psz 19:16 (pind - fp.utm.my file** jika tesis ini sulit atau terhad, sila lampirkan surat daripada...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERSEPSI IBUBAPA TERHADAP IKLIM SEKOLAH DARIPADA ASPEK
PENGURUSAN, HUBUNGAN SOSIAL DAN GAYA PENGAJARAN DI SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya NASRIAH BINTI SUDIN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 132 MK I KG. PERLIS, 11000 BALIK PULAU, PN. HANIM BINTI SULAIMAN PULAU PINANG. Nama Penyelia Tarikh: 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan
kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).”
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penyelia : PN. HANIM BINTI SULAIMAN
Tarikh : 2 MEI 2008
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI IBUBAPA TERHADAP TAHAP IKLIM SEKOLAH DARIPADA
ASPEK PENGURUSAN, HUBUNGAN SOSIAL DAN GAYA PENGAJARAN
DI SEBUAH SEKOLAH SWASTA DI DAERAH JOHOR BAHRU
NASRIAH BINTI SUDIN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………....................
Nama Penyelidik : NASRIAH BINTI SUDIN
Tarikh : 2 MEI 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.
Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat pembimbing
Puan Hanim binti Sulaiman
Atas bimbingan dan teguran yang tidak putus-putus, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga dirimu sentiasa berada dalam keberkatanNya
Buat abah dan mama dikasihi Sudin bin Hassan dan Che Norlia binti Ahmad
Terima kasih. Jasa dan pengorbanan tidak akan kulupakan.
Kaulah segalanya
Buat yang teristimewa Saiful Adli bin Sudin
Nur Ardzliza binti Mahmud Suliani binti Sudin
Muhammad Nashrul Azim bin Sudin Alif Safuan bin Saiful Adli
Sesungguhnya diriku bahagia memiliki silaturrahim dengan kalian.
Semoga kukuhnya ikatan persaudaraan ini setanding dengan kukuhnya kasih sayang antara kita.
Buat sahabat-sahabatku
Shila, Qist , Alyn, Azra, Sulia, Faezah, Meen, Rin, Ijat, Moon, Epy
Pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita bersama. Semoga Allah memberi
hidayah dan membuka pintu RahmatNya.Hanya dia yang layak membalas jasa kalian semua
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang. Segala
tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam untuk junjungan
kita Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut
baginda hingga ke hari kemudian.
Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya, maka saya telah
menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).
Pertama sekali, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penyelia tesis,
Puan Hanim binti Sulaiman di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh penyelidikan. Tidak lupa buat semua tenaga pengajar di Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai atas segala bantuan yang diberikan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pengetua, guru-guru serta warga
Sekolah Menengah Islam Hidayah, Skudai diatas segala kerjasama yang diberikan.
.
Akhir sekali, tidak lupa juga ribuan terima kasih ditujukan kepada rakan-
rakan yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, serta sokongan moral.
Wassalam..
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan melihat persepsi ibu bapa terhadap tahap
iklim sekolah di sebuah sekolah menengah swasta di daerah Johor Bharu.
Kajian berbentuk deskriptif ini mengkaji tiga aspek utama iaitu aspek
pengurusan sekolah, hubungan sosial di antara guru dan pelajar serta gaya
pengajaran. Seramai 80 orang ibubapa kepada pelajar di sekolah tersebut
dipilih secara rawak untuk menjadi responden kepada kajian ini. Satu set soal
selidik digunakan untuk mengumpulkan data kajian dan dianalisis dengan
bantuan Statiscal Package for Social Science Version 15.0 (SPSS). Ia
mengandungi 30 item berbentuk soalan skala Likert. Nilai kebolehpercayaan
alat kajian adalah α = 0.879. Dapatan kajian menunjukkan iklim sekolah dari
aspek pengurusan berada pada tahap baik begitu juga dengan aspek hubungan
sosial pelajar dan guru. Berbeza dengan aspek gaya pengajaran, iklim sekolah
berada pada tahap sederhana.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the level of school climate at
one of the private secondary school in Johor Bharu. This is a descriptive type
of study whereby three aspects are looked into, which are school
management, social relationships between teachers-students and teaching
styles. 80 parents were randomly selected as the respondents of this study.
Questionnaire was utilized to collect the data for the research and was
analyzed using Statiscal Package for Social Science Version 15.0 (SPSS).
The questionnaire contains 30 questions in Likert scale. Reliability value of
the instrument was 0.879. The findings indicated that for the level of school
climate in terms of management and relationship between teachers-students
are at high level. However, for teaching style, the level of the school climate
is moderate.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 5
1.6 Batasan Kajian 6
1.7 Definisi Istilah 7
1.7.1 Persepsi 7
1.7.2 Iklim Sekolah 7
1.7.3 Aspek Pengurusan Sekolah 8
viii
1.7.4 Aspek Hubungan Sosial 8
1.7.5 Aspek Gaya Pengajaran 8
1.7.6 Sekolah Swasta 9
1.8 Rumusan 9
2 SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 10
2.1 Iklim Sekolah 10
2.2 Kajian Lepas 12
2.3 Kepimpinan Pengetua 16
2.4 Hubungan Guru Dan Pelajar 18
2.5 Gaya Pengajaran 20
2.6 Rumusan 23
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 24
3.1 Reka Bentuk Kajian 24
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 25
3.3 Instrumen Kajian 25
3.4 Kajian Rintis 27
3.5 Kesahan Soal Selidik 29
3.6 Prosedur kajian 29
3.6.1 Pengedaran Soal Selidik 29
3.6.2 Pengumpulan Data 30
3.7 Analisis Data 30
3.8 Kesimpulan 32
4 ANALISIS
4.0 Pengenalan 33
4.1 Analisis Bahagian A 34
4.1.1 Taburan Responden Mengikut 35
ix
Hubungan Dengan Pelajar
4.1.2 Taburan Responden Mengikut 35
Pekerjaan
4.1.3 Taburan Responden Mengikut 36
Bilangan Anak.
4.1.4 Taburan Responden Mengikut 37
Pendidikan Tertinggi
4.2 Analisis Bahagian B 37
4.2.1 Taburan Persepsi Ibubapa Terhadap Aspek 38
Pengurusan Sekolah
4.2.2 Taburan Persepsi Ibubapa Terhadap Aspek 41
Hubungan Sosial di antara Guru dan Pelajar
4.2.3 Taburan Persepsi Ibu Bapa Terhadap Aspek 45
Gaya Pengajaran.
4.3 Rumusan 49
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 51
5.1 Perbincangan Hasil Kajian 52
5.1.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 52
5.1.2 Perbincangan Persepsi Ibubapa Terhadap Tahap 53
Iklim Sekolah Daripada Aspek Pengurusan
5.1.3 Perbincangan Persepsi Ibubapa Terhadap Tahap 55
Iklim Sekolah Daripada Aspek Hubungan Sosial
Antara Guru dan Murid
5.1.4 Perbincangan Persepsi Ibubapa Terhadap Tahap 56
Iklim Sekolah Daripada Aspek Gaya Pengajaran
5.2 Rumusan Kajian 58
5.3 Cadangan 62
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.5 Rumusan 63
x
RUJUKAN 64
LAMPIRAN A-E 68
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek 26
Yang Ingin Di Kaji
3.2 Skala Likert 27
3.3 Pekali Alpha Cronbach 28
3.4 Perubahan Skala Likert Bagi Soal Selidik 31
3.5 Jadual Tahap Penilaian Berdasarkan Min 31
3.6 Jadual Pengelasan Tahap Pencapaian 32
4.1 Taburan Responden Mengikut Hubungan 35
Dengan Pelajar
4.2 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 36
4.3 Taburan Responden Mengikut Bilangan 36
Anak
4.4 Taburan Responden Mengikut Pendidikan 37
Tertinggi
4.5 Taburan Persepsi Responden Mengikut 38
Aspek Pengurusan
4.6 Taburan Persepsi Responden Mengikut 42
Aspek Hubungan Sosial Guru Dan Pelajar
4.7 Taburan Persepsi Responden Mengikut 46
Aspek Gaya Pengajaran
4.8 Keseluruhan Min Persoalan Kajian 50
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Kerangka Kepimpinan 17
2.2 Model Sim 22
4.1 Purata Peratus Bagi Taburan Analisis Persepsi 41
Ibubapa Terhadap AspekPengurusan Sekolah
4.2 Purata Peratus Bagi Taburan Analisis Persepsi 45
Ibubapa Terhadap Aspek Hubungan Sosial
Guru Dan Pelajar.
4.3 Purata Peratus Bagi Taburan Analisis Persepsi 49
Ibu Bapa Terhadap Aspek Gaya Pengajaran.
4.4 Min Keseluruhan Persoalan Kajian 50
xiii
SENARAI SINGKATAN KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PKBS - Jadual Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
xiv
SENARAI SIMBOL
f - Frekuensi / Kekerapan
% - Peratus
α - Alpha Cronbach
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 70
B Surat Pengesahan Fakulti 74
C Surat Kebenaran Menjalankan 76
Kajian
D Pengesahan Soal Selidik 78
E Keputusan Analisa Data 81
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia merupakan satu isu yang senantiasa mendapat
perhatian semua pihak. Menyedari kepentingan pendidikan kepada masyarakat,
pelbagai institusi pendidikan seperti pra-sekolah, sekolah, institusi pengajian tinggi,
pusat-pusat latihan vokasional, pusat-pusat tuisyen dan sebagainya diwujudkan bagi
memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu pengetahuan. Antara
institusi pendidikan yang penting dan sering mendapat perhatian ibu bapa ialah
sekolah.
Dalam bahasa Inggeris, sekolah ialah school. Perkataan ini diambil daripada
bahasa Yunani yang membawa maksud masa lapang atau leisure. Sekolah ialah
institusi pendidikan yang berbentuk formal di mana ia boleh membentuk pemikiran,
tingkah laku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi seimbang baik dari
segi mental dan rohani. Kewujudan sekolah adalah disebabkan desakan atau
perubahan sosial, keperluan ekonomi dan juga negara. Seperti institusi lain, sekolah
merupakan institusi yang amat penting. Tanpa sekolah, masyrakat akan menjadi
mundur dan buta huruf. Di Malaysia, semua rakyatnya diwajibkan untuk ke sekolah.
Syarat ini telah bermula sejak tahun 1900-an lagi dan rakyat berhak untuk mendapat
pendidikan percuma sekurang-kurangnya 9 tahun (Mohd Salleh Lebar, 2007).
2
Di Malaysia terdapat dua jenis sekolah iaitu sekolah bantuan kerajaan dan
sekolah swasta. Sekolah bantuan kerajaan ditadbirkan oleh pengetua yang dilantik
oleh kerajaan, guru yang berkelayakan disedia, dilantik dan digajikan oleh kerajaan,
bantuan per kapitanya lebih besar dikira bukan sahaja mengikut bilangan pelajar
tetapi juga mengikut jenis mata pelajaran yang diajar, sebahagian besar prasarana
dan kemudahannya dibiayai oleh kerajaan termasuk komputer, dan guru-gurunya
diberikan latihan berkala supaya pengetahuan dan kemahirannya dalam pengajaran
dan pembelajaran sentiasa terkini. Manakala sekolah swasta pula adalah sekolah
yang didirikan dengan dana daripada yuran daripada pelajarnya, sumbangan daripada
lembaga pengurus, persatuan ibu bapa, ahli politik, orang perseorangan, badan
ataupun pertubuhan dan juga ada sesetengahnya yang mendapat sumbangan
kewangan tahunan daripada kerajaan negeri masing-masing, ataupun daripada
Kementerian Pendidikan sendiri (Utusan Malaysia, 2007).
Setiap sekolah pada amnya berbeza pada iklim sekolahnya. Menurut
Sergiovanni (1979), iklim organisasi adalah ciri-ciri yang membezakan sesuatu
sekolah dengan sekolah yang lain dan perasaan yang dipunyai oleh pelajar-pelajar
dan guru terhadap sekolah mereka. Iklim sekolah merujuk kepada satu keadaan
keseluruhan yang terbentuk daripada beberapa aspek perhubungan sosial yang
terdapat dalam kawasan sekolah, keadaan fizikal sekolah, sistem pentadbiran,
prestasi pelajar dan keadaan persekitaran sekolah.
1.1 Latar Belakang Masalah
Halpin dan Croft (1962), menganalogikan iklim kepada sekolah sebagai
“personaliti adalah untuk individu manakala iklim adalah untuk organisasi”.
Perumpamaan ini jelas menunjukkan bahawa setiap sekolah yang berlainan
mempunyai iklim sekolah yang berbeza di antara satu sama lain.
3
Iklim sekolah dapat disimpulkan sebagai suatu keadaan persekitaran atau
suasana sekolah sebagaimana yang dirasakan oleh ahli-ahlinya dan orang yang
memasuki sekolah. Ibu bapa, guru dan para pelawat akan menyedari perkembangan
sekolah sebaik sahaja mereka memasuki sekolah. Gerak hati mereka akan membuat
tanggapan melalui beberapa isyarat, cara pembelajaran dijalankan, cara pelajar
menjawab apa yang diminta, bagaimana memajukan sekolah dan bagaimana guru
mengendalikan pelajar (Finlayson, 1973).
Iklim sekolah bukan sahaja tentang ‘perasaan selesa’ tetapi sesuatu yang
dinamik dan merangkumi semua aspek interaksi dan aktiviti pengajaran-
pembelajaran (Haynes, 1998). Jika iklim sekolah yang positif ingin diwujudkan dan
dipulihara, ia harus disesuaikan dengan aspek keperluan pelajar yang asas seperti
pembangunan fisiologi, psikologi dan sebagainya.
Pembentukan iklim sekolah berdasarkan aspek-aspek ini tidak akan tercapai
tanpa pengetua sekolah. Pengetualah orang yang paling penting dalam pembentukan
iklim sekolah yang sesuai dan positif untuk pengajaran-pembelajaran di sekolah.
Smith (1995) menegaskan bahawa kepimpinan yang berkesan menghasilkan iklim
yang positif dan rasa selamat. Dua aspek yang berkaitan perlu dianalisis iaitu
keperluan kualiti peribadi untuk mengurus dan gaya kepimpinan.
Pemimpin sekolah adalah orang yang akan membawa perbezaan kepada
iklim sekolah. Pengetua boleh menilai kepimpinannya dengan iklim sekolah dan
seterusnya boleh mencadangkan program-program untuk pembaikan iklim sekolah
secara keseluruhan sepertimana yang dikatakan oleh Smith (1995) bahawa gaya
kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang pengetua dan peranannya sebagai
pemimpin iklim di sekolah akan membawa kesan yang nyata terhadap iklim dan
budaya sekolah.
4
Pengetua bertanggungjawab kepada aspek pentadbiran sekolah dari segi
iklim sekolah yang sihat dan suasana persekitaran yang memberangsangkan proses
pembelajaran murid (Mohd Salleh Lebar, 2007).
1.2 Pernyataan Masalah
Persoalan yang timbul disini, apakah tahap ilkim sekolah menengah swasta
daripada persepsi ibubapa terhadap aspek pengurusan, hubungan sosial guru dan
pelajar serta gaya pengajaran.
Iklim sekolah merujuk kepada satu keadaan keseluruhan yang terbentuk
daripada beberapa aspek perhubungan sosial yang terdapat dalam kawasan sekolah,
keadaan fizikal sekolah, sistem pentadbiran, prestasi pelajar dan keadaan
persekitaran sekolah. Sergiovanni (1979) menjelaskan iklim organisasi adalah ciri-
ciri yang membezakan sesuatu sekolah dengan sekolah yang lain dan perasaan yang
dipunyai oleh pelajar-pelajar dan guru terhadap sekolah mereka.
Tegasnya pengkaji ingin mengenalpasti apakah tahap iklim sekolah mengikut
persepsi ibu bapa daripada aspek pengurusan, hubungan sosial guru dan pelajar serta
gaya pengajaran.
1.3 Objektif Kajian
i. Untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa pelajar terhadap tahap iklim
sekolah dari aspek pengurusan di sekolah menengah swasta.
5
ii. Untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa pelajar terhadap tahap iklim
sekolah dari aspek hubungan sosial guru dengan pelajar di sekolah
menengah swasta.
iii. Untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa pelajar terhadap tahap iklim
sekolah dari gaya pengajaran di sekolah menengah swasta.