program diploma pascasiswazah pendidikan (pdpp) … modul pdpm... · apa cara pun, sama ada secara...
TRANSCRIPT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL BAHASA MELAYU
MPUD2032 KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Falsafah Pendidikan Guru ii
Notis Hak Pengarang iii
Kandungan iv
Panduan Pelajar v
Pengenalan vi
Agihan Tajuk vii
UNIT 1 ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI 1 UNIT 2 PENGUCAPAN AWAM 6
UNIT 3 LARAS BAHASA (DALAM TALIAN) 42
UNIT 4 KOMUNIKASI DALAM PENGURUSAN DAN ATUR CARA 45
UNIT 5 ISU-ISU SEMASA KURIKULUM BAHASA MELAYU 47
Bibliografi
50
Panel
51
Simbol 52
KANDUNGAN MUKA SURAT
iv
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran
agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.
SASARAN KURSUS
Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran
yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat
menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai
autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana
interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
PANDUAN PELAJAR
v
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada
Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
SUSUNAN UNIT MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit
2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Refleksi/ Latihan
Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang
berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu
menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan
pembelajaran.
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
IKON
Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
vi
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar
pelajari secara interaksi bersemuka, modul pembelajaran dan dalam talian.
PENGENALAN
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran komunikasi dalam
pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah yang meliputi komunikasi lisan dan bukan
lisan.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menghuraikan aspek yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi lingkungan
kesantunan berbahasa dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan. (C2, HP1)
2. Mengaplikasikan pengetahuan bahasa Melayu dan kemahiran komunikasi khalayak
dalam menghasilkan interaksi yang berkesan. (C3, HP6, LL7)
3. Membentangkan ciri-ciri bahasa dan laras bahasa mengikut konteks dalam
komunikasi lisan dan bertulis secara berkumpulan.
vii
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU-RUHAN
DALAM MK 26 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA 60 % MODUL
40% (11 JAM)
KULIAH 40%
(10 JAM)
DALAM TALIAN 20%
(5 JAM)
1. Kemahiran Komunikasi
Takrif dan Fungsi Komunikasi
Bidang-bidang komunikasi
Intrapersonal
Interpersonal
Kumpulan kecil
Massa
Awam
2 1 - 1
2. Elemen-elemen Komunikasi (M) Modul
Penyampai
Penerima
Mesej
Saluran
Maklum balas
Gangguan
2 - 1
1
viii
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU-RUHAN
DALAM MK 26 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA 60 % MODUL
40% (11 JAM)
KULIAH 40%
(10 JAM)
DALAM TALIAN 20%
(5 JAM)
3. Ciri-ciri Komunikasi Berkesan
Penggunaan bahasa secara positif
Bersifat empati
Pendengar yang baik
Penguasaan Teknik penyoalan dan mendapat maklumat
Penjagaan air muka orang lain
Bersikap terbuka
Bahasa tubuh yang berkesan
2
1
- 1
4. Bahasa dalam Komunikasi Bertulis
Surat rasmi
Memo
Laporan
Minit mesyuarat
3 2 -
- 1
5. Bahasa dalam Komunikasi Bertulis
Rencana
Teks ucapan
Skrip Pengacara
3
2
-
1
6. Pengucapan Awam (M) Modul
2 - 2 -
ix
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU-RUHAN
DALAM MK 26 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA 60 % MODUL
40% (11 JAM)
KULIAH 40%
(10 JAM)
DALAM TALIAN 20%
(5 JAM)
Jenis-jenis Pengucapan awam
- Ucapan - Ceramah - Syarahan - Pengumuman - Taklimat
6. Pengucapan Awam
Jenis-jenis Pengucapan Awam
- Pidato - Debat
3 2 - 1
6. Pengucapan Awam
Jenis-jenis Pengucapan awam
- Forum
- Pengacaraan
majlis
3 2 - 1
7. Laras Bahasa (DT)
Jenis-jenis laras bahasa
- Laras Bahasa
umum - Laras bahasa
iklan
- Laras Bahasa klasik
- Laras bahasa kreatif
- Laras Bahasa
agama
3 - - 3
x
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU-RUHAN
DALAM MK 26 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA 60 % MODUL
40% (11 JAM)
KULIAH 40%
(10 JAM)
DALAM TALIAN 20%
(5 JAM)
- Laras Bahasa undang-undang
- Laras Bahasa panggilan
8. Komunikasi dalam Pengurusan Majlis dan Atur Cara (M) Modul
Penyediaan Pentadbiran Majlis dan Atur Cara
Protokol dan etiket soaial dalam majlis
3 - 2 1
9. Isu-isu Semasa Kurikulum bahasa Melayu
Pendidikan Bertaraf Dunia (K)
Kepelbagaian sistem pendidikan bahasa Melayu (K)
Kesepaduan Ilmu (T)
JUMLAH 26 JAM 10 JAM 5 JAM 11 JAM
Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
1
UNIT 1
ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI
PENGENALAN Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dipelajari ialah elemen-elemen yang terdapat dalam komunikasi iaitu penyampai, penerima, mesej, saluran, maklum balas, dan gangguan. HASIL PEMBELAJARAN
KERANGKA TAJUK
1.0 Elemen-elemen Komunikasi
1.1 Penyampai
1.2 Penerima
1.3 Mesej
1.4 Saluran
1.5 Maklum balas
1.6 Gangguan
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
1. Menghuraikan aspek yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi lingkungan kesantunan berbahasa dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan. (C2, HP1)
2. Mengaplikasikan pengetahuan bahasa Melayu dan kemahiran komunikasi
khalayak dalam menghasilkan interaksi yang berkesan. (C3, HP6, LL7) 3. Membentangkan ciri-ciri bahasa dan laras bahasa mengikut konteks dalam
komunikasi lisan dan bertulis secara berkumpulan.
2
1.0 Elemen-elemen Komunikasi
Komunikasi merupakan alat terpenting dalam kehidupan untuk menghubungkan
manusia. Perkara ini wajar kerana manusia perlu berinteraksi antara satu sama lain,
baik untuk menyampaikan ideaa, melahirkan perasaan mahupun menyampaikan
maklumat. Dalam konteks ini, komunikasi berlaku apabila mesej disampaikan oleh
penutur kepada pendengar dan disampaikan melalui saluran ataupun media, dan
mendapat respon sepertimana yang dikehendaki. Komunikasi yang berkesan
bergantung kepada banyak faktor dan gangguan yang ketara untuk menghalang
keberkesanan tersebut ialah gangguan ataupun campur tangan orang lain dalam
komunikasi tersebut.
1. 1 Penyampai (komunikator)
Komunikator merupakan orang yang menyampaikan mesejan, samada mereka itu
individu, kelompok ataupun sebuah organisasi. Penyampai mungkin seseorang yang
berbicara atas namanya sendiri, ataupun wakil sekumpulan individu ataupun sebuah
organisasi yang berbicara atas nama kelompok tersebut dan bukan untuk diri sendiri.
Seorang komunikator yang baik perlu mengmbil kira beberapa perkara utama seperti
penampilan diri, cara mengatasi masalah dan kebolehan berbahasa. Dalam aspek
penampilan, faktor ini menjadi asas pandangan menyeluruh penerima terhadap
penyampai. Seorang penyampai yang berperibadi buruk sukar untuk mendapat
kepercayaan daripada penerima dan sukar bagi mereka untuk menyampaikan mesejan
secara berkesan.
Komunikator juga dituntut untuk menguasai masalah, sehingga mesej yang
disampaikan menjadi jelas dari pelbagai aspek dan tidak mengelirukan. Penguasaan
bahasa juga diperlukan, agar proses komunikasi berjalan lancar dan tidak terjadi
kesalahan persepsi. Bukan hanya bahasa, budaya setiap daerah juga berbeza
komunikator perlu memperhatikan hal tersebut agak komunikasi yang dilakukannya
berjalan dengan efektif.
3
1.2 Penerima
Penyampai merupakan penerima mesej iaitu individu atau kelompok yang menjadi
sasaran mesej. secara umum ada tiga jenis penerima mesej, yaitu personal, kelompok
dan massa. Penerima mesej personal misalnya pada komunikasi yang terjadi lewat
tatap muka empat mata, lewat sms atau panggilan telepon kepada seseorang.
Sedangkan iklan di televisi misalnya, merupakan komunikasi yang penerima mesejnya
adalah massa (khalayak umum). Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi
penyampai yaitu: keterampilan menangkap dan meneruskan mesej yang diterimanya;
pengetahuan yang cukup seputar mesej yang akan diterimanya, serta sikap yang siap
untuk menerima serta member mesej.
1.3 Mesej
Mesej merupakan ideaa atau gagasan yang disampaikan kepada penyampai. Ideaa
atau gagasan yang ingin disampaikan oleh penyampai harus diolah agar menjadi
sebuah mesej yang bukan hanya dapat dimengerti, tapi juga menarik bagi penyampai
yang menjadi sasaran mesej tersebut. Bergantung kehendak, materi mesej bisa bersifat
informatif (memberikan informasi), persuasif (meyakinkan), atau koersif (berupa
perintah).
Bagi memastikan mesejan dapat disampaikan dengan tepat dan difahami oleh
penerima, mesej yang hendak disampaikan perlu dirancang dengan baik bagi
memenuhi kehendak penyampai dan penerima. Bahasa yang digunakan dalam
menyampaikan mesej sebaiknya dapat dimengerti kedua belah pihak dan tidak
menimbulkan kesalahan persepsi. Dan yang paling penting adalah, mesej perlu
dirancang sedemikian rupa agar dapat menarik minat penyampai, memenuhi
kehendaknya dan menimbulkan kepuasan penyampai.
1.4 Saluran atau Media
Saluran atau media merupakan sarana yang digunakan oleh komunikator untuk
menyampaikan mesej kepada penyampai. Secara umum terdapat tiga macam media
komunikasi, yaitu media umum, media massa, dan media khusus. Media umum
4
merupakan media yang dapat digunakan oleh semua orang, misalnya telefon, surat,
mesia sosial, dan lain-lain.
Media massa merupakan media yang digunakan untuk komunikasi massa (skala masal).
Contoh media massa misalnya akhbar, majalah, radio, televisi, dan sebagainya.
Sedangkan media khusus merupakan media yang hanya digunakan secara terbatas.
1.5 Maklum balas
Maklum balas merupakan reaksi atau respon yang diberikan penyampai untuk
menanggapi mesej yang diterima. Maklum balas ini bisa berupa maklum balas negatif
maupun maklum balas positif. Maklum balas dapat membantu komunikator untuk
menilai apakah komunikasi yang dilakukannya efektif atau tidak. Jika maklum balas
yang diberikan positif, berarti komunikasi yang dilakukan efektif (baca juga: komunikasi
yang efektif).
Maklum balas bisa diberikan secara langsung maupun tidak langsung. Maklum
balas langsung biasanya terjadi jika penyampai dan komunikator melakukan komunikasi
secara langsung, misalnya dalam pembicaraan tatap muka (baca juga: komunikasi antar
pribadi). Maklum balas langsung bisa berupa komentar maupun gesture tubuh.
Sedangkan maklum balas tidak langsung terjadi jika penyampai dan komunikator tidak
dapat melakukan kontak langsung dalam berkomunikasi. Biasanya terjadi
pada komunikasi yang melibatkan banyak orang didalamnya (komunikasi massa).
Maklum balas tidak langsung bisa berupa surat pembaca, atau undian.
1.6 Gangguan
Hambatan atau gangguan merupakan faktor-faktor yang menyebabkan terhambatnya
proses komunikasi (baca juga: hambatan-hambatan komunikasi). Gangguan ini bisa
menyebabkan kesalahan pemaknaan mesej oleh penyampai, sehingga mesej tidak
tersampaikan dengan baik, dan komunikasi tidak berhasil dilakukan. Gangguan tersebut
bisa berasal dari komunikator, mesej, saluran ataupun penyampai.
Gangguan yang berasal dari komunikator misalnya jika komunikator tidak
kompeten, tidak dapat menguasai situasi ketika menyampaikan mesej. gangguan mesej
5
misalnya ketika mesej tidak sepenuhnya disampaikan atau terpotong, atau jika mesej
menggunakan bahasa yang kurang dimengerti oleh penerima.
Gangguan yang berasal dari saluran seringkali terjadi pada media elektronik,
misalnya gangguan telepon. Sedangkan gangguan pada penyampai misalnya
penyampai kurang mendengarkan atau pengetahuan penyampai mengenai mesej yang
disampaikan kurang memadai.
Bincangkan komunikasi secara efektif atau komunikasi berkesan yang
boleh dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar dalam membentuk
pasukan kerja yang dinamik di sekolah.
6
UNIT 2
PENGUCAPAN AWAM
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan jenis-jenis pengucapan awam seperti ucapan, ceramah,
syarahan, pengumuman dan taklimat.
HASIL PEMBELAJARAN KERANGKA TAJUK 2.0 Jenis-jenis Pengucapan Awam
2.1 Ucapan
2.2 Ceramah
2.3 Syarahan
2.4 Saluran
2.5 Pengumuman
2.6 Taklimat
2.0 Pengucapan Awam
Pengucapan awam ialah pelahiran bahasa dengan penuh bermakna melalui
komunikasi lisan (suara dan perkataan) dan bukan lisan (anggota tubuh
perucap). Pengucapan awam menggunakan komunikasi verbal dan bukan
verbal. (Abdul Mua’ti, 2000).
Pada akhir topik ini, pelajar dapat :
Menerangkan maksud pengucapan awam dan jenis-jenisnya.
Membanding beza antara pengucapan awam – ucapan, ceramah, syarahan,
pengumuman dan taklimat.
Menjelaskan kepentingan pengucapan awam- ucapan, ceramah, syarahan,
pengumuman dan taklimat kepada seseorang guru.
7
Unsur-unsur Pengucapan Awam
Terdapat empat unsur pengucapan awam yang sekaligus menjadikannya
berbeza daripada lain-lain jenis komunikasi. Keempat-empat unsur tersebut
ialah:
i. Pengucap
Individu yang merupakan sumber atau punca datangnya sesuatu mesej.
Sesiapa sahaja yang mempunyai bahan atau maklumat untuk dikongsi
dengan orang lain sebenarnya boleh menjadi pengucap.
ii. Ucapan
Bahan atau isi bicara yang ingin disebarkan kepada orang lain. Bahan ini
merupakan isi kandungan atau maklumat yang disampaikan oleh pengucap
kepada pendengarnya. Isi bicara boleh terdiri dari sebarang topik yang
menyentuh sesuatu subjek asalkan disesuaikan dengan pendengarnya.
iii. Audiens/khalayak
Mereka yang merupakan sasaran pengucap. Pengucap seharusnya
menyelaraskan isi bicaranya agar bersesuaian dengan kelompok sasaran ini.
Dengan ini barulah mesej yang disampaikan dapat diterima dan
membuahkan hasil yang dihajati. Audien ini hendaklah terdiri daripada
sekurang-kurangnya lapan belas atau dua puluh orang.
iv. Situasi
Keadaan dalam sesuatu ucapan itu disampaikan. Lazimnya ucapan
disampaikan dalam situasi yang terancang.
2.1 Ucapan
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ucapan bermaksud apa-apa yang
diucapkan, bunyi lafaz, sebutan kata dan ujaran. Selain itu, ucapan juga
bermaksud cara menyebut sesuatu kata, lafaz dan sebutan.
8
Kemahiran bercakap dan berucap merupakan salah satu kemahiran
penting dalam hidup. Setiap kali kita membuka mulut, orang lain akan menilai
kebolehan dan penampilan kita. Kejayaan hidup dan berjaya kadangkala
ditentukan oleh penampilan dalam khalayak melalui ucapan. Tidak semua orang
mempunyai bakat besar dan boleh menjadi pemidato terkenal. Sebahagian besar
daripada mereka perlu menjalani latihan. Tidak dinafikan juga bahawa sesuatu
ucapan memerlukan persiapan yang rapi, tidak kira jenis ucapan lebih-lebih lagi
apabila ucapan memerlukan skrip.
Terdapat empat jenis ucapan, iaitu:
a) Ucapan impromptu
Ucapan jenis ini dibuat tanpa sebarang persediaan. Ucapan ini sukar
dilakukan dan ada kalanya boleh merosakkan kredibiliti seseorang.
Ucapan jenis ini tidak digalakkan, melainkan dalam keadaan-keadaan
yang tidak dapat dielakkan.
b) Ucapan yang dihafal
Pengucap menghafal keseluruhan ucapannya perkataan demi perkataan.
Ucapan jenis ini sukar dibuat kerana bergantung kepada kekuatan daya
ingatan dan penghafalan seseorang. Ucapan ini juga sukar diubah suai
berdasarkan perubahan situasi dan reaksi audiens. Apa-apa yang
diluahkan oleh pengucap hanyalah isi yang telah dihafalnya terlebih
dahulu.
c) Ucapan yang dibaca dari teks atau manuskrip
Pengucap membaca perkataan demi perkataan yang tertulis dalam teks
atau manuskripnya. Ucapan ini amat bergantung dan terhad kepada apa-
apa yang tertulis dalam teks sahaja. Penyampaian ucapan akan kelihatan
lebih baik sekiranya pengucap menyediakan sendiri teksnya.
Penyampaian akan menjadi hambar sekiranya pengucap membaca teks
orang lain kerana sukar untuk menghayati isi bicara yang ditulis oleh pihak
9
lain. Pengucap juga akan menggunakan bahasa tulisan dan nada baca,
bukannya bahasa dan nada percakapan. Namun, ucapan ini sesuai
digunakan sekiranya perkara tersebut berkaitan dengan polisi dan
pembentangan seperti Pembentangan Belanjawan Negara.
d) Ucapan extemporaneous
Ucapan ini menggabungkan kesemua jenis ucapan. Pengucap membaca
idea-idea utama, kenyataan-kenyataan, petikan-petikan dan data-data
yang memerlukan ketepatan dari kad notanya. Pengucap juga menghafal
penghuraian idea-idea utama, contoh-contoh dan petikan-petikan yang
mudah. Pengucap boleh mengubah suai secara spontan untuk
diselaraskan dengan reaksi audiens dan perubahan situasi. Oleh itu,
ucapan jenis ini sangat menarik dan tidak hambar.
Tujuan sesuatu ucapan yang disampaikan
Terdapat empat tujuan ucapan disampaikan, iaitu:
a) Untuk memberitahu sesuatu maklumat
Pengucap berhasrat untuk memberitahu sesuatu maklumat, perkara atau
fenomena kepada audiens. Ucapan jenis ini juga ada kalanya disebut ucapan
pemberitahuan atau informative. Kuliah, ceramah, syarahan, pembentangan kertas
kerja, taklimat dan sebagainya termasuk dalam ucapan jenis ini.
b) Untuk membujuk atau mempengaruhi
Pengucap berhasrat untuk mempengaruhi audiens supaya setuju dengan
cadangan yang diberi. Antara contoh ucapan jenis ini ialah kempen politik, kempen
keselamatan jalan raya, antidadah, kempen kebersihan, kempen jurujual dan
sebagainya. Pengucap akan mengubah kepercayaan audiens daripada tidak percaya
kepada percaya. Kemudian pengucap akan mengubah sikap audiens dari tidak suka
kepada sukakan barangan tersebut. Akhirnya, pengucap cuba mengubah perlakuan
audiens dari tidak mahu membeli kepada mahu membeli barangan tersebut. Terdapat
juga pengucap mahu mengubah ketiga-tiga aspek tadi dan ada ketikanya pengucap
10
mahu mengubah satu aspek sahaja dalam satu masa. Hal ini bergantung kepada isu
dan keadaan psikologi audiens.
c) Untuk menghibur
Pengucap bertujuan untuk membuatkan audiensnya rasa seronok, riang atau
terhibur. Kebiasaannya ucapan ini terdapat dalam majlis-majlis keraian seperti majlis
makan malam, majlis jamuan tengahari dan sebagainya. Seorang tokoh akan diundang
untuk menyampaikan ucapan selepas hadirin selesai menjamu selera. Tujuannya
adalah untuk membangkitkan rasa riang ria dan seronok. Pengucap akan memberi
tumpuan kepada isi yang berkaitan perkara-perkara pelik dalam organisasi atau
kehidupan seharian.
d) Ucapan dalam majlis-majlis khas
Terdapat pelbagai jenis ucapan bagi pelbagai majlis-majlis khas dan tujuan yang
disampaikan di pelbagai tempat dan pada masa yang berlainan. Setiap jenis ucapan
mempunyai gaya dan isi ataupun penekanan yang berlainan.
1) Ucapan Majlis Anugerah
Terdapat dua jenis ucapan bagi majlis anugerah, hadiah ataupun pengiktirafan
awam yang lain bagi mengiringi majlis itu, iaitu ucap jasa daripada pihak yang
memberi anugerah dan ucapan balas daripada penerima anugerah. Ucap jasa
adalah sejenis ucapan khusus. Ucapan ini perlu kreatif dan disampaikan dengan
gaya yang menarik. Pengucap perlu mewawancara tokoh tersebut ataupun
mengkaji pencapaian dan latar belakangnya. Teks ucap jasa perlu memuatkan
sumbangan, pengorbanan, pencapaian dan keistimewaan tokoh tersebut dalam
sesuatu bidang. Ucapan jenis ini biasanya disediakan dalam bentuk teks.
Ucapan balas pula, perlu menyatakan pandangan dan harapan tokoh berkenaan
isi yang releven. Biasanya ucapan ini berkaitan bidang kepakarannya ataupun
organisasi yang menyampaikan anugerah kepadanya.
2) Ucapan Makluman
11
Ucapan jenis ini bersifat informatif, padat dengan fakta, maklumat dan
penjelasan berkenaan sesuatu hal. Ucapan makluman menyentuh dasar negara,
negeri, syarikat, jabatan, kelab, persatuan, sekolah dan seumpamanya. Ucapan
jenis ini mungkin disampaikan oleh Perdana Menteri, ketua pegawai eksekutif,
pengarah, pengerusi, pengetua dan sebagainya.
3) Ucapan Perpisahan
Ada dua jenis ucapan bagi majlis perpisahan ini, iaitu ucapan penganjur dan
ucapan orang yang diraikan. Ucapan perpisahan disampaikan semasa
seseorang hendak berpisah sama ada berpindah kerja, berhenti kerja ataupun
kerana berakhirnya sesuatu projek seperti lawatan. Dalam ucapan seperti ini
dinyatakan rasa penghargaan, bangga dan sebagainya.
Pihak penganjur perlu menyatakan terima kasih atas jasa dan khidmat orang
yang diraikan. Imbas peristiwa menarik dan sikap mulia dengan memberikan
contoh yang sesuai. Dalam majlis seperti itu, orang yang diraikan pula perlu
menyediakan ucapan balas. Pengucap perlu memastikan meninggalkan kesan
positif yang akan menjadi ingatan mereka yang ditinggalkan.
4) Ucapan Politik
Ucapan jenis ini banyak disampaikan oleh ahli politik pelbagai peringkat bagi
pelbagai tujuan termasuk pada masa perhimpunan agong, kem motivasi ataupun
kempen pilihan raya dan parti. Pengucap perlu menguasai isu politik semasa,
kepemimpinan, strategi politik dan isu sosial, ekonomi, pendidikan dan
sebagainya. Ucapan jenis ini perlu banyak menggembleng strategi dan teknik
retorik.
5) Ucapan Penghargaan
Ucapan ini sering disampaikan bagi menyatakan penghargaan dan terima kasih.
Sumbangan individu mungkin dalam bentuk tenaga, wang ringgit ataupun
kepakaran. Lazimnya, ucapan jenis ini ringkas, pendek dan memuji individu itu.
12
6) Ucapan Nasihat
Ucapan jenis ini menonjolkan panduan dan bimbingan dalam sesuatu perkara.
Tujuannya bagi membaiki peribadi, penampilan, pencapaian dalam sesuatu
perkara ataupun bidang dan sebagainya. Tujuannya adalah bagi mengubah
sikap supaya menjadi lebih positif. Si pengucap biasanya mempunyai kepakaran
ataupun wibawa dalam perkara yang disampaikan bagi meyakinkan khalayak.
Nasihat biasanya diberikan oleh mereka yang berjaya, orang dewasa kepada
golongan lebih muda, guru kepada murid, ibu bapa kepada pelajar, pemimpin
kepada ahli, ketua organisasi kepada kakitangan. Inti ucapan adalah bagi
mengajak mereka berhijrah ataupun berubah kepada yang lebih baik.
7) Ucapan di Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen
Wakil rakyat dikehendaki berucap di Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen
bagi menyampaikan masalah dan aspirasi rakyat yang diwakilinya. Komen dan
cadangan dikemukakan bagi memperbaiki keadaan. Ucapan jenis ini
memerlukan pemahaman yang mendalam berkenaan isu. Gaya dan formatnya
adalah berlainan, khususnya ucapan penghargaan ke atas ucapan ataupun titah
Yang di-Pertua Negeri ataupun titah Yang di-Pertuan Agong.
8) Ucapan Tahniah
Ucapan tahniah disampaikan bagi meraikan kejayaan ataupun pencapaian
individu serta majlis seperti meraikan pengantin. Kejayaannya mungkin dalam
bidang sukan, akademik, kerjaya dan lain-lain. Pujian perlu diberikan kerana
komitmen sehingga membawa kejayaan. Bagi ucapan ini, selalunya ucapan
berlegar sekitar sikap positif dan faktor yang menyumbang kejayaan.
9) Ucapan Motivasi
Ucapan bertujuan menaikkan semangat dalam mengusahakan sesuatu seperti
belajar, berlatih dalam sukan, berperang dan sebagainya. Ucapan jenis ini
bertujuan mendorong khalayak melakukan sesuatu seperti yang dicadangkan
dalam ucapan. Ucapan motivasi perlu meyakinkan dan bersifat persuasif.
13
Ciri-ciri Ucapan
Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan awam.
Antaranya:
1) Berlaku di tempat awam
Ucapan umum biasanya berlaku di tempat awam seperti di dalam kelas, bilik
kuliah, dewan, auditorium atau di tempat-tempat orang ramai boleh berhimpun.
2) Melibatkan bilangan sasaran yang ramai
Dalam ucapan, penceramah ialah sumber penyampai dan audien yang
mendengar ceramah atau pidatonya ialah penerima maklumat yang ingin
disampaikan.
3) Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah
Ucapan awam terjadi secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu.
Pengucap tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi
antara individu kerana faktor jarak dan jumlah yang ramai. Ucapannya telah
dirancang lebih awal berdasarkan siapakah yang akan hadir untuk mendengar
ucapan tersebut. Begitu juga dengan penyampaian ucapan memang telah
distrukturkan dengan agenda-agenda tertentu.
Pengucapan Umum yang Berkesan
Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk mencapai pengucapan umum
yang berkesan untuk menghasilkan hubungan yang intim antara pengucap dengan
khalayak ramai.
1) Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan khalayak
Pengucap mestilah belajar menyesuaikan ucapannya dengan keperluan
khalayak. Melalui maklum balas, pengucap yang menghantar maklumat dapat
mengawasi kesan mesejnya ke atas khalayak. Pengucap perlu memberi
perhatian kepada khalayak untuk menilai kesan penerimaan mesej secara tepat.
14
2) Memberi perhatian kepada maklum balas khalayak
Maklum balas yang diterima daripada khalayak akan menentukan sama ada
pengucap berjaya atau tidak difahami dan diterima oleh khalayak. Maklum balas
boleh terjadi dalam bentuk lisan atau bukan lisan.
3) Sentiasa berwaspada terhadap paras kefahaman khalayak tentang sesuatu tajuk
Lazimya, pengucap tidak berupaya mengetahui paras kefahaman yang sesuai
untuk khalayaknya. Hal ini menyebabkan khalayak gagal memahami perkara
yang telah disampaikan. Pengucap mesti menganalisis khalayaknya lebih lanjut
tentang minat dan kefahaman mereka terhadap perkara yang diperkatakan.
4) Berucap dengan menggunakan paras sikap yang sama dengan khalayak
Sikap khalayak juga boleh mempengaruhi penerimaan mereka terhadap sesuatu
ucapan. Sebagai contoh, seorang tokoh agama yang menyampaikan ceramah
tentang balasan hari akhirat kepada sekumpulan penagih dadah di sebatang
lorong belakang di Kuala Lumpur, perbezaan sikap akan mempengaruhi
kemampuan mereka untuk memahaminya. Pengucap mestilah sampai ke suatu
tahap yang sama paras dengan khalayak supaya mesej yang disampaikan dapat
diterima dengan berkesan oleh khalayak.
Penulisan Teks Ucapan
Penulisan teks ucapan memerlukan persediaan yang teliti agar penyampai dan khalayak
tidak kecewa pada akhir penyampaian ucapan. Umumnya terdapat tiga tahap utama
dalam menulis teks ucapan iaitu prapenulisan, penulisan dan penyuntingan.
1) Prapenulisan
Penulis perlu mengenal pasti dahulu sumber dan seterusnya menentukan tajuk
ucapan pelbagai teknik yang boleh digunakan pada peringkat pencernaan idea
iaitu:
a) Penulisan bebas
15
Penulis menulis apa-apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya dalam
tempoh lima hingga sepuluh minit tanpa berhenti dan tidak memikirkan
sama ada susunannya itu logik ataupun tidak.
b) Penulisan berfokus
Penulis menumpukan kepada persoalan utama perbincangan dan
mengambil kira khalayak.
c) Percambahan fikiran
Penulis berbincang dalam kumpulan kecil dan saling bertukar-tukar idea.
Daripada perbincangan itu, dirumuskan idea yang boleh dijadikan
kandungan utama ucapan.
d) Dialog imaginasi
Penulis cuba mengupas sesuatu persoalan berdasarkan pendapat orang
lain. Dengan itu, idea tidak terhad kepada mengambil pandangan sendiri
sahaja tetapi melangkaui pandangan orang lain.
2) Penulisan
Terdapat tiga bahagian dalam sesuatu teks ucapan iaitu, pendahuluan, isi dan
penutup.
a) Pendahuluan
Pengucap perlu mengenal pasti hadirin dalam majlis. Bahagian pendahuluan
terdiri daripada beberapa perkara seperti salam dan ucap selamat,
penghormatan protokol dan teknik menarik perhatian. Terdapat beberapa
teknik yang boleh digunakan oleh pengucap untuk menarik perhatian
audiens, antaranya ialah:
1) Pendahuluan Soalan
16
Pertanyaan bertujuan merangsang minda ataupun sekadar mencabar
pemikiran pembaca. Ianya dianggap berjaya apabila dapat mencabar
rasa ingin tahu ataupun pengetahuan pembaca.
2) Pendahuluan Petikan
Walaupun agak mudah digunakan tetapi tidak boleh digunakan sesuka
hati. Hal ini kerana sekiranya penggunannya tidak sesuai, khalayak
tidak akan berminat. Petikan yang menarik dan padat dapat menjadi
pendahuluan yang menarik seperti pemimpin terkemuka, petikan
pujangga dan sebagainya.
3) Pendahuluan Ringkasan
Banyak digunakan oleh pemberita semasa menghasilkan berita jenis
berat. Penulis mengemukakan fakta supaya khalayak terus mengetahui
persoalan yang diketengahkan. Ia juga meletakkan inti ucapan pada
bahagian paling awal bagi memberitahu khalayak supaya mereka terus
mengikuti ucapan .
4) Pendahuluan Penglibatan Peribadi
Pendahuluan jenis ini boleh digunakan apabila penulisnya terlibat
secara langsung peristiwa ataupun mengalami sendiri peristiwa itu.
5) Pendahuluan Latar Belakang
Pendahuluan jenis ini merujuk maklumat yang berkaitan dalam teks.
6) Pendahuluan Harapan
Pendahuluan ini menjurus kepada harapan tokoh sebaik sahaja kata-
kata aluan disampaikan.
7) Menyatakan Syukur
Ada masanya teks ucapan diselitkan dengan kata-kata syukur pada
permulaan ucapan.
17
8) Pendahuluan Madah
Pendahuluan ini boleh dimulakan dengan madah, pantun, puisi,
perumpamaan ahasa yang sesuai.
9) Pendahuluan Imbasan Lalu
Penulis teks ucapan boleh memasukkan peristiwa yang berlaku
ataupun dialami oleh tokoh sebelum itu. Penulis juga boleh menyentuh
kejadian yang baru berlaku di tempat itu sama ada di dalam ataupun di
luar negara.
10) Memperkenalkan Tujuan
Pengucap boleh menjelaskan tujuan ucapan tersebut. Pengucap
menyatakan aspek yang akan disentuh terutama apabila bidang yang
hendak diliputi adalah luas.
11) Memuji Khalayak
Ada ucapan yang memuji khalayak dengan menyatakan rasa bangga
tokoh kerana sikap positif khalayak. Oleh itu, khalayak akan segera
dapat dimasukkan ke dalam ucapan.
12) Kaitkan dengan Tarikh
Pengucap boleh mengaitkannya dengan tema ucapan yang
dihasilkan itu.
13) Pendahuluan Latar Belakang Watak
Pengucap boleh melukiskan perwatakan ataupun keperibadian
seseorang. Ianya sesuai digunakan bagi ucap jasa dalam majlis
penyampaian anugerah kepada tokoh.
18
14) Pendahuluan Lelucon
Pendahuluan humor juga digemari oleh pendengar. Pengucap tentu
rasa seronok apabila khalayak ketawa selepas mendengar
pendahuluan itu. Secara tidak langsung, hubungan antara pembicara
dengan khalayak akan dapat dijalin dan mengurangkan rasa
gementar pengucap.
15) Pendahuluan Gambaran
Pendahuluan jenis ini boleh digunakan bagi teks ucapan tertentu.
Sekiranya ditulis dengan baik, tentu dapat mencengkam minat
pendengar.
16) Menceritakan Pengalaman Peribadi
Pengalaman yang disampaikan perlu berkait rapat dengan tema, tajuk
ataupun fokus teks. Pengalaman itu boleh jadi baru berlaku
semalam, minggu lepas, bulan lepas, tahun lepas ataupun beberapa
puluhan tahun lepas. Isi ini akan menarik perhatian khalayak
b) Isi
Setiap isi ditulis dalam satu perenggan. Hal ini bertujuan membantu
khalayak agar lebih mudah memahami ucapan. Penyampai yang baik
akan menggunakan alat bantu semasa berucap bagi memastikan
khalayak mendapat maklumat dengan berkesan.
c) Penutup
Pengucap boleh menggunakan rangkai kata dan perkataan
secara hormat dan tidak terlalu banyak ataupun bertindan seperti
‘sebelum mengundurkan diri’, ’sebagai kesimpulan’, ’sebagai rumusan’,
’akhir sekali’, ’perkara terakhir yang hendak saya nyatakan’, ’sebagai
peringatan akhir’, ’sebelum saya akhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin
merayu…..’, ’sebentar tadi saya sudah menyentuh beberapa perkara.
Pertama….Kedua’ dan sebagainya. Selain itu, pengucap juga boleh
19
mengulang kembali idea-idea utama, membuat kenyataan untuk diingati
seperti berpantun, memberi pesanan, membayangkan keadaan yang
akan berlaku pada masa akan datang dan merujuk tema program.
Penutup yang baik perlu langsung dan tidak berbeli-belit. Penutup
hanya sekitar 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan ucapan.
Penutup yang baik akan melekat dalam ingatan khalayak. Penutup
berperanan bagi memaklumkan kepada khalayak yang pengucap akan
berundur dan memperkukuhkan pemahaman dan komitmen khalayak
pada idea utama serta memastikan mereka mengambil tindakan yang
sesuai mengikut gesaan dalam penutup.
d) Penyuntingan
Penyuntingan dilakukan bagi memastikan teks ucapan tidak
terkeluar daripada tajuk, tidak mempunyai elemen-elemen yang tidak
sepatutnya serta tidak melangkaui tempoh masa yang ditentukan.
Penyuntingan perlu ditumpukan pada aspek idea keseluruhan, fakta,
statistik, pengolahan dan penyampaian serta organisasi karya, ketepatan
bahasa dan keberkesanan gaya.
Suntingan akan memastikan kesalahan dapat ditiadakan ataupun
diminimumkan. Suntingan juga akan meningkatkan mutu dan
kewibawaan pengucap dan menyebabkan pendengar seronok dan puas
hati. Penyuntingan adalah langkah terbaik bagi membersihkan dan
meningkatkan mutu teks ucapan.
2.2 Ceramah
Pengertian Ceramah
Mengikut Kamus Dewan (2005) ceramah bermaksud suka bercakap–cakap,
ramah atau banyak cakap. Ceramah juga membawa maksud ucapan
membicarakan sesuatu seperti bahasa, politik dan sebagainya.
Ceramah ialah ucapan yang disampaikan oleh seseorang yang dianggap
berpengalaman dari segi kepakaran dalam bidang tertentu dalam majlis formal.
20
Bahagian pertama ceramah dibentangkan pendapat atau pengalamannya dalam
bidang tertentu. Bahagian akhir ceramah pula akan dibuka untuk para penonton
atau audien untuk mengemukakan soalan-soalan atau pandangan mereka dan
penceramah cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Ceramah berlainan dengan pidato/syarahan kerana ceramah dapat
mengwujudkan komunikasi dua hala, iaitu penceramah dapat berkongsi
maklumat dan pengalaman dengan audien dan audien pula boleh mengemukan
soalan-soalan atau pandangan mereka sendiri terhadap sesuatu perkara atau
tajuk.
Persediaan Ceramah
Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang
berkenaan. Pada peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti
beberapa perkara penting seperti yang berikut :
a) Siapakah audiennya?
b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audiennya?
c) Di manakah ceramah itu diadakan?
d) Bilakah ceramah itu diadakan?
Setelah mengenal pasti perkara-perkara tersebut, seseorang
penceramah boleh merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya.
Pada peringkat ini, penceramah perlu melakukan perkara-perkara seperti yang
berikut :
a) Ketahui Skop Ceramah
Penceramah seharusnya mengetahui dengan secukupnya semua perkara yang
mungkin hendak diketahui oleh audien. Jika penceramah tampil ke depan tanpa
membuat persediaan tentang perkara-perkara yang hendak diperkatakan,
kemungkinan besar mutu ceramah itu akan terjejas kerana seseorang
penceramah bukan sekadar dikehendaki menyampaikan ceramahnya, tetapi
perlu menjawab segala pertanyaan yang bakal dikemukakan atau memberi
reaksi terhadap pandangan audiennya di akhir ceramahnya.
21
Penceramah juga perlu melakukan penyelidikan tentang apa-apa yang
diharapkan oleh audiennya. Lazimnya tujuan dan objektif sesuatu ceramah
dimaklumkan kepada penceramah oleh pihak penganjur terlebih dahulu. Namun,
sekiranya penceramah kurang pasti tentang apa-apa yang dikehendaki, maka ia
perlulah menanya kepada pihak penganjur. Hal ini akan memberi gambaran
kepada penceramah untuk menentukan apakah yang dikehendaki dan setakat
mana tahap ceramahnya. Selain itu, penceramah juga perlu mengenal pasti
berapa lama ceramah yang dikehendaki bagi menentukan takat perician yang
perlu disediakan mengikut tajuk ceramah yang berkenaan. Dengan itu,
penceramah juga akan dapat gambaran tentang setakat mana formalnya
ceramah itu nanti.
b) Membuat Persediaan Yang Rapi
Setelah mengetahui secara kasar apa yang dikehendaki, penceramah hendaklah
memulakan persediaan. Persediaan yang lengkap boleh mengurangkan
gementar yang mungkin dirasai oleh penceramah dan audien juga akan lebih
yakin terhadap ceramah yang disediakan dengan rapi.
Penceramah boleh bermula dengan menulis nota tentang tajuk yang
berkenaan iaitu segala yang diketahui daripada pengalaman sendiri.
Penceramah boleh mendapatkan sebanyak mungkin bahan rujukan seperti buku,
rencana dan kertas kerja yang terkini tentang tajuk ceramah berkenaan. Amat
penting untuk mencari maklumat terkini tentang tajuk ceramah kerana
kemungkinan audien akan menanya penceramah tentang pendapatnya yang
mutakhir yang berkaitan dengan tajuk ceramah tersebut.
Apabila mengumpulkan segala maklumat, penceramah hendaklah
menulis ceramahnya. Catatlah seberapa banyak tajuk dan subtajuk sebagai
panduan dalam proses menulis teks ceramah tersebut. Jika penceramah
menyampaikan maklumat yang perlu diingati oleh audien, penceramah mungkin
dikehendaki menyediakan kertas ceramah untuk diedarkan sebelum ceramah
bermula atau semasa ceramah berlangsung. Kertas ceramah inilah yang
sepatutnya menjadi dasar ucapan ceramah dan memuatkan dengan segala
maklumat tambahan yang disertai rujukan dan tajuk yang sesuai. Setelah
menulis teks ceramah, penceramah hendaklah melafazkan teks tersebut itu di
hadapan cermin sebagai latihan. Latihan ini bertujuan untuk melatih diri
22
penceramah disamping dapat meneliti air muka dan aksi-aksi yang kurang
sesuai dan seterusnya boleh memperbaiki secara sedar.
Penceramah perlu merakamkan ceramah yang diucapkan semasa
latihan tersebut sebagai persiapan yang lebih rapi lagi. Hal ini dapat membantu
penceramah mengesan gangguan-gangguan bahasa seterusnya
memperbaikinya.
c) Menyemak Setiap Ilustrasi
Penyediaan ilustrasi perlu dilakukan setelah teks ceramah siap
disediakan demi mempertingkatkan mutu ceramah di samping
mengekalkan minat audien. Namun begitu, penyediaan ilustrasi tersebut
mestilah jelas dan sesuai dengan tajuk ceramah yang ingin disampaikan.
Contohnya, penceramah perlulah menyediakan slaid dengan sempurna
dan tersusun mengikut urutan keutamaan. Bahagian-bahagian teks
ceramah yang perlu diilustrasikan dengan tayangan slaid perlu
ditandakan terlebih dahulu untuk mengelakkan kegopohan atau
ketidakaturan semasa menyampaikan ceramah tersebut.
Transparensi yang digunakan sebaik-baiknya disediakan dengan
menggunakan komputer. Semasa penyediaan transparensi tersebut,
penceramah perlulah mengelakkan menulis terlalu banyak dan lebih
menggunakan perkataan yang ringkas dan mudah difahami oleh audien.
Selain itu juga, penceramah digalakkan menggunakan gambar rajah, peta
minda atau graf yang boleh menarik perhatian audien. Dalam
penyampaikan ceramah, elakkan daripada membuang masa dengan
membaca butiran semata-mata dalam tranparensi yang disediakan itu
kerana ini akan membosankan audien. Penceramah cuma perlu
mengembangkan dan menghuraikan butiran yang ditayangkan tersebut.
d) Meninjau Tempat Ceramah
Meninjau tempat ceramah perlu dilakukan oleh penceramah terutama
sekali kepada penceramah yang kurang berpengalaman. Perkara ini
perlu dilakukan kerana penceramah dapat mengetahui semua perkara
dan keadaan yang penting seperti berikut :
23
i) Adakah tempat itu dewan besar dan keadaan akustiknya tidak begitu
baik?
ii) Adakah tempat itu bilik yang kecik dan agak sempit?
iii) Adakah tempat itu berpentas atau hanya bercakap atau bercakap dari
atas lantai sahaja?
iv) Adakah tempat itu terlalu panas atau dingin. Penceramah boleh
menyesuaikan pakaiannya mengikut keadaan tempat berkenaan
v) Adakah peralatan seperti makrofon, projektor slaid, overhed,
komputer, meja dan kerusi disediakan?
Setelah meninjau keadaan tempat ceramah itu, penceramah boleh
bersedia dan bertindak mengikut keadaan yang sebenar dengan lebih
yakin.
e) Menyemak Setiap Peralatan
Penceramah perlu memeriksa terlebih dahulu sekiranya pihak menganjur
menyediakan peralatan berkenaan. Penceramah kena membuat catatan
tentang segala peralatan yang perlu dibawa seperti mentol ganti atau
wayar sambung jika perlu. Penceramah yang kurang mahir dengan
mengunakan peralatan slaid, projektor, overhed atau komputer, perlu
meluangkan sedikit masa untuk berlatih menggunakannya.
f) Memakai Pakaian yang sesuai
Penceramah haruslah berpakaian yang sesuai dengan majlis. Pakaian
hendaklah selesa mengikut suhu di tempat ceramah supaya tidak berasa
terlalu panas atau sejuk. Penceramah perlu mengelakkan daripada
menggunakan pakaian yang terlalu anggun atau selekeh dalam majlis
yang serius.
24
Kemahiran melahirkan pendapat
Penceramah perlu melahirkan pendapat semasa menyampaikan ceramah sama ada
melalui pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan
yang dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kemahiran untuk melahirkan
pendapat yang meliputi aspek-aspek berikut:
i) Cara Melahirkan Pendapat
Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir seperti berikut:
a) Menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak
menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah
b) Mengemukan pendapat dalam bentuk kertas kerja
c) Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan
dihujahkan
d) Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan
contoh supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan meyakinkan.
e) Menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada
penonton dengan meyakinkan
f) Menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan aras
pendapat
g) Mengelakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar
difahami
h) Menggunakan laras bahasa yabg bersesuaian dengan majlis
i) Menggunakan istilah-istilah mengikut laras bahasa yang berkenaan
j) Menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret
k) Menyelitkan unsur kecindan/humor dalam penyampaian pendapat
l) Menunjukkan keyakinan diri
m) Mengwujudkan hubungan mata yang sesuai dengan penonton, iaitu
melihat mereka – ’dari mata turun ke hati’
n) Menggunakan bahasa tubuh iaitu gaya tangan, mata dan gerakan badan
untuk penekanan sesuatu fakta
o) Menunjukkan mimik muka yang meyakinkan iaitu senyum apabila
gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi
25
ii) Cara Mempengaruhi Audien
Mempengaruhi audien sangat penting semasa melahirkan pendapat. Oleh itu
penceramah perlu menguasai kemahiran seperti berikut:
a) Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina
dan profesion audien
b) Menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mengwujudkan rangsangan di
kalangan audien
c) Menggunakan bahasa yang sesuai denga audien termasuk teknik retorik
d) Menyelitkan unsur kecindan
e) Memastikan suara penceramah didengari oleh semua audien
f) Menjangka had/batasan tumpuan audien
iii) Nada dan Intonasi
Nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu perkataan atau
suku kata sedang dilafazkan. Intonasi pula adalah keadaan bunyi yang manaik
atau menurun sewaktu sesuatu ayat diucapkan semasa berceramah.
Penggunaan nada dan intonasi yang sesuai akan membantu penceramah
menyampaikan ceramah dengan lebih sempurna.
Dipermulaan ceramah, nada dan intonasi penceramah biasanya mendatar
dan lembut ketika mengalu-alukan kedatangan audien. Akan tetapi, apabila tajuk
ceramah dinyatakan, nada suara akan dinaikan sedikit untuk menarik minat dan
perhatian audien.
Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan intonasi yang wajar
diberi perhatian adalah seperti berikut:
a) Meninggikan suara apabila hendak menarik minat dan perhatian audien
b) Menggunakan nada suara perlahan atau rendah apabila merayu
c) Jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu perlahan
d) Berhenti sebentar apabila perlu iaitu apabila hendak mendapatkan semula
buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikuti dan
memahami hujah penceramah
e) Menggunakan sebuatan baku
f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun
26
g) Menggunakan nada yang mengembirakan apabila hendak menghidupkan
suasana yang hampar
h) Menggunakan nada dan intonasi yang mengambarkan keprihatinan
Semasa mengemukan soalan atau pandangan, penceramah sebaik-baiknya
menggunakan nada suara yang mengambarkan keprihatinan dan hormat kepada
ahli-ahli panel.
Kemahiran menutup ceramah
Penceramah juga perlu mahir untuk menutup ceramah. Antara kemahiran-kemahiran
yang perlu dikuasai oleh penceramah adalah seperti berikut:
a) Membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau
pandangan. Dalam hal ini, pengerusi perlu mengwujudkan suasana yang
kondusif dan mengalakkan penonton untuk melibatkan diri.
b) Merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan. Dalam hal ini,
penceramah perlu membuat kesimpulan dengan menghubungkan idea-idea
yang telah dihujahkan dalam ceramah untuk menimbulkan suatu kepuasan
dalam kalangan audien
c) Menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih
kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat
d) Menyatakan harapan agar segala isu dan pandangan yang dikemukakan
boleh mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat
e) Memohon maaf dari para penonton atau audien sekiranya terdapat sebarang
kesilapan semasa menyampaikan ceramah.
27
Format menulis ceramah
Bahagian Pengenalan
Bahagian pengenalan, penceramah mestilah memulakan penulisan dengan kata-kata
aluan kepada pengerusi majlis, pegawai yang hadir dan sebagainya mengikut
keutamaan ataupun pangkat. Selain itu, penceramah juga mestilah menyatakan tema
atau tajuk ceramah yang akan disampaikan. Dalam bahagian penulisan pendahuluan,
penceramah boleh mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak pelaksana yang
sudi menjemputnya untuk menyampaikan ceramah.
Bahagian IsI Penulisan ceramah
Bahagian ini memerlukan penceramah menghuraikan dan menjelaskan secara terperinci
tentang tajuk ceramah yang ingin disampaikan. Terdapar beberapa teknik dalam
28
mengembangkan isi iaitu teknik deduktif, teknik induktif dan teknik elektif. Dalam teknik
deduktif, penceramah boleh memulakan dengan menyatakan idea utama secara amnya.
Selepas itu, penceramah boleh menghuraikannya dengan contoh-contoh atau bukti
untuk menyokong isi tersebut. Manakala menurut teknik induktif, isi, contoh dan isi
dikemukakan menurut urutan. Hal ini merupakan teknik yang berlawanan dengan teknik
deduktif yang mengemukakan isi terlebih dahulu dan diikuti dengan huraian dan contoh.
Seterusnya menurut teknik elektif, penceranah boleh mendahului isi dengan idea utama,
huraian dan contoh. Selepas itu, diakhiri sekali dengan penyataan idea. Jadi,
penceramah boleh ingat bahawa teknik yang terakhir ini merupakan gabungan antara
teknik deduktif dengan teknik induktif.
Kata-kata Penghadapan
Kata-kata penghadapan bermaksud kata-kata yang diletakkan di hadapan bagi
mengwujudkan kesinambungan ceramah yang disampaikan tersebut. Contohnya seperti
hadirin sekalian, hadirin dan hadirat sekalian, guru-guru dan para pelajar sekalian, anak-
anak yang dikasihi sekalian, dan sebagainya. Pengunaan kata-kata penghadapan ini
perlu ada dalam ceramah.
Bahagian Penutup
Bahagian ini merupakan bahagian rumusan bagi semua isi dan huraian ceramah yang
disampaikan tersebut. Isi-isi ceramah yang baru tidak sepatutnya dikemukan lagi dalam
bahagian ini. Sebaliknya penceramah dikehendaki menyatakan pendirian tentang tajuk
ceramah yang disampaikan tersebut. Selain itu, penceramah juga boleh membuat
ulasan atau rumusan ringkas mengenai tajuk tersebut dan ceramah juga perlu diakhiri
dengan harapan, kemaafan dan ucapan terima kasih.
2.3 Syarahan
Syarahan bermaksud ceramah, pidato atau ucapan (Kamus Dewan Edisi
Keempat). Syarahan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk
menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Syarahan merupakan aktiviti
berkomunikasi sehala, iaitu penyampai ucapan akan menjelaskan sesuatau tajuk
dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi khalayak agar bersetuju
dengan apa-apa yang disampaikannya.
29
Tujuan syarahan
a) Memberikan penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-
aspek penting tentang tajuk syarahan.
b) Memberitahu khalayak tentang sesuatu perkara baharu seperti peristiwa
atau hal ehwal semasa yang menarik hati.
c) Memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap
sesuatu perkara.
d) Mempengaruhi khalayak supaya memberikan perhatian yang serius
terhadap sesuatu isu.
Binaan Teks Syarahan
i. Pembukaan kata.
Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak yang-
pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan
yang berkenaan.
ii. Menarik minat atau membina keyakinan pendengar.
Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan.
Takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan pada bahagian ini.
iii. Isi atau amanat
Isi merupakan bahagian penting syarahan dan perlu diberikan penekannan
yang sewajarnya. Isi yang dikemukakan mesti bersesuaian dengan tajuk
dan disusun dengan baik dan bernas. Isi-isi dihuraikan dengan memberi
alasan-alasan yang konkrit serta diolah dengan menggunakan ragam-ragam
bahasa yang pelbagai.
iv. Penutup isi atau amanat
Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat
dalam syarahan.
30
v. Penutup syarahan
Bahagian ini merupakan bahagian terakhir syarahan. Pemidato perlu
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur,
melafazkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur,
melafazkan kemaafan serta menyampaikan harapan agar syarahan tersebut
dapat memberikan manfaat kepada khalayak.
Kemahiran Menyampaikan Syarahan
i. Kemahiran memulakan syarahan
Peringkat Persediaan
Peringkat ini sangat penting kerana peringkat ini dapat menentukan
kejayaan atau keberkesanan sesuatu syarahan. Pada peringkat ini,
pemido perlu mengetahui tujuan syarahan, iaitu sama ada untuk
memberikan penerangan, menyampaikan maklumat, memberi inspirasi
atau untuk memujuk/mempengaruhi para pendengar. Pada peringkat ini,
pemidato perlu:
1. Menganalisis khalayak dan majlis daripada aspek-aspek yang
berikut;
a) Apakah jenis dan tujuan majlis?
b) Siapakah khalayak?
c) Saiz khalayak
d) Apakah minat mereka?
e) Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau kelayakan
mereka?
f) Bagaimanakah sikap khalayak terhadap pemidato?
g) Jantina khalayak
h) Umur khalayak
2. Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis
khalayak.
31
3. Menyusun maklumat kepada tiga kategori:
i. Fakta yang wajib disampaikan untuk mencapai tujuan syarahan.
ii. Fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan syarahan
iii. Fakta yang boleh dimasukkan jika perlu dan jika masa
mengizinkan.
4. Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan
syarahan
5. Meneliti tempat bersyarah, iaitu di dalam dewan atau di luar dewan;
ada rostrum atau tidak.
Peringkat Permulaan Ucapan
Pada peringkat ini, pemidato harus mahir:
1. Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis.
2. Menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis, dif-dif kehormat,
jemputan khas, pihak penganjur dan khalayak mengikut susunan
protokol.
3. Menarik minat dan membina keyakinan khalayak melalui:
a) Pernyataan fakta yang merangsangkan
b) Kenyataan yang provokatif
c) Soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu dalam
kalangan khalayak
d) Data atau petikan yang memeranjatkan khalayak
4. Menyatakan tajuk syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan
dengan mengetengahkan beberapa idea utama yang akan dihuraikan
agar khalayak bersedia untuk mengikuti syarahan.
32
ii. Kemahiran melahirkan pendapat
Kesepaduan
Pidato yang berkesan harus menampakkan unsur kesepaduan, iaitu:
1. Pokok persoalan diketengahkan dan diberi penekanan.
2. Hujah-hujah mesti berhubung kait dengan pokok persoalan tersebut.
3. Hujah-hujah yang tidak berkaitan atau menyeleweng perlu dielakkan.
4. Hujah-hujah yang penting perlu disusun untuk memantapkan pokok
persoalan.
5. Sekiranya pokok persoalan tidak diketengahkan, idea-idea sokongan
harus disusun dalam bentuk yang membolehkan pendengar mencapai
satu kesimpulan.
Koheren
Setiap hujah perlu mempunyai pertalian antara satu sama lain sehingga
menampakkan satu pola atau corak keseluruhan syarahan.
Pertautan
Hujah yang mengandungi unsur pertautan memperlihatkan idea-idea
utama yang didukung dengan bukti, contoh dan fakta sokongan yang
jelas dan bernas serta mempunyai pertalian pokok persoalan. Pemidato
yang kurang mahir sering memasukkan perkara-perkara yang tidak
berkaitan dengan tajuk dan perbuatan ini akan menjejaskan kualiti
pertautan syarahannya.
Ringkas dan tepat
Setiap hujah perlu diolah dengan jelas tanpa diulang-ulang kecuali untuk
penegasan pada peringkat rumusan atau kesimpulan. Pemidato perlu
mengehadkan skop hujahnya dalam masa yang diperuntukkan. Hujah
yang terlalu luas skopnya akan menyebabkan idea-idea penting sering
ditinggalkan dan pokok persoalan menjadi kabur.
33
iii. Kemahiran penyampaian yang menarik
Kelancaran
1. Memulakan syarahan dengan keyakinan yang tinggi terhadap diri
dan pengetahuan yang sedia ada.
2. Pandangan tepat ke arah khalayak semasa menyampaikan pidato.
3. Pengaliran idea berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota.
4. Berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu fakta atau pada
mana-mana bahagian yang perlu untuk pendengar memahami dan
mengikuti hujah.
5. Kawalan masa, iaitu memulakan sayarahab pada waktu yang
ditetapkan dan menamatkannya tepat pada waktunya.
6. Elakkan gangguan wacana seperti ”eh”, “em” ayau “ya”.
7. Menyampaikan syarahan mengikut tempo yang sederhana; elakkan
penyampaian yang terlalu laju atau terlalu perlahan.
Nada dan intonasi
1. Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian.
2. Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati..
3. Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk.
4. Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar.
5. Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi.
Kecekapan berbahasa
1. Pemilihan perkataan yang tepat dan penggunaan ayat gramatis.
2. Aras bahasa yang bersesuaian dengan khalayak.
3. Menyelitkan unsur-unsur keindahan bahasa seperti pantun, bahasa
kiasan, peribahasa dan perumpamaan.
4. Penggunaan ayat-ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan
menarik simpati.
5. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan khalayak.
6. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.
34
Gaya penyampaian
1. Gaya tangan, mata dan gerak badan hendaklah diselaraskan untuk
menekankan fakta.
2. Jangan kaku atau beraksi berlebihan.
3. Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum
apabila gembira dan lain-lain.
4. Pandangan tepat ke arah khalayak untuk mewujudkan interaksi mata
(eye contact) yang sesuai.
5. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan
menunjukkan wajah yang terlalu serius.
6. Pakaian hendaklah kemas dan sesuai dengan majlis.
iv. Kemahiran menutup ucapan
1. Sebelum mengakhiri syarahan, pemidato hendaklah membuat
rumusan keseluruhan dan menegaskan pendiriannya terhadap tajuk
yang disampaikan untuk menyakinkan para pendengar.
2. Menggunakan nada suara yang lantang serta menyakinkan.
3. Menggunakan unsur-unsur keindahan bahasa yang menyerikan
majlis seperti kata-kata hikmat dan pantun apabila mengakhiri
syarahan.
4. Mengakhiri syarahan dengan meninggalkan satu soalan rangsangan
kepada khalayak untuk renungan dan penilaian bersama.
5. Menyatakan harapan agar maklumat yang disampaikan boleh
dimanfaatkan oleh khalayak
6. Mengamalkan adab atau tatacara majlis dengan mengucapkan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
7. Memohon maaf daripada para hadirin sekiranya tersilap kata semasa
berpidato.
2.4 Pengumuman
Ucapan yang disampaikan untuk tujuan memberitahu atau memaklumkan
sesuatu mesej kepada khalayak. Pengumuman biasanya dibuat secara spontan
dan mengandungi sesuatu maklumat terkini atau perkembangan sesuatu
35
peristiwa yang terbaharu. Pengumuman biasanya dibuat untuk kumpulan
sasaran yang tertentu sahaja.
Format Pengumuman
Pengenalan
Dinyatakan terlebih dahulu bagi menarik perhatian khalayak. Isinya
menekankan kepentingan atur cara atau isi pengumuman
Perbincangan
Perkara yang perlu diberitahu dalam bahagian ini ialah:
i. Nama acara yang akan berlangsung
ii. Hari dan tarikh
iii. Masa
iv. Tempat atau lokasi
v. Kawasan (jika perlu)
vi. Hal-hal istimewa berkenaan acara tersebut. Contohnya, tentang
tetamu undangan dan sebagainya.
vii. Perkara penting tentang acara tersebut seperti keperluan yang perlu
dibawa, jenis pakaian yang sesuai dan sebagainya.
viii. Keterangan tambahan lain (sekiranya perlu) seperti pengangkutan,
tempat penginapan dan sebagainya.
Diulang sebut sekali lagi bahagian perbincangan tadi. Sertakan dengan
kenyataan untuk diingati seperti pesanan, rayuan dan sebagainya.
Cara menyampaikan taklimat
i. Permulaan
Mulakan taklimat dengan menarik perhatian pendengar.
ii. Pertengahan
Sampaikan fakta-fakta dan maklumat berkaitan tajuk taklimat.
iii. Penutup
36
Ringkaskan maklumat-maklumat yang telah diberitahu kepada
pendengar.
Tekankan maklumat yang penting.
Nasihatkan tindakan yang wajar dilakukan
Ciri-ciri Pengumuman Yang Berkualiti
a) Mengandungi isi yang tegas dan tepat kepada maksud.
b) Sekurang-kurangnya mengandungi satu atau dua perkara penting sahaja
c) Bersifat ringkas tetapi padat (satu atau dua perenggan sahaja)
d) Penggunaan bahasa yang jelas, mudah difahami dan dapat diterima oleh
umum
e) Disampaikan dengan lancar, tidak meleret-leret dan berbalik-balik
f) Sebutan, intonasi dan gaya pengucapan yang baik
g) Ayat pasif sering digunakan semasa menyampaikan pengumuman bagi
memelihara sifat keobjektifannya.
Contoh Pengumuman
.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Sila ambil perhatian,
Keretapi Ekspres Rakyat yang menuju ke utara akan bertolak dalam tempoh 10
minit lagi.
Penumpang-penumpang yang belum menaiki kereta api tersebut sila turun ke
platform1.
Harap maklum
37
Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ketika membuat pengumuman
a. Buat persediaan secukupnya.
b. Gunakan kad-kad nota supaya tidak terlupa maklumat yang akan
disampaikan.
c. Dibuat seberapa ringkas yang boleh.
d. Berdiri berucap dengan penuh keyakinan
e. Gunakan alat-alat bantu seperti papan tulis, lcd atau sebagainya
f. Pastikan jika ada sebarang kemusykilan dari audiens
2.5 Taklimat
Taklimat ialah penerangan ringkas tentang sesuatu yang dihasilkan atau
sesuatu yang berlaku. Taklimat juga boleh ditakrifkan sebagai ucapan untuk
memaklumkan dan disampaikan secara dua hala dalam situasi formal atau
kombinasi formal dan tidak formal. Dalam taklimat, terdapat sesi soal jawab
antara komunikator (perucap) dengan khalayak(hadirin).
Penyediaan Taklimat
Penyampaian taklimat memerlukan persediaan yang rapi dengan pertimbangan
beberapa faktor sebelum menyediakannya. Antaranya ialah pertimbangan
khalayak atau hadirin, pertimbangan suasana serta taraf khalayak.
Pertimbangan khalayak atau hadirin
i. Penentuan siapakah khalayakk yang boleh membantu untuk menentukan
jenis taklimat yang mereka perlukan.
ii. Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan
kandungan taklimat.
iii. Menentukan bilangan khalayak yang dapat membantu dalam penyediaan
nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi.
Pertimbangan Suasana
i. Suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri daripada orang kenamaan
pegawai kerajaan atau swasta dan pelawat luar negara dan ada ketikanya
38
dihadiri oleh dif-dif kehormat seperti DYMM Sultan, DYMT Tengku Mahkota
atau Raja Muda
ii. Situasi dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya terdiri
daripada ibu bapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan
sebagainya.
iii. Suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks manakala teks
taklimat bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan
mudah.
Taraf Khalayak
Pengetahuan tentang taraf khalayak dapat menolong perucap dalam
penyediaan sapaaan atau salutasi.
i. Satu taraf khalayak
Tetamu yang hadir terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat menteri,
orang kenamaan, orang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.
ii. Dua taraf khalayak
Tetamu yang hadir terdiri daripada DYMM Sulatan, DYTM Raja Muda atau
Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.
Format Taklimat
Taklimat Satu Khalayak
a) Tajuk
b) Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol
c) Kata-kata aluan
d) Pengenalan diri/organisasi/jawatan dan ringkasan takimat.
e) Kandungan Taklimat
f) Penutup
g) Sesi soal jawab
Taklimat Dia Khalayak
a) Tajuk
b) Salam, salutasi berprotokol dan sapaan biasa
39
c) Puji-pujian
d) Ringkasan sembah taklimat
e) Kandungan
f) Sesi soal jawab
Kandungan Taklimat
Kandungan taklimat bergantung kepada:
i. Apa yang hendak dimaklumkan
Takimat ini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak yang
menyampaikan taklimat ini.
ii. Apa yang khalayak ingin tahu
Taklimat ini memerlukan penyediaan yang teliti terlebih dahulu; seperti membuat
penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temu bual serta menyusunnya
dengan baik.
Cara Menyampaikan Taklimat
1. Untuk memastikan taklimat dapat disampaikan secara berkesan, perucap
perlumemiliki atau perlu mempunyai beberapa kemahiran seperti:
i. Kemahiran mentakrif diperlukan dalam sesi taklimat yang memaklumkan idea-
idea. Contohnya menjelaskan maknna-makna yang tepat tentang istilah-istilah
dan idea-idea yang sedang dibincangkan.
ii. Kemahiran menjelaskan diperlukan bagi menjelaskan perkara-perkara baharu
dengan menggunakan hujah-hujah yang lengkap terutamanya kepada maklumat
asas.
iii. Kemahiran menunjukkan diperlukan semasa membuat demonstrasi atau tunjuk
arah.
iv. Kemahiran membezakan digunakan untuk membezakan atau membandingkan
dua perkara atau keadaan untuk menyedarkan khalayak antara yang sama dan
yang berbeza.
v. Kemahiran menceritakan digunakan bagi memerikan penjelasan yang terperinci
bagi sesuatu situasi.
40
vi. Kemahiran melaporkan diperlukan kerana ada ketikanya taklimat perlu
disampaikan dalam bentuk laporan. Oleh itu, kemahiran perucap
memnyampaikan laporan yang baik, jelas, objektif, lengkap dan tepat sangat
diperlukan.
2. Penggunaan bahan atau alat bantu yang menarik juga diperlukan bagi menjelaskan
penyampaian sesuatu taklimat di samping dapat menarik audiens dan mengawal minat
khalayak. Antara bahan bantu yang boleh diguanakan semasa menyampaikan taklimat
ialah:
a) Maklumat edaran bertulis ini mengandungi perkara yang sama seperti yang
ditaklimatkan untuk dibawa pulang supaya kesannya lebih kuat setiap kali bahan-bahan
tersebut dibaca. Namun, edaran maklumat bertulis yang diberikan selepas taklimat lebih
berkesan kerana kurang mengganggu taklimat.
b) Projektor overhead (OHP/lcd) merupakan alat pandang yang paling popular
digunakan untuk menyampaikan taklimat. Pelbagai maklumat yang dipaparkan pada
skrin berguna untuk membuat penghuraian visual, demonstrasi, penerangan konsep
yang abstrak atau ilustrasi tertentu. Lcd dapat membantu perucap menyampaikan
taklimat dengan lebih jelas dan menarik.
c) Carta dan gambar rajah dapat menyokong maklumat yang disampaikan oleh
perucap dan membantu meninggalkan tanggapan yang lebih lama kepada khalayak.
d) Filem slaid dapat menjelaskan secara visual dan segera segala maklumat yang
hanya sebahagiannya sahaja dapat diucapkan menerusi perkataan.
e) Pita video boleh diguanakan sebagai bantuan dua dimensi, iaitu sewaktu taklimat
disampaikan. Video dapat membantu taklimat disampaikan dengan lebih jelas serta
lebih mudah untuk difahami oleh khalayak.
3. Nada dan intonasi perucap sangat mempengaruhi taklimat yang disampaikan. Nada
dan intonasi yang mendatar akan menyebabkan khalayak berasa mengantuk atau
bosan untuk mendengarnya. Yang sebaiknya, perucap memulakan taklimat dengan
nada dan intonasi yang rendah,, kemudian meninggi ketika menjelaskan sesuatu
maklumat penting. Selepas itu kembali menurun apabila sampai ke penghujung taklimat.
Nada dan intonasi juga boleh ditinggikan ketika sesi soal jawab untuk menarik perhatian
khalayak terhadap jawapan yang diberikan.
41
1. Bincangkan perbezaan antara ucapan, ceramah dan
syarahan.
2. Jelaskan kepentingan ucapan, ceramah, syarahan,
pengumuman dan taklimat kepada seseorang guru.
42
UNIT 3
PENGURUSAN MAJLIS DAN ATUR CARA
PENGENALAN
Tajuk ini membincangkan tentang kepentingan penyediaan atur cara pentadbiran yang
tepat merujuk kepada atur cara majlis yang disusun dengan sempurna berdasarkan
elemen-elemen penting dalam protokol pengurusan majlis.
Hasil Pembelajaran
Menerangkan kepentingan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan
pengurusan majlis dan atur cara (termasuklah senarai nama jawatankuasa dan
fungsi tugas setiap jawatankuasa).
Menyediakan dokumen berkaitan dengan pentadbiran majlis dan atur cara.
Menerangkan elemen penting protokol.
Menghuraikan perkara-perkara penting dalam etiket sosial.
Menghuraikan pengurusan majlis dan atur cara majlis berdasarkan contoh yang
relevan secara kritis
KERANGKA TAJUK
5.0 Pengurusan Majlis dan Atur cara
5.1 Penyediaan Pentadbiran Majlis dan Atur Cara
5.2 Etiket Sosial
Pengurusan Majlis dan Atur Cara
Majlis merupakan satu projek yang dirancang dan dilaksanakan dengan sistematik oleh
sekumpulan individu dalam sesuatu organisasi, bagi mencapai matlamat tertentu. Majlis
dilaksanakan untuk mencapai objektif tertentu bagi memberi manfaat atau faedah
kepada warga organisasi, perkhidmatan, masyarakat ataupun negara. Dalam konteks
perkhidmatan awam, matlamat penganjuran majlis boleh dilihat dalam bentuk:
43
Memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai sesuatu
Menyebarkan sesuatu dasar atau polisi
Menyampaikan mesej atau amanat
Meningkatkan kecekapan perkhidmatan
Kolaboratif antara agensi
Membincangkan dan mencapai sesuatu resolusi
Mengatasi sesuatu permasalahan
Membuat perancangan dan hala tuju
5.1 Penyediaan Pentadbiran Majlis dan Atur Cara
5.1.1 Atur Cara Pentadbiran
Atur cara pentadbiran ialah senarai tindakan yang perlu dilaksanakan dalam
sesuatu majlis mengikut susunan masa oleh pegawai-pegawai yang ditugaskan.
Dalam pentadbiran sesuatu majlis, beberapa aspek persediaan perlu diberikan
perhatian iaitu:
Penubuhan jawatankuasa
Atur cara majlis
Penyediaan senarai jemputan, penulisan dan pengedaran kad jemputan
Pemilihan dan persiapan tempat
Sambutan dan protokol - susunan keutamaan, susunan tempat duduk
dan panggilan hormat
Peranan penyambut tetamu dan pengiring
Pemilihan menu dan penyediaan makanan VIP/tetamu
Persediaan multimedia dan sistem siar raya
Persembahan dan pengurusan peserta
Penyampaian hadiah, sijil dan cenderamata
Pengacaraan majlis formal
Nilai-nilai Islam
Raptai
Pasca nilai
44
5.1.2 Atur Cara Majlis
Atur cara majlis ialah jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk
dilaksanakan dalam sesuatu majlis. Atur cara majlis sentiasa mengambil kira
waktu bermulanya sesuatu majlis kerana jika majlis bermula terlalu awal, maka
sukar bagi tetamu menghadiri majlis tersebut. Oleh itu, sesuatu majlis yang ingin
dilaksanakan perlulah mengambil kira beberapa faktor untuk memudahkan
semua pihak yang menghadiri majlis tersebut.
5.2 Etiket Sosial
Pengenalan kepada Etiket Sosial - Takrif Etiket Sosial - Amalan etiket
dahulu dan masa kini - Etiket dalam pelbagai majlis - Kepentingan
pengetahuan etiket sosial
Etiket Dalam Pertemuan dan Perkenalan - Peraturan memperkenalkan
diri - Perilaku dan lafaz menerima perkenalan dan memperkenalkan
orang lain - Situasi di mana perkenalan tidak perlu
Kesopanan Dalam Perbualan Sosial - Tajuk perbualan yang sesuai dan
tidak sesuai - Cara yang baik dan berkesan untuk berbual dan
mendengar perbualan - Tatalaku ketika berbual
Etiket Menghadiri Majlis - Persiapan bagi menghadiri majlis - Ketibaan di
tempat majlis - Tertib dalam majlis - Majlis tamat
Etiket Menjadi Tuan Rumah - Persiapan majlis dan tempat - Menyambut
dan melayan tetamu
Personaliti dan Keterampilan Diri - Personaliti dan ketrampilan diri yang
sesuai - Perilaku - Cara pemakaian - Pelbagai teknik melayan tetamu -
Kemahiran berkomunikasi
Tertib Di Meja Makan - Mengenali peralatan jamuan, susunan dan cara
menggunakannya - Tertib sebelum, ketika dan selepas mak
Atur cara merupakan urutan acara dalam sesuatu majlis dari mula hingga
akhir. Berikan pendapat anda mengenai kesan-kesan yang mungkin timbul
sekiranya sesuatu majlis itu tidak dirancang dengan teliti.
45
UNIT 4
LARAS BAHASA
PENGENALAN
PdPc bagi tajuk ini dilaksanakan secara dalam talian. Pensyarah dan pelajar perlu
bersemuka menggunakan aplikasi Facebook untuk membincangkan takrif laras, ciri-
ciri laras bahasa, contoh laras bahasa dan membuat perbandingan antara laras.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan takrif laras bahasa,
2. menyenaraikan ciri-ciri laras bahasa,
3. memberi contoh-contoh yang sesuai bagi setiap jenis laras yang
dipelajari.
4. membuat perbandingan antara laras.
KERANGKA TAJUK
Laras Bahasa
Jenis-jenis laras bahasa
- Laras bahasa umum
- Laras bahasa iklan
- Laras bahasa klasik
- Laras bahasa kreatif
- Laras bahasa agama
46
- Laras bahasa undang-undang
- Laras bahasa panggilan
Panduan perbincangan:
1. Apakah maksud laras bahasa?
2. Nyatakan ciri-ciri laras bahasa – umum, iklan, klasik, kreatif, agama, undang-
undang dan panggilan
3. Menjelaskan contoh-contoh laras-laras berkenaan.
4. Membuat perbincangan perbezaan antara laras-laras berkenaan.
47
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah isu-isu semasa kurikulum
Bahasa Melayu.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menghuraikan Pendidikan bertaraf dunia
ii Kepelbagaian sistem Pendidikan Islam
ii Kesepaduan ilmu
KERANGKA TAJUK
6.1 Pendidikan bertaraf dunia
6.2 Kepelbagaian sistem Pendidikan Bahasa Melayu
6.3 Kesepaduan Ilmu
6.4 Refleksi/ Tugasan
6.5 Pembelajaran dalam talian. (bagi yang ada PnP dalam talian seperti
dinatakan dalam Agihan Tajuk)
6.1 Pendidikan Bertaraf Dunia
Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic
excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti
memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke
taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta
dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard,
kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa
UNIT 5
Isu-isu Semasa Kurikulum Bahasa Melayu
48
atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud
kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor
pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan
KESIMPULAN
Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan
masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu
bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan
negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab,
inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan
negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh
tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan
komitmen yang menyeluruh dan bersepadu. (http://sarjana.tripod.com/taraf1.html)
Bincangkan secara terperinci aspek kesediaan guru dalam menangani isu pendidikan
sebagai seorang pendidik dalam abad ini.
49
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu
sesi. (rujuk Agihan Tajuk)
B. Tajuk Pembelajaran: Laras Bahasa (rujuk dalam Agihan Tajuk)
- Laras bahasa umum
- Laras bahasa iklan
- Laras bahasa klasik
- Laras bahasa kreatif
- Laras bahasa agama
- Laras bahasa undang-undang
- Laras bahasa panggilan
C. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
D. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
50
BIBLIOGRAFI
Abdul Mua’ti Azamri Ahmad. (2016). Panduan pengucapan awam edisi kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Maimunah Osman. (2000). Komunikasi berkesan: hubungan interpersonal. Kuala Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN). Roselan Baki. (2014). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor. Universiti Putra Malaysia. Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd. Zamri Mahamod. (2007). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa pertama dan kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Zawiyah Mohammad Yusof. (2009). Kemahiran komunikasi. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka Zulkifli Yusof. (2003). Sukarkah komunikasi Anda? Seni Berhubung Dengan Orang Lain. Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
51
PENYELARAS MODUL PDPP
Bil. Nama Pegawai Akademik
1 Dr. Abdul Karim bin Mansor Bidang Bahasa Melayu
PANEL PENGGUBAL PDPP
MPUD2032
KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN MELAYU
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Munsyi Sarimah Ahmad Sarjana Pendidikan (PdP Berbantukan Komputer) UKM Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) USM
2 Noor Sham Sabtu Sarjana Kajian Bahasa Melayu (UKM) Ijazah Sarjana Muda Sebaran Am (Kewartawanan) UiTM
52
SIMBOL PEMBELAJARAN Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan/ maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
53
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA. Bahan Pembelajaran Pembelajaran dalam talian
Media Sosial