profil syarikat (pengenalan)
TRANSCRIPT
VISI
PENERAJU BAGI PENGELUAR DAN PENGEDAR PRODUK BATIK MALAYSIA
SERTA DIKENALI SELURUH DUNIA
MISI
MENINGKATKAN LAGI KUALITI PENGELUARAN PRODUK DENGAN
PENGURUSAN YANG BERSISTEMATIK DAN STRATEGIK
MEMBUKA RANGKAIAN PUSAT JUALAN
NOOR ARFA KE SERATA DUNIA
PROFIL PENGERUSI EKSEKUTIF
PROFIL PENGARAH EKSEKUTIF
PROFIL PENGARAH PEMASARAN
PROFIL PENGARAH KEWANGAN
PROFIL PENGARAH PENGELUARAN
PROFIL SYARIKAT
PROFIL PENGERUSI EKSEKUTIF
1. BUTIRAN PERIBADI
Nama : WAN MOHD ARIFFIN WAN LONG, S.M.T., P.J.K.
Tarikh Lahir : 06 hb. Februari 1956
Jawatan : Pengerusi Eksekutif
Alamat Pejabat : NOOR ARFA HOLDINGS SDN BHD
LOT 1048 K KAWASAN PERINDUSTRIAN
CENDERING
21080 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
Tel. Pejabat : 09-6175700 / 012-2170700
Faks Pejabat : 09-6175701
E-Mail : [email protected]
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Nama Isteri : Noor Hijerah Bt Hanafiah
Bil. Anak : 3 Orang
2. PENDIDIKAN
Tahun Sek. Ren./Sek. Men./IPT
1963 – 1968 Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1
1969 – 1973 Sekolah Menengah Tengku Bariah
Kuala Terengganu
3. PENGALAMAN KERJA
Tahun Jawatan/Syarikat
1974 – 1982 Pembantu Makmal (Bahagian Batik)
Pusat Kemajuan Kraftangan
Kuala Terengganu
1982 - Sekarang Pengerusi Eksekutif
Noor Arfa Batek Sdn. Bhd.
Lama bertugas - 32 tahun
4. JAWATAN DALAM BADAN BUKAN KERAJAAN
Tahun Jawatan/Persatuan
1984 Ahli Jawatankuasa
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
Negeri Terengganu
1992 – 2003 Ahli Jawatankuasa
Persatuan Pelancongan
Negeri Terengganu
2004 – 2006 Bendahari
Persatuan Pelancongan N. Terengganu
2004 – 2006 Timbalan Yang DiPertua
Persatuan Pengusaha – Pengusaha
Batik Terengganu
2006 Bendahari
Persatuan Batik Malaysia
2006 – 2008 Pengerusi
Persatuan Pelancongan N. Terengganu
2006 – 2008 Yang Dipertua
Persatuan Pengusaha – Pengusaha
Batik Terengganu
2008 – 2010 Pengerusi
Persatuan Pelancongan N. Terengganu
2012 – 2014 Bendahari
Persatuan Pelancongan N. Terengganu
5. JAWATAN DALAM SEKTOR KORPORAT
Tahun Jawatan/Syarikat
1984 Pengarah Urusan
Narfindo Batik (M) Sdn. Bhd.
2004 Pengarah Urusan
Design Passage Sdn. Bhd
6. JAWATAN DALAM BADAN PROFESIONAL
Tahun Jawatan/Badan professional
1997 Ahli Jawatankuasa Kumpulan Kerja
Kelompok Awam – Swasta
Industri Tekstil dan Apparel
Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia ( MIDA )
1998 Ahli Jawatankuasa
Profil Pekerjaan Batik dan Tenunan
Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan ( MLVK )
1999 Ahli Jawatankuasa Penasihat
Fakulti Sains Sosial dan Kesenian
Universiti Pendidikan Sultan Idris
( UPSI )
2000 Ahli Jawatankuasa Teknikal
“Textile and Textile Products”
Sirim Berhad
2001 Ahli Jawatankuasa
Kumpulan Kerja Batik
Sirim Berhad
7. PINGAT YANG DIPEROLEHI
Tahun Pingat
2005 Pingat Jasa Kebaktian ( P.J.K. )
2012 Darjah Setia Mahkota Terengganu Yang Amat
Dihormati (S.M.T)
PROFIL PENGARAH EKSEKUTIF
1. BUTIRAN PERIBADI
Nama : NOOR HIJERAH HANAFIAH
No. Kad pengenalan : 570503-08-6438
Tarikh Lahir : 03 hb. Mei 1957
Jawatan : Pengarah Eksekutif
Alamat Pejabat : NOOR ARFA BATEK SDN BHD
LOT 1048 K KAWASAN PERINDUSTRIAN
CENDERING, 21080 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU
Tel. Pejabat : 09-6175700 / 017-3772700
Faks Pejabat : 09-6175701
E-Mail : [email protected]
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Nama Suami : Wan Mohd Ariffin Wan Long
Bil. Anak : 3 Orang
2. PENDIDIKAN
Tahun Sek. Ren./Sek. Men./IPT
1964 – 1966 Sekolah Rendah Langgar
Alor Setar, Kedah
1967 – 1969 Sekolah Rendah Kebangsaan Tentera
Sungai Besi, Selangor
1970 – 1971 Kuching High School
Kuching, Sarawak.
1972 – 1975 Sekolah Menengah Sultanah Asma
Alor Setar, Kedah – MCE
1976 – 1977 Tamat Latihan Bidang Batik di Kraftangan Malaysia
Kota Bharu, Kelantan
1977 - 1978 Sekolah Menengah St. Michael
Alor Setar, Kedah – HSC
3. PENGALAMAN KERJA
Tahun Jawatan/Syarikat
1980 Penolong Pengurus
Noor Arfa Batek
1982 - Sekarang Pengarah Eksekutif
Noor Arfa Batek Sdn. Bhd.
Lama bertugas - 32 tahun
4. JAWATAN DALAM BADAN BUKAN KERAJAAN
Tahun Jawatan/Persatuan
1990 Ahli
Perniaga Wati Malaysia
1994 Audit Dalaman
Dewan perniagaan Wanita-Wanita Korporat (WENA)
5. JAWATAN DALAM SEKTOR KORPORAT
6.
Tahun Jawatan/Syarikat
1984 Pengarah Urusan
Narfindo Batik (M) Sdn. Bhd.
2005 Pengarah Urusan
Cempaka Anugerah
PROFIL PENGARAH PEMASARAN
1. BUTIRAN PERIBADI
Anak Sulung : WAN MOHD AZWAN WAN MOHD ARIFFIN
Tarikh Lahir : 24hb. Feb. 1981
Isteri : Tunku Fazura Idayu Tunku Jaafar
Anak 1 : Wan Tunku Izdham Shah
2 : Wan Tunku Nur Asyiqin
3 : Wan Tunku Irwan Shah
2. PENDIDIKAN
1988 - 1993 : Sek. Ren. Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu
Terengganu
1994 - 1995 : Sek. Men. Dato’ Syed Ahmad Kuala Nerang,
Kedah.
1996 : Sek. Men. Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
1997 - 1998 : Sri Inai School (Senior) , Ulu Klang
Kuala Lumpur
2000 - 2002 : Universiti Malaya “Professional Diploma In Sales
And Marketing”
3. PENGALAMAN BEKERJA
1998 - 1999 : Designer di Noor Arfa Batek Sdn. Bhd.
2000 : Pembantu Telekomunikasi di Los Angeles
Menyertai Promosi Jualan Dan Demonstrasi Batik
Di Iowa State Fair, Amerika.
2001 - 2003 : Pengurus Jualan Runcit di Noor Arfa Batek S/B
2004 - 2007 : Pengurus Franchise di Noor Arfa Batek S/B
2008 : Pengurus Besar di Noor Arfa Craft Complex
Lot 4153, Chendering 21080 Kuala Terengganu
2009 - Sekarang : Pengarah Pemasaran Noor Arfa Holdings S/B.
PROFIL PENGARAH KEWANGAN
1. BUTIRAN PERIBADI
Anak Kedua : WAN MOHD HAFIZ B. WAN MOHD ARIFFIN
Tarikh Lahir : 29hb. Ogos. 1984
Isteri : Ismanisa bt. Itam
Anak 1 : Wan Muhammad Izzul Aafii
2 : Wan Ilya Afina
3 : Wan Muhammad Ilyas Aafii
2. PENDIDIKAN
1991 - 1995 : Sek. Ren. Chong Hwa Wee Sin , Kuala
Terengganu, Terengganu.
1996 : Sek. Sri Inai Junior, Kuala Lumpur
1997 - 1998 : Sek. Sri Inai Senior, Ulu Klang, Kuala Lumpur
1998 - 2001 : Sek. Men. Keb. Sultan Sulaiman, Kuala
Terengganu, Terengganu
2002 - 2005 : Yayasan Pelajaran Mara “Bachelor Of Business
And Accounting”
2006 – 2007 : Dublin Business School, Ireland “BA (Hons)
Accounting and Finance”
2007 – 2008 : Dublin Business School, Ireland “ACCA”
3. PENGALAMAN BEKERJA
2003 : Pembantu Akaun di Noor Arfa Batek S/B.
semasa cuti semester.
2008 : Accountant di International Company di Dublin
2009 : Pengurus Besar di Melaka Batik House, Lot 8,
Wisma Negeri, MITC 75450 Ayer Keroh, Melaka.
2009 - Sekarang : Pengarah Kewangan Noor Arfa Holdings S/B.
PROFIL PENGARAH PENGELUARAN
1. BUTIRAN PERIBADI
Anak Bongsu : WAN MOHD AFFENDI WAN MOHD ARIFFIN
Tarikh Lahir : 19hb. Nov. 1989
2. PENDIDIKAN
1996 - 1998 : Sek. Sri Inai Junior, Kuala Lumpur
1998 - 2001 : Sek. Keb. Sultan Sulaiman 1, Kuala
Terengganu, Terengganu
2003 : Madhrasah Al Hafiz
Kelang
2005 : Sekolah Agama As Solihin, Shah Alam
2006 - 2007 : Sek. Men. Bandar, Kuala Terengganu
2008 : Yayasan Pelajaran Mara “Bachelor Of Business
And Accounting”
2011 : Universiti Teknologi MARA “Diploma
Perakaunan” Fakulti Perakaunan
3. PENGALAMAN BEKERJA
2014 : Pengarah Pengeluaran Noor Arfa Holding Sdn Bhd
PROFIL SYARIKAT
1980-1981- Tertubuhnya NOOR ARFA dengan modal permulaan RM 1000.00 tetapi
didaftarkan di atas nama Noor Hijerah Binti Hanafiah. Bertapak di No. 73
Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Tahun pertama Noor Arfa
telah membuat pencapaian jualan yang membanggakan iaitu sebanyak
RM30,000.00. Aktiviti utama adalah pembuatan batik lukis tangan dengan
tenaga kerja dua orang sahaja (Suami & Isteri).Aktiviti ini dijalankan
secara kecil-kecilan yang bertempat di belakang rumah sahaja. Noor Arfa
juga telah membuka pusat jualan pertama, di rumah tersebut. Pada tahun
kedua Noor Arfa telah mencapai jualan tahunan sebanyak RM 40,000.00.
1982 - Apabila telah dua tahun menjalankan perniagaan, Syarikat Noor Hijerah
Hanafiah telah memperolehi jumlah jualan tahunan sebanyak RM
60,000.00 dengan khidmat 5 orang tenaga kerja. Pada 13hb Februari
1982, pendaftar perniagaan telah ditukarkan kepada Noor Arfa Batek di
mana Noor Hijerah Hanafiah adalah perniagaan milik tunggal.
Pada 22hb September 1982, pendaftar perniagaan Noor Arfa Batek sekali
lagi telah ditukar kepada perniagaan perkongsian bersama Wan Mohd
Ariffin Wan Long dan Noor Hijerah Hanafiah setelah Wan Mohd Ariffin
letak jawatan sebagai kakitangan kerajaan. Noor Arfa Batek telah mula
menambah cawangan bengkelnya di 79 A, Jalan Sultan Zainal Abidin dan
di Kg. Aur, Simpang Empat Cendering, Kuala Terengganu.
1983 - Pengeluaran produk Noor Arfa Batek semakin meningkat dan tenaga kerja
juga semakin bertambah menjadi 25 orang menjadikan kawasan sedia ada
semakin sempit dan tidak sesuai lagi untuk operasi pengeluaran batik.
1984 - Pada 21hb Februari, Noor Arfa Batek telah membuka satu lagi bengkel di
Pengkalan Arang, Kuala Terengganu. Tenaga kerja juga telah bertambah
menjadi 35 orang. Aktiviti utama yang dijalankan adalah batik lukis dan
batik terap dangan jumlah jualan tahunan sebanyak RM 100,000.00.
1985 - Pada awal tahun ini, sebanyak empat buah bengkel disewa dengan tenaga
kerja menjadi 40 orang. Memandangkan keadaan bengkel yang agak
sempit dengan pertambahan pekerja, Noor Arfa Batek telah berpindah ke
No. 796, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dan dijadikan
ibupejabat pentadbiran dan operasi. Jumlah jualan tahunan juga meningkat
dari tahun ke setahun iaitu pada 1985 sebanyak RM 150,000.00.
1986 - Pelbagai promosi telah dijalankan di sekitar Kuala Terengganu untuk
memperkenalkan barangan Noor Arfa kepada penduduk tempatan.
Jumlah jualan tahunan telah meningkat kepada RM 370,000.00.
1987 - 1988 - Pada tahun ini Noor Arfa Batek telah membuat promosi batik terpanjang
di Malaysia yang berlangsung di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu. Jumlah jualan tahunan
meningkat kepada RM 497,000.00.
Manakala pada tahun 1988, tenaga kerja menjadi 60 orang dan jumlah
jualan tahunan meningkat lagi kepada RM 620,000.00.
1989 - Seterusnya pada 28hb. Januari 1989, Noor Arfa Batek telah berpindah ke
kilang baru yang dibeli dengan harga RM 260,000.00 di Lot 1048 K
Kawasan Perindustrian Cendering, Kuala Terengganu. Pada tahun ini
jumlah pekerja bertambah kepada 80 orang dengan jumlah jualan tahunan
sebanyak RM 1.5 juta. Bilik jualan kedua telah dibuka di A3 ARKED
MARA, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu.
1990 - Pada tahun ini pula, tenaga kerja bertambah menjadikan menjadi 100
orang dengan pertambahan jualan tahunan sebanyak RM 2 juta. Ia adalah
seiring dengan perkembangan permintaan semasa. Pada tahun ini juga,
Noor Arfa Batek merancang untuk melangkah ke depan dengan
melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan pusat jualan di seluruh
negara.
1991 - Pada 03hb Januari 1991, Noor Arfa Batek telah diperbadankan
menjadikan Noor Arfa Batek Sdn. Bhd dengan Modal Dibenarkan
sebanyak RM 50,000.00 dan Modal Berbayar sebanyak RM 250,000.00.
Tenaga kerja pada tahun tersebut menjadi 120 orang yang terdiri daripada
7 orang kakitangan bahagian pentadbiran dan 113 kakitangan di bahagian
pengeluaran. Jumlah jualan tahunan terus meningkat kepada RM 2.6 juta.
Noor Arfa juga telah cuba mengembangkan sayapnya setelah 10 tahun
menjalankan perniagaan dengan membuka cawangan pusat jualan di No. 5
Persiaran Kiri 1, Jalan Keramat, 54000 Kuala Lumpur dan di Lot 227, Kg.
Atas, Padang Mat Sirat, 07000 Langkawi, Kedah. Pada masa yang sama
sebuah bengkel telah dibuka di D 8 dan D 9, Kawasan Perindustrian
Cendering, 21080 Kuala Terengganu.
1993 - Seterusnya pada tahun ini, tenaga kerja bertambah menjadi 150 orang
dengan jumlah jualan tahunan sebanyak RM 3.9 juta. Pada tahun ini
cawangan di Langkawi telah berpindah ke Alor Setar memandangkan
potensi pasaran yang lebih cerah dan untuk mencuba pasaran baru di
sana. Noor Arfa telah membuka cawangan di Alor Setar pada pertengahan
tahun ini di Lot 2-75, level 2, City Plaza, Jalan Tuanku Ibrahim 05000
Alor Setar, Kedah sehingga kini.
1994 - Tenaga kerja bartambah menjadi 170 orang iaitu 35 orang di Jabatan
Pentadbiran , Akaun , Serta Pemasaran dan seramai 135 orang di Jabatan
Pengeluaran dengan jumlah jualan tahunan sebanyak RM 4.6 juta. Untuk
memperkenalkan Noor Arfa ke mata dunia, buat julung kalinya kami
menyertai MALAYSIA EXPO di Rotterdam anjuran MATRADE.
1995 - Tenaga kerja meningkat menjadi 191 orang iaitu 42 orang di Jabatan
Pentadbiran, Akaun serta Pemasaran dan 149 orang di jabatan Pengeluaran
menjadikan jumlah jualan tahunan sebanyak RM5.7 juta. Noor Arfa telah
melangkah ke arah yang lebih kompetitif dengan menambah asetnya
dengan membeli satu bangunan empat tingkat yang berharga RM 1.5 juta
yang beralamat di Wisma Noor Arfa, di No. 14, Jalan Raja Muda Musa,
50300 Kampung Baru. Kuala Lumpur.
1996 - Pada tahun ini jumlah pekerja meningkat menjadi 200 orang dan jumlah
jualan tahunan meningkat kepada RM 6 juta. Sebagai menyahut cabaran
kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai negara E-Dagang, Noor
Arfa telah mendahului pesaing-pesaingnya dengan mewujudkan laman
webnya sendiri. Lawatilah laman web kami di Homepage : www.noor-
arfa.com E-mail : [email protected]
1997 - Ketika Malaysia mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1997 dan
1998, Noor Arfa terus bertahan dan mengekalkan kesemua tenaga
kerjanya, ketika ramai pengusaha batik terpaksa memberhentikan operasi
mereka. Noor Arfa masih mampu lagi membuka satu cawangan di Plaza
Angsana, Johor Bharu. Dalam masa yang sama Noor Arfa Batek berjaya
meraih jumlah jualan tahunan sebanyak RM 7 juta. Pada 15hb. Januari
1997, Noor Arfa juga telah menyertai IOWA STATE FAIR ‘97, USA
dengan kerjasama Iowa Sister State dan Kerajaan Negeri Terengganu dan
International Fashion Fabric Exhibition di New York..
1998 - Dalam masa kegawatan ekonomi, Noor Arfa telah melebarkan sayapnya
ke Era Globalisasi dengan membuka cawangan di luar negara iaitu
NOOR ARFA INTERNATIONAL (USA) CORP. di Amerika yang
beralamat di 110 East Ninth Street, California Mart, Suite A 914, Ninth
Floor, Los Angeles, CA 90079-3708 USA. Noor Arfa juga telah
membelanjakan hampir setengah juta ringgit untuk tujuan promosi melalui
media elektronik seperti TV 3, radio tempatan dan media cetak bagi
meningkatkan lagi jualannya. Kesan dari kegawatan ekonomi, jumlah
jualan Noor Arfa turut merosot kepada RM4.6 juta.
Pada tahun ini juga Noor Arfa menyertai IOWA STATE FAIR ‘98, USA.
1999 - Gabungan kemahiran, tenaga profesional dan pengalaman yang sedia ada
serta melihat daripada sudut pemasaran dengan kekuatan yang tersendiri,
telah mempengaruhi Noor Arfa untuk menyewa sebuah pusat jualan di
Seri Cipta, Blok C, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.
Noor Arfa masih lagi menyertai IOWA STATE FAIR ‘99, di USA,
MALAYSIA FEST ’99 di Singapura yang dianjurkan oleh TOURISM
Malaysia dan CALIFORNIA GIFT SHOW ‘99 di USA yang dianjurkan
oleh MATRADE. Jumlah jualan tahunan meningkat semula kepada
RM5.4 juta.
2000 - Perancangan untuk meluaskan pemasaran telah dibuat dengan membuka
sebuah pusat jualan di tengah kota metropolitan di Jalan Tuanku Abdul
Rahman, Kuala Lumpur yang mana ianya amat berdekatan dengan pusat
jualan yang termasyhur seperti Sogo, Kamdar, Globe, Euro Moda,
Gulati’s dan Tang Ling.
Disamping itu juga pelancong yang datang ke kilang Noor Arfa di
Kawasan Perindustrian Cendering, Kuala Terengganu adalah semakin
bertambah dari tahun ke setahun. Pada masa ini juga kilang Noor Arfa
menerima kunjungan rombongan dari agensi pelancongan kapal “Star
Cruise” pada setiap minggu. Bagi tahun ini juga dianggarkan lebih kurang
150 ribu orang pelancong yang datang di mana 30% daripadanya adalah
pelancong luar negara seperti negara Eropah, Amerika Syarikat, Korea,
Jepun dan lain-lain lagi. Sementara pelancong dari golongan Melayu
(tempatan, Singapura dan Indonesia) adalah sebanyak 50% manakala
15 % golongan Cina dan 5 % golongan India. Jumlah jualan tahunan pada
tahun ini meningkat kepada RM6.6 juta. Masih lagi menyertai IOWA
STATE FAIR 2000 di USA, ASEAN GARMENTS & ACCESSORIES
EXHIBITION 2000 di Tokyo, Jepun anjuran MATRADE dan
HANOVER EXPO 2000 di Germany anjuran TOURISM Malaysia.
2001 - Noor Arfa Batek Sdn. Bhd. telah berjaya menyewa satu lot kedai di No.
145 Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan kadar Sewa RM 30,000.00
sebulan. Kedai tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan
Usahawan iaitu Dato’ Nazri bin. Abdul Aziz. Setelah setahun beroperasi
di sini, pusat jualan ini berjaya memperolehi jualan sebanyak
RM150,000.00 sebulan. Jumlah jualan tahunan keseluruhan cawangan
Noor Arfa juga turut meningkat kepada RM6.7 juta.
2003 - Pada tahun ini Noor Arfa telah menyertai SPRING FAIR BIRMINGHAM
2003 anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 2003 dan
MALAYSIAN IN-STORE PROMOTION PROGRAMME 2003 di
Oriental City, Colindale, United Kingdom anjuran MATRADE.
2004 - Di samping itu, Noor Arfa Batek juga sedang merancang untuk
menggabungkan semua pengusaha-pengusaha kraf Terengganu di bawah
satu bumbung dengan mewujudkan Kompleks Kraf Noor Arfa
Terengganu. Adalah diharapkan dengan terlaksananya kompleks ini akan
membawa satu era baru ke arah perkembangan industri kraftangan yang
tersusun, dinamik dan kekal sebagai warisan melayu yang disanjung
dunia. Telah menyertai FRANCHISE EXPO 2004 di Birmingham, United
Kingdom anjuran Malaysia Franchise Association (MFA). Pada bulan
Ogos 2004, Noor Arfa telah membuka cawangan francaisnya sendiri di
One Utama, Petaling Jaya, Selangor. Penghujung tahun 2004, bermulalah
kerja-kerja mendirikan Kompleks yang tersendiri yang di namakan
(NACC, Noor Arfa Craft Complex).
2005 - Pada 24 hingga 28 Mei 2005, Noor Arfa telah menyertai STUDY
MISSION ON INNOVATION di Korea Selatan anjuran Perbadanan
Produktiviti Negara (NPC).
2006 - Sebagai kesimpulannya, Noor Arfa akan tetap mempelbagaikan lagi
produk berasaskan batik serta mengekalkan kualitinya dan mencipta
corak tersendiri bagi setanding dengan jenama-jenama antarabangsa
seperti YSL, VERSACE, GUCCI dan BONIA. Sehingga kini Noor Arfa
menghasilkan lebih dari 200 jenis produk dan dijangkakan pada tahun
mendatang jumlah produk tersebut meningkat kepada 1000 jenis selaras
dengan kewujudan rangkaian – rangkaian cawangan kami di seluruh
Malaysia.
2007 - Pada Tahun 2007, Kerja-kerja mendirikan Kompleks Kraf Noor Arfa
masih rancak dan kerajaan negeri Melaka berminat untuk mendirikan
komplek seperti ini di Melaka, dalam proses perbincangan dengan Ketua
Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam. Lokasi
telah di kenal pasti iaitu di MITC, Ayer keroh Melaka.
Pada ketika ini Noor Arfa amat berhati-hati keadaan kewangan, kerana
pinjaman untuk mendirikan NACC berjumlah 8 juta dengan SME bank, di
tambah dengan pinjaman baru 6.6 juta untuk mendirikan Melaka Batik
House yang akan dikenali sebagai (MBH). Pada 28 Mac 2008, Pengasas
Noor Arfa telah di Anugerah sebagai Tokoh Seni Kraf dalam Bidang
Batik yang di sampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri
Abdullah Badawi disaksikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan,
Kesenian & Warisan Malaysia iaitu Datuk Hj Mohd Shafie bin Hj Apdal.
2008 - Pada bulan 1 Januari 2008, NACC telah dibuka kepada orang awam dan
perasmian telah di sempurnakan oleh Yang Di Pertuan Agong, Tuanku
Mizan Zainal Abidin pada 26hb Jun 2008. Semasa majlis mesyuarat Raja-
raja, semua permaisuri-permaisuri seluruh malaysia datang melawat
NACC.
2009 - Pada 12 mac 2009, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi datang
Merasmikan OUTLET 4PU yang ke tiga di pantai timur. 4PU adalah
(Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan ) dimana
usahawan tempatan menjual produk mereka di NACC.
Pada 11 June 2009, Melaka Batek House di MITC Ayer Keroh Melaka
telah dibuka kepada orang awam dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri
Melaka Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam
2010 - Pada 26 Oktober 2010, Noor Arfa Batek Sdn. Bhd. telah ditukar nama
kepada Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd. bertujuan untuk menceburi
pelbagai bidang perniagaan dengan Modal berbayar sebanyak
RM1,650,000.00 dan Modal dibenarkan sebanyak RM5,000,000.00 pada
15 November 2010.
2012 - Pada tahun ini, Syarikat Noor Arfa telah berjaya membuka 1 lagi
cawangan baru di Menara Mara Kuala Lumpur dan Kiosk yang pertama di
Menara Kuala Lumpur.
2014 - Bermula 1hb Oktober 2014, Noor Arfa telah menambahkan satu lagi Pusat
Jualan di Arked MARA Kuala Terengganu.
ALAMAT CAWANGAN NOOR ARFA HOLDING SDN. BHD
1. NOOR ARFA HOLDINGS SDN. BHD.
LOT 1048K, KAWASAN PERINDUSTRIAN CHENDERING, 21080 K. TERENGGANU, TERENGGANU TEL : 09-617 5700 FAX : 09-617 5701
2. NOOR ARFA CRAFT COMPLEX (NACC) LOT 4153, KAW. PERINDUSTRIAN CHENDERING, 21080 K. TERENGGANU, TERENGGANU TEL : 09-617 9700 FAX : 09-617 9701
3. NOOR ARFA HOLDINGS SDN BHD ARKED MARA LOT NO. A – 3, KOMPLEKS KUALA TERENGGANU (ARPM), JALAN SULTAN ZAINAL ABIDIN, 20100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
4. NOOR ARFA HOLDINGS SDN BHD LOT NO. 1, LEVEL 2, BUSANA SHOPPING CENTER, MENARA MARA KUALA LUMPUR 232 JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN 50100 KUALA LUMPUR
5. NOOR ARFA HOLDINGS SDN BHD BD 011, DATARAN PAHLAWAN MELAKA MEGAMALL JALAN MERDEKA 75000 BANDAR HILIR, MELAKA TEL : 06 2820700
6. NOOR ARFA HOLDINGS SDN BHD GROUND FLOOR
AWANA KIJAL, GOLF BEACH & SPA RESORT KM 28, JALAN KEMAMAN – DUNGUN 24100 KIJAL, KEMAMAN, TERENGGANU TEL : 09-8640700
ALAMAT FRANCHISE NOOR ARFA HOLDING SDN. BHD
FRANCHISEE
1
CEMPAKA ANUGERAH SDN BHD Level 1, Lot 9, Departure Area, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Tel : 09-6621 700 Email : [email protected]
ANUGERAH-ANUGERAH YANG TELAH DITERIMA OLEH NOOR ARFA
1. ANUGERAH “USAHAWAN MUDA” SEKTOR PENGILANGAN PADA TAHUN 1988
OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
2. ANUGERAH “PENGELUAR BATIK TERBESAR DI MALAYSIA” PADA TAHUN 1997
OLEH MALAYSIAN BOOK OF RECORDS
3. ANUGERAH “TEMPAT PERTAMA GAYA PERSEMBAHAN TERBAIK” PUSAT
JUALAN AKED MARA PADA TAHUN 1999 OLEH MARA TERENGGANU
4. ANUGERAH “SIJIL AMALAN 5 S” PADA TAHUN 2001 OLEH PERBADANAN
PRODUKTIVITI NEGARA (NPC)
5. MEMENANGI “PERTANDINGAN AMALAN 5 S ANTARA ORGANISASI” KATEGORI
INDUSTRI KECIL TAHUN 2001 ANJURAN PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA
(NPC)
6. SIJIL KEPUJIAN “ANUGERAH PRODUKTIVITI 2001” BAGI KATEGORI SYARIKAT
TEMPATAN DENGAN JUALAN TAHUNAN KURANG DARI RM 10 JUTA OLEH
PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA (NPC)
7. SIJIL KEPUJIAN “ANUGERAH PRODUKTIVITI 2002” BAGI KATEGORI SYARIKAT
TEMPATAN DENGAN JUALAN TAHUNAN KURANG DARI RM 10 JUTA OLEH
PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA (NPC)
8. ANUGERAH PENGHARGAAN “KEUSAHAWANAN TERENGGANU 2002” BAGI
KATEGORI KRAFTANGAN OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DAN YAYASAN
PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU
9. ANUGERAH PENGHARGAAN “KEUSAHAWANAN TERENGGANU 2003” BAGI
KATEGORI IKS KEJURUTERAAN / PEMBUATAN OLEH KERAJAAN NEGERI
TERENGGANU DAN YAYASAN PEMBANGUNAN TERENGGANU
10. ANUGERAH “KEDAI HARGA PATUT” PADA TAHUN 2003 OLEH KEMENTERIAN
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA MALAYSIA
11. ANUGERAH “PELANCONGAN MALAYSIA 2003” PUSAT BELI BELAH KATEGORI
KEDAI “SPECIALTY” OLEH KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN
PELANCONGAN MALAYSIA
12. SIJIL KEPUJIAN “ANUGERAH KHAS PRODUKTIVITI 2003” BAGI KATEGORI
SYARIKAT TEMPATAN DENGAN JUALAN TAHUNAN KURANG DARI RM 10 JUTA
OLEH PERBADANAN PRODUKTIVITI NEGARA (NPC)
13. ANUGERAH “PREMIS PERNIAGAAN MARA (APPM) TAHUN 2003” PUSAT JUALAN
AKED MARA KATEGORI PENYEWA TERBAIK OLEH MARA TERENGGANU
14. ANUGERAH “KECEMERLANGAN INDUSTRI 2004” PEMBANGUNAN JENAMA
MALAYSIA BAGI KATEGORI SYARIKAT TEMPATAN DENGAN JUALAN TAHUNAN
KURANG DARI RM 10 JUTA OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA
DAN INDUSTRI
15. ANUGERAH “USAHAWAN CEMERLANG” PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA
ANUGERAH USAHAWAN MARA 2005 OLEH MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
16. ANUGERAH “USAHAWAN BERJAYA” PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA
ANUGERAH USAHAWAN MARA 2005 OLEH MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
17. ANUGERAH “KEDAI HARGA PATUT” KATEGORI TEKSTIL, BATIK & SONGKET
PADA TAHUN 2006-2007 OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN
HAL EHWAL PENGGUNA MALAYSIA
18. ANUGERAH “KEDAI HARGA PATUT” KATEGORI HANDICRAFT & ANTIK PADA
TAHUN 2007-2008 OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL
EHWAL PENGGUNA MALAYSIA
19. ANUGERAH “BRANDS LAUREATE” ASIA PACIFIC OLEH BRANDS LAUREATE BAGI
KATEGORI JENAMA TERBAIK FASHION BATIK 2007
20. ANUGERAH USAHAWAN SENI KRAF 2007 (BIDANG BATIK), OLEH KERAJAAN
MALAYSIA
21. ANUGERAH USAHAWAN NEGERI TERENGGANU 2008 OLEH YAYASAN
PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI TERENGGANU
22. ANUGERAH “KEDAI HARGA PATUT” KATEGORI BATIK PADA TAHUN 2008-2009
OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL
PENGGUNA MALAYSIA
23. SIJIL ANUGERAH KHAS “ANUGERAH PRODUKTIVITI 2008” BAGI KATEGORI
SYARIKAT TEMPATAN DENGAN JUALAN TAHUNAN KURANG DARI RM 25 JUTA
OLEH PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)
24. SIJIL “ANUGERAH KEDAI HARGA PATUT 2010” BAGI KATEGORI KRAFTANGAN &
ANTIK OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN
25. SIJIL ANUGERAH USAHAWAN CEMERLANG BAGI KATEGORI PERKHIDMATAN
TEKSTIL OLEH KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH TAHUN
2011
26. SIJIL PENGHARGAAN USAHAWAN KORPORAT OLEH MAJLIS AMANAH RAKYAT
(MARA) TAHUN 2011
27. UDC BEST FASHION DESIGN OF THE YEAR 2011
28. SIJIL “PENGHARGAAN PENYERTAAN RAKAN DAGANG KAD SKUAD PENGGUNA”
OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN PADA 13 MAC 2013
29. SIJIL “ANUGERAH USAHAWAN CEMERLANG SDSI 2013 (KLUSTER PRODUK
KRAF)” SEMPENA SHOWCASE SDSI OLEH UNIT PENYELARASAN PERLAKSANAAN
JABATAN PERDANA MENTERI PADA 29 NOVEMBER 2013 HINGGA 1 DISEMBER 2013
Oversea Trade
1. MALAYSIA EXPO, ROTTERDAM - Organized by MATRADE 1994
2. INTERNATIONAL FASHION EXHIBITION - New York, USA 1997
3. THE LOS ANGELES INTERNATIONAL TEXTILE SHOW - Los Angeles, USA, 1998
de 4. IOWA STATE FAIR, USA - 1997, 1998, 1999, 2000
5. CALIFORNIA GIFT SHOW, USA - Organized by MATRADE 1999
6. MALAYSIA FEST, SINGAPORE - Organized by Tourism Malaysia 2000
7. ASEAN GARMENTS & ACCESSORIES EXHIBITION, TOKYO 2002
8. HANOVER EXPO 2000, GERMANY - Organized by Tourism Malaysia 2000
9. SPRING FAIR BIRMINGHAM 2003, BIRMINGHAM - Organized by Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia 2003
10. MALAYSIA IN STORE PROMOTION - THE ORIENTAL CITY, COLINDALE, UK -
Organized by MATRADE 2003
11. NATIONAL FRANCHISE EXHIBITION 2004, BIRMINGHAM - Organized by MFA,
Malaysia Franchise Associations
12. Oversea Trade ke Paris Fashion Show - Cooperation with Kraftangan Malaysia.
13. FIRST FAIR & EXHIBITION OF MALAYSIA 2005, ESFAHAN, IRAN
14. MALAYSIA IN STORE PROMOTION – Malaysian Pavilian Private Hall, PORTE DE
VERSAILLES, PARIS, FRANCE – Organized by MATRADE 2009
15. CELEBRATION OF 52nd
NATIONAL DAY OF MALAYSIA IN DHAKA,
BANGLADESH – Organized by High Commission of Malaysia In Dhaka, Bangladesh (
Hotel Radisson Water Garden, 11-17 October 2009 )
16. OFFICAL VISITING YANG BERHORMAT DATO SRI MUSTAPA MOHAMED
DURING INDIA ASEAN BUSINESS FAIR & BUSINESS CONCLAVE. EVENT
FORM 2 MARCH UNTIL 6 MARCH 2011 AT PRAGATI MAIDAN, NEW DELHI,
INDIA.
17. MALAYSIA INDONESIA BUSINESS EXPO 2011 (MIBEX 2011) From 17-19
Nov 2011 at Senayan City, Jakarta, Indonesia.
18. Menyertai PAMERAN EVERYDAY DISCOVERIES, INTERNATIONAL DESIGN
HOUSE EXHIBITION di HELSINKI, FINLAND pada 6 – 9 September 2012 anjuran
MARA dan Design Development Center (DDEC)
19. Menyertai SINGAPORE GIFT & PREMIUM FAIR, MARINA BAY, SINGAPORE
pada 10 Julai 2014 - 12 Julai 2014 anjuran MHDC Malaysia Handicraft Development
Centre
20. New York (NY) NOW, Javit Center, New York, USA (16 Ogos 2014 - 20 Ogos 2014)
organized by MHDC Malaysia Handicraft Development Centre
21. Tokyo International Gifts Show, Tokyo Big Sight, JAPAN (3 Sept 2014 - 5 Sept
2014) organized by MHDC Malaysia Handicraft Development Centre
To view more detail, please visit http://www.noor-arfa.com/noor/?p=overseaTrade