program tatabahasa berpandukan akhbar
TRANSCRIPT
KERTAS KERJA
PROGRAM PENGGUNAAN
TATABAHASA
BERPANDUKAN AKHBAR
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR MENTAKAB28400 MENTAKAB,PAHANG DARUL MAKMUR. CBA 7031 TEL:09 2772900 FAX:09 2781742
1.0 PENDAHULUAN
Tanda Baca merupakan aspek penting dalam penulisan Bahasa Malaysia.
Penyampaian mesej bertulis perlu mengaplikasikan pengunaan tanda baca yang betul
bagi memastikan keberkesanan ayat yang dibina. Bagi meningkatkan penguasaan
pengunaan tanda baca yang betul, murid harus didedahkan dengan program seperti ini
agar mereka dapat mening katkan pemahaman mereka tentang penggunaan tanda baca
secara menyeronokkan dan lebih menarik . Oleh itu, program sebegini perlu dijalankan
dalam usaha mening katkan penguasaan tanda baca dalam kalangan murid-murid agar
mereka dapat mengetahui dan mengaplikasikan dalam penulisan ayat seterusnya
membantu meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan Bahasa Malaysia.
2.0 RASIONAL
Sebagai satu kaedah supaya murid-murid lebih meminati Bahasa Malaysia. Program
seperti ini perlu diadakan agar murid-murid dapat menggunakan Bahasa Malaysia
dengan menggunakan tanda baca yang merupakan aspek tatabahasa yang sangat
penting dalam penulisan ayat Bahasa Malaysia.
3.0 MATLAMAT
3.1 Memberi pengetahuan cara menggunakan Tanda Baca dengan betul dalam
penulisan ayat Bahasa Malaysia.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Membantu penguasaan murid dalam membina struktur ayat yang betul dan
tepat berpandukan kepada pelbagai jenis tanda baca yang terdapat dalam
tatabahasa bahasa Melayu
4.2 Menggalakkan pembelajaran Bahasa Melayu secara tidak formal.
4.2 Memupuk semangat berkerjasama dan bersaing secara sihat
dalam kalangan murid.
4.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai
Bahasa Melayu.
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 16 Julai 2014
5.2 Hari : Rabu
5.3 Masa : 7.45 pagi sehingga 9.45 pagi
5.4 Tempat : SK Bandar Mentakab
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Murid-murid tahun 3 Intelek dan 3 Progresif.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL BUTIRAN KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH
1. Hadiah 3 RM 20 RM 60
2. Surat khabar Utusan Melayu
10 RM 2 RM20
3. Kertas Mahjong 10 RM0.50 RM5
JUMLAH RM85
8.0 SUMBER KEWANGAN
8.1 Persendirian
9.0 JAWATAN KUASA PROGRAM
9.1 Penasihat : Tuan Haji Zulkiffli Bin Kadir
(Guru Besar SK Bandar Mentakab)
9.2 Pengerusi : Puan Salina bt Sallehuddinn
9.3 Ketua : Mohamad Hafizuddin Bin Che Soh
9.4 Setiausaha : Adam Amirul Bin Zakaria
9.5 Ajk : Cik Farhana Binti Zawawi
Cik Nur Raihana Binti Abdul Ghani
10.0 JADUAL PELAKSANAAN
TARIKH MASA AKTIVITI SASARAN TINDAKAN TEMPAT
17 JULAI
2014
7.40-8.00
pagi
- Perhimpunan
- Taklimat aktiviti
Murid 3
Intelek dan 3
Progresif
AJK Program Bilik ITEM
8.00-9.45
pagi
Pertandingan
*murid duduk dalam
kumpulan masing-masing.
1. Murid diedarkan dengan
surat khabar UTUSAN
MELAYU.
2. Murid membuat tugasan
mengikut waktu yang
ditetapkan.
Aktiviti 1:
- Mencari tanda baca
yang terdapat dalam
surat khabar .
- Mencatat semula tanda
baca yang diperoleh
dan membahagikannya
mengikut kolum.
- Kuiz membina ayat
berdasarkan tanda baca
yang diberikan guru.
Murid 3
Intelek dan 3
Progresif
AJK Program Dewan
Serbaguna
* Selepas program, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa.
11.0 Penutup
Dengan program yang diadakan ini, pelajar-pelajar akan dapat pendedahan yang lebih
mendalam tentang Bahasa Melayu, keseronokkan membaca surat khabar Bahasa
Melayu dan ini dapat meningatkan prestasi keputusan pelajar dan juga sekolah.
Disediakan oleh,
________________ _________________
(ADAM AMIRUL BIN ZAKARIA) (MOHAMAD HAFIZUDDIN CHE SOH)
Setiausaha, Ketua,
Program Penggunaan Tatabahasa Program Penggunaan Tatabahasa
Berpandukan Akhbar Berpandukan Akhbar
Disemak oleh,
--------------------------------
(PUAN SALINA BT SALLEHUDDIN)
Pengerusi,
Program Penggunaan Tatabahasa
Berpandukan Akhbar
Disahkan oleh,
-------------------------------------
(TUAN HAJI ZULKIFFLI BIN KADIR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Mentakab.