projek inovasi: stomper drum
DESCRIPTION
di bawah program inovasi kokurikulum sekolah negeri Johor, persatuan muzik dan kebudayaan telah menghasilkan drum menggunakan bahan kitar semula.TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 1
KERTAS CADANGAN
PROGRAM INOVASI KOKURIKULUM
TAJUK:
STOMPER UNIT
DRUM
DIHASILKAN OLEH:
PERSATUAN MUZIK DAN KEBUDAYAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 1
SKOP DAN LIMITASI PROJEK
Skop kajian ialah untuk menggunakan bahan kitar semula yang mudah
didapati dan mengubahsuai beberapa bahan kitar semula tersebut untuk
dijadikan instrumen perkusi yang boleh digunakan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Muzik khususnya.
KEPENTINGAN DAN IMPAK PROJEK
melahirkan murid yang dapat berfikir secara kreatif dan inovatif melalui
aktiviti cipta semula
Membuka minda murid dan guru pembimbing untuk menghargai nilai estetika
sesebuah instrumen muzik
Menggalakkan murid untuk bekerja di dalam kumpulan bagi menjayakan
projek yang diberi.
Dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar subjek Pendidikan Muzik dan
Seni Visual.
ANGGARAN KOS PROJEK
Kos anggaran bagi projek inovasi stomper unit ini tidak melebihi RM50. Antara
bahan dan alatan yang diperlukan ialah:
Gunting
Gam
Reben
Tali
Pembalut hadiah
Gabus
Perca kain
stick kayu
Tin cat (besar/kecil)
TINJAUAN DAN KAJIAN
Berdasarkan pembacaan dan kajian yang dilakukan, drum merupakan
instrumen perkusi yang dapat memberi impak kepada keseluruhan irama yang
tercipta. Kepelbagaian bunyi drum menghasilkan corak irama yang lebih padu
dan memberi tenaga kepada lagu yang dimainkan.
Drum mempunyai kepelbagaian bunyi yang dipengaruhi dari material, proses
pembuatan dan cara pukulan. Sehubungan itu, melalui projek stomper unit drum
ini, murid dapat mengenalpasti bagaimana proses asas menghasilkan instrumen
perkusi dan membuat perbandingan bunyi drum setelah drum dihasilkan. Melalui
projek ini juga murid berupaya untuk meningkatkan keupayaan pskimotor dan
kinestetik melalui proses penghasilan drum, menganalisis bunyi dan teknik
pukulan drum.