projek kerja kayu
DESCRIPTION
you can do itTRANSCRIPT
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA
dapatlah saya, Nurul Suhaida Binti Samad dan sahabat saya, Nur Syamimi Binti Hanapi
menyiapkan tugasan yang diberi pada masa yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah kami iaitu En. Fahrurrazi Bin Mahyun kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar
mengenai cara mengukur, menanda, memotong serta memberi panduan dan bantuan mengenai
cara menggunakan alatan tangan dan mesin kepada kami sepanjang
menjalankan tugasan projek kayu ini.
Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam
membuat tugasan projek kayu ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat
diaplikasikan pada masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman membuat projek
kayu ini merupakan satu pengalaman baru dan cukup menarik bagi kami.
Sekian Terima Kasih.
Pendahuluan
Bagi melengkapkan tugasan mengenai projek kayu ini, saya dan rakan saya akan
menyediakan laporan hasil kerja amali bagi projek ini.
Kami telah mengambil masa selama lima minggu untuk menyiapkan tugasan untuk
projek kayu ini. Kami telah dibimbing oleh En. Fahrurrazi dalam pelbagai aspek seperti cara
menggunakan mesin dan sebagainya. Kami juga telah dikenalkan dengan pelbagai jenis tanggam
kayu oleh beliau.
Dalam melaksanakan tugasan ini kami harus memilih jenis kayu yang sesuai untuk
dijadikan sebagai bahan utama projek kayu kami. Kami telah menggunakan tiga jenis kayu yang
berbeza untuk dijadikan sebagai sisi kotak, bingkai dan tapak serta penutup kotak.
Bagi proses mencantum, kami telah diarahkan oleh pensyarah kami agar menggunakan
dua jenis tanggam kayu iaitu tanggam temu dan tanggam lekap siku. Penggunan tanggam pada
pencantuman kayu adalah sangat bagus kerana ianya akan menjadikan pencantuman itu lebih
kukuh.
Untuk menjadikan projek kayu kami lebih sempurna kami telah melakukan kemasan
pada projek kayu kami. Kertas las dan syelek merupakan bahan utama dalam proses kemasan
kami.
Oleh itu, untuk menghasilkan projek kayu yang sempurna kita seharusnya melaksanakan
kerja-kerja tersebut dengan teliti dan berhati-hati, “Ukur biar berkali-kali potong hanya sekali”
Pengenalan
Tugasan projek kayu kami merupakan tugasan yang sangat mudah iaitu menghasilkan
sebuah kotak yang diberi nama sebagai “Kotak Alatan”.
Kotak ini merupakan kotak serbaguna yang bersaiz satu setengah kaki. Kotak ini boleh
dijadikan sebagai kotak meletak pakaian lama, kasut yang tidak digunakan ataupun buku-buku
terpakai dan sebagainya.
Kotak ini juga mempunyai kelebihan dan keburukannya. Antara kebaikannya adalah
kotak ini boleh dikategorikan selamat kerana kotak ini mempunyai bingkai yang membuatkan
kotak ini sukar terbuka dengan sendirinya. Manakala keburukannya pula adalah kotak ini
mempunyai berat yang menyukarkan kita membawanya kemana-mana.
Walau apa pun kelebihan dan keburukannya kotak ini, kami sebagai pencipta kotak ini
tetap akan berpuas hati dengan hasil kerja kami kerana kami telah bekerjasama dengan
bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kotak ini.
Peralatan
MESIN PELELAS MUDAH ALIH (SANDER)
Mesin ini berfungsi untuk meratakan dan melicinkan permukaan kayu sebelum
melakukan proses kemasan.
RAGUM MEJA
Fungsi utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa kerja mengergaji,
mengetam kayu, mengerudi dan sebagainya.
MESIN KETAM (PLANNER)
Fungsi mesin ini adalah menghaluskan permukaan satu demi satu sisi kayu.
MITER SAW
Fungsi miter saw ialah membelah atau memotong kayu yang bersaiz kecil.
PAKU
Fungsi paku ialah untuk mengukuhkan cantuman kepingan kayu dengan kayu ataupun
kepingan logam dengan kayu
MESIN GERUDI TANGAN ELEKTRIK
Fungsi mesin ini ialah memudahkan kerja-kerja membuat lubang dan pemasangan skru.
SESIKU SERONG
Fungsi sesiku serong ialah untuk menanda garisan bersudut dan menguji ketepatan tepi
serong.
MESIN PENCANAI
Fungsi mesin ini ialah untuk mencanai hujung mata pemotong yang sudah tumpul seperti
pahat, gerudi serta meratakan sesuatu permukaan.
MESIN “RADIAL ARM SAW”
Mesin ini berfungsi untuk memotong kepingan kayu yang mempunyai pelbagai saiz.
1. STAPLES GUN ANGIN KOMPRESOR Alat ini digunakan dalam proses mencantum kepingan kayu.
2. APIT G Fungsi apit G ialah mengepit kayu semasa proses mengglukan dua kepingan kayu
serta memegang kayu yang hendak digerudi, dipahat dan sebangainya.
3. SESIKU L Fungsi sesiku L ialah untuk menguji sudut 90 serta menguji sesuatu permukaan
bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu.
4. APIT RENCONG Fungsi apit rencong ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang
bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan.
5. TOLOK PENANDA Fungsi tolok penanda ialah untuk menandai ukuran tebal atau lebar kayu.
6. PITA UKUR Fungsi pita ukur ialah untuk mengukur panjang sesuatu benda.
7. TUKUL KAYU fungsi tukul kayu ialah untuk memaku paku
8. KIKIR PARUT Fungsi kikir parut ialah untuk meratakan dan membentuk lengkuk pada penjuru
kayu
9. PAHAT PERAUT Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan
acuan yang mempunyai pelbagai bentuk.
10. APIT PANJANG Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu,
tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.
Prosedur kerja
Pada minggu pertama
o Proses memilih kayu
o Proses mengukur dan menanda
o Proses memotong
Pada minggu pertama saya dah rakan saya telah pergi ke stor kayu untuk memilih kayu yang
sesuai untuk membuat sebuah kotak. Setelah memilih kayu yang sesuai, kayu tersebut di bawa
masuk ke dalam bengkel untuk melakukan proses seterusnya.
Proses seterusnya ialah proses mengukur dan menanda. Kayu tersebut diukur dengan
menggunakan pita pengukur mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan ditanda menggunakan
pensel bagi memudahkan melaksanakan proses seterusnya iaitu proses pemotongan.
Kami telah menggunakan mesin radial arm saw untuk memotong kayu pada bahagian sisi kotak,
tapak kotak serta penutup kotak. Seterusnya kami menggunakan mitre saw untuk memotong
kayu yang mempunyai saiz yang kecil iaitu kayu pada bahagian bingkai yang akan dipaku di
bahagian penutup kotak. Selesai proses memotong kami telah menggunakan sander untuk
melicinkan permukaan kayu.
Pada minggu kedua
o Proses membuat tanggam
o Proses pencantuman
Pada minggu kedua kami telah menuruskan tugasan kami dengan membuat tanggam pada kayu
agar pencantuman yang kami akan lakukan menjadi lebih kukuh. Kami telah menggunakan
tanggam temu untuk mencantumkan bahagian sisi kotak. Manakala bagi bahagian bingkai kami
telah menggunakan tanggam lekap siku.
Proses membuat tanggam ini sangat mudah. Antara alat yang di perlukan untuk membuat
tanggam ialah tolok penanda, pita ukur dan pensel. Tolok penanda digunakan untuk menanda
ketebelan kayu. Pita ukur pulak digunakan untuk mengukur separuh daripada ketebalan kayu
yang ingin dipotong. Setelah itu pensel digunakan untuk melorek bahagian separuh kayu yang
ingin dipotong.
Untuk membuat pemotongan pada tanggam kami telah menggunakan mesin radial arm saw dan
pahat tepi serong. Pahat tepi serong digunakan untuk membersihkan lebihan kayu yang
tertinggal.
Proses seterusnya ialah proses mencantum. Sebelum kami membuat cantuman yang lebih
kukuh, kami membuat cantuman mengguna glu kayu terlebih dahulu. Sementara menunggu glu
tersebut kering dalam masa 30 minit, kami telah menggunakan sesiku L untuk memastikan sudut
setiap kayu itu sama. Setelah glu kayu tersebut kering kami telah mengguna kan air gun untuk
membuat pencantuman yang lebih kukuh pada setiap sudut tanggam tersebut.
Pada minggu ketiga
o Proses mencantumkan tapak kotak dengan sisi kotak
o Proses mencantumkan bingkai pada penutup kotak
Proses mencantumkan tapak kotak dengan sisi kotak adalah proses yang sangat mudah. Sebelum
kami membuat pencantuman menggunakan paku, kami telah menggunakan apit G untuk
mengapit bahagian tapak dan sisi kotak agar ianya tak bergerak ketika hendak memaku. Saiz
paku yang kami guna adalah bersaiz sederhana
Seterusnya proses mencantumkan bingkai pada penutup. Sebelum melakukan proses ini, kami
telah mengunakan alat gerudi untuk membuat lubang bagi memasang tombol pada penutup
kotak. Setelah itu, bingkai ini berfungsi untuk mengetatkan bahagian penutup. Proses ini
memerlukan ketelitian untuk memastikan kedudukan bingkai tuh berada ditengah-tengah
bahagian penutup kotak. Sekiranya kedudukan bingkai itu tidak dicantum dengan sempurna
maka ianya akan menggangu proses yang seterusnya.
pada minggu keempat
o proses memasang engsel
o proses memasang skru
pada minggu ini kami akan memasang engsel pada penutup kotak dengan sisi kotak. Kami telah
menggunakan engsel panjang kerana engsel ini lebih mudah. Untuk memotong engsel panjang
tersebut kami telah menggunakan gergaji besi. Setelah memotong engsel panjang dengan ukuran
yang sesuai kami meletakkan engsel tersebut pada sisi dan penutup kotak untuk menanda
bahagian yang perlu dibuat lubang untuk memasang skru.
Bagi membuat lubang untuk memasang skru kami telah menggunakan tukul kuku kambing serta
paku. Paku tersebut tidak perlu dibenamkankan terlalu dalam. Setelah selesai membuat lubang
kami telah memasang skru dengan menggunakan pemutar skru. Sebelum melakukan proses ynga
terakhir kami telah menggunakan mesin sander sekali lagi untuk melicinkan permukaan kayu
supaya proses seterusnya berjalan dengan lancar.
Pada minggu kelima
o Proses kemasan
Pada minggu terakhir ini kami telah melakukan proses kemasan. Sebelum menyapu syelek, kami
telah menggunakan tepung penyumbat untuk menutup kecacatan pada kayu. Apabila tepung
penyumbat tersebut telah kering kami telah menggunakan kertas las untuk melicinkan kawasan
tersebut. Setelah selesai dengan proses tersebut kami telah bekerjasama menyapu syelek pada
permukaan kayu dengan satu lapisan terlebih dahulu. Apabila telah kering kami sekali lagi
mengguna kan kertas las untuk menggosok permukaan kayu tersebut agar kelihatan cantik.
Selesai proses menggosok permukaan kayu sekali lagi kami menyapu syelek agar kelihatan lebih
berkilat dan bersinar.
Kesimpulan
Setelah menyiapkan tugasan projek kayu ini, kami telah mendapat pelbagai pengalaman
seperti menggunakan mesin-mesin yang berkuasa tinggi. Kami turut dapat mengenal nama-nama
alatan tangan dan mesin beserta fungsinya. Pengalaman seperti ini amat berguna untuk masa
depan kerana dengan adanya cara asas menggunakan mesin-mesin tersebut kita akan lebih arif
menggunakannya pada suatu hari nanti.
Di samping itu, kami juga lebih berdisiplin dalam melaksanakan tugasan ini. Buktinya
kami telah mnggunakan alatan tangan mahupun mesin-mesin dengan sangat berhati-hati
sehingga tiada berlaku sebarang kemalangan besar ataupun kecil. Kami juga telah dapat
menyiapkan tugasan ni dalam masa lima minggu.
Kesimpulanya, tugasan projek kayu ini bukan sahaja dapat memberikan pengalaman
kepada kami tetapi ianya turut dapat meningkatkan disipin diri daripada segi menepati masa,
sentiasa berhati-hati dan sebagainya. Oleh itu, kami berharap agar tugasan ini dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan kami dari pelbagai aspek.
Isi kandungan
BUTIRAN MUKA SURATPENGHARGAAN
PENDAHULUAN
PENGENALAN
PERALATAN
PROSEDUR
HASIL KERJA
KESIMPULAN
JABATAN KEJURUTERAAN
AWAM
LAPORAN HASIL KERJA AMALI
Nama / No Matrik : Nurul Suhaida Binti Samad (06DKA13F1040)
: Nur Syamimi Binti Hanapi (06DKA13F1032)
Tarikh Mula : 1 Julai 2013
Tarikh Akhir : 29 Julai 2013
Nama Pensyarah : Encik Fahrurrazi Bin Mahyun
Tarikh Hantar : 14 Ogos 2013