pre eklampsia
DESCRIPTION
Medical asistant case studyTRANSCRIPT
KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ULU KINTA,
31250 TANJONG RAMBUTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN,
TAHUN 2 SEMESTER 2,
CASE STUDY ( PENGKAJIAN KES )
(KLINIK KESIHATAN GUNUNG SEMANGGOL)
KESIHATAN IBU DAN ANAK ( UNIT KOMUNITI )
TAJUK :
HIPERTENSI SEMASA HAMIL (PRE-EKLAMPSIA)
NAMA : MUHAMAD HARMAIN BIN AHMAD FUAT
NO MATRIKS : BPP 2009 – 7853
NO KAD PENGENALAN : 900612-14-6283
Bilangan Patah Perkataan : 1,093 patah perkataan
Pengesahan Penerimaan :
Nama Pengajar : ………………...
Tarikh : ………………...
Maklumat Pesakit
Nama pesakit : Zarina binti Abdul Aziz
No I.C : 750323- 08-5508
Umur : 35 tahun
Pekerjaan : Suri rumah
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Nama suami : Abdul Halim bin Mansor
No I.C suami : 640501-08-5993
Pekerjaan suami : Operator Pengeluaran
Maklumat Kesihatan Pesakit :
LMP (Last Menstrual Period) : 20/01/10
EDD (Expected Delivery Date) : 27/10/10
Gr : 04 P : 02 + 01
Sejarah Penyakit Masa Kini : PIH and GDM on Insulin 2004 & 2005
B/Pressure – 160/110 mmHg
Hb – 8.7
Sejarah Kandungan Lalu :
Bilangan Anak 1 Anak 2
Tahun 2001 2005
H/kandungan Term Term
J/kandungan EM LSCS EM LSCS + lol
Tempat kelahiran Hosp.Taiping (Doktor) Hosp.Taiping (Doktor)
Jantina Lelaki Perempuan
Berat 3.5 4.5
Komplikasi – Ibu :
Anak :
PIH & DM on Insulin PIH & DM on Insulin
NNJ Poor Progress NNJ
Penyusuan Susu Ibu 6/12 3 Tahun
Keadaan Anak Sekarang Hidup sihat Hidup sihat
Tarikh Perkahwinan : 27 /10 / 95
Tinggi Ibu : 154.1 cm
Haid : 7-8 hari Pusingan : Regular
Kumpulan Darah : O Rh : + positif
Perancang Keluarga : Tidak
Pendahuluan
Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil
dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi manakala
hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension adalah normal
semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan dan sesuatu yang
tidak perlu dirisaukan.
Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah
disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eklapmsia yang boleh menjurus
kepada eklampsia, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eklampsia dan
ecklampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5-
10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eklampsia.
Jenis-jenis
1. Penyakit darah tinggi kronik
Ia adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih
belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan
wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai
darah tinggi.
Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh mmenjadi lebih teruk
sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan memberikan pauntauan
yang teliti terhadap tekanan darah selepas trimester kedua. Beberapa jenis
ubat darah tinggi yang digunakan agak selamat semasa hamil dan selalunya
doktor akan menukar ubat yang biasa dimakan sebelum hamil kepada yang
lebih sesuai untuk wanita hamil.
2. Tekanan darah tinggi disebabkan kehamilan (PIH-Pregnancy Induced
Hypertension)
Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita
melahirkan. Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eklampsia tetapi
agak sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir
mereka yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah
tinggi akhirnya semasa lebih berusia.
3. Pre – Eklampsia (PE)
Pre-Eklampsia(PE) adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan
sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan
memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang
lain dalam badan.
Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi
dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam
peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing.
Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah
mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin
semakin teruk keadaan pesakit tersebut.
Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius
dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula
mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia
belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi
dan mungkin boleh meninggal di dalam rahim. Terdapat juga risiko strok
terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.
Etiologi PE
Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat
tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan
mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk
secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang
sepatutnya.
Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan.
Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini
menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari
biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk
mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah.
Faktor-faktor Penggalak PE
Keadaan berikut boleh menjadikan ianya lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi
perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja :
Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
Migrane
Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
Mempunyai hypertension kronik
Terlalu kurus
Terlalu rendah
Kandungan kembar
SLE
Kandungan molar
Manifestasi Klinikal PE
DBP 90-110 mmHg
Proteinuria 2+/3+
Peningkatan berat badan dengan cepat
Gangguan penglihatan
Sakit kepala / mirip dengan migraine
Sakit pada epigastrik –hati bengkak dan inflamasi
Edema pada kaki, meningkat dengan cepat
Retinal edema
Sawan (tanda bagi preeklampsia yang teruk – eklampsia)
Interpretasi Penyiasatan PE
1. FBC – platelet count < 100,000 / µL menunjukkan pre eklampsia
2. Urinalisis untuk proteinuria – >2+ abnormal, perlu lakukan 24-hour urine
collection untuk nisbah protein : kreatinin
3. Serum uric acid level > 5 mg/dl – abnormal dan merupakan perkaitan
kegagalan tubul dalam preeklampsia.
4. Prothrombin time (PT) dan/atau international normalized ratio (INR) dan/atau
activated partial prothrombin time (aPTT) – keputusan abnormal disebabkan
koagulopati.
5. Lactate dehydrogenase (LDH), bilirubin dan D-dimers – abnormal
menunjukkan berlaku hemolysis dan DIVC.
Pengurusan
Bagi Pre Eklampsia (mild) :
Masukkan pesakit ke wad
Pemerhatian B/P dan albuminuria
Mula Labetolol 100mg bd/tds atau Methyldopa 250mg tds jika B/P > 140/90
mmHG – dos ubat dinaikkan setiap 48 jam jika perlu untuk mengawal BP dan
memastikan DBP antara 90-95 mmHg
Kelahiran anak pada minggu ke 38 – Induction (vaginal delivery) atau LSCS
jika ada tanda fetus bermasalah.
Bagi Severe Pre Eklampsia / Eklampsia :
Memastikan salur pernafasan terbuka dan pesakit boleh bernafas.
Mengawal sawan (Magnesium Sulphate 20% 4g IV selama 5 minit).
Mengawal tekanan darah (Ubat Antihipertensif).
Pengurusan keseluruhan, pemantauan dan mengawal imbangan cecair
badan.
Melahirkan anak.
Pemantauan untuk mencegah sawan dan mengenalpasti komplikasi.
Komplikasi PE
Melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan
Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
Anak mati dalam perut
Anak susah bernafas semasa lahir
Ibu tumpah darah semasa mengandung
Ibu boleh mendapat sawan
Ibu mudah mengidap penyakit lemah jantung
Ibu mudah mengidap penyakit buah pinggang
Pendidikan Kesihatan
Ibu mengandung perlu datang pemeriksaan antenatal lebih awal untuk
pemantauan tekanan darah.
Pemeriksaan antenatal lebih kerap jika ada tekanan darah tinggi (2 minggu
sekali) – pemeriksaan BP dan urin protein.
Kenalpasti tanda bahaya pre eklampsia teruk seperti sakit kepala yang kuat,
masalah penglihatan, saki abdomen (epigastrik), datang ke hospital segera jika
ada simptom tersebut.
Lebihkan berehat.
Pengambilan diet normal kurang garam.
Rujukan
http://portal.alamhamil.com/index.php?
option=com_content&view=article&catid=37%3Amasalah-
hamil&id=138%3Adarah-tinggi-semasa-hamil&Itemid=59
http://simanja.com/darah_tinggi_semasa_mengandung.htm
http://www.edaransalindah.com/menarik jagaan%20semasa
%20mengandung.htm
http://kuliahbidan.wordpress.com/2008/07/27/pre-eklampsia-eklampsia/
Oxford Handbook of Clinical Medicine – Seventh Edition
Buku Maklumat Kesihatan Ibu, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Kesihatan
Gunung Semanggol.
Lampiran