proses kemerdekaan tanah melayu 1957
TRANSCRIPT
Bincangkan Bagaimana Tanah Melayu
Mendapat Kemerdekaan Pada 31 Ogos 1957Nama ahli kumpulan:
Norita, etc..
PENGENALAN Pengertian merdeka: Merdeka” atau “Memerdekakan” atau “
kemerdekaan” adalah kata nama terbitan yang bermaksud “bebas” (daripada penjajahan, naungan dan lain-lain), “lepas” (daripada tebusan, tuntutan), “berdiri sendiri”, “tidak bergantung pada orang lain”.
Kebebasan ini dimaksudkan kepada seseorang individu atau sesebuah Negara yang tidak terjajah oleh orang lain atau Negara lain, dan mempunyai kedaulatan dan ketuanan.
Latar belakang proses kemerdekaan Tanah Melayu dicapai menerusi rundingan. usaha untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman
penjajah telah lama bermula Namun, sebelum tahun 1946, semangat nasionalisme
yang dalam erti kata yang sebenarnya masih belum wujud lagi
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1941-1945 telah menggalakkan kemunculan dan kemajuan semangat nasionalisme di Negara ini.
Mengapa? Tekanan hidup Pengalaman menjawat jawatan Melahirkan golongan nasionalis yang terbabit dalam politik
Sambungan.. Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, kebanyakan kuasa
penjajah barat mula membuka ruang pembebasan kepada Negara-negara yang terjajah
Mengapa? beban ekonomi dan pengurusan yang tinggi slogan kebebasan yang dilaungkan oleh Amerika Syarikat resolusi PBB yang memutuskan supaya tanah-tanah jajahan
diberikan kemerdekaan Namun begitu,British cuba menjadikan Tanah Melayu sebagai
Negara untuk semua kaum melalui Rancangan Malayan Union Tujuan: menjaga kepentingan ekonomi Mendapat tentangan>menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. British bersedia merundingkan soal pemberian taraf berkerajaan
sendiri kepada Tanah Melayu sebagai langkah ke arah kemerdekaan
Menjawab kepada persoalan
“Bagaimana Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957?”
1) Malayan Union2) Persekutuan Tanah Melayu3) Darurat4) Kerjasama antara kaum5) Sistem ahli6) Perkembangan parti-parti politik7) Pilihanraya8) Rundingan Kemerdekaan9) Suruhanjaya Reid
MALAYAN UNION
Malayan union ditubuhkan pada 1April 1946 di King's House (Carcosa SeriNegara) selepas Perang Dunia II
merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayudengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untukmenjadi pengganti British Malaya.
Terdiri daripada Majlis Perundangan dan MajlisMesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British.
Sultan-sultan Melayu masih mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja
Ciri-ciri Malayan Union
Penentangan terhadap Malayan Union
“…
Menjejaskan kekuasaan sultan:
-Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal-ehwal Islam dan adat
resam Melayu
Menghapuskan hak istimewa orang melayu
Syarat kerakyatan Prinsip Jus Soli:
-kerakyatan berdasarkan tempat lahir
Orang melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan
Malayan Union:
-Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa
mereka merangka perlembagaan tersebut
Sebab Penentangan
Sambungan..
British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh
L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu.
Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU
Kesan:
-Pembubaran ini memberi ruang kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
-lahir Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO
mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha melepaskan diri dari
kekangan penjajah
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Ditubuhkan pada 1 Februari 1948 Menggantikan Malayan Union Kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dikembalikan Kerakyatan menerusi prinsip “Jus Soli” digugurkan kedudukan istimewa dalam empat perkara iaitu keistimewaan dalam
bidang politik dan jawatan dalam Perkhidmatan Awam, keistimewaan dalam biasiswa dan pelajaran, keistimewaan mengenai Tanah Simpanan Melayu dan keistimewaan dalam pemberian lesen untuk menjalankan perniagaan tertentu.
Pentadbiran terbahagi kepada dua: 1: pentadbiran persekutuan 2: pentadbiran negeri
Menggabungkan seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu kecuali Singapura
Persekutuan Tanah Melayu
Ketua - Pesuruhjaya tinggi British - dilantik oleh baginda Queen.
Tugas : mempengerusikan kedua-dua majlis. Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan – peranan
membantu dan memberi nasihat kepada pesuruhjaya tinggi tetapi beliau tidak semestinya menerima nasihat majlis ini.
Majlis Raja-Raja Melayu - menasihati Pesuruhjaya Tinggi British dan akan bersidang pada bila-bila masa. Pengerusi persidangan - salah seorang daripada 9 orang raja.
STRUKTUR
Perlembagaan TM tidak memuaskan hati semua penduduk di dalam negeri ini
Bantahan daripada kaum bukan Melayu, parti politik Melayu berhaluan kiri, dan golongan progresif revolusiner.
Mengapa?1. Tidak bersetuju sebab tidak diajak berbincang ketika
merangka Perlembagaan Persekutuan 1948. 2. Tidak mewakili semua kaum yang ada di Tanah
Melayu.3. Mahu menubuhkan perlembagaan baharu iaitu
perlembagaan rakyat
Penentangan Terhadap PTM
SAMBUNGAN Penentangan dari AMCJA dan PUTERA Cara penentangan:I. menulis surat untuk akhbar-akhbar seperti Neraca dan
Warta Malaya II. mengadakan tunjuk perasaan III. menganjurkan satu Hartal (penutupan semua kedai) Kesan PTM: jelas menunjukkan sikap bertolak ansur antara orang
Melayu dengan orang bukan Melayu. Mengekalkan ketuanan melayu Mengembalikan kuasa sultan Perlembagaan PTM dijadikan asas kepada
perlembagaan Tanah Melayu o British tetap meneruskan Persekutuan tanah Melayu
dengan satu-satunya parti yang menyokongnya iaitu UMNO.
DARURAT
Komunis menjadi musuh negara kita dan Asia Tenggara
Rasyid Maidin Chin Peng
Berlaku dari Tahun 1948-1960 Pengisytiharan darurat pada tahun 1946 adalah
disebabkan oleh keadaan politik yang semakin meruncing ekoran kebangkitan golongan radikal melayu dan bukan melayu
Juga disebabkan gerakan komunis yang dipelopori oleh Parti Komunis Malaya (PKM) semakin rancak dan diperhebatkan lagi oleh Rejimen ke-10 PKM
Berlaku Pelancaran gerakan bersenjata secara gerila untuk mendapatkan kemerdekaan
Keganasan komunis terhadap Penduduk TM teruatamanya orang Cina
Darurat di Tanah Melayu
LANGKAH-LANGKAH MENAMATKAN DARURAT1) mengerah kira-kira 40,000 orang tentera
termasuk rejimen askar melayu dan askar Gurkha untuk menghapuskan komunis
2) polis British dan mata-mata gelap ditambah3) memperkenalkan Home Guard di kampung-
kampung 4) bantuan ketenteraan dari pihak Negara-
negara Komanwel 5) Perkhidmatan Negara dan Polis Khas
dibentuk6) menguatkuasakan perintah berkurung7) Kawasan putih dan kawasan hitam telah
dikenal pasti
SAMBUNGAN Rancangan Briggs: sebagai langkah untuk menyekat
bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada komunis.
Penduduk berbangsa cina dipindahkan ke sebuah penempatan baru yang dikenali sebagai Kampung Baru
Berjaya menyekat pergerakan komunis daripada mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan dan maklumat
Undang-undang Darurat 1948 telah ditamatkan pada 31 Julai 1960.
KESAN DARURAT politik
- Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan
- Kerajaan British mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri.
Sosial
-Rakyat mengalami tekanan, penderitaan dan kepahitan hidup
memperkenalkan sistem Kad Pengenalan Ekonomi
-pertumbuhan ekonomi terbantut
- Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
Kerajaan British mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri
Darurat telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan di Tanah Melayu.
KERJASAMA ANTARA KAUM
British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan.
Tujuannya :-menjamin kestabilan
politik keharmonian
masyarakat.memastikan
pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di Tanah Melayu.
CABARAN
CABARAN
Tidak wujud kerjasama antara kaumTidak wujud kerjasama antara kaum
Kemunculan parti berasaskan kaumKemunculan parti berasaskan kaum
Cadangan Dato Onn tidak diterimaCadangan Dato Onn tidak diterima
Tiada usaha ke arah kerjasama politikTiada usaha ke arah kerjasama politik
Setiap kaum mahu kekalkan parti berasaskan kaum
Setiap kaum mahu kekalkan parti berasaskan kaum
Ditubuh pada bulan Januari 1949 di Pulau Pinang.
Mulanya dianggotai oleh Melayu dan Cina.
UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Ja’afar
MCA diketuai oleh Tan Cheng Lock. Merupakan titik permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (CLC)
SIAPA INI ?
SISTEM AHLI
Diperkenalkan pada tahun 1951 untuk melatih orang melayu dan kaum lain dalam pentadbiran tanah melayu
Dicetus oleh dato’ onn jaafar yang disokong oleh pihak pesuruhjaya tinggi british dan majlis raja-raja melayu
Dilaksanakan pada bulan april 1951 hingga jun 1955
Suatu sistem pentadbiran yang berbentuk sebuahkabinet tanpa pilihanraya
Sistem kabinet bayangan
Sistem Ahli
Sidang Majlis Perundangan Persekutuan 1951 di Dewan Rakyat. Pengenalan Sistem Ahli Tahun 1951 amat penting ke arah perpaduan kaum
Tanggungjawab Dato’ Onn sebagai Ahli dalam Sistem Ahli
PERKEMBANGAN PARTI-PARTI POLITIK
UNITED MALAYA NATIONAL ORGANIZATION (UMNO) DATO ONN BIN JAAFAR Membuka keahlian umno kepada bukan melayu
Melonggarkan syarat kerakyatan.Mencadangkan sistem ahli
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ Menubuhkan parti perikatan. � Keahlian : orang melayu / bumiputera sabah dan sarawak � Menentang malayan union, berjuang menuntut kemerdekaan
Perkembangan Parti-parti politik
Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu
UMNOUMNO
Sambungan…
– Dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar pada 1951– Dikecam hebat kerana masyarakat Melayu enggan
berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.– Beliau meninggalkan UMNO
Sambungan…
• Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya/Independence Malaya Party (IMP) oleh Dato’ Onn Jaafar
– Terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
– Gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina, India dan kaum lain
IMP
Dato' Onn menubuhkan IMP sebuah parti pelbagai kaum selepas keluar UMNO
Mengapakah IMP gagal mendapat sambutan semua kaum di Tanah Melayu ?
Mengapakah IMP gagal mendapat sambutan semua kaum di Tanah Melayu ?
Mereka tidak merasakan mereka sebagai satu bangsa Tanah Melayu
Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka
Mereka sudah mempunyai kaum mereka sendiri
Dato' Onn membentuk PARTI NEGARA menggantikan IMP
Menjaga kepentingan orang india.Disokong oleh kongres kebangsaan indiaDigerakkan golongan profesionalMenyokong perjuangan dato onn jaafar
dan imp tentang kerjasama kaum dalam sesebuah parti
Peringkat awal parti : kurang mendapat sokongan kaum india
1955, menyertai perikatan
MIC
Golongan peniaga dan pengusaha lombong. Presiden : Tan Cheng Lock.
Menjaga kepentingan orang cinaBanyak membantu british memerangi pkmMembantu penduduk kampung baru.Penubuhannya diharapkan britishMenyokong perjuangan dato onn jaafar dan
imp tentang kerjasama kaum dalam sebuah parti
Menyokong tunku abdul rahman membentuk parti perikatan
THE MALAYA CHINESE ASSOCIATION (MCA)
Tunku Abdul Rahman mengetuai UMNO Untuk membentuk Parti Perikatan dengan MCA
PILIHANRAYA
Tahap pertama pengenalan pilihan raya di negara kita ialah di peringkat Majlis Bandaran iaitu Pilihan Raya Majlis Bandaran Georgetown 1951
IMP dan UMNO bersaing hebat dalam pilihan raya Kuala Lumpur 1952
PERIKATAN PILIHAN RAYA BANDARAN
PERIKATAN PILIHAN RAYA BANDARAN
Kerjasama UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
UMNO Kuala Lumpur – Dato Abdul Razak Yahya
MCA Selangor – Ong Yoke Lin Memenangi 9 daripada 12 kerusi Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan
Raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama.
Kerjasama UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
UMNO Kuala Lumpur – Dato Abdul Razak Yahya
MCA Selangor – Ong Yoke Lin Memenangi 9 daripada 12 kerusi Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan
Raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama.
PILIHANRAYA BANDARAN
Pilihanraya Umum pada tahun 1955
Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang dianggotai oleh pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai tinggi British.
Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) yang dianggotai oleh pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai tinggi British.
Pilihanraya Umum 1955
Manifesto parti Perikatan ialah:
• Mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun
• Mewajibkan pendidikan • Mewajibkan perkhidmatan awam bercorak tempatan • Menjaga hak asasi manusia • Melindungi hak raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
5.2.2 PERIKATAN SERTA PILIHAN RAYA BANDARAN NEGERI, DAN MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN 1955
5.2.2 PERIKATAN SERTA PILIHAN RAYA BANDARAN NEGERI, DAN MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN 1955
Parti yang bertanding Jumlah kerusi yang ditandingi
Jumlah kerusi yang dimenangi
Parti Perikatan 52 51
Parti Negara 30 0
Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) 11 1
Liga Melayu Perak (LMP) 9 0
Malayan Party 3 0
Parti Buruh 2 0
People’s Prgressive Parti (PAP) 18 0
Bebas 18 0
2. Keputusan Pilihan Raya 1955:
Sambungan…
Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock tidak menyangka Parti Perikatan mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Pertama Tahun 1955
APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMENANGAN PARTI PERIKATAN KETIKA ITU?
Sikap tolak ansur parti-parti yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihanraya
Kebijaksanaan pemimpin parti berunding untuk menyelesaikan masalah politik
Kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik negara
Kesepakatan untuk menolak pengaruh Parti Komunis Malaya
Semangat untuk mencapai kemerdekaan yang berkobar-kobar
Manifesto pilihanraya yang dapat diterima umum
Parti Perikatan dalam usaha ke arah kemerdekaan
RUNDINGAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Anggota Rombongan Kemerdekaan ke London
Wakil Raja-raja Melayu Wakil Parti Perikatan
Dato’ Panglima Bukit GantangDato’ Nik Ahmed KamilEncik Abdul Aziz MajidDato’ Mohd. Seth
Tunku Abdul RahmanDr. Ismail Abd RahmanDato’Abdul Razak HusseinKolonel H.S. Lee
Rombongan terdiri daripada empat wakil Raja-raja Melayu, empat wakil Parti Perikatan (kerajaan) dan empat wakil pentadbiran British di Tanah Melayu.
Pengerusi - Lord Lennox-Boyd, iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British.
Dari 18 Jan hingga 8 Feb 1956 Sebuah suruhanjaya bebas untuk mengkaji perlembangan telah dibentuk.
British bersetuju memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman membuat pengisytiharan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka.
Tunku Abdul Rahman diarak di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 bagi mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu
SURUHANJAYA REID
Dipengerusikan Oleh Lord Reid Ahli-ahlinya terdiri daripada: - Sir Ivor Jonnings (UK) - Sir William McKell (Australia) - B.Malik (India) - Hakim Abdul Hamid ( Pakistan) Tugas: -Untuk mensyorkan satu perlembagaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu
Suruhanjaya Reid
1.Ketua Negara adalah Yang diPertuan Agung 2.Raja sebagai ketua di negeri masing-masing. 3.Keistimewaan orang Melayu dijamin oleh
Perlembagaan. 4.Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. 5.Kebebasan beragama bagi orang bukan Islam terjamin.
antara asas perlembagaan yang dipersetujui:
Bersidang 118 kali Menerima 130 Memorandum -memorandum terbaik daripada Parti
Perikatan dan MRR Bantahan daripada parti-parti politik, orang
perseorangan Kemuncak bantahan>Kongres Kebangsaan
Melayu 1957
Rang Perlembagaan
. Menurut Dato’Onn: “ saya meminta kepada tiap-tiap orang melayu yang benar-benar kasih dan sayang kepada kaum bangsa dan negerinya supaya memikirkan perkara ini dengan halus dan teliti supaya di belakang hari umat melayu yang ada pada hari ini tidak akan disumpah oleh cucu-cicit dengan sebab tidak sedar kepada tanggungan kita pada masa ini dengan mempersetujukan dan meluluskan perubahan pada masa akan datang yang sudah tentu akan menghapuskan kekuatan dan kedudukan orang melayu di Negara yang dikatakan Semenanjung Tanah Melayu, di negeri yang diakui oleh Parti Perikatan sendiri umat melayu dikatakan ialah Bumiputera.”
Penentangan terhadap memorandum perikatan
Dalam surat persendiran Hassan Adli, Kongres PAS 1962-1964, beliau mengatakan: “ Bahasa negeri ini adalah Negeri Melayu dan hak BANGSA MELAYU yang telah lama dibuktikan oleh sejarah dan diakui oleh undang-undang dari satu masa ke satu masa, adalah tugas Suruhanjaya itu menetapkan bahawa KEDUDUKAN BANGSA MELAYU DI NEGERI INI IALAH MERDEKA MEMPUNYAI KEDAULATAN MUTLAK DI DALAMNYA. Bahawa persamaan hak dan kerakyatan jus soli yang dituntut oleh orang dagang itu dengan alasan bahawa itu adalah hak asasi manusia tidaklah boleh dijadikan sandaran dalam hal negeri ini...sebab kebanyakan mereka bukanlah rakyat negeri ini.”
Pemerintahan bercorak demokrasi berparlimen 4 ciri utama: 1. Peruntukan untuk Ketua Negara Ketua Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka ialah
Yang di-Pertuan Agong yang dilantik dalam kalangan 9 raja-raja melayu
2.Peruntukan bagi Ketua Kerajaan Ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana
Menteri yang dilantik dalam kalangan parti yang mempunyai bilangan ahli yang terbanyak dalam Dewan Rakyat
3.Peruntukan kewarganegaraan pemberian kewarganegaraan dibuat berasaskan perkara-perkara 5
perkara. 4.Peruntukan Bahasa bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu.
Ciri-Ciri Perlembagaan
Pengisyitiharan Kemerdekaan
31 Ogos 1957Stadium Merdeka
Perdana Menteri pertamaTunku Abdul Rahman
Stadium MerdekaBendera Persekutuan
Tanah Melayu dinaikan buat pertama kalinya
kemerdekaan di Tanah Melayu dicapai bukan dengan cara yang mudah tetapi berlaku secara berperingkat –peringkat
Uniknya, kemerdekaan ini dicapai dalam keadaan yang aman dan melalui rundingan
dapat kita konklusikan bahawa peristiwa kemerdekaan itu memberi banyak pengajaran kepada kita dan kita seharusnya belajar dari sejarah itu.
Kesimpulan
Nilai dan pengajaran
1. Belajar bagaimana untuk menghargai apa yang kita telah miliki
2. mengenang jasa para pemimpin yang terdahulu
3. pentingnya perpaduan kaum untuk mewujudkan sebuah Negara yang merdeka dan bersatu.
4. menanamkan semangat cintakan tanah air atau semangat nasionalisme
5. kesabaran itu sangat penting untuk mencapai apa yang diingini.