proposal emilia
TRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dunia pendidikan di negara kita Malaysia, semakin menunjukkan anjakan
yang begitu positif dari segi kualitinya. Jika kita imbas semula sejarah sistem
pendidikan negara kita, yang dimulakan dengan zaman pengukuhan, iaitu
Penyata Razak 1966 dan Ordinan Pelajaran 1957 dimana ketika itulah
pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan. Selepas itu, sejarah telah
mencatatkan banyak perkembangan di dalam dunia pendidikan seperti
Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Kabinet 1979 dan Rang
undang- undang Pendidikan 1995. Dan yang terkini, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013- 2025.
Sepertimana yang kita tahu, terdapat sebelas anjakan yang
diperkenalkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini. Anjakan
yang berkaitan dengan profesien keguruan ialah anjakan keempat iaitu
mentransformasi profesien keguruan menjadi profesien pilihan. Kajian
antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan
sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti
sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang
cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, kajian AKEPT 2011 mendapati
bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini
bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya,
dan cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan. Mata pelajaran
1
yang disampaikan lebih berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak
mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi.
Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang akan dihadapi kerana lebih
kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi.
Tanggungjawab guru bukanlah hanya mengajar semata- mata, tetapi
untuk mengetengahkan potensi atau kecerdasan muridnya. Dalam konteks
Pendidikan Islam, guru Pendidikan Islam khususnya perlulah menggunakan
strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang bersesuaian dengan aras kognitif
murid yang mempunyai pelbagai potensi dan kecerdasan, agar pembelajaran
berkesan dan seterusnya murid boleh menguasai ilmu yang dipelajarinya.
Murid yang Berjaya menguasai mata pelajaran yang diajar akan lebih mudah
untuk mengamalkannya dan akan menjadi insan yang berguna kelak. Menurut
Ahmad Mohd Salleh (2011), para pendidik perlu memastikan setiap murid
dapat menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya
mata pelajaran Pendidikan Islam ini menyumbang ke arah pembentukan
Muslim mukmin yang berilmu, beradab, berketerampilan, bertanggungjawab,
beramal soleh dan bertaqwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Islam.
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011) Pendidikan Islam merupakan
suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan Al- Quran sunnah bagi membentuk sikap,
keperibadian, dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang
2
bertanggungjawab ke arah mencapai kebaikan di dunia dan akhirat. Justeru itu,
bidang Al- Quran yang merupakan salah satu bidang di dalam Pendidikan
Islam perlu dititikberatkan agar ilmu yang diperolehi murid berterusan dan
menjadikan insan yang berguna.
Hafazan adalah salah satu bahagian di dalam bidang Asuhan Tilawah
Al- Quran selain bacaan dan kefahaman. Hafazan adalah kemahiran yang
wajib dikuasai oleh murid kerana daripada hafazan ini murid dapat
mengaplikasikan hafazan mereka di dalam bacaan solat, doa harian dan lain-
lain lagi yang berkaitan dengan hafazan.
Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan.
Menghafaz Al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah
ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu.Tidak ada bahasa lain yang
dapat menterjemahkan perkataan hafaz atau ( hifz ) dalam Bahasa Arab.Hifz
dari segi bahasa bermaksud menjaga dan memelihara.Justeru, orang yang
menghafaz al-Quran ialah orang yang memelihara al-Quran daripada hilang.Ia
menyimpannya di dalam dada dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa
dan tidak hilang.Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra ayat 9, yang
maksudnya: “ Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang
paling lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang
mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka ganjaran yang besar”.
Menurut Amy Sharimi Saripudin (2012) di dalam kajiannya yang
bertajuk “Pendekatan bimbingan rukun solat murid Tahun 4 menggunakan
3
kaedah mnemonik berbantukan multimedia”, kaedah mnemonik ini bukan
sahaja memudahkan ingatan, malah sangat membantu dalam menguasai
sesuatu perkara rumit. Selain itu, meningkatkan proses mengingat fakta-fakta
yang banyak dan serta menambah input ingatan, mengurangkan tekanan minda
meluaskan skop ingatan dalam kadar yang maksima.
4
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif dan berkesan dapat
dilaksanakan sekiranya seseorang guru bijak merancang suatu kaedah dan
aktiviti yang boleh menarik minat murid bagi mengikuti sesi PdP di dalam
bilik darjah. Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum fasa kedua
di Sekolah Kebangsaan Bandar Dua, Tawau, saya mendapati bahawa
wujudnya masalah dalam kemahiran menghafaz Surah Al- Maun dalam
kalangan murid Tahun 2.
Masalah yang sama turut berlaku ketika saya menjalani praktikum fasa
ketiga di Sekolah Kebangsaan Blok 31, Tawau. Pada praktikum kali ini, saya
diberikan tanggungjawab untuk mengajar Tahun 5 Bijak, Tahun 3 Bestari dan
Tahun 2 Bijak. Saya mengajar bidang Al- Quran Tahun 5 Bijak peruntukan 3
masa. Kelas ini merupakan kelas kedua. Tahap pencapaian murid di dalam
kelas ini adalah sama rata kerana tidak dilakukan “streaming class”. Terdapat
21 orang murid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan di dalam kelas ini.
Latar belakang murid di Tahun 5 Bijak ini majoritinya sederhana dan tinggal
di kampung- kampung berdekatan dengan sekolah ini.
Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama
murid Tahun 5 Bijak, dengan tajuk pembelajaran Asuhan Tilawah Al- Quran
bagi ayat hafazan. Tajuk surah hafazan pada hari tersebut ialah Surah Al-
Baiyinah. Guru membaca surah tersebut ayat demi ayat dan diikuti oleh murid.
Guru juga menggunakan bahan bantu iaitu kad perkataan yang susah dan kad
5
ayat untuk melancarkan lagi bacaan murid dalam Surah Al- Baiyinah dengan
teknik chunking dan tikrar Selepas beberapa kali mengulang ayat 1 hingga 5 di
dalam Surah Al- Baiyinah, saya meminta murid untuk mengulang tanpa
melihat kepada kad ayat yang ditampal di hadapan kelas. Namun, mereka tidak
dapat menghafal ayat 1 hingga 5 tersebut kerana tempoh masa yang singkat.
Oleh itu, saya memberikan masa untuk mereka menghafalnya di rumah.
Pada keesokan harinya, saya meminta murid membaca semula Surah
Al- Baiyinah tanpa melihat kepada mana- mana buku atau rujukan. Ketika
membaca, saya perhatikan pergerakan bibir murid ketika membaca surah
tersebut. Lima orang murid didapati hanya menggerak- gerakkan sahaja bibir
mereka tanpa membaca dan mengeluarkan suara mereka.
Apa yang saya perolehi daripada masalah ini ialah masalah murid
sukar menghafaz ialah murid tidak lamcar membaca keseluruhan ayat kerana
ayatnya yang panjang dan sukar untuk menghafaznya. Menurut Mohd Hazri
bin Abdul Rani (2009), bidang hafazan Al-Quran sememangnya satu bidang
yang amat ditakuti oleh murid- murid. Mereka menganggapnya sebagai satu
kemahiran yang sukar dikuasai.
Selain iut, apa yang dapat saya kenalpasti ialah penggunaan bahan
yang saya gunakan tidak menarik minat murid untuk menghafaz Surah Al-
Baiyinah dan murid berasa bosan. Menurut Noor Rahizan (2010) dalam Mohd
6
Hanafi (2014), penggunaan bahan bantu yang menarik ketika berlakunya
proses pengajaran dan pembelajaran mampu merangsang minat dan tumpuan
murid.
Selepas mengenal pasti tahap kemahiran menghafaz mereka melalui
beberapa kaedah, saya dapati kemahiran menghafaz murid Tahun 5 Bijak agak
sederhana dan lemah. Berdasarkan masalah ini, saya berasa adalah menjadi
tanggungjawab saya untuk Bagi mengatasi masalah ini, saya telah
menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran menghafaz
Surah Al- Baiyinah ayat 1-5 menggunakan “Mini Poket Al- Baiyinah” dalam
kalangan murid Tahun 5.
7
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Rentetan daripada masalah yang dapat saya kenalpasti, saya sedar bahawa
adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan pengetahuan kepada
murid- murid terutamanya dalam bidang Al-Quran. Refleksi nilai pendidikan
saya ialah pengurusan yang sistematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran,
yang dimaksudkan dengan sistematik ialah dari segi teori, kaedah, strategi dan
teknik. Pada pengalaman praktikum yang lalu, saya merasakan saya tidak
sistematik dalam mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dari
segi kaedah dan teknik serta bahan bantu ketika mengajar bidang Asuhan
Tilawah Al- Quran tajuk Hafazan. Hali itu yang menyebabkan murid saya
susah untuk menghafal ayat- ayat yang terdapat di dalam Surah Al- Baiyinah.
Ketika menjalankan kajian tindakan ini, saya berazam untuk menggunakan
kaedah dan teknik yang lebih baik agar proses pengajaran dan pembelajaran
yang saya jalankan lebih sistematik.
Selain itu, saya juga mahukan murid saya dapat menghafaz agar
mereka boleh mengamalkan membacanya ketika di dalam solat mereka. Apa
yang menjadi pegangan saya ialah kesesuaian pemilihan kaedah. Jika guru
bijak memilih kaedah yang sesuai dengan tahap kognitif murid dan
sosioemosinya, murid akan mudah menghafaz Surah Al- Baiyinah ayat 1-5
Sepertimana yang kita tahu, terdapat sebelas anjakan yang
diperkenalkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini. Anjakan
yang berkaitan dengan profesien keguruan ialah anjakan keempat iaitu
8
mentransformasi profesien keguruan menjadi profesien pilihan. Kajian
antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan
sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti
sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Oleh itu, sebagai seorang bakal
guru, saya perlu menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu agar dapat
menghasilkan murid- murid yang serba boleh disamping melahirkan barisan
guru yang professional kelak.
9
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Pengenalan
Fokus kajian saya ialah menghafaz Surah Al- Baiyinah dengan betul dan
lancar.
2.2 Isu Dan Penyataan Masalah Kajian
Masalah kajian yang ingin saya kaji ialah murid tidak dapat menghafaz Surah
Al- Baiyinah ayat 1-5 dengan betul dan lancar. Masalah lain ialah bahan bantu
yang digunakan guru tidak dapat menarik minat murid untuk menghafaz dan
mereka berasa bosan. Menurut Ab. Tamuri. Khadijah Abdul Razak, Shahrin
Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani dan Mohd Aderi Che Noh (2006) di
dalam Mohd. Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi, kelemahan di dalam
pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan
pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz Al- Quran. Kelemahan
penguasaan terhadap Al- Quran akan terus wujud sehinggalah mereka ke
sekolah menengah. Oleh itu, saya sedar bahawa adalah menjadi
tanggungjawab saya sebgai bakal seorang pendidik untuk memikirkan cara dan
strategi agar memudahkan murid menguasai kemahiran menghafaz.
Kesan daripada masalah ini ialah murid akan membaca surah yang salah di
dalam ibadah solat yang mereka kerjakan. Hal ini juga tidak menepati bacaan
sebebnar di dalam Al- Quran. Kita dituntut untuk membaca Al- Quran dan
mempelajarinya, dan Allah memberikan pahala kepada yang mempelajari Al-
10
Quran, sebagaimana menurut Riwayat Muslim, “ Orang yanag mahir membaca
Al- Quran akan bersama para Rasul yang taat, manakala orang yang membaca
Al- Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya
kesukaran, baginya dua pahala.”
Hafazan bacaan surah- surah lazim ini akan diaplikasikan di dalam solat.
Jika hafazan surah ini salah, atau bercampur antara satu surah dengan surah
yang lain, akan menyebabkan makna atau tafsiran surah itu juga turut salah.
Oleh yang demikian, satu kajian yang bersesuaian untuk mengatasi isu ini
akan dilaksanakan agar kualiti hafazan murid lebih baik, iaitu menggunakan
bahan bantu “Mini Poket Al- Baiyinah” dalam membantu meningkatkan
kemahiran menghafaz Surah Al- Baiyinah ayat 1-5 dengan betul. Menurut
Ahmad Mohd Salleh (2011) di dalam Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi
Pendidikan Islam KPLI Pengajian Islam dan jQaf, bahan bantu mengajar
dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi- isi pengajaran.
11
2.3 Tinjauan Literatur Dan Kajian Luar Berkaitan Dengan Isu Kajian
Bahagian ini akan membincangkan mengenai kajian- kajian lepas yang
berkaitan dengan tajuk Hafazan dan bacaan Al- Quran.
Kajian yang dilakukan oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdul Aziz
dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) dan Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul
Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani dan Mohd. Aderi
Che Noh (2006) dalam Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi
(2009) menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam
menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran
membaca dan menghafaz al-Quran. Kelemahan penguasaan tilawah al-Quran
pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada
peringkat sekolah menengah sekiranya pengajaran al-Quran di sekolah rendah
tidak diberi penekanan.
Kajian yang telah dilakukan oleh Muhammad Mutawalli bin Ibrahim
et. al. dengan tajuk kajiannya “ Penggunaan “BH” dalam mengatasi masalah
hafazan Surah Al- A’diyat murid Tahun 4 Arif”. Kajian ini bertujuan untuk
membantu meningkatkan penguasaan murid Tahun 4 Arif, SK Mengabang
Telipot dengan baik dan lancar. Penggunaan Buku Hafazan ini lebih
memfokuskan kepada kaedah melihat, membaca, menulis, tahu makna ayat
dan latih tubi. Melalui kaedah yang terdapat di dalam buku tersebut, peserta
kajian akan lebih mudah untuk menghafaz Surah Al- A’diyat. Justeru,
penggunaan Buku Hafazan ini dapat membantu murid menghafaz dengan baik
12
dan dapat meningkatkan lagi minat murid untuk menghafaz. Ini bertepatan
dengan Gazali (2007), yang mengatakan bahawa kaedah yang kurang menarik
juga merupakan faktor penyumbang kegagalan pengajaran dan pembelajaran
al-Quran. Selain itu, pengkaji merasakan bahawa pembaharuan dalam
pelaksanaan PdP al-Quran perlulah di pandang serius oleh guru Pendidikan
Islam agar murid sekolah rendah sudah dapat menguasai ilmu tajwid dengan
baik dan sempurna. Ini disokong oleh Al-Badry (1983) dan Mohd Yusuf
(2000), yang mengatakan bahawa Islam menuntut agar umatnya memahami
konsep mempelajari al-Qur‟an dengan menguasai bacaan, kefahaman,
penghayatan, hafazan, taranum dan meneruskan pengajaran kepada generasi
selanjutnya.
Selain itu, kajian lepas yang telah dijalankan oleh Mohamad Hanafi bin
Suparman dan Suhaimi bin Ramlie bertajuk “ Meningkatkan kemahiran
mengingat perkara sunat Ab’ad dalam kalangan murid Tahun 5 Cerdik
menggunakan poket Ab’ad” pengkaji menghasilkan Poket Ab’ad disebabkan
murid-murid seringkali lupa akan isi pelajaran yang baru sahaja dipelajari.
Oleh yang demikian, dengan adanya Poket Ab’ad ini akan memudahkan
murid-murid untuk membuat ulangkaji atau merujuk kembali akan apa yang
telah dipelajari dengan mudah. Ini kerana Poket Ab’ad telah direkacipta untuk
memudahkan ia dibawa ke mana-mana sahaja. Daripada inilah, saya ingin
membuat suatu bahan bantu yang menarik yang dapat membantu murid saya
untuk menghafaz Surah Al- Baiyinah ayat 1-5 dengan menggunakan bahan
bantu “Mini Poket Al- Baiyinah” agar mereka mudah untuk membawanya
kemana- mana kerana saiznya yang bersaiz kecil dan poket.
13
Selain itu, menurut Amalina (2013) menggunakan Smart Book adalah
tidak membosankan malah memberikan keyakinan kepada murid-murid untuk
menjawab soalan-soalan yang berkaitan.
Menurut Mohamad Syafiq bin Che Ahmad dan Fauzi bin Yusoff, di
dalam kajian mereka yang bertajuk “Penggunaan Note- H membantu dalam
memahami tajuk Mari Mengenal Hukum bagi murid Tahun 3 Terbilang”,
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman
murid Tahun 3 Terbilang bagi tajuk “Mari Mengenal Hukum” dengan
menggunakan Note-H. Menurut mereka, mereka amat tertarik dengan
pendekatan bermain sambil belajar dan seterusnya mencari pendekatan lain
yang lebih menarik seperti penggunaan Note- H ini. Note-H merupakan buku
yang bersaiz poket yang mempunyai tujuh helai muka surat YANG
mengandungi pengertian dan contoh bagi setiap hukum dalam Islam iaitu
hukum Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram. Note-H juga mempunyai
gambar-gambar yang menarik dalam menjelaskan pengertian bagi setiap
hukum. Justeru, saya juga ingin membuat bahan bantu yang dapat menjadikan
murid saya mudah mengahafaz Surah Al- Baiyinah ayat 1-5 dengan betul dan
lancar.
Di samping itu, di dalam kajian Nor Shuhada binti Mat Li (2011),
penggunakan Kad Pintar dalam membantu murid untuk menguasai hukum
tajwid nun sakinah dan tanwin. Penguasaaan murid terhadap hukum tajwid nun
sakinah dan tanwin semakin meningkat hasil daripada inovasi beliau ini.
14
Kajian beliau ini menyokong kajian saya, penggunaan bahan bantu Mini Poket
Al- Baiyinah ini merangsang minat serta motivasi mereka untuk menghafaz
Surah Al- Baiyinah dan memudahkan mereka menghafaznya dan membuat
rujukan pada bila- bila masa sahaja.
Haliza Osman (2012) melalui inovasi bahan pengajaran berasaskan kad
imbasan berwarna dalam kajiannya menyatakan bahawa warna, cahaya,
pergerakan, bentuk dan kegelapan menjadi asas yang mempengaruhi minat
murid. Ini menunjukkan bahawa kajian-kajian yang melibatkan penggunaan
elemen warna memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran murid.
Oleh sebab itulah saya menggunakan Mini Poket Al- Baiyinah untuk
membantu murid meningkatkan kemahiran menghafaz mereka.
Kesimpulannya, berdasarkan huraian di atas menunjukkan penggunaan
Mini Poket Al- Baiyinah diharap dapat membantu meningkatkan kemahiran
murid dalam menghafaz Surah Al- Baiyinah. Ini kerana instrumen yang saya
rekacipta mempunyai ciri-ciri yang menarik, mudah dibawa dan disimpan,
mudah untuk dibuat rujukan dan memudahkan menghafaz Surah Al- Baiyinah.
Oleh itu, saya akan merealisasikan kajian ini bagi membantu murid-murid
yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.
15
3.0 OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Pengenalan
Pada bahagian ini, saya akan membincangkan mengenai objektif dan
persoalan kajian yang saya kaji.
3.2 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid meningkatkan
kemahiran menghafaz menggunakan Mini Poket Al- Baiyinah.
3.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan ialah:
1. Membantu meningkatkan kemahiran menghafaz Surah Al- Baiyinah
ayat 1-5 dengan betul menggunakan “Mini Poket Al- Baiyinah”
2. Meningkatkan amalan pengajaran guru dalam tajuk hafazan Surah Al-
Baiyinah ayat 1-5 menggunakan “Mini Poket Al- Baiyinah”
3.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini ialah:
1. Adakah kemahiran menghafaz murid dapat ditingkatkan selepas
menggunakan “Mini Poket Al- Baiyinah” dalam menghafaz Surah Al-
Baiyinah ayat 1-5?
2. Adakah amalan pengajaran guru meningkat selepas menggunakan
“Mini Poket Al- Baiyinah” dalam tajuk hafazan Surah Al- Baiyinah
ayat 1-5?
16
4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Kumpulan Sasaran Kajian
Kumpualan sasaran kajian adalah melibatkan murid- murid di Sekolah
Kebangsaan Blok 31, Tawau. Murid- murid tersebut adalah pelajar dari
Tahun 5 Bijak. Terdapat seramai 21 orang murid daripada kelas tersebut.
Seramai 5 orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 2
orang murid perempuan telah dikenalpasti daripada analisis tinjauan awal.
4.1.1 Analisis Tinjauan Awal
Selepas sesi pengajaran, saya tidak berpuas hati dan saya
menjalankan ujian lisan Surah Al- Baiyinah ke atas murid-
murid saya. Daripada ujian lisan itu, saya dapati bahawa
terdapat 7 orang murid yang tidak dapat menghafaz surah
Surah Al- Baiyinah ayat 1-5 dengan betul. Seterusnya, saya
menjalankan pula ujian bertulis (analisis dokumen). Daripada
ujian bertulis tersebut juga, terdapat 5 orang murid yang masih
keliru dan salah menjawap bagi urutan atau nombor ayat.
Keputusan ujian adalah seperti gambar 1.0 di bawah.
17
Selain itu, saya juga turut membuat temubual bersama beberapa
orang murid saya. Rajah di bawah adalah transkrip temubual
tidak berstruktur.
4.1.2 Butiran yang terdapat pada murid saya ialah seperti dalam
Jadual 1.0 di bawah.
Murid Jantina Ciri- ciri unik
A Lelaki Aktif bercakap
B Lelaki Pendiam dan kuat merajuk
C Lelaki Suka mengganggu kawan
D Perempuan Pendiam
E Perempuan Pendiam
Jadual 1.0 Butiran murid yang leamh dalam menghafaz.
18
Rajah 1.0 Transkrip temubual tidak berstruktur
Ustazah: Susah kah mahu menghafaz Surah Al- Baiyinah ayat 1-5?
Murid A : Susah Ustazah…
Ustazah : Kenapa susah?
Murid A : Ndak tau ustazah.. Macam seram.. Sama panjang- panjang ayatnya.
Ustazah : Kalau surah yang lain susah kah juga?
Murid B : Ndak seberapa juga ustazah..
4.2 Reka Bentuk Kajian
Model kajian yang saya gunakan ialah Model Elliot. Model Elliott untuk
kajian tindakan ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi
ke atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam
melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian
dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami
nilai-nilai dalam pendidikan. Gambarajah di bawah menunjukkan Model
Elliot.
19
Rajah 2.0 Model Elliot 1981
20
Mengenalpasti Masalah
Penyelidikan
Perancangan Utama:
Langkah 1,2 dan 3
Pelaksanaan Tindakan
Ubahsuai TindakanRefleksi
Pemantauan Pelaksanaan Tindakan
Pelaksanaan Tindakan Seterusnya
Pemantauan Pelaksanaan Tindakan
Refleksi
Penambahbaikan
-Langkah 1,2 dan 3
K1
K2
Menurut Chow Fook Meng, Elliot hanya mengemukakan empat fasa
penting di dalam kitaran kajian tindakan iaitu:
1. Fasa 1 : Tinjauan Awal dan Perancangan Umum
(The Reconnaissance & General Plan)
2. Fasa 2: Intervensi Tindakan dalam Kajian Tindakan.
(The Action in Action Research)
3. Fasa 3: Pemantauan Pelaksanaan Tindakan Melalui Pemerhatian
(Monitoring the Implementation by Observation)
4. Fasa 4: Refleksi dan Mengubahsuai Tindakan
(Reflection and Revision)
Dalam fasa ini, setelah membuat refleksi terhadap strategi
intervensi yang telah dilaksanakan, maka strategi intervensi baru dibuat.
Menurut Elliot (1978) di dalam Chow Fook Meng et. al. (2011), lazimnya,
pengkaji perlu melaksanakan tiga kitaran kajian tindakan terlebih dahulu,
Ini bertujuan untuk menjadikan penambahbaikan yang dibuat itu lebih
mantap.
Berdasarkan Model Elliot, pada Kitaran 1, penyelidikan yang saya
jalankan ialah membuat refleksi daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang telah saya jalankan. Saya juga telah mengenalpasti
masalah yang timbul iaitu murid sukar untuk menghafaz SSurah Al-
Baiyinah ayat 1-5 dengan betul dan lancar. Dalam penyelidikan ini juga,
saya telah membuat tinjauan awal seperti melakukan ujian lisan, ujian
21
bertulis (analisis dokumen), temubual dengan guru pembimbing, temubual
dengan guru Pendidikan Islam Tahun 5 Bijak, Ustazah Hasranah binti
Saham dan juga melakukan temubual dengan murid- murid yang
mengalami masalah tersebut sendiri.
Seterusnya, di dalam perancangan utama pula, ketika inilaha saya
menyediakan merancang intervensi yang sesuai digunakan dalam
meningkatkan kemahiran menghafaz Surah Al- Baiyinah dalam kalangan
murid saya. Langkah- langakah di dalam penyediaan intervensi juga saya
lakukan di dalam perancangan utama ini. Intervensi saya ialah bahan bantu
mengajar, iaitu “Mini Poket Al- Baiyinah”. Rasional penggunaan bahan ini
ialah agar murid mudah untuk mengahafaz Surah Al- Baiyinah ayat 1-5
dengan betul, walau dimana sahaja mereka berada contohnya seperti di
rumah. Ianya bersaiz poket, yang memudahkan murid untuk merujuk
hafalan mereka pada bila- bila masa sahaja. Bahan yang saya gunakan ini
juga dapat meningkatkan motivasi murid untuk menghafaz, kerana
penggunaan gambar- gambar dan grafik yang menarik perhatian murid-
murid saya.
22Gambar 2.0 Mini Poket Al- Baiyinah yang saya gunakan untuk intervensi
Di dalam pelaksanaan tindakan pula, saya menjalankana intervensi
saya kepada murid- murid. Intervensi yang dijalankan berulang kali. Pada
peringkat pemantauan pelaksanaan tindakan pula, saya memantau
perkembangan murid saya dengan mengumpul data daripada ujian lisan
atau ujian bertulis
Seterusnya ialah peringkat refleksi. Di sini, saya akan membuat
refleksi, kekuatan dan kelemahan guru dan murid sepanjang intervensi
dijalankan. Selepas itu, barulah masuk Kitaran kedua.
23
4.3 Pelan Tindakan dan Pelaksanaan Pelan Tindakan
TARIKH PERKARA CATATANFebruari
2015Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data.
Sudah dilaksanakan
Februari 2015
Berbincang dengan penyelia kajian
tindakan.
Sudah dilaksanakan
Februari 2015
Berbincang dengan guru pemulihan. Sudah dilaksanakan
Februari 2015
Membuat pemerhatian dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Sudah dilaksanakan
Mac 2015 Menulis proposal kajian. Sudah dilaksanakan
Mac 2015 Merancang tindakan. Sudah dilaksanakan
Mac 2015 Membina ujian diagnostik Sudah dilaksanakan
Mac 2015 Melaksana ujian diagnostik Sudah dilaksanakan
Mac 2015 Memproses data ujian ujian
diagnostik
Sudah dilaksanakan
Mac 2015 Membina ujian awal Sudah dilaksanakan
Mac 2015 Memproses data ujian awal Sudah dilaksanakan
Mac 2015 Merancang intervensi pertama. Sudah dilaksanakan
Julai 2015 Melaksana intervensi pertama.
Julai 2015 Analisis data dan pemerhatian
intervensi pertama.
Julai 2015 Membuat refleksi hasil pelaksanaan
intervensi pertama dan merancang
tindakan hasil refleksi.
Julai 2015 Pelaksanaan intervensi kedua.
Julai 2015 Analisis data dan pemerhatian.
Julai 2015 Refleksi hasil analisis data
pemerhatian dan merancang
tindakan hasil refleksi.
Julai 2015 Pelaksanaan intervensi ketiga.
Julai 2015 Analisis data dan pemerhatian
24
Ogos 2015 Membuat refleksi hasil analisis data
dan pemerhatian.
Ogos 2015 Melaksanakan ujian akhir
Ogos 2015 Analisis data dan pemerhatian
Ogos 2015 Membuat refleksi hasil analisis data
dan pemerhatian.
Ogos 2015 Membuat kitaran yang seterusnya
sekirannya murid tidak menunjukkan
peningkatan dalam ujian akhir
September 2015
Refleksi selepas kajian
September 2015
Penulisan laporan kajian.
September 2015
Pembentangan dapatan kajian.
25
4.4 Kaedah Pengumpulan Data Kajian
Bahagian ini menerangkan bagaimana pengumpulan data yang telah saya
lakukan dan yang telah dirancang. Pengumpulan data ini adalah penting yang
bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkenaan
masalah menghafaz murid Surah Al- Baiyinah ayat 1-5.
Objektif Kajian Kaedah Instrumen
1.Membantu meningkatkan kemahiran menghafaz Surah Al- Baiyinah Ayat 1-5 dengan betul menggunakan “Mini Poket Al- Baiyinah”
1. Analisis Dokumen
2. Ujian Lisan
1.Lembaran Kerja2.Borang ujian lisan
2. Meningkatkan amalan pengajaran guru dalam tajuk hafazan Surah Al- Baiyinah Ayat 1-5 menggunakan “Mini Poket Al- Baiyinah”
1. Temubual2. Pemerhatian
1.Soalan temubual separa berstruktur.2. Refleksi
4.4.1 Ujian Saringan
Ujian saringan yang saya jalankan ini adalah ujian binaan guru,
yang mana saya jalankan sebagai tinjauan awal sahaja, untuk
mengenalpasti kumpulan sasaran saya.
4.4.2 Temubual
Saya turut menjalankan temubual untuk tinjauan awal yang
saya lakukan. Temubual yang saya telah laksanakan terbahagi
kepada dua iaitu temubual berstruktur dan juga temubual separa
berstuktur. Temubual berstruktur saya gunakan ketika
26
menjalankan temubual bersama Guru Pembimbing saya di SK
Blok 31, Tawau, manakala temubual separa berstruktur saya
jalankan bersama murid saya yang mempunyai masalah untuk
menghafaz Surah Al- Baiyinah ayat 1-5.
Saya juga akan menggunakan kaedah temubual ini selepas
intervensi yang telah saya jalankan. Temubual saya lebih
berfokus kepada murid- murid yang menjalani intervensi
tersebut.
4.4.3 Ujian
i) Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bagi mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan, saya telah
memilih untuk melaksanakan ujian pra dan pasca (Sila rujuk
Lampiran) ke atas subjek kajian. Soalan yang terdapat pada
ujian pra dan pasca ini adalah sama. Bezanya, ujian pra
merupakan ujian awal yang dilaksanakan sebelum
melaksanakan tindakan intervensi bagi mengesan kekerapan
kesalahan murid dengan lebih terperinci. Manakala ujian pasca
pula dilaksanakan selepas selesai tindakan intervensi untuk
melihat peningkatan pencapaian subjek kajian dalam
menghafaz Surah Al- Baiyinah ayat 1-5.
Ujian yang digunakan adalah mengikut standard
pembelajaran murid dan bersesuaian dengan buku aktiviti
27
murid yang bertajuk PPPM Pendidikan Islam Tahun 5. Dalam
ujian ini, saya telah membahagikan kepada dua bahagian, iaitu
Bahagian A dan Bahagian B. Bhagian A terdapat lima soalan
manakala Bahagian B terdapat lima soalan. Bahagian A terdiri
daripada 5 soalan iaitu mengisi tempat kosong dengan jawapan
yang betul. Subjek kajian diminta mengisi sambungan
potongan- potongan ayat dan perkataan di dalam tempat kosong
yang telah disediakan, dengan tulisan yang betul.
Bahagian B pula terdiri daripada lima soalan juga iaitu
meletakkan nombor pada potongan- potongan ayat atau
perkataan pada ruang yang disediakan. Subjek kajian diminta
untuk mengenal pasti sambungan potongan ayat selepas satu-
satu ayat.
Pada kitaran kedua, saya melaksanakan ujian pasca
sebagai ujian akhir untuk memastikan berlaku peningkatan
pencapaian dan subjek kajian Berjaya menguasai kemahiran
menghafaz Surah Al- Baiyinah ayat 1-5 dengan betul.
ii) Ujian Lisan
28
Saya juga menjalankan ujian lisan ke atas murid saya
bagi melihat kelancaran mereka di dalam menghafaz
Surah Al- Baiyinah ayat 1-5.
4.4.4 Penelitian Dokumen
Semasa melaksanakan tindakan intervensi, saya telah menyediakan
beberapa lembaran kerja dan aktiviti. Lembaran kerja dan aktiviti
adalah berbentuk tikrar (ulangan) semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Ini bertujuan untuk melihat
perkembangan penguasaan kemahiranmenghafaz dari semasa ke
semasa dan juga bertujuan untuk melihat dengan lebih cepat dan
dapat dilihat secara terus kekerapan kesalaahan yang dilakukan
oleh subjek kajian.
4.4.6 Pemerhatian
Saya telah menjalankan pemerhatian ke atas murid- murid Tahun 5
Bijak pada tinjauan awal yang lalu, dengan menggunakan instrumen
senarai semak (Rujuk Lampiran). Saya juga telah menjalankan
pemerhatian ke atas tingkah laku murid ketika proses pengajaran dan
pembelajanberlangsung, sebelum dan selepas kajian. Instrumen
pemerhatian saya ialah dari refleksi guru sendiri dan menggunakan
borang soal selidik.
4.5 Cara Menganalisis Data Kajian
29
Saya telah memilih tiga cara dan instrumen pengumpulan data. Hasil
daripada data yang diperolehi ini, saya perlu memilih kaedah yang paling
sesuai untuk dianalisis. Analisis data ini dilaksanakan berdasarkan tiga
aspek kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik, iaitu
ujian (ujian pra dan pasca serta ujian lisan), temubual dan penelitian
dokumen.
4.5.1 Ujian Pra, Ujian Pasca dan Ujian Lisan
Data yang dikumpul dari ujian pra dan ujian pasca dianalisis
berdasarkan skema pemarkahan analitik. Menurut Maznah
(2006), skema pemarkahan analitik bertujuan untuk
menentukan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah dalam
pembelajaran dan pengajaran melalui peratusan (%). Berikut
merupakan pecahan skor pemarkahan analitik yang saya
gunakan dalam kajian ini.
Jadual 2:
Skor Pemarkahan Analitik
Gred Peratusan
Markah
Tahap Keberkesanan
A 80-100 Cemerlang
B 60-79 Sederhana
C 40- 59 Tidak Memuaskan
D 0-39 Gagal
30
Manakala bagi ujian lisan pula, saya juga telah menggunakan
rubrik pemarkahan bagi ujian lisan yang saya jalankan. (Sila rujuk
lampiran).
Oleh itu, skor markah yang diperolehi pada peringkat awal
dan akhir, di samping ujian lisan dapat menunjukkan kepada saya
berkenaan sejauh mana pencapaian murid. Kemudian, selepas
menganalisis data secara peratusan, hasil dapatan tersebut digunakan
oleh penyelidik untuk membuat perbandingan pencapaian murid
dengan murid yang lain dalam bentuk carta. Saya juga akan
membincangkan secara terperinci kesalahan dan kelemahan murid
sewaktu menjawab soalan ketika ujian .
Secara tidak langsung, saya juga turut dapat menilai
keberkesanan kaedah pembelajaran. Melalui ujian pasca, saya dapat
mengetahui sama ada penyelidikan tindakan yang dijalankan adalah
berjaya atau belum berjaya dengan melihat kepada perubahan
peratusan (%) selepas melaksanakan kitaran kedua.
4.5.2 Penelitian Dokumen
Bagi instrumen penelitian dokumen, saya juga telah menyediakan
rubrik markah bagi lembaran kerja dan aktiviti yang saya berikan
kepada mereka.
31
5.0 REFLEKSI
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya, dapat saya
menyiapkan tugasan Kajian Tindakan ini. Setinggi ucapan terima kasih saya
rakamkan kepada Supervisor ssaya, Ustazah Zulina binti Ahmad Zawawi kerana
telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini. Baanyak perkara baru yang saya perolehi sepanjang menyiapkan
tugasan ini.
Kekuatan yang saya kenalpasti daripada tugasan ini ialah saya mendapat
pendedahan mengenai membuat refleksi yang bermakna, selepas saya
menjalankan satu- satu proses pengajaran dan pembelajaran. Refleksi adalah
penting bagi kita melihat kekuatan dan kelemahan yang diperolehi selepas
melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun selepas intervensi. Selain itu
daripada refleksi yang telah dibuat, saya dapat membuat penambahbaikan melalui
strategi, kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan di
dalam kelas. Selain itu, faktor- faktor lain juga mempengaruhi pembelajaran saya.
Daripada tugasan ini, saya lebih banyak meneydari dimana kekurang serta
kelebihan saya dan juga murid saya, selain dapat membuat penambahbaikan
daripada kelemahan yang saya perolehi.
Selain itu, kekuatan lain yang saya perolehi daripada tugasan ini ialah
bagaimana untuk mengumpul data dan membuat analisis data yang diperolehi.
Saya juga dapat mengetahui bentuk- bentuk model kajian yang pelbagai, yanag
mana mempunyai banyak kitaran, contohnya seperti Model John Elliot, 1891,
32
yang mempunyai kitaran. Daripada kitaran tersebut, saya boleh menambahbaik
bahan atau kaedah saya agar objektif kepada murid dan guru tercapai.
Tambahan pula, apa yang dapat saya melalui tugasan ini ialah saya
dapat mengenalpasti ciri- ciri murid yang mempunyai masalah dalam satu- satu
kemahiran contohnya kemahiran menulis, membaca dan juga seperti dalam kajian
saya iaitu kemahiran menghafaz. Daripada tinjauan awal, saya dapat
mengenalpasti ciri- ciri umum dan ciri- ciri unik murid saya. Daripada tugasan ini
juga, saya lebih dapat memahami murid saya yang mempunyai masalah dalam
penguasaan menghafaz ini.
Melalui tugasan ini juga, saya sedar bahawa tugas guru bukanlah suatu tugas
yang mudah. Saya sedar bahawa apabila menjadi guru kelak, saya mengajar anak
murid saya bukanlah hanya yang terkandung di dalam sukatan pelajaran sahaja,
namun semua aspek kehidupan ini. Justeru itu, saya sedar bahawa isi pelajaran
yang saya sampaikan kepada murid mestilah lebih dekat dengan mereka, lebih
berstrategi dan di dalam pemeringkatan ilmu yang baik. Saya juga harus
menghasilkan idea- idea baru agar murid saya mudah untuk memahami satu- satu
isi matapelajaran tajuk- tajuk dalam Pendidikan Islam. Saya juga menyedari
bahawa sebagai seorang guru kelak, saya harus memberi didikan yang terbaik
kepada anak murid saya agar mereka melalui proses perkembangan dan
pertumbuhan yang baik.
33
Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang saya kira masih boleh
saya atasi, antaranya ialah pengurusan masa. Saya tidak dapat mengurus masa
saya dengan baik.. Saya berharap agar kekangan seperti ini tidak lagi berlaku
pada tugasan- tugasan yang akan saya laksanakan dan semua ilmu yang telah saya
perolehi dapat saya aplikasikan apabila bergelar guru kelak.
Selain itu, kelemahan lain yang saya kenalpasti ialah saya sukar untuk
memahami jenis- jenis model dan kaedah pengumpulan serta analisis data kerana
bagi saya ia amat menegelirukan. Namun, selepas mengahdiri kuliah dan
berbincang di kelas bersama rakan dan pensyarah, saya dapat mengetahui
mengenai model- model reka bentuk tersebut. Begitu juga dengan kaedah
pengumpulan dan analisis data, namun setelah berbincang dengan supervisor dan
juga rakan- rakan, barulah saya jelas mengenainya.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan
banyak kesedaran dan pengetahuan kepada saya dan membuatkan saya lebih
mencintai profesion keguruan selain dapat menambahkan semangat saya untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang
seimbang. Segala kekurangan dalam menyiapkan tugasan ini akan saya jadikan
ikhtibar di masa hadapan.
Nama Pelajar: Emilia binti Ali
Tandatangan : _______________
34
6.0 SENARAI RUJUKAN
Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2004). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Perak Darul Ridzuan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Ibrahim, H. (n.d.). Kemahiran Menghafaz Surah- surah Pilihan Dalam Sukatan AA 101 Di Kalangan Pelajar Semester 1.
Moahammad Syafiq bin Che Ahmad, Pauzi bin Yusop. (n.d.). Penggunaan Note- H Membantu Dalam Memahami Tajuk Mari Mengenal Hukum Tahun 3.
Mohd Hanafi bin Suparman, Suhaimi bin Ramli. (2014). "Meningkatkan Kemahiran Mengingat Perkara Sunat Ab'ad dalam Kalangan Murid Tahun 5 Cerdik Menggunakan Poket Ab'ad".
Mohd. Mutawalli bin Ibrahim, Zainuddin bin Lateh. (2014). " Penggunaan "BH" Dalam Mengatasi Masalah Hafazan Surah Al-Adiyat Bagi Murid 4 Arif.
Nurul Husna bin Ahmad Yusof, Mohd Nor Bin Jusih. (2014). Penggunaan Kaedah "Test Your Brain" dalam Meningkatkan Kemahiran Hafazan Surah Al- Baiyinah Murid Tahun 5 Arif.
Pardi, A. (2012). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional Guru. Kuala Lumpur: freemind horizons.
Salleh, A. M. (2008). Pengajian Agama Islam & jQAF: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
35
7.0 Lampiran
36