presentation1

21
1. Bincang dan senaraikan tingkahlaku-tingkahlaku yang tidak harus dilakukan berdasarkan Peraturan- peraturan pegawai awam. EDU 3109 TUTORIAL M9 Kumpulan 1 : HO SIANG WEI MICHELLE LIM CHIA WUN NGUI KOE YUEN

Upload: jocelyn-ngui

Post on 10-Jun-2015

2.653 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation1

1. Bincang dan senaraikan tingkahlaku-tingkahlaku yang tidak harus dilakukan berdasarkan Peraturan-peraturan pegawai awam.

EDU 3109 TUTORIAL M9

Kumpulan 1 :• HO SIANG WEI•MICHELLE LIM CHIA WUN•NGUI KOE YUEN

Page 2: Presentation1

RASIONAL PERATURAN TATATERTIB

Memastikan pegawai awam:

i. melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab

ii. meletakkan kepentingan awam lebih

iii. menjaga imej perkhidmatan awamiv. yang melakukan kesalahan /

melanggar peraturan dihukum.

Page 3: Presentation1

Peraturan 4, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Secara umum [Peraturan 4(2)(a….j)]

Seseorang pegawai tidak boleh :

Contoh Perlanggaran Peraturan

4(2) (a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya

Guru tidak mengajar dalam kelas

4(2) (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya

Menguruskan tender/sebutharga sedangkan pegawai mengetahui ada di antara mereka yang mengemukakan tender/ sebutharga terdiri daripada saudara-maranya.

Page 4: Presentation1

4(2)(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa

(i)dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau

(ii)dia telah menggunakan kedudukan

awamnya bagi faedahnya sendiri

Menggunakan dan memandu kenderaan jabatan untuk kegunaan sendiri seperti pergi ke pejabat dan balik dari pejabat, menghantar anak ke sekolah dan lain-lain.

Menggunakan kakitangan jabatan /alat/ barang-barang jabatan untuk hal-hal persendiriannya seperti membersihkan tanah, kawasan rumah, mengangkat perabot rumah dan lain-lain.

4(2)(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam

Terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Berjudi di pejabat/waktu bertugas. Disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah

syariah. Melakukan gangguan seksual

4(2)(e) kurang cekap atau kurang berusaha Gagal menguruskan penyata bank dan buku tunai dengan teratur dan bersistematik.

Tiada inisiatif untuk menyelesaikan urusan kerja seberapa segera.

Page 5: Presentation1

4(2)(f) tidak jujur atau tidak amanah; Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri.

Membuat bayaran tanpa menyemak kerja-kerja yang diarahkan telah siap atau belum.

Tidak melaporkan harta atau pelaburan.

4(2)(g) tidak bertanggungjawab; Menghasut kakitangan Kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas.

Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan implikasi terhadap Jabatan Khasnya dan Kerajaan amnya

Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya sangat- sangat diperlukan.

4(2)(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-angota perkhidmatan awam yang lain;

Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat untuk menaikkan pangkatnya.

Meminta ahli politik untuk menyokong permohonannya mendapatkan tanah Kerajaan atau rumah atau sesuatu jawatan.

Page 6: Presentation1

4(2)(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah

Membantah atau melawan pegawai atasan.

Membawa keluar fail terperingkat Jabatan tanpa kebenaran bertulis Ketua Jabatan

- (Perenggan 67, Arahan Keselamatan). Keluar negara tanpa kelulusan KSU,

Kementerian.

4(2)(j) cuai dalam melaksanakan tugasnya. Cuai memastikan barang- barang yang dibeli oleh sekolah dimasukkan dalam senarai 'inventory'.

Menghilangkan harta Kerajaan dalam simpanan pegawai

Page 7: Presentation1

Peraturan 4, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Secara khusus (Peraturan 4A, 5 - 23) - Larangan Mutlak - Boleh Dengan kebenaran

4A. - GANGGUAN SEKSUAL (1)DILARANG MELAKUKAN GANGGUAN SEKSUAL IAITU:(a) Cubaan merapati/meminta layanan seksual(b) melakukan perbuatan bersifat seksual menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut. (2) BENTUK PERBUATAN BERSIFAT SEKSUAL:(a) secara lisan, bertulis dan lain-lain(b) tidak terhad di tempat kerja / waktu kerja selagi mencemarkan imej Perkhidmatan Awam

PERATURAN 7: MENYALAHGUNA DADAH•Tidak boleh menggunakan/ mengambil / menyalahgunakan / menagih dadah berbahaya (kecuali bagi maksud perubatan)

•Pegawai boleh diambil tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja

•Perkhidmatan pegawai boleh ditamatkan atas kepentingan awam (PERATURAN 49) sekirannya pegawai mencapai umur persaraan pilihan

Page 8: Presentation1

PERATURAN 12 - MEMINJAM WANG/ MENJADI PENJAMIN TIDAK BOLEH MEMINJAM WANG / MENJADI PENJAMIN KEPADA MANA-MANA ORANG YANG :i. Tertakluk kepada kuasa rasminya.ii. Ada urusan rasmiiii. Tinggal/memiliki tanah/menjalankan perniagaan

dalam kawasan kuasa rasmiiv. Menjalankan perniagaan memberi pinjam wang BOLEH PINJAM DARIPADA :v. BANK – bercagar/overdrafvi. SY. INSURAN – cagaran polisivii. SY. KERJASAMA - (termasuk kerajaan)viii. SY.MEMINJAM - AKTA SY. MEMINJAM

1969ix. PERJANJIAN SEWA BELI

DENGAN SYARAT -i) Institusi itu tidak secara langsung di bawah

kuasa rasminya.ii) Jangan bawa skandal awam/menggunakan

kedudukan awamiii) Agregat hutang tidak menyebabkan

keterhutangan kewangan wang yang serius

PERATURAN 11 - MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN/ PENDAPATAN YANG SAH PEGAWAI TIDAK BOLEH :

i. Menyenggara taraf hidup melebih emolumen/pendapatan yang sah.

ii. Menguasai/ memiliki sumber kewangan atau harta yang tidak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/pendapatan yang sah.

PERATURAN 13: KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS TANGGUNGAN HUTANGNYA MENYEBABKAN KESULITAN KEWANGAN YANG SERIUS, IAITUi) Agregat hutang/tanggungan tak bercagar lebih

10 kali emolemen bulanannya kecuali pinjaman pendidikan

ii) Penghutang penghakiman (judgement debtor) dan tidak dijelaskan dalam tempoh 1 bulan.

iii) Bankrap atau pemakan gaji tak solven (insolvent)

Page 9: Presentation1

PERATURAN 15 - MEMINJAMKAN WANGTIDAK BOLEH MEMINJAMKAN WANG DENGAN FAEDAH

PERATURAN 9 - MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN

Tidak boleh menerima/memberi keraian sekiranya :

•Keraian itu dapat dengan apaaapa cara mempengaruhi tugasan rasmi.•Bercanggah dengan tatakelakuan

PERATURAN 16 - TIDAK BOLEH TERLIBATDalam pasaran hadapan tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan sebagai pembeli atau penjual, dalam pasaran tempatan atau luar negeri.

PERATURAN 17 - REFEL DAN LOTERI Tidak boleh mengadakan refel atau loteri harta persendiriannya.

Page 10: Presentation1

PERATURAN 18 - PENERBITAN BUKU DAN KARYA Tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, majalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.

PERATURAN 20 - PENYUNTING AKHBAR/MAJALAH/JURNAL

Tidak boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnal kecuali pernerbitani) Jabatanii) Profesionalii) Pertubuhan sekarela yang tidak bercorak politikiv) Diluluskan secra bertulis oleh ketua jabatan

PERATURAN 21- KEGIATAN POLITIKPEGAWAI KPT/KPDP DILARANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK ATAU MEMAKAI LAMBANG PARTI POLITIK, KHUSUSNYA TIDAK BOLEH:

i) Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik

ii) Menerbitkan/mengedar buku/artikel/risalah mengenai politik

iii) Merayu undiiv) Agen pilihanraya tempat mengundiv) Bertanding apa-apa jawatanvi) Memegang apa-apa jawatan

PERATURAN 23 - TIDAK HADIR BERTUGAS Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh diambil tindakan tatatertib " KETIDAKHADIRAN " -Termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki bertugas.

Page 11: Presentation1

2. IMPLIKASI PENDIDIKAN WAJIB DI MALAYSIA

EDU 3109 TUTORIAL M9

Pembentang :• HO SIANG WEI•MICHELLE LIM CHIA WUN•NGUI KOE YUEN

Page 12: Presentation1

PENDIDIKAN WAJIB

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah.

Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib dibawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] mulai Januari 2003 yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai Tahun Satu (1) sekolah rendah. 

Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Page 13: Presentation1

IMPLIKASI PENDIDIKAN

WAJIB DARI SEGI ASPEK :

1.Ibu bapa

2. kanak-kanak

3. Sekolah

4. Masyarakat

5. Negara

6. Kerajaan

Page 14: Presentation1

1. IBU BAPA

KESAN POSITIFIbu bapa mesti mendaftarkan kanak-kanak yang mencapai umur enam tahun di sekolah rendah.

Ibu bapa yang gagal berbuat demikian akan didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Dapat memperbaiki taraf hidup keluarga pada masa kelak kerana kanak-kanak adalah terdidik

KESAN NEGATIFkeluarga yang miskin tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah

- mereka tidak mampu bayar yuran, membeli baju sekolah, buku teks dan dsb. (menambah beban/perbelanjaan keluarga)

Jika semua anak pergi ke sekolah, tiada orang akan membantu mereka membuat kerja di rumah seperti menanam padi/menoreh getah dan dsb.

- ini menjejaskan mata pencarian keluarga

Page 15: Presentation1

2. KANAK-KANAKKESAN POSITIF

Berpeluang untuk mendapatkan pendidikan asas, tiada murid yang tercicir untuk mendapatkan pendidikan

- Ini kerana ibu bapa takut jika mereka tidak hantar anak ke sekolah akan didenda atau dipenjara atau kedua-dua sama sekali.

Hak asasi kanak-kanak terpelihara dan kehidupan kanak-kanak lebih bermakna dan berfaedah.

- semua kanak-kanak berpeluang menimba ilmu dan belajar kemahiran di sekolah - melalui pendidikan, kanak-kanak dapat mengejar cita-cita mereka demi mencapai kejayaan dalam hidup

Mengurangkan gejala sosial di kalangan kanak-kanak dalam masyarakat

- kanak-kanak semua dididik baik dan diterapkan nilai murni semasa belajar di sekolah. (cth : mata pelajaran Pendidikan Moral/Islam)

Page 16: Presentation1

3. SEKOLAHKESAN POSITIF

Murid-murid daripada pelbagai kaum, agama dan budaya dapat belajar bersama-sama dalam sebuah sekolah.

- Mereka belajar budaya, cara hidup dan kepercayaan kaum yang lain menyebabkan mereka saling menghormati dan salimg memahami sesama

murid. - ini dapat mewujudkan perpaduan kaum yang kukuh sejak bermula dari bangku sekolah rendah.

Pelbagai jenis sekolah diwujudkan dan diperluaskan seperti Sekolah Bestari Sekolah Wawasan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Pendidikan Khas

Contohnya:Sekolah pendidikan khas menyediakan pendidikan khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom down dan sebagainya dengan matlamat supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Page 17: Presentation1

3. SEKOLAH

KESAN NEGATIF

Penyediaan guru dan sekolah tidak mencukupi bagi menampung murid yang semakin bertambah saban tahun

- Sekolah Jenis Kebangsaan menghadapi masalah kekurangan guru dan sekolah terpaksa menampung murid yang banyak di mana dalam satu kelas terdapat lebih kurang 50 orang murid. - akibatnya maktab perguruan dinaiktaraf kepada institut perguruan bagi melahirkan guru yang berijazah yang mencukupi supaya mereka dapat berkhidmat di sekolah rendah.

Page 18: Presentation1

4. MASYARAKAT

Peluang pendidikan antara kaum dapat dilaksanakan. Ia dapat melahirkan masyarakat berbudi pekerti, berilmu dan berdaya saing untuk terus maju.

- ini adalah selaras dengan Dasar Pandang Timur yang disarankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad bagi mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang dapat meneladani rakyat Jepun dan Korea yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif dan rajin menimba ilmu untuk meninggikan kemajuan negara.

Pendidikan wajib ini menjadi satu platform untuk mendidik anak-anak bangsa supaya mereka dapat berkhidmat kepada masyarakat apabila mereka habis belajar di sekolah mahupun institusi.

- mereka dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari untuk memberi sumbangan kepada pembangunan negara. - cth : jurutera, guru, peguam, arkitek dan sebagainya.

Mengurangkan jurang ekonomi di kalangan rakyat malaysia - pendidikan dapat melahiran generasi muda yang berilmu dan mereka mampu untuk memperbaiki kualiti kehidupan keluarga.

Page 19: Presentation1

5. NEGARA

KESAN POSITIFNegara dapat bersaing seiring dengan negara-negara lain dalam pelbagai bidang seperti teknologi, ekonomi dan sebagainya.

- Negara akan lebih maju dengan adanya generasi pelapisan yang berilmu. Mereka merupakan bakal pemimpin negara masa depan.

Negara yang bersatupadu dapat diwujudkan kerana semua rakyat dapat berkomunikasi menggunakan bahasa kebangsaan.

- di sekolah rendah dan menengah, semua murid diwajibkan untuk belajar Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, mereka dapat berkomunikasi dengan baik bagi mengelakkan kesalahfahaman atau prasangka

Melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir dalam memajukan ekonomi negara.

- melalui pendidikan, ia dapat mengurangkan buta huruf di kalangan rakyat Malaysia, di mana murid-murid mesti menguasai sekurang- kurang 3 M (membaca, menulis dan mengira)

Page 20: Presentation1

6. KERAJAAN

KESAN POSITIF

Kerajaan menubuhkan satu tabung yang dinamakan ”Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” �

- tujuan : membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah, dan seterusnya menjana kecemerlangan pendidikan mereka.

Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama -menyelaraskan sukatan dan rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap

pelajar sekolah. Sukatan ini diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah.

- Tujuan dilakukan penyelarasan ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan (1996)

Page 21: Presentation1

Sekian terima kasih