r i n g k a s a n b u l a n a n i s u s e m a s a
TRANSCRIPT
R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
• TRAGEDI KRI NANGGALA-402: GUGURNYA PERAJURIT INDONESIA
• 5 RESOLUSI ASEAN TANGANI KRISIS DI MYANMAR
• INDIA HADAPI PENINGKATAN MENDADAK COVID-19
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
• PDPR 2 MINGGU SELEPAS RAYA ELAK RISIKO PENULARAN COVID-19
• “CHAKRIR KHOJ”: TIADA RUNDINGAN ANTARA SURUHANJAYA TINGGI BANGLADESH DENGAN KSM
• CUEPACS GESA PERTUKARAN KERJA PENJAWAT AWAM SETIAP LIMA HINGGA TUJUH TAHUN
EKONOMI & KEWANGAN
• EKONOMI GIG WAJAR DIBERIKAN FOKUS
• EKSPORT MALAYSIA CATAT KENAIKAN BERTERUSAN
• MALAYSIA MAMPU CAPAI EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI
KESEJAHTERAAN SOSIAL
• SETENGAH JUTA ORANG DEWASA MENGALAMI KEMURUNGAN
• PKP MEMBAWA KESAN PSIKOLOGI TERHADAP IBU BAPA
• PUASA TERAPI KEPADA PENYAKIT KRONIK
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
• TIPU TIMBANG BUAH SAWIT, PERLU BATALKAN LESEN
• TIADA KEPERLUAN WUJUDKAN PERSIDANGAN PERUBAHAN IKLIM
• AGIHAN BENIH PADI SAH DIPERCEPATKAN
A P R I L 2 0 2 1 | 2
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
UNDANG-UNDANG
• NIKAH GANTUNG: ALTERNATIF ISU ‘BIN ABDULLAH’
• POLEMIK KALIMAH ALLAH HARUS DIHENTIKAN
• IKLAN RAYA PROMOSI JUDI: JAKIM PANDANG SERIUS
R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 3
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
TRAGEDI KRI NANGGALA-402: GUGURNYA PERAJURIT
INDONESIA
Pengumuman Panglima Angkatan
Tentera Nasional Indonesia (TNI),
Hadi Tjahjanto pada 25 April yang
lalu menamatkan teka-teki
berhubung tragedi kapal selam KRI
Nanggala-402 milik Indonesia.
Penemuan beberapa barangan kru
serta bahagian kapal selam yang
terbelah mengesahkan gugurnya
kapal selam serta 53 kru KRI
Nanggala-402. Penyiasatan di lokasi tersebut menggunakan kepakaran teknologi
multibeam sonar dan magnetometer daripada KRI Rigel-933 milik Indonesia serta
kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) daripada MV Ship Rescue
milik Singapura. Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam satu ucapan beliau
menggelarkan kesemua kru yang terkorban sebagai “putera-puteri terbaik bangsa,
patriot terbaik penjaga kedaulatan negara”. Kapal selam KRI Nanggala-402 terputus
kontak pada jam 3 pagi, 21 April yang lalu ketika berada di perairan Bali. Operasi
menyelamat kapal selam buatan Jerman pada tahun 1979 itu telah disertai beberapa
negara termasuklah daripada Malaysia dan Singapura (Astro Awani, 25 April 2021).
https://www.astroawani.com/berita-dunia/tenggelamnya-nanggala-402-kesemua-53-anak-kapal-selam-meninggal-dunia-tni-295026
5 RESOLUSI ASEAN TANGANI KRISIS DI MYANMAR
Pemimpin-pemimpin negara ASEAN telah mengeluarkan lima resolusi penting bagi
menangani krisis yang berlaku di Myanmar ketika ini. Kenyataan resolusi yang
dikeluarkan oleh Pengerusi ASEAN 2021, Brunei tersebut menjelaskan supaya
keganasan yang sedang memuncak di negara tersebut wajar dihentikan segera,
penyelesaian secara aman dan diplomatik melalui dialog yang konstruktif serta
membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan melalui Pusat Penyelaras ASEAN.
Pemimpin-pemimpin ASEAN juga turut bersetuju untuk melantik utusan khas ASEAN
ke Myanmar sebagai perunding bagi pihak ASEAN dalam menyelesaikan konflik yang
terus berlanjutan. Resolusi tersebut menerima reaksi positif daripada ketua junta, Min
Aung Hlaing, namun keganasan di negara tersebut tidak nampak reda (Astro Awani,
24 April 2021).
https://www.astroawani.com/berita-dunia/pemimpin-asean-capai-lima-konsensus-selesaikan-krisis-di-
myanmar-294940
Rajah: KRI Naggala-402 (Sumber: Google)
A P R I L 2 0 2 1 | 4
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
INDIA HADAPI PENINGKATAN MENDADAK COVID-19
India mengalami peningkatan mendadak kes COVID-19 dengan kes positif harian
mencatatkan 300 ribu kes dengan dua ke tiga ribu kes kematian setiap hari.
Peningkatan kes tersebut berada pada tahap yang membimbangkan dengan orang
ramai dilaporkan bergegas ke hospital bagi mendapatkan bantuan oksigen. WHO
menjelaskan faktor peningkatan kes yang mendadak di India itu berpunca daripada
perhimpunan besar-besaran yang diadakan di sana, termasuklah perubahan varian
virus yang mudah berjangkit dan lebih merbahaya selain kadar vaksinasi yang rendah
dan perlahan. Situasi tersebut telah mendorong Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden
mengumumkan penghantaran bantuan vaksin COVID-19 ke India bagi membantu
negara tersebut keluar daripada kemelut yang sedang menimpa ketika ini (The Star,
27 April 2021).
https://www.astroawani.com/berita-dunia/amerika-syarikat-akan-hantar-siri-bantuan-ke-india-295411
https://www.thestar.com.my/news/world/2021/04/27/rush-to-hospitals-big-gatherings-worsen-india-covid-crisis---who
R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 5
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
PDPR 2 MINGGU SELEPAS RAYA ELAK RISIKO PENULARAN COVID-19
Bagi mengelakkan risiko penularan Covid-19 pasca sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Md Jidin mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka diganti dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B. Selepas tempoh PdPR, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei hingga 12 Jun bagi kumpulan A dan 29 Mei hingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B. Keputusan ini diumumkan sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan negara tidak mempunyai data kes jangkitan terdahulu selepas perayaan memandangkan perayaan Aidilfitri pada tahun lepas disambut semasa cuti PKP. (Sinar Harian, 26 April 2021)
https://www.sinarharian.com.my/article/135614/BERITA/Nasional/PdPR-2-minggu-selepas-cuti-raya
“CHAKRIR KHOJ”: TIADA RUNDINGAN ANTARA SURUHANJAYA TINGGI BANGLADESH DENGAN KSM
Tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh
yang telah melancarkan portal pekerjaan
“Chakrir Khoj” di negara ini tanpa sebarang
rundingan atau pemakluman rasmi kepada
Kementerian Sumber Manusia (KSM)
adalah tidak wajar dan bercanggah dengan
dengan perancangan kerajaan berkenaan
keperluan guna tenaga pekerja asing di
negara ini.
Portal pekerjaan terbabit bertujuan
membantu majikan mencari pekerja dan
membantu warganya untuk menyertai program Rekalibrasi Tenaga Kerja. Ianya bakal
mengundang kemasukan beramai-ramai pendatang tanpa izin ke negara ini yang
akan mendorong kepada eksploitasi pekerja-pekerja tersebut seterusnya
mencemarkan imej negara. Untuk rekod, program rekalibrasi yang bermula 16 Nov
2020 sehingga 30 Jun depan dikendalikan sepenuhnya agensi kerajaan dan majikan
tanpa melibatkan vendor atau pihak ketiga. Sementara pengambilan pekerja asing
pula, hanya melalui agensi pekerjaan swasta yang berlesen dengan pihak Jabatan
Tenaga Kerja. (Astro Awani, 16 April 2021)
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/chakrir-khoj-suruhanjaya-tinggi-bangladesh-tidak-berunding-dengan-ksm-saravanan-293529
Sumber : TheSunDaily
A P R I L 2 0 2 1 | 6
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
CUEPACS GESA PERTUKARAN KERJA PENJAWAT AWAM SETIAP LIMA HINGGA TUJUH TAHUN
Menyedari bahawa keberadaan seseorang penjawat awam dalam satu-satu perjawatan untuk tempoh yang lama boleh mendorong kepada penyalahgunaan kuasa, CUEPACS mencadangkan agar pertukaran kerja bagi semua bidang kerja setiap lima ke tujuh tahun dikuatkuasakan.
Amalan pertukaran kerja dalam sektor awam kurang popular berikutan pelbagai kekangan yang dihadapi dalam kalangan kumpulan pelaksana. Bagaimanapun, susulan kes sindiket kartel projek mencecah RM3.8 bilion yang memonopoli tender kerajaan sejak 2014, Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan pusingan kerja bagi perjawatan sensitif di sektor awam. Namun, CUEPACS juga maklum bahawa terdapat sesetengah bidang kepakaran seperti kejuruteraan, perubatan dan teknologi maklumat merupakan antara bidang yang sukar dilaksanakan proses pertukaran kerja berbanding bidang lain. (Berita Harian, 11 April 2021)
https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/805820/tukar-kakitangan-awam-setiap-5-
hingga-7-tahun
Sumber:Google
R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 7
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
EKONOMI & KEWANGAN
EKONOMI GIG WAJAR DIBERIKAN FOKUS
Pandemik COVID-19 telah mengubah landskap ekonomi negara dan dunia secara beransur-ansur. Kebergantungan kepada ekonomi gig kini dilihat semakin meningkat terutamanya dalam kalangan anak muda. Penyertaan ke dalam sektor tersebut bertambah secara mendadak kepada empat juta individu berbanding hanya setengah juta sebelum berlakunya pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Trend ini telah membantu pelbagai latar belakang rakyat
daripada suri rumah, golongan muda, pesara sehinggalah kepada orang kurang upaya dalam usaha meningkatkan pendapatan mereka.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial, Prof Emeritus Datuk Dr. Norma Mansor, sektor yang telah membantu daya tahan rakyat pada ketika ini seharusnya mempunyai struktur yang realistik iaitu dengan adanya perlindungan sosial kepada para pekerja gig. Terdahulu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM75 juta di dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bagi menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan kebajikan pekerja di dalam sektor berkenaan. (Astro Awani, 2 April 2021)
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ekonomi-gig-sumber-pertumbuhan-ekonomi-baharu-
291394
EKSPORT MALAYSIA CATAT KENAIKAN BERTERUSAN
Eksport Malaysia pada Mac 2021 terus berkembang dengan mencatatkan pertumbuhan dua digit 31.0 peratus kepada RM 104.9 bilion berbanding tahun lalu dan merupakan pertumbuhan tahun ke tahun yang tertinggi dalam tempoh 4 bulan. Menurut Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, jumlah itu disumbangkan oleh eksport domestik yang bernilai RM 87 bilion, bersamaan 82.9 peratus dengan peningkatan kepada 38.5 peratus dari tahun ke tahun. Selain itu, pertumbuhan ini juga disokong oleh permintaan yang tinggi terhadap barangan elektrik dan elektronik (E&E), keluaran getah, barangan perkilangan logam, kimia dan bahan kimia. Menurut analisis yang dibuat oleh Moody’s Analystics, pertumbuhan ini juga adalah berpunca daripada hubungan perdagangan yang baik dengan rakan kongsi utama negara terutamanya Asean, China dan Amerika Syarikat. (Berita Harian, 29 April 2021)
https://www.msn.com/en-my/news/berita/eksport-negara-cecah-rekod-tertinggi/ar-BB1g7QSX
Sumber: nadinegara.com
A P R I L 2 0 2 1 | 8
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
MALAYSIA MAMPU CAPAI EKONOMI BERPENDAPATAN
TINGGI
Menurut Kumpulan Bank Dunia, berdasarkan perkembangan ekonomi Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu, ia mampu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi antara tahun 2024 dan 2028. Mengikut anggaran terkini, pendapatan negara kasar per kapita bagi Malaysia adalah sebanyak RM 46,032, hanya kekurangan sebanyak RM 5,487 daripada paras ambang semasa yang mentakrifkan sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.
Namun begitu, Naib Presiden Bank Dunia mengatakan bahawa sasaran Malaysia bukan hanya ekonomi berpendapatan tinggi semata-mata, bahkan juga pertumbuhan yang mampan dan dikongsi bersama. Justeru, persediaan terbaik bagi Malaysia untuk berdiri setaraf dengan negara maju lain adalah dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menambah baik daya saing, mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi, mengukuhkan institusi dan meningkatkan kapasiti untuk membiayai peralihan tersebut. Menurut Menteri Kewangan, Kerajaan terus komited untuk menilai kualiti, keterangkuman dan kemampanan pertumbuhan negara. Dalam masa yang sama, Kerajaan juga menyedari keperluan untuk melabur lebih banyak dalam membangunkan modal insan berkualiti tinggi bagi membuka peluang ekonomi yang lebih besar. (Astro Awani, 24 April 2021)
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/ekonomi-berpendapatan-tinggi-malaysia-perlu-wujudkan-2-juta-pekerjaan-berkualiti-tinggi-pakar-294905
Sumber: Astro Awani, 2021
R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 9
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
SETENGAH JUTA ORANG DEWASA MENGALAMI
KEMURUNGAN
Penularan pandemik Covid-19 mengubah 360 darjah corak kehidupan majoriti masyarakat apabila ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan sekali gus menjadi punca kepada peningkatan penyakit jiwa atau mental. Sehinggakan, Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019), 2.3 peratus iaitu seramai setengah juta orang golongan dewasa di Malaysia mengalami
kemurungan. Manakala golongan yang mencatat kemurungan paling tinggi adalah golongan B40 (2.7 peratus), diikuti M40 (1.7 peratus) dan seterusnya kumpulan T20 (0.5 peratus). Statistik ini membuktikan bahawa masalah kewangan amat mempengaruhi kesihatan mental individu. Tambahan pula, setelah penularan COVID-19, kebanyakan golongan yang menghidapi salah satu daripada penyakit mental adalah mereka dari B40 yang kehilangan peluang pekerjaan. Hal ini kerana, mereka berhadapan dengan keadaan hidup yang tidak menentu menyebabkan mereka mengalami tekanan yang membawa kepada masalah mental (Harian Metro, 7 April 2021).
https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/04/692221/stres-pembunuh-dalam-senyap?topicID=76328&articleID=692221
PKP MEMBAWA KESAN PSIKOLOGI TERHADAP IBU BAPA
Kesan psikologi bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak dan juga remaja malahan PKP yang sedang dilaksanakan turut membawa kesan psikologi terhadap ibu bapa. Pakar Psikoterapi dan Kaunseling, (Kemurungan dan Kebimbangan), menyatakan, golongan ibu bapa boleh berdepan kemurungan dan tingkah laku agresif jika mereka mengalami kesunyian. Lagi membimbangkan, jika ibu bapa tersebut meletakkan kebergantungan emosi mereka sepenuhnya kepada anak-anak. Perkara ini menyebabkan mereka rasa kehilangan tempat untuk mengadu. Tambahan pula, terdapat juga sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai hubungan intim dengan orang sekeliling sekali gus membawa kepada kesunyian. Kesunyian tersebut cenderung kepada kemurungan. Malah simptom-simptom lan juga turut boleh berlaku seperti sukar tidur dan rasa putus asa untuk teruskan kehidupan (Astro Awani, 22 April 2021).
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rindu-anak-di-perantauan-apa-kesan-psikologi-kepada-
ibu-bapa-294432
Sumber: Berita Harian, 2021
R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 10
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PUASA TERAPI KEPADA PENYAKIT KRONIK
Berpuasa terbukti memberi banyak
manfaat terhadap kesihatan terutama
mereka yang menghidapi penyakit kronik
seperti penyakit jantung. Hasil analisis
sistematik mendedahkan, amalan
berpuasa tidak mempunyai kaitan
dengan keburukan yang menjadi
penyebab kepada serangan jantung,
serangan angin ahmar dan kegagalan
fungsi jantung. Malahan, banyak kajian
mendedahkan berpuasa adalah satu terapi kepada penyakit jantung dan penyakit
kronik lain. Hal ini kerana, berpuasa boleh mengawal sindrom metabolik yang
menggabungkan masalah tekanan darah tinggi, tinggi kolesterol, berat badan
berlebihan dan tinggi paras gula.
Selain itu, kajian saintis dari Jepun, Yoshinori Ohsumi yang membangunkan konsep
'autophagy' mendapati berpuasa akan mengaktifkan proses 'autophagy' ini yang baik
untuk pembaharuan sel melewatkan proses penuaan juga dapat mencegah barah
(Harian Metro, 11 April 2021).
https://www.hmetro.com.my/sihat/2021/04/693497/berpuasa-terapi-penyakit-
kronik?topicID=12&articleID=693497
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 11
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
TIPU TIMBANG BUAH SAWIT, PERLU BATALKAN LESEN
Kerajaan digesa membatalkan lesen terhadap
premis yang melakukan kegiatan penipuan
dalam menimbang buah sawit sehingga
menjejaskan pendapatan pekebun kecil. Merujuk
kepada kenyataan Presiden Persatuan
Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia
(PKPKM) berharap kerajaan bukan sahaja
mengambil tindakan selepas menerima aduan
daripada pekebun kecil semata-mata, tetapi juga,
tindakan yang tegas dan holistik amat diperlukan
dalam meningkatkan operasi di semua pusat
timbang buah di seluruh negara agar isu ini dapat
diselesaikan dengan segera. Pihak PKPKM percaya dengan peningkatan operasi
secara bersepadu dan langkah pembatalan lesen diambil, isu penipuan timbangan
buah sawit yang sudah sekian lama berlaku dapat dibanteras secara komprehensif.
Bahkan, pekebun kecil yang mengusahakan ladang sawit persendirian juga mendapat
hasil yang setimpal memandangkan harga sawit masih kekal tinggi (Berita Harian, 27
April 2021).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/811206/batal-lesen-peniaga-tipu-timbangan-
buah-sawit-pkpkm
TIADA KEPERLUAN WUJUDKAN PERSIDANGAN PERUBAHAN
IKLIM
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyatakan kerajaan tiada keperluan
untuk mewujudkan persidangan khas bagi membincangkan isu berkaitan perubahan
iklim. Hal ini demikian kerana, di bawah KASA terdapat begitu banyak program yang
berhubung kait dengan isu perubahan iklim. Malahan, setiap program yang
dilaksanakan juga mempunyai tanggungjawab yang begitu besar.
Pada masa yang sama, kerajaan telah bercadang untuk menggubal Rang Undang-
undang (RUU) Perubahan Iklim bagi memastikan setiap tindakan yang diambil dapat
mematuhi perundangan tersebut. Sementara itu, dasar perubahan iklim yang ada
dalam negara ini juga akan disemak semula agar ianya selaras dengan RUU yang
akan digubal nanti (Sinar Harian, 9 April 2021).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/805306/kementerian-alam-sekitar-dan-air-tolak-
cadangan-dap
Sumber: Berita Harian
A P R I L 2 0 2 1 | 12
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
AGIHAN BENIH PADI SAH DIPERCEPATKAN
Kerajaan sedang berusaha mempercepatkan pengagihan benih padi kepada pesawah secara berfasa yang berakhir pada hujung bulan Mei. Pengagihan benih padi sah diedarkan secara berfasa yang bermula pada 30 April, pertengahan bulan Mei dan hujung bulan Mei. Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) tersebut sekaligus menjawab satu laporan akhbar yang menyatakan lebih 30,000 pesawah kelewatan mendapat bekalan benih padi sah. Selain itu, Jabatan Pertanian juga mengumumkan sebanyak 26,353 tan metrik benih padi sah sudah disediakan untuk diagihkan kepada pesawah di seluruh negara sehingga hujung bulan ini. (Utusan Malaysia, 23 April 2021). https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/isu-benih-padi-selesai-masa-terdekat/
Sumber: MADA
R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 13
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
UNDANG-UNDANG
NIKAH GANTUNG: ALTERNATIF ISU ‘BIN ABDULLAH’
Ikhtiar perlaksanaan nikah gantung atau nikah khitbah dilihat menjadi suatu usaha
bagi menurunkan kadar zina dan anak tak sah taraf di negara ini. Alternatif nikah
gantung ini sejajar dengan Maqasid Syariah (objektif pensyariatan). Maslahah atau
kebaikan yang diperolehi daripada ikhtiar ini
bertepatan dengan Adh-Dharuriyat Al-Khams
di bawah Hifzu An-Nasl (menjaga keturunan).
Penjagaan keturunan ini dipenuhi dengan
memelihara daripada permasalahan dan
percampuran nasab keturuan yang akan
membawa kepada masalah dan kekeliruan
Panjang seperti tidak mengetahui siapakah
bapa biologi seseorang tersebut. (Jurnal
Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa,
USIM, 4 April 2021)
https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/view/295/260
POLEMIK KALIMAH ALLAH HARUS DIHENTIKAN
Mahkamah Tinggi melalui penghakimannya terhadap isu kalimah Allah tidak
seharusnya dipolemikkan sebaliknya dirungkai dengan berpegang teguh kepada
prinsipnya asas iaitu meletakkan definisi kalimah Allah yang betul serta penggunaan
kalimah tersebut secara tepat. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah
berkata, pihak yang gemar menghangatkan isu berkenaan harus dibendung agar tidak
mengakibatkan kecelaruan dalam kalangan masyarakat awam khususnya umat
Islam.
Kata beliau lagi "Soal kalimah Allah, kita perlu pergi ke persoalan yang paling asas
iaitu penerimaan orang Islam bahawa Allah adalah tuhan wajib disembah, maha esa
dan tidak boleh disyirikkan.” "Kalau itu dijadikan asas, maka apa-apa penggunaan
yang lain selain daripada itu tentunya akan menimbulkan sensitiviti dalam kalangan
orang Islam. Secara logiknya, kita boleh menerima apa yang berlaku, tetapi apa yang
perlu difahami ialah sikap mempolemikkan isu itu, perlu juga ditangani.” (Berita
Harian, 9 April 2021)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/805099/henti-polemik-isu-kalimah-allah
Rajah: Statistik Remaja Hamil 2014-2018. (Sumber: Sinar Harian)
A P R I L 2 0 2 1 | 14
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
IKLAN RAYA PROMOSI JUDI: JAKIM PANDANG SERIUS
Kenyataan media Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
menyelar tindakan tidak bermoral
itu yang menimbulkan kegusaran
dan rasa tidak senang dalam
kalangan umat Islam di Malaysia.
Pihak JAKIM menyangkal keras
perlakuan seumpama itu apatah
lagi ianya dengan angkuh
mencemarkan kesucian pesta
ibadah di bulan Ramadan.
Dorongan penuh diberikan oleh
JAKIM terhadap usaha pihak
berwajib dalam mengenakan
hukuman yang sewajarnya terhadap pihak syarikat judi atas talian tersebut
berlunaskan penguatkuasaan undang-undang. Pihak JAKIM juga mengajak agar
seluruh rakyat Malaysia tidak menyebarluaskan video berkenaan oleh kerana ianya
akan menatijahkan implikasi yang tidak baik. Nasihat juga diberikan agar umat Islam
tidak melibatkan diri dalam apa jua bentuk aktiviti perjudian termasuklah membantu
dalam mempromosikan perjudian yang terang-terangan bertentangan dengan syariat
Islam. (Sinar Harian, 16 April 2021)
https://www.sinarharian.com.my/article/133920/BERITA/Semasa/Jakim-pandang-serius-iklan-raya-
promosi-judi
Rajah: Sebahagian tangkap layar dalam iklan judi raya yang tular (Sumber: Twitter)