pustaka ilmu salaf resources (pis) pembeli.pdfpustaka ilmu salaf resources (pis) 2. semak senarai...
TRANSCRIPT
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
PANDUAN UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN DI LAMAN WEB
PUSTAKA ILMU SALAF (www.pustakailmusalaf.com)
Panduan ringkas dan mudah ini disertakan dengan gambar screenshot supaya memudahkkan
para pembeli membuat tempahan di laman web Pustaka Ilmu Salaf (PiS).
1. Pilih barang
Untuk memilih barang yang dikehendaki, anda hanya perlu klik ikon “Add to Cart”
(rujuk gambarajah di bawah).
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
2. Semak senarai barang yang telah dipilih
Setiap barang yang telah anda pilih akan direkodkan dalam “Shopping Cart”.
Untuk melihat senarai barang yang telah dipilih, sila klik pada “_ item(s) – RM
x,xxx.xx” di penjuru kanan bahagian atas laman web, kemudian klik “View Cart”.
(rujuk pada gambarajah di bawah)
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
Gambarajah di bawah ini pula menunjukkan paparan setelah anda klik pada “View
Cart”:
Untuk bahagian “Quantity”,
a. Anda boleh menambah kuantiti bagi setiap produk yang anda pilih di sini.
b. Setelah anda mengubah jumlah kuantiti, sila klik “Update” untuk kemaskini.
c. Jika anda ingin membatalkan tempahan bagi mana-mana barang yang ada
di dalam senarai, sila klik “Remove”.
Anda juga boleh mengetahui anggaran kos penghantaran di laman ini. Klik pada
“Estimate Shipping & Taxes”, pilih lokasi destinasi barang yang akan diposkan, dan
klik “Get Quotes”. Senarai pilihan cara penghantaran akan tertera di skrin anda.
Nota: Laman Web PiS tidak mengenakan sebarang cukai ke atas pelanggan kami. Anda hanya perlu
membayar apa yang anda lihat di skrin tanpa sebarang caj tambahan.
Sekiranya anda ingin menambah barangan lain ke dalam senarai pembelian, sila
klik “Continue Shopping”. Sekiranya pilihan anda sudah muktamad, sila klik pada
“Checkout”.
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
3. Beli sekarang
Paparan di bawah ini akan keluar setelah anda klik pada butang “Checkout” pada
langkah nombor 3.
Jika anda telah berdaftar (selepas 1 Disember 2015), sila masukkan alamat emel
dan kata laluan di ruangan “Returning Customer”, dan kemudian klik pada butang
“Login”.
Nota: Sila membuat pendaftaran semula untuk pengguna yang buat pendaftaran sebelum
daripada 1 Disember 2015, kerana pihak PiS telah membuat pengubahsuaian di laman web
sehingga kami tidak dapat menyimpan data pengguna yang lepas. Minta maaf di atas
kesulitan ini.
Untuk pelanggan baru, sila klik pada “Register Account” untuk membuat
pendaftaran bagi memudahkan proses pembelian di masa akan datang di mana
anda tidak perlu lagi mengisi maklumat seperti nama, alamat, no. telefon, alamat
emel dan lain-lain di masa akan datang. Ini akan mempercepatkan proses
pembelian yang akan dibuat selepas daripada ini.
Walaubagaimanapun, anda mempunyai alternatif untuk membuat pembelian tanpa
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
berdaftar di laman web ini. Klik pada “Guest Checkout”, dan tekan “Continue” untuk
ke langkah seterusnya.
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
4. Mengisi maklumat
Selepas klik butang “Continue” di langkah ketiga, anda akan melihat paparan seperti
berikut:
Di “Step 2: Billing Details”, anda dikehendaki mengisi maklumat-maklumat yang
dikehendaki.
Contoh, nama anda adalah Uthman bin Affan.
Maklumat yang perlu diisi adalah:
First Name = Uthman (Nama anda)
Last Name = Affan (Nama bapa)
E-mail = [email protected] (Sila letakkan alamat email penuh
sehingga @xxx.com)
Telephone = 0124740558 (Nombor telefon anda)
Address 1 = 124, Lorong Sentosa 4 (Nombor rumah dan nama jalan)
Address 2 = Kg. Melayu Batu 16 (Nama kawasan perumahan)
City = Rawang (Nama bandar)
Post Code = 48000 (Poskod tempat tinggal anda)
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
Country = Malaysia (Negara tempat tinggal anda)
Region / State = Selangor (Negeri tempat tinggal anda)
Kemudian, biarkan kotak “My delivery and billing addresses are the same” dengan
tanda jika alamat penghantaran sama seperti alamat tempat tinggal anda.
Klik “Continue” untuk ke langkah seterusnya.
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
5. Cara penghantaran
Anda kini berada di “Step 4: Delivery Method”.
Anda perlu membuat pilihan cara penghantaran yang anda kehendaki, kos
penghantaran disertakan di sebelah kanan pilihan anda.
(sila rujuk gambarajah di bawah)
Jika anda memerlukan cetakan resit untuk dihantar sekali dalam pos barangan
anda, sila tulis “Sertakan resit” di ruangan “Add Comments About Your Order”.
Nota: Pilihan “Pickup From Store” hanya jika anda berminat untuk mengambilnya sendiri
daripada agen kami di Shah Alam, atau Puncak Alam. Jika tidak, sila buat pilihan selain
daripada itu.
Klik butang “Continue” untuk ke langkah seterusnya.
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
6. Cara pembayaran
Setelah itu, anda dikehendaki membuat pilihan cara pembayaran di “Step 5:
Payment Method”. (seperti gambarajah di bawah)
Bank Transfer
Pilih cara pembayaran ini jika anda hendak membuat pembayaran secara
manual melalui laman web perbankan atau mesin deposit tunai di bank
berhampiran anda. Kami memberikan pilihan untuk anda membuat
pembayaran melalui Maybank, CIMB dan juga Bank Islam. Untuk bank yang
lain, sila menggunakan kaedah pembayaran eGHL. Maklumat akaun bank
akan diberikan di langkah seterusnya (anda juga akan mendapat maklumat
cara pembayaran melalui emel yang anda daftarkan).
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
Credit Card / Direct Debit (via eGHL)
Ini adalah kaedah pembayaran yang lebih mudah dan bersistem, anda akan
dibawa terus ke laman web perbankan anda dan masukkan maklumat yang
diperlukan. Berikut merupakan senarai bank yang anda boleh membuat
pembayaran dengannya melalui cara ini. Kami juga menerima pembayaran
melalui kad kredit dan kad debit Visa atau Mastercard.
Paypal Express Checkout
Khas buat pengguna akaun Paypal, kami juga menerima bayaran melalui
akan Paypal.
Jangan lupa untuk klik pada kotak “”I have read and agree to the Terms &
Conditions” sebelum anda klik pada butang “Continue”.
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
7. Sahkan pembelian
Anda kini berada di langkah terakhir sebelum selesai proses pembelian ini.
Jika anda memilih kaedah pembayaran menggunakan “Bank Transfer”, gambar
rajah di bawah akan keluar di skrin anda, dan anda hanya perlu klik pada butang
“Confirm” untuk selesaikan pembelian, dan emelkan resit pembayaran ke
Sebaliknya, jika anda memilih kaedah pembayaran menggunakan “eGHL” atau
“PayPal”, anda akan dibawa ke laman web yang berkaitan untuk membuat
pembayaran selepas anda klik butang “Confirm Order”.
PUSTAKA ILMU SALAF RESOURCES (PiS)
www.pustakailmusalaf.com
Selepas itu, anda akan melihat skrin ini, dan pembelian anda telah pun berjaya.
TERIMA KASIH