sedang direnungkannyaPenulisan ini boleh dilihat dengan mudah bila penulis menyoal dan menjawab persoalan yang difikirkan. Ia seakan-akan berbincang dengan diri sendiri.ContohnyaKenapa pelajar pasif dan enggan menjawab soalan tersebut? Adakah saya terlalu garang dan tegas terhadap mereka? Adakah mereka tidak faham dan jelas dengan apa yang saya sampaikan?.KRITIKAL

adalah jenis penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan hal-hal di luar rutin bilik darjah. Ianya lebih menekankan kaitan peristiwa dengan hal-hal seperti falsafah diri guru sains sendiri, falsafah pendidikan , isu-isu wawasan, perpaduan, politik, ekonomi dan sosial.ContohnyaSebagai guru sains, saya perlu merangsang daya inkuiri pelajar supaya dapat merangsang pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis, secara tidak langsung mempertingkatkan strategi metakognitif pelajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan....Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Saya tidak suka ketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar fizik beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari fizik. Tetapi....setelah beberapa minggu, saya dapati pendekatan saya ini menyebabkan prestasi pelajar dalam fizik merosot ... saya dah mula menggelabah...takut dipersalahkan oleh guru pembimbing...Kemudian saya cuba melakukan pemikiran dan amalan refleksi seperti yang disarankan barulah saya tahu betapa zalimnya saya kerana tidak memerhatikan pelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Saya perlu ubah pendekatan pengajaran saya...Saya perlu perbanyakan aktiviti pengajaran yang dapat menggalakkan pelajar berfikir serta berupaya mencungkil idea awal pelajar...Peranan RefleksiMembantu:Membuat penilaian kendiriBerfikir secara analitik, kritis, dan kreatifMenganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerjaMelihat alternatif dalam membuat keputusanMencari jalan penyelesaianMengubah tingkahlakuMeningkatkan Pemikiran ReflektifApakah prasyarat untuk seseorang membuat refleksi?Apakah proses yang dilakukan untuk membuat refleksi?Apakah kemahiran asas untuk membuat refleksi?Apakah bezanya seorang reflektif dengan seorang yang tidak reflektif?Prasyarat untuk seseorang membuat refleksi:KeterbukaanMelihat masalah dari semua perspektifMengambil kira semua maklumat yang diperoleh sebelum membuat keputusanBertanggung jawabBertanggung jawab di atas kejayaan dan segala kegagalan

KerelaanKomitmen sepenuhnya terhadap tugasDapat memenuhi keperluan profesion

Pemikiran reflektifPemikiran refleksi dapat dikesan melalui catatan refleksi dan tindakan susulan yang dilaksanakan secara berterusan serta memperlihatkan perubahan yang positifKriteria-kriteriaDapat menilai kekuatan dan kelemahan diri.Dapat menghubung kait sebab dan akibat tentang tindakan yang diambil.Dapat mengaitkan sebab dan akibat membuat inferens.Dapat meramal kesan sesuatu tindakan dan bertindak berlandaskan bukti, seterusnya merancang langkah susulan.

PraktikumRefleksi selepas P&PApa perasaan (fokus kepada peristiwa)KekuatanKelemahanCara atasi kelemahanPemikiran reflektif melalui penulisan jurnal.

Refleksi selepas P&P

PanduanApakah perasaan saya terhadap pengajaran tadi? Apakah yang paling menarik tentang pelajaran tadi?Adakah pembelajaran telah berlaku?Sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai? Adakah pelajar telah mempelajari kandungan pelajaran? Apakah bukti penilaian saya dalam aspek ini?Adakah pelajar menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pelajaran ini? Apa buktinya?Apakah faktor-faktor yang membantu/menghalang pencapaian objektif?Apakah langkah yang difikirkan boleh membaiki/mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Sekiranya saya mengulangi pelajaran ini, bagaimana saya boleh meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran? Bagaimanakah pengalaman ini dapat membantu saya mengajar dengan lebih berkesan?

Kelemahan Penulisan Refleksi Salah satu kelemahan penulisan refleksi yang lazimnya dilakukan oleh guru pelatih ialah penulisan kenyataan yang terlalu umum dan tidak berasas.Contoh :Objektif pelajaran tercapai. Pelajar telah mengikuti pelajaran dengan baik.

Contoh penulisan refleksi yang sepatutnya: Objektif 1 dan 2 dapat dicapai oleh pelajar. Objektif 3 (penulisan) tidak dapat disempurnakan oleh kumpulan Anggerik kerana soalan-soalan terlalu banyak. Bimbingan rakan sebaya akan diatur untuk kumpulan ini dan aras soalan akan disesuaikanCatatan refleksi ini ditulis pada ruang ulasan kendiri dalam buku rancangan pengajaran. Catatan ini akan disemak oleh guru pembimbing/pensyarah penyelia dan boleh dijadikan asas perbincangan bersama.

Aktiviti SimulasiSeorang pensyarah memainkan peranan sebagai guru pelatih dan mengajar satu tajuk. Pensyarah lain sebagai pelajar.Seorang pensyarah lain memainkan peranan sebagai pensyarah penyelia.Perbincangan di antara guru pelatih pensyarah penyelia.

Refleksi boleh dikembangkan melalui:Grids reflektifTulisan jurnal, diari, buku log Soalan-soalan pemikiran7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHGrid reflektif:Mengikut aktiviti

Mengikut tajuk

7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHNama AktivitiTujuanDeskriptif aktivitiPerasaan/komenLain-lainNama tajukMatlamatProsedurHasilPerasaan/aksi/komenMengikut soalan:

7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHLangkah-langkah melaksanakan aktivitiHuraianApa yang telah saya buat?Bagaimana saya rasa?Apa yang telah saya belajar?Kepentingan Grid refleksi:

Mencatatkan pemikiran dan perasaan dalam tulisanBerbentuk struktur untuk memudahkan imbasanMewujudkan cabaran otak untuk memikirkan secara mendalam tentang apa yang kita buat dan mengapa kita lakukan perbuatan itu

Grid refleksi ini boleh digunakan oleh guru atau pelajar yang ingin membuat refleksi terhadap pengalaman lampau.7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHTulisan jurnal, diari, buku logMerupakan catatan peristiwa,masalah, perkara-perkara aneh dan aktiviti pendidikan di dalam bilik darjah.Dilakukan setiap hari.Format tertentu.7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHFormat tulisan jurnalTarikh dan kelasMasalah utamaGuru berusaha menangani satu masalah yang paling berat pada satu masa.Latar belakang masalah utamaJelaskan sebab-sebab guru memilih masalah utama ini, siapa yang terlibat, tahap pelajar, kekerapan berlaku masaalah.7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHCadangan tindakanJelaskan tindakan yang guru rancangdan hendak laksanakan untuk menghadapi masalah berkenan.Apakah faktor-faktor yang telah guru ambil kira dalam memilih tindakan tersebut.Apakah hasil yang guru harapkan daripada pelaksanaan tindakan ini.Kesan tindakanApakah yang telah guru alami sebenarnya ketika tindakan dilaksanakanBagaimana reaksi pelajar terhadap tindakan guruApakah yang telah berlaku yang diluar jangkaan guruJelaskan perkara-perkara yang guru anggap menarik.7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHAnalisis dan refleksiBuat analisis dan refleksi ke atas apa yang berlakuApakah pembelajaran yang telah guru perolehi dalam menangani masalah ini.Huraikan pengetahuan dan kesedaran baru yang telah guru perolehi.Huraikan tindakan susulan yang akan guru lakukan bagi menangani masalah yang sama.7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHPenulisan ini dicadangkan seminggu sekali, iaitu hari akhir pada setiap minggu. Buku jurnal hendaklah sentiasa dibawa bersama-sama ke sekolah sepanjang menjalani praktikum dan sentiasa dikemas kini untuk disemak.Catatan jurnal harus meliputi bidang kurikulum, kokurikulum, perhubungan interpersonal dalam masyarakat sekolah, peristiwa, tugas dan tanggungjawab guru, kebajikan pelajar serta cadangan/pandangan dan sebagainya.

Tarikh:Minggu:Peristiwa sepanjang minggu:kokurikulum perhimpunan rasmi mesyuarat peristiwa penting lain-lain

2.Masalah/KekanganPengajaran Pembelajaran Pengangkutan Kewangan Lain-lain3.Pencapaian/KejayaanPengajaran Pembelajaran Sukan Guru Bertugas Lain-lain4.Pandangan/Cadangan

Format tulisan diariAdalah lebih mudahMerupakan dokumen laporan aktiviti dan perasaanAtau komen terhadap aktiviti harian itu.Isi utama:Perhatian, perasaan dan komen7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHFormat tulisan buku logMerupakan catatan peristiwa atau masalah-masalah tertentuDihuraikan dengan telitiCara-cara mengatasi masalah, pendapat atau komen penulisCatatan dilakukan mengikut kes demi kes dalam jangka masa tertentu.7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHSoalan-soalan pemikiranKegiatan refleksi ini adalah menimbulkan soalan-soalan semasa pelaksanaan sesuatu tindakan.Memberi ingatan atau perhatian semasa membuat perancangan baruBerbentuk inkuiri penemuanSoalan-soalan berbentuk konvergen atau divergen7/12/2013ENCHUM IPGK-IPOHJurnal RefleksiProses yang dilakukan untuk membuat refleksiPilih isu

Sesuatu yang tidak berjalan lancar

Boleh dalam fasa perancangan, fasa pelaksanaan, dan fasa penilaian

Boleh juga aspek pengurusan bilik darjah, kegunaan alatpengajaran, teknik pengajaran atau pun pengurusan masaHuraian isu

Empat soalan w ditangani:Siapa yang terlibat? WHOApakah keadaan, keprihatinan atau isu? WHATBila peristiwa berlaku? WHENDi mana peristiwa berlaku? WHEREAnalisis isu

Langkah mendalami isu

Tanya mengapa terhadap huraian dalam langkah sebelum ini.

Tanya bagaimana hubungan isu dengan amalan pengajaran perlu ditanganiMenilaiPenilaian kendiri berlaku di sini apabila anda menginterpretasi aktiviti atau bukti dan menilai kesesuaian dan impak

Adakah tindakan/tingkahlaku sesuai? Jika yamengapa? Jika tidakmengapa?Tindakan susulan

Langkah ini merupakan peluang penting untuk perkembangan apabila anda gunakan pengertian hasil daripada refleksi dalam membaiki dan mengubah amalan anda.Bengkel