prosa klasik t5

Upload: punitha-nitha

Post on 06-Jul-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 PROSA KLASIK T5

    1/7

    NOTA KOMSAS :- PROSA KLASIK TINGKATAN 5.Prosa Tradisional

    ( Hikayat Langlang !ana"

    Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang

    pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui

    bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera umaya yang

    bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera umaya telah bertukar menjadi seekor 

    burung bayan yang !antik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi

    yang sangat merdu. unyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

    Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak

    berjaya. "pabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang men!adangkan

    Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap

    pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. ayan men!eritakandia berasal dari #egeri $ela %ambar dan mempunyai tuan yang bernama Raja Indera

    umaya. ayan ber!erita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin

    sekali bertemu dengan tuannya itu. ayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera

    umaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. erita tentang adanya suara lelaki di istana

    Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja ahrum Dewa menjadi murka.

    aginda telah mengarahkan &' orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera

    umaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan

    keselamatan Raja Indera umaya. #amun Raja Indera umaya berjaya menewaskan

    angkatan serangan Raja ahrum Dewa dengan bantuan & orang hulubalang yang dijelmakan

    daripada batu geliga. Raja ahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu

    mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera umaya sekali lagi. Kali ini Raja

    Indera umaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya

    pertumpahan darah yang dahsyat.

    Sino#sis

  • 8/17/2019 PROSA KLASIK T5

    2/7

    Prosa Tradisional(Hikayat Ind$ra#!t$ra"

    Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga

    berjumpa dengan Tasik (emendera )in yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas

    urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub.

    (emasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat

    agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon

    pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. (uara itu datang daripada mayat-

    mayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun

    Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera pura-

    pura tidur. "pabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan

    men!engkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dansanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan

    edi kepada Inderaputera. atu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak,

    kilat atau petir dengan !ara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut

    raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke erma (akti. Raksaksa

    memberitahu di situ tempat seorang puteri yang !antik iaitu Tuan Puteri (eri Ratna %emala

    #ehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera

    menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara

    yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya.

    Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut.

    Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya.

    Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda

    dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu

    dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri (eri Ratna %emala #ehran. (eperti yang

    dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

    Sino#sis

  • 8/17/2019 PROSA KLASIK T5

    3/7

    Prosa Tradisional

    (Hikayat %#! &a$ng M$na'!n"

    a III

    Kisah bermula dengan pelayaran *pu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran *pu

    Daeng disertai juga (ultan Muhammad +ainuddin. aginda berkenan menjodohkan anakanda

    puteri baginda dengan *pu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telahberkahwin. Daeng Perani men!adangkan *pu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri

    Kesumba anakanda (ultan Muhammad +ainuddin. *pu Daeng Menambun bersetuju.

    a I)

    *pu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. (ultan Muhamad +ainudin

    bertitah kepada *pu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan "gung. *pu Daeng

    dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. erita kedatangan *pu Daengsampai ke pengetahuan Panembahan "gung. Menantu Panembahan "gung, Daeng Mataku

    dan Tuan j ai berjumpa *pu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar.

    (elepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. *pu Deang Menambun berkata kepada

    Daeng Mataku dan Tuan j ai bahawa mereka semua orang ugis. Daeng Mataku dan Tuan

    j ai berasa serba salah kerana arahan Panembahan "gung agar menghalang *pu Daeng

    berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada se!ara lembut ataupun kekerasan. Tuan j

    ai men!adangkan agar tidak ada pertumpahan darah. *pu Daeng berlima telah masuk ke

    kota dan menawan Panembahan "gung. Panembahan "gung telah dibawa mengadap (ultan

    Muhamad +ainudin oleh *pu Daeng berlima.

    a )

    *pu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan (ultan Raja (ulaiman.

    aginda meminta pertolongan *pu Daeng berlima pergi menyerang (iak kerana /ang "mtuan

    Sino#sis

  • 8/17/2019 PROSA KLASIK T5

    4/7

    Raja Ke!il telah men!ulik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. *pu Daeng berlima

    bersetuju dengan syarat apabila menjadi /ang "mtuan esar, baginda harus melantik antara

    mereka berlima menjadi /amtuan Muda. Maka berperanglah orang (iak dengan orang ugis.

    /ang "mtuan Raja Ke!il terpaksa berundur ke hulu negeri (iak. (ultan Raja (ulaiman

    mengu!apkan terima kasih kepada *pu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan /ang

     "mtuan Raja Ke!il. (eperti yang dijanjikan, /ang "mtuan Raja (ulaiman memilih *pu DaengMerewah dilantik menjadi /ang "mtuan Muda di Riau. *pu Daeng 0helak dijodohkan dengan

    adinda /ang "mtuan Raja (ulaiman bernama Tengku Puan.

    a )I

    Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu memintapertolongan daripada *pu Daeng lima bersaudara. *pu Daeng lima bersaudara sanggup

    menolong /am "mtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan

    memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. *pu Daeng telah meminta agar 

    pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari ugis, Mangkasar dan Mandura di

    bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk

    mengumpul orang tersebut untuk *pu Daeng. *pu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang

    dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi /ang Dipertuan Raja Kedah.

    (etelah tiga hari, rombongan *pu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah

    menjadi /am "mtuan negeri Kedah.#amun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak

    bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga

    tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak

    kepada orang ugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan *pu Daeng Perani dengan

    saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka.

    a )II

    *pu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja (ambas dan ingin menjodohkan

    antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama *rai Tengah seterusnya dilantik

    menjadi Pangeran Mangkubumi di (ambas. *pu Daeng Menambun menerima pelawaan

    tersebut lalu pergi ke (ambas bersama-sama *pu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua

    telah disambut oleh (ultan "dil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah

    kampung. (etelah tiga hari, (ultan "dil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa

    *pu Daeng Menambun dan *pu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk

    mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. *pu Daeng

    Menambun men!adangkan agar *pu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan

  • 8/17/2019 PROSA KLASIK T5

    5/7

    sultan "dil bersetuju lalu mereka berkahwin. *pu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi

    Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri (ambas.

    a )III

    (etelah sekian lama di negeri (ambas, *pu Daeng Menambun teringin untuk balik ke

    negeri Matan. al ini menggembirakan (ultan Muhamad +ainuddin lalu mengadakan sambutan

    yang hebat untuk menyambut ketibaannya. (etelah setahun, (ultan Muhamad +ainuddin

    mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membin!angkan

    hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih

    orang yang layak menjadi pengganti (ultan Muhammad +ainuddin. (eluruh penduduk Matan

    tidak bersepakat untuk memilih pengganti (ultan Muhammad. (ultan Muhammad +ainuddin

    akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.

    a I*

    Khabar berita telah sampai ke (ultan Muhammad +ainuddin bahawa Duli Panembahan

    (angkawak telah mangkat. $alu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu "gung

    (enuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan. (etelah a!ara keraian selama

    tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama

    hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke (ebukit lalu

    membuka negeri di situ. (etelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke

    makam Marhum Panembahan (angkawak.

  • 8/17/2019 PROSA KLASIK T5

    6/7

    Prosa Tradisonal(Hikayat Siak"

    Kisah bermula dengan pelayaran Tuan ujang setelah mendapat perkenan daripada

    (ultan Palembang. Tuan ujang dibekalkan oleh (ultan Palembang dengan pakaian keemasan

    dan keris kebesaran. Tuan ujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati atu

    Ku!hing. Tuan ujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja "lang. Di Pagar 

    Ruyung, Tuan ujang telah ditabalkan sebagai /amtuan (akti. Tuan ujang juga telah diuji bagi

    membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan )ohor. Tuan ujang telah

    diberi gelaran /ang Dipertuan Raja Ke!ik. /ang Dipertuan Raja Ke!ik telah pergi ke (iaknamun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai

    #akhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh

    orang Minangkabau sebagai /ang Dipertuan. aginda berhajat hendak menyerang negeri

    )ohor. Pada masa yang sama, Raja ugis iaitu Daheng Parani, Daheng 0alak dan Raja Tuha

    telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang )ohor. Daheng Parani telah

    membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan )ohor, maka baginda akan menjadi

    /ang Dipertuan esar dan Daheng Parani dilantik sebagai /ang Dipertuan Muda. (epu!uk

    surat telah dihantar kepada /ang Dipertuan )ohor memaklumkan bahawa paduka anakanda

    Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. erita kedatangan

    /ang Dipertuan Raja Ke!ik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari )ohor menjadi

    perbualan rakyat. agi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum MangkatDijulang , rakyat )ohor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar.

    Dengan iin-#ya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat )ohor terus bersorak

    dan menyebut /ang Dipertuan Raja Ke!ik sebagai Tuanku /ang Maha Mulia. aginda juga

    bertitah kepada rakyat )ohor agar menyembah dengan u!apan 1daulat2. aginda kemudian

    menyerang )ohor. /ang Dipertuan )ohor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung

    lama endahara. (esampai /ang Dipertuan Raja Ke!ik ke dalam Kota )ohor, baginda telah

    masuk ke istana. aginda hairan kerana tidak ada endahara di dalam Istana. aginda

    dimaklumkan bahawa endahara sudah melarikan diri. /ang Dipertuan Raja Ke!ik

    dimaklumkan bahawa bondanya 3n!ik "pung telah meninggal dunia. aginda berasa sugul

    dengan berita tersebut. aginda telah bertunang dengan anak endahara yang bernamaTengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak

    bongsu endahara iaitu Tengku Kamariah. "khirnya baginda berkahwin dengan Tengku

    Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja )ohor dengan gelaran (ultan "bdul )alil (yah.

    Sino#sis

  • 8/17/2019 PROSA KLASIK T5

    7/7