prosedur skim pengesahan benih padi - portal … pengesahan benih padi -2-pendaftaran sebagai...
TRANSCRIPT
JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
PROSEDUR
SKIM PENGESAHAN BENIH PADI
JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
9 OGOS 2011
Skim Pengesahan Benih Padi -ii-
PRAKATA
Manual ini dikeluarkan sebagai panduan kepada pengeluar bagi
mengeluarkan benih padi sah berdasarkan prosedur-prosedur yang
ditetapkan di bawah Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) Jabatan
Pertanian. Edisi ketiga ini merupakan penambahbaikan yang
dibuat kepada edisi kedua bagi meningkatkan proses penjejakan di
sepanjang rantaian pengeluaran benih padi sah.
Semua maklumat dan bahan-bahan daripada penerbitan ini boleh
dirujuk dan digunakan dalam apa bentuk jua dengan syarat sumber
rujukan dinyatakan dengan jelas.
Edisi Pertama 15 November 2007
Edisi Kedua 23 Mac 2009
Edisi Ketiga 9 Ogos 2011
Dikeluarkan oleh :
Jabatan Pertanian Malaysia
Aras 7-17, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 4
62624 Putrajaya
Skim Pengesahan Benih Padi -iii-
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai manual ini sila hubungi talian atau faks
kepada:
Ibu Pejabat PTIF, Putrajaya − 03 – 8870 3205/06/78 (Tel)
− 03 – 8888 9295 (Faks)
Unit PTIF, Telok Chengai, Kedah − 04 – 7711 140 (Tel)
− 04 – 7713 807 (Faks)
Unit PTIF, Bumbung Lima, P. Pinang − 04 – 5751 124 (Tel)
− 04 – 5758 224 (Faks)
Unit PTIF, Titi Gantong, Perak − 05 – 3761 243 (Tel)
− 05 – 3764 066 (Faks)
Unit PTIF, Sg. Burong, Selangor − 03 – 3241 3430 (Tel)
− 03 – 3241 1972 (Faks)
Unit PTIF, Ajil, Terengganu − 09 – 6803 557 (Tel)
− 09 – 6801 303 (Faks)
Unit PTIF, Lundang, Kelantan − 09 – 7442 668 (Tel)
− 09 – 7472 786 (Faks)
Skim Pengesahan Benih Padi -iv-
KANDUNGAN
PENGENALAN 1
PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR 2
Prosedur Membuat Permohonan 2
Pelaksanaan Audit Pra-kelayakan dan Kelulusan 3
PERMOHONAN UNTUK PENGESAHAN LADANG BENIH 3
Pendaftaran Ladang Benih 3
Penanaman 4
PEMERIKSAAN LADANG BENIH 5
Peraturan Am 5
Pemeriksaan Pra-tanam 5
Pemeriksaan Peringkat Tampang 6
Pemeriksaan Peringkat Berbunga 7
Pemeriksaan Pra-tuai 7
PEMERIKSAAN LOJI PEMPROSESAN BENIH LOJI 8
Peraturan Am 8
PENUAIAN DAN PEMPROSESAN BENIH PADI MENTAH 9
Penuaian Benih Padi Mentah 9
Rekod Hasil Tuaian Benih Padi Mentah 9
Pengumpulan dan Penghantaran Benih Padi Mentah 10
Pemprosesan Benih Mentah 10
REKOD SERAHAN LOT BENIH PROSES 10
PENGAMBILAN SAMPEL BENIH 11
Peraturan Am 11
Aturan Pengambilan Sampel 11
UJIAN KUALITI BENIH PADI 11
Peraturan Am 11
Ujian Ketulenan Fizikal 12
Ujian Kelembapan 12
Ujian Percambahan 13
Ujian Carian Biji Lain 13
Skim Pengesahan Benih Padi -v-
PEMPROSESAN SEMULA BENIH PADI 13
Peraturan Am 13
Pembungkusan dan Penggunaan Label 14
Pengambilan Sampel dan Ujian Biji Benih 14
PEMERIKSAAN STOR DAN STOK 14
Peraturan Am 14
Pelupusan Stok 15
PERAKUAN PENGESAHAN KUALITI BENIH 15
PERLABELAN 15
PEMASARAN BENIH PADI SAH 16
PELAKSANAAN PETAK KAWALAN 16
CARTA ALIR 17
SENARAI BORANG 17
RUJUKAN 18
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1 : Panduan Percetakan Label Benih Padi 19
Lampiran 2 : Carta Alir Skim Pengesahan Benih Padi 21
Lampiran 3 : Borang-borang Skim Pengesahan Benih Padi 34
Skim Pengesahan Benih Padi -1-
PENGENALAN
Pihak kerajaan telah menetapkan semua pesawah menggunakan benih padi sah
untuk tujuan penanaman menjelang tahun 2009. Bagi memenuhi dasar tersebut,
Jabatan Pertanian telah dilantik sebagai sebagai Agensi Pengesahan, manakala
aktiviti pengeluaran dan pembekalan benih padi sah pula akan diterajui oleh
pihak swasta dan dilaksanakan di bawah Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP).
SPBP merupakan satu sistem perakuan kualiti bagi mengeluar dan membekal
benih padi untuk tujuan penanaman mengikut syarat dan piawaian yang
ditetapkan. Aspek penting yang ditetapkan di bawah skim ini melibatkan
pematuhan kepada ketetapan sumber serta generasi benih yang digunakan dan
piawaian yang ditetapkan melalui pemeriksaan ladang dan pengauditan premis,
rekod dan pengujian.
Pemeriksaan dan pengauditan akan dibuat oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF
dari Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian akan mengeluarkan perakuan kualiti
benih padi yang dikeluarkan berdasarkan kepada spesifikasi yang terkandung
dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM) : Spesifikasi
Pengeluaran Benih Padi (Oryza sativa). SJPM boleh diperolehi dari pejabat
Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur, Jabatan Pertanian, Putrajaya
dan negeri atau boleh dimuat turun dari Laman Web Jabatan Pertanian
http://www.doa.gov.my.
Di bawah skim ini, hanya pengeluar yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani layak memohon untuk mendapatkan perkidmatan skim ini. Skim
ini hanya terhad kepada pengeluaran benih daftar dan sah sahaja. Varieti-
varieti yang dikeluarkan adalah daripada varieti yang ditetapkan oleh kerajaan.
Prosedur ini dikeluarkan sebagai panduan kepada pengeluar bagi mengeluarkan
benih padi sah berdasarkan prosedur-prosedur yang ditetapkan di bawah Skim
Pengesahan Benih Padi (SPBP) Jabatan Pertanian.
Skim Pengesahan Benih Padi -2-
PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR
Prosedur Membuat Permohonan
Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan mengisi borang
Permohonan Sebagai Pengeluar Skim Pengesahan Benih Padi (Borang SAP 1).
Borang SAP 1 boleh dimuat turun daripada Laman Web Jabatan Pertanian
http://www.doa.gov.my atau diperolehi di tempat-tempat seperti berikut :
1. Jabatan Pertanian Malaysia,
Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Aras 12, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 4,
62624 Putrajaya
2. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Telok Chengai,
06600 Kuala Kedah,
Kedah Darul Aman
3. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Bumbong Lima,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang
4. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Titi Gantong,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan
5. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Pusat Pertanian Sungai Burong,
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan
6. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Negeri,
21800 Ajil,
Terengganu Darul Iman
7. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Lundang,
Peti Surat 137,
15710 Kota Bahru,
Kelantan Darul Naim.
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan
dan hendaklah dikemukakan bersama-sama Borang SAP 1. Pengeluar perlu
mengisi semula Borang SAP 1 bagi setiap loji pemprosesan benih baru yang akan
beroperasi dan bagi sebarang penambahbaikan dan naik taraf pada loji
pemprosesan benih padi sediada. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah
dihantar kepada :
Ketua Pengarah,
Jabatan Pertanian Malaysia,
Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Aras 12, No. 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624 Putrajaya
(U.P : Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur)
Permohonan yang tidak lengkap atau mengandungi maklumat yang salah tidak
akan dipertimbangkan.
Skim Pengesahan Benih Padi -3-
Pelaksanaan Audit Pra-kelayakan Pemohon dan Kelulusan
Borang permohonan akan disemak bagi menentukan ia telah diisi dengan
lengkap dan betul. Bagi permohonan yang diperakui lengkap, jika perlu,
pemeriksaan dan pengauditan ke atas organisasi, loji pemprosesan benih, stor
serta peralatan berkaitan akan dijalankan oleh Pegawai Inspektorat dari Ibu
Pejabat Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur (PTIF) atau Unit PTIF Negeri
berkaitan bagi menentusahkan keupayaan pengeluar dan kesesuaian premis
untuk mengeluarkan benih padi.
Kelulusan akan dibuat berdasarkan ulasan pemeriksaan dan perakuan oleh
Pegawai Inspektorat Ibu Pejabat PTIF atau Unit PTIF Negeri berkaitan. Status
permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya dua (2)
minggu selepas Borang SAP 1 yang lengkap diterima.
PERMOHONAN UNTUK PENGESAHAN LADANG BENIH
Pendaftaran Ladang Benih
Hanya pengeluar yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
sahaja layak memohon perkhidmatan Skim Pengesahan Benih Padi.
Permohonan untuk pengesahan ladang benih perlu menggunakan borang
Permohonan Pendaftaran Ladang Benih Skim Pengesahan Benih Padi (Borang
SAP 2). Semua permohonan hendaklah dilengkapi dengan peta lokasi bagi
memudahkan pengenalpastian lot dan kerja-kerja pemeriksaan. Pengeluar juga
dikehendaki menyertakan salinan maklumat Borang SAP 8 dan Borang SAP 9
yang berkaitan serta salinan buku stok benih sebagai dokumen sokongan
kepada permohonan tersebut.
Borang SAP 2 hendaklah dihantar 30 hari sebelum tarikh penanaman. Sebarang
pindaan terhadap permohonan asal dianggap sebagai permohonan baru dan
hendaklah dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Permohonan atau
pindaan yang lewat daripada tempoh masa yang ditetapkan tidak akan
dipertimbangkan.
Skim Pengesahan Benih Padi -4-
Borang SAP 2 yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Bahagian Padi,
Tanaman Industri dan Florikultur negeri masing-masing di alamat seperti berikut :
1. Pegawai Pertanian K/U PTIF
Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Telok Chengai,
06600 Kuala Kedah,
Kedah Darul Aman
(U.P : Ketua Unit PTIF Negeri)
2. Pegawai Pertanian K/U PTIF
Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Bumbong Lima,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang
(U.P : Ketua Unit PTIF Negeri)
3. Pegawai Pertanian K/U PTIF
Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Titi Gantong,
32600 Bota,
Perak Darul Ridzuan
(U.P : Ketua Unit PTIF Negeri)
4. Pegawai Pertanian K/U PTIF
Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Pusat Pertanian Sungai Burong,
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan
(U.P : Ketua Pusat PTIF)
5. Pegawai Pertanian K/U PTIF
Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Negeri,
21800 Ajil,
Terengganu Darul Iman
(U.P : Ketua Pusat PTIF)
6. Pegawai Pertanian K/U PTIF
Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Kompleks Pertanian Lundang,
Peti Surat 137,
15710 Kota Bahru,
Kelantan Darul Naim
(U.P : Ketua Unit PTIF Negeri)
Penanaman
Pengeluar hendaklah mewujudkan skim ladang benih dengan keluasan minimum
empat (4) ha bagi setiap varieti di sesuatu kawasan. Bagi setiap lot ladang benih,
pengeluar hendaklah menyediakan papan tanda selewat-lewatnya 30 hari lepas
tanam. Ladang benih bagi maksud untuk mendapatkan pengesahan perlu
ditanam dengan varieti yang dipohon. Lot ladang perlu ditanam dengan varieti
sama sekurang-kurangnya satu musim kecuali jika mengamalkan kaedah
mencedung atau mengubah menggunakan jentera menanam. Bagi
pengeluaran benih daftar, hanya penanaman menggunakan kaedah
mencedung atau mengubah menggunakan jentera menanam sahaja
dibenarkan. Setiap skim ladang benih perlu mendapatkan bekalan kategori
benih padi daripada sumber yang sah. Pengeluar perlu menyimpan semua
rekod transaksi atau bukti kesahihan kategori sumber benih yang digunakan bagi
tujuan pengesahan termasuk benih-benih yang digunakan dalam penyulaman.
Kegagalan mengemukakan bukti boleh mengakibatkan permohonan tersebut
dibatalkan. Bagi penanaman menggunakan kaedah mencedung atau
mengubah menggunakan jentera menanam, pengeluar perlu menyatakan lokasi
tapak semaian yang menyedia dan membekal semaian bagi setiap lot ladang
benih terlibat. Penanaman perlu dijadual bagi memastikan tidak berlaku
Skim Pengesahan Benih Padi -5-
pertembungan masa menuai apabila melibatkan lebih dari satu varieti bagi
mengelakkan percampuran semasa di ladang atau mana-mana premis
berkaitan. Penanaman boleh dimulakan setelah mendapat kelulusan Ketua
Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.
PEMERIKSAAN LADANG BENIH
Peraturan Am
Pemeriksaan ladang akan dijalankan oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri.
Ia bertujuan untuk memastikan ladang benih dan tanaman memenuhi piawaian
minimum ladang seperti yang ditetapkan dalam SJPM.
Pemeriksaan akan dijalankan sekurang-kurangnya empat (4) kali sepanjang
peringkat tumbesaran pokok padi iaitu pada peringkat pra-tanam, tampang,
berbunga dan pra-tuai. Pemeriksaan ulangan boleh dipertimbangkan bagi
peringkat pra-tuai sahaja. Bagi pemeriksaan peringkat tampang, berbunga dan
pra-tuai pengeluar hendaklah memohon untuk pemeriksaan ladang benih
daripada Ketua Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan dengan
menyertakan cadangan jadual pemeriksaan selewat-lewatnya dua (2) minggu
selepas penanaman. Pengeluar atau wakil pengurusan mestilah hadir sama
semasa pemeriksaan ladang dijalankan. Kegagalan untuk membuat
permohonan dan hadir semasa pemeriksaan boleh mengakibatkan lot sawah
terlibat dibatalkan.
Pemeriksaan Pra-tanam
Pemeriksaan pra-tanam dilakukan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum
tanam. Ia bertujuan untuk menentukan sejarah lokasi ladang benih termasuk
varieti yang ditanam pada musim sebelumnya dan mengesahkan kesesuaian
petak sawah serta lokasi ladang yang dipohon. Bagi tujuan pemeriksaan
kesahihan kategori dan sumber benih yang digunakan bukti rekod pengedaran
dan penerimaan oleh pengeluar kepada petani, pukal atau pengusaha tapak
semaian adalah diperlukan. Bagi kaedah mencedung atau mengubah
menggunakan jentera menanam, pemeriksaan juga melibatkan perakuan tapak
semaian yang akan membekalkan anak semaian. Penyediaan semaian adalah
Skim Pengesahan Benih Padi -6-
tertakluk kepada garis panduan pengendalian tapak semaian yang ditetapkan
bagi tujuan pengeluaran benih padi.
Keputusan pemeriksaan ladang yang telah diperakui oleh Ketua Pegawai
Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan akan dimaklumkan kepada pemohon
dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Ladang (Borang SAP 3a)
selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas pemeriksaan ladang selesai dijalankan.
Pemeriksaan Peringkat Tampang
Pemeriksaan peringkat tampang bertujuan untuk membuat pengesahan dan
perakuan ke atas perkara berikut :
i) Keluasan sebenar ladang benih
ii) Varieti yang ditanam memenuhi ciri-ciri benih seperti dipohon
iii) Memeriksa jarak pengasingan jika melibatkan varieti yang berlainan di
lokasi skim yang sama
iv) Memastikan tidak terdapat pokok takai dan penakaian dilakukan bagi
menghindari pencemaran dari semua jenis pokok takai, rumpai atau
perosak yang ditetapkan
v) Mengesyorkan lorong kerja disediakan bagi ladang benih yang
mengamalkan kaedah tabur terus.
Keputusan pemeriksaan ladang yang telah diperakui oleh Ketua Pegawai
Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan akan dimaklumkan kepada pemohon
dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Ladang (Borang SAP 3b)
selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas pemeriksaan ladang selesai dijalankan.
Pengeluar dikehendaki membuat penakaian seperti yang disyorkan bagi
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam SJPM. Kegagalan pengeluar untuk
mematuhi spesifikasi atau syor yang dikemukakan boleh mengakibatkan lot
sawah berkenaan digugurkan dari senarai skim ladang benih.
Skim Pengesahan Benih Padi -7-
Pemeriksaan Peringkat Berbunga
Pemeriksaan peringkat berbunga bertujuan untuk membuat pengesahan dan
perakuan ke atas perkara berikut :
i) Varieti yang ditanam memenuhi ciri-ciri benih seperti dipohon
ii) Memastikan tidak terdapat pokok takai dan penakaian dilakukan bagi
menghindari pencemaran dari semua jenis pokok takai, rumpai atau
perosak yang ditetapkan.
Keputusan pemeriksaan ladang yang telah diperakui oleh Ketua Pegawai
Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan akan dimaklumkan kepada pemohon
dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Ladang (Borang SAP 3b)
selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas pemeriksaan ladang selesai dijalankan.
Pengeluar dikehendaki membuat penakaian seperti yang disyorkan bagi
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam SJPM. Kegagalan pengeluar untuk
mematuhi spesifikasi atau syor yang dikemukakan boleh mengakibatkan lot
sawah berkenaan digugurkan dari senarai skim ladang benih.
Pemeriksaan Peringkat Pra-tuai
Pemeriksaan peringkat pra-tuai bertujuan untuk membuat pengesahan dan
perakuan ke atas perkara berikut :
i) Mengesahkan ladang telah ditakai dengan sempurna menepati
piawaian yang ditetapkan
ii) Menentukan keluasan yang diterima dan membuat anggaran hasil
iii) Menentukan samada pemeriksaan ulangan diperlukan
iv) Menyemak jadual penuaian, pemeriksaan logistik dan penghantaran ke
loji pemprosesan benih.
Keputusan pemeriksaan ladang yang telah diperakui oleh Ketua Pegawai
Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan akan dimaklumkan kepada pemohon
dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Ladang (Borang SAP 3b)
selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas pemeriksaan ladang selesai dijalankan.
Skim Pengesahan Benih Padi -8-
Pengeluar dikehendaki membuat penakaian seperti yang disyorkan bagi
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam SJPM. Kegagalan pengeluar untuk
mematuhi spesifikasi atau syor yang dikemukakan boleh mengakibatkan lot
sawah berkenaan digugurkan dari senarai skim ladang benih.
PEMERIKSAAN LOJI PEMPROSESAN BENIH PADI
Peraturan Am
Pemeriksaan loji pemprosesan benih dijalankan bagi memastikan loji
pemprosesan benih padi mempunyai peralatan yang bersesuaian dan semua
peralatan berada dalam keadaan bersih dan terurus. Ia bertujuan bagi
menghindari sebarang pencemaran atau percampuran varieti semasa
penerimaan benih padi mentah dan aktiviti pemprosesan benih padi dijalankan.
Sebagai salah satu pra-syarat utama, setiap pengeluar diwajibkan mempunyai
alat pemprosesan air-screen cleaner. Pengeluar digalakkan memasang
peralatan pemprosesan tambahan seperti alat penggredan bagi memastikan
hasil benih proses memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi mengelakkan risiko
pencemaran atau percampuran, peralatan seperti intake pit, pre cleaner, dryer,
silo, fine cleaner, gravity separator, indented cylinder, elevator, conveyor, hopper
bin, alat pembungkus dan skrin akan diperiksa.
Pengeluar perlu memastikan semua peralatan adalah bersih dan bebas
daripada sebarang pencemaran. Pengeluar perlu membersihkan semua
peralatan sebelum pemprosesan bermula. Pengeluar juga dikehendaki
memastikan semua operasi loji pemprosesan benih tidak tercemar atau
bercampur dengan varieti lain atau padi mentah bukan untuk maksud
pengeluaran benih. Pengeluar juga dikehendaki menyediakan rekod
penyelenggaraan loji (buku log) secara berjadual (Merujuk kepada manual
peralatan berkaitan).
Pemeriksaan akan dibuat sebelum aktiviti pemprosesan dimulakan dan apabila
berlaku pertukaran varieti pada setiap production line. Pengeluar hendaklah
memohon untuk pemeriksaan loji pemprosesan benih padi daripada Ketua
Skim Pengesahan Benih Padi -9-
Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan. Pengeluar atau wakil pengurusan
mestilah hadir bersama semasa pemeriksaan dijalankan. Kegagalan untuk
membuat permohonan dan hadir semasa pemeriksaan boleh mengakibatkan lot
benih terlibat dibatalkan. Pemeriksaan juga akan dijalankan pada bila-bila masa
jika diperlukan.
Keputusan pemeriksaan loji pemprosesan benih akan dimaklumkan kepada
pemohon dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Loji Pemprosesan
Benih Padi (Borang SAP 4). Pengesahan terhadap keputusan pemeriksaan loji
pemprosesan benih padi akan dibuat oleh Ketua Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
berkaitan.
Sebarang tindakan dan keraguan yang boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran atau pencampuran akan mengakibat konsignan benih mentah
atau benih proses berkaitan ditolak.
PENUAIAN DAN PEMPROSESAN BENIH PADI MENTAH
Penuaian Benih Padi Mentah
Pengeluar perlu memastikan semua jentuai bebas daripada sebarang
pencemaran seperti benih rumpai, padi angin, varieti lain dan padi mentah
bukan tujuan benih. Hanya lot ladang benih yang lulus pemeriksaan ladang dan
telah mencapai tahap masak 95% sahaja dibenarkan dituai. Pengeluar juga
dikehendaki merekodkan jumlah tuaian dari setiap lot ladang benih dalam
borang Rekod Hasil Tuaian Benih Padi Mentah (Borang SAP 5) yang diperakui oleh
Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.
Rekod Hasil Tuaian Benih Padi Mentah
Pengeluar perlu menghantar rekod hasil tuaian benih padi mentah bersama
dokumen sokongan Borang SAP 5, Borang SAP 6 dan resit timbangan kepada Unit
PTIF Negeri berkaitan setiap dua (2) minggu.
Skim Pengesahan Benih Padi -10-
Pengumpulan dan Penghantaran Benih Padi Mentah
Benih mentah yang dituai dari ladang benih yang telah lulus pemeriksaan ladang
hendaklah dihantar dan diproses di loji pemprosesan benih padi yang telah
berdaftar dan diperakui oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.
Pemindahan konsainan benih padi mentah daripada satu tempat ke tempat
yang lain hendaklah menggunakan borang Pemindahan Benih Padi Mentah
(Borang SAP 6a) yang diperakukan oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri
berkaitan.
Pemprosesan Benih Mentah
Pengeluar bertanggungjawab sepenuhnya untuk memproses benih padi mentah
yang diterima dan diperakui oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan
di loji pemprosesan benih padi yang telah ditetapkan. Pengeluar dikehendaki
menyediakan rekod benih mentah dan rekod pengeringan yang akan diperiksa
dari semasa ke semasa.
Jika melibatkan pemindahan benih padi kering, pengeluar hendaklah membuat
permohonan pemindahan konsainan benih padi kering melalui borang
Pemindahan Benih Padi Kering (Borang SAP6b) dan diperakui oleh Pegawai
Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.
REKOD SERAHAN LOT BENIH PROSES
Benih padi yang telah siap diproses hendaklah dibungkus dengan bahan
pembungkus yang sesuai dengan berat 20 kg bagi setiap bungkusan dan dijahit
dengan label. Pengeluar dikehendaki memastikan benih proses disusun pada
had maksimum sebanyak 20 tan bagi setiap lot benih. Lot benih hendaklah
disusun dalam stor penyimpanan dengan jarak satu (1) meter antara lot dan
ketinggian lot tidak melebihi dua (2) tingkat. Pengeluar bertanggungjawab
menyediakan rekod benih proses yang telah dikeluarkan. Rekod benih proses ini
akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri
berkaitan.
Skim Pengesahan Benih Padi -11-
PENGAMBILAN SAMPEL BENIH
Peraturan Am
Persampelan bertujuan untuk mendapatkan saiz sampel serahan yang
mencukupi yang diambil secara rawak bagi mewakili setiap lot benih proses.
Setiap lot benih proses perlu disampel untuk diuji dan dibandingkan dengan
piawaian yang ditetapkan bagi mendapatkan perakuan dan pengesahan kualiti.
Pengeluar dikehendaki memberi maklum kepada Ketua Pegawai Inspektorat Unit
PTIF Negeri berkaitan bagi maksud persampelan dan pengujian.
Aturan Pengambilan Sampel
Persampelan akan dibuat oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan
mengikut waktu yang akan ditetapkan. Pengambilan sampel dibuat
berpandukan kepada MS 320 : 1989 (Methods of Sampling and Test for Seeds)
yang boleh diperolehi daripada Jabatan Standard Malaysia. Pengeluar atau
wakil pengurusan mestilah bersama semasa pengambilan sampel dijalankan.
Sampel-sampel yang diambil akan dicatatkan di dalam borang Pengambilan
Sampel Untuk Ujian Benih Padi (Borang SAP 7). Setiap sampel perlu mempunyai
label yang menerangkan kategori benih, nombor lot, nombor siri label, varieti dan
kuantiti. Pengesahan terhadap Borang SAP 7 akan dibuat oleh Ketua Pegawai
Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan setelah sampel didaftar di Makmal Ujian Biji
Benih (MUBB) berkaitan.
UJIAN KUALITI BENIH PADI
Peraturan Am
Ujian kualiti benih padi bertujuan untuk menentukan sama ada benih padi yang
telah diproses mememenuhi piawaian minimum biji benih seperti yang ditetapkan
dalam SJPM dan seterusnya bagi memberikan perakuan dan pengesahan kualiti.
Semua sampel akan diuji mengikut prosedur ujian yang ditetapkan dalam Garis
Panduan Ujian Biji benih yang dikeluarkan oleh International Seed Testing
Association (ISTA). Jenis ujian yang ditetapkan di bawah skim ini ialah ujian
kelembapan, ketulenan fizikal, percambahan dan carian biji lain.
Skim Pengesahan Benih Padi -12-
Semua keputusan ujian akan dimaklumkan melalui borang Laporan Makmal Ujian
Biji Benih (Borang SAP 8). Ujian ulangan boleh dipertimbangkan sekiranya
diperlukan. Pengesahan terhadap keputusan ujian biji benih akan dibuat oleh
Ketua Pengawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.
Ujian ulangan juga dibuat bagi lot benih yang disimpan melebihi tiga (3) bulan
selepas keputusan pertama dikeluarkan. Jika masih terdapat lot benih yang
tersimpan melebihi tempoh tersebut, ujian ulangan akan dibuat setiap bulan.
Pada bila-bila masa jika lot benih yang diuji tidak memenuhi piawaian yang
ditetapkan, pengeluar dikehendaki melupuskan daripada stok dan dikeluarkan
dari stor benih padi sah. Pengeluar bertanggungjawab bagi memastikan lot
benih disimpan dengan baik dan sempurna bagi memastikan kualiti benih tidak
terjejas.
Ujian Ketulenan Fizikal
Ujian ketulenan dijalankan di MUBB berkaitan berdasarkan pemerhatian visual
dan diasing mengikut komponen biji tulen, bahan lengai, biji benih lain dan biji
rumpai (biji padi angin diklasifikasikan sebagai biji rumpai). Perakuan dibuat
mengikut piawaian minimum seperti yang ditetapkan dalam SJPM.
Bagi lot-lot benih yang tidak menepati tahap piawaian minimum biji benih,
pemprosesan semula akan disyorkan. Sekiranya pengeluar melaksanakan
pemprosesan semula, ujian ulangan akan dibuat mengikut prosedur yang
ditetapkan. Jika pemprosesan semula tidak dilakukan, lot benih berkenaan perlu
dilupuskan sebagai bukan benih sebelum verifikasi stok dilaksanakan.
Ujian Kelembapan
Ujian kelembapan dijalankan di MUBB berkaitan bagi mengukur kandungan
kelembapan dalam biji benih. Ia bertujuan untuk menentukan benih mempunyai
kandungan yang selamat untuk tujuan penyimpanan. Perakuan dibuat mengikut
piawaian minimum seperti yang ditetapkan dalam SJPM.
Bagi lot-lot benih yang tidak menepati piawaian biji benih, pengeringan semula
disyorkan. Sekiranya pengeluar melaksanakan pengeringan semula, ujian
Skim Pengesahan Benih Padi -13-
ulangan akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika pengeringan
semula tidak dilakukan, lot benih berkenaan perlu dilupuskan sebagai bukan
benih sebelum verifikasi stok dilaksanakan.
Ujian Percambahan
Ujian percambahan dijalankan di MUBB berkaitan bagi mengukur kebolehhidup
biji benih. Setiap sampel diuji dalam keadaan yang optimum bagi tanaman padi
untuk tempoh masa yang ditetapkan. Keputusan ini memberikan ukuran potensi
pertumbuhan benih di ladang dalam keadaan yang optimum. Perakuan dibuat
mengikut piawaian minimum seperti yang ditetapkan dalam SJPM.
Bagi lot-lot benih yang tidak menepati piawaian, lot benih berkenaan perlu
dilupuskan sebagai bukan benih sebelum verifikasi stok dilaksanakan.
Ujian Carian Biji Lain
Ujian carian biji lain dijalankan di MUBB berkaitan berdasarkan pemerhatian visual
bagi menentukan bilangan biji lain yang ditemui dalam sampel terlibat. Biji lain
melibatkan mana-mana biji benih tanaman selain daripada biji tulen, biji benih
rumpai dan biji benih padi angin yang ditemui dalam sampel dan perlu
dikenalpasti sekurang-kurangnya peringkat genus. Perakuan dibuat mengikut
piawaian minimum seperti yang ditetapkan dalam SJPM.
Bagi lot-lot benih yang tidak menepati tahap piawaian minimum biji benih,
pemprosesan semula akan disyorkan. Sekiranya pengeluar melaksanakan
pemprosesan semula, ujian ulangan akan dibuat mengikut prosedur yang
ditetapkan. Jika pemprosesan semula tidak dilakukan, lot benih berkenaan perlu
dilupuskan sebagai bukan benih sebelum verifikasi stok dilaksanakan.
PEMPROSESAN SEMULA BENIH PADI
Peraturan Am
Pemprosesan semula hanya dibenarkan kepada lot benih yang tidak menepati
piawaian minimum biji benih bagi ujian ketulenan, ujian kelembapan dan ujian
Skim Pengesahan Benih Padi -14-
carian biji lain. Pemprosesan semula benih padi ini hanya dibenarkan sekali
sahaja.
Jika melibatkan pemprosesan semula, pengeluar dikehendaki membuat
permohonan terlebih dahulu kepada Unit PTIF Negeri berkaitan. Pemprosesan
semula hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Unit PTIF
Negeri berkaitan.
Pengeluar atau wakil pengurusan mestilah hadir bersama semasa pemeriksaan
dijalankan. Kegagalan untuk membuat permohonan dan hadir semasa
pemeriksaan boleh mengakibatkan lot benih terlibat dibatalkan. Pemeriksaan
juga akan dijalankan pada bila-bila masa jika diperlukan.
Pembungkusan dan Penggunaan Label
Lot benih yang menjalani pemprosesan semula hendaklah dibungkus dan dijahit
dengan label baru. Label tersebut hendaklah menggunakan nombor siri baru
dan nombor lot lama yang ditanda ‘U’ (Ulangan).
Pengambilan Sampel dan Ujian Biji Benih
Persampelan akan dibuat semula bagi lot-lot benih yang telah menjalankan
pemprosesan semula mengikut aturan pengambilan sampel. Manakala semua
jenis ujian biji benih akan dibuat semula bagi memastikan lot benih tersebut
memenuhi piawaian yang ditetapkan.
PEMERIKSAAN STOR DAN STOK
Peraturan Am
Pemeriksaan stor dan stok bertujuan untuk memastikan benih padi disimpan
dalam keadaan baik dan teratur serta mudah dikesan. Hanya benih yang
diperakui memenuhi piawaian sahaja ditempatkan di dalam stor benih yang
dikhaskan. Lot benih yang gagal hendaklah ditanda atau disembur dengan cat
merah. Pemeriksaan stor dan stok akan dijalankan pada masa yang ditetapkan
atau pada bila-bila masa yang sesuai oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri
berkaitan. Semasa pemeriksaan stor dan stok, semakan penggunaan label, beg
Skim Pengesahan Benih Padi -15-
dan jumlah stok benih akan dilaksanakan. Pengeluar hendaklah memohon untuk
pemeriksaan loji stor dan stok daripada Ketua Pegawai Inspektorat Unit PTIF
Negeri berkaitan. Pengeluar atau wakil pengurusan mestilah hadir bersama
semasa pemeriksaan stor dan stok dijalankan. Kegagalan untuk membuat
permohonan dan hadir semasa pemeriksaan boleh mengakibatkan lot benih
terlibat dibatalkan.
Keputusan pemeriksaan akan dimaklumkan kepada pengeluar dengan
menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Stor dan Stok Benih Padi (Borang
SAP 9). Pengesahan terhadap keputusan pemeriksaan stor akan dibuat oleh
Ketua Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.
Pelupusan Stok
Pengeluar dikehendaki memastikan hanya lot benih yang telah diperakui telah
mendapat pengesahan kualiti sahaja ditempat di stor benih. Bagi lot-lot benih
yang tidak menepati piawaian, lot benih berkenaan perlu dilupuskan sebagai
bukan benih.
PERAKUAN PENGESAHAN KUALITI BENIH PADI
Surat Akuan Pengesahan Benih Padi (Borang SAP 10) akan dikeluarkan bagi lot-lot
benih yang mencapai piawaian minimum yang ditetapkan dalam SJPM selepas
perakuan pemeriksaan stok dilaksanakan. Akuan pengesahan kualiti akan dibuat
oleh Ketua Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.
PERLABELAN
Semua lot benih padi yang diperakui memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan
mestilah mempunyai label yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.
Pencetakan label perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jabatan
Pertanian. Panduan mencetak label adalah seperti di Lampiran 1. Pengeluar
perlu membuat permohonan kebenaran untuk mencetak label yang diperlukan
mengikut anggaran pengeluaran yang disasarkan melalui borang Permohonan
Skim Pengesahan Benih Padi -16-
Label (Borang SAP 11). Contoh label perlu disertakan semasa membuat
pernohonan bagi maksud pengesahan kualiti kertas dan maklumat label.
Permohonan hendaklah dibuat kepada alamat seperti berikut :
Ketua Pengarah,
Jabatan Pertanian Malaysia,
Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,
Aras 12, No. 30, Persiaran Perdana,
62624 Putrajaya
(U.P : Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur)
Setelah mendapat kelulusan, pengeluar dibenarkan mencetak label mengikut siri
nombor yang ditetapkan. Pengeluar dikehendaki mengemukakan salinan invois
kepada alamat di atas sebagai rekod. Pengeluar juga dikehendaki
menyediakan rekod stok label yang digunakan. Kelulusan baru diperlukan bagi
tujuan untuk mencetak label tambahan. Rekod penggunaan label perlu
dikemaskini dan semakan rekod oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri
berkaitan akan dibuat dari masa ke semasa.
PEMASARAN BENIH PADI SAH
Pengeluar hanya dibenarkan menjual lot-lot benih yang telah mendapat
kelulusan melalui Surat Akuan Pengesahan Benih Padi (Borang SAP 10). Benih
padi sah yang ditawarkan untuk jualan perlu mempunyai label perakuan kualiti
yang sah dan dijahit pada setiap beg benih.
Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan boleh mengambil sampel benih
padi di stor atau tempat jualan pada bila-bila masa untuk menguji peratus
percambahan bagi memastikan samada lot benih masih menepati piawaian
yang ditetapkan.
PELAKSANAAN PETAK KAWALAN
Pelaksanaan petak kawalan bertujuan untuk mengesan ketetapan pematuhan
kepada piawaian ladang bagi setiap lot benih yang diluluskan. Sampel akan
diambil bagi maksud untuk pengwujudan petak kawalan. Pegawai Inspektorat
Skim Pengesahan Benih Padi -17-
Unit PTIF Negeri berkaitan pada bila-bila masa akan mengambil sampel yang
diperlukan tanpa terlebih dahulu memberi maklum kepada pihak pengeluar.
Keputusan petak kawalan akan digunakan untuk mengesan sebarang
kepincangan dalam aliran proses pengeluaran benih padi.
CARTA ALIR
Senarai carta alir dalam Skim Pengesahan Benih Padi adalah seperti di dalam
Lampiran 2.
SENARAI BORANG
Senarai borang yang digunakan di bawah Skim Pengesahan Benih Padi adalah
seperti di dalam Lampiran 3.
Skim Pengesahan Benih Padi -18-
RUJUKAN
1. International Rice Research Institute (IRRI) (1994). A Manual of Rice Seed
Health Testing
2. International Rice Research Institute (IRRI) (2006). Seed Quality
3. International Seed Testing Association (ISTA) (2010). International Rules for
Seed Testing
4. Kansas Crop Improvement Association (KCIA) (2006). Printing Kansas
Certified Seed Labels
5. Kansas Crop Improvement Association (KCIA) (2007). Kansas Seed
Certification Procedures
6. Minnesota Crop Improvement Association (MCIA) (2009). Seed
Certification Handbook
7. Missouri Crop Improvement Association (MOSEED) (2008). Seed
Certification Handbook
8. Organization for Economic Co-Operation and Development (OECD) (2000).
OECD Schemes for the Varietal Certification or the Control of Seed
Moving in International Trade
9. Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) (1989).
MS 320:1989 (Methods of Sampling and Test for Seeds)
10. Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) (1993).
MS 469:1993 (Specification for Rice (Oryza sativa) Sees for Planting)
Skim Pengesahan Benih Padi -19-
LAMPIRAN 1
PANDUAN PERCETAKAN LABEL BENIH PADI
No. PP 100001
No. PP 100001
Kategori : Benih Sah
Spesis : Oryza sativa
Varieti : MR 219
No. Lot : PP / P / 110/ S / 001
Tarikh Dibungkus : 01 Jun 2010
Nama Pengeluar : PPK Lahar Bubu
1572, Jalan Pongsu Seribu
Kepala Batas, Pulau Pinang
AGENSI PENGESAH :
JJAABBAATTAANN PPEERRTTAANNIIAANN,, NNoo.. 3300,, PPeerrssiiaarraann PPeerrddaannaa,,
PPrreessiinntt 44,, 6622662244 PPuuttrraajjaayyaa
TTeell :: 0033 –– 88887700 33000000
SKIM PENGESAHAN BENIH PADI SEMENCES
Saiz Label 127 mm x 110 mm
JJAABBAATTAANN
PPEERRTTAANNIIAANN
PPaanndduuaann MMeenncceettaakk
LLaabbeell
Arahan Cetakan
Gunakan tulisan ‘bold’
berwarna hitam
Dijahit
Baris 1 : No. Siri (Dicetak)
Baris 2 : Kategori (Dicetak)
Baris 3 : Spesis saiz huruf yang disyorkan 6 mm
Baris 4 : Varieti saiz huruf yang disyorkan 10 mm
Baris 5 : No. Lot
Baris 6 : Tarikh Pembungkusan
Baris 7 : Nama Pengeluar (Dicetak)
Maklumat tambahan :
Baris 3 : Maklumat mengenai
nama biasa bagi jenis tersebut
Baris 5 : Maklumat mengenai
Pengeluar dan rakan benih
(jika berkenaan)
PP / P / 110/ S / 001
> PP – PPK Lahar Bubu
Baris 7 : Maklumat mengenai
Nama dan alamat ….
Kod Warna Label Benih
Benih Padi Sah – Biru
Benih Padi Daftar – Ungu Muda
Skim Pengesahan Benih Padi -20-
Keterangan No. Lot benih
Pengeluar & Rakan Benih / Negeri Lot Sawah / Musim / Kategori Benih / No. Lot Benih
PP / P / 110/ S / 001
Keterangan Ringkasan Kod
i. Pengeluar
Kod Pengeluar
PP PPK Lahar Bubu
ii. Negeri Lot Sawah
Kod Negeri
A Perak
B Selangor
C Pahang
D Kelantan
J Johor
K Kedah
M Melaka
N Negeri Sembilan
P Pulau Pinang
R Perlis
T Terengganu
iii. Musim
Kod Musim
111 1/2011
211 2/2011
112 1/2012
...... dan seterusnya
iv. Kategori Benih
Kod Kategori Benih
D Daftar
S Sah
Skim Pengesahan Benih Padi -21-
LAMPIRAN 2
CARTA ALIR SKIM PENGESAHAN BENIH PADI
1. Carta Alir 1 – Permohonan Sebagai Pengeluar Skim
Pengesahan Benih Padi
2. Carta Alir 2 – Permohonan Pendaftaran Ladang Benih Skim
Pengesahan Benih Padi
3. Carta Alir 3 – Pemeriksaan Ladang Benih
4. Carta Alir 4 – Pemeriksaan Loji Pemprosesan Benih Padi
5. Carta Alir 5 – Penuaian Benih Padi Mentah
6. Carta Alir 6 – Pemindahan Benih Padi Mentah/Kering
7. Carta Alir 7 – Pengambilan Sampel Untuk Ujian Benih Padi
8. Carta Alir 8 – Ujian Kualiti Benih Padi
9. Carta Alir 9 – Pemprosesan Semula Benih Padi
10. Carta Alir 10 – Pemeriksaan Stor & Stok
11. Carta Alir 11 – Perakuan Pengesahan Benih Padi
12. Carta Alir 12 – Permohonan Label
Skim Pengesahan Benih Padi -22-
CARTA ALIR 1
PERMOHONAN SEBAGAI PENGELUAR
SKIM PENGESAHAN BENIH PADI
Pengeluar membuat
permohonan menggunakan
SAP1
Pengeluar hantar SAP 1 ke PTIF
Putrajaya
Pegawai Inspektorat PTIF
Putrajaya semak dokumen
Pegawai Inspektorat PTIF
Putrajaya/Negeri jalankan audit
pra-kelayakan
Pegawai Inspektorat PTIF
Putrajaya/Negeri sediakan
laporan dan penilaian
Pengarah PTIF membuat
keputusan
Pengeluar dimaklumkan melalui
surat dan SAP 1
Lengkap
Tidak
Lengkap
Lulus
Gagal
Pengeluar
dimaklumkan
melalui surat
dan SAP 1
Pengeluar sediakan
permohonan SAP 2
Skim Pengesahan Benih Padi -23-
CARTA ALIR 2
PERMOHONAN PENDAFTARAN LADANG BENIH
SKIM PENGESAHAN BENIH PADI
Pengeluar membuat
permohonan menggunakan
SAP2
Pengeluar hantar SAP 2 ke PTIF
Negeri berkaitan
Pegawai Inspektorat Negeri
semak dokumen
Pegawai Inspektorat Negeri
jalankan pemeriksaan &
penilaian
Pegawai Inspektorat Negeri
sediakan laporan & penilaian
Ketua Pegawai Inspektorat PTIF
Negeri membuat keputusan
Pengeluar dimaklumkan melalui
surat dan SAP 2
Lengkap
Tidak
Lengkap
Lulus
Gagal
Pengeluar
dimaklumkan
melalui surat
dan SAP 2
Pengeluar sediakan jadual
perancangan pemeriksaan
ladang benih
Skim Pengesahan Benih Padi -24-
CARTA ALIR 3
PEMERIKSAAN LADANG BENIH
Pengeluar membuat
permohonan pemeriksaan
ladang benih
Pegawai Inspektorat Negeri
terima permohonan dan atur
jadual pemeriksaan ladang
Pegawai Inspektorat Negeri
jalankan pemeriksaan ladang
benih
Pegawai Inspektorat Negeri
sediakan laporan penilaian dan
keputusan
Ketua Pegawai Inspektorat PTIF
Negeri membuat perakuan
keputusan
Pengeluar dimaklumkan melalui
SAP 3a/3b
Lulus
Gagal
Pengeluar
dimaklumkan
melalui SAP 3
Pengeluar aturkan jadual
penuaian
Skim Pengesahan Benih Padi -25-
CARTA ALIR 4
PEMERIKSAAN LOJI PEMPROSESAN BENIH PADI
Pengeluar membuat
permohonan pemeriksaan loji
pemprosesan benih padi
Pegawai Inspektorat Negeri
terima permohonan dan atur
jadual pemeriksaan loji
pemprosesan benih padi
Pegawai Inspektorat Negeri
jalankan pemeriksaan loji
pemprosesan benih padi
Pegawai Inspektorat Negeri
sediakan laporan penilaian dan
keputusan
Ketua Pegawai Inspektorat PTIF
Negeri membuat perakuan
keputusan
Pengeluar dimaklumkan melalui
SAP 4
Lulus
Gagal
Pengeluar
dimaklumkan
melalui SAP 4
Pengeluar jalankan
pemprosesan benih padi
Skim Pengesahan Benih Padi -26-
CARTA ALIR 5
PENUAIAN BENIH PADI MENTAH
Pengeluar mengatur jadual
penuaian dan maklumkan
pada PTIF Negeri
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
semak senarai ladang benih
yang hendak dituai selaras
dengan keputusan SAP 3b
Pengeluar dimaklumkan melalui
SAP 5
Lulus
Gagal
Pengeluar jalankan penuaian
benih padi mentah
SAP 5 tidak
dikeluarkan
Skim Pengesahan Benih Padi -27-
CARTA ALIR 6
PEMINDAHAN BENIH PADI MENTAH/KERING
Pengeluar memohon
pemindahan benih padi
mentah
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
semak permohonan dan
jalankan pemeriksaan
Pengeluar dimaklumkan melalui
SAP 6
Lulus
Gagal
Pengeluar jalankan
pemindahan benih padi
mentah
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
di lokasi penerimaan semak
maklumat penerimaan benih
padi mentah
Lulus
Gagal
Pengeluar jalankan
pemprosesan benih padi
Pengeluar
dimaklumkan
melalui SAP 6
Pengeluar
dimaklumkan
melalui SAP 6
Pengeluar dimaklumkan melalui
SAP 6
Skim Pengesahan Benih Padi -28-
CARTA ALIR 7
PENGAMBILAN SAMPEL UNTUK UJIAN BENIH PADI
Pengeluar susun beg benih
mengikut lot minimum 20
tan/lot
Pengeluar membuat
permohonan pengambilan
sampel benih
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
terima permohonan dan atur
jadual pengambilan benih
benih
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
jalankan pemeriksaan ke atas
lot benih yang hendak
disampel
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
mengambil sampel benih dan
laporkan melalui SAP 3
Lulus
Gagal
Tindakan
Pembetulan
(Susun semula)
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
hantar sampel benih ke
Makmal Ujiian Biji Benih (MUBB)
Skim Pengesahan Benih Padi -29-
CARTA ALIR 8
UJIAN KUALITI BENIH PADI
Pegawai MUBB terima sampel
benih
Pegawai MUBB rekodkan
penerimaan sampel
Pegawai MUBB jalankan ujian
bij benih berkaitan
Pegawai MUBB rekodkan
keputusan ujian dan sediakan
laporan
Pengeluar dimaklumkan melalui
SAP 3
Lulus
Gagal
Pengeluar
dimaklumkan
melalui SAP 3
Pengeluar membuat
persediaan untuk pemeriksaan
stor dan stok
Ketua Pegawai Inspektorat PTIF
Negeri membuat perakuan
keputusan
Skim Pengesahan Benih Padi -30-
CARTA ALIR 9
PEMPROSESAN SEMULA BENIH PADI
Pengeluar membuat
permohonan pemprosesan
semula
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
tetapkan tarikh pemeriksaan
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
menjalankan pemeriksaan
Pengeluar dimaklumkan untuk
pemprosesan semula
Lulus
Gagal
Pengeluar
dimaklumkan
tindakan
pembetulan
Pengeluar melaksanakan
pemprosesan semula
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
membuat perakuan keputusan
Skim Pengesahan Benih Padi -31-
CARTA ALIR 10
PEMERIKSAAN STOR DAN STOK
Pegawai Inspektorat Negeri
terima salinan keputusan SAP 8
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
atur jadual pemeriksaan stor
dan stok
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
jalankan pemeriksaan stor dan
stok
Pegawai Inspektorat Negeri
sediakan laporan penilaian dan
keputusan
Pengeluar dimaklumkan melalui
SAP 9
Lulus
Gagal
Pengeluar
dimaklumkan
melalui SAP 9
Pegawai Inspektorat Negeri
buat persediaan pengeluaran
SAP 10
Ketua Pegawai Inspektorat PTIF
Negeri membuat perakuan
keputusan
Skim Pengesahan Benih Padi -32-
CARTA ALIR 11
PERAKUAN PENGESAHAN BENIH PADI
Pegawai Inspektorat Negeri
terima salinan keputusan SAP 9
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
semak senarai lot benih yang
diluluskan dalam SAP 9
Pegawai Inspektorat PTIF Negeri
rekodkan senarai lot benih
yang diluluskan dalam SAP 10
Ketua Pegawai Inspektorat PTIF
Negeri membuat perakuan
kelulusan
Pengeluar dimaklumkan melalui
SAP 10
Pengeluar aturkan jadual
pengedaran benih
Skim Pengesahan Benih Padi -33-
CARTA ALIR 12
PERMOHONAN LABEL
Pengeluar membuat
permohonan menggunakan
SAP11
Pengeluar hantar SAP 11 ke PTIF
Putrajaya
Pegawai Inspektorat PTIF
Putrajaya semak dokumen
Pegawai Inspektorat PTIF
Putrajaya rekodkan
permohonan dan buat
Pengarah PTIF membuat
keputusan
Pengeluar dimaklumkan melalui
surat dan SAP 11
Lengkap
Tidak
Lengkap
Lulus
Gagal
Pengeluar
dimaklumkan
melalui surat
dan SAP 11
Pengeluar hantar salinan invois
dan contoh label kepada PTIF
Putrajaya
Pengeluar membuat cetakan
label
Skim Pengesahan Benih Padi -34-
LAMPIRAN 3
SENARAI BORANG
1. Borang SAP 1 – Permohonan Sebagai Pengeluar Skim
Pengesahan Benih Padi
2. Borang SAP 2 – Permohonan Pendaftaran Ladang Benih Skim
Pengesahan Benih Padi
3. Borang SAP 3a – Laporan Pemeriksaan Ladang (Pra-Tanam)
4. Borang SAP 3b – Laporan Pemeriksaan Ladang
5. Borang SAP 4 – Laporan Pemeriksaan Loji Pemprosesan Benih
Padi
6. Borang SAP 5 – Rekod Hasil Tuaian Benih Padi Mentah
7. Borang SAP 6a – Pemindahan Benih Padi Mentah
8. Borang SAP 6b – Pemindahan Benih Padi Kering
9. Borang SAP 7 – Borang Pengambilan Sampel Untuk Ujian Benih
Padi
10. Borang SAP 8 – Laporan Makmal Ujian Benih Padi
11. Borang SAP 9 – Laporan Pemeriksaan Stor & Stok
12. Borang SAP 10 – Surat Akuan Pengesahan Benih Padi
13. Borang SAP 11 – Permohonan Label