proses pelaksanaan projek 2

14
PROSES PELAKSANAAN PROJEK Dalam merancang idea sesuatu projek, perkara pertama yang harus dititik beratkan adalah menetapkan matlamat atau idea utama projek tersebut. Hal ini adalah bagi memastikan murid tahu dan jelas dengan matlamat yang ingin dicapai melalui pelaksanaan aktiviti dan memberi fokus utama kepada tugasan tersebut. Dalam kerja kursus ini, kami telah memilih untuk mengadakan satu program lawatan sambil belajar iaitu Program Menelusuri Sejarah Negara yang berlangsung di Melaka Bandaraya Bersejarah. Pemilihan Negeri Melaka sebagai tempat lawatan adalah kerana disebabkan beberapa faktor antaranya kerana tahap kesedaran sejarah masih kurang dalam diri pelajar dan kami menjangkakan perubahan tempat akan memberikan satu dimensi serta suasana baru yang boleh membuka mata dan minda pelajar. Di samping itu, hal ini memberikan gambaran tentang kemajuan negara yang perlu dipertingkatkan lagi bagi generasi-generasi akan datang dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang sejarah yang berlaku di negara serta memenuhi kehendak bagi semua kumpulan murid berdasarkan minat mereka. Faktor pemilihan tempat adalah kerana Melaka kaya dengan tinggalan sejarah dan menjadi tempat bermulanya kesultanan Melayu serta banyak lagi faktor-faktor yang lain. Membawa murid-murid ke Melaka adalah satu pilihan yang baik kerana Melaka merupakan tempat yang menarik dan kaya dengan keunikan budaya serta mempunyai pelbagai tempat bersejarah untuk dilawati. Pastinya memberi pengalaman manis di samping menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan subjek Sejarah dengan bimbingan guru-guru yang turut serta dalam lawatan tersebut. Perkara kedua yang ditekankan dalam proses pelaksanaan projek adalah memberi peranan. Di samping melawat kawasan-kawasan bersejarah di sekitar Melaka mereka perlu diberi tugasan agar mereka tidak terpesong daripada tujuan asal program tersebut diadakan. Guru perlu menentukan peranan pelajar supaya mereka memahami dan menghubung-kait serta mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan kehidupan sebenar. Selain itu, peserta juga dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang kejadian bersejarah di Melaka dengan membayangkan mereka berada di tempat dan peristiwa yang berlaku tersebut. Guru perlu menerangkan secara jelas apakah tugasan yang mereka perlu lakukan. Penerangan perlulah diberikan secara jelas bagi mengelakkan kekeliruan dan disampaikan dalam bentuk yang senang dan mudah difahami oleh murid. Contohnya, semasa berlangsungnya program lawatan tersebut, murid dikehendaki

Upload: muhammad-faiz-rahim

Post on 10-Apr-2016

18 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Pelaksanaan Projek 2

PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Dalam merancang idea sesuatu projek, perkara pertama yang harus dititik beratkan adalah menetapkan

matlamat atau idea utama projek tersebut. Hal ini adalah bagi memastikan murid tahu dan jelas dengan

matlamat yang ingin dicapai melalui pelaksanaan aktiviti dan memberi fokus utama kepada tugasan

tersebut. Dalam kerja kursus ini, kami telah memilih untuk mengadakan satu program lawatan sambil

belajar iaitu ‘Program Menelusuri Sejarah Negara’ yang berlangsung di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Pemilihan Negeri Melaka sebagai tempat lawatan adalah kerana disebabkan beberapa faktor antaranya

kerana tahap kesedaran sejarah masih kurang dalam diri pelajar dan kami menjangkakan perubahan

tempat akan memberikan satu dimensi serta suasana baru yang boleh membuka mata dan minda

pelajar.

Di samping itu, hal ini memberikan gambaran tentang kemajuan negara yang perlu

dipertingkatkan lagi bagi generasi-generasi akan datang dan memberi pendedahan kepada pelajar

tentang sejarah yang berlaku di negara serta memenuhi kehendak bagi semua kumpulan murid

berdasarkan minat mereka. Faktor pemilihan tempat adalah kerana Melaka kaya dengan tinggalan

sejarah dan menjadi tempat bermulanya kesultanan Melayu serta banyak lagi faktor-faktor yang lain.

Membawa murid-murid ke Melaka adalah satu pilihan yang baik kerana Melaka merupakan tempat yang

menarik dan kaya dengan keunikan budaya serta mempunyai pelbagai tempat bersejarah untuk

dilawati. Pastinya memberi pengalaman manis di samping menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan

subjek Sejarah dengan bimbingan guru-guru yang turut serta dalam lawatan tersebut.

Perkara kedua yang ditekankan dalam proses pelaksanaan projek adalah memberi peranan. Di

samping melawat kawasan-kawasan bersejarah di sekitar Melaka mereka perlu diberi tugasan agar

mereka tidak terpesong daripada tujuan asal program tersebut diadakan. Guru perlu menentukan

peranan pelajar supaya mereka memahami dan menghubung-kait serta mengaplikasikan teori yang

dipelajari dengan kehidupan sebenar. Selain itu, peserta juga dapat menerangkan dengan lebih

terperinci tentang kejadian bersejarah di Melaka dengan membayangkan mereka berada di tempat dan

peristiwa yang berlaku tersebut.

Guru perlu menerangkan secara jelas apakah tugasan yang mereka perlu lakukan. Penerangan

perlulah diberikan secara jelas bagi mengelakkan kekeliruan dan disampaikan dalam bentuk yang senang

Page 2: Proses Pelaksanaan Projek 2

dan mudah difahami oleh murid. Contohnya, semasa berlangsungnya program lawatan tersebut, murid

dikehendaki untuk menyalin ataupun mencari maklumat berkaitan dengan tempat yang mereka lawati.

Hasil daripada maklumat yang diperoleh tersebut, guru boleh menyuruh murid-muridnya membuat

projek lain contohnya membuat buku skrap tentang tempat bersejarah di Melaka dan sebagainya.

Seterusnya, guru boleh mengaitkan projek yang perlu mereka lakukan itu dengan kepentingan mereka

menghargai sejarah tanah air dan berusaha mengekalkan kemerdekaan negara.

Perkara ketiga pula adalah kumpulan sasar. Dalam projek ini guru telah menetapkan kumpulan

sasar mereka iaitu 40 pelajar darjah empat dari Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai. Guru akan

membahagikan pelajar-pelajar tersebut kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan mereka

bergerak mencari maklumat. Hal ini juga akan memudahkan mereka membuat pembahagian tugas.

Murid seramai 40 orang dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan yang

berbeza-beza. Contohnya, kumpulan satu mencari maklumat berkaitan kaum ataupun bangsa terawal

yang mendiami Melaka, manakala kumpulan kedua mencari maklumat tentang pedagang-pedagang

yang menjalankan hubungan dengan kerajaan Melaka, kumpulan tiga mencari maklumat sistem

pemerintahan awal kerajaan Melaka dan kumpulan lain juga turut diberikan soalan-soalan yang

berkaitan dengan sejarah awal kerajaan Melayu Melaka. Hasil kerja yang dibuat perlu dikongsi dan

dibentangkan kepada kawan-kawan mereka yang lain.

Seterusnya, perkara keempat adalah guru perlu mereka bentuk satu set aktiviti yang menjurus

kepada soalan kerangka kurikulum, isi kandungan dan hasilan projek. Seperti mana yang kita ketahui

guru adalah pemudah cara kepada murid-muridnya. Soalan-soalan yang diberikan perlulah jelas dan

menjurus kepada hasilan projek agar mereka tidak terpesong jauh dari objektif pelaksanaan projek.

Contohnya, bagi soalan sistem pemerintahan awal kerajaan Melaka guru menyuruh murid-murid

tersebut menjelaskan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan pada ketika itu dan menyenaraikan

sultan-sultan yang pernah memerintah negeri Melaka. Selepas itu, guru perlu menentukan bentuk atau

jenis hasilan yang akan dilakukan. Hasilan projek itu boleh dilakukan sama ada dalam bentuk buku skrap,

buku, artikel, multimedia dan lain-lain lagi.

Akhir sekali, guru perlu menentukan pentaksiran yang digunakan oleh guru dan pelajar untuk

menilai keperluan, menentukan matlamat, memantau perkembangan, memberi maklum balas,

membuat refleksi ke atas keseluruhan kitaran pembelajaran. Contohnya, refleksi kendiri. Guru

memantau perkembangan murid untuk memastikan mereka berada pada landasan yang betul. Setiap

perbincangan dan gerak kerja yang dilakukan pelajar perlu disemak dan ditambah baik sekiranya perlu

Page 3: Proses Pelaksanaan Projek 2

melalui bimbingan yang berterusan. Guru-guru menilai kerja sama dalam kalangan murid untuk

menyiapkan projek dan menilai ciri-ciri kepimpinan serta cara mereka menyelesaikan masalah yang

berlaku sepanjang mendapatkan maklumat dan menyiapkan projek tersebut. Seterusnya yang terakhir

adalah pentaksiran guru. Guru perlu menggunakan rubrik pemarkahan untuk menilai persembahan

murid. Markah diberi berdasarkan hasil kerja yang telah disiapkan oleh murid.

Goal Matlamat

Role Peranan

Audience Kumpulan sasar

Set of task Tugasan dan penyelesaian

Product Hasil

Evaluation Pentaksiran

Page 4: Proses Pelaksanaan Projek 2

KERTAS KERJA

PROGRAM MENELUSURI SEJARAH NEGARA

PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4

KE MELAKA

TARIKH: 5-7 SEPTEMBER 2015

ANJURAN

PANITIA SEJARAH

SK BUKIT PANTAI, BANGSAR, KUALA LUMPUR

Page 5: Proses Pelaksanaan Projek 2

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH NEGARA KE MELAKA

1.0 PENDAHULUAN

Program Menyelusuri Sejarah Negara pelajar-pelajar Tahun 4 ke Melaka terdiri daripada

40 orang pelajar dan 2 orang guru Sejarah. Matlamat program ini dilaksanakan adalah

untuk melahirkan pelajar-pelajar yang memahami dan menghayati Sejarah negara yang

terdapat di negeri Melaka selaras memenuhi sukatan kandungan bagi mata pelajaran

Sejarah Tahun 4.

Dalam usaha mencapai matlamat ini, panitia sejarah mengambil inisiatif untuk

mengadakan lawatan ilmiah ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan

bidang Sejarah. Oleh yang demikian, Melaka menjadi destinasi pilihan kerana terdapat

banyak tempat-tempat menarik yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman

baru dalam bidang Sejarah sepanjang tempoh program ini.

2.0 RASIONAL PROGRAM

a. Tahap kesedaran dalam diri masih boleh dibentuk dan dibina untuk melahirkan pelajar

yang proaktif dalam tindakan mereka.

b. Perubahan tempat memberikan satu suasana baru dan membuka minda terhadap

pelajar-pelajar.

c. Memberikan gambaran kemajuan negara yang perlu dipertingkatkan lagi bagi generasi-

generasi yang akan datang.

d. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang sejarah yang berlaku di negara serta

memenuhi kehendak bagi semua kumpulan murid berdasarkan minat.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

a. Peserta boleh menerangkan dengan lebih terperinci tentang kejadian bersejarah di

Melaka.

b. Peserta boleh mengaplikasikan teori yang dipelajari di sekolah dengan kehidupan

sebenar.

Page 6: Proses Pelaksanaan Projek 2

c. Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada murid dalam mata

pelajaran Sejarah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

40 orang murid Tahun 4. (Rujuk Lampiran 1)

5.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 5hb September 2015 hingga 7hb September 2015

Hari : Jumaat hingga Ahad

Tempat : Melaka

Jadual Lawatan : Rujuk Lampiran 2

6.0 KEWANGAN – SUMBER PENDAPATAN

Bil Perkara Kos Seunit Jumlah

1. Peruntukan Daripada PIBG

Sekolah

RM 3,000 RM 3,000.00

2 Sumbangan daripada Encik

Fauzan Bin Ahmad (ayah

peserta program)

RM 2,000 RM 2,000.00

Jumlah keseluruhan RM 5, 000.00

7.0 KEWANGAN – ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PENDAPATAN

7.1 Perbelanjaan mengikut keperluan

Page 7: Proses Pelaksanaan Projek 2

8.0 PENILAIAN

Sepanjang program berlangsung, murid-murid akan diberikan misi yang mesti dilaksanakan di

tempat-tempat lawatan dan soalan-soalan yang perlu dijawab tentang tempat lawatan dalam

kumpulan. Setiap misi dan jawapan akan dikutip oleh di akhir lawatan dan akan dinilai. Misi

yang berjaya dilaksanakan berdasarkan kehendak soalan dan soalan yang berjaya dijawab

akan mendatangkan markah kepada kumpulan tersebut. Kumpulan yang berjaya akan diberi

hadiah di akhir lawatan.

9.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat menaikkan lagi semangat para pelajar dan mendorong mereka

kepada kecemerlangan yang berterusan. Selain itu program ini yang banyak menerapkan nilai-

Bil Perkara Pengiraan Kos Perkepala Kos Keperluan Jumlah

1. Penginapan di

Melaka RM 20 X 2 hari = RM 40RM 40 X 40

orangRM 1, 600.00

2. Bas RM 350 sehari RM 350X 3 hari RM 1,050.00

3. Makanan 5/9/15 = RM 12 sehari

6/9/15 = RM 12 sehari

7/9/15 = RM 12 sehari

RM 36 X 40

orangRM 1,440.00

4. Tiket RM 1 (Muzium Samudera)

+

RM 8 (Taming Sari) +

RM 5 (M. Sjrh & Ethno)

RM 14 X 40

orangRM 560.00

5. Ubat-ubatan

dan belanja

rencam

Panadol Actifast

Beg plastik

Ubat tahan muntah

Minyak angin

Persediaan kecemasan.

RM 245.00

Jumlah Keseluruhan RM 4,895.00

Page 8: Proses Pelaksanaan Projek 2

nilai Sejarah diharapkan dapat membantu murid menguasai dan menambah minat mereka

terhadap mata pelajaran Sejarah.

Disediakan oleh

………………………………..

(MUHAMMAD ASYRAF SAFWAN BIN AHMAD ZUKRI)

Guru Sejarah SK Bukit Pantai

Disemak oleh

………………………………………

(MUHAMMAD FAIZ HATIM BIN RAHIM)

Ketua Panitia Sejarah SK Bukit Pantai.

Diluluskan oleh :

………………………….

(ANGELINE ANAK STEPHEN)

Guru Besar,

SK Bukit Pantai.

Page 9: Proses Pelaksanaan Projek 2

LAMPIRAN 1*Senarai nama peserta program..

LAMPIRAN 2

JADUAL PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH NEGARA KE MELAKA.

Tarikh Masa Aktiviti

5.9.2015

(Jumaat)

8.30 pagi Sarapan

9.00 pagi Bertolak ke Melaka

1.00 tengahari Solat Jumaat di Masjid Terapung, Selat Melaka

2.30 petang Makan tengahari

3.00 petang Bertolak ke Zoo Melaka

6.00 petang

Bertolak balik ke tempat penginapan

Solat asar

Makan malam

7.15 petang Solat Maghrib

8.00 malam Bertolak Jonker Street Melaka

9.30 malam Bertolak balik ke tempat penginapan

10.00 malam Taklimat aktiviti esok

11.00 malam Tidur

Tarikh Masa Aktiviti

15.10.2015

(Sabtu)

8.00 pagi Sarapan

8.30 pagi Bertolak ke Bandar Hilir, Melaka

9.30 pagi Bertolak ke Perigi Hang Li Poh

12.00 tghri

Bertolak ke Pantai Klebang

Makan tengahari

Rehat

1.30 tengahariBertolak ke Masjid Terapung, Selat Melaka

Solat Jama’ Taqdim Zohor dan Asar

2.00 petang Bertolak ke

Muzium TLDM

Page 10: Proses Pelaksanaan Projek 2

Kota A-Famosa

Muzium Sejarah dan Ethnografi

5.00 petang

Bertolak ke Galeri Laksamana Cheng Ho

Bangunan Stadhuys

Menara Taming Sari

Gereja St. Paul.

7.00 petang Bertolak ke Pusat Kraftangan Dataran Pahlawan

8.00 petangBergerak ke Perkarangan River Cruise

Makan malam dan rehat

9.00 malamBergerak ke Masjid Kampung Hulu (Masjid Tertua)

Solat Jama’ Takhir

Tarikh Masa Aktiviti

7.9.2015

(Ahad)

7.30 pagi Sarapan

8.30 pagi Bertolak ke Taman Rama-Rama

11.00 pagi Makan tengahari

12.00 tghri Bertolak balik ke SK Bukit Pantai

4.00 petang Dijangka tiba di SK Bukit Pantai

Page 11: Proses Pelaksanaan Projek 2

SURAT KEBENARAN

SK BUKIT PANTAI,53000 BANGSAR, KUALA LUMPUR

PENGAKUAN KEBENARAN IBU/BAPA/PENJAGA

Saya …………………………………………………….yang beralamat

…………………………………………………………………………..

adalah ibu/bapa/penjaga kepada pelajar yang bernama ………………

…………………………………………………………………………

Tahun ………………………

Dengan ini, saya membenarkan / tidak membenarkan anak/jagaan saya turut serta;

Program: PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH NEGARATempat: MELAKATarikh : 5-7 SEPTEMBER 2015

Saya faham pihak penganjur boleh mengambil sebarang bentuk/langkah keselamatan

yang sewajarnya. Dengan ini saya memberi pengakuan TIDAK AKAN membuat tindakan

undang-undang atau mahkamah atau mahkamah terhadap tuan, penganjur atau sesiapa yang

ada kaitan dengan aktiviti ini atas apa-apa kemalangan, kematian dan lain-lain berlaku di dalam

perjalanan pergi dan balik sepanjang program ini. Saya memberi kebenaran kepada pihak tuan

atau penganjur atau wakilnya memberi apa-apa rawatan atau tindakan terhadap anak/jagaan

jika perlu.

PEGESAHAN PENGETUA & COP SEKOLAH

--------------------------------

----------------------------------------------(Tandatangan IBU/BAPA/PENJAGA)Nama:……………………………………..No. Kad Pengenalan:……………………No. Telefon (HP):………………………(R)……………………..(O)…………………Tarikh :………………….

Page 12: Proses Pelaksanaan Projek 2

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ibu Pejabat Polis Melaka, Ruj kami : SKBP/T/13/003/004/ Jld.8 ( )Jalan Air Keroh Lama, Tarikh : 20 Ogos 201575450, Melaka,Malaysia.

Tuan,

PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH NEGARA MURID-MURID TAHUN 4 DI MELAKA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan seramai 40 orang murid Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai , dan 2 orang guru pengiring akan mengadakan program tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 5 hingga 7 September 2015.Tempat : Seluruh Negeri Melaka.

3. Pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Kuala Lumpur ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat menjalankan pemantauan keselamatan para peserta sepanjang program tersebut dijalankan serta mengendalikan kes-kes kecemasan, sekiranya perlu.

4. Bersama ini disertakan senarai nama peserta program dan jadual aktiviti untuk rujukan pihak tuan.

Kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………………(ANGELINE ANAK STEPHEN)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai,Bangsar,59990 Kuala Lumpur.

Page 13: Proses Pelaksanaan Projek 2

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Pengarah Hospital Melaka, Ruj kami : SKBP/T/13/003/004/ Jld.8 ( )Jalan Mufti Haji Khali, Tarikh : 20 Ogos 201575400 Melaka , Malaysia.

Tuan,

PROGRAM MENYELUSURI SEJARAH NEGARA MURID-MURID TAHUN 4 SK BUKIT PANTAI DI MELAKA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan seramai 40 orang murid sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, dan 2 orang guru pengiring akan mengadakan Program Sukan Rekreasi seperti ketepatan berikut:

Tarikh : 5-7 September 2015Tempat : Seluruh Negeri Melaka.

3. Pihak Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Kuala Lumpur ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat menjalankan pemantauan keselamatan para peserta sepanjang program perkhemahan dijalankan serta mengendalikan kes-kes kecemasan, sekiranya perlu.

4. Bersama ini disertakan senarai nama peserta program dan jadual aktiviti untuk rujukan pihak tuan.

Kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.Sekian

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………………(ANGELINE ANAK STEPHEN)Guru Besar ,Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai,Bangsar,59990 Kuala Lumpur.