pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia sekolah … · 2020. 11. 2. · 3 cerakinkan...
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 301
Nama : _____________________________
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa
b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Sistem Bahasa
Bahagian A
A. Golongan Kata
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
A. Kata Nama Am
1. Kata yang merujuk benda, perkara atau konsep yang bersifat umum.
2. Kata nama am terbahagi kepada:
Kata nama am hidup (pelajar, guru)
Kata nama am tak hidup (rumah, sekolah)
Kata narna am konkrit (sungai, jalan)
Kata nama am abstrak berbilang (senyuman)
Kata nama am abstrak tak terbilang (roh, kecantikan)
B. Kata Nama Khas
1. Kata yang merujuk kepada sesuatu benda yang khusus.
2. Ejaannya berpangkalkan huruf besar.
3. Kata nama khas dapat dibahagikan:
Kata nama khas hidup (Azlina, Sang Kancil, Ananas Comosus
(nanas)
Kata nama khas tak hidup (Universiti Malaya, Proton Waja)
Latihan 1:
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Peminat sukan bola sepak masih dapat mengikuti __________ selari ,
perlawanan bola sepak yang disiarkan di radio jika tidak berpeluang
masuk ke dalam stadium.
a) siaran
b) ulasan
c) kupasan
d) hebahan
2. Surat ___________ tentang larangan penjawat-penjawat awam daripada
terlibat dengan kegiatan perniagaan telah diedarkan kepada semua
jabatan kerajaan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a) aduan
b) larangan
c) pekeliling
d) pemberitahuan
3. Kerajaan sedang berusaha untuk memajukan __________ penduduk luar
bandar.
a) iktikad
b) iktisad
c) iktikaf
d) iktiraf
Latihan 2:
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A,
B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.
4. Usaha-usaha perlu dilakukan oleh jurulatih untuk mencari punca
A B C
kemunduran mutu persembahan pasukan hoki sekolah. Tiada kesalahan.
C D
5. Tumbuh-tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting untuk
A B
mengekalkan keseimbangan ekologi. Tiada kesalahan.
C D
Latihan 3:
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
6. I Kerajaan tetap dengan pendirian untuk menetapkan harga siling bagi
barang kawalan.
II Pendirian rumah tangga antara Adib dengan Hashimah mendapat
restu daripada ibu bapa mereka.
III Seseorang pendirian tetap tidak mudah dipengaruhi orang lain.
IV Setiap orang mempunyai pendirian dalam menentukan hala tuju
hidup.
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a) I dan II
b) II dan III
c) III dan IV
d) I dan IV
7. I Perkara itu akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan parti.
II Pendaki itu membawa dua pucuk pisau ketika mendaki gunung.
III Zirafah hidup dengan memakan pucuk kayu yang banyak terdapat di
Dalam hutan.
IV Ibu kelihatan gembira setelah menerima dua pucuk surat daripada
abang petang tadi.
a) I, II, dan III
b) II, III, dan IV
c) I, II, dan IV
d) I, III, dan IV
8. I Dia mencari rumah saya berdasarkan alamat tersebut.
II Fikirannya tidak tenang alamat ada perkara buruk yang akan berlaku.
III Surat itu alamat kepada rakannya yang tinggi di seberang laut.
IV Guruh berdentum alamat hari hendak hujan.
a) I, II, dan III
b) II, III, dan IV
c) I, II, dan IV
d) I, III, dan IV
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1. I Kepercayaan kepada bomoh dan jin bertentangan dengan ajaran Islam.
II Segala ajaran Kiai Idris dapat difahami oleh murid-muridnya dengan
baik.
III Guru besar berharap agar hukuman itu menjadi ajaran kepada pelajar itu.
IV Sistem ajaran di negara ini menekankan aspek-aspek membaca, menulis,
dan mengira.
a) I dan II
b) II dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
c) I, II, dan III
d) II, III, dan IV
2. I Tuk Kilau masih tegap walaupun usianya sudah mendekatkan 73
tahun.
II Penjual aiskrim itu semakin mendekatkan dengan budak-budak itu.
III Beng Hua mendekatkan bibirnya ke bibir mangkuk itu lalu
menghirup isi mangkuk itu.
IV Musibah yang menimpa dirinya telah mendekatkan dirinya dengan
masjid.
a) I dan II
b) I dan IV
c) II dan III
d) III dan IV
3. I Sekumpulan remaja telah diberi nasihat oleh penguatkuasa agama
kerana melakukan perkara sumbang.
II Tidak ada suara sumbang yang kedengaran berikutan pelantikan
Encik Mohan sebagai Pengurus Besar yang baharu di syarikat itu.
III Wang yang kami sumbang kepada pertubuhan itu telah
diselewengkan oleh setiausahanya.
IV Tok Guru Mursyid menegur anak-anak muridnya yang kerap
membuat langkah sumbang dalam latihan persilatan pada malam itu.
a) I dan II
b) I, II, dan III
c) I, II, dan IV
d) I, II, III, dan IV
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D
jika tiada kesalahan.
1. Kerana masih mengantuk, Elya merebahkan semula badannya di atas katil.
a) merebah semula badannya
b) merebah badannya semula
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
c) merebahkan badannya semula
d) merebahkan semula badannya
2. Dia tidak pasti ada berapa bijikah epal yang tinggal di dalam peti sejuk itu.
a) ada berapa biji epalkah
b) ada beberapa bijikah epal
c) ada berapa bijikah epal-epal
d) ada berapa bijikah epal
3. Keadaan negara ini akan kucar-kacir kalau sekiranya rakyat negara ini
tidak bersatu padu.
a) kalau-kalau rakyat negara ini
b) sekiranya rakyat negara ini
c) kalau sekiranya rakyat-rakyat negara ini
d) kalau sekiranya rakyat negara ini
D. Memilih Ayat Yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul.
1. I Seniwati veteran yang pernah diberi julukan "Sang Primadona" itu
meninggal dunia kerana sakit tua.
II Di dalam rumah yang tidak berpenghuni itu masih banyak terdapat barang
berharga.
III Nazri berdoa, "Ya Allah, janganlah engkau biarkan hambamu ini
terus berada dalam kesesatan".
IV Cikgu Khairani mengarahkan siapa-siapa yang tidak berkenan supaya
keluar dari dewan itu.
a) I dan II
b) I dan IV
c) II dan III
d) III dan IV
2. I Para pelancong tidak berani datang ke negara yang diserang penyakit
selesema burung itu.
II Segelintir daripada pemohon-pemohon jawatan juruteknik itu berasal dari
negara jiran.
III Semua pelajar yang melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
tindakan undang-undang.
IV Bot kecil yang keairan itu akhirnya karam sedikit demi sedikit.
a) I dan II
b) III dan IV
c) I, II, dan III
d) I, III dan IV
3. I Banyak orang yang menyangkakan bahawa penduduk negeri Pahang lebih
banyak daripada penduduk Selangor.
II Seluruh kawasan itu bergelap selama empat jam apabila bekalan air di
kawasan itu terputus.
III Banglo yang tiada didiami orang itu telah dibeli oleh seorang hartawan dari
Singapura.
IV "Yang akan merasmikan peletakan batu asas bangunan sepuluh
tingkat itu siapa?" soal Megat Idris.
a) I dan III
b) I dan IV
c) I, II, dan IV
d) I, II, III, dan IV
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud
yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
1. Pemergian Pak Jab dan Mak Bee ke Makkah dibiayai oleh anak
mereka yang sulung sepenuhnya.
a) Anak sulung Pak Jab menanggung belanja pemergian Mak Bee ke Makkah
sepenuhnya.
b) Belanja pemergian Pak Jab dan Mak Bee ke Makkah ditanggung penuh oleh
anak mereka yang pertama.
c) Sulung menanggung belanja pemergian anak Pak Jab dan Mak Bee ke
Makkah sepenuhnya.
d) Pak Jab dan Mak Bee pergi ke Makkah sepenuhnya melalui pembiayaan anak
sulung mereka.
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Pingat yang dimenangi oleh atlet angkat berat Myanmar telah
ditarik balik kerana atlet itu menggunakan dadah terlarang.
a) Myanmar menarik balik pingat yang dimenangi oleh atlet angkat beratnya
kerana menggunakan dadah terlarang.
b) Atlet angkat berat Myanmar menggunakan dadah terlarang untuk mengangkat
pingat yang dimenanginya.
c) Penggunaan dadah terlarang oleh atlet Myanmar telah menyebabkan pingat
angkat berat ditarik balik.
d) Oleh sebab kemenangan atlet angkat berat Myanmar diperoleh melalui
penggunaan dadah terlarang, pingatnya telah ditarik
3. Kerja-kerja penaikan taraf di sepanjang Jalan Semenyih telah
menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan itu sesak.
a) Punca berlakunya kesesakan lalu lintas di Jalan Semenyih ialah kerja-kerja
penaikan taraf yang sedang dijalankan di sepanjang jalan itu.
b) Sejak taraf Jalan Semenyih dinaikkan, kesesakan lalu lintas telah berlaku di
sepanjang jalan itu.
c) Kesesakan lalu lintas di Jalan Semenyih menjadi punca kerja-kerja kenaikan
taraf di sepanjang jalan itu dilakukan.
d) Kesesakan lalu lintas yang panjang telah berlaku di Jalan Semenyih yang
sedang dinaikkan taraf itu.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1. Peribahasa di atas bermaksud orang yang ____________.
a) kuat bekerja pasti kuat makan
b) suka mencuri akan dihukum
c) rajin bekerja banyak beroleh rezeki
d) tekun berusaha akan beroleh kejayaan,
2. Sahlan mengerjakan seni ukir yang dimulakannya dua minggu yang lalu
dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai kerana baginya
____________.
Ringan tulang, berat perut
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a) alang-alang berminyak, biar licin
b) arang habis best binasa
c) api kecil baik dipadam
d) ayam terlepas tangan bau tahi
3. "Janganlah dinasihati Si Alimi itu lagi. Sedangkan nasihat ibunya pun
tidak diendahkannya, apatah lagi nasihat engkau, kata Usin kepada
Izam.
Usaha yang dilakukan oleh Izam dan ibu Alimi itu sesuai dengan
peribahasa __________.
a) bagai dihiris dengan sembilu
b) bagai anjing tersepit di pagar
c) bagai air titik ke batu
d) bagai itik pulang petang
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B
1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
Kata tugas
Ayat
Istilah
Imbuhan
Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) Kegemaran saya di waktu lapang ialah membaca
buku cerita.
(ii) Maryana Restoran yang terletak di Jalan Alor Gajah
itu terkenal dengan masakan rendang daging.
(iii) Beliau telah dijatuhi hukuman penjara oleh
mahkamah kerana terlibat dalam pengedaran dadah.
(iv) Berbagai usaha telah dilakukan oleh Mak Jah
untuk mengubah sikap anaknya yang semakin liar sejak
bergaul dengan budak samseng.
( /8)
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Andatidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
Kata majmuk
BA BM
Vokal (a e i o u)
Tanda baca (Aa / “ ” / - )
Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Kavita melakukan kerja rumah yang disuruh oleh
ibunya secara sambil lewa dan tidak
bersungguhsungguh.
(ii) Nasrul menjadi lebih berwaspada setelah ditipu oleh
sendiket skim cepat kaya itu.
(iii) Semua pelajar tingkatan tiga mengulangkaji
pelajaran dengan tekun kerana peperiksaan bakal
menjelang.
( /3)
3 Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
(i) Kamal memanggil kawannya yang sedang bermain bola sepak di padang
sambil melambai-lambaikan tangannya.
(a)
(b)
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(ii) Wanita yang melakukan senamrobik itu ialah kakak Linda.
(a)
(b)
(iii) Budak samseng itu mengakui bahawa dia yang menconteng dinding
tandas itu.
(a)
(b)
(iv) Emak memasukkan secubit garam ke dalam masakannya sambil
mengacaunya dengan perlahan-lahan.
(a)
(b)
(v) Fuad mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh supaya lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan.
(a)
(b)
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang
sesuai dengan gambar tersebut.
( /4)
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penulisan
A. Ringkasan (15%)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan sebab-
sebab sukan tahan lasak semakin popular dalam kalangan masyarakat dan
cara-cara untuk mempopularkannya lagi.
Sukan merupakan suatu bidang yang patut dimajukan dan diberi perhatian
yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. Sejak belakangan ini, mutu sukan
negara bolehlah dikatakan semakin meluncur turun. Para atlet tidak menunjukkan
semangat perjuangan yang tinggi dalam perlawanan tidak kira sama ada di dalam
atau di luar negara. Keadaan itu sekiranya dibiarkan berterusan pasti akan
mendatangkan kesan masa panjang yang menghampakan.
Sebenarnya, badan yang sihat berasas daripada kekerapan seseorang itu
bersukan. Senaman ringan akan mempercepat pengaliran darah di samping
memperkuat otot. Otak akan menjadi lebih cerdas dalam penerimaan maklumat
baru dan kadar metabolisme seseorang akan bertambah sekiranya ia melakukan
aktiviti sukan secara berterusan. Bukan itu sahaja, sukan akan menyebabkan
seseorang itu kelihatan lebih muda, bertenaga dan ceria serta meluaskan
pergaulannya dengan orang lain.
Kini, sukan tahan lasak semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat
yang mementingkan hidup yang berkualiti. Sukan tersebut memerlukan stamina
yang tinggi di samping minda yang kuat untuk menghadapi segala rintangan yang
bakal ditempuhi oleh pesertanya. Secara tidak langsung, sukan tersebut akan
dapat menyemai sifat kesabaran, ketabahan dan keberanian pada diri pesertanya.
Oleh itu, generasi muda sekarang harus digalakkan untuk menycrtai sukan tahan
lasak agar personaliti yang lebih baik dapat diacu pada diri mereka. Sekiranya
pemuda-pemudi zaman sekarang menunjukkan minat yang mendalam terhadap
sukan tersebut, maka kesan positifnya pasti akan dinikmati bukan sahaja oleh
mereka tetapi juga seluruh masyarakat serta negara.
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Untuk memperkenalkan sukan tahan lasak dalam kalangan remaja, langkah
pertama adalah dengan menarik minat mereka. Untuk tujuan ini, mereka perlu
didedahkan kepada aktiviti sukan tersebut. Adalah tidak memadai sekiranya
mereka hanya diperkenalkan kepada sukan jenis itu tanpa berpeluang untuk
menikmati keseronokan di sebalik aktiviti sukan tersebut. Selain itu, pendedahan
melalui media massa juga difikirkan efektif untuk menarik perhatian remaja
terhadap sukan jenis ini. Cara-cara aktiviti sukan tersebut dikendalikan atau
dimainkan boleh dipertunjukkan melalui kaca televisyen. Adalah diharapkan
dengan cara ini, remaja di negara ini mula menunjukkan minat yang mendalam
terhadap aktiviti sukan supaya satu masyarakat yang sihat dapat dibentuk.
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Karangan Umum
Karangan Jenis Perbincangan
PETUA MENULIS KARANGAN JENIS PERBINCANGAN/ PENDAPAT
1. Untuk menulis karangan jenis ini, anda perlulah memastikan sama ada
anda dikehendaki memberikan hujah-hujah satu pihak sahaja atau daripada
kedua-dua pihak.
2. Misalnya, jika anda diberi tajuk tentang faedah-faedah berjimat cermat,
maka anda perlu memberikan hujah daripada satu pihak saja; yakni yang
menyokong tajuk tersebut.
3. Untuk tajuk tersebut, anda tidak boleh memberikan hujah daripada kedua-
dua pihak. Anda tidak boleh mengatakan bahawa berjimat cermat ada
keburukannya.
4. Sebaliknya, jika anda diberi tajuk seperti “Pengiklanan lebih banyak
mendatangkan keburukan daripada kebaikan kepada pengguna”, maka
anda boleh mengemukakan hujah-hujah, sama ada:
a) membincangkan kebaikan iklan, atau;
b) membincangkan keburukan iklan atau
c) membincangkan kebaikan dan keburukannya sekali.
5. Ada juga tajuk yang menghendaki anda memberikan hujah daripada
kedua-dua pihak, misalnya “Nyatakan pendapat anda tentang baik
buruknya sistem persekolahan satu sesi”.
6. Untuk tajuk sedemikian, anda perlu memberikan hujah yang seimbang
antara kebaikan dan keburukannya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Contoh karangan
Cogan kata “Jiran Sepakat Membawa Berkat” wajar diamalkan oleh setiap
anggota masyarakat di negara ini supaya semangat kejiranan dapat dipupuk.
Bincangkan
RANGKA KARANGAN
Pendahuluan
jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita - jiran adalah orang yang
pertama kita meminta bantuan sekiranya ditimpa musibah
Isi penting
a) perlu ada sikap bantu-membantu untuk mendapat keberkatan hidup –
mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap masalah jiran –
membantu mereka
b) dalam majlis kenduri – jiran amat diperlukan – kehadiran jiran ke majlis
yang diadakan dapat memeriahkan suasana majlis
c) perlu mempunyai jiran yang baik – tempat kita meminta bantuan ketika
susah dan bergembira – kita perlu menjadikan diri kita sebagai jiran yang
baik kepada jiran kita
d) semua anggota masyarakat harus menghayati cogan kata “Jiran Sepakat
Membawa Berkat” yang dilancarkan oleh kerajaan – mengamalkan budaya
berbaik-baik dengan jiran agar hidup kita berkat
Penutup
Jiran amat bermakna dalam kehidupan kita – jadikan diri kita sebagai jiran yang
baik
Dalam kehidupan kita sekarang, orang yang paling dekat dengan kita ialah
jiran. Oleh sebab itu, jiran hendaklah diberi tempat utama dalam kehidupan kita.
Dalam zaman moden ini, jiran masih penting, terutamanya ketika kita
menghadapi masalah genting seperti kematian, kebakaran, dan malapetaka lain.
Ketika ini, pertolongan orang lain, khususnya jiran amat diharapkan. Oleh itu,
kerajaan Malaysia telah memperkenalkan cogan kata “Jiran Sepakat Membawa
Berkat” supaya semua masyarakat dalam sesuatu komuniti bersepakat, yakni
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
bekerjasama dan saling membantu agar mendapat keberkatan dalam kehidupan
mereka.
Semua anggota masyarakat perlulah bantu-membantu antara satu sama lain,
serta mengamalkan cara hidup seperti “aur dengan tebing” untuk keberkatan
dalam kehidupan. Dengan cara hidup seperti ini, maka semua anggota
masyarakat mempunyai semangat kekitaan dan keprihatinan terhadap masalah
jiran. Apabila dikatakan mengambil berat akan hal jiran, bukanlah bermaksud
kita hendak menjaga tepi kain mereka atau mengambil tahu hal rumah tangga
mereka, tetapi kita mengambil tahu akan masalah-masalah yang dihadapi oleh
jiran dan berusaha untuk membantu mereka agar dapat meringankan beban yang
ditanggungnya.
Selain itu, sekiranya kita hendak mengadakan majlis kenduri perkahwinan
atau majlis rumah terbuka, jiran amat diperlukan. Walaupun pada zaman ini,
kerja urusan perkahwinan atau sesuatu majlis dapat dijalankan secara upah atau
kontrak, kehadiran jiran dapat memeriahkan suasana majlis yang diadakan itu.
Tetapi, jika seseorang yang tidak pernah mencampuri masyarakat setempat dan
apabila dia hendak mengadakan kenduri, sukarlah untuk dia menjemput
masyarakat setempat menghadiri majlis yang diadakannya itu. Hal ini demikian
kerana jiran-jiran tentunya akan memulaukannya dan tidak akan menghulurkan
bantuan tenaga untuk meringankan bebannya.
Walaupun di mana-mana pun kita tinggal, kita perlu mempunyai jiran yang
baik, iaitu jiran yang menjadi tempat untuk memohon bantuan ketika susah dan
bergembira ketika kita senang.. jadi, untuk mempunyai jiran yang baik, maka kita
perlu menjadikan diri kita jiran yang baik kepada jiran kita. Sekiranya kita
berbaik-baik dengan jiran, maka jiran akan berbaik-baik dengan kita. Apabila
menyedari hal ini, maka cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlulah
dihayati oleh setiap anggota masyarakat supaya kehidupan kita mendapat berkat.
Kesimpulannya, kehadiran jiran itu amat bermakna dalam kehidupan kita.
Oleh itu, jadikanlah diri kita sebagai jiran yang baik agar orang lain pun menjadi
jiran yang baik juga kepada kita. Janganlah mengamalkan sikap peribahasa
Melayu, iaitu “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”.
Keharmonian kehidupan bermula di rumah dan diikuti oleh kehidupan berjiran
yang baik.
Latihan :
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
1. Peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan para pendidik dalam usaha
menangani masalah remaja masa kini. Bincangkan.
3. Kemudahan Internent sering disalahgunakan oleh remaja. Bincangkan
Program Bahasa Melayu Edubest SM3_PT3_2020 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my