psk 3102

Upload: fazilaziz

Post on 02-Mar-2016

180 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PSK

TRANSCRIPT

PSK 3102 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

PSK 3102 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan2012

1.0 PENGENALAN

Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) mula diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah pada tahun 2005 iaitu di sekolah rendah dan juga menengah. Sebelum ini, Pendidikan Sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depan negara dalam mengharungi cabaran dalam era globalisasi.

1.1 KONSEP PSK

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan terdiri daripada dua komponen utama iaitu sivik dan kewarganegaraan. Seseorang perlu memahami pengertian kedua-dua komponen tersebut sebelum dapat memahami lebih lanjut berkenaan mata pelajaran ini. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Peranan utama guru adalah membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

1.2 OBJEKTIF AM

Secara umumnya, memandangkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja serta cabaran yang semakin hebat, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini adalah bersesuaian dalam memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui subjek ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik, boleh bekerjasama dengan orang lain, menghargai serta menghormati kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara seterusnya kepada masyarakat antarabangsa. Berasaskan penerapan nilai-nilai murni dan sejagat, bolehlah disimpulkan bahawa hasrat-hasrat murni yang telah disebutkan tadi sebagai objektif am bagi mata pelajaran PSK ini.

1.2 OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus PSK merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

1.2.1 OBJEKTIF PENGETAHUAN : i. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang kepada pembangunan watak yang mulia. ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarga yang bahagia. iii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni. iv. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara. vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.

1.2.2 OBJEKTIF KEMAHIRAN : i. Mengurus diri dengan baik dan bertanggungjawab. ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku. iii. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan dan masyarakat. iv. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan. v. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat. vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama. vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain.

1.2.3 OBJEKTIF NILAI : i. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri. ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga. iii. Menghormati kaum dan budaya lain. iv. Menyayangi alam sekitar. v. Menunjukkan semangat kekitaan. vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka. vii. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.

1.3 KANDUNGAN/SUKATAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Sukatan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan berfokuskan penerapan nilai-nilai murni dalam memberi kesedaran murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan hidup bernegara. Ini bertujuan melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Tema-tema yang telah dirancang di dalam sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Tema-tema yang telah tersedia di dalam sukatan ini ialah:- 1. Sayangi Diri 2. Sayangi Keluarga 3. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat 4. Kenali Budaya Malaysia 5. Malaysia Negaraku 6. Sedia Hadapi Cabaran

Sukatan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid. Sukatan Pelajaran PSK mengandungi tiga bahagian, iaitu Tema dan Tajuk, Hasil Pembelajaran dan Cadangan Aktiviti.

1.3.1 TEMA/TAJUK Bahagian ini mengandungi tema, tajuk pengajaran dan huraian tajuk pengajaran. Ini menentukan skop pengajaran bagi sesuatu tema mengikut tahun yang berkenaan.

1.3.2HASIL PEMBELAJARAN Hasil Pembelajaran ialah penerangan atau penyataan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diharap dapat dicapai oleh murid pada setiap tahun. Guru boleh mencerakinkan hasil pembelajaran ini dalam bentuk yang lebih spesifik bersesuaian dengan kandungan tema dan tajuk.

1.3.3 CADANGAN AKTIVITI Bahagian ini mengandungi aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran bagi tema dan tajuk berkenaan. Guru juga boleh menggunakan aktiviti lain asalkan sesuai dengan tajuk pengajaran dan mencapai hasil pembelajaran.

1.3.4 PROJEK KEWARGANEGARAAN Projek ini merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sekolah rendah. Aktiviti ini dijalankan di luar waktu sekolah. Murid perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Projek Kewarganegaraan harus dikait rapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah. Projek Kewarganegaraan ini diharap dapat menyediakan murid sebagai warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab. Guru harus memastikan murid menjalankan kerja projek ini mengikut tema yang ditetapkan.

1.4 STRATEGI, PENDEKATAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN

Dalam usaha menjadikan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai mata pelajaran menarik dan berkesan, pelbagai strategi, pendekatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran mesti digunakan. Contohnya kepelbagaian strategi harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan pengetahuan murid tentang isu sivik, menerapkan pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu.

Pelbagai pendekatan seperti induktif, elektif, tematif, pembelajaran masteri boleh digunakan oleh guru dalam memantapkan lagi penguasaan murid terhadap isi kandungan PSK serta nilai-nilai yang ingin diterapkan. Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran juga perlu sesuai dalam menarik minat murid. Ini termasuklah main peranan, lakonan dan juga projek di dalam mahupun di luar bilik darjah. Semua ini akan memudahkan lagi pencapaian objektif yang dirancang memandangkan kepelbagaian ini dapat menjadikan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan lebih menarik.

2.0Teori-Teori Pembelajaran Dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan satu pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan.Pendidikan sivik dan kewarganegaraan menekankan empat prinsip pendidikan yang penting iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know) belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together ) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be). Belajar untuk mengetahui membolehkan murid menguasai ilmu bagi membina perasaan dan tingkah laku sivik.Belajar untuk bertindak merujuk kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian murid yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.Belajar untuk membentuk peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani, intelek, fizikal, emosi dan sosial. Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat pelbagai kaum dapat dipupuk.Pendidikan sivik dan kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

2.1TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

TEORI KOGNITIFTEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

PEMPROSESAN MAKLUMAT HIERARKI PEMBELAJARANGAGNEPENEMUANBRUNERPENERIMAANAUSEBEL

KOGNITIF

Teori pembelajaran kognitif ialah perubahan proses mental yang berlaku secara aktif. Teori ini dibina berdasarkan beberapa prinsip iaitu pertama, otak manusia aktif berfikir untuk memahami persekitarannya. Kedua ialah pembelajaran dan perkembangan bergantung pada pengalaman individu, ketiga pelajar membina pengetahuan, bukannya merekod. Pengetahuan melibatkan aktiviti memberikan makna dalam pengalaman. Keempat ialah pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada pelajar. Kelima pula melibatkan pembelajaran meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai dan yang terakhir ialah pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas.Teori pembelajaran kognitif merupakan proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan, mengingat, dan menggunakan ilmu. Ahli psikologi kognitif memfokuskan kajian mereka terhadap proses aktif minda individu untuk memahami persekitarannya. Pakar pembelajaran kognitif juga berpendapat bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa yang mendorong seseorang itu belajar (Woolfolk, 1998).Pembelajaran melibatkan dua proses mental yang penting iaitu persepsi (pengamatan) dan pembentukan konsep (penanggapan). Gagne melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah individu memproses maklumat. Ausubel pula telah mengemukakan pembelajaran persepsi dan bermakna, seterusnya Bruner mengemukakan pembentukan konsep dan pembelajaran penemuan.

Terdapat lima model pembelajaran Kognitif iaitu ;-2.1.1 Model Geltalt2.1.2Model Ausubel 2.1.3 Model Brunner2.1.4Model Gagne2.1.1Gestalt merupakan pengkaji yang berasal dari Jerman yang membuat kajian ke atas seekor cimpanzi. Hasil kajian ini juga menghasilkan teori celik akal iaitu mendapat idea secara tiba-tiba atau juga dikenal sebgai pengalaman AhHa!. Bagi kes cimpanzi yang berada di dalam sangkar yang berusaha untuk mendapatkan pisang, kejayaan diperoleh apabila timbulnya idea secara tiba-tiba. Maka, cimpanzi dapat mengambil pisang dengan hasil idea yang timbul.2.1.2Yang kedua ialah teori pembelajaran Penerimaan Ausebel. David Ausebel merupakan seorang ahli psikologi Amerika (1918-2008). Teori ini mengambil kira pembelajaran individu dalam konteks sekolah atau bilik darjah. Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui penggunaan bahan yang bermakna. Bahan yang dimaksudkan boleh dalam bentuk teks atau penyampain guru. Ini membolehkan banyak maklumat dapat dikuasi secara serentak. Menurut Ausebel, pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun persembahan maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya. Hal ini berlaku pada masa maklumat baru sedang dalam proses perolehan. Pembelajaran akan berlaku apabila makluamat baru mempunyai kaitan dengan maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif.

1 . Persembahan advance organizer6. Minta pelajar beri contoh tambahan

2 .Kemukakan contoh positif

5. Buat rumusan.

3. Kemukakan contoh negatif4. Lihat ciri persamaan dan perbezaan

2.1.3Teori seterusnya ialah teori pembelajaran Penemuan Bruner yang diperkenalkan oleh Jerome Bruner (1915) yang merupakan ahli psikologi Amerika. Bruner berpendapat bahawa manusia melihat oersekitaran dunianya dari sudut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Bruner membahagikan konsep kepada tiga kategori iaitu enaktif (berasaskan perlakuan), ikonik ( berasakan imejan) dan simbolik (berasakan bahasa). Ketiga-tiga kategori ini saling berkait dan saling bersilih ganti dan setiap individu walaupun masih kecil berkeupayaan untuk belajar sekiranya penyampaian disusun atur dengan cara yang sesuai. 2.1.4Dan yang terakhir ialah Hierarki Pembelajaran Gagne yang berkait dengan pengajaran berkesan (1968). Menurut Gagne, teori pengajaran hendaklah mengambil kira faktor-faktor khusus yang mempengaruhi pembelajaran kemahiran kompleks. Hierarki pembelajaran yang dimaksudkan ialah pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangakaian motor, pembelajaran bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran prinsip dan penyelesaian masalah.

2.2TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme ialah teori pembelajran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannnya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina semua pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Sebagai contoh, main biasanya dianggap sebagai aktiviti yang tidak berfaedah, tetapi sebenarnya melalui bermain kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai perkara. Teori ini terbahagi kepada dua iaitu kognitif dan sosial.

2.2.1Teori Konstruktivisme ( kognitif )Jean Piaget (1896-1980) merupakan salah seorang tokoh yang terkenal dengan teori perkembangan kognitif dan bagaimana manusia membina pengetahuan. Menurut Piaget, keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema.Bagi Piaget, proses adaptasi ialah proses menerima maklumat baru dimana proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam sturktur kog nitif untuk mendapatkan keseimbangan anatara skema dengan persekitaran. Piaget telah membahagikan adaptasi kepada dua proses iaitu : Asimilasi Maklumat baru yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserap dengan mudah ke dalam struktur kognitif. Akomodasi Apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. Maklumat baharu tersebut hanya akan diserap masuk apabila skema berubah melalui pembacaan,perbincangan atau seumpanya.Melalui adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu. Melalui proses inilah, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang hayat individu.

2.2.2Teori konstruktivisme ( sosial )Teori ini dipelopori oleh Lev Vygotsky (1896-1934) yang berpendapat bahawa perkembangan konsep kanak-kanak berkembang secara sistemis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. Ini dapat dijelaskan bahawa teori ini melihat pembelajaran manusia dalam konteks sosio-budaya. Vygotsky beranggapan pembelajaran dapat berlaku melalui bermain, penyampain secara formal atau kerjasama antara pelajar yang lebih berpengalaman. Zon Perkembangan Terdekat. Merujuk kepada tugasan yang pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar, tetapi dapat menguasainya dengan bimbingan orang lain yang lebih mahir. Sekiranya pelajar itu dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah.

2.3TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Teori ini diperkenalkan oleh ahli psikologi Albert Bandura (1925). Beliau berpendapat bahawa manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengancara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan. Individu meniru bukan sahaja tingakh laku yang baik, tetapi juga tingkah laku yang yang tidak diterima masyarakat.Teori pembelajaran sosial dikenali juga sebagai teori pembelajaran peniruan dan juga sebagai pembelajaran pemerhatian atau modeling. Terdapat tiga bentuk peniruan, iaitu : Peniruan secara langsung Peniruan ini berlaku secra langsung apabila melihat model (orang lain) melakukan sesuatu. Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan Peniruan ini melibatkan tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi (tak sekat lakuan) dan tindakan yang hanya boleh dilakukan dalam situasi tertentu sahaja (sekat lakuan). Peniruan elisitasi Peniruan ini melibatkan emosi dan keinginan, sebgai contoh apabila melihat orang lain membuka gerai pisang goring dan jualannya laku, maka timbul keinginan individu lain untuk memulakan jualan pisang goreng.

2.4TEORI PEMBELAJARAN MELALUI RANGSANGAN

Teori pembelajaran melalui rangsangan dapat dilihat di dalam teori pembelajaran Behaviorisme dimana teori Pelaziman Klasik yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov (1849-1936). Terdapat beberapa konsep dan istilah yang digunakan dalam proses pelaziman iaitu :Tiga jenis rangsangan :a) Semua objek dalam persekitaran ada hubungan langsung dengan diri, kita tidak akan beri respon kepadanya dikenali sebagai rangsangan neutralb) Semua objek ada hubungan semuala jadi dengan diri, kita bergerak balas secara semualajadi dikenali sebagai rangsangan semula jadi.c) Rangsangan neutral yang wujud beserta rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa dikenali sebagai rangsangan terlazim.Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dihasilkan oleh Pavlov. Antara konsep tersebut ialah diskriminasi, pembelajaran semula, penghapusan dan generalisasi.

3.0APLIKASI TEORI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARANSetelah melihat dan meneliti keempat-empat teori di atas, teori yang dipilih ialah Teori Pembelajaran Sosial. Kita sebagai manusia secara semula jadinya akan membentuk perlakuan dengan cara peniruan atau pemerhatian. Sebagai manusia, kita dari kecil akan membina pengetahuan atau tingkah laku melalui peniruan seperti kanak-kanak yang cuba belajar sesuatu melalui pemerhatian terhadap orang yang berada dekat dengan mereka. Kita juga kerap kali mendengar atau membaca kes-kes luar biasa dan ngeri berlaku, dan tidak lama kemudian peristiwa yang hampir sama berlaku di tempat lain. Ada pendapat yang mengatakan salah satu sifat manusia ialah untuk meniru tingkahlaku atau tindak tanduk orang lain. Ketara sekali dikalangan kaum remaja. Apabila seorang penyanyi atau jaguh sukan terkenal memotong rambutnya, peminat-peminatnya juga mengikut dengan rambut pendek dan juga yang botak.Ini menyatakan bahawa seorang individu akan meniru tingkahlaku yang diterima masyarakat dan juga tingkahlaku yang tidak diterima masyarakat. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), teori ini adalah sesuai dijalankan kerana merupakan salah satu proses pembelajaran yang berlaku di persekitaran kanak-kanak. Sebagai contoh dalam tema Sayangi Keluarga. Kanak-kanak dipengaruhi oleh perlakuan oleh orang yang lebih dewasa dimana mereka akan mencium tangan (bersalam) orang yang lebih tua. Kanak-kanak secara tidak langsung akan mengikut perlakuan tersebut dan dapat menanam sikap menghormati orang yang lebih tua. Sebab atau kewajaran sesuatu tingkah laku juga perlu diberi peneguhan agar kanak-kanak lebih faham nilai tingkah laku yang dilakukan.Seperti yang kita tahu, proses pembelajaran turut berlaku di sekolah dimana guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi atau sikap murid. Dalam tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat, murid perlu ditekankan tentang cara kehidupan di sekolah. Guru perlu menunjukkan contoh yang baik seperti menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap dengan guru yang lain. Ini dapat memberi contoh dan menjadi model kepada murid untuk menanam sikap sopan santun ketika berinteraksi. Murid juga diberi peringatan betapa pentingnya mematuhi peraturan sekolah. Guru boleh mengambil tindakan kepada pelajar yang melanggar peraturan seperti merotan, panggil ibu bapa ke sekolah atau berjumpa dengan guru besar. Tindakan yang dikenakan akan memberi kesan kepada pelajar lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama kerana mereka takut dikenakan tindakan. Peniruan ini merupakan proses peniruan yang positif.Selain daripada itu, kanak-kanak mudah dibentuk dalam mempelajari sesuatu perkara. Sebagai contoh, apabila tiba Hari Kemerdekaan, kanak-kanak akan bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami maksud tersirat akan pentinganya bendera Malaysia, namun mereka tetap mengibarkan bendera kerana mereka telah diberi peneguhan bahawa pada Hari Kemerdekaan, Jalur Gemilang akan dikibarkan. Sikap yang dilakukan melalui permerhatian dan pengalaman secara tidak langsung dapat menanam sikap patriotisme atau cintakan Negara. Ini dapat dilihat dalam tema Malaysia Negaraku dimana akan berasa bangga ketika mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyi lagu Kebangsaan.

Masalah sosial di kalangan remaja juga merupakan salah satu impak yang buruk dimana murid lain boleh dipengaruhi dengan sikap negatif yang ditunjukkan. Antaranya ialah membuli, merosakkan harta awam, kes ponteng sekolah, jenayah dan lain-lain. Ini ditumpukan dalam tema Sedia Hadapi Cabaran dimana ingin membina budaya cemerlang untuk masa depan. Kita sebagai guru di sekolah dapat menghindarkan daripada gejala ini berlaku. Ini dapat dilakukan dengan menyelitkan kepentingan dalam membentuk tingakah laku positif semasa proses pembelajaran berlaku. Sebagai contoh, guru boleh menayangkan video kepada murid berkaitan akibat atau kesan terhadap gejala ponteng sekolah. Selain itu, guru juga boleh mengambil tindakan yang tegas terhadap pelajar yang bermasalah. Ini secara tidak langsung dapat memberi kesan dimana, jika mereka melakukan kesalahan, mereka akan dikenakan tindakan. Dan akhirnya, kesan daripada persekitaran yang berlaku, tingkah laku yang diingini dapat dibentuk.

REFLEKSI TUGASAN

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya Fazil bin Abdul Aziz dapat menyiapkan tugasan subjek Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan ini pada semester 5 tahun 2012. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara terutama tentang pelbagai teori yang diperkenalkan oleh banyak tokoh yang terkenal.Sebagai pelajar, saya tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai jenis tekanan terutamanya ketika menyiapkan tugasan. Saya perlu bijak dalam membahagi masa dalam membuat tugasan yang lain serta membahagi masa yang diperlukan untuk aktiviti lain. Sepertimana yang diketahui, banyak dugaan atau rintangan yang terpaksa ditempuhi dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Pembahagian masa, sukar memahami soalan yang diinginkan, wang, mendapatkan maklumat yang diperlukan dan sebagainya menjadi faktor utama dalam cabaran menyiapkan tugasan ini. Banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa dan tambahan pula pada masa ini adalah musim umat Islam menunaikan ibadah puasa sehingga ia melemahkan semangat kami semua. Namun, sebagai bakal seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya.Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya, Hajah Anisah binti Harun, Pensyarah Jabatan Kajian Sosial, IPG Kampus Dato Razali Ismail dalam membantu menjelaskan segala kemuskilan dalam mendapatkan maklumat dan penerangan bagaimana untuk menyiapkan tugasan dengan baik. Penerangan beliau amat membantu kami dalam tugasan ini. Berkat ilmu dan tidak lokek berkongsi ilmu bersama guru pelatih yang lain, saya berjaya melakukan yang terbaik untuk tugasan ini. Alhamdulillah ianya banyak membantu saya dalam pembelajaran dalam subjek ini.

Sekian, terima kasih.Disediakan oleh,

( FAZIL BIN ABDUL AZIZ ) PGSR Ambilan Nov 2008 660830065393 12342

BORANG KOLABORASI KERJA KURSUSNAMA PELAJAR:FAZIL BIN ABDUL AZIZKUMPULAN:PGSR ( BAHASA MELAYU ) AMBILAN NOV 2009MATA PELAJARAN:PSK 3102 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANPENSYARAH PEMBIMBING :HJH. ANISAH BINTI HARUN

TARIKHPERKARA KOMENT/TANGAN

18.12.2011

Menerima soalan tugasan daripada pensyarah Hjh.Anisah binti HarunTugasan perlu dihantar pada perjumpaan Mac 2012

18.12.2011Mendapat taklimat dan perbincangan soalan bersama pensyarah Hjh.Anisah binti Harun Memahami tugasan dan kehendak soalan

17.01.2012

Mencari maklumat dari internet / Perpustakaan Cetakan maklumat dari internet Nota ringkas Catatan bibliografi

. Fazil

25.01.2012

Menyediakan draf

Menyusun maklumat Menanalisis maklumat berdasarkan kehendak tugasan menghubungkaitkan maklumat yang relevan membuat huraian terperinci Menaip draf

. Fazil

20.02.2012

Melaksana tugasan berdasarkan pecahan tajuk yang dibincangkan Membetulkan ejaan Menyusun maklumatmengikut keutamaan Memperincikan huraian Memperbaiki cara penulisan ilmiah

. Fazil

05.03.2012

Perbincangan via internet Semakan akhir mengenai penulisan dalam penghasilan penulisan ilmiah Melengkapkan penulisan ilmiah

. Fazil

06.03.2012

Melaksanakan tugasan akhir mengemaskini lampiran, refleksi dan ralat akhir

. Fazil

11.03.2012

Menghantar tugasan lengkap kepada Ketua Unit PGSR, Wan Khairu bin Wan Muda

Diterima dan direkodkan-----------------Hjh.Anisah Binti Harun

Rujukan

PSK 3102 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2012 19