program ijazah sarjana muda pengajian separuh … · 03 februari 2020 hingga 23 februari 2020 23...
TRANSCRIPT
PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA
Kemaskini : 21 April 2020 – SPA, PPSM
1
SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PENGAJIAN SEPARUH MASA Semester II, Sesi 2019/2020
PINDAAN TARIKH-TARIKH PENTING AKADEMIK BAGI SEMESTER II, SESI
2019/2020 (SARJANA MUDA) PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM – COVID 19. Pelajar Pengajian Separuh Masa UTM, Seperti yang semua sedia maklum perutusan khas daripada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin Bin Haji Mohd. Yasin, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020 di mana kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara dan seterusnya perintah kawalan pergerakan ini telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Selaras dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju untuk meminda tarikh-tarikh penting akademik bagi Semester II, Sesi Akademik 2019/2020 seperti yang diwarnakan dengan Kuning dan Hijau. Pindaan kalendar akademik UTM Program Sarjana Muda Semester II, Sesi 2019/2020 telah diluluskan oleh Senat Universiti pada 02 April 2020. Sebarang pemakluman atau perkembangan terkini berkenaan perubahan urusan akademik bagi Semester II, Sesi 2019/2020 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Universiti dan SPACE.
Sebarang permohonan tangguh pengajian, permohonan tarik diri kursus, permohonan pengecualian kredit, permohonan penganugerahan dan sebagainya adalah melalui email ke [email protected] Sila pastikan dokumen yang dihantar adalah jelas dan mudah dibaca bagi memudahkan urusan. Walaubagaimanapun, salinan asal Borang Permohonan Penganugerahan yang lengkap dan telah disahkan perlu diserahkan kepada pihak SPACE setelah tempoh perintah kawalan pergerakan tamat. Bermula 01 April 2020 sehingga 22 Mei 2020 Pengajaran dan Pembelajaran UTM (sepenuh masa dan separuh masa) akan dilaksanakan secara jarak jauh dan atas talian sepenuhnya. Template jadual perkuliahan terkini bagi Semester II, Sesi 2019/2020 (Sarjana Muda) adalah seperti dibawah :
PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA
Kemaskini : 21 April 2020 – SPA, PPSM
3
Rata-rata pelajar pengajian separuh masa UTM adalah daripada golongan yang bekerja dan mempunyai keluarga, pihak SPACE amat prihatin serta menyediakan beberapa inisitif bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar dikala perintah kawalan pergerakan dan krisis COVID 19 yang sedang melanda Malaysia sekarang. Antara inisiatif yang diambil adalah :
a) Pelanjutan tempoh akhir tangguh pengajian dan tarik diri kursus (Bayaran 50% yuran pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu ke lapan belas (18) perkuliahan dimana terdapat penambahan 9 minggu tempoh berdenda 50% yuran pengajian dikenakan. Selain itu juga tempoh tangguh pengajian dan tarik diri kursus (Bayaran 100% yuran pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) juga dipinda daripada minggu ke sepuluh (10) hingga minggu ke lima belas (15) perkuliahan kepada minggu ke sembilan belas (19) sehingga minggu ke dua puluh satu (21) perkuliahan dimana terdapat pengurangan 3 minggu tempoh berdenda 100% yuran pengajian dikenakan.
b) Pelanjutan tempoh akhir permohonan penganugerahan daripada minggu kesebelas (11) perkuliahan kepada minggu ke lapan belas (18) perkuliahan dimana terdapat penambahan 7 minggu tempoh permohonan penganugerahan (Tidak Berdenda). Selain itu juga tempoh permohonan penganugerahan lewat dan berdenda juga dipinda daripada minggu ke dua belas (12) hingga minggu ke lima belas (14) perkuliahan kepada minggu ke sembilan belas (19) sehingga minggu ke dua puluh satu (21) perkuliahan.
c) Tempoh pembayaran III (Berdenda RM5 setiap hari, maksimum 28 hari) juga telah dipinda daripada minggu ke sepuluh (10) hingga minggu ke tiga belas (13) perkuliahan kepada minggu ke empat belas (14) sehingga minggu ke lima belas (15) perkuliahan dimana terdapat pengurangan 14 hari tempoh pembayaran denda lewat bayaran dikenakan menjadikan jumlah maksimum denda yang dikenakan adalah sebanyak RM70 berbanding sebelum ini sebanyak RM140 dikenakan.
d) Pemberian rebat sebanyak sepuluh peratus (10%) kepada pelajar keatas kursus-kursus yang didaftarkan pada semester ini. Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang bukan berstatus tarik diri kursus. Rebat ini akan diselaraskan di akaun kewangan pelajar setelah selesai peperiksaan akhir Semester II, Sesi 2019/2020 (Sarjana Muda) dijalankan. Pemberian rebat ini akan melibatkan sejumlah 4258 pelajar yang berstatus aktif dengan jumlah keseluruhan kursus yang terlibat adalah sebanyak 727 kursus.
PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA
Kemaskini : 21 April 2020 – SPA, PPSM
4
Contoh : En. Ahmad mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran Kuala Lumpur pada semester ini dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit. SKAB2112 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36 SKAB2223 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54 SKAB2912 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36 SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54 Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Ahmad adalah sebanyak RM180.
Pelajar disarankan agar :
Sentiasa memastikan diri sentiasa didalam keadaan bersih, selain menggunakan topeng muka dan hidung serta kerap mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.
Sentiasa mematuhi penjarakan sosial (1 meter).
Sentiasa berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada : Pusat Pengajian Separuh Masa, Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia. 21 April 2020.
PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA
Kemaskini : 21 April 2020 – SPA, PPSM
5
SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA
PENGAJIAN SEPARUH MASA Semester II, Sesi 2019/2020
BIL PERKARA TEMPOH TARIKH AKHIR
1.
TEMPOH PENDAFTARAN KURSUS SECARA ATAS TALIAN (Tunggakan > RM350 TIDAK DIBENARKAN mendaftar)
09 Disember 2019 hingga
05 Januari 2020 05 Jan. 2020
2.
TEMPOH PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS (Pendaftaran kursus ditutup sementara bagi urusan sesi pengesahan pendaftaran kursus pelajar kanan oleh penyelaras program fakulti)
06 Januari 2020 hingga
12 Januari 2020 12 Jan. 2020
3.
TEMPOH PENDAFTARAN KURSUS LEWAT DAN BERDENDA SECARA ATAS TALIAN (Berdenda RM25 / Kursus) (Permohonan pendaftaran kursus selepas tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan)
13 Januari 2020 Hingga
26 Januari 2020 26 Jan. 2020
4.
TEMPOH PEMBETULAN PENDAFTARAN KURSUS (Minggu ke-1 sehingga minggu ke-3 kuliah) (Pertukaran Seksyen / Kod Setara dan Insert Delete Kursus sahaja menggunakan Borang Pembetulan Slip Pendaftaran Kursus [USB/PPSM/RK003])
** TEMPOH RAYUAN PENDAFTARAN KURSUS BERSURAT (LEWAT dan BERDENDA) **
03 Februari 2020 Hingga
23 Februari 2020 23 Feb. 2020
5.
TEMPOH PEMBAYARAN I : Membuat bayaran Yuran Perkhidmatan pada kadar yang ditetapkan (Pelajar kanan) (Dikehendaki membuat bayaran sebelum kuliah bermula setiap semester)
Sebelum 02 Februari 2020 02 Feb. 2020
6. TEMPOH PERKULIAHAN
07 Februari 2020
Hingga 27 Jun 2020
27 Jun 2020
7.
TEMPOH TANGGUH PENGAJIAN : i. Bayaran Yuran Perkhidmatan sepenuhnya (RM270.00)
Selewat-Lewatnya 01 Mac 2020 01 Mac 2020
ii. Bayaran 50% yuran pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan (Minggu ke-5 sehingga minggu ke-18 kuliah)
02 Mac 2020 Hingga
07 Jun 2020 07 Jun 2020
iii. Bayaran 100% yuran pengajian dan yuran perkhidmatan dikenakan (Minggu ke-19 sehingga minggu ke-21)
08 Jun 2020 Hingga
28 Jun 2020 28 Jun 2020
PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA
Kemaskini : 21 April 2020 – SPA, PPSM
6
BIL PERKARA TEMPOH TARIKH AKHIR
8.
TEMPOH TARIK DIRI KURSUS (Minggu ke-5 sehingga minggu ke-18 kuliah) (Bayaran 50% yuran pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan)
02 Mac 2020 Hingga
07 Jun 2020 07 Jun 2020
9.
TEMPOH TARIK DIRI KURSUS (Minggu ke-19 sehingga minggu ke-21) (Bayaran 100% yuran pengajian dan yuran perkhidmatan dikenakan)
08 Jun 2020 Hingga
28 Jun 2020 28 Jun 2020
10.
TEMPOH PEMBAYARAN II : (Minggu ke-1 sehingga minggu ke-13 kuliah)
03 Februari 2020 Hingga
03 Mei 2020 03 Mei 2020
11.
TEMPOH PERMOHONAN PENGECUALIAN KREDIT (Sehingga minggu ke-14 kuliah)
09 Disember 2019 Hingga
10 Mei 2020 10 Mei 2020
12.
TEMPOH PERMOHONAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (Minggu ke-1 sehingga minggu ke-17 kuliah)
03 Februari 2020 Hingga
31 Mei 2020 31 Mei 2020
13.
TEMPOH PERMOHONAN PENGANUGERAHAN (Minggu ke-8 sehingga minggu ke-18 kuliah) (Pelajar yang telah mengambil dan Lulus Semua Kursus mengikut kurikulum program atau Pelajar Semester Akhir yang akan menyempurnakan program pada semester ini)
23 Mac 2020 Hingga
07 Jun 2020 07 Jun 2020
14.
TEMPOH PERMOHONAN PENGANUGERAHAN LEWAT DAN BERDENDA (Minggu ke-19 sehingga minggu ke-21 kuliah) (Berdenda RM50 / Permohonan)
08 Jun 2020 Hingga
28 Jun 2020 28 Jun 2020
15.
TEMPOH PEMBAYARAN III : (Minggu ke-14 sehingga minggu ke-15 kuliah) (Berdenda RM5 setiap hari, maksimum 14 hari) (Pelajar perlu menjelaskan Jumlah Keseluruhan Yuran sebelum tempoh pembayaran III bagi mengelakkan dikenakan denda “Lewat Buat Bayaran”)
04 Mei 2020 Hingga
17 Mei 2020 17 Mei 2020
16.
PERMOHONAN TUKAR PUSAT PEPERIKSAAN (Tertakluk kepada kes-kes tertentu)
Sebelum
21 Jun 2020
21 Jun 2020
17.
PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS (Tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan kecuali kes-kes khas yang wajar dipertimbangkan oleh SENAT Universiti)
Sebelum
24 Julai 2020
24 Julai 2020
18. MINGGU ULANGKAJI
29 Jun 2020
Hingga 04 Julai 2020
04 Julai 2020
19.
MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR (Tertakluk kepada pindaan)
05 Julai 2020
Hingga 24 Julai 2020
24 Julai 2020
PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA
Kemaskini : 21 April 2020 – SPA, PPSM
7
BIL PERKARA TEMPOH TARIKH AKHIR
20.
RAYUAN SEMAKAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR (Bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kursus yang dipohon) (Dibuat dalam tempoh dan tidak lewat daripada SATU (1) minggu selepas tamat minggu peperiksaan akhir)
05 Julai 2020 Hingga
31 Julai 2020 31 Julai 2020
Makluman Penting :- 1. Pelajar yang telah mendaftar kursus tetapi berhutang selepas 14 JUN 2020 akan dibenarkan
menduduki peperiksaan akhir bersyarat.
2. Bagi pelajar yang membuat permohonan peperiksaan khas atas sebab sakit, surat / sijil cuti sakit hendaklah dari Pegawai Perubatan Universiti, Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital Pakar sahaja.
3. Yuran peperiksaan khas akan dikenakan sebanyak RM200 / kursus bagi permohonan yang berjaya.
4. Majlis Konvokesyen Ke-64 UTM dijangka akan diadakan pada Oktober 2020.
5. Sekiranya perlu maklumat lanjut, sila berhubung dengan Seksyen Pengurusan Akademik, Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE 07-531 8000 / 8019 (Johor Bahru) atau 03-2772 2500 / 03-2615 4937 (Kuala Lumpur) / [email protected]
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTM.J.08.00/10.12/2 Jld.9 (28) 16 April 2020 22 Syaaban 1441
PEKELILING AKADEMIK BIL. 4/2020 JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PENGURUSAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAGI SEMESTER 2
SESI 2019/2020 SEMASA KRISIS PANDEMIK COVID-19 BAGI PELAJAR PRASISWAZAH DAN PASCASISWAZAH
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Mesyuarat Senat Khas Bil. 2 2019 /2020 pada 2 April 2020
telah meluluskan pelaksanaan aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara fleksibel melalui kaedah
dalam talian dan jarak jauh (DTJJ) semasa krisis pandemik Covid-19 bagi pelajar prasiswazah dan
pascasiswazah. Berikut adalah perkara yang telah diputuskan:
1. Pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Secara Dalam Talian dan Jarak Jauh (DTJJ).
1.1. Semua kursus perlu dilaksanakan secara DTJJ mengikut kesesuaian dan berdasarkan
Pekeliling Akademik Bil.1/2020: GARIS PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA
COVID-19. Pelaksanaannya adalah berdasarkan kalendar akademik baharu yang telah
diluluskan oleh Senat pada 2 April 2020.
1.2. Penggunaan kaedah PDP secara DTJJ adalah diutamakan untuk tujuan syarahan, tugasan,
projek pembentangan manakala kaedah alternatif DTJJ juga diutamakan untuk tujuan amali,
pembelajaran servis serta pentaksiran termasuk peperiksaan akhir dan seumpamanya.
Pendekatan PDP, termasuk pentaksiran alternatif secara DTJJ ini boleh dilaksanakan sehingga
tamat minggu pengkuliahan Semester II Sesi 2019/2020.
1.3. Peperiksaan akhir secara bersemuka hendaklah dilaksanakan dalam tempoh minggu
peperiksaan akhir Semester II Sesi 2019/2020 dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik
Fakulti (JKAF). Fakulti yang merancang untuk melaksanakan peperiksaan akhir secara
bersemuka hendaklah juga membuat persiapan untuk melaksanakan pentaksiran alternatif
bagi peperiksaan akhir, sebagai ganti sekiranya kaedah bersemuka tidak dapat dilaksanakan
andai kata krisis COVID-19 yang berpanjangan.
..2/-
-2-
1.4. Jawatankuasa Akademik Fakulti (JKAF), hendaklah memastikan supaya pelaksanaan
pentaksiran alternatif dan peperiksaan akhir melalui proses piawaian jaminan kualiti
sebagaimana yang ditetapkan oleh Universiti.
2. Pelaksanaan Kursus Yang Memerlukan Kehadiran Fizikal dalam tempoh sepanjang semester II sesi
2019/2020 dan/atau semester pendek sesi 2020/2021.
2.1. Bagi aktiviti PdP yang memerlukan kehadiran secara fizikal seperti seperti bengkel, makmal,
studio, projek sarjana muda, projek penyelidikan, pembelajaran servis, dan lain-lain; aktiviti
PdP berkenaan boleh diselesaikan bermula 31 Mei 2020 sehingga akhir tempoh pengkuliahan
Semester II Sesi 2019/2020, tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan dan pematuhan
terhadap prosedur keselamatan.
2.2. Sekiranya kursus seperti dalam 2.1 tidak boleh diselesaikan dalam tempoh sehingga hujung
minggu peperiksaan akhir Semester II Sesi 2019/2020, atau sekiranya Perintah Kawalan
Pergerakan dilanjutkan; dan/atau memerlukan tempoh masa yang lebih panjang, ia boleh
diselesaikan dalam tempoh semester pendek (atau semester III, bersamaan dengan tempoh
dengan cuti Semester II Sesi 2019/2020). Markah kursus tersebut akan diberikan status
Kedudukan Tidak Selesai (TS). Pelajar perlu mematuhi had maksimum beban pengajian bagi
semester pendek sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Akademik.
2.3. Sekiranya, masih terdapat kursus yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh semester
pendek Sesi 2019/2020, Kedudukan Tidak Selesai (TS) akan diberikan sehingga kursus
tersebut dapat diselesaikan pada sesi berikutnya dengan kelulusan Jawatankuasa Akademik
Fakulti (JKAF). JKAF perlu menetapkan tempoh masa untuk pelajar menyelesaikan kursus
yang berkaitan mengikut kesesuaian serta perkembangan pembelajaran pelajar.
3. Jawatankuasa Akademik Fakulti boleh meluluskan pelaksanaan kursus secara HADIR WAJIB (HW)
bagi Semester II Sesi 2019/2020 hanya untuk kursus berbentuk latihan industri yang bergred
sahaja.
..3/-
-3-
4. Professional Skill Certificate (PSC) diberi pengecualian khusus bagi kohort yang akan bergraduan
pada Semester II Sesi 2019/2020. Pelajar hanya dikehendaki menyediakan resume bertulis, video
resume dan digalakkan membina e-portfolio dan profail LinkedIn.
5. Pelaksanaan Mobiliti Semester II 2019/2020 adalah seperti berikut:
5.1 Bagi pelajar mobiliti di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) lain di dalam dan di luar negara,
mereka boleh mendaftar semula kursus yang telah diluluskan untuk mobiliti di UTM; dan
sebahagian markah yang telah diperolehi di IPT berkaitan boleh dikira untuk tujuan
pengredan dengan kelulusan Dekan dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa).
5.2 Bagi pelajar IPT lain yang mengikuti program mobiliti di UTM, mereka dibenarkan untuk terus
mengikuti kursus sedang dijalankan. Sekiranya mereka membuat keputusan untuk
meneruskan mengikuti kursus berkaitan di universiti sendiri, sebahagian markah yang
diperolehi oleh pelajar tersebut boleh diberikan kepada IPT berkaitan untuk tujuan
pengredan dengan kelulusan Dekan dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa).
5.3 Pelajar yang sedang mengikuti kursus pada Sesi 2019/2020 juga dibenarkan untuk
menyempurnakan aktiviti PdP di Institusi Pendidikan Tinggi yang diktiraf oleh Senat dan
boleh memohon Pindah Kredit Secara Horizontal. Kursus tersebut perlu ditukarkan kepada
status KM bagi pelajar prasiswazah.
6. Mana-mana pelajar yang menghadapi kesulitan, termasuk pelajar pada semester maksimum yang
tidak dapat meneruskan pengajian akibat krisis Pandemik Covid-19 boleh memohon
penangguhan Semester II Sesi 2019/2020. Penangguhan semester akibat krisis Covid-19 tidak
akan diambil kira dalam tempoh pengajian. Tarikh akhir untuk memohon penangguhan pengajian
adalah 15 Mei 2020.
..4/-
-4-
7. Universiti boleh memperakukan gred pencapaian pelajar yang diberikan oleh pensyarah sebagai
memenuhi keperluan kredit sekiranya pelajar telah memenuhi keperluan pembelajaran dan
penilaian pelajar (sama ada yang melibatkan penggantian atau tidak diganti) yang memenuhi
sekurang-kurangnya 70% keperluan jam pembelajaran pelajar (SLT) dan hasil pembelajaran
sepertimana saranan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan tertakluk kepada garis panduan
badan profesional program berkaitan.
8. Tarikh baharu untuk Tarik Diri (TD) dari kursus bagi Semester II Sesi 2019/2020 mengikut kalendar
akademik terbaharu adalah pada 15 Mei 2020.
9. Segala keputusan dalam pekeliling ini adalah terpakai untuk pelajar UTM yang meliputi semua
peringkat pengajian mengikut kesesuaian, termasuk pelajar di bawah program kerjasama.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”
Saya yang menjalankan amanah,
(PROF. Ts. Ir. DR. ZAINUDDIN BIN ABDUL MANAN) Menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Sk - Naib Canselor
- Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) - Pendaftar - Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur) - Pengarah Pusat Penyelidikan UTM Pagoh - Pegawai-pegawai Kanan/Dekan/Pengarah
Sekiranya terdapat perbezaan maksud dalam Pekeliling ini Versi Bahasa Melayu akan diguna pakai
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UTM.J.08.00/10.12/2 Jld.9 (28) 16th April 2020 22 Syaaban 1441
ACADEMIC CIRCULAR No. 4/2020
DEPARTMENT OF DEPUTY VICE-CHANCELLOR (ACADEMIC AND INTERNATIONAL)
MANAGEMENT OF STUDENT LEARNING AND TEACHING ACTIVITIES DURING THE COVID-19 PANDEMIC CRISIS FOR UNDERGRADUATE AND
POSTGRADUATE STUDENTS
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), in the Special Senate Meeting No. 2 2019/2020 convened on 2 April
2020, has endorsed the implementation of flexible Online and Remote Teaching and Learning activities
for undergraduate and postgraduate students due to the constraints faced during the COVID-19 pandemic
crisis. The decisions made are as follows:
1. The implementation of Online and Remote Teaching and Learning approach.
1.1 All courses shall be implemented online and through the remote teaching and learning mode,
where appropriate, based on Academic Circular No.1/2020: GUIDELINES OF ONLINE
LEARNING DURING COVID-2019. The implementation is based on the new academic calendar
approved by the Senate on 2nd April 2020.
1.2 The use of online and remote teaching and learning is preferred for the purpose of lecture,
assignment, project presentation. Online and remote teaching and learning is also preferred
for the purpose of practical work, service-learning and assessment including the final
examination and other similar assessments. Teaching and learning approaches, including
online and remote alternative assessments can be implemented until the end of the
Semester II Session 2019/2020 lecture week.
..2/-
-2-
1.3 The in person final examination which is to be conducted during the final examination week
is subject to the approval of the Faculty Academic Committee (JKAF). Faculties planning to
implement in person final examinations must also prepare to conduct alternative
assessments for the final examination, in the event where the in person method is not
possible due to the prolonged COVID-19 crisis.
1.4 The Faculty Academic Committee (JKAF) shall ensure that the implementation of alternative
assessments, and final examinations have undergone the quality assurance process as set by
the University.
2. The implementation of courses that require physical presence throughout Semester II Session
2019/2020 and/or Short Semester Session 2020/2021
2.1 For teaching and learning activities that require physical presence such as workshop,
laboratory, studio, undergraduate project, research project, service-learning etc., teaching
and learning sessions may commence from 31 May 2020 until the end of the Semester II
Session 2019/2020 lecture week, subject to the Movement Control Order and compliance
with safety procedures.
2.2 If a course as in 2.1 cannot be completed within the said duration until the end of the final
examination week of Semester II Session 2019/2020, or if the Movement Control Order is
extended; and/ or an extended period is required, it may be completed within the short
semester period (or Semester III, equivalent to final break for Semester II Session 2019/2020).
Incomplete (TS) status will be given as the course mark. Students are required to adhere to
the maximum limit of study load for the short semester, as stated in Academic Regulations.
2.3 If there are courses that could not be completed during the short semester of Session
2019/2020, Incomplete (TS) status will be given until the course is completed in the following
session with the approval of the Faculty Academic Committee (JKAF). JKAF will set a specific
time period for such students to complete the course according to the suitability and study
progress of the student.
..3/-
-3-
3. The Faculty Academic Committee may approve the implementation of the COMPULSORY
ATTENDANCE aka HADIR WAJIB (HW) grade for Semester II Session 2019/2020 only for industrial
training courses which have normally been assigned regular academic grades.
4. A special exemption for Professional Skill Certificate (PSC) will be given to the cohort which will
be graduating in the Semester II Session 2019/2020. Students are only required to prepare a
written resume, a video resume, and is encouraged to develop an e-portfolio and a LinkedIn
profile.
5. The implementation of Mobility for Semester II 2019/2020 are as follows:
5.1 Outbound students at other Higher Education Institutions (HEI), locally and abroad, can re-
enrol in courses which are approved for mobility at UTM. The marks obtained at the
respective HEI will be considered for grading purposes with the approval of the Dean and
Deputy Vice-Chancellor (Academic and International).
5.2 Inbound students are allowed to take courses which are currently offered at UTM. Should
they decide to pursue the related courses at their university, marks obtained at UTM will be
transferred to the respective HEI for grading purposes with the approval of the Dean and
Deputy Vice-Chancellor (Academic and International).
5.3 Students taking courses in Session 2019/2020 will also be allowed to complete the teaching
and learning activities at HEI approved by the Senate and may apply for horizontal credit
transfer. For undergraduate students, the status of the course should be changed to KM.
6. Any student who is having difficulties, including those in the maximum semester who are unable
to continue their studies due to the COVID-19 pandemic crisis may apply for deferment of
Semester II Session 2019/2020. The deferred semester will not be counted during the period of
study. The deferment application deadline is on 15 May 2020.
..4/-
-4-
7. The University may approve the grade given by a lecturer to students as meeting the credit
requirement if the students have fulfilled the learning and assessment requirements which meets
at least 70% of student learning time (SLT) or learning outcomes (whether or not the teaching and
learning activities have been replaced). This is in line with the recommendation of the Malaysian
Qualifications Agency (MQA), and will also be subject to the guidelines set by the professional
bodies of the relevant programmes.
8. The new deadline for withdrawal (TD) from the course for the Semester II Session 2019/2020
according to the latest academic calendar is 15 May 2020.
9. All decisions in this circular apply to all UTM students from all levels of study, as deemed
appropriate, including students under joint programmes.
Thank you
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”
I, who uphold trust,
(PROF. Ts. Ir. DR. ZAINUDDIN BIN ABDUL MANAN) In the role of Deputy Vice Chancellor (Academic and International) cc - Vice Chancellor
- Deputy Vice Chancellor (Development) - Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation) - Deputy Vice Chancellor (Student’s Affairs) - Registrar - Pro-Vice Chancellor (UTM Kuala Lumpur) - Director Research Centre - UTM Pagoh - Senior Officers/ Deans / Directors
In the event of discrepancy in the meaning of this Circular, the BAHASA MELAYU version shall prevail.