rancangan integrasi murid untuk perpaduan

34
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Upload: hanis-hasni

Post on 11-Nov-2015

294 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

TRANSCRIPT

RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP)PENGENALANKONSEP RIMUPPada tahun 1986, Kementerian Pelajaran telah menggerakkan pelaksanaan RIMUP.

Pada peringkat awalnya, pelaksanaan RIMUP adalah di peringkat sekolah rendah.

Aktivitinya menjurus kepada RIMUP, kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh di semua peringkat, iaitu di peringkat negeri, daerah dan sekolah.

Setiap sekolah rendah hanya diberi garis panduan tanpa penjelasan lanjut tentang tatacara pelaksanaannya.

Pada tahun 2004, Kementerian Pelajaran telah meneliti semula pelaksanaannya dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah menengah.

Sehubungan itu, Buku Panduan yang digunakan sejak tahun 1986 telah dimurnikan semula bagi memenuhi usaha perluasan program tersebut. Buku panduan yang baharu dinamakan BUKU PANDUAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP).

Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menginstitusikan pelaksanaan RIMUP dalam teras terutama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010, iaitu Membina Negara Bangsa.Program RIMUP telah diperkemaskan melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Melalui pelan induk tersebut telah menggariskan dengan nyata usaha kearah perpaduan melalui Teras Pertamanya iaitu Membina Negara Bangsa.

Teras tersebut dengan jelas menekankan aspek memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan, aspek memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, pemupukan kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta pemupukan kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupanMelibatkan masyarakat dan warga sekolah antaranya:Dua agensi utama menjayakan RIMUP, iaitu: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Kementerian Penerangan dan beberapa kementerian lain serta wakil-wakil rakyat. Badan-badan Bukan Kerajaan termasuk:Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)Masyarakat SetempatGuruMurid-murid

1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.

PANDUAN AM

KEGIATAN KHAS

Terbahagi kepada dua iaitu panduan am dan kegiatan khasPANDUAN AM

Mencapai matlamat perpaduan antara kaum.

Aktiviti hendaklah dijalankan di luar waktu sekolah berpandukan 5 modul RIMUP.

Mesti melibatkan semua kaum, semua jenis sekolah dalam setiap kali aktiviti diadakan.

Aktiviti dipersetujui bersama-sama.

Pemilihan aktiviti tertakluk kepadakemudahan dan kemampuan.

Peraturan aktiviti diterangkan terlebih dahulu.

Ibu bapa dan masyarakat setempat perlu dilibatkan dalam aktiviti RIMUP.KEGIATAN KHAS

1. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1. Seminar Menghadapi Peperiksaan2. Karnival Sains dan Matematik3. Karnival Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris4. Jejak Sejarah5. Debat Perpaduan6. Kuiz Bina Bangsa7. Sayembara Perpaduan8. Pertandingan Menulis Cerpen Perpaduan9. Pertandingan Fotografi Perpaduan

2. SUKAN DAN PERMAINAN

Permainan TradisionalSukaneka / Sukan RakyatMencari Harta Karun

3. AKTIVITI KOKURIKULUM

KebudayaanSambutan dan PerayaanPerkhemahan dan Lawatan

4. KHIDMAT MASYARAKAT1.Gotong-royong2.Melawat Rumah Orang-orang Tua/Anak Yatim3.Bantuan Bencana Alam4.Program ala Bersamamu 5.Projek Community Chest (projek khas untuk golongan istimewa)

5. MENINGKATKAN PATRIOTISME

1. Pertandingan Lagu-lagu Patriotik sempena dengan Hari Kebangsaan2.Kempen Cintai Warisan Bangsa dan Negara3.Kelab Rukun Negara 4.Kempen Kibar Jalur Gemilang

6. e-INTEGRASI

1.satu sistem interaktif virtual dan fizikal berasaskan tema-tema perpaduan.2.ICT digunakan secara kreatif dan inovatif 3.mewujudkan minda secara virtual dengan menggunakan ICT

KPM telah memutuskan bahawa pada tahun 2007 sejumlah 352 buah sekolah rendah akan memulakan pelaksanaan program e-Integrasi di Semenanjung sahaja.

Jadual : Proses Kerja dan Tindakan

BIL

PROSES KERJA

TINDAKAN

1

Memberi penerangan / taklimat kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri tentang konsep RIMUP

Sektor Hal Ehwal Murid, Bahagian Sekolah

2

Memberi penerangan / taklimat kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar tentang konsep RIMUP

Jabatan Pelajaran Negeri

3

Menerima Garis Panduan RIMUP Semua Guru Besar dan Pengetua

4

Memberi penerangan kepada semua guru tentang 1. Konsep dan matlamat RIMUP .2. Kegiatan Khas yang dicadangkan3. Perancangan dan pelaksanaan 4. Penyeliaan rancangan 5. Pelaporan rancangan

Semua Guru Besar dan Pengetua

( FEBRUARI )

5

Memberi penerangan kepada murid-murid tentang RIMUP 1. Konsep dan Matlamat2. Kegiatan Khas yang dicadangkan3. Perancangan dan pelaksanaan 4. Penyeliaan rancangan5. Pelaporan rancangan

Semua Guru Besar dan Pengetua

( FEBRUARI )6

Memberi penerangan kepada PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah dan Masyarakat setempat tentang RIMUP1.Konsep dan Matlamat2. Jenis-jenis kegiatan khas yang dicadangkan 3. Perancangan dan Pelaksanaan Kegiatan Khas RIMUP 4. Penyeliaan rancangan5. Pelaporan rancanganSemua Guru Besar dan Pengetua

( FEBRUARI )BIL

PROSES KERJA

TINDAKAN

7

1. Mengadakan mesyuarat antara sekolah yang terlibat. 2. Menubuhkan Jawatankuasa RIMUP.3. Mengenal pasti kemudahan yang ada dan jenis aktiviti yang sesuai untuk dijalankan bersama-sama4. Mengenal pasti tenaga pengajar/ pakar yang ada.5. Cara melaksanakan aktiviti.

Guru-Guru Besar, Pengetua, PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah, Guru-guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru-Guru dari Sekolah-sekolah yang terlibat

8

Penyeliaan aktiviti

Semua Guru Besar dan Pengetua

9

Pemantauan aktiviti

JPN, PPD, PPB 10

Post-mortem

JPN, PPD, PPB, Guru Besar dan Pengetua

11

Menyediakan laporan program RIMUP1. Penggal2. Tahunan3. Laporan Kewangan

Setiausaha

12

Menyampaikan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan kepada pihak-pihak yang berkenaan

Pengerusi , Setiausaha dan BendahariPendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain.

Konsep pelaksanaan RIMUP telah diperkukuhkan lagi dengan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru dan pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga menengah dalam kegiatan khas secara bersama.

Program RIMUP mempunyai tiga komponen utama iaitu akademik, kokurikulum dan sukan, serta e-integras

Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya

Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap.

Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.

Menerusi pelbagai pendekatan dari aspek kurikulum dan kokurikulum, Kementerian Pelajaran ingin menyatakan bahawa kita amat serius terhadap usaha membangunkan sebuah negara bangsa dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju mengikut acuan kita sendiri seperti yang dihasratkan kerajaan menerusi Wawasan 2020Lahirnya generasi penerus yang patriotik, memiliki nilai penghayatan mendalam dengan sikap dan tindakan yang menjurus kepada membina dan memajukan negara, mengangkat martabat, mempertahan maruah, membina tamadun bangsa melalui keberanian meneroka alam keilmuan untuk menjadi bangsa Malaysia terbilang yang namanya berkumandang di seluruh pelosok alam.

SEKIAN, TERIMA KASIH