program - icu.gov.my · ialah bayaran elaun kepada ibu tunggal dan juga kenaikan kadar cukai pintu....
TRANSCRIPT
Volume Accuracy Speed ISSN 1985-0220Bil.1/2013Januari-Mac 2013 www.icu.gov.my
MENARIK EDISI JAN-MAC 2013
MS 11
PROGRAM
PERKASAKUALITI HIDUP
PROGRAM
PERKASAKUALITI HIDUP
TANGKI AIR1MALAYSIABantu Kehidupan
MS 34
Program
Semai SemangatSukarelawan
Pertandingan PING PONGBerpasukan ICU JPM2013
CTI + PCILandasanHala Tuju2013 05
ms
09ms
40ms
Edisi Khas : Jelajah Janji Ditepati MS 17
05 26
07 31
09 33
11 34
13 36
KANDUNGAN Januari - Mac 2013
CTI + PCI Landasan Hala Tuju 2013 Rampaian Peristiwa
BR1M 2.0 Kongsi Kekayaan Negara
Tangki Air 1Malaysia Bantu Kehidupan
Program My Beautiful Malaysia Semai Semangat Sukarelawan
Pertandingan Ping Pong ICU JPM 2013
Program Rimbunan KasehPerkasa Kualiti Hidup
Program Turun PadangKetua Setiausaha Negara ke Pulau Pinang
Sesi Interaktif Lonjak Motivasi
Kursus Sehari Berskala Besar ICU JPM Bil.1/2013Rampaian Peristiwa
Ehwal Perkhidmatan15 37
40
EDISI KHAS : Jelajah Janji Ditepati Kelantan, Terengganu, Perlis & Pahang
YBhg. Datuk Haji Shukry Mohd Salleh Ketua Pengarah ICU JPM Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) Membawa gelaran Datuk Seri
Encik Mohd Hatta NordinPengarah Bahagian Infrastruktur
Johan Mahkota Wilayah (J.M.W.)
PENAUNG YBhg. Datuk Seri Hj. Shukry Mohd Salleh
PENASIHATYBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani AriffinYBhg. Dato’ Mohammed IsmailYBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusoff
KETUA EDITORAzura Aziz
EDITORHasniah Rashid
URUS SETIA PENERBITANAzleen Suzana Zakaria
SIDANG PENULIS Azleen Suzana ZakariaHasniah RashidMohd Balkish OthmanNor Asiah Abdul Halim
REKALETAK & GRAFIKMohd Yaziz Sulaiman
JURUFOTOAizat Asyraf Abdul GhafarMohd Syah Erwan Che Mit @ Abd Hamid
BANTUAN/SOKONGANRazilah RadziNurul Izah Zainal
Sidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud penambahbaikan dan sumbangan penulisan/artikel/gambar dan lain-lain yang bersesuaian untuk keluaran akan datang.
Hubungi Sekretariat Penerbitan:Azleen Suzana ZakariaEmail: [email protected]: 03 8872 6413
Diterbit dan dicetak:Seksyen Perhubungan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri,Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.
Telefon : 03 8872 6407Faksimili : 03 8888 3528 (Am), 03 8888 3217 (SPA)
SIDANG REDAKSI
PENGURUSAN ICU JPM | IBU PEJABAT
PENGURUSAN ICU JPM | NEGERI
Ketua Pengarah YBhg. Datuk Seri Hj. Shukry Mohd Salleh
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) YBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Ariffin
Timbalan Ketua Pengarah (Transformasi Penyampaian) YBhg. Dato’ Mohammed Ismail
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Projek Khas) YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof
Tugas-Tugas Khas Hadzir Md Zain (Mulai 1 Mac 2013)
Pasukan BPR Projek BLESS Musalmiah Hj. Asli
Pusat Bank Data Negara & Inovasi YBhg. Dato' Rosni Abdul Malek
Bahagian Infrastruktur Mohd Hatta Nordin
Bahagian Sosial Norsini Hussin (Sehingga 19 Mac 2013)
Bahagian Kesejahteraan Rakyat Normi Nordin
Bahagian Badan Berkanun & Pembangunan Institusi Mahd Ishak Abd. Aziz
Bahagian Keselamatan YM Engku Hamzah Tuan Mat
Bahagian Penilaian Outcome Dr. Shahrazat Hj. Ahmad
Bahagian Projek Khas Ismail Haron
Bahagian Ekonomi Mohamad Azhar Saleh
Bahagian Konsultatif & Referal Teknikal Wan Ahmad Shukiman Wan Jaafar
Bahagian Susun Semula Masyarakat Norali @ Ag. Norali Ag. Damit (Tanggung Tugas)
Bahagian Khidmat Pengurusan Azura Aziz (Tanggung Tugas)
PPPN Pulau Pinang YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus (Sehingga 21 Januari 2013) Tn. Syed Shaari Syed Abdullah (Mulai 6 Februari 2013)
PPPN Selangor YBhg. Datuk Hj. Abd. Ghani Salleh
PPPN Sarawak YBhg. Dato Kamal Husin
PPPN Pahang YBhg. Dato’ Dzul-Kifly Osman
JPP Kelantan YBhg. Dato' Makhtar Mustapha
PPPN Johor Hj. Nor Rizan Mohd Thani
PPPN Kedah YBhg. Datuk Azmi Lateh
PPPN Terengganu Hj. Ahmad Shahrom Hj. Yasin
PPPN Sabah YBhg. Datuk Hj. Matusin Sunsang
PPPN Perak YBhg. Dato’ Hasim Hasan
PPPN Negeri Sembilan YBhg. Dato’ Mohd Bahrudin Mahfuz
PPPN Wilayah Persekutuan Ariffin Imat
PERDA Hj. Saringat Hassan
PPPN Melaka Ismail Hamad
BPPB Pulau Pinang Azman Ibrahim
PPPN Perlis Juwairiah Lebai Din
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 20134
Y Bhg. Datuk Seri Ketua Pengarah
di pentas Perhimpunan Bulanan pada
14 Januari 2013 mengimbau semula
pencapaian cemerlang 2012 mencakupi
aspek pemantauan projek, penilaian
outcome, pembangunan kesejahteraan
rakyat, penyelarasan projek khas, program
susun semula masyarakat, projek BLESS
dan lain-lain. Logiknya imbauan yang dibuat
secara terbuka bolehlah disamaertikan
sebagai perakuan akan keupayaan
melaksanakan misi yang ditetapkan di
samping memenuhi ekspektasi stakeholder
dalam menyampaikan perkhidmatan kepada
kumpulan sasar.
Ibarat meletakkan aising pada kek,
kecemerlangan tersebut menjadi lebih
jelas dan berseri apabila diiringi dengan
penganugerahan berprestij dan juga
persijilan oleh pihak berkuasa. Antara yang
menjadi sebutan sepanjang 2012 ialah:
• Pemenang tempat pertama Anugerah
Perkhidmatan Awam oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (UNPSA) bagi
eKasih;
• Pemenang Anugerah Futuregov 2012
bagi kategori Government Transformation
of the Year bagi iMEX;
• Penerima Anugerah Prestasi Indeks
Komposit Terbaik bagi Keseluruhan
Modul HRMIS Tahun 2011;
• Penarafan 5 Bintang Laman Web
menerusi Malaysia Government Portals
and Websites Assessment 2012 oleh
MDeC; dan
• Pensijilan ISO/IEC 27001 : 2005
Information Security Management System
oleh Panel Persijilan SIRIM QAS
International Sdn Bhd.
Ayuh 1ICU JPM : tingkatkan usaha mencipta
lagi kecemerlangan memandangkan ianya
adalah satu kembaraan. Jangan sekali
kita menjadikan pencapaian 2012 sebagai
satu titik nokhtah dalam perjuangan
kecemerlangan. Usah juga kita terlalu
dibuai dengan kecemerlangan lalu tetapi
bertekadlah untuk menjadikan hari ini
(2013) lebih baik dari hari semalam (2012).
Berwaspadalah kita pada kata-kata ataupun
realiti pertandingan sukan bahawa untuk
mencari kemenangan/kecemerlangan adalah
tidak sesukar mengekalkannya.
Semestinyalah harapan YBhg. Datuk Seri
Ketua Pengarah untuk kita terus meneroka
ruang dan peluang ke arah menggapai lebih
banyak kecemerlangan/kejayaan bukanlah
satu tugas yang mudah, namun ia tidak juga
sesuatu yang mustahil. Semoga cabaran
yang sedang kita hadapi dalam mengurus
kecemerlangan bukan sekadar membawa
dan menerap masuk ilmu baharu malahan
kepada binaan keupayaan baharu dalam
cubaan ICU JPM mempraktikkan kaedah
berbeza dalam penyelarasan pelaksanaan
program/projek pembangunan demi
kesejahteraan rakyat.
HASNIAH RASHIDEditor
Cabaran Mengurus Kejayaan
MINDA EDITOR
MisiAgensi Pusat yang Memacu Pembangunan Negara Melalui Penyelarasan, Pemantauan, Pelaksanaan dan Penilaian Dasar, Program dan Projek dengan Mengamalkan Tadbir Urus yang Baik dan Budaya Kerja yang Kreatif, Inovatif dan Berintegriti
Perkhidmatan Teras UtamauMenyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan dan outcome Program/ Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
uMengurus Peruntukan serta melaksana dan memantau Program/Projek Khas YAB Perdana Menteri
uMenyelaras, memantau dan menilai Program/Projek Kesejahteraan Rakyat
MotoVisiAgensi Pusat yang Unggul dalam Penyelarasan dan Pemantauan Pembangunan Negara
Salam TahniahYBhg. Dato' Mohamad Zabidi ZainalKetua Pengarah Perkhidmatan AwamMulai 15 Mac 2013
YBhg. Dato' Mohamad Zabidi ZainalKetua Pengarah Perkhidmatan AwamMulai 15 Mac 2013
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 5
CTI + PCI LANDASAN HALA TUJU 2013
PEMBANGUNAN NEGARA
Oleh: Hasniah Rashid [email protected]
Dataran Perdana, Putrajaya: Bersempena Perhimpunan Bulanan (PB) Jabatan Perdana
Menteri (JPM) pada 7 Januari 2013, kelihatan lebih 80% daripada keseluruhan 380 orang wargakerja Ibu Pejabat ICU JPM telah pun berada di Dataran Perdana seawal jam 7.30 pagi. Di kalangan petugas teknikal, ketibaan yang mendahului wargakerja lain-lain agensi di bawah JPM merupakan satu rutin bulanan demi memastikan set siaraya dan sistem audio berfungsi dengan berkesan.
Kehadiran wargakerja lainnya adalah tanda sokongan moral kepada pasukan koir ICU JPM melaksanakan amanah membuat persembahan lagu-lagu patriotik sebelum permulaan majlis dan seterusnya mengiringi nyanyian Negara Ku dan lagu 1Malaysia sebaik ketibaan YAB Perdana Menteri. Paling penting kehadiran awal dan dengan bilangan yang ramai di kalangan wargakerja ICU JPM ialah untuk mendengar amanat tahun baru 2013 secara langsung (YAB Dato’ Sri Najib).
Intipati ucapan YAB Perdana Menteri sempena PB pertama tahun 2013 adalah saranan pada usaha-usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Berkaitan itu ke arah merealisasikan tekad kerajaan menjadikan 2013 sebagai tahun yang amat cemerlang dalam lipatan sejarah negara, YAB Perdana Menteri menggariskan kepada semua 1.4 juta orang penjawat awam lima hala tuju sebagai panduan dalam melaksanakan tugasan masing-masing :
Pertama : berperanan dalam memastikan perpaduan dan jati diri nasional terus diperkukuhkan dengan berpaksikan kepada gagasan 1Malaysia: Rakyat diDahulukan dan Pencapaian diUtamakan. Tujuannya adalah supaya setiap individu benar-benar merasa dan menjiwai bahawa kerajaan hari ini merupakan sebuah kerajaan yang adil dan saksama serta bersifat inklusif.
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 20136
Kedua : bertanggungjawab memastikan segala ketetapan dalam Bajet 2013 dilaksanakan dengan lancar mengikut jadual serta berkesan selari dengan tema Memakmurkan Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati. Antara yang berkaitan kesejahteraan rakyat ialah bayaran Bonus kepada penjawat awam, Bantuan Khas persekolahan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM 2.0).
Ketiga : berperanan menjadikan agenda transformasi kerajaan sebagai tumpuan utama 2013 agar usaha kerajaan menaiktaraf ekonomi negara dan meninggikan lagi kadar pertumbuhan tercapai. Ini kerana pencapaian agenda tersebut melalui tadbir urus yang baik bukan sakadar memuaskan hati rakyat malahan bakal melonjakkan lagi kadar pertumbuhan ekonomi negara dan juga taraf kehidupan rakyat.
Keempat : melaksana dan menjayakan agenda NBOS (National Blue Ocean Strategy and Summit) yang mengutamakan pakatan dan kerjasama secara bersepadu oleh pelbagai jabatan/agensi dalam menjayakan setiap satu inisiatif/program/projek. Dalam konteks ini inisiatif iM4U umpamanya bukan sahaja telah melahirkan golongan belia yang prihatin malahan telah mendekatkan para belia dengan aktiviti sukarelawan.
Kelima : menerajui dan meneruskan usaha penambahbaikan berdasarkan perkhidmatan yang cepat, tepat, berintegriti (CTI) di samping memberi penekanan kepada produktiviti serta berpemikiran kreatif dan inovatif (PCI). Ini adalah kerana kecemerlangan perkhidmatan awam melalui pengurusan yang baik berteraskan CTI + PCI merupakan kunci kepada penerusan pertumbuhan baik ekonomi negara.
Kesimpulannya saranan penambahbaikan dan hala tuju digariskan YAB Perdana Menteri adalah selari dengan tekad kerajaan untuk menjadikan 2013 sebagai tahun yang lebih berjaya dalam memupuk budaya bangsa Malaysia yang mencintai kecemerlangan; di samping keazaman kerajaan kepimpinannya memastikan kekayaan negara diagih kepada seluruh rakyat berasaskan kepada keadilan sosial.
Sesungguhnya keupayaan ICU JPM memastikan sistem siaraya mengeluarkan audio yang nyaring dan tanpa gangguan beserta persembahan mantap pasukan koir sehingga mendapat pujian pelbagai pihak merupakan antara indikator kecemerlangan 1ICU JPM. Semoga kredibiliti kecemerlangan organisasi ICU JPM yang kita sayangi terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan kerja seperti mana Pelan Strategik ICU JPM 2013 – 2015 yang memberi fokus kepada CTI + PCI. ✪
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 7
BR1M 2.0KONGSI KEKAYAAN NEGARA
Ampang, Selangor : Pelancaran penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua
(BR1M 2.0) pada 2 Februari 2013 lalu adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap beban kehidupan rakyat dan juga keupayaannya menunaikan janji. Pertumbuhan ekonomi dan tadbir urus negara yang berkesan membolehkan kerajaan bukan sahaja meneruskan pemberian BR1M pada tahun 2013, malahan turut meliputi 2.7 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Sehingga hari pelancaran dan sejak pendaftaran dibuka pada 1 November 2012, sejumlah 7.3 juta isi rumah miskin telah pun mendaftar.
Majlis pelancaran penyerahan BR1M 2.0 disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di padang Taman Dagang, Ampang, Selangor dan dihadiri lebih 15,000
penerima/penduduk tempatan. Pada hari itu, seramai 5,000 penerima dari kawasan Parlimen Ampang dan 5,791 lagi dari Parlimen Pandan berpendapatan kurang dari RM3000 menerima baucar BR1M 2.0 masing-masing. Simbolik acara pelancaran ialah penyerahan sendiri oleh YAB Perdana Menteri kepada 30 penerima di tempat duduk mereka secara bebas protokol, dan keutamaan adalah kepada
masyarakat Cina bagi menampung keperluan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmian menegaskan BR1M diteruskan ekoran kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekod kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 billion pada tahun 2012. Ianya adalah testimoni kecekapan pengurusan
Oleh: Azleen Suzana Zakaria [email protected]
KESEJAHTERAAN RAKYAT
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 20138
ekonomi negara oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus janji kerajaan untuk mengurangkan jurang ekonomi antara rakyat melalui BR1M 2.0 tertunai sudah. YAB Perdana Menteri menyangkal dakwaan kononnya AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) dilaksanakan bagi membolehkan kerajaan mendapat dana untuk pemberian BR1M 2.0 tetapi sebaliknya adalah kerana keikhlasan untuk berkongsi kekayaan negara.
Mengenai keupayaan menunaikan janji, YAB Perdana Menteri menjelaskan pemimpin yang ada nilai diri adalah pemimpin yang mana percakapannya boleh dipegang oleh rakyat manakala yang bersifat munafik ialah apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji tidak ditunaikan dan apabila amanah diberi dia mengkhianati. Antara janji yang gagal ditepati kerajaan negeri ialah bayaran elaun kepada Ibu Tunggal dan juga kenaikan kadar cukai pintu. Sehubungan itu YAB Perdana Menteri mohon
supaya BN diberi peluang kedua sekaligus membolehkan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat negeri Selangor seperti pengurusan dan bekalan air secara cekap diselesaikan.
Acara pelancaran pemberian baucar BR1M 2.0 bertaraf nasional diselaraskan oleh ICU JPM melalui jentera Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Selangor. Bagi maksud kemudahan para penerima menunaikannya pada hari yang sama, pihak Bank Simpanan Nasional telah membuka kaunter khas di tapak pelancaran manakala Maybank Cawangan Taman Dagang turut menyediakan transaksi khas sekaligus desas-desus bahawa majlis penyerahan sebagai menyusahkan adalah tidak benar. Selain itu para sukarelawan turut disediakan untuk membantu khususnya di kalangan penerima yang kurang upaya.
Susulan kepada majlis pelancaran penyerahan oleh YAB Perdana Menteri, seramai 1,500 orang penerima bagi kawasan Pekan Marudi, Sarawak berkumpul di Dewan Suarah Baram pada 7 Februari 2013. Urusan penyerahan baucar diselaraskan Pejabat Daerah Marudi dan disampaikan Ahli Parlimen Baram merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato’ Jacob Dangau Sagan bermula dari jam 11.30 pagi. Rata-rata para penerima menyatakan
rasa gembira kerana BR1M 2.0 telah memudahkan penghidupan mereka dan juga meringankan tanggungan keluarga. Sehingga tarikh semasa seramai 7,200 orang penduduk Daerah Marudi didapati berkelayakan dan nilai bayaran keseluruhan dianggarkan berjumlah RM3.5 juta.
Kesimpulannya seperti mana kata YAB Perdana Menteri, BR1M 2.0 ternyata lebih baik dari BR1M pertama. Ini kerana perluasan kelayakan menyaksikan bilangan penerima
meningkat dari 4.1 juta (BR1M) kepada lebih 7.3 juta (BR1M 2.0) di samping nilai peruntukan hadiah kerajaan kepada rakyat bertambah dari RM2.6 bilion (BR1M) kepada RM3 bilion (BR1M 2.0). Justeru, adalah menjadi harapan kerajaan dan juga impian rakyat agar bantuan seumpama ini dapat terus disalurkan pada masa-masa hadapan selari dengan tema Bajet 2013 : Memakmurkan Negara Mensejahterakan Rakyat, Suatu Janji Ditepati. ✪
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 9PERPADUAN & KEHARMONIAN
Oleh: Azleen Suzana Zakaria [email protected]
Program
Petaling Jaya, Selangor :Program My Beautiful Malaysia telah diadakan pada 3 Februari
2013 di Taman Medan Petaling Jaya, Selangor. Program yang ingin memacu semangat sukarelawan di kalangan rakyat telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Program itu turut dimeriahkan oleh kira-kira 100,000 sukarelawan dan orang ramai. Hadir sama Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Ketua Setiausaha Negara Datuk Dr Ali Hamsa merangkap pengerusi jawatankuasa iM4U peringkat nasional, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Shukry Mohd Salleh, dan ikon-ikon iM4U (1Malaysia Ambassadors).
Pelancaran My Beautiful Malaysia di bawah program iM4U ini telah mendapat kerjasama bersama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Penerangan,Komunikasi dan
Kebudayaan serta ICU JPM. Program yang dijalankan secara serentak di lebih 300 lokasi di seluruh negara telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai program sukarelawan terbesar pernah diadakan. Pelancaran serentak di seluruh negara telah menghimpunkan penyertaan seramai sejuta orang khususnya golongan belia. Hari itu juga menjadi titik tolak kepada perisytiharan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, Tahun Sukarelawan Negara 2013 adalah tahun yang akan merangsang semangat sukarelawan sebagai punca tenaga penggerak ke arah membina negara bangsa yang berjaya lagi maju. Beliau berkata tenaga dinamik golongan muda boleh dihalakan ke arah proses membina negara bangsa. Beliau menyifatkan golongan muda pada hari ini semakin bijak dan bertanggungjawab. Mereka enggan lagi
terpinggir dalam memainkan peranan untuk bersama-sama kerajaan membina sebuah negara yang maju dan aman.
YAB Perdana Menteri turut mengibaratkan pelaksanaan agenda transformasi kerajaan umpama empat kaki yang menstabilkan kerusi. Kejayaan
SemaiSEMANGAT
SUKARELAWAN
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201310
sesebuah negara tidak tertakluk semata-mata kepada bangunan pencakar langit atau pendapatan perkapita, tetapi pada hakikatnya demi mencapai agenda transformasi yang lengkap, negara perlu kepada transformasi sosial iaitu melakukan perubahan sistem nilai dan budaya termasuklah sikap.
YAB Perdana Menteri berkata semangat sukarelawan ini harus menjadi satu budaya dalam diri masyarakat pada hari ini. Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) yang dilancarkan tahun lalu, dengan peruntukan RM100 juta banyak menyokong kegiatan sukarelawan seluruh negara. Program iM4U ini bertepatan dengan hasrat kerajaan dan merupakan program serampang dua mata. Tenaga golongan muda perlu dihalakan secara konstruktif dan positif serta menjadikan ia pemangkin kepada transformasi sosial secara besar-besaran. Mereka juga harus sedar bahawa mereka bakal memimpin
negara pada masa depan demi memastikan
kelangsungan pembangunan dan kejayaan negara seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara tersohor di dunia. Menurut YAB Perdana Menteri, transformasi sosial adalah pelengkap agenda transformasi negara untuk membawa perubahan kepada sistem nilai, budaya dan sikap masyarakat yang dikenal pasti faktor penting dalam menentukan masa depan Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program itu berlangsung antaranya senamrobik, pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan gunting
rambut percuma, pemeriksaan motosikal percuma, gotong-royong menurap jalan,mengecat bangunan sekolah, cabutan bertuah dan hiburan oleh ikon-ikon iM4U. Program ini dilihat telah berjaya menyatupadukan rakyat majmuk di negara ini. Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama yang terdiri daripada pelajar sekolah, institut pengajian tinggi (IPT), belia, masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kakitangan beberapa kementerian dan agensi kerajaan telah bersama-sama mengembleng
tenaga untuk menjayakan program ini. ✪
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 11
Program
PERKASA KUALITI
HIDUP Oleh: Hasniah Rashid [email protected]
Lipis, Pahang : Janji untuk mengubah, menambahbaik dan
mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat luar bandar kata YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah direalisasikan kerajaan melalui program Rimbunan Kaseh (RK). Majlis perasmian Desa Rimbunan Kaseh Tanjung Besar (RKTB), Lipis, Pahang pada 23 Mac 2013 menurutnya adalah pameran pelaksanaan komitmen kerajaan dalam membawa gaya dan cara hidup moden ke kawasan luar bandar.
Kata YAB Perdana Menteri lagi, projek Desa RKTB, Lipis diadakan bukan sekadar untuk orang-orang kampung melihat dan memahami istilah transformasi malahan juga untuk mereka menikmati kesan pembangunan seperti mana kehidupan masyarakat di kawasan bandar. Desa RKTB, Lipis iaitu projek yang pertama siap turut disifatkan YAB Perdana Menteri sebagai teristimewa dan sesuai dijadikan sebagai role model konsep pembangunan luar bandar alaf ke-21 yang bakal diperluaskan ke seluruh negara.
}...Program Rimbunan Kaseh merupakan projek yang menepati
konsep perkongsian pintar tiga penjuru iaitu melalui penglibatan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta pihak swasta. Kerjasama ketiga-tiga pihak telah membuahkan hasil di mana negeri Pahang mendahului lain-lain negeri sejak keputusan pelaksanaan dicapai pada 30 Januari 2012, dan mulai bulan Disember 2012 projek Tanjung Besar telah boleh diduduki...~
Program RK bertujuan untuk membangunkan suatu kawasan secara mampan dan pada masa yang sama berkemampuan mengubah, menambahbaik dan mempertingkatkan kualiti kehidupan para peserta yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana/rendah serta masyarakat di kawasan berkenaan. Desa RKTB, Lipis adalah model rintis program RK dengan penyertaan 71 buah keluarga yang dipilih kerajaan negeri dari senarai eKasih dan golongan asnaf senarai Majlis Agama dan Adat Resam Melayu Pahang.
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201312
Projek/Desa RKTB merupakan kerjasama kerajaan persekutuan melalui ICU JPM; dan kerajaan negeri selaku pemilik projek dan penyediaan tapak; serta pihak swasta khususnya IRIS Corporation Berhad sebagai pemaju. Ianya dibangunkan muIai April 2012 atas tanah seluas 50 ekar lengkap dengan kemudahan asas dan awam serta komponen ekonomi. Desa RKTB yang bernilai RM37 juta sebagai model pembangunan luar bandar alaf ke-21 telah dilengkapi dengan prasarana berikut:
l 76 unit rumah melalui kaedah sistem binaan industri (IBS) di mana setiap satu adalah bernilai RM55,000 sebagai tempat tinggal para peserta dan lengkap dengan bekalan elektrik dan air. Sebanyak 24 unit rumah lagi akan dibina dalam masa terdekat;
l Pusat Pembelajaran khusus bagi kelas komputer dan kelas jahitan. Perkakasan sebanyak 20 unit komputer-meja dan 20 unit mesin jahit masing-masingnya adalah sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS);
l Pusat Sumber berkonsepkan rumah tradisional Melayu sebagai tempat pengembangan pembelajaran dan lain-lain aktiviti;
l TADIKA KEMAS untuk kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun di salah satu unit rumah kediaman. Pada masa ini terdapat 27 orang kanak-kanak di Desa RKTB;
l Kedai runcit, kedai makan dan pasar basah untuk menampung bekalan dan keperluan harian penduduk di samping menjana ekonomi setempat;
l Surau untuk aktiviti keagamaan-kemasyarakatan penduduk;
l Taman Permainan Kanak-kanak untuk aktiviti rekreasi akan-anak peserta;
l Dewan Terbuka untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan;
l Pusat/Ladang Pertanian Bersepadu untuk aktiviti ekonomi peserta meliputi tiga bidang aktiviti: ® Pertanian : penanaman pokok buah-buahan iaitu golden melon, halia dan tanaman herba menggunakan teknologi autopot iaitu satu teknologi yang membolehkan tanaman/pokok itu sendiri menentukan masa untuk minum/siraman air; ® Akuakultur : pembiakan ikan secara aquaponics seperti ikan talapia merah, keli dan jade perch iaitu ikan yang tinggi kandungan Omega-3 dari Australia, dan; ® Ternakan : penternakan ayam.
Selain prasarana yang telah pun siap disediakan, kesungguhan kerajaan untuk membawa kesejahteraan kepada peserta Desa RKTB, Lipis terserlah melalui pengumuman kelulusan peruntukan khas YAB Perdana Menteri sebanyak RM1 juta untuk pembesaran jalan masuk dan
RM200,000 bagi pembinaan sebuah gelanggang futsal. Peruntukan baharu itu pastinya bukanlah sekadar keselesaan para peserta dan ahli keluarga masing-masing malahan juga demi memperkasakan lagi kualiti hidup penduduk di bawah program RK dan limpahan nikmatnya kepada masyarakat sekeliling.
Keseluruhannya, RK adalah model transformasi masyarakat dan kawasan luar bandar yang moden, berkeupayaan memenuhi keperluan penempatan, kehidupan bermasyarakat, menjana ekonomi dan mengamalkan kaedah pertanian berteknologi tinggi di atas kawasan yang tidak begitu luas tetapi menjanjikan produktiviti yang tinggi dan disokong dengan amalan pemasaran yang dinamik. Janji kerajaan untuk masyarakat luar bandar menikmati kesan pembangunan kini tertunailah sudah melalui model pembangunan luar bandar alaf ke-21 di Desa RKTB, Lipis, Pahang. ✪
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 13RAMPAIAN PERISTIWA
08 Januari 2013 : Exit Conference JKPO 2012 ICU JPM @ Dewan Persidangan, Bangunan Perdana Putra
04 Januari 2013 : Malam Jasamu Dikenang, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan ICU JPM @ Palm Garden Hotel Putrajaya
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201314
12 Januari 2013 : Pertandingan Ping Pong Peringkat Jabatan Perdana Menteri @ Dewan Kuarters Presint 15
11 Januari 2013 : Pertandingan Boling Piala Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan ICU JPM @ ARL Bowling Alamanda, Putrajaya
RAMPAIAN PERISTIWA
23 Mac 2013 Kuantan, Pahang
03 Mac 2013 Kangar, Perlis
23 Februari 2013 Kuala Terengganu, Terengganu
20 Januari 2013 Kota Bharu, Kelantan
Padang MPK2 Kuantan, Pahang -- YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak pada 23 Mac 2013 berikrar
untuk terus memberi dan melaksanakan lebih banyak janji demi kesejahteraan rakyat. Janji-janji kerajaan BN tegasnya bukan sekadar untuk membantu dan memberi manfaat kepada rakyat malahan menjadikan Malaysia lebih gemilang pada masa hadapan. Sehubungan itu, bagi maksud kesinambungan pelaksanaan, YAB Perdana Menteri di pentas Program Jelajah Janji Ditepati (JJDT) peringkat negeri Pahang meminta sokongan padu dan mandat rakyat lima tahun lagi pada PRU-ke13 akan datang. Bersempena dengan siri jelajah penutup tirai, YAB Perdana Menteri menjelaskan pemilihan tema Janji Ditepati adalah bersebab dan berkait rapat dengan komitmen, kesanggupan, keyakinan dan niat untuk menunaikan segala janji.
Katanya,
“...apabila kerajaan BN berjanji atau
menyatakan sesuatu, maka ianya pasti
akan dilaksanakan, di mana kedudukan
tersebut adalah berbeza dengan pihak
pembangkang yang apabila berjanji,
biasanya hanya tinggal janji.”
Justeru keupayaan tunai janji adalah satu jenama dan tema Janji Ditepati adalah jenama kerajaan BN di mana pelaksanaan janji-janji diketengahkan sejak April 2012 lalu bagi dinilai oleh rakyat. Komitmen dalam membela kesejahteraan rakyat mencakupi aspek sosio-ekonomi dan politik terus dipamerkan YAB Perdana Menteri melalui pengumuman peruntukan sebanyak
Edisi Khas : Buletin Jelajah Janji Ditepati16
Janji Ditepati Satu Jenama
23 Mac 2013 - Kuantan, Pahang
17Edisi Khas : Buletin Jelajah Janji Ditepati
RM200 juta untuk faedahnya dinikmati bersama masyarakat Kuantan dan penduduk Negeri Pahang:
l RM100 juta sebagai dana pinjaman mikro kredit kepada peniaga kecil;
l RM50 juta bagi mengatasi kesesakan lalu-lintas; dan
l RM50 juta untuk projek penebatan banjir; serta
l 200,000 unit rumah akan dibina melalui Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Program JJDT yang dilancarkan di Batu Pahat, Johor pada 7 April 2012 dengan rasminya ditutup oleh YAB Perdana Menteri di Kuantan pada sebelah malam 23 Mac 2012 dengan iringan percikan bunga api. Program penutup tirai yang satu-satunya dilanjutkan sehingga lewat malam telah dikunjungi lebih kurang 70,000 orang. Sebanyak 150 gerai pameran serta perkhidmatan mobil agensi kerajaan telah
mengambil bahagian di mana antara yang paling mencuri perhatian ialah pameran galeri persenjataan di gerai Kementerian Pertahanan, perkhidmatan kaunter seperti pembaharuan lesen kenderaan oleh JPJ, dan semakan daftar pemilih di gerai SPR. YAB Perdana Menteri semasa melawat gerai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pahang menunaikan janji berhubung kelulusan peruntukan khas semasa program turun padang pada bulan Februari 2013 lalu. Mock-cheque bernilai RM150,000 diserahkan kepada PIBG Sekolah Kebangsaan Wira untuk pembinaan surau; dan mock-key kereta ambulan dengan nilai RM200,000 disumbangkan kepada PBSM Negeri Pahang. Pada acara ringkas tersebut, YAB Perdana Menteri turut menyerahkan bantuan dalam bentuk buku-buku rujukan dan cek sumbangan berjumlah RM24,000 kelulusan khas YAB Menteri Besar kepada Kelab Bell Belia Tamil Negeri Pahang. Selain faktor masa perasmian yang diadakan pada waktu malam, program JJDT
di negeri Pahang turut mencatat sejarah tersendiri apabila ketibaan YAB Perdana Menteri dan isteri disambut oleh pembawa Jalur Gemilang beserta iringan lagu Perajurit Tanahair. YAB Perdana Menteri kemudiannya menerima hasil kutipan RM300,000 sumbangan hadirin untuk Tabung Wira Lahad Datu. Keseluruhannya ikrar YAB Perdana Menteri untuk laksana lebih banyak janji memerlukan sokongan rakyat demi memastikan kesinambungan kegemilangan negara dan program JJDT diseluruh negara untuk meningkatkan kefahaman rakyat mengenai pelbagai inisiatif/produk 1Malaysia adalah wadah yang bertepatan. n
03 Mac 2013 - Kangar, Perlis
Stadium Utama, Kangar, Perlis -- Bersempena Program Jelajah Janji Ditepati (JJDT) peringkat Negeri Perlis pada
3 Mac 2013 YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mengumumkan pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat negeri itu menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Hasrat tersebut katanya lagi bakal direalisasi melalui perancangan yang tersusun dan sebaik sahaja kerajaan negeri menyediakan tapak yang sesuai.
Di pentas yang sama, YAB Perdana Menteri turut mengingatkan lebih 30,000 hadirin agar tidak menaruh harapan dengan janji-janji pihak pembangkang memandangkan janji pilihanraya umum 2008 seperti elaun bulanan untuk ibu tunggal, suri rumah tangga dan juga warga emas terbukti masih tinggal janji. Sehubungan itu rakyat Negeri Perlis diberi jaminan kesediaan kerajaannya merealisasikan janji di samping menyalurkan sokongan, bantuan dan peruntukan yang diperlukan demi masa depan rakyat.
Pengumuman cadangan pembinaan dalam masa 5 tahun kemudiannya didapati amat disenangi rakyat dan menganggapnya sebagai satu hadiah yang sememangnya ditunggu terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri dengan harga yang mampu dibayar. Rata-rata hadirin yang ditemui merumuskannya sebagai bukti keprihatinan kerajaan dan kesinambungan kepada tradisi kerajaan BN dalam membela kehidupan rakyat.
Penegasan YAB Perdana Menteri bahawa janji kerajaannya adalah sesuatu yang pasti dan pihaknya,
“ tidak akan berjanji terhadap sesuatu yang tidak berpaksi kepada kenyataan seperti mana kelaziman pihak pembangkang.”
turut diakui masyarakat tempatan melalui tepukan gemuruh. Ini adalah kerana mereka telah pun melihat sendiri pameran bukti pelaksanaan pelbagai program/projek pembangunan khususnya di bawah
Janji-JanjiNan
Pasti
Edisi Khas : Buletin Jelajah Janji Ditepati18
jenama 1Malaysia melalui 103 gerai pameran di tapak mahupun yang mobile. Khusus untuk masyarakat Negeri Perlis, dua inisiatif terbaharu 1Malaysia yang menyediakan perkhidmatan langsung untuk rakyat diperkenalkan buat pertama kalinya. Pertama, Pasar Bergerak 1Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan telah mempamerkan pelbagai produk jenama 1Malaysia. Transaksi jual-beli secara bertali-arus barangan keperluan harian dengan sendirinya menzahirkan pelaksanaan janji bagi meringankan kos sara hidup. Kedua, Mobile Community Transformity (MCT) kendalian Kementerian Kewangan adalah berkonsepkan memberi perkhidmatan yang diperlukan rakyat khususnya
p e n d u d u k
luar bandar dan komuniti pedalaman. Pengenalan MCT sebagai satu perhentian pelbagai perkhidmatan meliputi komponen perkhidmatan, penerangan, peluang keusahawanan, platform penyaluran bantuan dan juga himpunan rakyat kelihatan diterima-baik masyarakat Negeri Perlis sebagai satu lagi transformasi sosial oleh kerajaan kepada rakyat demi kesejahteraan negara. Janji kerajaan untuk memberi kesejahteraan kepada kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah turut ditunaikan menerusi acara ringkas penyerahan bantuan peralatan sewaktu kunjungan YAB Perdana Menteri ke gerai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis. Pakej peralatan iaitu mesin rumput, pam air dan mesin jahit masing-masingnya bernilai
RM10,000 di bawah Program Peningkatan Pendapatan diserahkan kepada tiga orang/keluarga miskin/miskin tegar dalam sistem e-Kasih sebagai asas untuk mereka melaksanakan aktiviti sosio-ekonomi ke arah meningkatkan taraf pendapatan keluarga masing-masing. Kesimpulannya fakta yang dibangkitkan YAB Perdana Menteri akan ketidak-sediaan pihak pembangkang untuk mendaftar sebagai sebuah gabungan rasmi menunjukkan bukan sahaja ketidak-yakinan tetapi juga ketidak-seriusan terhadap manifesto yang mereka bentangkan kepada rakyat. Justeru dengan bersandarkan kepada pameran rekod dan prestasi janji-janji yang telah pun ditunaikan maka pengumuman untuk membina 10,000 rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun adalah suatu janji
yang pasti. n
19Edisi Khas : Buletin Jelajah Janji Ditepati
23 Februari 2013 - Kuala Terengganu, Terengganu
Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu -- Ketika berucap di depan lebih 40,000 orang pada program
Jelajah Janji Ditepati (JJDT) peringkat Negeri Terengganu pada 23 Februari 2013, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak menceritakan persepsi Pemandu Beca (PB) bahawa parti pembangkang hanya pandai melaungkan slogan dan janji kosong. Persepsi si pemandu beca yang ditemui di Pasar Besar Kedai Payang disampaikan secara ulangan kata-kata dalam loghat teganu mendapat tepukan sokongan para hadirin:
PM : Mu (Tuan) sokong kerajaan BN?PB : PAS tu mengarut!PM : Kenapa kata PAS mengarut?PB : Pandai cakap, tapi buat dok (tidak)!
Dengan bersandarkan kepada rekod pelaksanaan pelbagai janji yang menjurus kepada kemakmuran negara dan
limpahannya pada kesejahteraan rakyat, YAB Perdana Menteri menegaskan akan keperluan rakyat untuk terus memberi peluang kepada BN sempena pilihanraya umum akan datang. Menerusi ucapan yang berkisar kepada kewajipan melaksanakan amanah Allah SWT dan kewajaran manusia menunaikan janji, YAB Perdana Menteri secara jelas mengajak rakyat membuat penilaian sendiri akan keupayaan kerajaannya dalam mempertingkatkan pelbagai aspek kehidupan meliputi sosio-ekonomi, pembangunan fizikal mahu pun syiar Islam berbanding pihak pembangkang. Sehubungan itu kata YAB Perdana Menteri, “ jika sesebuah kerajaan mahu meningkatkan syiar Islam dan memastikan umatnya membangun maka mereka tidak boleh hanya bercakap sahaja tetapi perlu merancang serta berbuat sesuatu untuk melaksanakan apa yang mereka katakan.”
PUSATTEPATIJANJI
Edisi Khas : Buletin Jelajah Janji Ditepati20
Pemililhan slogan Janji Ditepati menurutnya lagi adalah sebagai bukti kejayaan kerajaan membawa negara Malaysia menjadi sebuah negara yang aman, stabil, membela rakyat dan menjaga kesucian agama dan akidah umatnya sejak negara mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu. Sempena program JJDT di Terengganu sebanyak 127 gerai pameran oleh pelbagai agensi persekutuan dan negeri telah mempamerkan rentetan kejayaan dan pencapaian untuk dilihat sendiri oleh para pengunjung. Gerai pameran ICU JPM kendalian Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) antaranya memaparkan info bergambar status pelaksanaan pelbagai program/projek pembangunan termasuklah janji YAB Perdana Menteri sempena lawatan turun padang pada 30 April 2011 lalu. Antaranya penyediaan kemudahan dan manfaatnya yang mula dinikmati penduduk setempat: 1. Projek Bina Baru Rumah Penginapan 1Malaysia bagi petugas-petugas Pusat Rawatan Perubatan Masyarakat di Kampung Pulau Bahagia, DUN Manir yang telah pun disiapkan pada 22 Disember 2012 melibatkan kos sebanyak RM150,000; 2. Projek Bina Jejantas Bukit Tunggul/Gong Kijang di laluan F065, DUN Bukit Tunggal dengan peruntukan sebanyak RM4,000,000. Projek mula dilaksanakan pada 23 Julai 2012 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 20 April 2013;
3. Projek Penyelenggaraan dan naiktaraf masjid, kubah, bumbung dan lain-lain kerja berkaitan di Masjid Kampung Batu Hampar, DUN Manir dengan kos sebanyak RM800,000 telah pun disiapkan pada 4 Disember 2012; dan
4. Pembinaan Pasar Baru Bukit Tunggal, DUN Bukit Tunggal bermula pada 2 April 2013 dengan peruntukan sebanyak RM4,000,00 dan kini telah mencapai 51.89% siap.
Pegawai Kemajuan Negeri, Tn. Hj. Ahmad Shahrom Hj. Yasin semasa ditemubual menjelaskan janji kerajaan persekutuan bukanlah janji kosong kerana pihaknya berperanan membuat pemantauan rapi dan memastikan setiap satu janji kemudahan pembangunan dilaksanakan mengikut spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan. YAB semasa di gerai pameran PPPNT telah menyampaikan inden projek kepada 6 pemilik lesen/kontraktor dari daerah-daerah Hulu Terengganu, Marang, Kemaman, Dungun, Besut dan Setiu bagi melaksanakan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam/Projek Infrastruktur Asas (PIA/PIAS) tahun 2013. Selain itu, Negeri Terengganu akan terus menikmati limpahan kemudahan pembangunan melalui siling peruntukkan sebanyak RM2.943 bilion di bawah Roling Plan ke-3 (2013-2014). Siling tersebut adalah bagi melalaksanakan sebanyak 79 projek baru (RM619 juta) dan 159 projek sambungan (RM2.324 bilion). Antara projek baru yang utama ialah Kuala Terengganu By-Pass & Feeder Road (RM225.0 juta) yang kini dalam proses kerja-kerja perincian rekabentuk. Projek ini apabila siap sepenuhnya bakal mempertingkatkan lagi aspek perhubungan dan komunikasi untuk dimanfaatkan para penduduk tempatan dan dari negeri-negeri berjiran seperti Kelantan dan Pahang. Kesimpulannya mesej YAB Perdana Menteri yang wajar dihayati ialah pada rekod keupayaan kerajaan pusat untuk mengotakan janji manakala persepsi si pemandu beca bahawa pihak pembangkang hanya pandai cakap buatnya dok sesuai dijadikan iktibar.
Penegasannya akan keperluan rakyat untuk terus memilih kerajaan hari ini bagi maksud kesinambungan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat sewajarnyalah direalisasikan semua pihak demi masa hadapan rakyat dan juga negara yang sentiasa bertambah lebih baik melalui program/projek pembangunan yang terancang. n
21Edisi Khas : Buletin Jelajah Janji Ditepati
Kata Dikota JANJI DITEPATI
20 Januari 2013 - Kota Bharu, Kelantan
Kota Bharu, Kelantan -- Pengumuman sebanyak tujuh kemudahan pembangunan untuk faedah langsung rakyat
di samping limpahannya pada kemajuan Negeri Kelantan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak sesunguhnya telah menyentuh hati segenap lapisan rakyat negeri tersebut. Pengumuman pada 20 Januari 2013 di padang Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, Kota Bharu sempena pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati (JJDT) peringkat Negeri Kelantan sememangnya dinantikan sekaligus mendapat tepukan meriah lebih 60,000 orang yang datang dari setiap pelusuk negeri.
Edisi Khas : Buletin Jelajah Janji Ditepati22
Bagi aspek perhubungan dan komunikasi, pengumuman pelaksanaan kemudahan dan pembangunan yang bakal menepati keperluan asas kehidupan dan aktiviti harian rakyat tempatan juga menyerlahkan tekad YAB Perdana Menteri dan kerajaan pusat untuk membawa transformasi besaran dan menyeluruh. Projek pembinaan Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu bukan sahaja akan menghubungkan kedua-dua kawasan malahan memendekkan masa perjalanan. Begitu juga janji mengadakan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu bakal mengatasi masalah kesesakan dan lalu lintas di samping sebagai kemudahan awam alternatif kepada para penduduk.
YAB Perdana Menteri prihatin dengan taraf hidup masyarakat tempatan yang disifatkan sebagai ‘ketinggalan’ mengumumkan pelaksanaan dua projek yang boleh menambah-baik kualiti kehidupan. Satunya ialah janji untuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang telah sekian lama membebankan rakyat; dan keduanya menerusi pembinaan sebanyak 3,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR). Tujuan pembinaan rumah menerusi PPR dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) adalah demi memastikan rakyat berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri; seiring itu sebanyak 1,000 unit telah pun mula dibina di Gua Musang.
23Edisi Khas : Buletin Jelajah Janji Ditepati
Hasrat keraiaan pusat untuk membina masjid terbesar sebagai masjid ikon di negeri tersebut menurut YAB Perdana Menteri telah mendapat perkenan DYMM Al-Sultan Kelantan dan sehubungan itu RM5 juta telah pun disediakan. Selari dengan kehebatan pasukan bolasepak negeri aka The Red Warrior mencapai kejuaraan trebel pada tahun 2012 sebanyak RM2.3 juta telah dibelanjakan kerajaan pusat bagi menukar papan skor manual kepada sistem elektornik di Stadium Sultan Mahmud ke IV. Lanjutan itu sebuah stadium baru bakal dibina sebagai tanda prihatin kepada semangat rakyat Kelantan mencintai sukan bolasepak. Pastinya kesemua janji kemudahan dan pembangunan termasuklah pembinaan kampus bandar UiTM seluas empat ekar yang boleh memuatkan seramai 5,000 orang penuntut bukanlah satu janji kosong. Menurut Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Hj. Shukry Mohd Salleh,
“kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan rakyat negeri itu malahan diberikan lebih keistimewaan”
Sebagai contoh kerajaan pusat telah membelanjakan lebih RM2 bilion bagi melaksanakan 400 projek untuk faedah rakyat sepanjang tahun 2012 dan pada tahun 2013 sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan lampu jalan kampung luar bandar.
Edisi Khas : Buletin Jelajah Janji Ditepati24
Program JJDT peringkat Negeri Kelantan diselaraskan JPP Kelantan telah mendapat sambutan luar biasa masyarakat tempatan. Padang RTC seawal jam 7 pagi telah dibanjiri hampir 5,000 muda-belia untuk bersenamrobik dan mulai jam 8.30 pagi menjadi penuh sarat sehinggakan
setiap inci tanah dipijak manusia. Ketibaan YAB Perdana Menteri pada jam 10.30 pagi menambah lagi keriuhan suasana melalui pelbagai laungan seperti ‘gelombang.. Merah; 1..Malaysia; I Love..PM; dan kita..tukar’. Kehadiran mereka adalah atas kesedaran berpeluang menyaksikan
sendiri pelaksanaan pelbagai janji serta mendapat perkhidmatan yang disediakan pelbagai agensi menerusi 120 gerai pameran. Justeru 7 janji baru YAB Perdana Menteri sebagai menepati idaman mereka sejak 23 tahun yang lalu. n
S I D A N G E D I T O R
Pengarang Hasniah Rashid Rekaletak & Grafik Mohd Yaziz Sulaiman Jurufoto Aizat Asyraf Abdul Ghafar Mohd Syah Erwan Che Mit
Diterbit dan dicetak oleh Seksyen Perhubungan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.Tel : +603 8872 6407 Fax : +603 8888 3217www.icu.gov.my
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201326
14 Januari 2013 : Perhimpunan Bulanan ICU JPM Bil.1/2013 & Majlis Penyerahan Kenderaan Pacuan 4 Roda kepada PPPN/JPP
25 Januari 2013 : Perasmian Pejabat Pasukan Pemantauan Petugas Projek (PPPP) ICU JPM
RAMPAIAN PERISTIWA
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 27
28 Febrauari 2013 : Program Eksklusif bersama YB Menteri di JPM @ Auditorium Blok B1, Kompleks JPM
09 Mac 2013 : Penyertaan Pasukan ICU JPM di Standard Chartered Cup Futsal Tournament - Road to Anfield 2013 @ Sport Planet Kota Damansara
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201328
11 Mac 2013 : Majlis Apresiasi Mesyuarat SDO ICU JPM Bil.1/2013 @ Equatorial Hotel Bangi
RAMPAIAN PERISTIWA
10-12 Mac 2013 : Kursus Kaedah Pengauditan Pengurusan dan Kewangan @ Palm Garden Hotel Putrajaya
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 29
11 Mac 2013 : Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) Tahun 2013 @ PICC, Putrajaya
14 Mac 2013 : Perhimpunan Bulanan ICU JPM Bil.2/2013 & Bicara Ilmu @ Dewan Taklimat, Bangunan Perdana Putra
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201330
20 Mac 2013 : Kursus Sehari Berskala Besar Bil.2/2013 @ Dewan Teater, Bangunan Perdana Putra
16 Mac 2013 : Kursus Pengurusan Pelanggan & Panggilan Telefon Berkualiti ICU JPM @ De Palma Hotel, Ampang
RAMPAIAN PERISTIWA
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 31
PROGRAMTURUN PADANGKETUA SETIAUSAHA NEGARA KE PULAU PINANG
Oleh: Azleen Suzana Zakaria [email protected]
Pulau Pinang :Lawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) YBhg. Dato’ Sri
Dr. Ali Hamsa ke Pulau Pinang pada 19 Februari yang lalu telah memberi kegembiraan dan kebanggaan kepada 40,000 penjawat awam yang bertugas di pelbagai Jabatan/Agensi/Badan Berkanun Kerajaan di Pulau Pinang. Ini merupakan kali ke-2 lawatan YBhg. KSN ke negeri itu sejak tahun 2008.Lawatan kerja YBhg. KSN ke Pulau Pinang ini adalah kesinambungan dari konsep “Merakyatkan Perkhidmatan Awam, Membudayakan Turun Padang” seperti mana negeri-negeri lain bersama penjawat awam dan juga meninjau perkembangan terkini yang berlaku di negeri ini yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara.
Majlis Ramah Mesra Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam telah diadakan di Dewan Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis disertai Ketua-ketua Setiausaha Kementerian/Jabatan Persekutuan termasuk Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM), YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, dan Presiden CUEPACS. Terdahulu pada sebelah pagi, YBhg. KSN mengadakan Kunjungan Hormat kepada TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas di Seri Mutiara.
Dalam ucapannya, YBhg. KSN menegaskan Jabatan/agensi Kerajaan senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa dibatasi dengan kedudukan geografi untuk melaksanakan tugas dengan berkesan, cekap dan juga produktif. Beliau turut memetik kata-kata YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sewaktu mula-mula beliau dilantik sebagai Perdana
Menteri di mana beliau mengatakan “zaman di mana Kerajaan mengetahui kesemuanya sudahpun berlalu”. Apa yang dapat dirumuskan daripada kata-kata ini ialah Penjawat Awam perlu memahami dan mendekati rakyat. Pendekatan budaya “turun padang” ini perlu sentiasa diamalkan tidak kira kepada Penjawat Awam di organisasi sendiri mahupun kepada rakyat.
PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201332
Penjawat Awam juga disaran supaya lebih sensitif kepada persekitaran dan cabaran-cabaran baru khususnya dari kalangan pelanggan yang berpendidikan dan mempunyai harapan yang lebih tinggi terhadap kualiti, kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan. Justeru itu, komitmen yang lebih tinggi amatlah perlu dalam mendepani cabaran-cabaran yang bakal dihadapi. Rakyat kini sedar akan hak mereka untuk mendapat layanan yang lebih adil dan munasabah daripada agensi-agensi kerajaan. Oleh itu, adalah penting setiap janji yang ditetapkan oleh Jabatan/agensi ditunaikan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada orang ramai dan sentiasa menuju ke arah pemberian perkhidmatan yang sentiasa melebihi jangkaan pelanggan.
YBhg. KSN turut meletakkan harapan yang tinggi dalam usaha melahirkan bijak pandai dari kalangan Penjawat Awam yang sentiasa menyuntik inovasi dan kreativiti sekaligus mentransformasikan Perkhidmatan Awam ke arah yang dinamik dan bertunjangkan profesionalisme. Menurutnya, Penjawat Awam mesti melaksanakan pemikiran berbentuk kreatif dan inovatif secara lebih proaktif dengan disertai sikap positif, peribadi yang mulia dan nilai-nilai yang unggul.
Tidak dinafikan sudah banyak agensi Kerajaan yang telah mula mengorak langkah melahirkan pelbagai penambahbaikan dan merekayasa di dalam perkhidmatan masing-masing. Hasil daripada usaha tersebut, daya saing negara telah mencapai kedudukan yang memberangsangkan di mata dunia. Pembaharuan dan transformasi yang dibuat di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga telah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Ini
dibuktikan dengan fakta di mana pada tahun 2012, Malaysia berada di kedudukan ke-12 dalam Laporan Bank Dunia mengenai ‘Ease of Doing Business”. Baru-baru ini, majalah The Economist juga telah memberikan pengiktirafan tertinggi kemajuan Malaysia dalam kewangan Islam dan khususnya penguasaan Malaysia di dalam penerbitan sukuk. Menurut YBhg. KSN, pencapaian-pencapaian yang lebih membanggakan negara boleh dicapai apabila Penjawat Awam terus berusaha dan bertekad memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan di masa masa akan datang.
Dalam lawatan sehari ke Pulau Pinang itu, YBhg. KSN turut meluangkan masa melawat Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pinang di Jalan Scott. Pada sebelah petang, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara Bil 2/2013 di Dewan Canselori, USM. YBhg. KSN turut meninjau tapak projek LED di Koridor Utara Malaysia yang terletak di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. ✪
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 33PEMBANGUNAN ORGANISASI
SESI INTERAKTIFLONJAK MOTIVASI Oleh: Hasniah Rashid [email protected]
Menara Boustead, Pulau Pinang : Keberkesanan dan kerelevanan
ICU JPM di lapangan dalam memberi khidmat kepada rakyat kata Ketua Pengarah, YBhg. Datuk Seri Shukry Mohd Salleh amatlah kritikal di mana antara indikatornya adalah pada tahap kepuasan para pelanggan dan juga keupayaan JPP/PPPN memenuhi kehendak stakeholder. Justeru wargakerja Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) Pulau Pinang diingatkan supaya terus-menerus berusaha mempertingkatkan lagi tahap kompetensi diri dan juga ketersediaan organisasi ke arah memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan sentiasa di tahap tertinggi.
Nasihat dan saranan YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah dizahirkan semasa Sesi Interaktif Pengurusan Tertinggi ICU JPM bersama wargakerja PPPN Pulau Pinang pada 15 Februari 2013. Walaupun dizahirkan secara santai, wargakerja PPPN Pulau Pinang turut disandarkan dengan harapan agar sentiasa bertindak secara bijaksana baik dalam proses merangka strategi setiap satu program mahupun dalam pelaksanaan sesuatu tindakan kerja. Sandaran tersebut kata YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah adalah bagi memastikan impak dan outcome jangka-panjang ICU JPM menepati harapan stakeholder seperti mana kata lama iaitu manusia meninggalkan nama dan harimau meninggalkan belang.
Selain itu hadirin diingatkan akan cabaran masa hadapan khususnya dalam menghadapi kegetaran PRU-13 yang bakal datang pada bila-bila masa dalam tahun 2013; dan kewajaran wargakerja PPPN Pulau Pinang menghadapi sebagai satu pasukan yang kuat, mantap dan berdaya-tahan. Sebagai pegawai awam, mereka turut diberi nasihat supaya terus-menerus meningkatkan tahap profesionalisme, sentiasa mempamerkan sikap berkecuali dan tidak memihak, serta peka kepada perubahan persekitaran dan kehendak stakeholders. Saranan dan nasihat tersebut umpama satu suntikan semangat sehinggakan perjalanan sesi menjadi bertambah segar dan mesra.
Sesi interaktif antara pihak Pengurusan Tinggi ICU JPM bersama wargakerja PPPN Pulau Pinang berlangsung dalam dua fasa. Fasa pertama adalah bersama barisan pengurusan tinggi peringkat kedua dengan kehadiran ketiga-tiga Timbalan Ketua Pengarah (TKP) diketuai oleh TKP (Pembangunan Strategik) YBhg. Dato’ Seri Ab Ghani Ariffin. Sesi pertama bermula dengan ucapan oleh Tn. Syed Shaari Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) yang baru menggantikan YBhg. Datuk Nik Ali Nik Yunus yang bertukar ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia mulai 21 Januari 2013 sebagai Pengerusi Eksekutif.
Sehubungan itu Tuan SDO baharu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak pengurusan ICU JPM memilih PPPN Pulau Pinang sebagai destinasi pertama dalam siri program pemantapan espirit de-corps 2013. Selepas pembentangan laporan/taklimat ringkas pelaksanaan program/aktiviti teras serta pencapaiannya oleh Ketua Penolong Pengarah bagi setiap Seksyen, ketiga-tiga TKP turut
menggunakan pentas sesi interaktif bagi mengingatkan semula akan hala-tuju misi perkhidmatan Sektor masing-masing dalam usaha memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti tinggi dan juga mencapai outcome yang disasarkan.
Secara keseluruhannya dengan mengambilkira sikap keterbukaan wargakerja PPPN Pulau Pinang menerusi segmen dialog dan reaksi mesra-muhibbah pihak Pengurusan Tertinggi maka sesi interaktif ini dibaratkan sebagai wadah yang berkesan. Sesi yang dijalankan secara santai juga adalah berkeupayaan melonjak lagi prestasi dan produktiviti melalui rangsangan motivasi selain memantapkan silaturrahim dalam keluarga 1ICU JPM. ✪
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201334 KESEJAHTERAAN RAKYAT
TANGKI AIR 1MALAYSIABANTU KEHIDUPAN Oleh: Hasniah Rashid [email protected]
Marudi, Baram, Sarawak : Umum mengetahui dek kerana struktur semula-jadi muka
bumi Negeri Sarawak maka terdapat banyak penduduk di negeri itu tinggal di kawasan pedalaman. Oleh yang demikian keperluan kehidupan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bersih serta lain-lain kemudahan asas menjadi amat penting. Pada masa ini masih terdapat komuniti pedalaman terutamanya yang tinggal di pesisir pantai/tebing sungai bergantung penuh kepada sungai bagi mendapatkan bekalan air dan juga makanan termasuklah menjadikan sungai sebagai jalan perhubungan.
Hakikat tersebut telah mendorong kepada pelaksanaan satu inisiatif baru dalam usaha kerajaan mempertingkatkan lagi penyediaan kemudahan asas untuk dinikmati masyarakat pedalaman Sabah dan Sarawak. Demi merapatkan lagi jurang kehidupan berkualiti maka mulai 2010, Projek pembekalan Tangki Air 1Malaysia (PTA1M) ke pedalaman Sarawak dengan keutamaan kepada penduduk rumah panjang dilaksanakan. Projek nafas baru ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM52 juta dan sehingga 7 Oktober 2011, pembekalan sebanyak 20,000 tangki telah memberi faedah kepada hampir 100,000 penduduk.
Antara penerima manfaat PTA1M Sarawak bagi kumpulan terawal ialah seramai 392 orang penduduk Kampung Benawa, Baram iaitu satu
perkampungan tradisi
komuniti etnik Lakiput Islam. Kampung di tebing Sungai Baram ini terpisah dengan Pekan Marudi oleh Sungai Baram iaitu lokasi Baram Regatta (sukan air legasi kebudayaan dan keharmonian Orang Ulu Sarawak sejak tahun 1988) dan hanya boleh dihubungi dengan bot atau tongkang. Rata-rata penduduk berterima-kasih kepada kerajaan kerana tangki berkapasiti 400/600 gelen berfungsi sebagai tempat tadahan dan storan air hujan sekaligus menampung ketiadaan bekalan air paip.
Bekalan tangki Air 1Malaysia dirumuskan oleh Ketua Kampung/Pengerusi JKKK Kampung Benawa, Encik Said Taha sebagai amat berharga dan sememangnya digunapakai memandangkan penduduk kampung masih memerlukan sumber air semula-jadi sebagai pengganti kepada bekalan air paip. Beliau yang ditemui pada 7 Februari 2013 menyatakan :
}...bekalan tangki 1Malaysia banyak membantu kehidupan
kerana selama ini penduduk hanya bergantung kepada sumber yang dipam dari sungai atau pun bawah tanah … lagi pun air hujan yang ditadah dalam tangki adalah lebih baik dan jernih warnanya berbanding sumber air dari bawah tanah yang
berbau dan rasanya tidak enak…~
Sepanjang perbualan selama lebih kurang 1 jam, beliau tidak putus-putus mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan kerajaan. Ini kerana dengan adanya tangki 1Malaysia para penduduk kini hanya pergi ke sungai untuk mandi dan mencuci pakaian, manakala keperluan untuk makan-minum harian kesemua 62 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 392
orang telah ditampung oleh tangki. Paling penting dengan adanya tangki 1Malaysia perasaan bimbang diserang buaya telah menurun kerana kekerapan untuk mendapatkan air di sungai telah berkurangan. Menurutnya,
}…walaupun 3 tahun kebelakangan ini tiada mangsa di kalangan
manusia tetapi lebih kurang 7 hingga 8 sapi (lembu) telah dibaham si buaya…~
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 35
Tinjauan ICU JPM pada 8 Februari 2013 ke tiga perkampungan Rumah Panjang di sekitar Marudi, Baram iaitu Rumah Lamsam, Sungai Dabai (45 pintu), Rumah Panjang TK Enjop, Sungai Babi (38 pintu) dan Rumah Panjang Randie, Sungai Brit (45 pintu) keseluruhannya mendapat reaksi positif para penduduk yang rata-rata amat berbesar hati dengan pemberian kerajaan. Tangki 1Malaysia disifatkan sebagai satu rahmat baru yang amat bernilai kerana mereka tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada sumber air yang dipam dari bukit, gunung mahupun sungai. Selain itu kata Tuai Rumah Enjop Ak Manja,
}…bekalan tangki oleh kerajaan meringan kos sara hidup kerana
generator yang digunapakai untuk pam air baik dari sungai atau pun bukit mudah dan kerap rosak…~
Keputusan kerajaan memperkenalkan projek PTA1M kepada komuniti pendalaman, kata Puan Rose Anak Edward Tarang, Pegawai Tadbir Negeri Pejabat Daerah Marudi, Sarawak amatlah relevan dengan keperluan seharian penduduk di sekitar Marudi, Baram. Ini kerana PTA1M dapat mengatasi masalah bekalan air bersih di kampung-kampung yang tidak termasuk dalam laluan air paip retikulasi.
Pengalaman Puan Rose sebagai anak jati Kampung Tinjar, Baram mendapati kedudukan kawasan Marudi yang rendah dan berhampiran pinggir sungai menyebabkan hampir pasti pada setiap tahun ditimpa bencana alam, dan bersilih-ganti bakal dilanda kemarau atau pun banjir. Katanya lagi,
}…tangki 1Malaysia menyelesaikan banyak masalah berkaitan
ameniti kerana bilangan yang memohon bantuan bekalan air telah berkurangan. Pejabat Daerah Marudi semasa musim kemarau pada Jun 2012 secara keseluruhannya hanya menerima permohonan daripada 973 ketua keluarga/pintu rumah membabitkan 5,604 orang (daripada keseluruhan 62,883) penduduk. Jumlah tersebut termasuklah 14 pintu Rumah Panjang sekitar Marudi, satu petanda jelas bahawa keperluan harian mereka telah berjaya ditampung oleh tangki, kecualilah jika musim kemarau itu berlarutan…~
Untuk rekod, sehingga akhir 2012, sebanyak 21,000 tangki menggunakan kaedah tadahan air hujan untuk penduduk pedalaman Sarawak telah selesai dibekalkan. Keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat menyaksikan perolehan dan penghantaran sebanyak 10,000 lagi tangki dengan peruntukan sebanyak RM25.89 juta bagi tempoh September 2012 hingga Mac 2013 kini dalam peringkat akhir penyelarasan. Kesimpulannya PTA1M iaitu satu lagi
produk 1Malaysia iIham YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak merupakan satu langkah segera dan sementara memandangkan tempoh pelaksanaan projek bekalan air retikulasi adalah mengambil masa yang lama.
Secara langsung pelaksanaannya telah mencapai objektif dalam membantu dan memberi keselesaan kepada kehidupan kumpulan sasar, manfaatnya juga amatlah ketara memandangkan bekalan air bersih adalah antara indikator kehidupan berkualiti. Keberkesanan sampingan PTA1M ialah pada pemupukan dan jalinan semangat berkerjasama baik antara-agensi iaitu ICU JPM menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak selaku peneraju dalam pelaksanaan projek dengan agensi-agensi setempat seperti Pejabat-pejabat Daerah mahu pun antara Pemimpin Tempatan dengan para penduduk kawasan pendalaman. ✪
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201336 PEMBANGUNAN KOMPETENSI
Oleh: Nor Asiah Abdul Halim [email protected]
Putrajaya : Kursus Sehari Berskala Besar Bil.1/2013 ICU JPM telah
di adakan pada 20 Februari 2013 bertempat di Dewan Teater, Aras 1, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Seramai 90 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat serta daripada Pejabat Pembangunan Wilayah Persekutuan, Negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak telah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan ICU JPM.
Penceramah yang dijemput hadir ialah Encik Amin Idris daripada Amin Idris Training Consultant (AITC). Encik Amin merupakan pengacara di TV Alhijrah, selain Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia atau TAMRIN. Tajuk yang dibincangkan ialah "Mengenali Potensi Diri Anda". Perkara asas untuk mengenali kekuatan dan potensi diri ialah:
l Apa yang kita suka lakukan;l Apa yang kita suka baca;l Keadaan sekeliling yang memotivasikan diri.
Proses mengenali potensi diri adalah berbentuk artistik dimana setiap orang akan menemui jalan dan cara yang berbeza untuk mengenali titik kekuatan dalam diri sendiri. Kenapa? Jika kita gagal untuk mengenal pasti potensi dan titik kekuatan anda, anda berkemungkinan besar merancang untuk gagal dalam banyak perkara atau hanya menjadi biasa-biasa sahaja (ordinary) sedangkan anda mampu untuk menjadi yang luar biasa (extraordinary). Bagaimana jika anda dikritik? Anda perlu:
l Dengar dengan hati;
l Usah melenting;
l Cubaan untuk tidak menjawab
sebaliknya terima dengan hati
terbuka;
l Stay Cool;
l Beri perhatian dan tunjuk minat;
l Cuba memahami kritikan dan
bersangka baik; dan
l Ucap terima kasih
Kesimpulannya kursus ini telah membuka minda peserta untuk mengenali potensi diri masing-masing. Encik Mohd Azri Baihakki, Penolong Pengarah, Unit Latihan, Bahagian Khidmat Pengurusan, ICU JPM telah hadir bagi menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan. ✪
KURSUS SEHARIBERSKALA BESARICU JPM Bil.1/2013
KURSUS SEHARIBERSKALA BESARICU JPM Bil.1/2013Mengenali Potensi Diri Andabersama Amin Idris, Pengacara TV AlHijrah
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 37EHWAL PERKHIDMATAN
PERTUKARAN MASUKNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Rahidah Binti Mohd Pegawai Tadbir DiplomatikGred M52
Kementerian Pelajaran Malaysia Sekretariat Hal Ehwal Khas 15 Januari 2013
Rafidah Binti Mohamad Noor Pegawai Tadbir DiplomatikGred M44
Kementerian Pengajian Tinggi Bahagian Ekonomi 2 Januari 2013
Norhidayah Binti Jelani Perangkawan Gred E41
Jabatan Perangkaan Malaysia PPPN Johor 2 Januari 2013
Sabariah Binti Esa Perangkawan Gred E41
Jabatan Perangkaan Malaysia PPPN Wilayah Persekutuan 2 Januari 2013
Azleen Suzana Binti Zakaria Penerbit Rancangan Gred B41
Jabatan Penyiaran Malaysia Bahagian Khidmat Pengurusan 15 Januari 2013
Azlin Bt Ahmad Zaini Juru Ukur Bahan Gred J41
Lantikan Baru Bahagian Konsultatif & Referal Teknikal
8 Febrauari 2013
PERTUKARAN MASUKNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Robiah Binti Mohd Yusof Penolong Pegawai Tadbir Gred N36
Jabatan Peguam Negara Bahagian Khidmat Pengurusan 4 Februari 2013
Norliana Binti Ibrahim Penolong Akauntan Gred W27
Jabatan Akauntan Negara Malaysia PPPN Terengganu 1 Februari 2013
Norliza Bin Abu Talib Pembantu Tadbir (P/O)Gred N22
Jabatan Pendaftaran Negara Bahagian Khidmat Pengurusan 18 Februari 2013
Ramlee Bin Ibrahim Ahli Fotografi Gred B22
Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan
Bahagian Khidmat Pengurusan 1 Februari 2013
Junaidah Binti Abu Seman Pembantu Tadbir (P/O)Gred N17
Kementerian Dalam Negeri PPPN Pulau Pinang 3 Februari 2013
Tuan Mohd Zulkefli Bin Tuan Abdullah
Juruteknik Awam Gred J17
Cawangan Pangkalan Udara Dan Maritim, Ibu Pejabat JKR
JPP Kelantan 4 Februari 2013
Mohd Fauzi Bin Rosly Juruteknik Awam Gred J17
Sekolah Menengah Sri Sepang Pusat Bank Data Negara & Inovasi 11 Mac 2013
Saidin Bin Abdul Pilih Pembantu Perangkaan Gred E17
Lantikan Baru PPPN Sabah 2 Januari 2013
Mohamad Yusuf Bin Mohamad Al Bar
Pembantu Perangkaan Gred E17
Lantikan Baru PPPN Sarawak 2 Januari 2013
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Kumpulan Sokongan
PERTUKARAN KELUARNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Mohd Nor Bin Jaafar Jurukur Bahan Gred J48
JPP Kelantan Universiti Malaysia Kelantan 16 Disember 2012
Mohd Rashidi Bin Yahaya Pegawai Tadbir DiplomatikGred M48
PPPN Wilayah Persekutuan Kementerian Pelajaran Malaysia 15 Januari 2013
Norliza Binti Abu Othman Pegawai Teknolongi Maklumat Gred F48
Pusat Bank Data Negara & Inovasi Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan
11 Mac 2013
Mohd Farid Hadi Bin Sharif Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44
JPP Kelantan Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan
15 Januari 2013
Mohammad Zaidad Bin Abdul Samat
Arkitek Gred J44 (M) Bahagian Konsultatif & Referal Teknikal
Jawatan Penempatan Khas,Jabatan Perkhidmatan Awam
21 Januari 2013
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201338
Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Rozanah Binti Abd Hamid Pegawai Tadbir DiplomatikGred M44
PPPN Sabah Jawatan Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam
4 Mac 2013
Mahani Binti Shafee Penerbit Rancangan Gred B42 (M)
Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia 15 Januari 2013
Siti Fairuz Binti Mohd Zukri Perangkawan Gred E41
PPPN Wilayah Persekutuan Jabatan Perangkaan Malaysia 2 Januari 2013
Rohasliza Binti Omar Pegawai Tadbir DiplomatikGred M41
Bahagian Ekonomi Kementerian Pengajian Tinggi 2 Januari 2013
Ahmad Radzi Bin Mohamed Perangkawan Gred E41
PPPN Johor Jabatan Perangkaan Malaysia 2 Januari 2013
Hisham Bin Abdul Hamid Perangkawan Gred E41
PPPN Kedah Kementerian Pertanian Dan Asas Tani 16 Januari 2013
Noorhanem Binti Bahrin Jurutera Gred J41
Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia 18 Februari 2013
PERTUKARAN KELUARNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Mohammad Shukri Bin Abdul Shukor
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
PPPN Sarawak Kementerian Kesihatan Malaysia 4 Februari 2013
Hazlina Binti Mamat Penolong Akauntan Gred W27
PPPN Perak Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Februari 2013
Sidek Bin Ahmad Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22
Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
16 Januari 2013
Noorhaniza Binti Md Ali Pembantu Perangkaan Gred E17
PPPN Sarawak Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak
2 Januari 2013
Norizan Binti Sulaiman Pembantu Perangkaan Gred E17
PPPN Sarawak Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak
2 Januari 2013
Mohd Alliyas Dzaihan Bin Hamzah Pembantu Perangkaan Gred E17
PPPN Sabah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah
2 Januari 2013
Ruzi Bin Duping Pembantu Perangkaan Gred E17
PPPN Sabah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah
2 Januari 2013
Mohammad Ainuddin Bin Efendy Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
PPPN Pulau Pinang Kementerian Pengajian Tinggi 3 Februari 2013
Mohd Harris Bin Ramli Juruteknik Awam Gred J17
JPP Kelantan Cawangan Pangkalan Udara Dan Maritim, Ibu Pejabat JKR
4 Februari 2013
Kumpulan Sokongan
EHWAL PERKHIDMATAN
PERTUKARAN DALAMANNama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa
Hajar Ilyani Binti Halim Setiausaha Pejabat Gred N27
Pusat Bank Data Negara & Inovasi Bahagian Projek Khas 18 Mac 2013
Rosli Bin Mohamad Darus Pembantu Am PejabatGred N4
Seksyen Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Keselamatan 8 Mac 2013
Mohd Nor Hakim Bin Abd Wahab Pembantu Am PejabatGred N1
Seksyen Perhubungan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan
Seksyen Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan
18 Januari 2013
Nurul Izah Binti Zainal Pembantu Am PejabatGred N1
Bahagian Keselamatan Seksyen Perhubungan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan
8 Mac 2013
Kumpulan Sokongan
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 2013 39
Khusus untuk yang bertukar keluar dan tamat perkhidmatan, ucapan penghargaan terima kasih atas sumbangan dan perkhidmatan semasa berkhidmat di ICU JPM. Selamat Maju Jaya.
PERSARAANNama Jawatan Dari Tarikh Kuatkuasa
Khamilah Binti Ghalib Penolong Akauntan Gred W32 PPPN Johor 2 Februari 2013
Haminah Binti Yahya Setiausaha Pejabat Gred N28 PPPN Perlis 2 Januari 2013
Che Abd Aziz Bin Abdul Razak Pembantu Tadbir(P/O) Gred N22 JPP Kelantan 1 Februari 2013
Anisah Binti Saleh Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N22 JPP Kelantan 2 Mac 2013
Kumpulan Sokongan
PERSIJILAN KALI KE-4 Amalan Persekitaran Berkualiti 5S 2013TAHNIAH14 Januari 2013 :PPPNWilayahPersekutuanKualaLumpur
18 Januari 2013 :PPPNPulauPinang
28 Februari 2013 :PPPNNegeriSembilan
14 Mac 2013 :PPPNKedah
AKAN DATANG08 April 2013 :PPPNPerak
17 April 2013 :IbuPejabat
26Julai2013 :PERDA
Datuk Nik Ali Nik Mat YunusPegawai Kemajuan NegeriPulau PinangSehingga 20 Januari 2013
Hj. Hadzir Md. ZainPegawai Tugas-Tugas KhasMulai 1 Mac 2013
Tn. Syed Shaari Syed AbdullahPegawai Kemajuan Negeri Pulau PinangMulai 6 Februari 2013
Hjh. Norsini HusinPengarahBahagian SosialSehingga 19 Mac 2013
Hj. Nordin BuyauPengarahBahagian Khidmat PengurusanSehingga 31 Disember 2012
Buletin ICU JPMJanua r i - Mac 201340 PROGRAM & AKTIVITI KELAB KEBAJIKAN & SUKAN ICU JPM
BERPASUKAN ICU JPM 2013PERTANDINGAN PING PONG
Oleh: Mohd Balkish Othman [email protected]
Putrajaya : Kelab Kebajikan dan Sukan, ICU JPM telah menganjurkan
Pertandingan Ping Pong Berpasukan ICU JPM pada 16 Februari 2013, bertempat di Bilik Serbaguna, Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya sebagai satu inisiatif di bawah Program Pengukuhan Esprit De Corps ICU JPM 2013. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah bagi mengukuhkan semangat kerjasama di kalangan warga ICU JPM di samping membudayakan gaya hidup sihat. Penganjuran pertandingan yang julung kalinya diadakan pada tahun ini telah menarik penyertaan para jagoan sukan Ping Pong di Ibu Pejabat bagi merebut gelaran juara Ping Pong ICU JPM 2013.
Pertandingan ini telah disertai 4 pasukan yang mewakili Sektor/Bahagian di Ibu Pejabat iaitu :
l Sektor Penyelarasan Projek Khas - (Juara)
l Pusat Bank Data Negara & Inovasi (NADI) - (Naib Juara)
l Pusat Transformasi Penyampaian (PTP) & Bahagian Kesejahteraan Rakyat/Susun Semula Masyarakat/Pasukan Petugas Pemantauan Projek - (Tempat Ketiga)
l Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) - (Tempat Keempat)
Pertandingan ini dijalankan menggunakan format liga (round robin) di mana setiap pasukan menghantar seorang pemain individu dan dua pasangan beregu. Dua pasukan yang mengutip mata tertinggi akan layak ke perlawanan akhir bagi menentukan juara.
Saingan peringkat liga ini telah berlangsung sengit dengan setiap pasukan mempersembahkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah. Perlawanan akhir telah menemukan pasukan pilihan iaitu NADI dan pasukan yang meningkat naik iaitu Projek Khas. Dalam perlawanan akhir tersebut Pasukan Projek Khas telah menukar strategi mereka memandangkan telah tewas kepada NADI di peringkat kumpulan. Percaturan ‘berani mati’ tersebut telah membuahkan hasil apabila Projek Khas berjaya menewaskan NADI dengan keputusan 2-1. Tempat ketiga pertandingan ini dimenangi oleh PTP dan BKP di tempat keempat.
Adalah diharapkan penganjuran program-program seperti ini pada masa akan datang akan dapat menyemarakkan semangat kerja berpasukan dikalangan warga ICU seterusnya meningkatkan prestasi jabatan ke peringkat tertinggi. ✪