putra career guidance · serta membuat kebajikan pada orang lain. mereka mempunyai kemahiran...

26
PUTRA CAREER GUIDANCE BAHAGIAN KAUNSELING UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Upload: others

Post on 04-Nov-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PUTRA CAREER GUIDANCE

BAHAGIAN KAUNSELING UNIVERSITI PUTRA

MALAYSIA

CAREER INTEREST PROFILE

Jenis personaliti Realistik adalah jenis individu yang

mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka

bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan

binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari dalam

bangunan.

Contoh pekerjaan Realistik : Jurutera Awam, Jurutera

Automobil, Jurutera Keretapi, Jurutera Mekanikal,

Operator Mesin, Mekanik Kapal terbang, Mekanik Kereta,

Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan, Tukang Besi,

dan Tukang Kayu.

REALISTIK

REALISTIK

Tidak Sosial Materialistik

Suka Menyendiri Akur

Natural Tidak Fleksibel

Jujur Normal

Berhemat Tulin

Keras Hati Tiada/Kurang Celik Akal

Keras Kepala Praktikal

Tidak Melibatkan Diri

INVESTIGATIF

Jenis personaliti Investigatif adalah jenis individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Individu jenis Investigatif juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Contoh pekerjaan Investigatif : Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Doktor Gigi, Ahli kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Pegawai Sains, Penyelidik Sains, Ahli Psikologi dan Ahli Antropologi.

INVESTIGATIF

Analitikal Autonomi

Rasional Berhati-hati

Intelektual Menyisihkan Diri

Kritikal Introspektif

Pendiam Kompleks

Pesimistik Rendah Hati

Ingin Tahu Jitu

Tidak Popular

ARTISTIK

Jenis personaliti Artistik adalah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerjaya berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang. Dalam kebanyakan hal, mereka selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Contoh Pekerjaan Artistik : Arkitek, Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert, Pengubah Lagu, Pelakon, Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis Kartun Dan Juruhias Dalaman.

ARTISTIK

Rumit Imaginatif

Intuitif Tunggang-terbalik

Tidak Praktikal Tidak Akur

Emosional Impulsif

Tulin Ekspresif

Bebas Sensitif

Idealistik Introspektif

Terbuka

SOSIAL

Jenis personaliti Sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati serta membuat kebajikan pada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama mereka adalah membuat kebajikan.

Contoh pekerjaan Sosial : Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua Sekolah, Jururawat, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor Kerjaya Dan Kaunselor Peribadi.

SOSIAL

Berpengaruh Suka Menolong

Bertanggungjawab Bekerjasama

Idealistik Sosial

Sabar Empati

Bijaksana Peramah

Pemurah Memahami

Mesra Pemujuk

ENTERPRISING

Jenis personaliti enterprising adalah jenis individu yang suka

bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka mempunyai

minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan

mengurus individu lain. mereka juga pandai dan mahir

memanipulasi orang lain. Matlamat akhir mereka adalah untuk

mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan Enterprising : Spekulator, Aktuaris, Eksekutif

Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan, Pengarah Syarikat,

Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel,

Pengurus Bank Dan Jurujual Insuran.

ENTERPRISING

Sukakan Pencapaian Bertenaga

Suka Menggoda Suka Mengembara

Suka Menunjuk Optimistik

Mudah Bersetuju Menggembirakan

Yakin Diri Bercita-cita Tinggi

Berusaha Sosial

Angkuh Ekstrovert

Suka Bercakap

CONVENTIONAL

Jenis personaliti conventional adalah jenis individu yang suka

bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai

kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai

kebolehan dan kemahiran dalam mengguna nombor. Mereka

selalunya melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur

dan mengikut arahan.

Contoh pekerjaan Conventinal : Akauntan, Guru Perdagangan,

Guru Perakaunan, Penyimpan Kira-kira, Jurutrengkas, Kerani

Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer, Penilai

Harta, Jurujual Insuran Dan Kerani Insuran.

CONVENTIONAL

Berhati-hati Sukar Dilentur

Tabah Hati Akur

Memendam Perasaan Praktikal

Teliti Mengikut Aturan

Bersopan Santun Defensif

Menurut Perintah Cermat

Cekap Berstruktur

Tidak Imaginatif

PANDUAN PROGRAM

PENGAJIAN

Step 1 :

Buka Link :

http://www.akademik.upm.edu.my

Step 2 : Sila pilih Pelajar Semasa

Step 3 : Pilih Buku panduan program

Step 4 : Pilih Sesi 2018/2019

Step 5 : Pilih Fakulti

kemaskini 23jan19/aamh

Contoh

Contoh

Sinopsis kursus

JOB DESCRIPTION

SEKIAN TERIMA KASIH