prinsip rukunegara

7
PRINSIP RUKUNEGARA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ’Islam’ sebagai agama rasmi negara. Bagaimanapun, agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan bebas dan aman. Kepercayaan Kepada Tuhan Rakyat Malaysia hendaklah taat dan patuh kepada ajaran agama masing-masing. Rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni mengikut ajaran agama masing-masing. Bahawa ketidakpercayaan kepada agama boleh meruntuhkan peribadi dan melemahkan keyakinan diri individu. Murid Hendaklah:

Upload: skkt-ledang

Post on 04-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip Rukunegara

PRINSIP RUKUNEGARA KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ’Islam’ sebagai agama rasmi negara. Bagaimanapun, agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan bebas dan aman.

Kepercayaan Kepada Tuhan

Rakyat Malaysia hendaklah taat dan patuh kepada ajaran agama masing-masing.

Rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni mengikut ajaran agama masing-masing.

Bahawa ketidakpercayaan kepada agama boleh meruntuhkan peribadi dan melemahkan keyakinan diri individu.

Murid Hendaklah:

Taat dan mengamalkan ajaran agama masing-masing. Menghormati agama rakan masing-masing. Menghormati semua orang terutamanya ibu bapa, guru-guru dan warga

tua sepertimana yang dituntut oleh agama masing-masing.

Page 2: Prinsip Rukunegara

PRINSIP RUKUNEGARA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong adalah Ketua Negara.Sistem beraja diamalkan di setiap negeri dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-pertua Negeri merupakan payung kedaulatan dan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Melahirkan warganegara yang baik dan bertanggungjawab Meningkatkan semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara. Memupuk semangat bekerjasama dan saling menghormati dikalangan

rakyat. Mengukuh perpaduan rakyat di bawah satu naungan.

Murid hendaklah:

Memberi taat setia tanpa berbelah bagi kepada Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri.

Menghormati bendera negara ’Jalur Gemilang’ dan lagu kebangsaan ’Negaraku’.

Page 3: Prinsip Rukunegara

PRINSIP RUKUNEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran Perlembagaan bermakna rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi dan berfungsi memberi perlindungan kepada setiap rakyat akan hak dan keistimewaan mereka.

Keluhuran Perlembagaan:

Hak dan keistimewaan rakyat sentiasa dijamin mengikut perlembagaan. Negara dapat ditadbir dan diurus dengan berkesan agar sentiasa berada

dalam keadaan aman. Memastikan tiada penindasan terhadap setiap individu.

Murid hendaklah:

Menghormati Perlembagaan Negara. Mengetahui bahawa Perlembagaan Negara digubal melalui kesepakatan

kaum yang tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak. Mengetahui bahawa Perlembagaan Negara adalah sumber rujukan sistem

pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak rakyat.

Page 4: Prinsip Rukunegara

PRINSIP RUKUNEGARA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Kedaulatan undang-undang adalah asas keadilan. Setiap rakyat adalah sama tarafnya disisi undang-undang negara.

Kedaulatan Undang-Undang:

Undang-undang menjamin kehidupan yang bebas dan aman bagi setiap anggota masyarakat.

Undang-undang membentuk sikap bertanggungjawab, membendung gejala sosial dan mencegah perlakuan jenayah.

Undang-undang memberi kesedaran kepada setiap individu akan hak mereka dalam masyarakat dan negara.

Murid hendaklah: Mematuhi undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan Negara. Memahami dan bersama-sama mempertahankan undang-undang negara

demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Page 5: Prinsip Rukunegara

PRINSIP RUKUNEGARA KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Tingkah laku dan personaliti setiap individu adalah sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini, budi bahasa dan nilai-nilai murni perlu sentiasa dipupuk supaya menjadi amalan rakyat Malaysia.

Kesopanan dan Kesusilaan:

Melahirkan individu yang berakhlak mulia. Membentuk masyarakat yang bertolenrasi dan saling menghormati. Mewujudkan persekitaran yang aman dan harmoni dalam masyarakat.

Murid hendaklah:

Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan adab sopan dalam kehidupan bermasyarakat.

Berbudi bahasa agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Bergaul dan mengenali adat dan budaya rakan mereka.