protokol dan-etiket-majlis-rasmi
TRANSCRIPT
PENDAHULUAN
Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun samada dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu.
Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis. Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu majlis.
Jenis-jenis Majlis Rasmi
1. Majlis Penuh IstiadatIstiadat pertabalan, penganugerahan darjah kebesaran,
menyampaikan surat tauliah dan mengangkat sumpah oleh menteri.
2. Majlis Rasmi dan FormalMajlis jamuan makan malam yang diberi oleh Perdana Menteri untuk
seseorang ketua negara asing.
3. Majlis Rasmi tetapi Tidak FormalMajlis yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan teh
sempena hari kebangsaan.
4. Majlis Tidak Rasmi tetapi FormalDianjurkan oleh pihak swasta yang memerlukan protokol seperti
perasmian sesebuah bangunan oleh Perdana Menteri atau Menteri.
5. Majlis Tidak Rasmi dan Tidak FormalSeperti hari keluarga sesebuah agensi kerajaan atau swasta.
ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL
1. Jawatankuasa2. Tempat majlis3. Penyediaan senarai jemputan 4. Aturcara majlis
1
ASAS PROTOKOL DAN ETIKET MAJLIS RASMI
5. Kesesuaian pakaian dalam majlis 6. Penulisan dan pengedaran Kad Jemputan 7. Pemilihan Menu 8. Susunan keutamaan 9. Panggilan hormat10.Susunan tempat duduk 11.Pengacaraan Majlis Formal12.Penyediaan aturcara pentadbiran13.Peranan penyambut tetamu14.Raptai 15.Nilai-nilai Islam 16.Post-Mortem
ELEMEN PENTING ETIKET
1. Cita Rasa Berpakaian2. Kesesuaian Pakaian dalam Pelbagai Situasi3. Penampilan dan Pengayaan Diri4. Kesopanan dalam Pertemuan dan Perkenalan5. Kesopanan dalam Perbualan Sosial6. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Berdiri7. Kesopanan Menghadiri Majlis Jamuan Ringan Secara Duduk8. Kesopanan dalam Majlis Buffet9. Adab Makan Pelbagai Kaum di Malaysia10.Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Rumah)11.Kesopanan Tuan Rumah dan Kesopanan Tetamu (Majlis di Luar Rumah)12.Menghadiri Pelbagai Majlis Formal13.Mengenali Peralatan Jamuan14.Cara Menghidang15.Tertib di Meja Makan
ANTARA ELEMEN PENTING ETIKET
1. TERTIB PERKENALAN
a) Prinsip Perkenalan• Perkenalkan lelaki kepada wanita.• Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang
lebih penting.• Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkatnya kepada
orang yang lebih tinggi pangkatnya.• Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih
tua.
b) Keberkesanan dalam perkenalan
2
• Kedua pihak bersedia untuk memperkenalkan dan untuk menerima perkenalan.
• Sebut nama dengan jelas dan betul.• Perlakuan yang tertib.• Pandang ke arah mata orang yang akan diperkenalkan.• Jika terlupa nama orang yang akan diperkenalkan, sebaik-
baiknya akui.• Perkenalkan diri sendiri terlebih dahulu.• Elakkan perbuatan seperti menepuk bahu dengan kuat atau
menggenggam dengan kuat.• Bercakaplah dengan perlahan tetapi jelas.
b.) Tertib Memperkenalkani) Izinkan saya memperkenalkan ...............ii) Puan..........inilah Encik..............iii) Boleh saya memperkenalkan ...................
c.) Cara Menjawab Yang Sopani) Apa Khabar ?ii) Bertuah dapat berkenalan!iii) Hello!
d.) Larangan Semasa Menjawab Perkenalani) Elakkan bertanya tentang asal usul tempat / daerah / bangsa
/ agama.ii) Elakkan bertanya tentang pangkat atau kursus.iii) Elakkan bercakap kasar dan meninggikan suara.iv) Elakkan menjeling dan menoleh ke tempat lain.v) Elakkan memandang jijik kepada orang yang
diperkenalkan.vi) Elakkan memberi senyuman sinis / tidak ikhlas.
2. BERJABAT TANGAN (BERSALAM)
a. Pelbagai cara• Kasar dan agresif• Mengawal• Hujung jari sahaja• Tarik• Sejuk• Erat dan mesra
b. Perkara-perkara negatif semasa bersalam• Pengangan yang longgar menunjukkan kurang minat atau
sambil lewa.• Hujung jari menunjukkan dingin, separuh berminat dan
kurang penting.
3
• Tiada kontak mata menunjukkan tidak penting / kurang suka dan tidak berminat.
• Genggam dengan kuat menunjukkan dendam dan perasaan marah.
• Enggan bersalam menunjukkan rasa tidak menerima atau membenci.
Perempuan hendaklah menghulurkan tangan dahulu. Tempoh adalah mengikut keadaan . Dalam keadaan biasa, kira-kira lima saat. Sekiranya tidak mahu bersalam, memadai dengan menundukkan kepala dan letakkan tangan di belakang. Tidak perlu menggunakan pelapik seperti tudung / sapu tangan untuk bersalam.
3. PERBUALAN SOSIAL
a.) Contoh tajuk perbualan sosial yang sesuai adalah seperti berikut:- Hobi. Sukan. Muzik. Rancangan Televisyen. Pakaian. Menanam bunga (Gardening). Makanan. Pengembaraan. Kesenian. Cuaca.
b.) Contoh tajuk perbualan sosial yang tidak sesuai • Perbualan peribadi.• Fahaman politik.• Keagamaan.• Peperangan.
c) Tertib perbualan sosial Kedua-kedua pihak berminat. Pandang ke arah orang yang bercakap. Dengar dengan teliti. Bercakap dengan nada yang biasa. Tempoh bercakap berpadan (tidak terlalu lama). Bercakap secara bersahaja. Beri laluan kepada yang mendengar untuk bercakap. Berbual dengan seberapa ramai yang boleh dalam sesuatu
kumpulan.
4. TATAHIAS PAKAIAN DAN GAYA
4
Kepentingan Tatahias
Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis tersebut. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentuk imej:-
i. Imej organisasi di mana ianya berkhidmat .ii.Imej peribadi.
a) Kesesuaian pakaian wanita
Perkara seperti berikut harus diberi perhatian :-• Elakkan daripada memakai kain berkilat / berkilau
pada siang hari.• Elakkan daripada memakai satu warna sahaja.• Jangan melebihi empat warna pada satu masa• Pilihan warna kain hendaklah berasaskan kepada
warna kulit dan bentuk badan.• Jangan terikut-ikut fesyen yang mungkin tidak sesuai.• Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap tetapi tidak
jarang.• Bila menggunakan alat solek, jangan keterlaluan.• Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat.• Rambut hendaklah tersisir rapi.• Semua bahagian rambut tertutup dan diikat kemas jika
memakai tudung.• Jika memakai mini telengkong, warna tudung
hendaklah bertentangan dengan warna baju.• Bila gunakan sarung kaki pilih warna ‘skin colour’• Corak fabrik tidak lebih dari empat warna.• Hindarkan daripada memakai anting-anting labuh,
rantai tangan yang berloceng yang akan membuat bunyi apabila anda berjalan.
• Jauhi daripada memakai baju yang banyak rupol (frills) ataupun berbunga besar.
• Perhiasan hendaklah yang minima dan bukan menjolok mata.
• Jangan memakai gelang tangan dan jam tangan ditangan yang sama.
b) Kesesuaian Pakaian Lelaki
• Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher.• Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher
(kecuali butang kolar).
5
• Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang.• Memakai tali leher hanya dengan kemeja lengan
panjang• Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke
bahagian kepala tali pinggang.• Sesuaikan warna tali leher dengan baju.• Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak.• Badan kurus dan gempal hendaklah memakai singlet• Sesuaikan warna stoking dengan seluar.• Kasut hendaklah bersih dan berkilat.• Stoking putih tidak sesuai dalam majlis.• Gunakan ‘cologne’ dan deodoron yang kembut. Jika
bergaul dengan orang ramai sapukan ‘cologne’ di kedua belah bahu.
• Pakai singlet jika memakai bush-jacket tetapi jangan sampai kelihatan singlet tersebut.
• Seluar dan bush-jacket hendaklah sama warna dan bahan (material)
• Baju berwarna putih sebagai pilihan pertama.Lain-lain warna tanpa corak (light and plain) sebagai pilihan kedua.
• Baju hendaklah sentiasa dimasukkan dalam seluar.• Elakkan dari memakai baju ketat yang boleh
menyulitkan pergerakan badan dan tangan.• Jangan memakai baju, seluar dan stoking corak/jenis
berjalur keseluruhannya.• Seluar jangan terlalu labuh hingga memecah lantai
ataupun singkat hingga kelihatan tergantung. Jangan memakai seluar yang ketat (drainpipe).
• Stokin berwarna putih tidak sesuai dengan pakaian pejabat melainkan berpakaian putih / berpakaian sukan.
• Kasut bersukan walaupun mahal, tidak ada tempat dalam urusan rasmi.
5. KESESUAIAN PAKAIAN BAGI PELBAGAI MAJLIS ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
6
Majlis
1) Bankuet Negara atau Negeri
2) Jamuan Makan Malam Rasmi oleh Ketua Negara atau Ketua Kerajaan
3) Jamuan Makan Malam Formal
Perempuan
Baju Kurung Atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
a) Baju Kurung berselendang
b) Baju Kebaya Labuh Berselendang
a) Baju Kurungb) Baju Kebaya Labuh
Lelaki
Mess Kit/White Tie/Baju Kebangsaan Rasmi dengan Darjah Kebesaran
a) Baju Kebangsaan Hitam
b) Black Tie
a) Baju Kebangsaan b) Lounge Suit
4) Jamuan Makan Malam Tidak Formal
5) Jamuan Makan Tengahari Rasmi
6) Jamuan Makan Tengahari Tidak Rasmi
7) Jamuan Teh Rasmi
8) Pengumiaan Darjah Kebesaran
9) Istiadat Pertabalan
10) Hari Ulang Tahun Kemerdekaan
11) Pembukaan Persidangan Parlimen
12) Mengadap Tuanku
Baju Melayu Moden
a) Baju Kebayab) Baju Kurung
Baju Melayu Moden
a) Baju Kurungb) Baju Kebaya Labuh
Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
a) Baju Kebayab) Baju Kurung
Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
Baju Batik Lengan Panjang
a) Baju Batik Lengan Panjang
b) Lounge Suitc) Pakaian Kerja
Baju Batik Lengan Panjang
a) Baju Batik Lengan Panjang
b) Lounge Suitc) Pakaian Kerja
a) Baju Batik Lengan Panjang
b) Lounge Suitc) Pakaian Kerja
a) Pakaian Istiadat b) Baju Kebangsaan
Rasmi
a) Baju Batik Lengan Panjang
b) Bush-Jacketc) Pakaian Kerja
a) Pakaian Istiadat b) Baju Kebangsaan
7
13) Cocktails dan Receptions
14) Musabaqah
15) Pengebumian
16) Majlis Anjuran Agensi (siang)
17) Majlis di Luar Dewan seperti Perasmian Sukan
18) Anugerah Sastera Negara dan Anugerah Seni
Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
a) Baju Kebayab) Baju Kurung
Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak sedondon
Pakaian Kerja
Baju Kurung
Baju Kurung atau Kebaya Labuh, berselendang dan tidak senonoh
Rasmi
a) Lounge Suit Gelap dan bersongkok
b) Baju Kebangsaan
a) Baju Batik Lengan Panjang
b) Lounge Suit
a) Baju Kebangsaanb) Baju Batik Lengan
Panjangc) Lain-lain Pakaian
yang sesuai
Baju Kebangsaan
Pakaian Kerja
Baju Batik Lengan Panjang
a) Baju Kebangsaan Hitam
b) Lounge Suit warna gelap
6. HIASAN
Barang-barang kemas samada tulen atau tiruan seperti subang, gelang tangan, rantai tangan, jam, cincin, dan rantai leher memang perlu dipakai. Kesederhanaan adalah yang paling sesuai dan ia adalah sebahagian daripada pakaian yang menambah seri. Oleh yang demikian, hendaklah dipadankan dengan baju yang dipakai. Elakkan memakai terlalu banyak hiasan.
a) Tali Pinggangi) dari jenis kulit, PVC, kain atau besi yang sesuai
8
b) Selendang dan Skafi) dipakai dengan pakaian kurang formal atau formal seperti
di majlis rasmi dengan cara disangkutkan di bahu.ii) Dipakai di majlis keagamaan dan dalam menziarahi
kematian-selendang menutupi seluruh kepala.
c) Beg Tangan
Beg yang sesuai mengikut keadaan seperti :-i) Kegunaan harian di pejabat.ii) Kegunaan pelbagai.iii) Kegunaan majlis rasmi.
7. MINYAK WANGI
Pilihan yang lembut, supaya ia tidak melemaskan atau memeningkan
a) Minyak wangi tuleni) Adalah pekat dan hendaklah dipakai sedikit sahaja.
b) Eau de toilettei) Air kolon yang kurang pekat dan lebih murah. Ia perlu
dipakai beberapa kali sehari kerana baunya tidak pekat.c) Semburan badan
i) Ini adalah bau-bauan yang sangat ringan dan tidak pekat.
8. KESIHATAN, KEBERSIHAN, DAN KEKEMASAN
Aspek ini amat penting, ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya.
Antara perkara-perkara yang dimaksudkan ialah :
a) Bahagian kepala dan muka• Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga.• Misai dan janggut diurus dengan baik.• Bulu hidung tidak kelihatan liar.• Gigi sentisa bersih.• Pernafasan tidak berbau.
b) Bahagian badan dan tangan• Badan tidak berbau.• Baju tidak ada tanda tercarik.• Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan
kolar.• Baju kelihatan tidak bergosok (iron).
9
• Kuku jari dipotong tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit.
• Kulit di lengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit atau bersisik.
c) Bahagian punggung dan kaki• Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron)• Seluar tidak kelihatan tercarik.• Tidak berstokin.• Memakai stokin lebih daripada hadnya harinya.• Bagi wanita, jangan pakai stokin berwarna perang atau
berbunga.• Kasut kelihatan kelabu.• Kasut coklat kelihatan hitam.• Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah “worn-
out”.
ASPEK-ASPEK PENGURUSAN PELBAGAI MAJLIS RASMI ATAU FORMAL
JAWATANKUASA
Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting. Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini bukanlah jawatankuasa yang ditubuhkan khas untuk sesuatu majlis atau jawatankuasa yang ditubuhkan secara 'adhoc', tetapi satu jawatankuasa tetap yang mempunyai ahli yang terhad bilangannya dan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.
Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi atau 'Official Functions' Committee '. Di peringkat agensi maka adalah perlu mempunyai satu jawatankuasa majlis rasmi yang tetap yang akan merancang dan melaksanakan semua majlis rasmi bagi agensi berkenaan. Bilangan ahlinya terhad, jika boleh tidak melebihi dari tujuh orang, dan terdiri daripada pegawai di agensi yang berkenaan sahaja.
TEMPAT MAJLIS
Penentuan tempat majlis adalah perlu dibuat awal kerana tempat majlis ada kaitannya dengan bilangan tetamu dan anggaran perbelanjaan. Perkara-perkara penting yang mesti diambilkira adalah seperti berikut:
i). Diketahui umum dan mudah dituju
ii). Mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi
10
iii). Mempunyai ruang legar yang luas
iv). Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
v). Sesuai dengan jenis majlis yang hendak diadakan
Ada majlis yang diadakan di dalam dewan dan ada majlis yang diadakan di luar dewan yang lebih terbuka. Penggunaan protokol adalah tertakluk kepada jenis majlis dan juga tempat majlis itu diadakan. Biasanya majlis yang diadakan di tempat yang terbuka dan juga di tempat ibadat penggunaan protokol adalah terhad dan adakalanya terpaksa diubahsuai.
PENYEDIAAN SENARAI JEMPUTAN
Bagi setiap majlis. hendaklah disediakan dalam 5 bentuk iaitu:
i) Ringkasan Senarai Ia merupakan senarai kategori dan bilangan tetamu. Tujuannya
adalah supaya dapat diketahui kategori tetamu, bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu.
ii) Senarai Nama
Senarai Nama adalah senarai yang akan menyenaraikan nama-nama tetamu mengikut kategori. Jika dalam kategori menteri ada senarai 4 orang menteri maka nama 4 orang
menteri yang akan dijemput hendaklah ditulis. Senarai nama ini bukanlah setakat nama sahaja tetapi hendaklah mengandungi butir lain yang lengkap seperti:
• Nama penuh dengan gelaran dan Darjah Kebesaran yang disandang (jika ada)
• Nama isteri (jika diketahui) • Jawatan atau pangkat • Alamat Pejabat (lengkap dengan poskod) • Nombor Telefon Pejabat • Alamat Rumah (lengkap dengan poskod)• Nombor Telefon Rumah• Nama Setiausaha Sulit dan Nombor Telefon (jika ada)
iii) Senarai Mengikut Keutamaan Senarai tetamu dari senarai kedua tadi disusun mengikut
susunan keutamaan. Senarai ini hendaklah mengikut panduan dan Susunan Keutamaan Persekutuan atau negeri, atau
agensi mana yang berkenaan. Dalam menyediakan senarai ini tidak perlu ditulis secara terperinci dan memadai namanya sahaja serta ringkasan jawatan.
11
iv) Senarai Jawapan Kehadiran
Senarai ini adalah sama dengan senarai ketiga tetapi ditambah dengan dua ruangan di sebelah kanan untuk ditandakan hadir dan tidak hadir. Ruang ini hendaklah serta-merta ditandakan, sebaik sahaja menerima jawapan hadir atau tidak hadir.
v) Senarai HadirSenarai yang terakhir dan mengandungi senarai tetamu
yang menjawab hadir sahaja. Senarai ini adalah diambil dari senarai keempat dengan mengeluarkan nama- nama tetamu yang telah menjawab tidak hadir. Nombor kerusi tetamu biasanya tercatit dalam senarai ini dan . Penyambut tetamu perlu ada senarai ini.
ATURCARA MAJLIS
Aturcara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga akhir. Majlis rasmi kerajaan yang diadakan pada sebelah malam hendaklah dimulakan selepas 8.00 malam dan ditamatkan selewat-lewatnya jam 11.30 malam. Majlis yang diadakan pada sebelah siang jika hari Jumaat hendaklah ditamatkan sebelum 12.15 tengahari dan jika dimulakan pada sebelah petang hendaklah tidak lebih awal daripada 2.45 petang.
Cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya mengjkut urutannya. Lepas itu letakkan masa akhirnya dan kemudian dari waktu akhir rnembawa ke waktu permulaan. Sebelum itu hendaklah ditentukan jangka masa bagi setiap acara.
PENULISAN DAN PENGEDARAN KAD JEMPUT AN
Kad Jemputan hendaklah mengandungi butir-butir berikut:
1. Nama majlis 2. Penganjur atau yang menjemput 3. Logo agensi 4. Tempat majlis 5. Ruang nama jemputan 6. Tarikh majlis diadakan 7. Masa majlis bermula dan masa majlis berakhir 8. Masa ketibaan tetamu 9. Panduan pakaian 10.Nama dan nombor telefon rujukan11.Aturcara majlis (mengikut keperluan) dan plan tempat majlis (mengikut
keperluan) 12.Kad jawapan (mengikut keperluan) 13.Plan Lokasi (mengikut keperluan)
12
Nama tetamu di kad jemputan hendaklah ditulis dengan tangan manakala sampulnya ditaip dan diedarkan 4 minggu sebelum majlis diadakan dan tarikh jawapan diterima ialah seminggu sebelum majlis diadakan. Jika masa lewat iaitu kurang dari dua minggu kad-kad jemputan hendaklah dihantar dengan tangan.
PEMILIHAN MENU
Terdapat tiga kategori jamuan iaitu:-
a) Jamuan ringan dalam sesuatu majlis Jamuan ringan dalam sesuatu majlis ialah jamuan yang diadakan
di pertengahan majlis ataupun di penghujung majlis. Biasanya diadakan di penghujung majlis. Jika majlis
mengambil masa yang lama maka diadakan jamuan ringan di pertengahan majlis iaitu masa rehat. Menu bagi jamuan ini tidak perlu berat dan jenisnya pula mengikut cara jamuan itu diadakan samada buffet berdiri, buffet duduk atau duduk.
Bagi Buffet berdiri menu yang disediakan hendaklah yang senang dimakan. Makan yang berbungkus tidak sesuai. Cara buffet duduk boleh terdiri daripada jenis makanan yang susah sedikit untuk dimakan clan berat sedikit kerana tetamu senang untuk makan dan berasa selesa.
b) Majlis khas jamuan ringan Majlis khas jamuan ringan biasanya diadakan secara duduk dan
dengan itu boleh disediakan menu yang lebih berat dan jenis buffet. Walau bagaimanapun kombinasi kuih muih hendaklah mengikut prinsip; manis-pedas, berbungkus-terbuka, warna-warni, keras-
lembut dan sebagainya.
c) Jamuan makan Menu bagi majlis jamuan makan pula terbahagi kepada dua iaitu
Menu Biasa dan Menu Barat. Makanan China atau "Chinese food" tidak sesuai bagi majlis rasmi dan formal sebab cara menghidangnya sukar mengikut amalan protokol di Malaysia.
Menu Biasa yang mengandungi nasi dan lauk pauk adalah sesuai untuk majlis yang tetamunya ialah orang-orang tempatan manakala Menu Barat hanya digunakan apabila
terdapat ramai tetamu luar negeri atau majlis tersebut khas diadakan untuk tetamu luar negeri.
SUSUNAN KEUTAMAAN
Dari segi protokol, keutamaan yang perlu diikuti dalam majlis rasmi dan formal ialah keutamaan yang diwartakan sebagai Susunan Keutamaan Persekutuan dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan dari semasa ke
13
semasa. Di peringkat negeri pula hendaklah mematuhi Susunan Keutamaan Negeri yang berkenaan. Susunan ini hendaklah diamalkan di semua majlis formal seperti aturan ketibaan dan balik, tempat duduk, teks juruacara, teks ucapan clan lain-lainnya.
1. Yang di-Pertuan Agong. 2. Raja Permaisuri Agong.3. Raja-raja dan Pemangku-Pemangku Raja4. Yang di-Pertua Negeri-Negeri. 5. Bekas-bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan DiRaja
daripada Kerajaan Persekutuan. 6. Perdana Menteri. 7. Timbalan Perdana Menteri
Kehormat- 7A. Bakal-bakal Raja (Tengku Mahkota atau Raja Muda) 8. Ahli-ahli Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.). 9. Ahli-ahli Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.). 10.Ahli-ahli Seri Setia Mahkota (S.S.M.).
Kehormat-10A. Dato-Dato Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan Tengku Besar Tampin, Negeri Sembilan.11.Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan. 12.Yang di-Pertua Dewan Negara. 13.Yang di-Pertua Dewan Rakyat. 14.Bekas-bekas Perdana Menteri. 15.Bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri. 16.Ahli-ahli Jemaah Menteri. 17.Setiausaha Jemaah Menteri/Ketua Setiausaha Negara.
Kehormat-17 A. Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. 18.Peguam Negara. 19.Panglima Angkatan Tentera. 20.Ketua Polis Negara. 21.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 22.Timbalan- Timbalan Menteri. 23.Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat. 24. Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta Besar, Menteri-Menteri Yang
Mutlak, Pemangku- Pemangku Pesuruhjaya Tinggi dan Kuasa-Kuasa Usaha. 25.Presiden Mahkamah Rayuan. 26.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya.27.Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak28.Ketua Pembangkang di Parlimen. 29.Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan30.Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan. 31.Setiausaha-Setiausaha Parlimen. 32.Bekas Ketua Setiausaha Negara. 33. Pegawai-pegawai Gred Utama Turus I, II den III. 34.Bekas Peguam Negara, Bekas Panglima Angkatan Tentera den Bekas
Ketua Polis Negara. 35.Pengerusi-Pengerusi Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah
Perlembagaan Persekutuan. 36.Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.
14
37.Pengerusi Tribunal Perkhidmatan Awam. 38.Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Kehakiman. 39.Ketua Audit Negara. 40.Gabenor Bank Negara. 41.Datuk Bandar Kuala Lumpur. 42.Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan. 43.Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 44.Penyimpan Mohar Besar Raja-Raja. 45.Datuk Paduka Maharaja Lela. 46.Ahli-ahli Panglima Mangku Negara (P.M.N.). 47.Ahli-ahliPanglima Setia Mahkota (P.S.M.).48.Profesor-Profesor Diraja. 49.Ahli-ahli Panglima Jasa Negara (P.J.N.)50.Ahli-ahli Panglima Setia Diraja (P.S.D.).
Kehormat-50A. Timbalan- Timbalan Menteri Besar/Timbalan- Timbalan Ketua Menteri.
Kehormat-50B. Speaker Dewan-Dewan Undangan Negeri. 51.Ahli-ahli Dewan Negara. 52.Ahli-ahli Dewan Rakyat. 53. Pegawai-pegawai Gred Utama 'A' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis
yang setaraf dengannya. 54.Panglima Tentera Darat. 55.Panglima Tentera Laut. 56.Panglima Tentera Udara. 57.Timbalan Ketua Polis Negara. 58.Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. 59.Naib-Naib Canselor Universiti.
Kehormat-59A. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri danMenteri Negeri di Sabah/Sarawak. 60. Pegawai-pegawai Gred Utama 'B' dan pegawai-pegawai Tentera dan Polis
yang setaraf dengannya. 61. Pengerusi-Pengerusi Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan Ketua-Ketua
BadanBerkanun Persekutuan yang setaraf dengan Gred Utama 'B' dan ke atas.
Kehormat-61 A. Penerima Anugerah 'Fellow' Negara. 62.Wakil-wakil Tempatan Bangsa-Bangsa Bersatu. 63. Pegawai-pegawai Gred Utama 'C', Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan
Ketua-Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. Kehormat-63A. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
64.Ahli-ahli Johan Mangku Negara (J.M.N.). 65.Ahli-ahli Johan Setia Mahkota (J.S.M.).66.Ahli-ahli Johan Setia Diraja (J.S.D.). 67. Pegawai-pegawai Gred I, Pegawai-pegawai Tentera dan Polis dan Ketua-
Ketua Badan Berkanun Persekutuan yang setaraf dengannya. 68.Setiausaha-Setiausaha Politik. 69. Pegawai-pegawai Gred II den Pegawai-pegawai Tentera den Polis yang
setaraf dengannya. 70. Konsul-Konsul Besar negara-negara yang tiada perwakilan diplomatik di
Malaysia.
15
PANGGILAN HORMAT
Panggilan Lelaki/Suami Perempuan/Isteri
Panggilan
Seri Paduka Baginda (SPB)
Duli Yang Maha Mulia (DYMM)
Yang Amat Mulia
Tuan Yang Terutama (TYT)
Yang Amat Berhormat (YAB)
Yang Berhormat (YB)
Yang Behormat (YB)
Yang Amat Arif(YAA)
Yang di-Pertuan Agong
Sultan/YangDipertuan
Besar/Raja Negeri-Negeri
Anak-Anak Raja Yang
Memerintah
Yang Dipertua Negeri
Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Menteri
Besar / Ketua Menteri
Menteri /Timbalan Menteri
/ Setiausaha Parlimen
Yg Dipertua Dewan Negara dan Rakyat/
Timbalan Yg Dipertua Dewan /
Ahli Dewan Negara / Ahli Dewan Rakyat /
Ahli Dewan Undangan Negeri
Ketua Hakim Negara
Raja Permaisuri Agong
Sultanah/ Tengku Ampuan/ Tuanku
Ampuan
Anak-anak Raja Yang
Memerintah
Isteri Yang Dipertua Negeri
Isteri
Isteri
Isteri
Isteri
SPB
DYMM
YAM
Yang Amat Berbahagia
(YABhg)
Yang Amat Berbahagia
(YABhg)
YBhg.
YBhg
YBhg
16
Yang Arif (YA)
Yang Berbahagia (YBhg)
Yang Amat Berbahagia
(YABhg.)
Yang Berbahagia (YBhg.)
Yang Berbahagia (YBhg.)
Yang Mulia(YM)
Tuan
Sahibul Samahah
Sahibul Fadilah
Yang Berbahagia (YBhg)
Yang Berusaha
Yang Dihormati
Hakim Besar/Hakim Mahkamah Agung/ Mahkamah Tinggi
Peguam Negara
Tun
Tan Sri
Dato’/Datuk
Tengku/Raja/Ungku/
Tunku/Ku
Syed/Sheikh/Haji
Mufti
Kadi Besar / Kadi
Profesor
Prof. Madya / Pegawai tiada
gelaran
Mahasiswa
Isteri
Isteri
Toh Puan
Puan Sri
Datin
Tengku/Raja/Ungku/
Tunku/Ku
Syarifah/Siti/Hajjah
-
-
-
-
-
YBhg
YBhg
YABhg.
YBhg.
YBhg
YM
Puan / Cik
-
-
-
-
-
SUSUNAN TEMPAT DUDUK
17
Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan keutamaan yang diwartakan. Jika majlis diadakan di negeri dan tetamunya pula terdiri daripada tetamu persekutuan dan negeri maka satu persetujuan hendaklah dicapai antara Protokol Persekutuan dan Protokol Negeri mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan. Dalam apa jua majlis kecuali Majlis Konvokesyen Universiti dan jamuan makan tetamu yang duduk di pentas atau meja khas hendaklah dihadkan.
Penentuan Susunan Tempat Duduk
1. Bentuk-bentuk susunan tempat duduk.2. Susunan Keutamaan3. Dif-dif paling hampir sekali dengan Tetamu Khas ialah dif terkanan.
Kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas.4. Susunan tempat duduk di pentas dan dif-dif hendaklah mengikut
kekananan.5. Pentas utama – acara perasmian dsb.6. Majlis jamuan rasmi7. Jumlah ganjil atau genap8. Hadkan 3 , 5 , 7 | 4 , 6 , 89. Perhatian berpusat ke Tetamu Kehormat10.Dif yang paling hampir dengan Tetamu Khas ialah dif yang paling utama
sekali.11.Keutamaan bermula dari kanan tetamu kehormat.
4 Prinsip Susunan
Prinsip 1
SUSUNAN HENDAKLAH MENGIKUT KEUTAMAAN
1. Susunan tempat duduk sama ada di pentas khas atau di tempat para jemputan ianya hendaklah mengikut Susunan Keutamaan.
2. Jika jemputan tanpa isteri, keutamaan di pentas khas bermula dari kanan Tetamu Khas diikuti dengan kiri, balik ke kanan, ke kiri dan seterusnya berselang seli.
3. Bagi jemputan bersama isteri, kekananan bermula dari kanan Tetamu Khas membawa ke tepi (suami/lelaki) dari kiri isteri Tetamu Khas membawa ke tepi (isteri/perempuan)
Prinsip 2
JUMLAH DIF DI PENTAS KHAS HENDAKLAH TERHAD
1. Jemputan seorang – jumlahnya angka ganjil 5, 7 dan 9.2. Jemputan dengan isteri – jumlahnya angka genap 6, 8, 10 dan 12
Perinsip ini diwujudkan bertujuan untuk memberi penghormatan dan tumpuan kepada mereka yang berkenaan/berkaitan sahaja
18
Prinsip 3
TUAN RUMAH ATAU ‘HOST’ DUDUK DI SEBELAH KANAN TETAMU KEHORMAT
Tuan Rumah biasanya dikenali sebagai orang yang menjemput atau bertanggungjawab menganjurkan sesuatu majlis atau upacara.
Prinsip 4
ISTERI DUDUK DI SEBELAH KIRI SUAMI
1. Prinsip ini adalah amalan biasa dalam apa jua majlis apabila para jemputan dijemput bersama isteri.
2. Kedudukan isteri sama ada majlis siang atau malam ialah isteri duduk di sebelah kiri suami kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.
Kekananan Bagi Empat Orang
Kekananan Bagi Empat Orang Dengan Isteri
33 11 22 44
PENTAS
33 11 22 44
PENTAS
19
Kekananan Bagi Lima Orang
Kekananan Bagi Enam Orang Dengan Isteri
Bentuk Susunan Meja Majlis Jamuan
Terbahagi kepada 4:
1. Susunan Meja Panjang2. Susunan Meja Bulat3. Susunan Meja Gabungan Meja Panjang dan Meja Bulat4. Susunan Meja Gabungan Meja Bulat dan Meja Panjang
• 3 Prinsip Susunan
Prinsip 1
44 22 33 55
PENTAS
11
33 11 22 44
PENTAS
55 66
20
Tetamu Kehormat hendaklah duduk di sebelah kanan Tuan Rumah sekiranya setaraf kecuali Tetamu Kehormat itu jauh lebih tinggi atau jauh lebih rendah dari Tuan RumahPrinsip 2
Susunan dif-dif meja utama / khas hendaklah mengikut susunan keutamaan
Prinsip 3
Wanita tidak duduk di hujung meja khas / diRaja.
Prinsip Am Meja Jamuan
• Tuan Rumah di sebelah kiri Tetamu Kehormat yang lebih tinggi dan sebaliknya sekiranya setaraf
• Wanita tidak duduk di hujung meja diRaja/khas• Wanita tidak duduk mengetuai meja-meja panjang• Meja bulat hendaklah penuh kecuali dihadiri oleh SPBYDA/Raja-raja, dua
kerusi di hadapannya hendaklah dikosongkan dan meja berhampiran diubahsuai untuk elak tetamu lain membelakangi tetamu utama
PENGACARAAN MAJLIS FORMAL
Terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini dan tidak semua orang boleh menjadi juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis.
Juruacara tidak boleh menjadi Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi juruacara. Teks juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan kertas separuh A4 dan satu muka surat hanya dimuatkan satu pengumuman sahaja. Setiap pengumuman pula mengandungi butir-butir berikut:-
1. MASA (anggaran) 2. CUE (panduan bagi juruacara) 3. ANN (teks pengumuman)
Gaya dan isi teks juruacara adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis yang berkenaan. Setiap majlis mesti disediakan dua juruacara (seorang sebagai simpanan). Teks juruacara hendaklah disediakan oleh pihak penganjur.
PENYEDlAAN ATURCARA PENTADBIRAN
Aturcara pentadbiran adalah merupakan aturcara majlis yang ditulis secara terperinci dengan tujuan:-
21
• sebagai panduan untuk pegawai yang mengendalikan majlis tersebut • sebagai panduan kepada semua pegawai dan pekerja yang terlibat dalam
majlis tersebut • untuk menentukan majlis berjalan dengan licin dan mengikut lunas-lunas
protokol yang diterima • untuk mengawal masa • untuk menjadi panduan masa akan datang • sebagai rekod
Aturcara pentadbiran yang baik mengandungi butir-butir berikut;
1. Masa 2. Tempat3. Keterangan yang merupakan urutan acara secara terperinci (aktiviti)4. Pegawai yang bertanggungjawab (tindakan)
Selain daripada aturcara pentadbiran, 'Check List' hendaklah juga disediakan bagi membantu melicinkan pengendalian majlis berkenaan.
PERANAN PENYAMBUT TETAMU
Berikut ialah panduan bagi penyambut tetamu dalam majlis :-
1. Maklumat Penyambut hendaklah mengetahui maklumat keraian yang sedang
diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian tersebut diadakan.
2. Aturcara Keraian Yang Berkenaan Penyambut mestilah mengetahui aturcara keraian yang berkenaan
terutamanya waktu yang ditetapkan bagi tetamu sampai dan balik.
3. Susunan Tempat Duduk Penyambut hendaklah tahu susunan tempat duduk keseluruhannya
supaya senang untuk memandu atau menunjukkan tempat duduk tetamu yang berkenaan.
4. Kawasan Yang Diuntukkan Penyambut hendaklah mahir dengan tempat dan kawasan yang
diuntukkan baginya menyambut.
5. Tempat- Tempat Penting Penyambut hendaklah mengetahui tempat-tempat yang penting
seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan lain-lain.
6. Senarai Tetamu Yang Dijemput
22
Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya mengenali tetamu tersebut.
7. Senarai Tetamu Khas
Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai tetamu khas yang akan disambut hendaklah juga diketahui dengan lancar.
8. Pakaian Penyambut Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai
mengikut keraian yang sedang dijalankan. Pakaian terdedah bagi perempuan adalah tidak sesuai.
9. Cara Menyambut Tetamu hendaklah disambut dengan hormat dan berikan buku
aturcara jika ada. Tunjukkan tempat duduk secara hormat.
10.Mengenali Tetamu Seboleh-bolehnya penyambut hendaklah kenal dengan tetamu
yang disambut. Jika tidak kenal hendaklah bertanya dengan cara hormat.
11. Ketibaan Penyambut Penyambut hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa tetamu
dijangka tiba. Penyambut hendaklah melaporkan diri kepada Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai tetamu yang dikhaskan untuknya.
12. Pertanyaan dan Teguran Jika ada apa-apa pertanyaan dimajukan, jawablah dengan sopan. Jika
ada teguran dari tetamu yang kurang senang didengar, hendaklah mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut sendiri kurang pasti.
13. Kesulitan Jika menghadapi kesulitan atau masalah hendaklah segera merujuk
kepada Pegawai Bertugas. Dengan itu penyambut tetamu mestilah mengetahui Pegawai Bertugas pada masa itu.
14. Mudah Senyum Penyambut hendaklah mudah senyum.
RAPTAI
23
Raptai amatlah penting bagi sesuatu majlis walaupun majlis tersebut merupakan majlis ulangan (selalu diadakan) dan hendaklah diadakan beberapa kali mengikut keperluan. Tujuan raptai ialah:
i) Supaya mereka yang terlibat tahu akan tugas dan tanggungjawabnya.
ii) Untuk menentukan urutan majlis.iii) Untuk menentukan jangka masa yang tepat. iv) Untuk memperbaiki kelemahan yang ada. v) Untuk penyelarasan acara. vi) Untuk membiasakan petugas-petugas dengan keadaan
tempat.
NILAI-NILAI ISLAM
Majlis yang diadakan hendaklah menggambarkan hasrat kerajaan mengenai Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam sejajar dengan Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
POST-MORTEM
Post-Mortem diadakan selepas selesai sesuatu majlis bagi mengukur tahap kejayaan majlis. Post-Mortem juga diadakan untuk mencari punca kelemahan serta cara-cara mengatasinya bagi majlis yang akan datang. Post-Mortem tidak akan mendapat kerjasama dari pihak yang terlibat seandainya digunakan untuk mencari kesalahan seseorang.
24