program pengisian kerohanian untuk · pdf filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama...

28
Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu - 1 - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK GOLONGAN BERUSIA 25 TAHUN KE ATAS (PPK 25)

Upload: doxuyen

Post on 01-Feb-2018

362 views

Category:

Documents


38 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 1 -

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU

TERENGGANU

PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK GOLONGAN BERUSIA 25 TAHUN

KE ATAS (PPK 25)

Page 2: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 2 -

PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK

GOLONGAN BERUSIA 25 TAHUN KE ATAS (PPK25)

2011-2020

1. LATAR BELAKANG

Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang

bersidang pada 10 Mac 2009 telah memutuskan supaya Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu (JaHEAT) merancang dan menggerakkan program kerohanian bagi golongan

berusia 25 tahun ke atas.

Satu pasukan pegawai-pegawai kanan JaHEAT diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya

(Khidmat Pengurusan), Tuan Hj Mohd Rozali bin Saleh dengan kerjasama 3 orang pensyarah

dan kakitangan IPTA iaitu Puan Norsalimah bt Abu Mansor (Universiti Sultan Zainal Abidin

- UniSZA), Tuan Hj Zukiferee bin Ibrahim dan En Mohd Sarif bin Abd Manap (Universiti

Malaysia Terengganu - UMT) telah mengadakan perbincangan dan dicadangkan nama

program sebagai “Program Pengisian Kerohanian Untuk Golongan Berusia 25 tahun Ke

Atas” ringkasnya PPK25.

Bagi merealisasikan PPK25 ini, diwujudkan Panel Perunding PPK25. Panel Perunding ini

terdiri daripada 8 orang pensyarah IPTA tempatan (3 orang pensyarah kanan UniSZA, 3

orang pensyarah kanan dan seorang kakitangan UMT serta seorang pensyarah kanan IPG

Kampus Dato’ Razali Ismail). Perlantikan telah dibuat pada 19 Disember 2010. Di samping

itu ditubuhkan satu Jawatankuasa Induk PPK25 untuk mengurus mesyuarat, seminar dan

bengkel bagi mendapatkan input dalam pembinaan modul dan aktiviti PPK25.

2. TENAGA PENGGERAK PPK25

2.1. Jawatankuasa Induk

Jawatankuasa ini terdiri daripada kalangan pegawai Jabatan, (Lampiran A)

2.2. Panel Perunding

Mereka yang dilantik terdiri daripada penyarah IPTA tempatan seperti

UniSZA, UMT dan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. (Lampiran B).

2.3. Task Force (Lampiran C).

Page 3: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 3 -

TERAS-TERAS DALAM PPK 25 DAN HURAIANNYA

Teras-Teras dalam PPK25 diwujudkan hasil daripada beberapa kali bengkel yang diadakan.

Bengkel ini dihadiri oleh Panel Perunding, guru-guru Agama dan ahli akedemik dari IPT

tempatan yang dikenalpasti mampu memberi idea dan cadangan membangunkan program

PPK25 ini. Bengkel yang dilaksanakan telah menghasilkan sebanyak enam teras yang

mendasari program dan aktiviti PPK25. Teras tersebut ialah:

1. Teras Akidah

2. Teras Ibadat

3. Teras Akhlak

4. Teras Masjid

5. Teras Pembudayaan Al-Quran

6. Teras Remidi Sosial

HURAIAN TERAS-TERAS DALAM PPK 25

1. TERAS AKIDAH

1.1. PENGENALAN TERAS

Akidah Islam yang bertunjangkan tauhid berlandaskan pegangan Ahli Sunnah

wal Jamaah merupakan teras pembinaan kehidupan dan tamadun manusia. Ia

selari dengan fitrah manusia yang diciptakan sebagai hamba dan khalifah Allah di

atas muka bumi. Pendedahan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah dan penjelasan

pelbagai kekeliruan dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan ajaran

Islam dapat menjamin keutuhan akidah ummah. Beberapa program dan aktiviti

jangka pendek, sederhana dan panjang dirangka bagi merealisasikan hasrat

tersebut.

1.2 MATLAMAT TERAS

Melahirkan insan tauhidik yang mempunyai jati diri muslim yang sebenar dan

melahirkan generasi muslim yang memiliki benteng ketahanan akidah yang

kukuh.

Page 4: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 4 -

1.3 OBJEKTIF TERAS

a. Membentuk masyarakat yang memahami akidah ahli sunnah wal jamaah itu

adalah akidah yang sebenar

b. Memberi pendedahan tentang ideologi-ideologi baru dan gerakan anti Islam

dan salah faham tentang Islam dan amalan-amalan khurafat

c. Melahirkan masyarakat yang memahami dengan mantap perkara-perkara

usul dan furu’ dalam akidah menurut aliran salaf dan khalaf

d. Menghalang golongan sasar daripada terpengaruh dengan kepercayaan yang

menjejaskan akidah

e. Mempermudahkan pengajaran dan pembelajaran akidah

f. Mempertingkatkan R & D dalam bidang Akidah

g. Penghayatan keimanan di kalangan masyarakat

2. TERAS IBADAH

2.1. PENGENALAN TERAS

Berpandukan ayat 56 Surah Adz Dzaariyat yang bermaksud :

“ Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu

(Allah )”

Teras ini diwujudkan bagi merealisasikan konsep ubudiyyah merangkumi

pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk perbuatan, perkataan dan hati nurani

yang melibatkan ibadah khusus dan umum.

2.2. MATLAMAT TERAS

Melahirkan insan yang bertaqwa, bertamadun bagi memakmurkan alam dalam

melaksanakan syiar Islam di muka bumi demi mencapai kebahagian di dunia dan

akhirat untuk mendapat keredhaan Allah.

2.3. OBJEKTIF TERAS

a. Meningkat, memantap dan mengukuhkan keimanan melalui ibadah.

b. Menjadikan setiap amalan bernilai ibadah.

c. Memperkasakan ibadah di kalangan masyarakat Terengganu.

d. Membudayakan ibadah bagi golongan berusia 25 tahun ke atas.

Page 5: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 5 -

3. TERAS AKHLAK

3.1. PENGENALAN TERAS

Akhlak merujuk kepada tingkah laku, perangai, integriti juga moral yang pada

asasnya bermula daripada rumah. Kemuliaan akhlak ini amat dituntut dalam

Islam sebagaimana hadis berikut iaitu “Sesungguhnya aku (Rasulullah) telah

diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”. Akhlak yang baik dan

mulia amatlah dituntut dalam Islam itu sendiri. Sesuatu akhlak yang baik dan

mulia mampu memberi kesan yang baik kepada negara malahan mampu

melahirkan sebuah masyarakat yang bertamadun pada masa kini dan akan datang.

3.2. MATLAMAT TERAS

Matlamat utama teras akhlak ini adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat

yang berakhlak murni dan seterusnya mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Hasil

daripada matlamat berikut adalah diharapkan akan mampu membentuk barisan

pemimpin yang berakhlak. Sejajar dengan itu, semoga lahirlah sebuah acuan

kepimpinan yang turut ditunjangi akhlak yang mulia. Di samping itu juga,

mampu membentuk sebuah masyarakat yang berakhlak dan keluarga dan individu

yang berakhlak.

3.3. OBJEKTIF TERAS

Menjadikan akhlak mulia sebagai salah satu teras menunjangi kehidupan dan

keperibadian masyarakat Terengganu melalui penerapan nilai-nilai Islam melalui

program dalam jangka masa berikut:

1. Jangkamasa 10 Tahun (Panjang)

Objektif jangkamasa panjang menjadikan Akhlak mulia sebagai budaya

masyarakat Terengganu 25 tahun ke atas yang merangkumi penghayatan

Individu

Keluarga

Masyarakat

Pemimpin

Masyarakat

Berakhlak Murni

dan mendapat

keredhaan Allah

Membentuk pemimpin yang berakhlak dan kepimpinan yang berakhlak

Membentuk masyarakat berakhlak

Membentuk Keluarga dan Individu

Page 6: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 6 -

Ilmu, Sikap dan Amalan yang berteraskan Akidah, Ibadah dan Muamalat

dan membawa dan mengubah corak pemikiran (Mindset) masyarakat

Terengganu ke arah Pembangunan Jiwa dan Penghayatan Akhlak Islam.

2. Jangkamasa 5 Tahun (Sederhana)

Objektif jangkamasa sederhana ialah memperbanyakkan/mengadakan

aktiviti-aktiviti/program berteraskan akhlak mulia, meningkatkan

penghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah membentuk akhlak

mulia, pelaksanaan sistem hukuman mengikut syariah yang lebih efektif,

telus, cekap dan berkesan, memperkenal/melaksana penguatkuasaan etika

dan nilai-nilai islam dan menjalankan penyelidikan dan kajian keperluan

untuk mengkaji masalah akhlak.

3. Jangkamasa 1 Tahun (Pendek)

Objektif jangkamasa pendek ialah merancang dan merangka program dan

modul untuk pembentukan akhlak, melaksana berbagai aktiviti dan Majlis

Ilmu, menghasilkan kajian-kajian jangka pendek termasuk “Need

Assessment Study” berkaitan akhlak golongan 25 tahun dan mempertingkat

dan mempelbagaikan promosi, publisti dan hebahan (aktiviti-aktiviti

berteraskan akhlak).

4. TERAS MASJID

4.1. PENGENALAN TERAS

Pusat kecemerlangan ilmu sebagai institusi dalam pelbagai disiplin ibadah,

perpaduan, sosial pentadbiran dan kebudayaan yang terurus dan sentiasa

diimarahkan.

4.2. MATLAMAT TERAS

a. Pusat Ibadat (mendirikan ibadah khusus dan umum).

b. Pusat kecemerlangan kepada ibadat khusus dan umum.

c. Melahirkan ahli masyarakat yang menjadikan ibadat solat berjamaah

sebagai satu ibadah utama.

d. Melahirkan ahli masyarakat yang menjadikan masjid sebagai pusat ibadat

umum (perpaduan, sosial, rekreasi, ilmu, tarbiyah, kaunseling).

e. Mewujudkan Masjid sebagai model pentadbiran dalam pelbagai disiplin

seperti kaunseling, teknologi maklumat, perubatan dan lain-lain. –

kakitangan cemerlang, mesra teknologi ICT.

Page 7: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 7 -

4.2 OBJEKTIF TERAS

a. Melahirkan masyarakat memahami ilmu dan kaifiyat mengenai solat.

b. Melahirkan ahli masyarakat yang istiqamah dan iltizam terhadap solat

(pengurusan masa, disiplin di utamakan).

c. Melahirkan generasi yang memahami bahawa meninggalkan solat adalah

satu jenayah.

d. Melahirkan ahli masyarakat yang khusyu’ dalam solat.

e. Membudayakan masyarakat dalam pengurusan solat jenazah di masjid pada

setiap waktu solat fardu berjemaah.

f. Masjid sebagai agen perubahan minda atau paradigma masyarakat kepada

ibadah umum.(ilmiah, tarbiyah, kaunseling dll).

g. Masjid sebagai Pusat Pentadbiran yang Berautonomi.

h. SOP Pusat Pentadbiran.

5. TERAS PEMBUDAYAAN AL-QURAN

5.1. PENGENALAN TERAS

Kertas ini bertujuan untuk mengemukakan garis kasar perancangan jangka

pendek, sederhana dan jangka panjang yang akan dilaksanakan dalam waktu

terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya masyarakat

Terengganu. Perancangan ketiga-tiga peringkat ini mengandungi pelaksanaan

program, modul dan aktiviti secara rutin atau berkala ke arah mewujudkan

masyarakat Terengganu yang bukan hanya mampu membaca dan memahami al-

Quran, bahkan juga mampu menghayati dan mengaplikasi kandungan suci al-

Quran dalam kehidupan.

5.2 MATLAMAT TERAS

a. Membudayakan pembacaan dan tadabbur al-Quran sebagai budaya

masyarakat Terengganu

b. Membina kesedaran untuk memahami isi kandungan Al-Quran

c. Memupuk kecenderungan untuk menghayati & mengaplikasi Al-Quran

dalam kehidupan seharian.

5.3. OBJEKTIF TERAS

a. Setiap individu perlu memiliki kitab al-Quran peribadi serta terjemahannya.

b. Melazimi mendengar alunan al-Quran.

Page 8: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 8 -

c. Membuka peluang kepada masyarakat untuk mempelajari bacaan al-Quran

dengan betul.

d. Memahami bacaan asas dalam solat @ ayat-ayat lazim serta

mengamalkannya.

e. Melahirkan golongan yang boleh dijadikan sumber rujukan.

6. TERAS REMEDI SOSIAL DAN JENAYAH

6.1. PENGENALAN TERAS

Pembangunan negara yang tidak seimbang dan holistik menyumbang kepada

berlakunya kebejatan sosial sekaligus memberi implikasi berlakunya pelbagai

jenayah. Isu atau permasalahan ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak

dengan mengadakan program-program pemulihan. Kejayaan program pemulihan

ke arah pembinaan masyarakat Islam yang bebas dari gejala sosial dan jenayah

amat bergantung kepada perancangan rapi, komitmen, iltizam dan kerjasama

semua pihak yang berkepentingan di negeri ini.

6.2. MATLAMAT TERAS

Pemulihan golongan masyarakat bermasalah ke arah mewujudkan masyarakat

yang sejahtera, harmoni bertunjangkan akidah tauhid dengan mengenalpasti

gejala dan punca kebejatan sosial serta langkah-langkah pemulihan melalui

program berasaskan pendekatan Islam.

6.3. OBJEKTIF TERAS

Objektif teras ini adalah seperti berikut:

a. Mengenalpasti punca masalah sosial dan golongan sasar.

b. Merancang program dan modul remedi yang holistic.

c. Melaksanakan program dan modul remedi dengan kerjasama rakan

strategic.

d. Memantau pelaksanaan program secara berterusan.

e. Membuat penilaian dan penambahbaikan secara sistematik.

Sehingga kini satu program besar telah dilaksanakan di bawah Teras Masjid. Program ini

dinamakan Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu ( SPAIT ).

Page 9: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 9 -

PROGRAM SIJIL PENGAJIAN AGAMA ISLAM TERENGGANU

( SPAIT )

1. LATAR BELAKANG

Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang bersidang pada

20 Februari 2011 telah memutuskan agar diwujudkan platform khas untuk

pembelajaran agama secara formal dan bersijil bagi golongan berusia 25 tahun ke

atas. Pengajian ini diadakan di masjid-masjid di Terengganu. Hasil daripada

mesyuarat dan perbincangan Jawatankuasa Induk dan Panel Perunding PPK25, maka

lahirlah Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT).

Sebagai permulaan kelas pengajian ini hanya diadakan di 3 buah masjid sahaja iaitu

Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) Ladang, Masjid Hadhari (Jertih) dan

Masjid Sultan Ahmad (Cukai). Ia bermula pada tahun 2012.

2. RASIONAL

Pengajian agama yang dijalankan di masjid dan surau pada masa ini walaupun

banyak dan berkembang tetapi belum wujud secara berstruktur dan mempunyai

sukatan pengajian yang khusus terutamanya bagi generasi berusia 25 tahun ke atas.

Justeru, pelaksanaan Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) adalah

merupakan pendekatan berkesan sebagai platform pembelajaran agama secara

formal yang diharap dapat menarik minat masyarakat terutama golongan yang

berusia 25 tahun ke atas untuk mengikuti pembelajaran agama.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1. Mengembalikan semula imej Terengganu sebagai pusat pengajian agama yang

tersohor dan terkenal.

3.2. Untuk memenuhi keperluan pengajian Islam secara tersusun (berstruktur)

kepada golongan 25 tahun ke atas.

3.3. Untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami dan

mempraktikan Islam berpandukan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3.4. Melahirkan individu muslim yang benar-benar mahir dalam Pengajian Islam

dan berkebolehan menggunakan pengetahuannya untuk membimbing keluarga

dan masyarakat.

4. JAWATANKUASA PELAKSANA

Ahli Jawatankuasa Pelaksana bertanggungjawab dalam :

a. Menyediakan kurikulum pengajian.

Page 10: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 10 -

b. Menyelaras perjalanan program.

c. Menyelia dan memantau perjalanan program.

d. Mengkaji keberkesanan.

5. TEMPAT PENGAJIAN

Tempat pengajian diadakan di Masjid. Pada peringkat awalnya ia dilaksanakan

sebagai program perintis di 3 buah masjid iaitu :

a. Masjid al-Muktafi Billah Shah, Ladang (Kuala Terengganu)

b. Masjid Sultan Ahmad, Cukai (Kemaman)

c. Masjid Hadhari, Jertih (Besut)

6. SYARAT KEMASUKAN

Kemasukan ke kelas permulaan (Ibtida’i) bagi program ini adalah terbuka

kepada semua lapisan masyarakat yang berminat. Manakala kelas pertengahan dan

lanjutan (Mutawassit dan Mutaqadim), satu ujian kelayakan masuk mesti dilepasi

dengan markah 70% ke atas sebagai syarat kemasukan.

7. STRUKTUR PROGRAM

7.1 Tahap Persijilan.

Program Sijil Pengajian Islam Terengganu (SPAIT) menawarkan tiga (3) tahap

Persijilan iaitu :

a. Persijilan Ibtida’i (Permulaan)

b. Persijilan Mutawassit (Pertengahan)

c. Persijilan Mutaqaddim (Lanjutan)

7.2. Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian bagi setiap tahap persijilan adalah seperti berikut :

a. Persijilan Ibtida’i (Permulaan) : Setahun enam bulan (17 bulan).

b. Persijilan Mutawassit (Pertengahan) : Dua tahun (22 bulan).

c. Persijilan Mutaqaddim : Dua tahun enam bulan (28 bulan).

Cuti pertengahan dalam setahun bermula pada 1 Ramadan sehingga 7

Syawal.

Page 11: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 11 -

7.3. Masa dan Hari Pembelajaran

Pembelajaran ini akan dilaksanakan dengan kekerapan 2 kali seminggu iaitu

Jumaat dan Sabtu selama (1) satu jam 30 minit pada hari Jumaat satu subjek,

dan 3 jam pada hari sabtu iaitu dua subjek.

7.4. Yuran Pengajian

Peserta yang telah diterima masuk untuk mengikuti tahap persijilan ini

hendaklah membayar yuran pengajian bulanan sebanyak RM10.00 sebulan.

Secara keseluruhannya, sepanjang tempoh pengajian tersebut peserta akan

membayar yuran dengan kadar seperti berikut :

a. RM 170.00 bagi Persijilan Ibtida’i (Permulaan)

b. RM 220.00 bagi Persijilan Mutawassit (Pertengahan)

c. RM 280.00 bagi Persijilan Mutaqaddim (Lanjutan)

7.5. Kurikulum Pengajian

Kurikulum pengajian adalah berasaskan kepada 3 subjek utama iaitu :

a. Akidah/Tauhid

b. Feqah

c. Akhlak & Tasawuf

Kurikulum ini dibentuk melalui bengkel yang diadakan oleh Panel Kurikulum

yang dilantik. (Lampiran D)

7.6 Tenaga Pengajar

Tenaga pengajar terdiri dari kalangan yang dilantik oleh Ahli Jawatankuasa

Pelaksana Sijil Pengajian Islam Terengganu (SPAIT).

7.7 Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dijalankan setelah kelas ditahap berkenaan iaitu pada

bulan Muharram. Jumlah pelajar bagi setiap tahap persijilan sekurang-

kurangnya 20 orang.

Page 12: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 12 -

7.8 Penilaian Pelajar

Penilaian pelajar adalah berdasarkan kepada komponen berikut :

a. Peperiksaan Akhir Tahun (60%)

b. Kuiz Bulanan (35%)

c. Kehadiran (5%)

7.9. Penganugerahan Sijil

Sijil yang akan dianugerahkan kepada pelajar adalah terbahagi kepada dua

kategori iaitu :

a. Sijil Penyertaan

Sijil ini diberikan kepada calon yang menghadiri kelas sepanjang

tempoh pengajian.

b. Sijil Pengajian

Sijil ini dianugerahkan kepada calon yang telah memperolehi

himpunan markah penilaian sebanyak 75% ke atas daripada ketiga-tiga

kompenen pada para 7.9.

7.10. Majlis Graduasi

Satu Majlis Graduasi akan diadakan diperingkat negeri bagi meraikan calon

yang telah berjaya memperolehi sijil tersebut.

8. IMPLIKASI KEWANGAN

Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah

membiayai kesemua kos berkaitan Sijil Pengajian Islam Terengganu (SPAIT).

9. NILAI SIJIL

Sijil pengajian di peringkat Ibtida’i (Permulaan) adalah pra-syarat untuk

kemasukan ke peringkat Mutawassit. Manakala Sijil Mutawassit (Pertengahan)

pula menjadi pra-syarat bagi kemasukan ke peringkat Mutaqaddim (Lanjutan).

Sijil ini boleh digunakan sebagai sokongan bagi apa-apa permohonan jawatan

Mubaligh, Imam, Bilal dan Guru Agama dan lain-lain yang difikirkan perlu.

Page 13: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 13 -

PELAKSANAAN SPAIT

1. Mulai tahun 2011, SPAIT telah dilaksnakan di tiga buah masjid sebagaimana berikut:

a. Masjid Al-Muktafi Billah Shah Ladang Kuala Terengganu

b. Masjid Geliga Kemaman

c. Masjid Hadhari Jerteh, Besut.

2. Maklumat lanjut pelaksanaan kelas SPAIT sebagaimana jadual di bawah:

2.1. Tahap Ibtida’ie

Bil. Tempat Tarikh Mula Bil. Pelajar Masuk

Peperiksaan

1. Masjid Al-Muktafi

Billah Shah Ladang

Kuala Terengganu

8 Oktober

2011

51 orang (awal)

34 orang

(terakhir)

31 orang

2 Masjid Geliga

Kemaman

3 Disember

2011

55 orang (awal)

38 orang

(terakhir)

35 orang

3 Masjid Hadhari Jerteh,

Besut.

3 Febuari 2012 51 orang (awal)

31 (terakhir)

28 orang

2.2. Tahap Mutawassit

Bil. Tempat Tarikh Mula Bil. Pelajar

1. Masjid Al-Muktafi Billah Shah

Ladang Kuala Terengganu

25 Oktober 2013 25 orang*

2 Masjid Geliga Kemaman 11 Oktober 2013 36 orang**

3 Masjid Hadhari Jerteh, Besut. 18 ktober 2013 27 orang

* Bilangan asal 27 orang. 2 orang pelajar pindah kelas dari SPAIT Masjid AMBS ke

Masjid Geliga.

**Bilangan asal 34 orang. Tambahan 2 orang pelajar yang pindah dari kelas SPAIT Masjid

AMBS ke Masjid Geliga.

Page 14: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 14 -

3. PERBELANJAAN

3.1. Perbelanjaan bagi menjayakan kelas SPAIT ditanggung oleh MAIDAM di bawah

peruntukan zakat Sinf fi Sabilillah. Perbelanjaan adalah termasuk elaun kerani,

elaun tenaga pengajar dan keperluan lain.

Bil

.

Tempat Tahun 2012

(RM)

Tahun 2013

(RM)

Jumlah

(RM)

1. Masjid Al-Muktafi Billah

Shah Ladang Kuala

Terengganu

30,750.00 20,711.50 51,461.50

2 Masjid Geliga Kemaman 33,350.00 28,033.00 61,383.00

3 Masjid Hadhari Jerteh,

Besut.

28,650.00 36,524.50 65,174.50

JUMLAH BESAR 92,750.00 85,269.00 178,019.00

3.2. Sumber peruntukan:

a. MAIDAM - RM160,000.00

b. Yuran Pelajar - RM 19,370.00

===========

RM179,370.00

===========

3.3. Perbelanjaan lain: RM19,180.00

4. ULASAN

Kertas ini telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MAIDAM

Kali Ke-30 yang bersidang pada 18 November 2013.

Page 15: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 15 -

LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA INDUK PPK25

1. Tuan Hj Mohd Rozali bin Saleh

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu

(Pengerusi)

2. Tuan Hj Omar bin Musa

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi)

3. Puan Hajah Samsiah bt Dato’ Hj Awang

Ketua Penolong Pesuruhjaya (Dakwah)

4. En Ahmad Azhar bin Hj Harun @ Musa

Penolong Pesuruhjaya (Dakwah dan Tarbiyah)

(Setiausaha)

Page 16: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 16 -

Lampiran B

SENARAI PANEL PERUNDING PPK25

1. Puan Nor Salimah bt Abu Mansor (Ketua)

B.A. (Hons.) al-Azhar, M.A. Dakwah dan Kepimpinan Islam UKM.

Pensyarah Jabatan Dakwah,

Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

2. Y.Bhg. Dr. Ahmad Bazli bin Dato’ Shafie.

B.A. (Hons.) UIAM, M.A. , Ph.D. ISTAC.

Pengarah Institut al-Quran Terengganu.

3. Y. Bhg. Dr. Ismail Raduan

Ph.D. Pendidikan, UKM.

Pensyarah Kanan,

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Ahmad Razali.

4. Tuan Hj Zukiferee bin Ibrahim

LL.B. (Hons.), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ketua Penolong Pendaftar HEPA, Universiti Malaysia Terengganu.

5. En Mohd Sarif bin Abd Manap

M. Ed. (Educational Technology)

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Komputer,

Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu.

6. Tuan Hj Hasnan bin Ilias

B.A. (Hons.) USM, M. Ed. Victoria University of Wellington, New Zealand.

Pensyarah Kanan,

Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin.

7. Tuan Hj Azhar bin Chik

B.A. (UKM), M. Sc. Pentadbiran Pengurusan Pendidikan UPM.

Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan dan Tamadun Islam,

Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin.

8. En Abdullah bin Mohamad

Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling,

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,

Universiti Malaysia Terengganu.

Page 17: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 17 -

Lampiran B1

TERMA RUJUKAN

PANEL PERUNDING PPK 25

1. Merancang program-program kerohanian untuk pelbagai golongan di Negeri

Terengganu.

2. Merancang dan membincang strategi jangka pendek, jangka sederhana dan

jangka panjang sebagai persediaan / persiapan pelaksanaan Program

Kerohanian Untuk Golongan Berusia 25 Tahun Ke Atas.

3. Merancang aktiviti-aktiviti sebelum pelaksanaan program PPK 25 seperti

mesyuarat, perbincangan , pre-bengkel dan lain-lain.

4. Menyediakan garis panduan mengenai perkara-perkara yang bersangkutan

dengan pengisian program kerohanian.

5. Membuat pembentangan cadangan program-program kerohanian untuk Negeri

Terengganu.

Page 18: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 18 -

Lampiran C

SENARAI PENUH

AHLI TASK FORCE PPK25

1. YM Tuan Hj Engku Abdullah bin Engku Dalam Ahmad

Penolong Pesuruhjaya Akademik (Inggeris)

2. En Khairul Azizi bin Idris

Penolong Pesuruhjaya (Pencegahan)

3. En Yusof bin Salleh

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

4. En Ahmad Budiman bin Muhammad

Pembantu Tadbir

5. Cik Nor Nadiah binti Ismail

Pelatih Skim Siswazah al-Irsyad 1

6. Cik Fatin Dalilah binti Abdul Rahman

Pelatih Skim Siswazah al-Irsyad 2

Page 19: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 19 -

Lampiran C1

FUNGSI AHLI TASK FORCE

PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK GOLONGAN

BERUSIA 25 TAHUN KE ATAS (PPK 25)

1. Meneraju dan melaksanakan agenda Program PPK25.

2. Merangka aktiviti-aktiviti untuk Program PPK25.

3. Menguruskan dan menyelaras hubungan antara sekretariat dengan Panel Perunding

PPK25.

4. Menyelaras aktiviti PPK25 di peringkat negeri dan daerah.

5. Menguruskan program-program latihan dan pengembangan kepada tenaga penggerak

PPK25 di segenap peringkat.

6. Menjalankan program-program promosi dan penerbitan PPK25.

7. Menjalin kerjasama dengan Bahagian-Bahagian di JaHEAT dan Jabatan serta agensi-

agensi luar dalam menjayakan PPK25.

8. Membuat penilaian keberkesanan PPK25 dari masa ke semasa.

9. Lain-lain fungsi yang diarahkan dari masa ke semasa.

Page 20: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 20 -

Lampiran D

SENARAI AHLI PANEL

PENGGUBAL SUKATAN KURIKULUM SPAIT

1. Y.Bhg Dato Hj Mohd Rozali bin Saleh

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu

(Penaung/ Penasihat)

2. Tuan Haji Omar bin Musa

Timb. Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam

(Pengerusi Kurikulum)

3. Y.Bhg Dato’ Hj Ismail bin Hj Ali

(Mantan Pesuruhjaya JaHEAT/ Tenaga Pengajar SPAIT)

4. Y.Bhg. Dato’ Hj Ambak bin Ismail

(Mantan KPP Pendidikan JaHEAT)

5. Tuan Hj Omar bin Muda

(Mantan KPP Pendidikan JaHEAT dan Mudir MARPA)

6. Tuan Hj Mohamad bin Abdul Majid

(Pesara JPNT)

7. Tuan Hj Yusof bin Embong

(Mantan KPP Pendidikan JaHEAT)

8. Ust. Ismail bin Abdul Ghani

(Panel Jabatan)

9. Ust. Mohd Azam bin Awi

(Panel Jabatan)

10. Dr. Abdul Manan bin Mohamad

(Pensyarah Kanan UniSZA)

11. Ust. Ezri bin Abd. Rahman

(Penolong Pengarah YIT/ Tenaga Pengajar SPAIT)

12. Ust. Zulkifli bin Mohamed

(Tenaga Pengajar SPAIT)

13. Ust. Mohamed bin Abdul Rahman

(Tenaga Pengajar SPAIT)

Page 21: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 21 -

14. Ust. Abdul Aziz bin Yusof

(Tenaga Pengajar SPAIT)

15. Ust. Haji Yusof bin Ahmad

(Tenaga Pengajar SPAIT)

Page 22: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 22 -

Lampiran E

SENARAI BENGKEL/ SEMINAR PPK25

1. Bengkel Pertama telah diadakan pada 31 Januari hingga 1 Februari 2010 di Hotel

Grand Continental, Kuala Terenggganu dan ia telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’

Senara Muda,Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu

(MAIDAM).

2. Bengkel Pemurniaan Program PPK25 pada 9 Ogos hingga 10 Ogos 2010 di Hotel

Permai Inn, Kuala Terengganu.

3. Pelan Halatuju PPK25 telah diselaraskan dengan Pelan Strategik JaHEAT (2011-2015)

melalui bengkel yang diadakan pada pada 13 Julai hingga 14 Julai 2010 di Sumai

Apartment Hotel, Kuala Terengganu.

4. Pada 14 Oktober 2010, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya ketika

itu, YM Dato’ Hj Shaikh Harun bin Shaikh Ismail telah bersetuju dengan penubuhan

Unit Task Force bagi menggerakkan PPK25.

5. Hasil dari persetujuan tersebut, pada 30 Oktober 2010, Ahli Jawatankuasa Dasar

PPK25 yang dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya (Khidmat Pengurusan) ketika

itu, telah mengadakan mesyuarat bersama-sama Ahli Panel Perunding PPK25 bagi

memperincikan penubuhan Unit Task Force. Lantikan rasmi ahli-ahli Task Force

seramai 6 orang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

6. Pada 13 Februari 2011, taklimat dan pembentangan PPK25 kepada semua pegawai-

pegawai kanan JaHEAT dan Pegawai-pegawai Agama Daerah telah dilaksanakan.

7. PPK25 telah dibentangkan secara rasmi dan diterima dalam Mesyuarat Majlis Agama

Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) pada 20 Februari 2011 dengan pengajian agama

bersijil sebagai program pertama PPK25 yang akan dilaksanakan oleh pihak JaHEAT.

8. Pada 24 April 2011, Kertas Konsep Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT)

telah dibentangkan di Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM)

dan dipersetujui dengan beberapa pindaan untuk dilaksanakan.

9. Taklimat dan Mesyuarat Pelaksanaan SPAIT kali I yang disertai bersama Ahli Panel

Perunding PPK25 telah diadakan pada 28 April 2011 dan menetapkan pembahagian

tugas sebagaimana berikut :

a. Tugasan Tenaga Pengajar

b. Tugasan Penggubal Sukatan Kurikulum

c. Tugasan Pentadbiran, Pengurusan dan Penyelarasan Masjid

d. Tugasan Promosi

Page 23: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 23 -

10. Pada 11 Mei 2011, Bengkel Penyediaan Sukatan Kurikulum SPAIT kali pertama telah

diadakan dan ia telah disertai oleh 5 orang panel penggubal modul bagi subjek Akidah,

Ibadah dan Akhlak & Tasawuf. Iklan SPAIT telah dibuka kepada masyarakat pada 15

Jun 2010 dan penyertaannya ditutup pada 30 Jun 2011.

11. Pada 26 Jun 2011, Bengkel Penyediaan Sukatan Kurikulum SPAIT kali kedua telah

diadakan. Surat arahan bertugas Ahli Task Force dan kawal selia oleh Timbalan

Pesuruhjaya (Operasi), Tuan Hj Omar bin Musa telah dikeluarkan pada 29 Jun 2011.

12. Mesyuarat SPAIT kali ke-II telah diadakan pada 9 Mei 2011 untuk menerima laporan

tugasan. Peruntukan awal bagi pembiayaan program SPAIT sebanyak RM 70,000.00

telah diluluskan oleh MAIDAM pada 26 Jun 2011.

13. Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) yang bersidang pada 28

Ogos 2011, telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 382,780.00 untuk Perbelanjaan

Mengurus Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) bagi tahun 2011

dan 2012.

14. Bengkel Penyediaan Kurikulum SPAIT (Tahap Ibtidae) pada 9 – 10 April 2012 di

Sutera Beach Resort, dihadiri oleh Ahli Panel Kurikulum SPAIT, Guru Kelas SPAIT

daerah Kuala Terengganu.

15. Bengkel / Taklimat khas oleh panel perunding PPK25 yang telah diadakan pada 16

April 2012 di Kuala Terengganu Golf Resort Tok Jembal yang dihadiri oleh panel

perunding PPK 25, Dato’ Pesuruhjaya Agama dan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) dan

semua Pegawai Agama Daerah.

16. Bengkel Tenaga Pengajar SPAIT Bil. 1/2013 (Penyelarasan Format Soalan Peperiksaan

Akhir Tahap Ibtidae SPAIT) pada 18-19 Januari 2013 di Tanjung Demong Beach

Resort, dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam, semua guru kelas SPAIT

dan semua urusetia kelas SPAIT.

17. Bengkel Penyediaan Kurikulum SPAIT Bil. 2/ 2013 (Tahap Mutawassit) pada 14-16

Mei 2013 di Hotel Grand Puteri Hotel Kuala Terengganu. Bengkel ini telah dihadiri

oleh Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam, semua ahli panel kurikulum SPAIT dan

guru-guru kelas SPAIT.

Page 24: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 24 -

KERATAN AKHBAR

UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 2 MAC 2011

HARIAN METRO BERTARIKH 26 NOV 2011

BENGKEL TENAGA PENGAJAR

Page 25: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 25 -

Bengkel Tenaga Pengajar SPAIT yang diadakan di Demong Beach resort, Besut

Pada 18-19 Jan 2013

Page 26: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 26 -

BENGKEL PENYEDIAAN KURIKULUM MUTAWASSIT SPAIT

DI GRAND PUTERI HOTEL KUALA TERENGGANU 2013

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu sedang berucap

dalam majlis perasmian penutup bengkel kurikulum tahap Mutawassit.

Page 27: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 27 -

Bengkel penyediaan Kurikulum Mutawassit yang diadakan di Hotel Grand Puteri 14-

16 Mei 2013

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama bergambar dengan sebahagian peserta Bengkel Penyediaan

Kurikulum SPAIT Mutawassit.

PEPERIKSAAN AKHIR SPAIT TAHAP IBTIDA’I 2013

MASJID AL- MUKTAFI BILLAH SHAH, LADANG,K.TRG 22-23 Mac 2013

Sebahagian pelajar sedang memduduki peperiksaan akhir SPAIT Ibtida’i di Masjid al-

Muktafi Billah Shah, Ladang Kuala Terengganu.

Page 28: PROGRAM PENGISIAN KEROHANIAN UNTUK · PDF filepenghayatan dan kesedaran pendidikan agama kearah ... terdekat ini bagi menjadikan al-Quran sebagai amalan dan budaya ... dengan mengadakan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

- 28 -

MASJID GELIGA, KEMAMAN 26-27 April 2013

MASJID HADHARI, JERTIH, BESUT 5-6 Julai 2013