psikologi organisasi

5
Teori motivasi Maslow terhadap pekerja. Pengenalan Gibson, et. al. 1995, berpendapat bahawa motivasi adalah kekuatan yang mendorong seseorang timbulnya semangat untuk hidup atau melakukan sesuatu. Seperti motivasi dalam melakukan kerja ini dapat dilihat apabila prestasi seseorang pekerja itu akan meningkat jika pekerja tersebut mempunyai motivasi. Ini jelas menunjukkan bahawa kuat dan lemahnya motivasi kerja seseorang dengan menunjukkan tahap prestasi kerja yang baik. Menurut pendapat yang lain pula, Robbins (1998) berpendapat bahawa motivasi adalah tahap keupayaan yang tinggi untuk tujuan organisasi yang dapat di terjemahkan oleh kemampuan upaya untuk memenuhi sesuatu keperluan individu. Sesuai juga dengan pendapat Munandar (2001) iaitu motivasi adalah sesuatu proses di mana keperluan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu kegiatan yang membawa untuk mencapai tujuan tertentu. Apabila keperluan telah mencapai tahapnya secara automatiknya tahap kepuasan telah dapat dicapai. Dalam mencapai tahap kepuasan Maslow telah membahagiakan kepada beberapa tingkat yang perlu dicapai untuk menunjukkan tahap kepuasan pekerja itu sendiri. Antara tahap-tahap yang telah dibahagikan adalah yang paling penting adalah keperluan asas dan di ikuti keperluan keselamatan, keperluan bersosial, keperluan harga diri, keperluan kreativiti. Oleh itu, beberapa pendapat para ahli tersebut dapat disimpulkan bahawa motivasi kerja adalah dorongan yang tumbuh dalam diri seseorang. Motivasi ini perlu ada mahupun dalam dan luar diri seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan tinggi menggunakan semua kemampuan dan keterampilan yang dimiliki. Teori Motivasi Maslow 1. Keperluan asas. Keperluan asas ini merangkumi makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan pelbagai lagi. Keperluan asas ini perlu ada dalam diri setiap orang kerana ini menunjukkan

Upload: shamrin-bahrudin

Post on 22-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Teori Motivasi Maslow terhadap Pekerja

TRANSCRIPT

Page 1: Psikologi Organisasi

Teori motivasi Maslow terhadap pekerja.

Pengenalan

Gibson, et. al. 1995, berpendapat bahawa motivasi adalah kekuatan yang mendorong seseorang timbulnya semangat untuk hidup atau melakukan sesuatu. Seperti motivasi dalam melakukan kerja ini dapat dilihat apabila prestasi seseorang pekerja itu akan meningkat jika pekerja tersebut mempunyai motivasi. Ini jelas menunjukkan bahawa kuat dan lemahnya motivasi kerja seseorang dengan menunjukkan tahap prestasi kerja yang baik.

Menurut pendapat yang lain pula, Robbins (1998) berpendapat bahawa motivasi adalah tahap keupayaan yang tinggi untuk tujuan organisasi yang dapat di terjemahkan oleh kemampuan upaya untuk memenuhi sesuatu keperluan individu. Sesuai juga dengan pendapat Munandar (2001) iaitu motivasi adalah sesuatu proses di mana keperluan mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu kegiatan yang membawa untuk mencapai tujuan tertentu. Apabila keperluan telah mencapai tahapnya secara automatiknya tahap kepuasan telah dapat dicapai.

Dalam mencapai tahap kepuasan Maslow telah membahagiakan kepada beberapa tingkat yang perlu dicapai untuk menunjukkan tahap kepuasan pekerja itu sendiri. Antara tahap-tahap yang telah dibahagikan adalah yang paling penting adalah keperluan asas dan di ikuti keperluan keselamatan, keperluan bersosial, keperluan harga diri, keperluan kreativiti.

Oleh itu, beberapa pendapat para ahli tersebut dapat disimpulkan bahawa motivasi kerja adalah dorongan yang tumbuh dalam diri seseorang. Motivasi ini perlu ada mahupun dalam dan luar diri seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan tinggi menggunakan semua kemampuan dan keterampilan yang dimiliki.

Teori Motivasi Maslow

1. Keperluan asas. Keperluan asas ini merangkumi makanan, minuman, pakaian,

tempat tinggal dan pelbagai lagi. Keperluan asas ini perlu ada dalam diri setiap orang kerana ini menunjukkan keperluan seseorang mencukupi atau sebaliknya. Oleh itu, kebajikan pekerja itu perlu di jaga dalam aspek keperluan ini. Jika kurangnya keperluan ini akan menyebabkan pekerja akan hilangnya motivasi dan kurangnya kepercayaan diri terhadap organisasi tempat untuk bekerja. Sebagai contoh, organisasi tersebut tidak memberi rehat kepada para pekerja atau lambat memberi rehat kepada para pekerja dan ini akan menghilangkan fokus pekerja itu sendiri hingga akhirnya pekerja itu akan hilang motivasi untuk bekerja.

Page 2: Psikologi Organisasi

2. Keperluan keamanan. Keperluan keamanan ini merujuk kepada tahap keselamatan di

tempat kerja. Ini dapat dilihat keadaan tempat kerja yang tidak kondusif yang kurangnya ciri-ciri keselamatan dalam dan tempat kerja. Sebagai contohnya, jika berlakunya pergolakan di sesuatu tempat menyebabkan pekerja dalam sesuatu organisasi akan merasa tidak aman dan berada dalam ketakutan. Bukan itu sahaja, jika organisasi itu mengalami masalah sehingga diisytiharkan muflis maka pekerja tersebut akan merasa tidak aman dan akan mencari pekerjaan yang lain.

3. Keperluan bersosial Keperluan bersosial ini merangkumi pergaulan dan

kemasyarakatan. Dalam sesebuah organisasi keperluan bersosial ini merujuk kepada komunikasi pekerja sesama pekerja dan pekerja dengan ketua. Jika berlakunya masalah hubungan sesama pekerja dan ketua dengan pekerja akan membawa masalah terhadap organisasi kerana kurangnya komunikasi. Ini kerana komunikasi adalah medium yang sangat penting untuk mencapai tahap prestasi pekerja itu sendiri. Sebagai contoh, matlamat organisasi itu akan dapat dicapai jika hubungan sesama pekerja dan ketua dengan pekerja adalah baik.

4. Keperluan Harga Diri Keperluan Harga Diri merangkumi aspek keperluan untuk

mendapatkan kehormatan, penghormatan, pujian dan penghargaan. Ini dapat dilihat apabila seorang pekerja itu akan mendapat motivasi jika mendapat pujian atau penghargaan daripada majikan atau ketua. Sebagai contoh, seseorang pekerja mencapai tahap prestasi yang baik perlu diberikan penghargaan dan pujian kepada pekerja tersebut kerana pekerja tersebut akan dapat memberikan tahap prestasi yang baik dan matlamat sesebuah organisasi tersebut akan dapat dicapai.

5. Keperluan Kepuasan Diri. Keperluan Kepuasan Diri ini mencakupi keperluan untuk melakukan

pekerjaan sesuai dengan kemampuan yang dimiliki. Selain itu, seseorang pekerja akan menjadikan dirinya menjadi seorang yang kreatif dan perlu merealisasikan potensinya secara penuh. Sebagai contohnya, seseorang pekerja akan mendapat tahap kepuasan yang tinggi jika pekerja tersebut berjaya mencapai matlamatnya.

Kesimpulan

Motivasi kerja adalah keadaan fisiologi dan psikologi yang terdapat di dalam peribadi seseorang yang akan mendorong untuk melakukan sesuatu aktiviti tertentu untuk mencapai sesuatu matlamat. Pada dasarnya, motivasi kerja ini sangat diperlukan oleh individu untuk perkembangan di dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, dengan adanya teori seperti teori Maslow akan dapat membantu sesebuah organisasi untuk meningkatkan motivasi pekerja itu sendiri.

Page 3: Psikologi Organisasi

Rujukan

http://hillarypakpahan.blogspot.com/2013/06/motivasi-kerja-tugas-akhir-psikologi.html

http://piopkadm.blogspot.com/2013/03/motivasi.html

Tomas Chamorro-Premuzic,Personality and Individual Differences, 2011 The British Psychological Society Blackwell, United Kingdom.

Page 4: Psikologi Organisasi

Psikologi Organisasi (PI20503)

Tajuk: Teori Motivasi Maslow Terhadap Pekerja

Nama : Shamrin Bin Bahrudin

No. Matrik : BP12110325

Nama Pensyarah : Pn. Razima Binti Hanim Othman

Tutorial : Isnin, 9am-10am (BT4)