program muridku sihat prasekolah
TRANSCRIPT
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 1/19
MODUL
MURID SIHAT MURID SELAMAT
PRASEKOLAH
BPSH
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 2/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1
BPSH
KPM
Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas
kepada Jawatankuasa Murid Sihat Murid Selamat (MSMS) prasekolah kerana berjaya
menghasilkan modul ini. Saya amat yakin modul yang dihasilkan ini dapat menjadi panduan
kepada guru prasekolah dan pihak yang berkaitan dalam melaksanakan program MSMS dengan
teratur dan terancang. Saya amat berharap agar para pentadbir dan guru serta agensi pelaksana
yang terlibat dengan prasekolah dapat memanfaatkan modul ini bagi meningkatkan lagi kualiti
pendidikan prasekolah. Modul ini juga amat sesuai dijadikan panduan bagi tujuan perancangan
dan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan di dalam dan luar bilik
darjah.
Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah dapat mempertingkatkan pengurusan kendiri
yang berkualiti selaras dengan perkembangan sahsiah murid dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial bagi melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah menekankan amalan kebersihan, kesihatan dan
keselamatan secara berkesan. Melalui program ini usaha mempertingkatkan pengurusan
kesihatan dan keselamatan boleh dipupuk agar menjadi amalan sepanjang hayat murid
prasekolah. Justeru itu adalah menjadi harapan agar modul ini dapat direalisasikan di semua
kelas prasekolah secara menyeluruh dan bersepadu.
Sekian, terima kasih.
DATO’ HAJI MAZLAN BIN MOHAMAD D.S.A.P.,D.I.M.P
Kata Alu Aluan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 3/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2
BPSH
KPM
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan amat wajar ditekankan
kepada murid prasekolah memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan tentang
kepentingan penjagaan keselamatan, kebersihan dan kesihatan seawal usia kanak-kanak.
Program-program yang terkandung dalam Modul Murid Sihat Murid Selamat (MSMS) ini amat
relevan untuk dijadikan panduan bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan di peringkat
prasekolah sebagai aktiviti sokongan kepada pembelajaran dan pengajaran. Ia juga dilaksanakan
bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat bagi melahirkan
"Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif" melalui amalan gaya hidup sihat. Rasionalnya, melalui
aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dapat memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-
aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kepada murid prasekolah.
Modul ini mengandungi cadangan aktiviti sebagai panduan dan pelaksanaannya boleh
diubahsuai mengikut lokasi dan keperluan. Cadangan aktiviti diharap dapat memberi peluang
bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman
gejala sosial. Di samping membentuk keterampilan dan keperibadian murid yang unggul, ia juga
dapat mewujudkan amalan budaya bersih, sihat dan selamat di sekolah serta persekitaran dengan
sokongan keluarga dan komuniti setempat.
PENGENALAN
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 4/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3
BPSH
KPM
1. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan,
sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
2. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara sekolah dengan agensi-agensi kerajaan
dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Murid
Sihat Murid Selamat.
3. Membina ketahanan dan memelihara diri, persekitaran kelas prasekolah yang bersih, sihat
dan selamat.
4. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dan selamat dalam kalangan murid
dan komuniti walau di mana mereka berada.
5. Membentuk generasi yang mempunyai tahap keyakinan diri dan daya kepimpinan yang
tinggi.
OBJEKTIF
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 5/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
4
BPSH
KPM
Matlamat
Melahirkan murid-murid yang menghargai dan mencintai kelas prasekolah terutama dari aspek
kepentingan kebersihan, keselamatan diri dan persekitaran.
Objektif
Mendidik dan menggalakkan murid-murid mengamalkan nilai-nilai kebersihan dan keselamatan
diri semasa berada di kelas prasekolah.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. Guru Penolong Kanan HEM/Kokurikulum
3. Guru
4. Pembantu Pengurusan Murid
5. Murid
6. Ibubapa/Penjaga
7. Agensi berkaitan
Tempoh Pelaksanaan : Februari hingga Mac
Aktiviti :
1. Gotong royong :
a. Mural
b. Hias taman (landscape)
c. Tatarias kelas dengan konsep yang betul
2. Pertandingan kebersihan kelas peringkat sekolah
3. Lawatan dan sesi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan (taman permainan, taman
asuhan, tandas, dapur dan kawasan persekitaran sekolah).
PROGRAM 1 : KELASKU SAYANG
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 6/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5
BPSH
KPM
Matlamat
Meningkatkan tahap kesedaran cara penggunaaan tandas dengan betul terutama dari sudut
kebersihan, keselamatan dan keceriaan.
Objektif
1. Mendidik murid cara penggunaan tandas dengan betul dan selamat.
2. Mendidik murid supaya mengamalkan nilai positif seperti mengelakkan pembaziran
terutama penggunaan air, elektrik, sabun dan tisu.
3. Mendidik murid supaya menjaga kebersihan dan keselamatan diri sewaktu berada di tandas.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. Guru Penolong Kanan HEM/Kokurikulum
3. Guru
4. Pembantu Pengurusan Murid
5. Murid
6. Ibubapa/Penjaga
Tempoh Pelaksanaan : Sepanjang tahun
Aktiviti :
1. Simulasi menggunakan tandas dengan betul.
2. Kuiz penggunaan tandas.
3.
Menghias tandas.4. Pertandingan keceriaan dan kebersihan tandas di peringkat sekolah, PPD dan JPN.
PROGRAM 2 : TANDAS BERSIH DAN SELAMAT
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 7/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
6
BPSH
KPM
Matlamat
Meningkatkan tahap kesedaran murid terhadap bahaya dan ancaman nyamuk.
Objektif
Mendidik murid tentang kepentingan menjaga kebersihan kelas dan kawasan yang berpotensi
menjadi tempat pembiakan nyamuk.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. Guru Penolong Kanan HEM/Kokurikulum
3. Guru
4. Pembantu Pengurusan Murid
5. Murid
6. Ibubapa/Penjaga
7. Pejabat Kesihatan Daerah
Tempoh Pelaksanaan : Mac
Aktiviti :
1. Kempen Membanteras Kawasan Pembiakan Nyamuk.
1.1 Gotong-royong memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk.
1.2 Semburan kabus dari Pejabat Kesihatan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
1.3 Pameran dari Pejabat Kesihatan.
1.3.1 Edaran poster bahaya nyamuk.
2. Pertandingan menghasilkan buku skrap tentang penyakit yang dibawa oleh nyamuk.
3. Pertandingan membuat kolaj (poster) anti nyamuk.
4. Main peranan – nyamuk membawa penyakit.
PROGRAM 3 : HAPUSKAN NYAMUK
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 8/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
7
BPSH
KPM
Matlamat
Meningkatkan tahap pemahaman murid prasekolah tentang simbol dan makna papan tanda di
jalan raya.
Objektif
Mendidik murid tentang keselamatan diri di jalan raya semasa pergi dan balik sekolah.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. PK HEM
3. AJK 3K
4. Guru
5. Ibubapa/penjaga
6. Agensi Luar.
Tempoh Pelaksanaan : Julai dan Oktober
Aktiviti :
1. Lawatan ke Pusat Latihan Memandu / Pusat Simulasi Memandu.
2. Membina diorama lalu lintas dengan meletakkan simbol jalan raya, kenderaan atau
sebagainya.
3. Pertandingan lalu lintas.
4. Minggu Keselamatan Jalanraya:
4.1 Kolaj
4.2 Suai-padan (puzzle) simbol jalan raya.
4.3 Pertandingan mewarna simbol jalan raya.
4.4 Simulasi penggunaan lalu lintas yang betul.
4.5 Kuiz Interaktif lalu lintas
4.6 Permainan Interaktif lalu lintas
PROGRAM 4 : KENALI PAPAN TANDA JALAN RAYA
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 9/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
8
BPSH
KPM
Matlamat
Meningkatkan tahap kesedaran murid dalam penjagaan diri.
Objektif
Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid menjaga keselamatan diri dari aspek :
a. Batas-batas pergaulan
b. Penjagaan aurat
c. Anggota sulitd. Tindakan bagaimana cara mengelakkan diri apabila didekati oleh orang yang tidak
dikenali.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. PK HEM
3. Guru
4. Pembantu Pengurusan Murid
5. Ibu bapa
6. Komuniti, PDRM.
Tempoh Pelaksanaan : Januari hingga Oktober
Aktiviti :
1. Tunjukcara menyelamatkan diri.
1.1 Lakonan atau simulasi cara menyelamatkan diri.
1.2 Kenali situasi yang mengancam keselamatan diri.
1.3 Tidak menerima pelawaan atau hadiah daripada orang yang tidak dikenali.
1.4 Kenali sentuhan yang selamat dan tidak selamat.
PROGRAM 5 : SAYANGI DIRI
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 10/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
9
BPSH
KPM
2. Penerangan tentang batas-batas pergaulan, penjagaan aurat, anggota sulit dan orang yang
tidak dikenali.
3. Tayangan video tindakan menyelamatkan diri (Laman web: www.ingat.com)
Ulasan tentang video di dalam laman web berkenaan adalah tentang cara-cara menyelamatkan
diri daripada orang yang tidak dikenali.
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 11/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
10
BPSH
KPM
Matlamat
Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kesedaran tentang hak-hak mereka.
Objektif
Mendidik kanak-kanak memahami tentang hak kehidupan sebagai kanak-kanak.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. PK HEM
3. AJK Keceriaan,Kesihatan dan Keselamatan(3K)
4. Guru
5. Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
6. Ibu bapa
7. Agensi kerajaan/NGO
Tempoh Pelaksanaan : Satu hari (Februari hingga Oktober)
Aktiviti :
1. Menganjurkan ceramah ‘Apa Hak Kanak -kanak’ kepada semua yang terlibat bersama-
sama murid prasekolah (Contoh : SUHAKAM, JKM, Pakar Motivasi).
2. Mengadakan kuiz pengetahuan kepada murid prasekolah berkaitan hak kanak-kanak.
3. Tayangan video berkaitan hak kanak-kanak.
4. Permainan memilih gambar-gambar berkaitan dengan hak kanak-kanak
PROGRAM 6 : KEMPEN KESEDARAN HAK KANAK-KANAK
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 12/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
11
BPSH
KPM
Matlamat
Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan tentang kepentingan amalan gaya hidup
sihat.
Objektif
Meningkatkan kesedaran murid dan ibu bapa terhadap konsep keluarga sihat.
Penglibatan
1.Guru Besar
2.PK HEM
3.AJK 3K
4.Guru
5.Pembantu Pengurusan Murid(PPM)
6.Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
7.Ibu bapa
Tempoh Pelaksanaan : Satu hari (Februari hingga Oktober)
Aktiviti :
1. Klinik gigi bergerak (kerjasama dengan Pejabat Pergigian Daerah).
a. Tunjukcara menggosok gigi dengan betul.
2. Main peranan – doktor gigi dan pesakit.
3. Pemeriksaan kesihatan bersama ibu bapa dan murid prasekolah (kerjasama dengan
Pejabat Kesihatan Daerah).
4. Ceramah kesihatan (pemakanan dan gaya hidup sihat).
5. Kuiz kesihatan (Tunjuk perbezaan gambar makanan yang rosak/baik dan kesannya
terhadap kanak-kanak).
PROGRAM 7 : KELUARGA SIHAT KELUARGA BAHAGIA
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 13/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
12
BPSH
KPM
6. Pameran, info dan sudut kesihatan (Pameran makanan berkhasiat, penjagaan
kesihatan,gaya hidup sihat).
7. Program Larian Gaya Hidup Sihat
8. Nyanyian serta aksi gaya hidup sihat bersama keluarga.
Gigi Cantik Berseri
Marilah kawan berus gigi,
Gigi ku cantik dan berseri,
Gosok ke atas dan kebawah,
Gosok ke kiri dan ke kanan.
Shh…shh….shhh….shhh….(bunyi menggosok gigi)
Gigi ku putih dan berseri,
Gosoklah gigi setiap hari,
Supaya gigi kita kuat.
Makanlah makanan berkhasiat,
Buah-buahan dan sayuran,
Minum susu setiap hari,
Senyuman adik manis sekali.
(Melodi : Bapaku Pulang )
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 14/19
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 15/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
14
BPSH
KPM
Matlamat
Meningkatkan kesedaran dan pengalaman kepada murid prasekolah tentang kebaikan minum
susu.
Objektif
1. Membimbing murid membudayakan amalan minum susu.
2. Mendidik murid supaya memenuhi keperluan kalsium harian.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. PK HEM
3. Guru,
4. Ibubapa
5. Agensi
Tempoh Pelaksanaan : Sepanjang tahun
Aktiviti :
1. Pelancaran ‘Jom Minum Susu’.
1.2 Dirasmikan oleh Guru Besar.
1.3 Kerjasama dengan agensi luar (Nestle).
1.4 Persembahan oleh kanak-kanak prasekolah berkaitan amalan minum susu.
2. Menjemput waris menyediakan susu mengikut sukatan yang betul di kelas.
3. Murid prasekolah menyediakan susu mengikut sukatan yang betul.
4. Membudayakan murid prasekolah minum susu secara berkala atau berterusan.
PROGRAM 9 : JOM MINUM SUSU
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 16/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
15
BPSH
KPM
Matlamat
Menggalakkan penyertaan aktif murid prasekolah dalam aktiviti fizikal dan kecergasan.
Objektif
Meningkatkan tahap kecergasan murid prasekolah dan membudayakan amalan gaya hidup sihat
Penglibatan
1. Guru Besar
2. PK HEM
3. PK KoKurikulum
4. Guru
5. Komuniti
6. Agensi & NGO
7. Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Negeri (KKBN),
8. Majlis Sukan Negeri
Tempoh Pelaksanaan : Mac, Jul, Okt
Aktiviti :
1. Persembahan oleh murid prasekolah pada hari istimewa:
1.1. Hari Kanak-kanak
1.2. Hari Guru
1.3. Mesyuarat Agung PIBG
1.4. Hari 1Murid 1Sukan
1.5. Perhimpunan sekolah
2. Mengadakan kerjasama persembahan bersama kelas prasekolah atau tadika swasta
berhampiran.
3. Pertandingan senam tari secara berkumpulan mengikut zon atau daerah.
PROGRAM 10 : SENAM TARI
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 17/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
16
BPSH
KPM
Matlamat
Memberi pemahaman kepada murid-murid prasekolah mengenai amalan makanan secara sihat.
Objektif
1. Memupuk amalan pengambilan makanan seimbang setiap hari.
2. Meningkatkan pemahaman tentang piramid makanan.
3. Mendidik murid-murid prasekolah supaya dapat mengenali, membezakan dan mengambil
makanan mengikut saranan kumpulan makanan.
Penglibatan
1. Guru Besar
2. PK HEM/Kokurikulum
3. Guru Prasekolah dan PPM
4. Murid Prasekolah
5. Ibubapa/Penjaga
Tempoh Pelaksanaan : Mac, Julai, Oktober
Aktiviti :
1. Melengkapkan model piramid makanan
1.1 Murid menggunting dan menampal gambar makanan mengikut aras piramid makanan.
2. Membuat mural piramid makanan pada dinding (Penglibatan bersama ibu bapa).
3. Pertandingan ‘Master Chef Kid.’ (ibu dan anak)
3.1 Merancang menu – pemakanan sihat (makanan dimasak / tanpa dimasak).
3.2 Penyediaan bahan dan peralatan pertandingan (menu dan cara pelaksanaan mengikut
kesesuaian tempat dan perancangan guru)
PROGRAM 11 : KENALI MAKANAN SIHAT/SEIMBANG
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 18/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
17
BPSH
KPM
Penasihat : YBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengerusi : YBhg. Dato’ Haji Mazlan bin Mohamad D.S.A.P., D.I.M.P
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Aminudin bin Adam
Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH
Setiausaha : Puan Asiah binti Hamzah
Ketua Penolong PengarahSektor Pengurusan Prasekolah BPSH
Penolong Setiausaha : Puan Noor Akmar binti Jais@Mat Jaih
Ketua Unit Koakademik
Sektor Pengurusan Prasekolah BPSH
: Puan Maheran binti Ab. Rahman
Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Prasekolah BPSH
Puan Junidah binti Raib Tuan Emil bin Taihin
Bahagian Pemakanan Ketua Cawangan Bahagian Keselamatan Bangunan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya
Puan Norlida binti Zulkafly Encik Mohd Saidi bin Embong
Bahagian Pemakanan, KKM Jabatan Pelajaran Negeri Pahang
Puan Hajjah Nik Asiah binti Salleh Encik Jairun bin Maiba
Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
Puan Musleha binti Mohd Ghozali Puan Sariah binti Mos
Jabatan Pelajaran Negeri Johor Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
JAWATANKUASA PENULIS
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
AHLI
8/13/2019 Program Muridku Sihat Prasekolah
http://slidepdf.com/reader/full/program-muridku-sihat-prasekolah 19/19
MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
18
BPSH
KPM
Cik Saharawati binti Haron Puan Zanipah binti Yahaya
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Encik Rosli bin Mohd Nor Encik Rosli bin IshakJabatan Pelajaran Negeri Melaka Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
Encik Ab. Wahab bin Mat Rashid Encik Johannallah bin Junait
Jabatan Pelajaran Negeri Perlis Pejabat Pelajaran Daerah Klang, Selangor
Puan Ainon binti Haji Hashim Johanna Rowena KQ Joharry
Jabatan Pelajaran Negeri Perak Jabatan Pelajaran Negeri Labuan
Puan Salmah binti Abd. Wahab Puan Rozazawati binti Ramli
Pejabat Pelajaran Daerah Pendang, Kedah PPW Keramat Kuala Lumpur
Foo Lee Yen Encik Nasir bin Salem
Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Sabah Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Sarawak
Puan Azlin binti Mohamed Azhari@Khalid Encik Mohd Sanusi bin Abdul Wahab
Sekolah Kebangsaan Brickfields SK Trolak Utara, Sungkai, Perak
Puan Asni binti Sulaiman Puan Noor Alfizah binti Ali Nordin
Sekolah Sungai Bedaun, WP Labuan SK Gombak Setia,Selangor
Puan Salmizar binti Harun Puan Norazlina binti SanimanSekolah Keb. Seri Kemudi, Bachok, Kelantan Sekolah Kebangsaan Larkin Dua, Johor Bharu
Puan Roslina binti Mohd Nor Puan Lesiah binti Sabil
Sekolah Kebangsaan Chabau, Asahan, Melaka Sekolah Kebangsaan Bongkud, Ranau, Sabah
Puan Maisarah binti Ismail Puan Noor Hamizah binti Isahak
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) Sekolah Kebangsaan Telok Kechai
Encik Ridzuan bin Rosli Encik Mohd Fuad bin Bakar
Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Musa Sekolah Kebangsaan Tasek Mutiara
Encik Azaizuddin bin Ismail @ Abdullah Encik Mohd Razuki bin Daud
Sekolah Keb. Balai Besar, Dungun, Terengganu Sekolah Keb. Sungai Isap, Kuantan, Pahang
Encik Mohd Zakwan bin Zainudin Encik Mohd Dzuraidi bin Abu Talib
Sekolah Keb Jimah Baru, Negeri Sembilan Sekolah Keb. Sentul Pasar, Kuala Lumpur