proton perdana.docx

7
Proton Perdana (generasi pertama) Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Untuk seluruh model kereta Proton Perdana, sila lihat Proton Perdana . Generasi pertama Proton Perdana Pengilang Proton Pengeluaran 1994–2010 Pengganti Generasi kedua Proton Perdana Kelas Saiz sederhana Stail badan Sedan berpintu empat Reka letak FF Enjin 4G63 DOHC I4 2.0 liter 6A12 DOHC V6 2.0 liter Penghantaran Automatik 4 kelajuan Manual 5 kelajuan Jarak roda 2,635 mm (103.7 in) (Standard) Panjang 4,640 mm (182.7 in) (Standard) 4,890 mm (192.5 in) (Executive) 5,300 mm (208.7 in) (S. Limousine) 5,550 mm (218.5 in) (E. Limousine) Lebar 1,730 mm (68.1 in)

Upload: azizul-anwar

Post on 18-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Proton Perdana (generasi pertama)Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Untuk seluruh model kereta Proton Perdana, sila lihatProton Perdana.Generasi pertama Proton Perdana

PengilangProton

Pengeluaran19942010

PenggantiGenerasi kedua Proton Perdana

KelasSaiz sederhana

Stail badanSedanberpintu empat

Reka letakFF

Enjin4G63DOHCI42.0 liter6A12DOHCV62.0 liter

PenghantaranAutomatik4 kelajuanManual5 kelajuan

Jarak roda2,635mm (103.7in) (Standard)

Panjang4,640mm (182.7in) (Standard)4,890mm (192.5in) (Executive)5,300mm (208.7in) (S. Limousine)5,550mm (218.5in) (E. Limousine)

Lebar1,730mm (68.1in)

Tinggi1,400mm (55.1in)

Berat Curb1,005kg (2,216lb) (Standard)

BerkaitMitsubishi EternaKia SephiaHyundai Sonata

Generasi pertama Proton Perdanaadalah kereta sedan bersaiz sederhana berpintu empat yang dihasilkan dari pengeluar kereta Malaysia,Proton. Ia dibina berasaskan Mitsubishi Galant Eterna generasi ketujuh, sebagai hasil daripada kejuruteraan lencana di antara Proton denganMitsubishiselepasProton SagadanProton Wira. Perdana generasi pertama mencipta jumlah jualan kira-kira 80,000 tempahan pada tahun1994-2010.Di bawah dasar automotif Malaysia, kereta rasmi kerajaan wajib daripada kalangan kereta kebangsaan. Memandangkan Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta kebangsaan yang menghasilkan kereta yang cukup besar bagi golongan atasan iaitu Perdana danWaja, Perdana dipilih sebagai kereta rasmi kerajaan bagi kegunaan para pegawai atasan termasuklahPerdana Menteri Malaysia. KecualiSarawak, Proton Perdana V6 Executive merupakan kereta rasmi yang digunakan.Isi kandungan[sorokkan] 1Perdana (1994-1997) 2Perdana V6 (1997-2010) 3Kegunaan rasmi kerajaan 4Kontroversi kos penyelenggaraan 5Lihat juga 6RujukanPerdana (1994-1997)[sunting|sunting sumber]Proton Perdana

PengilangProton

Pengeluaran19941997

PenggantiProton Perdana V6

KelasSaiz sederhana

Stail badanSedanberpintu empat

Reka letakFF

Enjin4G63DOHCI42.0 liter

PenghantaranAutomatik4 kelajuanManual5 kelajuan

Jarak roda2,635mm (103.7in) (Standard)

Panjang4,640mm (182.7in) (Standard)4,890mm (192.5in) (Executive)5,300mm (208.7in) (Standard Limousine)5,550mm (218.5in) (Executive Limousine)

Lebar1,730mm (68.1in)

Tinggi1,400mm (55.1in)

Berat Curb1,005kg (2,216lb) (Standard)

BerkaitMitsubishi EternaKia SephiaHyundai Sonata

Proton Perdana 1994-1997Proton memulakan operasi pada tahun 1985 sebagai pengeluar kenderaanMitsubishiyang mengalami kejuruteraan lencana. Kereta Proton terjual dengan banyaknya kerana mereka memanfaatkan kejuruteraan dan kebolehpercayaan kereta Mitsubishi yang begitu bagus. Daripada kejuruteraan lencana berkenaan, dilancarkanlahProton Sagapada tahun1985danProton Wirapada1993.Proton Perdana untuk kali pertama dilancarkan pada tahun 1994 untuk menyelamatkan nic segmen pasaran mewah Malaysia yang terdiri daripada kenderaan dengan sesaran enjin 2,000 cc dan ke atas. Perdana generasi pertama menggunakan enjin 4G63SOHC. Kereta tersebut merupakan model pertama Proton yang menawarkan sistem brek cegah kunci dan pengawal luncur. Model ini dibina berasaskan Mitsubishi Galant dan Hyundai Marcia. Perdana terbahagi kepada tiga varian, iaitu Perdana GLi (1994), Perdana SEi (1995), dan Perdana XLi (1996). Logo pertama Perdana pula dicontohi oleh Sublime Magazine.Perdana V6 (1997-2010)[sunting|sunting sumber]Proton Perdana V6

PengilangProton

Pengeluaran19972010

PendahuluProton Perdana

PenggantiProton Perdana

KelasSaiz sederhana

Stail badanSedanberpintu empat

Reka letakFF

Enjin6A12DOHCV62.0 liter

PenghantaranAutomatik4 kelajuanManual5 kelajuan

Jarak roda2,635mm (103.7in) (Standard)

Panjang4,640mm (182.7in) (Standard)4,890mm (192.5in) (Executive)5,300mm (208.7in) (Standard Limousine)5,550mm (218.5in) (Executive Limousine)

Lebar1,730mm (68.1in)

Tinggi1,400mm (55.1in)

Berat Curb1,005kg (2,216lb) (Standard)

BerkaitMitsubishi EternaKia SephiaHyundai Sonata

Proton Perdana V6 1997-2000

Proton Perdana V6 2000-2010Pada tahun 1997, Proton Perdana menggunakanenjin V62.0S 6A12. Sistem gantungannya turut ditala semula oleh Lotus untuk pengendalian yang lebih baik. Pada tahun2000, Perdana V6 diberikan gril baharu yang menyerupai gaya Alfa Romeo. Logo kedua Perdana mencontohi logo Kia Sephia. Terdapat juga versi mewah Proton Perdana V6 dengan tapak roda ditambah sebanyak 25 cm, dikenali sebagai Proton Perdana V6 Executive. Varian Executive ini dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE)[1], anak syarikat EON.[2]Dua varian Perdana V6 Limousine turut dikeluarkan oleh ACE dengan tambahan panjang masing-masing 66 cm dan 91 cm, serta dilengkapi lebih banyak ciri-ciri mewah daripada varian Executive.Kegunaan rasmi kerajaan[sunting|sunting sumber]Di bawah dasar automotif Malaysia, kereta rasmi kerajaan wajib daripada kalangan kereta kebangsaan. Memandangkan Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta kebangsaan yang menghasilkan kereta yang cukup besar bagi golongan atasan iaitu Perdana danWaja, Perdana dipilih sebagai kereta rasmi kerajaan bagi kegunaan para pegawai atasan termasuklahPerdana Menteri Malaysia. KecualiSarawak, Proton Perdana V6 Executive merupakan kereta rasmi yang digunakan.Kontroversi kos penyelenggaraan[sunting|sunting sumber]Kualiti buatan serta kos penyelenggaraan Perdana V6 Executive mula dipersoalkan berikutan satu kontroversi padaJulai2008apabila kerajaan negeriTerengganupimpinanBarisan Nasionalmembeli 14 buah keretaMercedes-BenzE200 Kompressor,[3]yang bertujuan untuk menggantikan kereta Perdana V6 Executive sedia ada sebagai kereta rasmi kerajaan negeri. Ketua SetiausahaNegeri Terengganu, Mokhtar Nong menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat berikutan kekurangan kebolehbergantungan Perdana, dengan mendakwa bahawa kereta-kereta Perdana tersebut memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi, terutamanya padatransmisi, semasa digunakan dalam perjalanan jauh. Dua daripada Perdana V6 tersebut memerlukan kos baik pulih masing-masing sejumlah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sejak 2004.Proton menafikan tuduhan kos penyelenggaraan yang tinggi oleh kerajaan negeri Terengganu, dengan mengatakan kos penyelenggaraan berkala (penggantian minyak enjin dan penapis minyak) bagi Perdana ialah sekitar RM200. Kontroversi tersebut telah menyebabkan timbul tuduhan mengenai penyelewengan penyelenggaraan oleh kerajaan Terengganu,[4]memandangkan kos penyelenggaraan berkala terkumpul pagi sebuah Perdana V6 biasa pada tempoh yang sama jauh lebih rendah seperti yang didakwa, serta berikutan tiada tuntutan waranti yang dibuat oleh kerajaan negeri sejakOktober2004bagi salah sebuah kereta yang rosak.Negeri Perakdi bawah kepimpinanPakatan Rakyatjuga menyatakan perkara yang sama mengenai Proton Perdana, dan seterusnya telah membeli kereta-kereta Toyota Camry bagi menggantikan Perdana. Adalah dikatakan bahawa selepas 3 tahun kos menservis kereta tersebut sangat tinggi, maka membeli Toyota Camry boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri. Kerajaan Pulau Pinang juga telah membuat kenyataan akan menggantikan kereta Perdana V6 sedia ada dengan kereta baharu jika perlu, dengan menyatakan perkara yang sama bagi kereta yang rosak, dengan kos baik pulih kereta yang rosak mencecah sehingga lebih kurang RM30,000.[5]Selangor juga telah melakukan perkara yang sama pada Januari 2009, dengan menggantikan kereta Perdana V6 dengan Camry. Kerajaan negeriSabahtelah membeli 38 buah keretaVolvoS80 sebagai pengganti kepada kereta Perdana sedia ada mereka