program sandaran npqel7. refleksi dan bibliografi

Upload: hassan-bin-mat

Post on 19-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

NPQEL

TRANSCRIPT

BAB 6REFLEKSI6.1. Kekuatan Program

Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Ini sudah pasti melibatkan kesemua kepimpinan organisasi, guru guru, pelajar dan komuniti yang yang hampir dengan sekolah.

Program Suluh Budiman merupakan program yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dengan melibatkan kos yang diperuntukkan. Hanya dengan kos sebanyak seratus ringgit (RM 100.00) sahaja program ini dapat dilaksanakan dan mencapai objektif yang rancang. Dengan kejayaan program ini sudah pasti setiap ringgit yang diperuntukkan tidaklah sia sia. Bertepatan dengan Pelan Pembanguan Pendidikan Malaysia menerusi anjakan yang ke sepuluh iaitu memaksimunkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit melalui program yang jelas.

Penentu utama dalam memastikan kejayaan dan kegagalan sesuatu program adalah peranan pemimpinnya. Guru Besar sekolah ini En.Ong Yong Heng sentiasa peka dan proaktif dalam mengesan cabaran dan peluang yang akan menjana keberkesanan organisasinya. Melalui kepimpinan instruksional, beliau sentiasa memastikan proses pengajaran yang baik dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan melalui pengkongsian pendapat untuk menyelesaikan masalah dengan guru guru telah menjadikan program ini memberi impak yang positif kepada sekolah.Selain itu dengan mempamerkan gaya kepimpinan tranfomasi beliau berkebolehan membentuk dan menterjemahkan tujuan dan matlamat di kalangan pengikut untuk mencapai perubahan signifikan melalui kepentingan dan tenaga secara kolektif. Beliau menunjukkan komunikasi berkesan dalam penyampaian dengan cara yang berhemah tetapi tegas. Bagi saya beliau adalah seorang pemimpin berwibawa dan berkarisma.Kejayaan beliau dapat dibuktikan melalui peningkatan selama tiga tahun berturut turut melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) mulai tahun 2011,2012 dan tahun 2013.Beliau telah membawa perubahan yang ketara walau baru tiga tahun menjawat jawatan sebagai Guru Besar.Ini bertepatan dengan PPPM menerusi anjakan yang yang ke lima memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah.

Kepimpinan autokratik dan ciri ciri kepimpinan situasi yang dipamerkan oleh guru besar banyak membawa kepada kejayaan program ini. Sikap keterbukaan dan keikhlasan serta komitmen yang tinggi yang ditujukkan oleh guru guru didapati program ini dilaksanakan dengan baik walaupun menghadapi gangguan bebanan tugas dan aktiviti akhir tahun yang banyak di peringkat sekolah maupun daerah. Guru guru dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar. Guru guru juga membentuk pasukan kerja yang berkesan melalui semangat kerjsama erat turut menjadi faktor penting program ini berjalan lancar dan mencapai matlamat yang diharapkan. Guru guru dapat membentuk kombinasi melalui komunikasi berkesan dapat memupuk persefaham yang utuh untuk melaksanakan program ini mencapai kejayaan yang cemerlang. 6.2. Kelemahan Program

Kelemahan kelemahan yang dapat dilihat dalam melaksankan program ini pertama adalah masa. Masa amat terlalu singkat.Pelaksanaan program sebegini diakhir tahun amatlah kurang sesuai kerana diakhir tahun banyak tugas yang perlu disiapkan oleh guru dan juga kepimpinan sekolah. Pihak pentadbir sekolah perlu menyiapkan persiapan perancangan pengurusan sekolah untuk tahun berikutnya serta aktiviti aktiviti kokurikulum. Kedua guru guru pula terpaksa menyelesaikan aktiviti akhir tahun seperti pengisian data online sama ada data peringkat sekolah,daerah,negeri serta kementerian. Selain itu guru guru terpaksa menghadiri kursus kursus yang dianjurkan oleh pejabat pendidikan daerah dan Negeri. Ketiga kehadiran pelajar ke sekolah amat kurang memuaskan kerana mereka kurang bermotivasi untuk belajar kerana sudah selesai mengikuti ujian akhir tahun.Ini jelas dapat dilihat di rajah 25 dan 26 di atas didapati empat dari sepuluh pelajar tidak hadir untuk mengikuti ujian selepas program. Selain itu masalah yang kelima ialah aktiviti yang laksanakan oleh komuniti luar seperti aktiviti pemeriksaan gigi,suntikan penyakit dan ceramah dari agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Daerah turut memberi kesan kelicinan pelaksanaan program ini.

6.3.Cadangan Penambahbaikan.Sebagai pemimpin sekolah perlu melakukan tranfomasi dalam pendidikan demi untuk bersaing dalam peringkat global. Petikan kata kata Perdana Menteri dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia perlu difahami dengan jelas.

Bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan transformasi sistem pendidikan yang menyeluruh YAB Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (2012)Untuk ke arah itu, satu perubahan yang besar perlu dilakukan dalam sekolahPemimpin sekolah akan menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang, dan bertindak sebagai ejen perubahan. Pemimipin perlu bersikap berani mengambil risiko dan berfikiran strategikk seperti Think Big,Deep and Long bagi mencapai sesuatu matlamat. Pemimpin perlu mengembangkan program pemulihan sebegini ini kepada subjek lain seperti Bahasa Inggeris,Matematik dan lain lain lagi dimasa akan datang dan melibatkan komuniti luar terutama ibubapa. Keberkesanan komunikasi pemimpin amat diperlukan untuk menarik minat komuniti luar mengambil bahagian dalam usaha membangunkan sekolah.

Membangun kapisiti guru perlu diambil perhatian oleh pemimpin supaya mereka mendapat kemahiran membimbing pelajar, supaya belajar bukan guru mengajar pelajar tidak belajar. Pemimpin perlu menerapkan pemahaman konsep kreatif dan inovatif kepada guru supaya elemen ini dapat diajar melalui pendekatan pengajaran berpusatkan kepada pelajar.Pemimpin juga perlu memupuk semangat kerja berpasukan supaya menjadikan hubungan rakan sekerja yang erat bagaikan keluarga dan secara tidak langsung dapat memupuk sikap keseronokan dalam pekerjaan seterusnya dapat mengupayakan mereka bekerja secara optimum.Pemimpin perlu merancang program sebegini dengan lebih awal,sebaik baiknya awal tahun. Perancangan awal sekiranya dilaksanakan dapat membantu guru memberi tumpuan seenuhnya kepada pelajar yang bermasalah sebegini.Guru dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi dan dengan masa yang panjang pelajar ini dapat dipulihkan dengan sebaik mungkin.Pemimpin sekolahBIBLIOGRAFI

Ainon Mohd. (2005). Teori dan teknik kepimpinan : Panduan aplikasi di tempat kerja.Pulau Pinang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Blandford, S. (2010). Siri kepimpinan dan pengurusan sekolah : Mengurus sumber di

sekolah ( terjemahan ). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Blandford, S. (2010). Siri kepimpinan dan pengurusan sekolah : Panduan pengurus

peringkat pertengahan di sekolah ( terjemahan ). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Fidler, Brian. (2010). Siri kepimpinan dan pengurusan sekolah: Merancang kemajuan

sekolah ( terjemahan ). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. James Ang Jit Eng & Balasundram Ramiah. (2009). Kepimpinan instruksional: Satu

panduan praktikal. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Hairuddin Mohd Ali & Muhammad Bustaman Abdul Manaf. (2009). Perancangan

strategikk sekolah. Kuala Lumpur: PTS Profesioanal Publishing Sdn. Bhd.West-Burnham, J. (2010). Siri kepimpinan & pengurusan sekolah: Mengurus kualiti

sekolah ( terjemahan ). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.West-Burnham, J. & OSullivan, F. (2010). Siri kepimpinan & pengurusan sekolah:

Membangunkan profesionalisme di sekolah ( terjemahan ). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.