punca dan sebab murid lemah jawi

15
PUNCA DAN SEBAB MURID-MURID LEMAH DALAM PEMBACAAN AL-QURAN Page historylast edited by lisah aminin 1 year ago Antara sebab dan punca murid-murid lemah dalam pembacaan Al-Quran, berkemungkinan adalah kerana : 1. Berpunca dari diri individu murid-murid itu sendiri iaitu mereka kurang mengambik perhatian sewaktu guru mengajar. 2. Murid-murid hanya mengharapkan membaca dan belajar Al-Quran di sekolah dan juga kurang mengamalkan pembacaan Al-Quran di rumah. 3. Murid-murid juga tidak mengikuti kelas-kelas tambahan seperti di masjid, surau atau di rumah. 4. Murid-murid menganggap pelajaran Al-Quran kurang penting berbanding dengan pelajaran-pelajaran yang lain, perkara ini menyebabkan mereka tidak mengambil berat untuk berusaha meningkatkan pembacaan Al-Quran pada tahap yang lebih baik. 5. Kurangnya kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa murid dalam memantau pelajaran Al-Quran mereka yang berkemungkinan disebabkan ibu bapa juga kurang mahir dalam bidang Al-Quran. 6. Kurang pemerhatian daripada guru yang mengajar di luar persekolahan kerana tidak membuat teguran pada kesalahan-kesalahan bacaan Al-Quran murid-murid yang mana ada diantara murid-murid sudah membaca Al-Quran sehingga juz 30 tetapi apabila di tasmi didapati bacaan murid-murid masih kurang sempurna, sebutan huruf tidak betul dan kurang tepat. 7. Perkara ini juga mungkin berpunca daripada guru itu sendiri yang mana kebanyakan daripada guru- guru hanya mengahar dengan cara penerangan dan latih tubi sahaja, tidak ada penggunaan alat bantu mengajar, Cuma menggunakan papan putih dan pen sahaja. Kepelbagaian kaedah dan alat bantu juga boleh membantu pengajaran dan menarik perhatian serta minat murid-murid pada pelajaran yang di ajarkan. Terdapat tiga factor utama yang perlu di ambil perhatian yang boleh jadi punca mengapa murid-murid lemah dalam pembacaan Al-Quran, iaitu factor individu, factor ibu bapa dan factor daripada guru. 1. FAKTOR MURID i. Kebanyakan daripada murid-murid yang belajar dalam kategori dal ini didapati mereka kurang minat dalam pembelajaran Al-Quran. Mereka kurang memberikan perhatian kepada pengajaran guru sewaktu guru mengajar.

Upload: ainul-mardhiah

Post on 12-Sep-2015

1.605 views

Category:

Documents


110 download

DESCRIPTION

murid lemah jawi

TRANSCRIPT

PUNCA DAN SEBAB MURID-MURID LEMAH DALAM PEMBACAAN AL-QURANPage historylast edited bylisah aminin1 year agoAntara sebab dan punca murid-murid lemah dalam pembacaan Al-Quran, berkemungkinan adalah kerana :1. Berpunca dari diri individu murid-murid itu sendiri iaitu mereka kurang mengambik perhatian sewaktu guru mengajar.2. Murid-murid hanya mengharapkan membaca dan belajar Al-Quran di sekolah dan juga kurang mengamalkan pembacaan Al-Quran di rumah.3. Murid-murid juga tidak mengikuti kelas-kelas tambahan seperti di masjid, surau atau di rumah.4. Murid-murid menganggap pelajaran Al-Quran kurang penting berbanding dengan pelajaran-pelajaran yang lain, perkara ini menyebabkan mereka tidak mengambil berat untuk berusaha meningkatkan pembacaan Al-Quran pada tahap yang lebih baik.5. Kurangnya kerjasama dan perhatian daripada ibu bapa murid dalam memantau pelajaran Al-Quran mereka yang berkemungkinan disebabkan ibu bapa juga kurang mahir dalam bidang Al-Quran.6. Kurang pemerhatian daripada guru yang mengajar di luar persekolahan kerana tidak membuat teguran pada kesalahan-kesalahan bacaan Al-Quran murid-murid yang mana ada diantara murid-murid sudah membaca Al-Quran sehingga juz 30 tetapi apabila di tasmi didapati bacaan murid-murid masih kurang sempurna, sebutan huruf tidak betul dan kurang tepat.7. Perkara ini juga mungkin berpunca daripada guru itu sendiri yang mana kebanyakan daripada guru-guru hanya mengahar dengan cara penerangan dan latih tubi sahaja, tidak ada penggunaan alat bantu mengajar, Cuma menggunakan papan putih dan pen sahaja. Kepelbagaian kaedah dan alat bantu juga boleh membantu pengajaran dan menarik perhatian serta minat murid-murid pada pelajaran yang di ajarkan.Terdapat tiga factor utama yang perlu di ambil perhatian yang boleh jadi punca mengapa murid-murid lemah dalam pembacaan Al-Quran, iaitu factor individu, factor ibu bapa dan factor daripada guru.1. FAKTOR MURIDi. Kebanyakan daripada murid-murid yang belajar dalam kategori dal ini didapati mereka kurang minat dalam pembelajaran Al-Quran. Mereka kurang memberikan perhatian kepada pengajaran guru sewaktu guru mengajar.Murid-murid juga tidak berusaha untuk memperbaiki pencapaian pembelajaran Al-Quran mereka. Sikap inilah yang menjadi salah satu punca mereka lemah dalam pembelajaran Al-Quran.ii. Murid-murid seharusnya sentiasa menyedari kepentingan ilmu dalam kehidupan mereka termasuklah ilmu yang berhubung dengan Al-Quran. Kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar adalah amat penting kerana ianya akan membentuk keperibadian diri mereka, di samping bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibu bapa serta guru adalah amat penting.2. FAKTOR IBU BAPAi. Ibu bapa selaku pendidik awal murid-murid sejak dari kecil perlulah memberi dorongan dan bimbingan yang padu pada anak-anak mereka. Anak-anak juga boleh dilatih untuk mempelajari Al-Quran sejak mereka kecil lagi. Pendidikan awal adalah penting bagi seseorang kanak-kanak dalam usaha menjadikan mereka sebagai seorang yang celik Al-Quran.ii. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya mengenali dan mencintai Al-Quran, ibu bapa juga mengambil peranan penting dalam menangani masalah anak-anak mereka dalam pembacaan Al-Quran. Mereka juga perlu memberi perhatian kepada anak-anak mereka dengan memberikan tunjuk ajar dan meluangkan masa untuk membaca Al- Quran bersama-sama. Perkara ini boleh mendorong anak-anak untuk minat dalam mata pelajaran Al-Quran. Jika ibu bapa kurang berkemahiran dalam bidan Al-Quran, maka adalah lebih baik jika mereka mendatangkan guru untuk mengajar anak-anak mereka atau menghantar mereka belajar ke masjid-masjid atau surau-surau. Perkara ini sedikit sebanyak boleh membantu anak-anak mereka untuk lebih memahami dan dapat membaca Al-Quran dengan baik dan sempurna. Hal ini akan mengelakkan anak-anak mereka tercicir dan tertinggal dalam pelajaran Al-Quran di sekolah-sekolah dan mereka pula tidak berasa renda diri akibat kekurangan yang ada pada diri mereka.3. FAKTOR GURUi. Guru juga adalah salah satu factor yang boleh menolong dan membantu murid-murid untuk memperbaiki mutu bacaan mereka. Guru adalah merupakan pendidik atau pembimbing utama kepada murid-murid terutama kepada mereka yang belajar dalam kategori dal. Oleh itu, guru-guru perlulah mempunyai kemahiran di dalam pengajaran Al-Quran.ii. Guru-guru hendaklah mempunyai mutu bacaan Al-Quran yang baik, sebutan huruf yang sempurna dan mempunyai pengetahuan dalam ilmu tajwid supaya bacaan guru baik dan sempurna. Jika guru mempunyai bacaan Al-Quran yang tidak betul dan kurang sempurna maka perkara ini akan mempengaruhi bacaan murid-murid yang mana sudah setentunya mereka juga akan membaca dengan salah dan kurang sempurna.iii. Guru-guru juga perlulah tegas dalam menjalankan tugas serta prihatin terhadap keperluan murid-murid. Mereka perlulah memahami kelemahan dan kemampuan murid-murid agar mereka tidak berasa tertekan dengan tindakan yang di ambil.iv. Guru-guru perlu mendidik murid-murid dengan didikan yang sesuai sepertimana yang disarankan Islam. Selain itu, peneguhan dengan memberikan imbuhan atau ganjaran kepada mereka yang boleh membaca Al-Quran dengan cepat dan lancer merupakan satu motivasi kepada mereka. Hal ini adala satu tindakan yang positif dan menjadi dorongan kepada murid-murid untuk lebih menggandakan lagi usaha dalam pembelajaran Al-Quran.v. Untuk meningkatkan lagi penguasaan dan juga kemahiran murid-murid dalam pembelajaran Al-Quran, guru-guru seharusnya mencari kaedah-kaedah yang lebih sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran. Mempelbagaikan alat bantu mengajar juga dapat membantu kefahaman murid-murid dalam pelajaran Al-Quran.vi. Keprihatinan guru-guru terhadap murid-murid adalah perkara yang paling penting. Guru perlu mengambil berat berhubung dengan masalah-masalah yang dihadapai murid-murid terutama sekali hal-hal yang berhubungkait dengan pembelajaran Al-Quran, kerana mereka ini memerlukan pemerhatian yang lebih.vii. Amalan pengajaran Al-Quran yang berkesan juga berkait rapat dengan sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru. Seorang guru perlu muhasabah diri dan menjaga tingkah laku serta keperibadian yang baik dan mengikut garis batasan yang disyariatkan falam Islam di samping ikhlas, iaitu segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.viii. Guru juga perlu sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawwab dan tugasnya kerana untuk menangani murid-murid yang belajar dalam kategori dal ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan usaha yang gigih demi untuk membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran mereka kepada tahap yang lebih baik. Guru juga perlu jujur dengan apa yang disampaikan yang mana guru perlulah melaksanakan pengajarannya dengan sebaiknya dan tidak hanya sekadar untuk mengajar sahaja.Berdasarkan fator-faktor ini, diharapkan pihak-pihak berkenaan akan meningkatkan pengusaan murid-murid dalam pelajaran Al-Quran. Sebagai guru Al-Quran perlulah mempunyai kemahiran pedagogi pengajaran Al-Quran yang tinggi untuk menjamin keberkesanan pengajaran Al-Quran. Guru juga semasa mengajar Al-Quran perlu menanamkan sikap dan ciri-ciri seorang guru Al-Quran yang berketrampilan dan berilmu jika ingin memajukan murid-murid dalam pembelajaran mereka. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh guru agar murid-murid tidak berterusan lemah dalam pengusaan pembacaan Al-Quran. Keprihatinan, tanggungjawab, tunjuk ajar guru dan amalan pengajaran guru yang betul dan sempurna memainkan peranan penting demi menjamin pengusaan murid-murid dalam kemahiran bacaan Al-Quran dan lahirnya generasi celik Al-Quran. Guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaiakan ilmu Al-Quran semata-mata tetapi untuk membentuk murid-murid sebagai persediaan kepada kehidupan mereka yang seterusnya dan kebahagiaan serta keselamatan hidup dunia dan akhirat.

Team 31 : ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN ISLAMBIDANG PENGAJIAN PENDIDIKANKOLEJ SASTERA DAN SAINSUNIVERSITI UTARA MALAYSIASGDE 4013 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

NAMA PENSYARAH : DR. MOHD ISHA AWANG

Nama Ahli Kumpulan : 31Muhammad Azri Amin Bin Mustapai 202238Mohd Iimaduddin Bin Husin 202218Wan Azlina Binti Wan Semail 202264Normadati Binti Mat Kail 202214Aziera Binti Asnawi 202273

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Islam merupakan antara mata pelajaran yang dipelajari oleh setiap pelajarperingkat menengah di Malaysia. Mata pelajaran ini merupakan kesinambungan pengajianberkaitan fardu ain seseorang individu Muslim. Dari sudut pandangan Islam, teknologi danperkembangan terkini telah menghasilkan banyak kaedah pendidikan yang baik. Walaubagaimanapun, kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullahs.a.w. perlu dijadikan asas dan rujukan utama ke arah kemantapan iman dan amal yangdituntut. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan model terbaik yang mengajak umat Islammengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Kejayaan P&P Pendidikan Islam berkaitrapat dengan kemahiran dan peranan guru di sekolah dan tanggungjawab ibu bapa di rumah.Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kemahiran penting supaya bertepatan dengan falsafahPendidikan Islam itu sendiri.

Pendidikan Islam juga adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al Quran dan Sunnah bagi membentuksikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyaitanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arahmencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Walau bagaimana pun,sehingga kini masih wujud beberapa isu yang perlu diketengahkan untuk dibincangkanbersama secara ilmiah. Isu yang seringkali dihadapi oleh guru dalam mendepani tugas dantanggungjawab yang berat sesuai dengan amanah ilmu yang dipikul iaitu mampu membentukpelajar menjadi insan soleh. Tugasan ini akan mengetengahkan isu-isu tersebut di sampingmencadangkan jalan penyelesaian yang terbaik. Mudah-mudahan cadangan penyelesaianbeberapa isu di sini kelak akan mewujudkan jalan keluar kepada semua setiap permasaalahanlampau yang masih belum mampu diatasi sehingga kini.

2.0 ISU - ISU PENDIDIKAN ISLAM

2.1 TAHAP PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN

Al-Quran adalah sebuah mukjizat agung yang diturunkan oleh Allah SWT kepadaRasulullaha SAW bagi membenarkan ajaran syariat sebelumnya dan juga menyempurnakanhukum-hukum Allah SWT sehingga terbentuk suatu ajaran yang universal dari berbagaiaspek sama ada material, spiritual, jasmani, rohani, dunia dan akhirat. Begitulahkesempurnaan Al-Quran yang wajib dipelihara melalui penguasaan bacaan dan hafazan Al-Quran dengan baik mengikut hukum tajwid yang telah ditetapkan. Walau pun demikian,terdapat segelintir guru yang hanya menguasai kemahiran atau pengetahuan yang sederhanadalam membaca Al-Quran. Mereka didapati kurang menguasai kemahiran atau pengetahuanyang lebih tinggi dan mencabar. Contohnya, ilmu tajwid dan tanda-tanda bacaan, menghafazayat-ayat Al-Quran dan membaca Al-Quran di khalayak ramai. Masalah-masalah tersebutboleh dikaitkan dengan faktor-faktor seperti ketiadaan pembimbing, kurang penekananterhadap ilmu Tajwid dan sikap ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran membaca Al-Quran.

Sesetengah guru mendapat pendedahan awal pembelajaran membaca Al-Qurandaripada pembimbing yang tidak bertauliah. Ramai dibimbing oleh para guru dan ibu bapasendiri yang tidak dilatih khas untuk membimbing membaca Al-Quran. Ini bererti gurutersebut tidak dibimbing secara teratur ketika mula belajar membaca Al-Quran. Inimengakibatkan tahap kebolehan membaca Al-Quran yang rendah di kalangan guru tersebut.Faktor kedua yang mempengaruhi keadaan ini pula berpunca dari kurangnya penekananterhadap Ilmu Tajwid semasa belajar membaca Al-Quran. Apabila pembelajaran danpengajaran yang tidak sistematik berlangsung maka banyak menjadi penyebab kepadakelemahan penguasaan bacaan Al-Quran. Keadaan ini menjadi bertambah parah apabiladalam pendidikan Islam di sekolah, Ilmu Tajwid hanya disampaikan melaluipenggabungjalinan kemahiran Tilawah Al-Quran sahaja. Peruntukan masa khas untuk IlmuTajwid tidak disediakan. Ia lebih banyak bergantung kepada budi bicara guru PendidikanIslam sendiri. Adalah malang bagi ibu bapa yang beranggapan Pendidikan Islam di sekolahsudah membebaskan mereka dari tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak merekakhususnya yang berkaitan dengan ilmu Fardhu Ain, termasuk Ilmu Tajwid. Lebihmenyedihkan lagi apabila kita meneliti banyak hasil dapatan kajian menunjukkan sangatramai ahli masyarakat yang buta huruf Al-Quran.

Apabila peranan ibu bapa yang mementingkan pencapaian akademik berbandingpenguasaan pembacaan Al-Quran maka situasi runcing seperti yang dinyatakan oleh parasarjana ini akan terus berlarutan tanpa had sempadan. Ramai ibu bapa akan terkilan sekiranyaanak mereka tidak mecapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam tetapi tidak ramaiyang terkilan jika anak mereka tidak boleh membaca Al-Quran mengikut hukum Tajwid yangsepatutnya. Maka jelas di sini bahawa kepincangan ini sangat berkait rapat dengan sikap ibubapa itu sendiri. Hal ini berlarutan apabila keadaan pada hari ini sangat mendesak kepadapencapaian akademik setiap masa. Guru dan pelajar hanya diberi ruang yang cukup untukmenghasilkan pencapaian tinggi iaitu bilangan A dalam setiap mata pelajaran yang diambil.Berbeza pula dengan penekanan ibu bapa terhadap kemahiran membaca Al-Quran. Padamasa lalu, ibu bapa sangat menekankan aspek mempelajari Al-Quran pada waktu petangselain belajar akademik di sekolah pada sebelah pagi sesi persekolahan rasmi. Amalanmemastikan anak-anak dapat membaca Al-Quran dengan baik malah mampu khatam Al-Quran sebelum ke sekolah menengah kini telah terhakis. Kesannya apabila anak tersebutmeningkat dewasa dan ada yang dipertanggungjawabkan mengajar Al-Quran kepadapelajarnya maka hasil yang dapat diperolehi hanya minimum berikutan guru juga kurangmenguasai kemahiran tersebut.

CADANGAN PENYELESAIAN

Isu ini boleh diatasi dengan baik apabila semua pihak mula melakukan perubahan diri.Perlu diberi perhatian bahawa perkara ini hendakalah dimulai dengan aspek mengenal Al-Quran secara syumul. Ini bertujuan mengajak pembaca mengenal dan mengetahui hakikatdan kepentingan Al-Quran. Tanpa mengenalinya, mungkin kurang minat kita untukmendekati, membaca dengan baik dan menghayati setiap isi kandungannya. Fadilat Al-Quranyang dijelaskan oleh para ulamak jelas bertujuan supaya kita lebih merasa senang dengan Al-Quran, sama ada membacanya, menghayatinya ataupun sekadar mendengar bacaannya.Walaupun siapa kita dan di mana kita berada, Al-Quran adalah pembimbing kita. Kita perlusentiasa dibimbing oleh Al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Kelemahan kita menguasaikemahiran membaca Al-Quran akan menjejaskan diri kita daripada mendapat petunjuk Al-Quran. Setiap kelemahan perlu dipelajari daripada pihak yang mempunyai kemahiran dalambidang tersebut. Faktor pembimbing menjadi titik tolak pertama supaya setiap kelemahan kitasama ada bergelar pelajar malah guru sekali pun berakhir dengan memiliki penguasaan Al-Quran yang baik. Hasil yang jelas boleh diperolehi apabila kita mempu menguasainya denganbaik, maka akan timbullah dalam hati sanubari rasa gembira berdamping dengan Al-Quran.Apabila Al-Quran gembira dibaca maka senang difahami dan mudah untuk dihayati sertadiamalkan dalam kehidupan seharian setiap manusia.Cadangan kedua dalam usaha mengatasi isu ini ialah merubah bentuk pelaksanaankurikulum sekolah. Apabila timbul isu penguasaan Al-Quran lemah maka setiap pihak tidakterkecuali sukatan kurikulum wajar dikaji semula. Jika sebelum ini kurikulum tidak memberipenekanan khusus kepada ilmu Tajwid yang hanya disampaikan melalui penggabungjalinankemahiran Tilawah Al-Quran sahaja, maka perlu diubah dan diberi penekanan khusus sebagaijalan keluar kepada masalah ini. Wajar diperuntukan masa khas untuk ilmu Tajwid diajar dandibincangkan dengan bersistematik di kalangan pelajar. Sebagai contoh apabila matapelajaran ini diasingkan dan diberi tempoh minit yang cukup setiap minggu, pelajar dan guruakan dapat memanfaatkannya sebagai medan khusus mempelajari semua konsep hukum danmembuat latihan amali bersama-sama di dalam bilik darjah. Hal ini kerana pengajian ilmuTajwid memerlukan sistem Talaqqi/ Musyafahah. Sistem ini menitikberatkan hubungan duahala semasa mempelajarinya. Apabila guru memperdengarkan bacaan maka para pelajarmestilah memerhatikan bacaan guru tersebut. Proses kedua pula pelajar memperdengarkanbacaan masing-masing kepada guru dan guru berperanan untuk membaiki dan membetulkankesalahan bacaan pelajar. Ini adalah sistem pengajian Al-Quran yang diasaskan olehRasulullah SAW dan mesti diikuti oleh kita semua supaya kesucian dan keagungan Al-Quransentiasa terpelihara.

Sikap sebahagian besar ibu bapa penting dipupuk kembali supaya cara berfikirmereka lebih menjurus kepada menjadikan anak-anak mereka berjaya dari sudut penghayatanAl-Quran sejajar dengan pencapaian akademik. Jika pencapaian akademik dilihat amatpenting bagi menjamin kejayaan hidup anak-anak maka perlu disedarkan bahawa kejayaanmenguasai Al-Quran juga sangat penting bagi menjamin kejayaan hidup yang lebih diberkatidan diredhai olah Allah SWT. Oleh yang demikian tidak wajar penekanan ibu bapa hanyatertumpu kepada pencapaian akademik tanpa diberi bimbingan supaya menguasai ilmuTajwid Al-Quran. Anak-anak harus diberi galakan daripada kecil lagi supaya dewasa kelaktidak menyesal dan malu untuk belajar ilmu fardu kifayah ini. Kesan yang cukup besar dalamhidup anak-anak apabila menguasai kemahiran bacaan dan penghayatan Al-Quran ini dapatdikecapi oleh ibu bapa apabila anak-anak mereka terselamat daripada keruntuhan moral yangsemakin teruk pada masa kini. Al-Quran yang ada di dalam diri anak-anak akan mampumanjadi benteng yang kukuh daripada kemurkaan Allah SWT.

2.2 GURU KURANG MENJIWAI PERANAN SEBAGAI MURABBI

Tanggungjawab mernbentuk generasi berakhlak mulia adalah suatu amanah yangperlu dilaksanakan oleh para pendidik. Kebiasaannya tanggungjawab ini adalah menjaditanggungjawab guru Pendidikan Islam. Bagaimana pun, tanggungjawab ini adalah sesuatuyang berat untuk dipikul, malah ada di kalangan guru menganggapnya suatu beban dalamkerjaya mereka. Perlu difahami bahawa matlamat pendidikan negara adalah menjurus ke arahmewujudkan generasi berakhlak mulia seperti yang telah dinyatakan dengan jelas di dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Oleh itu,adalah jelas bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Gurubermatlamat ke arah pembentukan akhlak mulia, yang juga selaras dengan tuntutan firmanAllah SWT dan hadis berikut yang bermaksud : Dan sesungguhnya, kamu (Muhammad saw)benar-benar memiliki akhlak yang agung (Maksud Al-Qur 'an 68:4) dan hadis RasulullahSAW : Sesungguhnya aku telah diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (Maksudsabda Rasulullah saw dlm, 'Ali Muttaqi, 1989, jld. 3, ms. 6). Ini bermakna, prosespembentukkan akhlak generasi muda negara kita masa kini dan generasi masa depan terpikuldi atas bahu para pendidik khususnya guru Pendidikan Islam itu sendiriSangat menyedihkan apabila wujud segelintir guru Pendidikan Islam yang hanyaberperanan di dalam kelas sahaja. Guru ini hanya merasakan tugas mereka sebagaipenyampai maklumat sahaja. Tanpa di susuli dengan contoh tingkahlaku yang baik, kata-katanasihat dan bimbingan supaya berakhlak mulia. Menurut Prof. Madya Dr. Halim Mat Diah,pensyarah Akademi Islam Universityi Malaya mengkritik dasar pendidikan Islam di negaraini dan mempersoalkan dualisme yang diamalkan di sekolah-sekolah. Menurut beliau lagi apayang berlaku ialah kadang-kadang guru mata pelajaran Pendidikan Islam mengatakanmendedahkan aurat adalah haram, tetapi kemudiannya masuk guru lain pula yang tidakmenutup aurat. Jadi ini pasti mengelirukan para pelajar di sekolah. Kesan yang negatif lebihmerebak daripada penerapan nilai-nilai murni yang terkandung dalam sukatan matapelajaran. Impak negatif ini menyebabkan pelajar akan menhadapi krisis identity yang hebatantara dua contoh pemakaian guru yang bertembung tadi. Akhirnya pelajar akan memilihuntuk tidak menutup aurat kerana mengikut hawa nafsu mereka keadaan itu adalah lebihselesa dan mengikut arus kemodenan semasa.

CADANGAN PENYELESAIAN

Sebenarnya, masyarakat kita sekarang ini terus menaruh harapan yang tinggi kepadapara guru yang mendidik anak-anak mereka di sekolah. Ini bermakna peranan gurusememangnya amat besar dan begitu kritikal dalam merealisasikan Pendidikan Islam keranadi atas bahu merekalah terletak kejayaan dan kegagalan pelaksanaan Falsafah PendidikanKebangsaan. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruhsistem, nilai, tingkahlaku, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiapwaktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir danpengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnyaterhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.Oleh itu wajar sikap dualisme ini dihakis dan dibuang daripada semua pihak yang terlibatdengan agenda pendidikan khususnya guru Pendidikan Islam.Para guru hendaklah menjiwai peranan sebagai murabbi yang berperananmenyampaikan setiap ajaran agama kepada seluruh anak didik mereka. Guru mestilahberusaha melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri guru yang berkesan. Menurut StephenCovey (1989) dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan adadua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang palingberkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yangfundamental bagi seseorang memenangi diri peribadi adalah jadilah proaktif, mulai denganyang akhir di dalam minda, buat dahulu perkara pertama. Bagi memenangi publik (dalamhubungan interpersoal) tabiat yang perlu diamalkan pula adalah fikirkan menang-menang(Think Win/Win), fahami dahulu kemudian minta difahami, sinergi, tajamilah mata gergaji.Aspek-aspek penting di atas setelah kita kuasai maka tidaklah sukar untuk menjadi seorangyang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorangguru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi yan boleh menjadi role modelkepada orang-orang lain khususnya para pelajar.

Pengaruh guru terhadap pelajar-pelajarnya sama juga dengan pengaruh ibu bapaterhadap anak-anak mereka. Dengan adanya guru yang ikhlas di sekolah akan dapatmemperbaiki alam pembelajaran pelajar-pelajar. Bahkan gurulah yang mewariskan para nabidalam membentuk dan mengembangkan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Gurujuga diakui mempunyai pengaruh yang amat besar terutamanya ke atas murid-murid sekolahrendah (Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 2003). Kajian kualitatif penulis (Zaharah Hussin,2001) menunjukkan penampilan guru adalah penting dalam membentuk akhlak pelajar.Berikut adalah sebahagian daripada pandangan pelajar terhadap guru-guru mereka iaitu guruhendaklah memiliki sahsiah diri yang sempurna, guru tidak patut menampakkan walaupunsatu keaiban yang ketara, guru hendaklah menjadi contoh terbaik pelajar, dari aspek-aspekakhlak dan sahsiah, pelajar menjadikan guru agama di sekolah sebagai contoh idola /rolemodel mereka. Selain itu guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthmanel-Muhammady,1991 dIm. Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Walau sebaik mana pun sesuatusistem pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apayang disampaikan tidak akan difahami pelajar maka tidak mencapai matlamat pengajaran.Oleh itu, guru khususnya guru-guru Pendidikan Islam, perlu mengukuhkan lagi perananmereka dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Guru.

2.3 PERSEKITARAN YANG TIDAK MEMBERANGSANGKAN

Pembelajaran Pendidikan Islam pada masa kini bukanlah sesuatu yang mudah untukdiajar. Perkara ini berlaku disebabkan persekitaran pada masa kini tidak menjuruskan kepadapersekitaran Islam dan secara tidak langsung akan mengurangkan minat pelajar terhadappembelajaran Pendidikan Islam. Masalah persekitaran sememangnya memainkan perananpenting dalam menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran pendidikan Islam.Sekiranya pelajar tidak meminati apa yang diajar oleh guru, maka sudah semestinya pelajartidak akan memberi tumpuan dan tidak mungkin pelajar dapat melaksanakan dalamkehidupan sebenar mereka.

Antara masalah utama dalam pembelajaran Pendidikan Islam ialah kurang kerjasamaantara guru dan ibu bapa dalam membentuk sahsiah pelajar. Pada masa kini yang penuhdengan cabaran dan dugaan telah membataskan pergaulan guru dan ibu bapa atau penjagapelajar. Para ibu bapa atau penjaga pelajar tidak berkesempatan untuk bertanyakan hal-halyang berkaitan akhlak dan tingkahlaku anak-anak di bawah jagaan mereka. Mereka jugajarang dapat bersama dengan anak-anak di bawah jagaan mereka disebabkan tugasan atautuntutan kerja yang membebankan. Tugasan guru yang semakin mencabar juga telahmembataskan pergaulan guru dengan pelajar dan perkara ini telah mengurangkan perhatianguru terhadap pelajar. Secara tidak langsung guru tidak dapat memberi penerapan nilai-nilaimurni dalam pembelajaran Pendidikan Islam di luar waktu pembelajaran.Antara masalah yang sering dihadapai oleh para pendidik khususnya para pendidikPendidikan Islam ialah persekitaran luar sekolah yang berbeza dengan suasana persekitarandalam sekolah. Masalah persekitaran luar sekolah akan mempengaruhi para pelajar dalampembentukan akhlak dan sahsiah pelajar kerana para pelajar hanya akan berada di alampersekolahan hanya beberapa jam sahaja dalam sehari, selebihnya mereka akan berada dipersekitaran luar sekolah yang amat berbeza.

Persekitaran luar sekolah yang sering dihadapi para pelajar dalam kehidupan seharianmereka ialah faktor ekonomi yang mendesak mereka melakukan kerja bagi menampungkewangan keluarga. Suasana kehidupan para pelajar juga boleh mempengaruhi sahsiahmereka dalam menerapkan nilai-nilai murni. Sekiranya suasana kehidupan mereka dikelilingioleh budaya yang sihat maka hasilnya akan melahirkan pelajar yang dapat merealisasikanpembelajaran nilai-nilai murni Pendidikan Islam dalam kehidupan mereka dan sekiranyasuasana kehidupan mereka dikelilingi oleh budaya yang tidak sihat maka akan lahirlah pelajaryang tidak dapat membentuk dirinya mengikut nilai-nilai murni yang dipelajari di waktupersekolahan. Antara yang boleh mempengaruhi para pelajar dalam merealisasikan nilai-nilaimurni dalam pendidikan Islam ialah faktor keturunan, sekiranya pelajar dari keturunan yangbaik maka agak senang bagi pelajar tersebut untuk mengamalkan apa yang dipelajari dansekiranya pelajar itu dari keturunan yang kurang baik, maka agak mencabar baginya untukmerealisasikan apa yang dipelajari kerana tiada sokongan dan dorongan dari keluarga.Faktor lain yang menjejaskan nilai-nilai murni para pelajar ialah faktor kawalan di luarsekolah. Para guru tidak akan menguasai para pelajar dalam kehidupan seharian mereka diluar sekolah kerana para guru juga mempunyai tanggungjawab dalam kehidupan seharianmereka dan agak mustahil para guru dapat memantau pelajarnya di luar waktu persekolahan.Ibu bapa harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam menangani masalah isukawalan kepada para pelajar. Masalah yang tidak dapat dinafikan dan memberi cabaran yangpaling hebat kepada para pendidik khususnya para pendidik Pendidikan Islam ialah mediamassa. Media massa pada zaman kini berlumba-lumba dalam menghasilkan produk yangtidak mencerminkan nilai-nilai keislaman yang tinggi seperti Akademi Fantasia, Mentor,Gang Starz, One In A Million, Malaysian Idol dan bermacam-macam lagi programseumpamanya. Program seperti ini sememangnya telah terbukti tidak mempunyai nilai-nilaikeislaman dan telah menarik minat berjuta-juta pelajar untuk menonton dan secara tidaklangsung akan menghakiskan nilai-nilai murni Pendidikan Islam yang telah dipelajari.Program tersebut juga telah menghancurkan minat pelajar terhadap pembelajaranPendidikan Islam kerana program tersebut memaparkan sesuatu yang menyeronokkan akantetapi bertentangan dengan nilai keislaman serta menawarkan hadiah yang lumayan kepadapemenang. Pada masa yang sama program yang berkonsepkan nilai-nilai murni mengikutajaran Islam tidak begitu menarik minat sebahagian besar pelajar mungkin disebabkan hadiahyang ditawarkan tidak begitu lumayan serta tidak banyak pilihan. Perkara ini sudahsemestinya memberi tamparan hebat kepada para pendidik khususnya para pendidikPendidikan Islam dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar. Para pelajar telahdipengaruhi oleh media massa yang begitu hampir dengan pelajar dan secara tidak langsungmenghilangkan nilai-nilai murni Pendidikan Islam yang telah diajar oleh para pendidikPendidikan Islam.

CADANGAN PENYELESAIAN

Langkah penyelesaian isu-isu ini ialah semua pihak haruslah memberi kerjasama yanghebat untuk merealisasikan nilai-nilai murni pendidikan Islam dalam kehidupan seharianpelajar. Para pendidik dan ibu bapa perlu lebih banyak berbincang dalam mengawal tingkahlaku para pelajar. Manakala masyarakat perlu mengambil sikap jaga tepi kain orang danpihak kerajaan perlu menghadkan program berbentuk hiburan yang merosakkan minat parapelajar terhadap nilai-nilai keislaman. Selain itu amat wajar diperhebatkan lagi program yangmampu menarik minat pelajar dalam mengamalkan nilai-nilai murni dalam Pendidikan Islam.

2.4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN KURANG BERKESAN

Dalam konteks pendidikan di sekolah Al-Quran menjadi satu komponen daripadamata pelajaran Pendidikan Islam. Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaranteras dan wajib dipelajari oleh setiap pelajar Islam di semua peringkat sama ada rendah ataumenengah. Konsep pengajaran dan pembelajaran Al-Quran seharusnya diketahui denganlebih jelas supaya semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakandengan berkesan serta sesuai dengan kehendak agama Islam. Antaranya merangkumiperkara-perkara di bawah ini:

1. Mengenal huruf Al-Quran.2. Boleh menyebut huruf Al-Quran dengan betul mengikut makhraj dan sifat-sifatnya.3. Boleh membaca ayat Al-Quran dengan betul dan fasih mengikut hukum Tajwid.4. Boleh membaca Al-Quran dengan suara dan lagu yang baik.5. Mengetahui maknanya dan memahami maksudnya.6. Mengambil pengajaran dan iktibar daripada peristiwa dalam kisah-kisah Al-Quran.7. Mengamalkan suruhan dan menjauhi larangan Al-Quran.8. Menghayati ajaran dan akhlak Al-Quran dalam setiap tindakan.9. Menghafaz ayat-ayat Al-Quran. Jika tidak mampu hafaz keseluruhan Al-Quran,mestilah ada usaha untuk menghafaz sebahagiannya atau sekadar perlu untuk dibacadalam solat dan wirid-wirid tertentu.10. Mengajar Al-Quran kepada orang lain.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran terdapat segelintir pelajar peringkatmenengah tidak dapat membaca Al-Quran langsung (buta Al-Quran) dan permasalahan iniperlu dielakkan dalam kalangan pelajar Islam. Fenomena ini telah memberi kesan yang tidaksihat dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah menengah dan menyebabkan mereka tidakberminat dan kurang memberi perhatian untuk mempelajari Al-Quran dalam mata pelajaranPendidikan Islam di sekolah serta dalam aktiviti membaca Al-Quran sama ada secaraindividu atau berkumpulan. Terdapat di kalangan pelajar juga yang tidak mengenal hurufhiyaiyyah Al-Quran serta tidak dapat membacanya dengan lancar ketika pelaksanaanpengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Hal ini telah menyulitkan pendidik bagipelaksanaannya di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan masalah pembelajaran Al-Quranantara punca utamanya ialah sesi pengajaran lebih berpusat kepada guru bukan murid.Semasa pengajaran guru lebih banyak menggunakan pendekatan syarahan dan kurangmenggunakan alat bantu mengajar ( ABM ) dalam bilik darjah. Punca kedua pula ialah gurukurang mengambil kira potensi pelajar seperti yang dihasratkan dalam KBSM. Pelajar kurangdiberi peluang mengeluarkan pendapat dan bersoal jawab. Selain itu, aktiviti P&P lebihberfokus kepada mengingat pengetahuan sahaja. Para pelajar kurang diberi peluang untukbelajar berfikir. Secara tidak langsung hal ini menjadi punca pelajar tidak sedar apa yangdipelajari dan tidak mengetahui tujuan pembelajaran tersebut.

CADANGAN PENYELESAIAN

Sepatutnya guru perlu menggunakan ABM sekurang-kurangnya menggunakan papantulis. Sebagai contoh guru perlu membimbing pelajar melalui ayat-ayat dalam sukatan dengancara menulis huruf-huruf pada papan tulis dan membunyikan atau membacakan huruf-hurufdaripada ayat-ayat yang diajarkan. Seterusnya pelajar diminta supaya menyebut huruf-hurufdengan tepat sambil menunjukkan ayat yang dibaca dengan kayu penunjuk. Proses inimestilah dilakukan berulang-ulang sehingga pelajar telah benar-benar faham dan mengetahuifungsi baris dan sebutan setiap huruf tersebut. Kini negara kita telah mencapai aruskemodenan yang lebih baik. Maka para guru wajar berusaha untuk menambahbaikkan kaedahpengajaran mereka. Selain menggunakan papan putih seperti contoh di atas, wajarmengintegrasikan teknologi maklumat supaya pengajaran lebih menarik.

Faktor bilangan pelajar yang ramai dalam kelas merupakan punca guru kurangmengambil kira potensi pelajar seperti yang dihasratkan dalam KBSM. Situasi ini jelasnyamengakibatkan pelajar menjadi pasif di dalam kelas. Hal ini turut dipersetujui oleh JemaahNazir Persekutuan 1994, yang menyatakan bahawa bilangan pelajar dalam kelas yang ramaimengurangkan peluang guru mendengar dan memperbetulkan bacaan murid secara talaqqidan musyafahah serta membuat aktiviti pengukuhan. Oleh itu sanagt wajar bilangan pelajar didalam kelas hanya dihadkan seramai 25 orang pelajar sahaja. Suasana pembelajaran yanglebih kondusif akan dapat dirasai oleh pelajar dan mudah melahirkan pelajar aktif belajarsendiri dalam sesebuah kelas. Walau pun masalah ini dilihat sudah lama dan masih berlakusehingga kini, besarlah harapan para pendidik agar isu ini dipandang serius dan diatasidengan seberapa segera dengan kemampuan kewangan negara yang agak stabil.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hanya tertumpu kepada ingatan pulamestilah diatasi bersama. Hal ini mungkin disebabkan oleh peruntukan masa yang singkatbagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Justeru sukar bagi guru mencapai objektifpengajaran yang telah ditentukan dalam rancangan pengajaran harian mereka.. Masa yangsingkat akan menyebabkan guru perlu menghambat masa untuk memastikan para pelajarmenghafal Al-Quran tanpa mengenal huruf dengan baik. Ini akan menjadikan para pelajartidak memahami bagaimana Al-Quran mesti dibaca. Pihak sekolah sepatutnya lebih prihatindengan memberikan lebih masa terhadap subjek ini yang menjadi teras kepada PendidikanIslam. Malah ia juga perlu melibatkan kesungguhan para ibu bapa di rumah kerana terdapatkajian yang menyebut para pelajar memperolehi kemahiran membaca Al-Quran daripada ibubapa mereka di rumah dan bukan daripada guru di sekolah sahaja.

2.5 KURANG MEMANFAATKAN ALAT BANTU MENGAJAR UNTUKPENGUKUHAN PELAJAR

Isu ini juga dilihat sebagai wajar untuk diketengahkan di medan perbincangan.Apabila masalah ini tidak segera diubah bentuk pelaksanaannya, maka pelajar akan terusketinggalan dalam bidang pendidikan mereka tanpa mengikut arus perubahan semasa.Menurut Mohd Sobri (2000), proses pengajaran tidak hanya tertumpu kepada penggunaanbuku teks, kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih dari itu termasuklah penggunaankomputer yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi menarik minat pelajar.Kaedah ini akan membantu guru dalam melaksanakan pengukuhan kepada pelajar. Perludiingat bahawa pengajaran yang memanfaatkan alat bantu mengajar semestinya memberikelainan kepada pelajar dan tidak hanya menghasilkan pengajaran yang mendatar. Ini akanmenjadikan pembelajaran pelajar lebih menarik.

Menurut Mohd Fazreen (2003) ada dinyatakan bahawa pembelajaran tanpa alat bantumengajar akan lebih berpusatkan guru sahaja (dalam bentuk satu hala) di mana gurumenyampaikan isi pelajaran dan pelajar hanya mendengar telah menjadikan pelajar pesertapasif atau passive learner. Ini akan menyebabkan pelajar akan merasa mudah bosan dansedikit sebanyak akan melunturkan minat pelajar untuk belajar. Strategi yang digunakan inibolehlah dikatakan sebagai kaedah tradisional dan haruslah di perbaiki agar dapatmewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang aktif di mana pelajar turut berfikir untukmenyelesaikan sesuatu masalah. Perubahan arus semasa jelas menekankan pengajaran danpembelajaran yang aktif kerana pelajar perlu belajar sendiri. Apabila berhadapan denganmasalah pembelajaran kerana dibelenggu oleh kekurangan alat bantu mengajar, pelajar gagalmenyelesaikan masalah sendiri. Aktiviti pengukuhan pula mungkin sudah berubah kepadaaktiviti yang membosankan. Pelajar yang lemah akan terus menjadi lemah disebabkan isu ini.

CADANGAN PENYELESAIAN

Oleh itu, ditekankan di sini bahawa penggunaan alat bantu mengajar amatlahdigalakkan kerana ia merupakan salah satu kaedah bagi melahirkan suasana pembelajaranyang aktif antara pelajar dan guru. Menurut Asri (2000), dinyatakan alat bantu mengajardapat menarik minat dan perhatian pelajar memahami sesuatu konsep dan isi pelajaran yangmudah, mewujudkan suasana pengajaran yang aktif dan menarik. Pelajar juga dikatakan akanterus tertarik untuk belajar dan berinteraksi dengan aktif. Proses ini dikatakan dapatmendorong ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran yang hanyamenggunakan sumber yang ada semata-mata seperti buku teks, kapur tulis, papan hitam danbuku latihan bolehlah dianggap sebagai satu pengajaran yang mengenepikan teknologipengajaran terkini yang banyak menggunakan komputer sebagai kaedah terbaru di dalampembelajaran.

Jesteru, pengajaran menggunakan alat bantu mengajar haruslah dilaksanakan olehguru agar ianya dapat menggalakkan pelajar berfikir tentang benda-benda yang abstrakterutamanya guru-guru Pendidikan Islam kerana kebanyakan subjek-subjek di dalamnyamemerlukan pelajar berfikir tentang benda-benda yang abstrak. Oleh itu, penggunaan alatbantu mengajar ini amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bidangpendidikan membincangkan konsep dan menetapkan hukum. Walau pun memerlukan kosyang tidak sedikit tetapi sangat baik untuk kepentingan melahirkan anak bangsa yang berilmupengetahuan tinggi. Tiadalah yang diharapkan oleh para guru melainkan kejayaan melahirkanpara sarjana dan ilmuan yang akan meneruskan kepemimpinan negara yang adil dan saksamapada suatu masa akan datang.

7.0 PENUTUP

Konklusinya, sebagaimana yang dijelaskan dalam kenyataan Falsafah PendidikanNegara bahawa pendidikan di sekolah adalah satu usaha yang berterusan ke arah melahirkanindividu yang berpotensi dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis danseimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Ini dapat dijadikan garis panduan bagi setiap pendidik di dalammendidik setiap pelajar mereka. Menurut Robiah (1993), sesuatu sistem pendidikan ituditetapkan oleh perkembangan yang terdapat hari ini dan juga perkembangan yang berlakupada masa lalu. Ini menunjukkan pendidikan hari ini akan menjadi asas kepada generasi akandatang dan sedikit sebanyak harus diterapkan pada masa sekarang. Oleh itu pengajaran yangberkesan perlu dilaksanakan supaya pembelajaran akan menjadi lebih sistematik dan dapatmenarik minat pelajar untuk belajar. Pelbagai isu yang terus timbul memerlukankebijaksanaan kita untuk menyelesaikannya. Semua pihak perlu berganding bahu memikultanggungjawab mengurus dan mentadbir suasana yang akan berlaku pada masa akan datangyang jauh lebih kompleks. Diharapkan semoga kecemerlangan akhlak dan akademik akanberjalan seiring sesuai dengan perintah agama yang tercinta iaitu Islam.

8.0 RUJUKAN

1. Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri ( 2007 ) Pendidikan Islam : KaedahPengajaran & Pembelajaran, Bidang Pengajian Islam.2. Mohd Yusuf Ahmad ( 2004 ) Sejarah dan Kaedah Pendidikan Al-Quran, PenerbitUniversiti Malaya3. Zaharah Hussin ( 2005 ) Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan GuruPendidikan Islam, Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya4. Covey, Stephen R. (1989) The Seven Habits of Highly Effective People. Simon andSchuster, New York5. Abd. Rahman Mat Hassan ( 1999 ) Satu Kajian Penguasaan Al-Quran di KalanganPelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Kuala Lumpur, Universiti Malaya6. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2002 ) Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. KualaLumpur, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral.7. Nur Baizura Mahyidin ( 2006 ) Faktor-faktor Yang Menggalakkan Penggunaan ABMdi Kalangan Guru-guru Teknikal Dalam Pengajaran Seharian. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysiahttp://mdazriamin5119.blogspot.com/2010/05/bidang-pengajian-pendidikan-kolej.html

Isu-Isu Semasa Qiraat dan TarannumPENGUASAAN QIRAAT DAN TARANUM DI SEKOLAH

Al-Quran merupakan Kalam Allah yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. Ianya ditulis dalam beberapa mashaf, dipetik dan disusun daripada riwayat-riwayat yang mutawatir dan membacanya merupakan suatu ibadat. Berdasarkan sifat Al-Quran yang unik dan ijaz () maka ia memerlukan setiap orang menguasai beberapa ilmu untuk memantapkan penguasaan bacaaanAl-Quran yang diturunkan oleh Allah. Ilmu-ilmu ini meliputi Ilmu Tajwid, Qiraat dan Taranum serta beberapa ilmu lain berkaitan dengan Al-Quran. Ilmu-ilmu ini boleh melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pendidikan negara menurut Falsafah Pendidikan Negara.

Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah menjalankan Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ) di sekolah menengah kebangsaan agama ( SMKA )sejak 1986 sebagai salah satu aktiviti kurikulum di sekolah. Kelas ini telah diperluaskan ke kelas aliran agama ( KAA ) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan.Murid-murid dipilih dari kalangan mereka yang lancar dan baik dalam bacaan Al-Quran. Pelajar-pelajar ini akan ini akan menduduki peperiksaan khas yang akan diadakan semasa di tingkatan tiga dan lima. Skop peperiksaan adalah dalam bentuk lisan dan bertulis meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid dan taranum ulum al-quran dan qiraat al-sabie.

Tahap Penguasaan Qiraat dan Taranum di Sekolah

Akhir-akhir ini kita sering mendengar dan membicarakan isu kelemahan pelajar-pelajar kita dalam menguasai bacaan Al-Quran di sekolah-sekolah. Walau pun pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan namun kajian menunjukkan ramai pelajar khususnya di sekolah menengah harian biasa sangat lemah dalam penguasaan tulisan jawi dan bacaan Al-Quran. Ini sekaligus akan menyekat perkembangan ilmu qiraat dan taranum di sekolah-sekolah. Aspek-aspek yang mempengaruhi kelemahan ini termasuklah :

a) Asas Ilmu Tajwid Yang Lemah

Kebanyakan murid sekolah rendah dan menengah terdiri daripada beberapa kategori iaitu masalah murid yang langsung tidak boleh membaca Al Quran, boleh membaca Al-Quran tanpa bertajwid dan tidak boleh membaca Al-Quran secara bertaranum. Pelajar-pelajar juga tidak dapat menguasai hukum asas tajwid seperti nun mati dan nun sakinah walaupun iannya telah diperkenalkan di peringkat pembelajaran awal ilmu ini. Ini menyukarkan untuk melatih mereka dalam penguasaan ilmu qiraat dan taranum yang memerlukan kelancaran dan kefasihan dalam bacaan Al-Quran.

b) Kaedah Pengajaran Lama Al-Quran

Kaedah pengajaran lama Al-Quran juga mempengaruhi penguasaan pelajar dalam bacaan Al-Quran dimana kaedah Pengantar Muqaddam dianggap lemah sejak berkurun lamanya diamalkan sebelum digantikan dengan kaedah iqra dan qiraati. Ini menyebabkan masalah ini berterusan sejak pelajar tersebut belajar Al-Quran dari usia kanak-kanak, di sekolah rendah dan akan berpanjangan ke sekolah menengah.

c) Minat Terhadap Program Tilawah Al-Quran dan Jawi

Pelajar-pelajar sekolah juga didapati kurang berminat dalam Program Tilawah Al-Quran, penguasaan jawi dan Al-Quran. Penguasaan jawi dan Al-Quran mereka berada pada tahap sederhana dan lemah sebelum mereka memasuki sekolah menengah. Pelajar Islam didapati kurang cinta kepada Al-Quran kerana mereka lebih menumpukan kepada pelajaran lain yang sesuai dengan minat dan keperluan semasa. Sekiranya Al-Quran dijadikan mata pelajaran wajib untuk memasuki universiti pasti akan ada tumpuan yang lebih kepada ilmu Al-Quran.

Faktor Pencapaian Pelajar dalam Qiraat dan Taranum

Terdapat beberapa factor yang melibatkan guru iaitu pembimbing dan murid bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam bacaan Al-Quran khusunya dalam bidang qiraat dan taranum., iaitu :

1. Faktor Guru

1.1 Guru mestilah membuat persedian ilmu iaitu kemahiran aspek tajwid yang mendalam bagi menarik minat murid.1.2 Memiliki suara yang baik.1.3 Memiliki lahjah arabi yang baik untuk menepati sebutan huruf-huruf, kalimah dan ayat-ayat Al-Quran.1.4 Kenal dan faham serta menguasai tentang jenis kategori suara.1.5 Kaya dengan variasi lagu dan dapat mencontohkan jenis dan bunga-bunga(burdah) lagu dengan baik dan berkesan.1.6 Membezakan dan mencontohkan lagu-lagu taranum yang dibawa oleh qari-qari ternama.

2. Faktor Murid

2.1 Lancar dan fasih dalam bacaan Al-Quran.2.2 Menguasai ilmu tajwid dengan baik.2.3 Mempunyai bakat dan suara yang baik.2.4 Kemahuan yang tinggi untuk menguasai bacaan pelbagai qiraat dan taranum.

Penguasaan dalam Ilmu Qiraat dan Taranum memerlukan kesungguhan dan kemahiran yang baik dari setiap individu yang berminat mendalaminya. Mewujudkan kelas KKQ dapat melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran dan mahir Ilmu Qiraat dan Taranum. Penguasaan Al-Quran akan menjadi lebih mudah sekiranya pelajar dapat menguasai bidang Al-Quran mengikut kronologi dan tersusun.http://ayuniee.blogspot.com/2009/09/isu-isu-semasa-qiraat-dan-tarannum.html

Penulis ialah Nik Rosila Bt Nik Yaacob dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan , Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.Tajuk kajian ialah Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam.Tujuan kajian ialah untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan Jawi di kalangan pelajar Tingkatan dua dan tingkatan empat serta hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan minat pelajar.Format kajian ialah Kaedah Penyelidikan survey untuk mengumpul data.Respoden terdiri daripada 400 orang pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat di dua buah sekolah di Shah Alam dan Kuala Lumpur.Metodologi kajian yang digunakan ialah ;i) .Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran mengeja dan menulis Jawi, kemahiran menjawab soalan aneka pilihan, kemahiran menulis esei dan kemahiran menulis ayat al-Quran.ii) Soal selidik yang merangkumi latar belakang pelajar, minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam, pencapaian pelajar dalam peperiksaan Pendidikan Islam, cara pelajar belajar Pendidikan Islam dan cara guru mengajar Pendidikan Islam.Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasa pelajar Tingkatan Dua dan Empat dalam kemahiran Jawi masih berada di tahap lemah. Kajian juga mendapati pelajar lemah untuk menguasai penulisan Jawi. Selain itu, kajian menunjukkan kebolehan pelajar memilih jawapan aneka pilihan berada pada tahap sederhana. Pelajar juga kurang mahir menjawab soalan yang memerlukan pemahaman daripada ayat-ayat al-Quran.

TAJUK : PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAM.

1.0) PendahuluanSejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan Pendidikan Islam merupakan satu subjek yang diajar di sekolah sekolah di Malaysia bermula di tingkatan satu sehingga tingkatan lima . Kebanyakan buku teks Pendidikan Islam ditulis dalam tulisan jawi. Tulisan jawi adalah hasil daripada pengubah suaian dan penambahan huruf huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran .Buku buku teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran adalah ditulis dalam tulisan Jawi dan Bahasa Arab ( Abdullah Ali Hasan 1980, Abdullah Jusuh, 1999) . Persoalan kini , ramai di kalangan pelajar tidak boleh menguasai tulisan Jawi dengan baik. Akibatnya pelajar tidak boleh mencapai keputusan yang baik bagi subjek Pendidikan Islam .Sehubungan itu, para cendikiawan telah membuat kajian bagi mengenal pasti apakah permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar yang menyebabkan peratus pencapaian mereka agak merosot , di manakah kelemahan para pelajar dalam memguasai tulisan Jawi yang menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam .Masyarakat umum telah mengetahui secara jelas bahawa tulisan Jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah - sekolah di Malaysia . Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam . Hasrat ini berkemungkinan besar tidak akan tercapai seandainya para pelajar tidak boleh menguasai jawi dengan baik .Oleh itu , kajian tindakan dilaksanakan untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dan kepekaan mereka terhadap kemahiran menulis dan membaca yang memberi kesan ke atas pencapaian mereka dalam subjek Pendidikan Islam .2.0) Penguasaan Jawi dikalangan pelajar Tingkatan 2 dan 4.Apabila kajian dijalankan didapati bahawa ramai di kalangan pelajar masih tidak boleh membaca jawi dengan lancar dan baik . Ada juga segelintir pelajar buta huruf untuk membaca tulisan jawi. Menurut Ahmad Murad Muhidin, terdapat ramai di kalangan sekolah agama yang tidak mahir dan kekok dalam penggunaan tulisan jawi, ejaan dan bacaan jawi ( Berita Harian , 27 Febuari 2006 : C6 ) . Keadaan ini meyulitkan pelajar mempelajari mata pelajaran yang menggunakan tulisan jawi sepenuhnya seperti penggunaan buku teks jawi Pendidikan Islam. Hal ini boleh menyebabkan pelajar tidak boleh menguasai isi pelajaran dengan sebaiknya sebagaimana yang diharapkan oleh guru . Oleh itu, pencapaian pelajar bagi Pendidikan Islam merosot. Antara kelemahan yang dikenal pasti oleh penulis adalah sepertimana berikut :2.1 ) Pelajar gagal menyambung huruf- huruf jawi mudah yang diberikan. Kemahiran menyambung huruf-huruf jawi ini sepatutnya dikuasai pelajar pada peringkat sekolah rendah lagi.2.2) Kebanyakan pelajar kurang berkemahiran menukarkan perkataan daripada huruf rumi kepada huruf jawi . Contohnya huruf s kepada shad untuk perkataan solat . Perkataan solat dipinjam daripada Bahasa Arab .2.3) Pelajar tidak boleh mengeja dengan betul dan tidak dapat membezakan huruf yang mempunyai makhraj yang sama seperti shad dengan sim, Qaf dengan Kaf dan Tho dengan Ta . Ini kerana pelajar kurang cekap mengeja perkataan arab yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Kecekapan membezakan perkataan Jawi Arab adalah kemahiran asas yang sepatutnya dikembangkan pada peringkat sekolah rendah lagi.3.0 ) Hubungan antara Penguasaan Jawi dengan minat Pelajar Terhadap Pendidikan Islam.Setelah dibuat kajian tindakan ke atas para pelajar mengenai aspek kelemahan pelajar menguasai tulisan jawi , penulis mendapati beberapa faktor yang menyebabkan pelajar tidak meminati Pendidikan Islam . Pertama ialah sikap negatif pelajar di mana pelajar beranggapan bahawa tulisan Jawi amat susah dipelajari , tidak penting dan tidak dinilai di dalam peperiksaan . Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ( Sulaiman Ngah Ghazali , 1990, Azman Wan Chik , 1986 ) . Kebanyakan pelajar juga kurang berkeyakinan menggunakan tulisan Jawi disebabkan mereka kurang menguasai suku kata terbuka dan mereka juga tidak dapat membina perkataan untuk suku kata tersebut .Kedua , pelajar kurang minat mata pelajaran jawi . Pelajar selalu melakukan kerja lain semasa guru sedang mengajar Pendidikan Islam . Perkara ini mungkin disebabkan oleh kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang tidak begitu berkesan untuk menarik minat pelajar sama ada mereka lemah , sederhana atau baik dalam Jawi .Ketiga , Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) telah mengisytiharkan bahawa tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan kepada pelajar sekolah menengah. Perisytiharan ini merupakan satu kecaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan pelajar Melayu Islam . Sikap sedemikian seolah - olah tulisan tidak pernah berjasa di dalam Negara kita . ( Harakahdaily , 5 Julai : 2007 ).4.0) Hubungan antara penguasaan Jawi dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan IslamHasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang rapat antara penguasaan Jawi dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Dalam kemahiran mengeja Jawi , contohnya pelajar mencapai peratusan gagal yang tertinggi disebabkan pelajar tidak boleh mengeja Jawi. Sementara dalam kemahiran menjawab soalan aneka pilihan, penulis mendapati semakin lemah pelajar dalam mengeja menyebabkan semakin merosot pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam. Selain itu, dalam kemahiran menjawab soalan esei didapati pelajar Tingkatan 2 dan 4 berada pada tahap baik dalam kemahiran menulis esei . Manakala dalam kemahiran menulis ayat-ayat Al-Quran, walaupun pelajar cemerlang dapat menjawab soalan esei tetapi masih lemah dalam kemahiran menulis ayat-ayat al-Quran. Walau apa pun, jika pelajar tidak boleh menguasai Jawi dengan baik ia akan member kesan ke atas pencapaian mereka.5.0 ) Langkah-langkah mengatasi kelemahan penguasaan pelajar terhadap tulisan jawi.Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak dilakukan, barangkali tulisan Jawi menerima nasib yang sama seperti mata pelajaran agama yang lain seperti ilmu Tajwid , akidah, sirah dan sebagainya yang menjadi subjek yang diajar di sekolah rendah , kemudian diabaikan di peringkat sekolah menengah . Akhirnya ilmu tersebut hanya dikuasai oleh golongan agama sahaja . Dan jika langkah tidak diambil para pelajar akan menghadapi masalah kemerosotan pencapaian dalam akademik mereka . Antara langkah yang disyorkan adalah sebagaimana berikut :a) . Menggunakan kedua bahasa Jawi-Rumi.Guru-guru Pendidikan Islam hendaklah menggunakan kedua-dua bahasa iaitu Tulisan Jawi dan Rumi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua pelajar dapat memahami Pendididkan Islam yang diajar oleh guru di sekolah.b) . Mempelbagaikan kaedah pengajaran Pendidkan Islam.Kaedah pengajaran dan pembelajaran mestilah dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai latar belakang dan minat serta keupayaan yang berbeza dalam penguasaan jawi. Sehubungan itu , guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk menarik minat pelajar . Contohnya , guru boleh mengadakan program nyanyian suku kata dengan menggunakan kaset ataupun menggunakan kad gambar bagi mengeja suku kata perkataan ataupun kad gambar untuk mengeja rangkai kata .

c) Pengubahsuaian buku teks mengikut tahap umur dan pencapaian pelajar.Menurut Kamarudin Hj Husin ( 1989 : 32 ) , buku teks merupakan bahan pembelajaran yang sangat penting untuk pelajar - pelajar dan ia menjadi sumber rujukan utama bagi membantu guru dalam proses pengajaran . Dunia semakin hari semakin maju dan banyak masalah baru yang timbul dalam masyarakat . Oleh itu , isi kandungan buku teks juga perlulah sesuai dengan keadaan semasa .d) Menambah baik program J-Qaf dan memperkasakannya .Program J - Qaf mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah satu langkah baik untuk memperbaiki penguasaan Jawi di kalangan pelajar . J - Qaf bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada jawi , al Quran , Bahasa Arab dan fardhu Ain . Ianya adalah satu usaha yang baik demi untuk memberi keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar . Program J - Qaf yang sedia ada hendaklah diperbaiki untuk membolehkan pelajar sekolah menengah menguasai jawi dan jawi bukan lagi menjadi halangan dalam mempelajari Pendidikan Islam .6.0) Senario Tulisan Jawi pada zaman kegemilangan tamadun Islam.Agama Islam bertanggungjawab memperkenalkan tulisan jawi . Hal ini merupakan satu sumbangan yang besar kepada Alam Melayu kerana sebelum ini , mereka bukan sahaja buta huruf , tetapi juga tidak mempunyai tulisan . Tulisan yang diperkenalkan oleh Islam di rantau ini dikenali dengan tulisan Jawi . Pada keseluruhannya , tulisan jawi merupakan tulisan abjad Arab cuma ditambah empat huruf iaitu nya, ga , nga dan ca untuk memenuhi keperluan sebutan bahasa Melayu .Melalui tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi atau tulisan Melayu itulah berkembangnya tradisi persuratan Melayu yang meliputi genre dan bidang sastera , kitab , sastera rakyat , sastera hikayat , sastera epik , undang-undang dan ketatanegaraan , risalah dan khutbah , prosa dan puisi , klasik dan moden . Demikianlah besarnya jasa tulisan Jawi dalam merakamkan dan mengabdikan khazanah keintelektualan umat Melayu selama beberapa dekad yang lalu .Sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu daerah pemakaian tulisan jawi adalah seluas wilayah yang diliputi oleh bahasa Melayu, iaitu seluruh Alam Melayu . Bahasa Melayu dan tulisan Jawi tidak hanya digunakan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu , tetapi digunakan dengan meluas di Patani , Riau , Aceh , Jambi dan di kepulauan Jawa sehingga ke Campa di Indo-China .Malah jangkauan bahasa Melayu bertulisan jawi pernah mencecah benua Eropah melalui surat - menyurat di antara raja-raja rantau Melayu dengan rakan sejawatan mereka di benua Eropah . Disamping itu , ia digunakan untuk menulis dokumen-dokumen seperti surat izin pedagangan dan perjanjian dengan bangsa - bangsa Eropah .Selain itu tulisan jawi juga digunakan dalam penulisan naskhah-naskhah berbahasa daerah seperti Jawa , Sunda , Aceh , Minang, Bugis dan sebagainya . Tulisan jawi banyak digunakan dalam karya-karya yang bersifat keislaman sama ada karya asli atau terjemahan contohnya Ihya Ulumudin , Hikam dan lain-lainnya .Tulisan jawi mempunyai nilai estetik yang cukup mengharukan para peminatnya, terutama apabila ia ditulis dalam bentuk karya seni khat atau kaligrafi . Seni khat yang memadukan ayat-ayat al - Quran banyak menghiasi minbar-minbar dan dinding masjid di Alam Melayu. Seni Khat dalam pelbagai jenis tulisan jawi nasakh , riqaah , thuluth , kufi dan sebagainya merupakan sebahagian daripada tradisional orang Melayu , sejenis khat kudus yang membawa makna dan mesej kerohanian dan keintelektualan yang mendalam. Khat yang tertua sampai di Malaysia iaitu Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 702H/1303M . Ini beerti khat telah dijadikan sebagai alat perhubungan dan pendidikan di Malaysia selepas 671 tahun kewafatan Rasulullah S.A.W .Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam di seluruh Alam Melayu, seni khat diabadikan di atas duit syiling . Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah ( 1455-1459) dan Sultan Abdul Jalil Syah ( 1632-1677) wang emas diukir dengan khat . Selain itu, cokmor, cop mohor , pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri-negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat-ayat al-Quran . Seni khat juga diabdikan di atas tenunan songket dan hiasan . Ayat-ayat al-Quran ditenun di atas kain songket untuk memperolehi perlindungan daripada Allah S . W . T .Demikianlah mantapnya peranan tulisan dan status tulisan jawi sebagai tulisan Melayu - Islam . Selama tujuh abad ianya digunakan dengan cukup berkesan dan berjaya sebagai wahana pembangunan tamadun intelektual Melayu-Islam , di samping sebagai kekuatan pengikat kesatuan budaya di kepulauan Melayu dan sebagai unsur pemantapan jati diri keislaman budaya Melayu .7.0) Senario Jawi pada era millenium.Sejak memasuki era millennium tulisan jawi menghadapi cabaran yang amat sukar . Tulisan in tidak lagi digunakan secara meluas . Tidak banyak buku yang dicetak dalam tulisan jawi dan jika diterbitkan kurang mendapat sambutan. Hal ini mungkin berpunca daripada persepsi masyarakat sekarang yang menganggap kononnya tulisan jawi bukan tulisan yang melambangkan kemajuan, bahkan dikatakan tulisan jawi adalah tulisan yang hanya dibaca oleh orang-orang lama sahaja .Dekad dekad terakhir ini tulisan jawi sukar untuk mendapat tempat di hati masyarakat hinggakan sampai ke peringkat nazak apabila pada 26 Januari 2006 lepas penerbitan akhbar tunggal jawi di Malaysia , Utusan Melayu diberhentikan. Untuk 20 tahun kebelakangan ini terbitannya hanya untuk memenuhi syarat sahaja. Semua ini mungkin berpunca daripada perhatian yang kurang diberikan terhadap kepentingan tulisan jawi di kalangan generasi muda yang menjadikan tulisan itu semakin pupus ditelan zaman .Tulisan jawi adalah pusaka warisan bangsa yang telah menjadi skrip rasmi dan lidah Melayu selama 600 tahun akan tetapi masyarakat Melayu tidak dapat mempertahankan khazanah Melayu yang menjadi keagungan pada suatu masa dahulu . Mungkin benar apa yang dikatakan tulisan jawi lahir zaman papa mati zaman kaya .8.0) Kesimpulan.Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya dinamakan sebagai tulisan jawi . Tulisan inilah yang pernah membangunkan tamadun Melayu dan pernah mencorakan ketuanan Melayu di zaman pra kemerdekaan . Tulisan ini mempunyai signifikan yang sangat besar dalam sejarah bangsa dan Negara , di mana dahulunya ia merupakan lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam . Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan .Sikap masyarakat yang beranggapan bahawa tulisan Jawi adalah semata-mata untuk unsur - unsur keagamaan perlu dihapuskan sedangkan pada masa dahulu in digunakan oleh semua kaum sehingga kini masih terdapat kaum Cina dan India yang berkemahiran membaca dan menulis dalam tulisan Jawi . Hal ini dibukti melalui pengalaman yang dimiliki oleh V. Kamala Devi , berbangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi .Kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam . Ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi . Pelajar diwajibkan untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari al - Quran dengan lancar . Sistem ejaan Jawi terpengaruh dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam pengajaran suku kata . Oleh sebab itu , sistem ejaan Jawi menjadi pendorong kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al-Quran .Secara tegasnya semua pihak hendaklah memainkan peranan dan mengambil langkah yang drastik untuk menghidupkan semula tulisan Jawi . Sepatutnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan persepsi yang positif terhadap tulisan Jawi sebagai seni yang luhur dalam masyarakat Melayu dan mempunyai rasa tanggungjawab agar terus dipertahankan dan terakam dalam sistem pendidikan Negara tanpa perlu mengabaikan kepentingan tulisan Jawi .Sebagai masyarakat pendidik , guru-guru Pendidikan Islam semestinya memainkan peranan bagi mendidik pelajar supaya dapat menguasai tulisan jawi dan bacaanya . Guru - guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari Pendidikan Islam . Untuk kembali kepada kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil pada peringkat menengah akan tetapi kemahiran tersebut perlu diperkemaskan semasa berada di peringkat rendah lagi .