rancangan malaysia kelima

69
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5: 1986-1990) Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam pembangunan negara dengan strategi yng menekankan pertumbuhan ekonomi yng sederhana dan stabil. Satu perkara yang diberi penekanan sepenuhnya ialh perpaduan negara yang merupakan matlamat keseluruhan pembangunan sosioekonomi. Tumpuan usaha-usaha perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan. Rakyat Malaysia dipupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara sert sentiasa berpandu kepada Rukun Negara. Justeru matlmat RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif dalam objektif dalam DEB dan mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi negara. Fenomena ini masih perlu mengmbil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan. Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69,000 juta. Daripada jumlah ini, 89.2 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi, 6.5 peratus untuk keselamatan dan pertahanan dan 4 peratus untuk pentadbiran awam. Projek kereta nasional kedua ini memang mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi kejayaan Strategi dan Pelaksanaan RMK-5 Dalam tempoh RMK-5, kerajaan telah mewujudkan dan melaksanakan beberapa strategi yang dilaksanakan dalam RMK-5. Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5 termasuklah peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut

Upload: kalababy

Post on 29-Jun-2015

1.948 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5: 1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam pembangunan negara dengan strategi yng menekankan pertumbuhan ekonomi yng sederhana dan stabil.

Satu perkara yang diberi penekanan sepenuhnya ialh perpaduan negara yang merupakan matlamat keseluruhan pembangunan sosioekonomi. Tumpuan usaha-usaha perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan. Rakyat Malaysia dipupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara sert sentiasa berpandu kepada Rukun Negara.

Justeru matlmat RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara, mencapai objektif dalam objektif dalam DEB dan mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi negara. Fenomena ini masih perlu mengmbil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan.  Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69,000 juta. Daripada jumlah ini, 89.2 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi, 6.5 peratus untuk keselamatan dan pertahanan dan 4 peratus untuk pentadbiran awam.

Projek kereta nasional kedua ini memang mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi kejayaan

Strategi dan Pelaksanaan RMK-5

Dalam tempoh RMK-5, kerajaan telah mewujudkan dan melaksanakan beberapa strategi yang dilaksanakan dalam RMK-5. Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5 termasuklah peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri terutamanya industri yang berorientasikan ekspot.

Selain itu, kerajaan juga menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong untuk pertanian dan penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar.

Page 2: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Usaha menggalakkan perindustrian pula didokong dengan langkah- langkah pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air, tapak kilang dan lain-lain.

RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.

Perancangan dan pembangunan peringkat wilayah dan kawasan serta pembangunan bandar-bandar baru juga diberi penekanan dalam RML. Ini bertujuan bagi mengurangkan pertindihan pelaburan dan infrastruktur serta meluaskan faedah pembangunan kepada seluruh wilayah. Perindustrian yang bersepadu telah digalakkan terutama di pusat-pusat yang berpotensi tinggi untuk berkembang. Bagi pertumbuhan bandar-bandar baru, garis panduan yang digunakan berasaskan pertumbuhan semulajadi dan bukannya pertumbuhan rekaan.

Beberapa bandar yang sedia ada dalam kawasan mundur akan dimajukan untuk mengurangkan penghijrahan pekerja ke kawasan bandar. Sektor pelancongan turut diberi perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta, menggalakkan pihak swasta menyediakan kemudahan pelancongan, menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

Kajian-kajian mengenai prestasi dan produktiviti dijalankan oleh agensi-agensi seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU). Seterusnya, perhatian juga diberikan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kemahiran ikhtisas dan teknik serta menambah bilangan tenaga kerja dalam kemahiran-kemahiran tersebut.

Penubuhan Sistem Tadbir Baru

Pelaksanaan Dasar Penswastaan telah diperluaskan. Sektor swasta digalakkanuntuk mengenalpasti dan mengemukakan cadangan bagi mengambilalih perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian. Penggunaan teknologi komputer dan elektronik dalam proses perancangan dan pelaksanaan diperluaskan lagi. Sistem maklumat pengurusan bersepadu yang dipanggil Sistem Pengesanan Projek Yang Disatukan Bagi Agensi-agensi Pusat (SETIA) telah dilancarkan.

Page 3: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Dua buah kementerian baru di peringkat persekutuan dan 46 buah jabatan, agensi dan pejabat cawangan telah ditubuhkan. Kementeriankementerian yang baru ialah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Kementerian Kehakiman. Seterusnya, sejumlah 48 buah kementerian, Jabatan dan agensi persekutuan dan negeri telah disusun semula.

Selain daripada dasar-dasar dan nilai-nilai yang tersebut di atas, beberapa langkah pentadbiran yang baru telah diperkenalkan untuk menggalakkan jentera perancangan dan pelaksanaan Kerajaan yang lebih cekap dan lebih produktif. Langkah-langkah baru tersebut ialah kod etika perkhidmatan awam, kepimpinan melalui teladan, kumpulan meningkat mutu kerja, manual prosedur kerja dan fail meja, pusat pembayaran setempat, konsep pejabat terbuka, sistem perakam waktu, tanda nama, peti cadangan, pengurusan melalui mesyuarat dan penggunaan sistem poskod bagi seluruh negara. Dalam tahun ini kerajaan telah melancarkan perkara-perkara seperti berikut:-1. Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)(1991 - 2020)2. Wawasan 2020 (1991 - 2020)3. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)(1991 - 2000)4. Rancangan Malaysia Keenam (RMEn)(1991 - 1995)

 

Bidang pendidikan juga diberi keutamaan dalam RML

Pencapaian RMK-5

Prestasi ekonomi sepanjang tempoh RML amat membanggakan. Pada keseluruhannya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada kadar 6.7 peratus setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5.0 peratus. Prestasi yang menggalakkan ini adalah hasil daripada kejayaan pelaksanaan langkah-langkah penyesuaian yang diambil sejak tahun 1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan mengurangkan defisit belanjawan. Tambahan pula, dasar-dasar perdagangan dan pelaburan yang

Page 4: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

liberal yang diperkenalkan semasa kemelesetan pada tahun 1985-86 telah menambahkan keyakinan para peniaga dan meningkatkan pelaburan swasta. Faktor-faktor tersebut berserta dengan persekitaran luar negeri yang bertambah baik, telah membolehkan ekonomi pulih dengan segera.

Pelaksanaan dasar dan strategi untuk mencapai matlamat agihan pendapatan yang lebih saksama disertai pula dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, terutamanya dalam tempoh separuh penggal kedua RML telah menghasilkan kemajuan yang ketara dalam corak agihan pendapatan. Corak agihan pendapatan yang lebih baik yang telah dicapai, mencerminkan kemajuan yang menggalakkan dalam usaha menambah guna tenaga dan penyertaan Bumiputera di dalam sektor moden ekonomi negara. Pertambahan bilangan tenaga kerja Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan golongan peniaga Bumiputera serta peningkatan penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi moden, telah dapat menambah bilangan Bumiputera di dalam kumpulanberpendapatan tinggi.

Dalam tempoh RMK-5, walaupun kemajuan telah dicapai dalam pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), pada keseluruhannya penyertaan yang berdaya maju Bumiputera di sektor moden masih lagi terhad. Faktor-faktor penting yang membawa kepada pencapaian yang masih rendah ini adalah asas perniagaan mereka yang kecil dan terbatas, kekurangan pengalaman dan juga kekurangan dari segi kemampuan pengurusan.

Di samping itu, pertumbuhan yang perlahan semasa kemelesetan ekonomi telah juga menjejaskan prestasi peniaga Bumiputera, menandakan bahawa usaha pembangunan MPPB masih belum mencapai asas yang kukuh dan berdaya tahan. Sebagai sebahagian daripada program untuk membantu perniagaan Bumiputera, Kerajaan telah mewujudkan tabungtabung khas seperti Tabung Pemulihan Usahawan dan Tabung Usahawan Baru. Di samping itu, had maksimum pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Syarikat Jaminan Kredit (CGC) kepada peniaga- peniaga kecil juga telah di tambah.

Dalam dekad-dekad yang lepas negara telah berjaya memperkukuhkan lagi asas pertumbuhan ekonomi. Negara telah dapat mengatasi beberapa cabaran ekonomi sepanjang tempoh pembangunan sehingga kini. Tugas mengekalkan dan seterusnya meningkatkan lagi perkembangan ekonomi negara adalah satu tindakan berterusan. Hasrat dan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 akan diberi tekanan dalam projek-projek pembangunan negara

Page 5: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

PERPADUAN NEGARAKonsep Perpaduan

1.Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh

masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu

identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.2.Perpaduan boleh dicapai melalui dua cara utama, iaitu integrasi dan asimilasi.

3.Integrasi merupakan ‘satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di

kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi

dalam sesebuah unit politik.’4.Terdapat beberapa unsur integrasi yang terdiri daripada:

a.Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan

pembangunan ekonomi dan sosial di antara wilayah-wilayah yang maju dengan

yang mundur.b.Integrasi Ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untukmengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kumpulan-kumpulan etnik.c.Integrasi Kebudayaan melibatkan usaha membentuk satu kebudayaankebangsaan.d.Integrasi Sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melaluiprogram-program sosial serperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.

e.Integrasi Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang

bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.

f.Integrasi Politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melaluikerjasama dan pembahagian kuasa politik.

5.Asimilasi merupakan satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti

diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan

etnik yang lebih besar.

Masalah Perpaduan

1.Perbezaan agama dan kebudayaan

2.Dasar pecah dan perintah British

3.Sistem pendidikan yang berasingan

4.Aktiviti ekonomi yang berlainan5. Persatuan-persatuan etnik

6. Pendudukan JepunPeristiwa 13 Mei 1969

Page 6: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

1.Sistem kerajaan berparlimen telah digantung akibat peletusan rusuhan kaum dansemua kuasa pentadbiran dipusatkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).2.Fungsi-fungsi utama Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ialah:

a.Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara

b.Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna

c.Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruhnegara.3.Majlis Perundingan Negara, terdiri daripada wakil-wakil:a.Menteri-menteri yang menganggotai MAGERANb. Kerajaan-kerajaan Negeric. Parti-parti politikd.Sabah dan Sarawake.Kumpulan-kumpulan agamaf. Badan-badan profesionalg. Perkhidmatan Awamh.Kesatuan sekerja dan persatuan majikani. Wartawanj. Persatuan guru-guruk. Kumpulan minoriti

4.Fungsi utama Majlis Perundingan Negara ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan

negara dan mencari jalan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat berbilang

kaum serta bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-

perkara yang berkaitan dengan perhubungan kaum.

Usaha-usaha Kerajaan Untuk Memupuk Perpaduan Nasional

1.Rukun Negara (ideologi kebangsaan)

2.Dasar Ekonomi Baru

3.Dasar Pendidikan Kebangsaan

4.Dasar Kebudayaan Kebangsaan

5.Bahasa Kebangsaan (BM)

6.Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara

Selagi kerajaan kita mementingkan kemajuan sains dan teknologi, selagi

kepentingan perpaduan antara kaum dilunturkan. Kini, kerajaan kita sedar

bahawa kepentingan perpaduan antara kaum adalah unsur utama

kesejahteraan negara. Oleh itu, pelbagai langkah dikenalpastikan untuk

merapatkan jurang perkauman demi masyarakat dan negara harmoni yang

Page 7: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

kita lama harapkan.

-Pertama sekali, dasar-dasar kerajaan memainkan peranan yang amat

penting dalam mendorong perpaduan antara kaum. Sebagai contohnya,

Perdana Menteri yang kini 'Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul

Razak' menperkenalkan konsep 1 Malaysia. Seperti yang dinyatakan 'rakyat

didahulukan'. Ertinya kerajaan Malaysia amat mementingkan integrasi

antara kaum. Walaupun kemajuan sains dan teknologi penting sekali dalam

membangunkan negara, perpaduan kaum juga tidak boleh diabaikan.

-Tambahan pula, dengan mengadakan kempen, aktiviti dan program-

program yang berkaitan dengan perpaduan kaum dapat merapatkan jurang

perkauman. Pihak berkenaan bolehlah mengadakan pelbagai aktiviti seperti

'Larian 1 Malaysia' yang baru-baru ini berjaya memainkan peranan dalam

memupuk kepentingan antara kaum. Selain itu, kempen kesedaran boleh

diadakan dalam kalangan remaja. Ini disebabkan semangat ini perlu

diperihara sejak kecil sekali.

-Selain itu, semangat kejiranan juga boleh menjaminkan perpaduan kaum.

Negara kita yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Dengan ini, kebanyakan jiran-jiran kita adalah kaum yang berlainan. Oleh itu,

semangat kejiranan yang kuat membawa kepada perpaduan. Kita boleh

mengadakan gotong-royong ataupun rumah terbuka di kawasan tinggal

sendiri dalam menjayakan perkara ini.

-Akhir sekali, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam isu ini.

Ibu bapa perlulah sentiasa mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan

perpaduan antara kaum. Ibu bapa boleh mengajar melalui ajaran agama diri

sendiri. Pemikiran positif tentang perpaduan perlulah dipupuk sejak kecil

Page 8: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

kerana fikiran anak dan remaja yang masih mental. Ibu bapa juga

merupakan panutan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan

semangat perpaduan dihadapan anak-anak mereke supaya boleh dicontohi.

-Kesimpulannya, semangat perpaduan antara kaum kepada sesebuah

negara merupakan unsur pertama kerjayaan dan kesejahteraan negara. Kita

perlulah menjamin dan meningkatkan semangat perpaduan untuk

merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Keharmonian dan perpaduan

dalam masyarakat majmuk negara membolehkan kita menrealisasikan

Wawasan 2020

Perpaduan kaum amat penting dalam membangunkan negara di samping itu dapat memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan negara, menjamin pertumbuhan sosial-ekonomi, DAN membekal sumber tenaga yang berkecekapan tinggi demi mengecap ke wawasan 2020. Namun, masyarakat kita masih tidak berhenti ditayang-tayangkan dengan pelbagai isu sentimen perkauman yang membingungkan dan merunsingkan masyarakat kita. Realitinya, perpaduan masih lagi belum berlaku sepenuhnya di negara ini. Sebagai negara yang melaung-laungkan perpaduan antara kaum, adalah amat memalukan apabila masih lagi timbul permasalahan sebegini di masyrakat negara kita.

Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini, pihak kerajaan telah giat melaksanakan pelbagai dasar-dasar yang merapatkan jurang perkauman di masyarakat kita dari segi pendidikan sejak kita mendapatkan kemerdekaan sehinggalah ke masa kini. Contohnya, pihak kerajaan telah menyeragam Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkenalkan Laporan Razak, dasar kependidikan kebangsaan, sekolah wawasan 2020 dan lain-lain. Usaha-usaha ini dibuat untuk mendidik dan menyatupadukan golongan belia yang berlainan kaum tentang pentingnya perpaduan kaum untuk mengecap ke arah pembangunan negara. 

Selain itu, pihak kerajaan jugapun telah memperkenalkan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa untuk merapatkan jurang perkauman. Antaranya ialan Dasar Ekonomi Baru ,Dasar Pembangunan Nasional serta Dasar Wawasan Nasional yang memainkan peranan penting dalam

Page 9: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

menghapuskan pergeseran kaum yang disebabkan oleh pemisahan aktiviti ekonomi ataupun faktor geografikal dengan melibatkan golongan bumiputera dalam aktiviti komersial, mencampur-adukan orang dari pelbagai kaum untuk melibatkan diri dalam pelbagai sektor misalnya pertanian, perkilangan, perindustrian, perkhidmatan dan lain-lain. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini dapat merapatkan jarak hubungan antara satu kaum dengan yang lain, dan seterusnya dapat membina persefahaman kaum dan bangsa yang manakah ini dapat mengkagumkan negara lain di tahap antarabangsa.

Dari segi budaya, pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara. Pihak kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa sentiasa menyeru rakyat kita supaya melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, hari perayaan terbuka, persembahan-persembahan pada hari kemerdekaan atau hari perayaan , dan kempen. Selain itu, pihak kerajaan juga berproaktif dalam menyampaikan suara dan seruan perpaduan kaum melalui media massa, mereka berpendapat bahawa media massa merupakan saluran yang dapat mencapai ke hati semua orang daripada pelbagai tahap sosial masyarakat. Masyarakat merupakan tonggak negara, masyarakat yang bersatu padu mampu menghadapi sebarang rintangan dan permasalahan, bahkan kata "Bersatu padu, bercerai roboh"! 

Di samping itu, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara semenjak kemerdekaan untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum di kalangan masyarakat Malaysia. Dari segi politik juga, parti-parti politik juga digabungkan melalui Barisan Nasional untuk mewujudkan kesatuan kaum. Tambahan juga dengan slogan "1 Malaysia" yang giat dilaung-laungkan oleh perdana menteri sejak kebelakangan ini. Amat ketara bahawa perpaduan kaum dan keharmonian masyrakat merupakan cabaran yang utama bagi kerajaan. Dengan adanya kerjasama masyrakat , barulah dapat menjayakan segala seruan kerajaan untuk menjana pembangunan negara.

Pada kesimpulannya, dasar-dasar kerajaan mengenai perpaduan nasional adalah bersifat integrasi, dan dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dan kaum dalam negara kita. Pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk merapatkan jurang perkauman demi mewujudkan keharmonian dalam

Page 10: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

kalangan masyarkat majmuk di negara kita. Bahkan kata "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat", oleh itu, demi mengecap ke arah pembangunan dan pemordenan negara, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mengamalkan sikap bersatu padu dan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang cabaran bersama-sama.

Perpaduan merupakan kunci kejayaan negara kita. Tanpa keamanan dan

keharmonian, Malaysia tidak akan mencapai kemajuan yang dinikmati pada

hari ini. Kerajaan telah sedar akan perpaduan antara kaum dalam menjamin

kesejahteraan negara.

Perpaduan dapat mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu dan stabil.

Masyarakat yang stabil dapat membangunkan negara dari segi ekonomi dan

sosial. Dengan kewujudan persefahaman antara kaum, rakyat dapat

bersama-sama membangunkan negara tanpa mengira kaum, ras dan

agama. Pencapaian Wawasan 2020 juga menjadi lebih mudah. Hal ini juga

dapat menarik pelaburan asing. Oleh itu, ekonomi negara dapat

diperkembang dan taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan.

Selain itu, perpaduan membentuk masyarakat yang menjalin ikatan kukuh

dari segi kekeluargaan dan keagamaan. Hal ini dapat melahirkan rakyat

yang mementingkan prinsip bertoleransi, hormat-menghormati dan sabar.

Dengan adanya rakyat yang berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip ini,

perselisihan faham dapat dikurangkan. Pergaduhan dan perpecahan kaum

juga dapat dielakkan. Rusuhan kaum juga tidak akan berlaku. Justeru,

masyarakat dapat disatukan di bawah satu bumbung yang kukuh.

Langkah-langkah untuk mengekalkan perpaduan ialah kerajaan mewujudkan

konsep sekolah wawasan. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan

Page 11: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

antara kaum Melayu, Cina dan India. Langkah ini lebih berkesan jika

dimulakan sejak sekolah rendah lagi. Kanak-kanak dapat bergaul dengan

rakan-rakan berbilang kaum sejak kecil lagi. Kebudayaan dan adat resam

pelbagai kaum diperkenalkan antara satu sama lain. Wahana ini dapat

menjamin perpaduan rakyat.

Di samping itu, kerajaan juga melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan

Wawasan 2020 dengan hasrat menyatupadukan rakyat. Dasar-dasar

kerajaan dapat melahirkan masyarakat yang lebih adil dari segi

sosioekonomi. Hal ini dapat menjamin persefahaman antara kaum serta

menyemarakkan kemakmuran dari segi politik dan sosial dalam kalangan

rakyat Malaysia. Wawasan 2020 yang diperkenalkan juga dapat mewujudkan

negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan

dikongsi bersama. Melalui wadah ini, perpaduan rakyat dapat diwujudkan.

Kesimpulannya, perpaduan merupakan komponen utama dalam

pembentukan masyarakat majmuk yang harmonis. Perpaduan dapat

menjamin keamanan dan meningkatkan ekonomi negara. Langkah-langkah

proaktif perlulah diambil untuk mewujudkan perpaduan antara kaum supaya

dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai kejatian diri yang

teguh, bersatu padu dan berdaya saing.

Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, negara kita telah menyedari

kepentingan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesejahteraan

negara. Dengan perpaduan semua bangsa, negara kita barulah akan maju

dan dapat bertanding di peringkat antarabangsa. Oleh itu, kerajaan sentiasa

memastikan pelbagai langkah telah diambil bagi merapatkan jurang

perkauman demi mewujudkan keharmonian dan keamanan di negara kita.

----- Perpaduan memainkan peranan penting dalam pembentukan keadaan

Page 12: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

politik yang stabil. Rakyat haruslah bersatu-padu pada setiap masa. Dengan

ini, kerajaan barulah dapat menumpukan perhatian terhadap pembangunan

negara. Sebaliknya, sesebuah negara akan berada dalam keadaan kacau-

bilau maju jaya jika penduduknya tidak bersatu-padu. Tambahan pula.

negara itu akan mudah diambil alih oleh negara asing. Rakyat negara pasti

akan hidup dengan penuh sengsera atas jajahan negara asing seperti zaman

kependudukan Jepun.. Rakyat mungkin akan didera dan tidak dapat layanan

yang adil dan saksama.

----- Selain itu, perpaduan juga akan menggalkkan perlaburan asing dalam

negara. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan asing akan

memajukan perindustrian sesebuah negara. Pelaburan asign yang amat

berpengalaman dapat membawa masuk teknologi dan jentera yang canggih

ke negara kita. Contohnya, pelabur asing dari negara Jepun, Amerika

Syarikat dan Korea, dapat memajukan sektor perindustrian dengan

membawa teknologi dari negaranya. Secara tidak langsung, Malaysia dapat

menikmati dua faedah pada masa yang sama iaitu kemasukan teknologi dan

kemajuan perindustrian.

----- Salah satu langkah telah diambil oleh kerajaan untuk merapatkan jurang

perkauman adalah melalui perlaksanaan pelbagai dasar-dasar. Contohnya,

dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Nasional. Dasar-dasar ini

dapat menjamin persefahaman antara kaum serta menyemarakkan

semangat patriotisme antara kaum. Seterusnya, memajukan negara dari

segi politik dan sosial. Memang tidak dapat dinafikan bahawa usaha ini telah

merapatkan jarak hubungan antara kaum dan membina persefahaman kaum

dan bangsa. Dengan ini, negara kita barulah akan maju, dan penduduk akan

hidup dengan penuh harmoni.

Page 13: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

----- Di samping itu, kempen, aktiviti dan program-program

perpaduan juga harus diperbanyakkan. Semangat kekitaan juga amat

penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat

kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan

bertoleransi antara masyarakat. Oleh itu, aktiviti yang melibatkan

penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk

semangat bermasyarakat antara kaum harus diperbanyakkan. Dengan ini,

sifat bersatu-padu barulah dapat disemai antara masyarakat berbilang kaum

dan mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara,

bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.

----- Secara tuntasnya, sokongan padu dan kerjasama sayugianya

menyeluruh semua pihak supaya perpaduan antara masyarakat berbilang

kaum dapat dicapai dan jurang antara kaum dapat dikurangkan. Marilah kita

bersama-sama berusaha untuk merealisasikan 1Malaysia. "Rakyat

didahulukan, Pencapaian diutamakan'!

Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usahamencapai perpaduan dan integrasi nasional.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri

daripadapelbagai etnik dan kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan

yangmewarnai corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi model

sebuahmasyarakat majmuk kepada masyarakat yang lain. Oleh itu, perpaduan

danintergrasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin rakyatnya hidup

dalamsuasana aman damai.

Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-

bagaikelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang

berbeza.Usaha ke arah perpaduan dapat dilihat melalui penyatuan Sabah,

Sarawakdengan negeri-negeri Semenanjung. Selain itu, usaha tersebut juga boleh

dilihatmelalui usaha kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

Page 14: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

danmeletakkan kumpulan etnik yang berlainan latar belakang di satu

kawasanperumahan yang sama.

Manakala konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu prosesyang

abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasimerupakan satu

proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalammasyarakat melalui satu

identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mulamenumpukan usaha-usaha dan

strategi-strategi ke arah mewujudkan integrasinasional.

Ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas

baginagara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha

menjadikanMalaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara

tidaklangsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan

ekonomi,politik dalam jangka masa panjang.

Bagi memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai etnik dankaum,

kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi melalui pendekatanekonomi, politik dan

pendidikan untuk mencapai matlamat-matlamat perpaduan.1.Strategi Pendekatan Ekonomi

Masalah ekonomi merupakan halangan yang terbesar dalam

mewujudkanperpaduan dan integrasi nasional. Sehubungan dengan itu, kerajaan

telahmerangka pelbagai rancangan dan strategi untuk membolehkan semua kaumdan

etnik dan menyertai pelbagai sektor ekonomi dan semua peringkat pekerjaan.

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu contoh formula yang dilancarkanoleh

kerajaan Malaysia pada tahun 1970 untuk membetulkan ketidakseimbangansosio-

ekonomi yang wujud antara kaum, wilayah dan di antara kawasan dalamwilayah yang

sama. Ini merupakan reaksi dari rusuhan kaum yang berlaku pada13 Mei 1969.

Falsafah dasar ini ialah “Pembangunan dan Pengagihan Bersama”.

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua matlamat utamaselain

perpaduan negara iaitu (a) pengambilan pekerja-pekerja di pelbagai sektorekonomi dan

di semua peringkat pekerjaan dan (b) hakmilik produktif yangterdapat di dalam negara

Page 15: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

disusun semula supaya orang-orang Melayu dapatmemiliki sekurang-kurangnya 30%

daripada jumlah hakmilik tersebut pada tahun 1990.

Selain itu, Dasar Ekonomi Baru mempunyai matlamat serampang duamata iaitu

pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Selain itu, penyusunansemula

masyarakat perlu dilakukan untuk mengurangkan dan seterusnyamenghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Ini berpuncadaripada dasar ‘pecah

dan perintah’ yang telah menyebabkan berlaku tumpuankaum mengikut fungsi ekonomi

tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihankekayaan negara, keadilan ekonomi

sekaligus menyukarkan perpaduan kaum.

Kerajaan kemudiannya telah melancarkan Dasar PembangunanNasional

(DPN) pada tahun 1991, kesinambungan daripada Dasar EkonomiBaru. DPN juga

bermatlamat untuk menghapuskan ketidakseimbangan sosialdan ekonomi negara.

Dasar ini menggariskan beberapa strategi yang jelasmenggambarkan kemakmuran dan

membina bangsa yang bersatu padu.

Dengan terhapusnya perbezaan kuasa ekonomi mengikut satu kaumsahaja,

perpaduan dapat dalam sektor ekonomi dapat diwujudkan. Secara tidaklangsung, taraf

pembangunan ekonomi nasinal keseluruhannya dapat ditingkatkan.2.Strategi Pendekatan Politik

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dankumpulan

etnik yang berbeza dari segi agama, pekerjaan, kebudayaan dansebagainya. Oleh itu,

kerajaan perlu menyediakan suasana politik yang stabilbagi menjamin keamanan dan

ketenteraman rakyat di segenap lapisan masyarakat.

Menerusi kaedahko nsesus atau persetujuan, perpaduan politik negaradapat

diwujudkan. Ini bermakna rakyat boleh menentukan kerajaan yangmemerintah melalui

proses pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.Pemimpin-pemimpin politik yang

dipilih ini perlu mengamalkan semangatperundingan dan kerjasama di kalangan parti-

parti politik untuk memastikanpenyertaan bersama dalam proses pentadbiran negara.

Penubuhan Barisan Nasional yang merupakan komponen perikatanUMNO,

MCA, MIC dan beberapa parti yang asalnya adalah parti pembangkangtelah

Page 16: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

diperluaskan. Semua komponen parti dalam Barisan Nasional telahmembuat

persetujuan politik untuk menghadapi segala masalah dalam bidangpolitik, ekonomi,

pendidikan, sosial dan kebudayaan melalui perbincangan danmencari penyelesaian

bersama di meja rundingan.

KEPENTINGAN PERPADUANBagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat

Page 17: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.Posted by Cikgu Anelyza WMS at 9:35 AM

USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan

beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai

perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama

berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh

semua kumpulan etnik dalam negara kita.

Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga

menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung

Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional

ialah:

Page 18: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan);

(b) Dasar Ekonomi Baru;

(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan;

(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan;

(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu);

(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara;

(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional;

(h) Integrasi antara wilayah.

A. Rukun Negara

Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan

ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi

menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk

muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik.

Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:

(a) Kepercayaan kepada Tuhan;

(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;

(c) Keluhuran Perlembagaan;

(d) Kedaulatan Undang-undang; dan

(e) Kesopanan dan Kesusilaan.

Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia

yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi,

liberal dan progresif.

Page 19: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

B. Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan

Malaysia Kedua (1971 – 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan

ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara.

Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk perpaduan negara melalui

pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam

kalangan semua rakyat Malaysia.

DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:

i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum

ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi

ekonomi dapat 

dihapuskan.

C. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961

adalah berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib

1960. Antara lain matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk

melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar

Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional

adalah:

i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di

Page 20: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

sekolah-sekolah dan

institusi-institusi pengajian tinggi.

ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua

sekolah di 

Malaysia.

iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.

D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan

menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati

bersama oleh semua kaum. Kebudayaan Kebangsaan juga dapat

mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara

luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-

ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik

daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan

berteraskan kebudayaan asli tempatan.

Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan

Kebangsaan:

i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan

rakyat asal 

rantau ini;

ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima

menjadi unsur

Kebudayaan Kebangsaan; dan

iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan

kebangsaan.[1]

Page 21: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

E. Bahasa Kebangsaan

Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan

antara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan negara kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah

memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah

menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-

sekolah. Kerajan juga telah menjalankan kempen untuk menggalakkan

penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan ‘Gerakan Cintailah Bahasa

Kita’.

F. Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan

memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat

Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan, yang kini dikenali sebagai

Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan mengajar bahasa

Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan

pelajaran Sivik.

Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan

kegiatan-kegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen

kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan.

Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi

Page 22: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat

kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan.

G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional

Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin

kestabilan dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah

ditubuhkan dan telah berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada

tahun 1955. Kerjasama politik melalui muafakat dalam parti Perikatan

diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971.

Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari

pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah.

I. Pindaan Akta Hasutan

Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada

perbincangan umum, termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri.

Dua daripada perkara utama itu ialah:

i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera

lain negara ini; dan

ii) kedudukan raja-raja Melayu.

J. Integrasi Antara Wilayah

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi

perpaduan di kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju

seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan

perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain

yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi

Page 23: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

wilayah.

Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan

Sarawak. Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara

beransur-ansur ke dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan

melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan

perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan

Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen

nasional.

Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan

muhibah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan

Sarawak bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin

masyarakat Semenanjung Malaysia.

PERUTUSAN TAHUN BARU 2010

 

7 JANUARI 2010; PUKUL 8.40 PAGI;

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualiikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Page 24: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

1. Pertamanya, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia serta izinNya, maka kita dapat bersama-sama hadir di Majlis Perutusan Tahun Baru bagi tahun 2010 ini.

 

1. Setiap kali menjelang tahun baru, kita meletakkan sasaran dan memperbaharui azam untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Bagi warga Kementerian Pelajaran, hari ini merupakan hari yang amat bermakna di mana seluruh warga Kementerian Pelajaran dari segenap pelusuk tanah air berhimpun, sama ada di dalam dewan ini atupun di tempat-tempat lain, untuk bersama-sama memperbaharui iltizam, memperteguhkan tekad dan menyuntik semangat baru yang lebih kental bagi melaksanakan tanggungjawab mulia mendidik anak bangsa dan melonjakkan mutu pendidikan negara.

 

Para hadirin yang dihormati,

1. Kementerian Pelajaran merupakan nadi kepada usaha untuk membangunkan modal insan yang akan memacu dan melonjakkan kemajuan negara pada masa hadapan. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sesungguhnya amat bergantung kepada keupayaan warga Kementerian Pelajaran untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar. Hanya dengan pendidikan berkualiti yang menekankan pembangunan insan secara holistik dan membangunkan daya inovasi dan kreativiti, kita akan dapat menghasilkanmodal insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan. Modal insan yang berkualiti tinggi ini tentunya akan berupaya untuk memacu ekonomi berteraskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara kita. Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk melaksanakan Model Ekonomi Baru berteraskan pengetahuan dan menjadikan negara kita sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.

 

1. Pendidikan di negara kita juga mempunyai satu lagi peranan yang amat penting. Dalam sebuah negara berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya, pendidikan merupakan mekanisme utama dalam usaha kita untuk membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Hasrat ini hanya akan dapat dicapai melalui pelaksanaan satu sistem pendidikan yang mementingkan nilai-nilai kebangsaan di samping menghormati kepelbagaian. Melalui sistem pendidikan ini, anak-anak akan diasuh dengan nilai-nilai kebersamaan, hormat-menghormati, cintakan tanah air dan penerimaan antara satu sama lain. Nilai-nilai ini boleh dipupuk melalui pemakaian satu kurikulum kebangsaan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menekankan unsur-unsur perpaduan kebangsaan dan pemerkasaan sekolah kebangsaan. Saya percaya dengan adanya usaha,

Page 25: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

tekad dan niat yang murni daripada pelbagai pihak dalam negara kita, baik kerajaan, para guru, ibu-bapa, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, dan warganegara yang prihatin untuk menyemai dan menyuburkan benih perpaduan di dalam hati dan sanubari generasi muda kita melalui satu sistem pendidikan yang mengutamakan nilai-nilai kebangsaan dan menghormati kepelbagaian, kita akan berjaya memperkukuhkan perpaduan negara selaras dengan hasrat dan gagasan 1Malaysia.

 

1. Hakikatnya, melahirkan modal insan yang berketerampilan dan memupuk perpaduan kebangsaan adalah dua matlamat murni sistem pendidikan negara. Lebih daripada itu, kita bersyukur kerana sistem pendidikan di negara kita dipandu oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, fungsi utama pendidikan di negara kita ialah untuk membina dan membangun potensi yang ada pada setiap anak kita tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bahasa dan budaya. Adalah menjadi hak setiap anak-anak di negara ini untuk mendapatkan pendidikan yang mampu menggarap dan membina segala potensi yang ada pada diri mereka secara seimbang dan sempurna. Ini bermakna, segala dasar, program dan usaha yang dilaksanakan oleh warga pendidik di seluruh negara haruslah mendahulukan pelajar. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam segala bidang merupakan keutamaan kita. Matlamat ini hanya akan dapat dicapai sekiranya kita bersama-sama membulatkan tekad dan memperteguhkan muafakat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.

 

Para hadirin yang dihormati sekalian,

 

KEJAYAAN YANG DICAPAI DALAM TAHUN 2009

Akses Pendidikan Berkualiti – Infrastruktur dan Kebajikan

 

6.      Menyedari kepentingan pendidikan sebagai wahana untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan, mempekukuhkan perpaduan dan membangun potensi pelajar secara seimbang, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda pendidikan. Meskipun Malaysia menerima kesan daripada kemelesetan ekonomi dunia, Kementerian Pelajaran sentiasa memastikan perancangan dan pembangunan pendidikan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah, pencapaian sepanjang tahun 2009, menunjukkan program-program yang dirancang telah memberi impak yang berkesan.  Dalam kesempatan ini saya ingin berkongsi dengan para hadirin semua antara beberapa kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun.

Page 26: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

PENCAPAIAN AKADEMIK DI SEKOLAH

 

7.      Dari segi pencapaian akademik, pencapaian calon UPSR pada tahun lalu adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan bilangan pelajar yang memperolehi Gred A dalam semua mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.32 peratus. Sementara itu, keputusan PMR 2009 juga mencatatkan peningkatan sebanyak 6 peratus. Peningkatan pencapaian murid dalam peperiksaaan awam ini sesungguhnya adalah hasil didikan, usaha gigih dan pengorbanan para guru kita di seluruh pelusuk negara. 

 

AKTIVITI SUKAN, SENI DAN KOKURIKULUM

 

9.      Saya juga amat berbangga dengan kejayaan menonjol para pelajar dalam bidang ko-kurikulum apabila pasukan negara kita menjadi johan keseluruhan dalam pertandingan World Robotic Challenge 2009 di Pohang, Korea Selatan. Pelajar kita juga telah mendapat tempat ke enam dalam F1 Technology Challenge World Championship 2009 di London yang disertai oleh 48 pasukan daripada 32 buah negara. Tahniah diucapkan kepada Sekolah Victoria yang telah menjuarai Kejohanan Pancaragam Sedunia 2009, yang telah berlangsung di Modena, Itali. Manakala dalam bidang sukan, pasukan Boling Tenpin MSSM telah menjadi naib johan acara berpasukan dalam Kejohanan Boling Tenpin Sekolah-Sekolah Asia ke-11 yang berlangsung di Hong Kong. Kita juga amat berbangga dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh para atlet muda dari  Sekolah Sukan Malaysia yang mampu bersaing dengan atlet senior di Temasya Sukan SEA Ke-25 di Laos dengan meraih sebanyak 28 pingat emas. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua!.

11.    Kementerian amat maklum bahawa kejayaan pelajar kita dalam aktiviti kokurikulum dan sukan hanya dapat dicapai dengan usaha, tunjuk ajar dan pengorbanan para guru dan jurulatih yang gigih. Sehubungan itu, usaha yang lebih bersepadu untuk menambah baik kemudahan dan prasarana sukan, meningkatkan keupayaan jurulatih dan menyemarakkan program sukan dan kokurikulum di sekolah akan terus dilaksanakan pada masa hadapan. Untuk tujuan ini, seramai 480 orang jurulatih kokurikulum telah dilatih pada tahun 2009 bagi membolehkan 516 jawatan jurulatih kokurikulum diisi  pada tahun 2010 ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

MEMANTAPKAN LATIHAN PERGURUAN

12.    Kita semua sedar bahawa kunci kepada kecemerlangan pendidikan ialah guru-guru yang berkualiti. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabat profesionalisme keguruan, KPM telah melaksanakan beberapa strategi. Ini termasuklah menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru (IPG) yang menawarkan program ijazah.  Kumpulan

Page 27: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

pertama guru terlatih IPG iaitu seramai 1,448 orang yang berjaya memperolehi ijazah sarjana muda pendidikan di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada Disember 2009 akan memulakan tugas mereka pada awal tahun ini. Pusat-pusat Kecemerlangan Institut Pendidikan Guru juga telah diwujudkan berdasarkan bidang-bidang kebitaraan.

13.    Kementerian juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan jaringan kerjasama dengan universiti-universiti berprestij dalam dan luar negara sebagai salah satu usaha menaik taraf IPG, meningkatkan pembangunan kapasiti (capacity building)  para pensyarah dan melahirkan guru siswazah yang berkemahiran. Antara yang telah dilaksanakan ialah Program Perguruan IPTA (Ijazah Sarjana Muda Perguruan) dalam negara, serta Program Kembar Bachelor of Education (TESL). IPG Kampus Antarabangsa yang telah bekerjasama dengan lima universiti di Australia, New Zealand dan United Kingdom sejak tahun 2003 telah melahirkan tiga kohort guru bahasa Inggeris berjumlah 367 orang yang majoritinya berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman.  Program melatih guru dalam bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan Bahasa Perancis diteruskan bagi memastikan murid sekolah berpeluang belajar bahasa lain selain bahasa Inggeris.

14.    Selain itu, Program Pensarjanaan Tenaga Pengajar IPG diteruskan bagi menjamin kredibiliti tenaga pengajar dan kualiti pendidikan di IPG. Sehingga penghujung tahun 2009, sejumlah 60 peratus pensyarah IPG telah ditawarkan tajaan biasiswa kedoktoran manakala 57 peratus  pensyarah ditawarkan  tajaan biasiswa sarjana.

 

Para hadirin sekalian,

INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN

15.    Pemeluasan akses kepada pendidikan yang berkualiti tidak akan lengkap tanpa memastikan pelajar menikmati kemudahan pendidikan yang selesa. Oleh itu,  sebanyak 10,281 projek infrastruktur dan kemudahan pendidikan telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian. Peruntukan yang besar telah disediakan untuk tujuan ini. Bagi membiayai 962 sekolah bantuan kerajaan, memantapkan program pra sekolah serta menaiktaraf, membaikpulih dan menyelenggara sekolah, sebanyak RM 450 juta telah disalurkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama. Kementerian juga telah membekalkan perabot dan peralatan, menyediakan tenaga pengajar kontrak, membekalkan kabin, menaiktaraf, membaik pulih dan menyelenggara sekolah dan institusi pendidikan dengan bajet mini yang disediakan berjumlah RM 2 bilion. Ini membolehkan Kementerian membela dan memulihkan sekolah yang berada dalam keadaan dhaif yang memerlukan pembaikan segera.

16.    Bagi memastikan anak-anak kita di luar bandar dan kawasan pedalaman menerima pendidikan yang sewajarnya, sebanyak 93 buah asrama baru, asrama tambahan dan gantian telah siap, atau sedang dalam proses pembinaan. Kebajikan guru di luar bandar dan kawasan pedalaman juga telah diberi perhatian utama. KPM telah melaksanakan sebanyak 168 buah projek rumah guru yang diharap akan dapat memastikan guru akan terus kekal berkhidmat di kawasan pedalaman dalam keadaan yang lebih selesa.

Page 28: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

17.    Selain itu, KPM juga telah melaksanakan projek bekalan air bersih, iaitu sebanyak 116 di Sabah, 211 di Sarawak dan 240 di Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM387.9 juta. Bekalan elektrik telah berjaya disediakan di 429 buah sekolah di Sarawak, 197 di Sabah dan 48 di Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM1.78 billion. Sementara bekalan elektrik 24 jam telah dapat disediakan kepada hampir semua sekolah iaitu 99.1 peratus sekolah rendah, dan 99.5 peratus sekolah menengah.

18.    Dalam usaha merapatkan jurang digital, KPM telah memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur, perisian dan latihan ICT. Daripada 3,025 projek pusat akses, 2143 (70.8%) projek telah disediakan di luar bandar. Dengan terlaksananya pembinaan pusat akses, maka ramai murid telah dapat melaksanakan pembelajaran kendiri, berkomunikasi secara elektronik, mencapai maklumat dan memperoleh kemahiran ICT.

Hadirin yang dihormati sekalian,

19.    Sesungguhnya Kementerian amat menghargai dan berterima kasih kepada para pendidik yang tanpa jemu berusaha meningkatkan kualiti pendidikan negara dan mendidik anak bangsa, terutamanya bagi mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar dan pedalaman. Bagi memastikan guru terlatih mencukupi mengikut opsyen di pedalaman, Kementerian telah memperluaskan pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan bagi pegawai perkhidmatan pendidikan dan anggota kumpulan sokongan yang berkhidmat di sekolah pedalaman. Elaun ini telah memberi manfaat kepada seramai 12,000 warga pendidik di 872 buah sekolah. Adalah diharapkan insentif sebegini akan memberi peransang dan galakan kepada para guru untuk terus berbakti di kawasan luar bandar dan pedalaman.

PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN PERINGKAT ANTARABANGSA

 

20.    Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia, kejayaan Kementerian terbukti melalui program-progran kerjasama dengan negara-negara maju dan membangun.  Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang dikendalikan di IPG, Kampus Bahasa Antarabangsa sejak tahun 2001 melibatkan 93 buah negara, adalah salah satu bukti bahawa pendidikan di Malaysia telah mencapai tahap antarabangsa.  Latihan perguruan yang telah ditawarkan kepada 737 peserta setakat ini secara tidak langsung meletakkan Malaysia di peta 93 buah negara tersebut. Kejayaan program G to G ini bukan sahaja membuktikan penerimaan sistem pendidikan kita, malahan mempamerkan keupayaan Malaysia menjadi global players dalam arena pendidikan dunia. Satu lagi projek yang amat membanggakan Malaysia pada tahun 2009 adalah  Malaysia Australia Education Project for Afghanistan (MAEPA), iaitu  projek kerjasama   Malaysia dan Australia bagi melatih 30 orang jurulatih utama dari Afghanistan dalam pendidikan guru menurut perspektif pendidikan Islam di IPG yang sama. Malahan, kerajaan Australia telah memohon untuk meneruskan pelaksanaan MAEPA II pada tahun 2010. Kejayaan projek ini membuktikan bahawa bidang latihan guru kita telah diiktiraf oleh negara maju.

Page 29: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

21. Dalam hubungan kerjasama peringkat dua-hala (Bilateral) dan pelbagai-hala (Multilateral), Malaysia terus memberi perhatian utama, termasuk penyertaan aktif dalam pertubuhan antarabangsa khususnya dalam bidang latihan keguruan, pengajaran dan pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris, kepimpinan pendidikan, pembangunan kurikulum serta memperkukuhkan rangkaian sekolah. Pelbagai saluran kerjasama bilateral seperti ASEAN, UNESCO, ISESCO, Komanwel, dan SEAMEO akan terus menjadi wadah penting untuk Malaysia meningkatkan keberkesanan sistem dan kualiti pendidikan negara secara berterusan, iaitu melalui pemindahan teknologi, pengalaman dan ilmu yang diterima untuk dimanfaatkan oleh murid-murid di negara ini melalui sistem persekolahan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

HARAPAN BAGI TAHUN 2010

 

22.    Apakah harapan dan wawasan kita bagi tahun 2010? Walaupun kita telah berjaya melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan kualiti pendidikan pada tahun 2009, kita juga akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu ditangani bagi tahun 2010. Antara cabaran yang menuntut komitmen dan iltizam semua warga pendidik adalah meluaskan akses pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan sebagaimana yang disasarkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan.

23.    Justeru, bagi tahun 2010 saya ingin memberikan tumpuan khusus kepada usaha untuk mencapai sasaran awal empat sub-NKRA pendidikan. Pertama, untuk meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah, sasaran Kementerian bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas, malah juga meliputi kanak-kanak yang berumur 4 tahun.  Penyertaan kanak-kanak seawal umur 4 tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dari awal lagi.  Pada masa ini,  67 peratus kanak-kanak telah mengikuti prasekolah kerajaan dan swasta. Sasaran bagi tahun 2010, iaitu peningkatan 5 peratus kepada 72 peratus bukanlah sesuatu yang sukar dicapai, kerana tanggungjawab ini akan dipikul bersama oleh agensi kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Selaras dengan ini, Kementerian telah menambah bilangan kelas prasekolah kepada 315 buah kelas dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada tahun 2010 ini. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta, akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Perluasan pendidikan prasekolah ke dalam aliran perdana pendidikan akan membolehkan negara kita menepati standard antarabangsa dalam menyediakan pendidikan bagi tempoh 12 tahun bagi setiap murid.

25.    Kedua, penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira murid akan ditingkatkan dengan pengenalan program Literasi dan Numerasi (LINUS) pada peringkat sekolah rendah. Pada masa kini, kadar literasi dalam kalangan murid sekolah rendah adalah 87 peratus. Sasaran bagi tahun 2010 ialah peningkatan sebanyak 3 peratus iaitu kepada 90 peratus. Sasaran ini akan disokong dengan menempatkan guru-guru yang terbaik untuk mengajar Tahun 1, menambah bilangan guru pemulihan di sekolah pada nisbah 1 guru kepada 15 orang murid daripada nisbah sedia ada iaitu 1 guru kepada 1 sekolah. Ini akan membolehkan lebih tumpuan diberikan kepada

Page 30: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kumpulan guru yang bertindak sebagai fasilitator untuk membantu guru-guru dalam program ini juga akan diwujudkan di semua Pejabat Pelajaran Daerah.

26.    Ketiga, sasaran untuk melahirkan Sekolah Berprestasi Tinggi akan dicapai dengan mewujudkan sekolah berkesan atau effective schools yang mempunyai identiti tersendiri yang unik, berbudaya kerja sangat tinggi dengan modal insan yang berkembang secara holistik, berdaya saing serta diiktiraf dalam dan luar negara. Sebanyak 20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini agar matlamat kita menjadikan 100 buah sekolah dalam kumpulan ini pada tahun 2012 tercapai. Saya amat berharap agar hasrat untuk mewujudkan sekolah-sekolah sebegini menjadi realiti dan seterusnya menjadi sekolah contoh kepada sekolah-sekolah lain dalam mencipta kecemerlangan institusi masing-masing.

27.    Keempat, Kementerian telah merangka suatu insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah yang telah berusaha memajukan serta menyumbang kepada profesionalisme pengurusan dan kesejahteraan institusi masing-masing. Bermula tahun 2010, semua pemimpin sekolah perlu menetapkan sasaran yang perlu dicapai dengan persetujuan bersama Kementerian. Pencapaian prestasi sekolah adalah berdasarkan skor komposit iaitu kombinasi skor Gred Purata Sekolah (GPS) dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pengetua dan Guru Besar yang mencapai kedudukan tertinggi akan layak menerima ganjaran. Kementerian berharap agar ganjaran ini menjadi pendorong kepada semua pemimpin sekolah untuk terus berusaha dengan gigih bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dan seterusnya meningkatkan kualiti sekolah sehingga menjadi sekolah berprestasi tinggi.

28.    Dalam usaha kita untuk menjadi negara maju, kita juga perlu melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Alhamdulillah, dalam kalangan pelajar kita terdapat mereka yang lebih cenderung untuk mengasah bakat dalam bidang kemahiran. Menyedari hakikat ini, Kementerian telah menstruktur semula 69 buah Sekolah Menengah Teknik untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional yang diharapkan dapat menggarap kemahiran pelajar-pelajar kita dan meningkatkan daya inovasi dan kreativiti mereka. Kita juga telah merancang program yang terbaik agar sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi salah satu bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan kita. Saya percaya dengan peningkatan mutu pendidikan kemahiran dan vokasional, kita akan dapat membekalkan tenaga kerja yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi yang amat diperlukan oleh negara, di samping mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Langkah ini diharap akan membantu industri berat dan sederhana di negara ini untuk berkembang dengan lebih pesat lagi.

29.   Untuk memastikan sistem pendidikan negara kita terus relevan dan berdaya saing, saya berpendapat bahawa penandaarasan pendidikan negara adalah amat penting untuk menjamin pendidikan yang kita sediakan adalah setanding dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Dengan mengambil kira kesesuaian konteks pendidikan Malaysia, Kementerian akan menjalankan kajian penilaian ke atas sistem pendidikan negara pada tahun hadapan dengan kerjasama UNESCO bagi membolehkan kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk menambahbaik sistem pengurusan pendidikan, kurikulum, latihan perguruan, proses pengajaran dan pembelajaran dan aspek-aspek lain secara keseluruhannya.  

Page 31: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Hadirin yang saya hormati sekalian,

 

MBMMBI

 

30.     Bahasa merupakan jiwa sesuatu bangsa. Menyedari hakikat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan, Kementerian akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Program literasi kepada murid sekolah rendah akan menumpu kepada kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dalam semua aliran pendidikan. Ini bagi memastikan semua murid dapat berkomunikasi dan memahami satu sama lain dalam satu bahasa yang akan mewujudkan semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.  Selain itu, Kementerian juga akan melaksanakan transformasi bahasa Malaysia dengan  mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang, dan holistik.

31.    Untuk berjaya pada peringkat antarabangsa, kita perlu menguasai bukan sahaja satu bahasa malah pelbagai bahasa antarabangsa. Untuk tujuan itu, Kementerian telah mengambil langkah untuk memperkukuhkan penguasaan dalam bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua negara, lantas dapat meningkatkan keupayaan murid menguasai ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi, serta mempersiapkan mereka menghadapi persaingan arus globalisasi, selain menggalakkan murid menguasai bahasa-bahasa antarabangsa lain di dunia. Antara usaha yang dijalankan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan menambah bilangan guru bahasa Inggeris berkualiti melalui latihan perguruan menggunakan jurulatih utama dari luar negara atau penutur jati bahasa tersebut. Selain itu, penambahan masa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris sebanyak 90 minit untuk Sekolah Kebangsaan dan 60 minit untuk Sekolah Jenis Kebangsaan membuktikan kesungguhan Kementerian untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.  Sebanyak empat IPG dan English Language Training Centre (ELTC) telah dikenalpasti sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris’. Semua IPG ini akan melaksanakan pelan tindakan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru pelatih dan dalam perkhidmatan sepanjang tahun 2010 dan tahun-tahun berikutnya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

32.    Kementerian telah merancang pelbagai usaha untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan menambahbaik sistem pendidikan negara. Namun, usaha dan perancangan tersebut akan menghadapi cabaran yang bukan sedikit pada tahun 2010 ini. Sebagai permulaan, krisis ekonomi dunia yang berlaku telah memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Situasi ini telah menjejaskan pendapatan negara. Ini menyebabkan peruntukan perbelanjaan Kementerian Pelajaran pada tahun ini dikurangkan kepada RM30.51 billion berbanding RM31.4 billion pada tahun lalu. Cabaran kepada Kementerian ialah untuk meneruskan segala aktviti sedia

Page 32: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

ada secara lebih cekap dengan meletakkan keutamaan (priority) pelaksanaan program yang dirancang tanpa menjejaskan kualiti pendidikan.

33.    Kunci kepada kejayaan kita mengharungi cabaran ini ialah pengurusan kewangan yang berhemah berteraskan amalan nilai-nilai moral, etika dan integriti yang luhur. Dalam memelihara integriti, saya menyeru seluruh warga Kementerian agar menghayati nilai-nilai murni seperti cekap, jujur dan amanah, serta membuat sesuatu keputusan berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telus, adil dan saksama serta mengelakkan pembaziran. Saya yakin dengan memelihara integriti, kita akan berupaya mengurus kewangan dengan berhemah dan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selaras dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. 

34.    Di samping itu, cabaran yang amat jelas terpaksa digalas oleh semua pengurus pendidikan khususnya pada peringkat institusi pendidikan ialah untuk berfikir dan bertindak bagi mengekal dan meningkatkan pencapaian berdasarkan tahap keberhasilan yang ditetapkan dengan menggunakan sumber yang terhad. Kejayaan pengurusan sekolah mendepani cabaran ini sesungguhnya menjadi ukuran kepada kecekapan dan keberkesanaan mereka dalam mentadbir dan mengurus sekolah. Inilah masa yang sesuai untuk kita memperaktikkan cadangan YAB Perdana Menteri bagi tahun 2010, iaitu ‘menggalakkan kreativiti dan inovasi’ dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

35.    Yang lebih penting, saya percaya, kita pasti dapat mengharungi segala cabaran yang bakal mendatang dengan adanya semangat, dedikasi, sifat tanggungjawab dan profesionalisme daripada mereka di barisan hadapan,  dan guru-guru berkualiti yang terlatih. Sehingga kini, para guru di Malaysia telah membuktikan kegigihan dan kewibawaan mereka melalui kejayaan yang dicapai oleh anak didik mereka. Kejayaan yang telah kita capai sebelum ini sesungguhnya datang daripada pelbagai situasi, sama ada ketika susah mahupun senang. Oleh itu, saya amat yakin bahawa cabaran atau kekangan yang mungkin kita hadapi bagi tahun 2010 ini akan dapat kita harungi jua dan tangani dengan jayanya. 

36.    Warga pendidik adalah nadi utama dalam pembangunan negara.  Justeru, marilah kita bersama-sama merealisasikan agenda pendidikan yang telah kita rancang dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental. Memandangkan cabaran dalam bidang pendidikan amat besar, wajarlah kita semua warga pendidik bersikap bagai aur dengan tebing, cubit peha kiri peha kanan terasa jua. Kerjasama semua warga pendidik amat penting dalam menjamin kejayaan agenda pendidikan negara yang berterusan.

37.    Kepada para pelajar, harapan saya tentu sekali anda semua mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Ingatlah bahawa setiap usaha yang dilakukan oleh para guru dan seluruh warga Kementerian ini ialah untuk mendidik anda semua agar menjadi pelajar yang cemerlang. Justeru, berusahalah dengan gigih, hormatilah para guru dan ibubapa, peliharalah disiplin dan sahsiah diri, dan capailah impian anda. Di samping itu, jadikanlah sekolah kita sebagai medan untuk memperkukuhkan perpaduan. Hayatilah semangat 1Malaysia dengan sepenuh hati dan amalkanlah sikap saling hormat-menghormati. Saya percaya dengan sikap yang baik ini kita akan berjaya memupuk semangat perpaduan yang lebih kental

Page 33: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

SUMBANGAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN KE ARAHPERPADUAN NEGARA1.0 PENGENALAN(Perenggan 12 Penyata Razak)menya ta kan:

‘Tujuan dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak

daripadasemua bangsa dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran

yang meliputisemua bangsa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat

dilaksanakandengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-

ansur.’

Jelas di sini menunjukkan bahawa dasar Laporan Razak 1956 ini

jugamengutamakan perpaduan negara dan unsur serta nilai perpaduan menjadi teras

bagimenjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang

mempunyaipelbagai kaum. Penyata Razak jelas telah menggariskan aspirasi ini di

dalampenggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Aliran Pendidikan Kebangsaan

adalahsaluran berkesan yang dapat membina warga Malaysia yang kukuh bersatu

padu.

Akta pelajaran 1961 telah memandatkan perwujudan satu sistem pendidikan

yangbercorak kebangsaan yang memberi penekanan kepada penggunaan Bahasa

Melayusebagai bahasa pengantar utama, penggunaan kurikulum yang sama bagi

semua sekolahdan pengambilan peperiksaan awam yang sama oleh semua murid atau

pelajar. SistemPendidikan Kebangsaan yang menekankan perkara tersebut dengan

tujuan untukmewujudkan satu identiti kebangsaan dan justeru itu dapat menyumbang

kepadaperpaduan rakyat di negara ini. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia dan

Page 34: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai matapelajaran wajib bagi semua sekolah dan

turutmengekalkan penggunaan bahasa-bahasa etnik Cina dan Tamil sebagai bahasa

ibunda disekolah jenis kebangsaan (SJK), dan juga penggalakkan bahasa ketiga

seperti BahasaArab, Jepun dan Perancis. Sebenarnya tragedi 13 Mei 1969 juga

merupakan salah satupenyumbang ke arah pembentukan pendidikan kebangsaan yang

diharapkan dapatmewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum.2.0 DEFINISISumbangan pendidikan kebangsaan ke arah perpaduan negara dapat kitadefinisikan melalui beberapa buah buku rujukan. Kamus Besar Bahasa Melayu, EdisiEkonomi, 2002 : 1813 mendefinisikan sumbangan sebagai derma, donasi, pemberian,bantuan, sokongan, sumbangsih dan pertolongan yang diberikan. Manakala,Kamu sDewan, Edisi Ketiga,1997 :1318 menyatakan sumbangan sebagai sesuatu yangdiberikan sebagai bantuan atau pertolongan yang diberikan. Oxford AdvancedLearner’s Dictionary: 6th Edition :250 mendefinisikan contribution sebagai an actionor a service thats helps to cause or increase.

Menurut Abd. Rahman bin Daub: 1999:15 menyatakan bahawa pendidikan

ataueducation dalam bahasa Inggeris berasal dari perkataan Latin ‘educare’ yang

bermaksudmemelihara atau mengasuh anak. Dalam buku yang sama turut memuatkan

beberapapendapat tokoh tentang pendidikan. Pendidikan bukanlah merupakan satu

ojek ataubenda fizikal tetapi sebagai satu idea (Abdul Rahman dan

Zakaria:1987). Pendidikanadalah khusus dalam apa juga keadaan yang menunjukan

gabungan alam semulajadidengan manusia. Mereka belajar melalui pengalaman dan

perjumpaan dengan alam (Alder:1970). The process of installing something into human

being (Syed MuhamadNaquid:1980). Manakala menurut Article 26(2) of the Universal

Page 35: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Declaration ofHuman Right 1984 states that ‘ education shall be directed to the full

development of the

human personality and to the strengthening of respect for human rights and

fundamentalfreedoms. It shall promote understanding, tolerance, and friendship among

all nations,racial or religious groups and shall futher the activities of the limited nations

for themaintenance of peace’.Kebangsaan pula dapat didefinisikan melalui Oxford Advanced Learner’sDictionary: 6th Edition:780, menyatakan national sebagai connected with a particularnation; shared by a whole nation.Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002 :816, mendefinisikan ke

sebagai kepada dan pergi. Namun, menurut Kamus Dewan: Edisi

Ketiga,1997:mendefinisikannya sebagai awalan untuk membentuk bilangan yang

menunjukankedudukan dalam sesuatu siri atau urutan. Ke juga merupakan awalan

yang membentukkata nama. Oxford Advanced Learner’s Dictionary: 6th

Edition:1258, menyatakan toialah in the direction of something, towards something.Arah ialah hala, jurusan, hadap, maksud, tujuan, harapan, matlamat, cita-cita,laridan pergi (Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002:83). Manakala,O xfordAdvanced Learner’s Dictionary: 6th Edition:327, mendefinisikan direction sebagai thegeneral way in which a person or thing develops.

Perpaduan dalam Kamus Besar Bahasa Melayu: Edisi

Ekonomi,2002:1335,sebagai persatuan, perhubungan yang erat, percantuman,

penyatuan, permuafakatan,persesuaian dan penyebatian. Oxford Advanced Learner’s

Dictionary: 6th132, solidarity bermaksud support by one person or group of people for anotherbecause they share feeling, opinion and aims.Oxford Advanced Learner’s Dictionary: 6th Edition:265 , mendefinisikancountry, an area of land that has or used to have its own goverment and laws.Kam us

Page 36: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Besar Bahasa Melayu: Edisi Ekonomi,2002: 1207, negara ialah sebuah kerajaan,negeri, persekutuan bangsa dan wilayah persekutuan.

Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa sumbangan pendidikan kebangsaan

kearah perpaduan negara ialah merujuk kepada bagaimana pendidikan kebangsaan

dapatmembantu negara dalam mencapai atau meningkatkan persefahaman antara

kaum.3.0 SEJARAH AWAL PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

Sebelum Malaysia dibentuk, ia terlebih dahulu dikenali sebagai Tanah

Melayu.Pendidikan di Tanah Melayu bermula dengan pendidikan agama di masjid,

surau danpondok dengan bimbingan tok guru seperti Sharif Muhammad, Syeikh Daud

binAbdullah, Syeikh Abdul Kadir, Tuk Kecil, Hj Muhammad, Salleh Penaga dan

HjMuhamad Tamiri. Selain itu, mereka juga mendapat pendidikan tidak formal

daripadaibubapa dan keluarga seperti bertani, menangkap ikan , menjahit, melakukan

kerja-kerjarumah, menjaga adik dan lain-lain agar mereka dapat meneruskannya

apabila dewasa.Kedatangan British yang mengamalkan dasar ‘pecah danperintah’ telah

mewujudkansekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. (Abu Bakar

Nordin &Ikhsan Othman:2003:56

Walaupun sekolah vernakular melayu ditubuhkan, tetapi pihak British

kurangmengambil berat kerana bimbang kedudukan mereka tergugat jika rakyat

tempatanmendapat pendidikan tinggi. Pendidikan ini diwujudkan hanya untuk

memenuhikeperluan politik penjajah di samping mengambil hati pembesar

melayu.Pendidikanbagi masyarakat melayu hanya sekadar untuk menjadi tenaga buruh

Page 37: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

atau petani. Antaramatapelajaran yang di ajar ialah bacaan, mengarang, ejaan,

menulis, ilmu hisab, latihanjasmani dan ilmu alam. Pemilihan bahan kurikulum adalah

tidak penting terutamanyabuku. Kebanyakannya buku dongeng yang melalaikan dan

melekakan orang melayu.Orang melayu hanya bersekolah setakat Darjah 4 sahaja

pada ketika itu. Pada mulanya,penerimaan orang melayu terhadap sekolah vernakular

adalah dingin. Tetapi, pihakBritish telah mengambil langkah memberi arahan memaksa

anak-anak melayu ke sekolahberdekatan, mewujudkan jawatan guru pelawat

bumiputera bagi kepentingan kemajuansekolah melayu, mengenakan denda kepada

ibubapa yang tidak menghantar anak kesekolah, mendapatkan bantuan ketua-ketua

masyarakat dan memberi hadiah kepadamurid yang rajin ke sekolah. (Sharil @ Charil

Marzuki, Habib Mat Som:1999:1)

Sekolah vernakular cina pula dibuka oleh mubaligh, individu cina, persatuan

cinaataupun persatuan suku kaum. Biasanya, sekolah vernakular cina mengimport

guru-gurumereka dari negara China. Kurikulum yang dijalankan di sekolah vernakular

cina ialahhafalan klasik lama, bahasa, ilmu hisab, lukisan, nyanyian, latihan jasmani,

sejarah, ilmualam dan moral. Kerajaan Manchu mula memberi bantuan kewangan

kepada pendidikanorang cina di Tanah Melayu mulai tahun 1901. Kerajaan China

mengambil kesempatanitu untuk menyebarkan ideologi kepada pelajar-pelajar. Pada

tahun 1919, telah berlakureformasi kebudayaan yang dikenali dengan pergerakkan 4

Mei. Reformasi tersebut telah memberi pengaruh terhadap pentadbiran sekolah-

sekolah vernakular Cina. Pelajarnyatelah di ajar matapelajaran etika, lukisan, geografi,

Page 38: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

sejarah, sains, matematik, nyanyiandan pendidikan jasmani. Manakala, tahap

persekolahan dibahagikan kepada 3 iaitusekolah rendah (6 tahun) junior middle (3

tahun) senior middle (3 tahun) dan sekolah inijuga menggunakan bahasa mandarin

sebagai bahasa pengantar. Pihak British bimbangdan membendungnya dengan

meluluskan Enakmen Pendaftaran sekolah pada 1920.Tujuannya adalah untuk

memberi kuasa kepada Jabatan Pelajaran untuk menutup sekolahyang tidak menurut

syarat. Pada 1924, British mula memberi bantuan kewangan.

Sekolah vernakular Tamil mula dibina di estet-estet dan setiap estet

yangmempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanak-kanak yang berusia di antara 7

hingga10 tahun diwajibkan untuk menyediakan sekolah dan guru ( Kod Buruh 1925).

Sekolah-sekolah ini juga dibina oleh mubaligh dan orang perseorangan. Seperti

sekolahvernakular Cina, sekolah venakular Tamil juga mendapat kurikulum dan guru

dari India.Sekolah vernakular Tamil menggunakan bahasa tamil, gurjesat, hindi dan

malayalam.Pihak British telah mengarahkan seorang nazir sekolah tamil yang

berbangsa Eropahtelah dilantik pada tahun 1930 untuk mengendalikan pengurusan

sekolah-sekolahvernakular Tamil. Kaedah ini telah dimansuhkan pada tahun 1932

tetapi diwujudkansemula pada tahun 1938.

Sekolah Inggeris pula mempunyai 2 jenis iaitu free school dan sekolah

Inggerissepara bantuan. Sekolah Inggeris biasanya mempunyai kemudahan yang lebih

baikkerana mendapat sokongan kewangan daripada pihak gereja dan bantuan

pemerintah.Tidak ramai anak Melayu yang berkesempatan untuk belajar di sekolah

Page 39: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Inggeris keranasekolah ini hanya terletak di bandar sahaja. Namun, pada penghujung

tahun 1930an

peluang untuk anak-anak melayu mula terbuka luas dengan adanya Special Malay

Class.Tamat darjah 4, anak-anak melayu yang lulus peperiksaan khas boleh

melanjutkanpelajaran selama 2 tahun di Special Malay Class dan seterusnya darjah 4

sekolahInggeris.Kurikulum sekolah Inggeris pula memperlihatkan bahawa pihak

inggeris amatmementingkan akademik dan menyediakan pelajarnya untuk peperiksaan

CambridgeOverseas School Certificate. Sekolah Inggeris menawarkan matapelajaran

Sains, IlmuAlam, Pendidikan Jasmani, Lukisan, Bahasa Inggeris, Sejarah Eropah, dan

Matematik.

Sebenarnya, pihak British mempunyai tujuan lain di sebalik

memberikanpendidikan. Antaranya ialah memastikan penjajahan Inggeris berterusan,

mengekalkaneksploitasi ekonomi negara, memastikan bekalan tenaga buruh untuk

memenuhikeperluan penjajah dan mengawal semangat nasionalisme di kalangan

penduduktempatan (Norila Md Salleh & Ikhsan b Othman: sesi 2004/05:8) . Antara

sedar atautidak, sekolah vernakular telah banyak menjejaskan perpaduan rakyat

kerana setiapsekolah adakah khusus untuk satu-satu kaum sahaja. Ini bererti tiada

interaksi antaramelayu, cina dan tamil. Selain itu, bahasa, lokasi dan kurikulum juga

adalah berbezaantara satu sama lain .

Sebelum wujudnya Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, telah lahir

beberapalaporan pendidikan. Laporan Cheseeman 1946, diperkenalkan oleh British

Page 40: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

setelahpemerintahan Jepun. Laporan ini merupakan langkah awal British untuk

membina semulapendidikan. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana British sibuk

membina semulabangunan yang musnah. Laporan Barnes pada 1949, telah

mencadangkan penubuhan duajenis sekolah iaitu sekolah Melayu dan Inggeris.

Tujuannya adalah untuk mewujudkanperpaduan di kalangan kanak-kanak. Ia mendapat

bantahan orang Cina kerana ia akan

menghapuskan sekolah cina. Kesannya, Laporan Fenn-Wu dikemukakan. Laporan

Fenn-Wu mencadangkan sekolah cina menggunakan 3 bahasa pengantar iaitu Cina,

Melayu,dan Inggeris. Akan tetapi, dasar pendidikannya tidak boleh menekankan

kebudayaanTanah Besar China. Laporan Razak pada 1956, menekankan pencapaian

perpaduanpolitik, pembangunan ekonomi dan integrasi sosial. Sukatan pelajaran yang

samadigunakan pada semua jenis sekolah. Laporan Rahman Talib pada 1960 pula

mengkajilaporan Razak dan laporan ini telah memperakui laporan Razak bahawa

pendidikanadalah laluan untuk mencapai perpaduan. Akta Pelajaran 1961 merupakan

satu akta yangdidasari oleh sistem pendidikan kebangsaan dan mempromosikan

pembangunankebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Akta ini telah memperkukuhkan

kedudukanBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Bagaimana

pun,penggunaan bahasa Cina dan Tamil masih dibenarkan. Laporan Jawatankuasa

Kabinet1979 juga merupakan kesinambungan Akta Pelajaran 1961iaitu pendidikan

berfungsiuntuk menyatukan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik.4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 41: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Seperti kebanyakan dasar yang lain, Pendidikan Malaysia juga

mempunyaimatlamat yang tersendiri. Antara 3 matlamat utama Pendidikan Malaysia

ialahmelahirkan individu dan masyarakat yang berilmu, beramal, dan berakhlak

murniberasaskan kepercayaan kepada tuhan. Yang kedua ialah memupuk ciri-ciri

patriotismedan mengeratkan perpaduan ke arah membina bangsa Malaysia yang kukuh

dalam segalabidang. Yang ketiga ialah untuk melahirkan sumber manusia yang bertaraf

dunia untukmemenuhi keperluan negara ke arah mencapai taraf negara maju.5.0 ISI5.1 BAHASA KEBANGSAAN

Kedudukan serta peranan Bahasa Kebangsaan dalam sistem pentadbiran

dansistem pendidikan ini ternyata dalam beberapa dokumen penting kerajaan. Artikel

152Perlembagaan Persekutuan telah mewujudkan satu Bahasa Kebangsaan iaitu

BahasaMelayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah melaksanakan Bahasa

Kebangsaan sebagaibahasa rasmi tunggal negara ini. Akta Pelajaran 1961 dan

Rancangan Lima TahunMalaysia telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Bahasa

Kebangsaan sebagai bahasapengantar utama adalah satu prinsip asas Dasar

Pendidikan Negara. Rakyat Malaysiamenerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan

adalah tali penghubung terpenting dalamusaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia

boleh berperanan sebagai bahasapengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang

kaum. Malah, Bahasa Melayu telahdiimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar

dan mempelajari apa-apa bahasa.Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya

dalam maksud rasmi di negara kita.Selaras dengan kedudukan serta peranannya,

Page 42: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaandiajar sebagai salah satu matapelajaran

penting di semua peringkat dan jenis sekolah diMalaysia. Kenyataan ini dapat dilihat

melalui pernyataan ini: “Where the main mediumof instruction in an educational institution is other than the national language, thenational language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution(Education Act 1996, Sec.17)”. Dalam akta 1996 telah menjelaskan bahawa kedudukanBahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama hanya untuk sekolah kebangsaasahaja dan sekolah jenis kebangsaan telah diberi pengecualian dengan dibenarkanmenggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Namun, sehingga kini masih wujud masalah yang berkaitan dengan

penggunaanbahasa meskipun sudah hampir 49 tahun negara kita merdeka. Jelas,

negara kita masihgoyah semangat Malaysianya. Setiap etnik utama melayu, cina dan

indiadi negara kitamasih mahu mempertahankan penggunaan bahasa ibunda sendiri

dengan menubuhkansekolah-sekolah jenis kebangsaan. Misalnya, sekolah jenis

kebangsaan cina (SJKC) dansekolah jenis kebangsaan tamil (SJKT). Sekolah-sekolah

ini menggunakan bahasa ibundaseperti mandarin dan tamil sebagai bahasa pengantar

di sekolah. Walaupun, sekolah-sekolah ini diberi pengecualian oleh akta namun ini

sebenarnya menambahkan jurangantara kaum kerana pelajar akan kurang interaksi

dengan kaum yang lain. Pengecualianini dibuktikan melalui kenyataan ini: “The national

language shall be the main medium

of instruction in all educational institution in the national education system except

annational type school established under section 28 or any other educational

Page 43: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

initutionexempted by minister from this section (Education Act 1996, Sec.17)”. Akan

tetapi ,

sekolah jenis kebangsaan ini tetap diwajib untuk mengajar Bahasa Kebangsaan

sebagaisubjek utama kerana ia merupakan bahasa perhubungan dan perpaduan bagi

negara kita.Sebenarnya, melalui bahasa kita dapat meningkatkan perpaduan kerana

komunikasi yangberjalan dengan lancar dan masyarakat akan saling faham kehendak

satu pihak yang lain.Penggunaan bahasa yang seragam dapat membantu

menghilangkan perasaan prasangkakerana setiap golongan masyarakat menggunakan

bahasa yang difahami malah ia akanbanyak membantu menangani masalah salah

faham konteks maksud ayat yang ingindisampaikan5.2 KURIKULUM KEBANGSAAN“The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the NationalCurriculum which subject to subsection (3) shall be used by all schools in the NationalEducation system (Education Act 1996, Sec. 18)”. Melalui penyataan ini, jelas bahawa

kurikulum dalam pendidikan kebangsaan juga penting dalam perpaduan

negara.Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai

programpengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima

ilmupengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati

nilai-nilaiyang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini,

penggunaankurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum

Kebangsaan. KurikulumKebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan

Kebangsaan yang bertujuan untukmewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah

pembentukkan perpaduan negara.Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Page 44: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

di negara ini telah digubalsedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Bagi sekolah

rendah, kurikulumnya digubaluntuk memberi kemahiran asas dan menerapkan

perkembangan ilmu pengetahuan dansosialisasi di kalangan murid-murid sekolah

rendah. Manakala, sekolah menengah pulamerupakan kesinambungan sekolah rendah

dan ia pula menekankan pendidikan yangseimbang dan bersepadu. Melalui

pelaksanaan ini, Kementerian Pendidikan yakinmampu mewujudkan jenis rakyat yang

diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara.Kementerian Pendidikan telah menjadikan

kurikulum sebagai salah satu asas untukmembentuk perpaduan di kalangan murid-

murid yang mendapat pendedahan bermuladari alam persekolahan lagi. Pendedahan

sejak awal dapat memupuk semanga

1Malaysia ke arah memupuk perpaduan (7)Dasar Bahasa Kebangsaan

Bahasa adalah faktor yang sangat penting bagi menyatukan penduduk sesebuah negara termasuk Malaysia. Satu bahasa juga merupakan kaedah paling mudah bagi memajukan dan memodenkan pemikiran rakyat yang berbilang kaum kerana dengan satu bahasa, pelbagai kumpulan etnik yang memiliki beraneka budaya, agama dan pegangan hidup dapat disatukan dalam satu wadah. Satu bahasa juga menjadikan identiti nasional dan kesetiaan kepada negara lebih kuat dan kukuh. Dalam erti kata lain, penggunaan satu bahasa membantu rakyat meningkatkan interaksi dan merapatkan jurang hubungan di samping mengurangkan apa jua perbezaan yang ada. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan diguna pakai dalam semua urusan kerajaan, pendidikan, perniagaan dan hubungan harian masyarakat.

Selepas 53 tahun merdeka, penggunaan Bahasa Melayu semakin baik khususnya dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum. Kejayaan ini adalah kesan daripada pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang mewajibkan penyampaian diadakan dalam bahasa kebangsaan biarpun di sekolah jenis kebangsaan. Dalam pada itu, majoriti penduduk Malaysia yang bercakap Bahasa Melayu semakin bertambah seiring dengan pertambahan penduduk. Dalam pada itu, tekanan demi tekanan yang dikenakan ke atas kerajaan untuk mendaulatkan Bahasa Melayu turut menggalakkan orang ramai memilih bahasa itu sebagai bahasa utama mereka. Pembatalan PPSMI adalah satu contoh bagaimana

Page 45: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

tekanan daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu menyebabkan kerajaan membatalkan pelaksanaan program ini di peringkat nasional.

Walaupun pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan seringkali dikesampingkan khususnya dalam perniagaan, Bahasa Melayu semakin diterima umum. Ini dapat dilihat apabila penyiaran program televisyen, radio, penerbitan, iklan di media elektronik semakin sensitif dengan Bahasa Melayu.

Jabatan Perpaduan Negara

Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu. Antara tugas jabatan ini ialah mengkaji dan menyelidik sikap antara kaum. Kajian berkenaan adalah untuk memupuk semangat muhibah antara kaum selain daripada merapatkan semula hubungan di antara rakyat dan kerajaan yang telah terjejas. 

Sejak penubuhannya pada tahun 1969 itu, Jabatan Perpaduan Negara telah mengalami perubahan-perubahan seperti berikut.

Tahun 1972Jabatan Perpaduan Negara telah dicantumkan dengan Pejabat Muhibah Negara dan dijadikan Kementerian Perpaduan Negara.

Tahun 1974 Ditukar nama dari Kementerian Perpaduan Negara kepada Lembaga Perpaduan Negara dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 1980 Lembaga Perpaduan Negara dicantumkan dengan Urusetia Rukun Tetangga dan dinamakan Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Tahun 1983 Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara diubah kembali kepada nama asalnya iaitu Jabatan Perpaduan Negara.

Tahun 1990 Pada 27 Oktober 1990, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Tahun 2004 Pada 27 Mac 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dinamakan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional.

Tahun 2008Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan. Tahun 2009Pada 9 April 2009, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional telah diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Page 46: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Walau apapun nama yang telah diberikan kepada agensi perpaduan ini, status dan peranannya tetap sama iaitu bertanggungjawab menjaga perpaduan rakyat. Ia bertindak memupuk dan memelihara semangat muhibah, mempastikan hubungan masyarakat sentiasa positif dan mempastikan masalah perkauman sentiasa terkawal setiap masa.

Bagi memahami secara lebih jelas tentang program-program Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, beberapa konsep dan istilah yang berkaitan perlu difahami.

Perpaduan NegaraSatu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)

Integrasi NasionalSatu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)

Bangsa Malaysia Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)

Kegiatan Jabatan Perpaduan Negara

Jabatan Perpaduan Negara (JPN) yang bertanggungjawab mengawal, memupuk dan memelihara perpaduan telah merangka berbagai-bagai strategi seperti (1) menggalakkan perpaduan masyarakat dan integrasi nasional, (2) mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah, (3) menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu, (4) mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat, dan (5) menyelaraskan program dan aktiviti perpaduan

Page 47: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak yang terlibat dengan perpaduan. Bagi mewujudkan perasaan muhibah, setia kawan, kerjasama dan toleransi, JPN merancang program yang bersifat ‘menggalak dan mencegah’ bagi memberi ruang kepada penduduk untuk meningkatkan interaksi dan kenal-mengenal antara satu sama lain.

Kumpulan sasar JPN ialah rakyat Malaysia khususnya kelompok dewasa, wanita dan belia yang terlibat dalam kegiatan Rukun Tetangga. Bagi kanak-kanak, Tabika Perpaduan disediakan bagi pendidikan prasekolah.

Kebanyakan aktiviti JPN bercorak kemasyarakatan dan sosial di samping aktiviti yang mudah diterima oleh semua pihak. Antaranya ialah skim rukun tetangga, tabika perpaduan, sukan rakyat, majlis muhibah, majlis kebudayaan, pertandingan bakat, gotong-royong, jiran muda dan wanita, kelas perpaduan rakyat dan kelas vokasional. Selain itu, penerbitan juga menjadi fokus JPN. Risalah dan majalah ‘Balai Muhibah’, akhbar ‘Jiran’ dan jurnal ‘Negara’ diterbitkan bagi memberi penerangan tentang sesuatu kaum dan aktiviti-aktiviti agensi. 

Penyelidikan dan kajian dilaksanakan bagi mengumpul data status perhubungan kaum dan integrasi nasional. Pelaksanaan kajian diharap dapat membantu kerajaan memahami persoalan dan isu-isu berbangkit berkaitan perhubungan kaum.

TAJUK:  SEKOLAH SATU ALIRAN PUPUK PERPADUAN

2.    Sinopsis Isu Seorang tokoh pendidikan, Prof Datuk Dr Kamaruddin berpendapat sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantar paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pelbagai aliran ketika ini. Isu pengasingan pelajar mengikut kaum telah dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan sekiranya ia benar-benar berlaku, ini boleh memberi kesan negatif yang boleh menghalang matlamat perpaduan dan integrasi nasional. Sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah pada ketika ini wujud hasil toleransi pelbagai kaum sewaktu hendak mencapai kemerdekaan. Wujudnya satu sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar , secara tidak langsung akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu difahami sebagai satu prinsip Rukun Negara yang mana mestilah berupaya menangkis semua gejala yang boleh memecahbelahkan rakyat seperti semangat perkauman yang tebal dan perasaan kedaerahan yang melampau. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan.  

Page 48: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

3. Pengenalan  Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan.  Kerajaan telah merancang berbagai strategi jangka panjang untuk menyelesaikan masalah berkaitan hubungan antara etnik. Antaranya adalah melalui dasar-dasar pendidikan pada tahun 1970an seperti perubahan aliran Inggeris kepada bahasa Melayu. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dihasilkan sebagai matlamat untuk mencapai perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik. Sistem pendidikan melalui bahasa kebangsaan, pengalaman persekolahan yang sama dan peperiksaan yang selaras telah menyediakan pengalaman-pengalaman yang bertujuan mensosialisasikan pelajar-pelajar ke arah cara berfikir yang sama. Pada masa kini, murid-murid di sekolah dididik untuk memeperkembangkan nilai-nilai positif yang akan menggalakkan perpaduan. Kurikulum sekolah dibentuk sebegitu rupa agar ianya mempunyai hubungan yang erat dengan perpaduan nasional. Kurikulum juga dapat membentuk personaliti dan watak baik sebagaimana yang dikehendaki oleh aspirasi negara.  

4.         ANALISIS ISU PENDIDIKAN

4.1       Perpaduan Kaum Daripada Perspektif  Teori Fungsionalisme. 4.1.1 Definisi dan Konsep Teori Fungsionalisme. Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh dihuraikan sebagai suatu organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan. Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Harmoni pula merujuk kepada semangat kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat. Evolusi pula digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari pembaharuan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan. Merton (1957) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam aktiviti sosial tertentu . Fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak

Page 49: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

disedari atau tidak dijangkakan. Sekiranya sesuatu  hasil struktur adalah merupakan apa yang dikehendaki dan diiktiraf dalam sistem, ia telah menjalankan fungsi ketara. Sebaliknya sekiranya hasilan adalah sesuatu yang tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf maka ia dikenali sebagai fungsi tersembunyi. Merton juga membuat perbezaan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud struktur sosial sesuatu masyarakat telah mengalami kesan positif hasil daripada kefungsian sistem. Disfungsi pula bermakna kesan negatif yang dialami oleh masyarakat akibat daripada sistem yang tidak berfungsi. Struktur yang dianggap berfungsi adalah yang mengekalkan apa yang sedia ada dan diharapkan dalam masyarakat manakala yang tidak mengikut kehendak masyarakat dianggap tidak berfungsi.  Teori fungsionalisme menyatakan  bahawa masyarakat, pihak sekolah dan media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian serta evolusi dalam sesebuah masyarakat.

4.1.2  Faktor-faktor yang mempengaruhi wujudnya masalah perpaduan kaum.

i)  Masyarakat Ibu bapa di Malaysia boleh memilih sama ada mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan atau jenis kebangsaan. Tiadak ada sesiapa yang boleh memaksa atau menghalang mereka dalam membuat keputusan. Bagi rakyat yang peka kepada aspirasi dan identiti nasional, sudah tentu sekolah kebangsaan menjadi institusi pendidikan anak-anak. Bagaimanapun, apa yang kita lihat sekarang, terdapat ramai di kalangan ibu bapa kaum Cina dan India lebih berminat menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing. Lama-kelamaan,ianya akan menjadi suatu gejala negatif di dalam masyarakat. Jika pengasingan pendidikan mengikut kaum ini berterusan, ia akan menghasilkan masyarakat yang terpisah di antara satu sama lain, mengakibatkan satu suasana segrasi dengan memiliki bibit perpecahan yang berbahaya. Dalam konteks ini, masyarakat harus peka dengan keadaan dan situasi yang berlaku. Tindakan perlu diambil bersama-sama untuk menjamin keharmonian sebuah negara.

ii) Pihak Sekolah Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen dalam menyatupadukan rakyat. Selepas tercetusnya peristiwa berdarah pada 31 Mei 1969, sekolah aliran Inggeris telah ditukar kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu. Ianya bukan sahaja untuk memartabatkan bahasa Melayu tetapi juga cuba memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui penggunaan satu bahasa. Namun begitu, sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar bukan Melayu masih terus kekal bagi menjaga identiti kaum Cina dan India.  

Page 50: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

Sehingga kini, kita masih lagi berhadapan dengan kekangan untuk memupuk integrasi nasional di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun di peringkat sekolah menengah, kaum Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain sama-sama mengikuti pembelajaran, tidak wujud semangat kekitaan yang menyeluruh. Masih wujud budaya prejudis dan stereotaip. Budaya ini berlanjutan hingga ke universiti di mana pelajar Melayu hanya bercampur dengan pelajar Melayu, manakala pelajar lain terus bersama kaumnya.Jadi, tidak hairan jika kita terus mendapati bahawa sehingga kini pengasingan kaum ini masih terus lagi wujud.

iii) Media massa Pengaruh yang sangat mudah meresapi jiwa rakyat adalah media massa seperti televisyen, radio dan surat khabar. Elemen ini sepatutnya memainkan yang besar dalam menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum ini. Didapati setiap kaum lebih suka kepada rancangan atau program televisyen dan radio yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Begitu juga dengan akhbar-akhbar yang dijual, permintaannya juga mengikut komposisi penduduk di mana setiap kaum cenderung memilih versi bahasa ibunda.  Baru-baru ini akhbar mengetengahkan secara besar-besaran tentang tuntutan Tindakan Jawatankuasa Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina  Malaysia  (Suqiu)  terhadap  83  perkara  yang  kononnya  “ dibuat atas dasar kepentingan perpaduan dan kemajuan negara...” sedangkan sebahagian besar daripada tuntutan itu jelas menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu. Ianya satu contoh tindakan ekstrem yang tidak patut dilakukan. Ianya telah mencetuskan bibit-bibit perbalahan yang membimbangkan. Ekoran daripada itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengemukakan pula tuntutan terbuka 100 perkara kepada kerajaan dan menganjurkan Perhimpunan Suara Rakyat di beberapa tempat di seluruh negara sebagai bantahan kepada tutututan Suqiu itu.  

5.         Definisi Mobiliti Sosial Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai peranan penting sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait rapat dengan stratifikasi sosial. Mobiliti sosial bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara kedudukan yang berbeza dalam hiraki stratifikasi sosial masyarakat. Mobiliti sosial boleh berlaku secara menegak iaitu pergerakan ke atas atau ke bawah dalam hiraki. Mobiliti mendatar pula ialah pergerakan dalam kelas sosial yang sama. Mobiliti sosial boleh berlaku dalam satu generasi atau antara generasi berlainan. Pada hari ini, kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur mobiliti sosial.  Peranan pendidikan sebagai alat mobiliti sosial menegak sebelum kemerdekaan sangat terhad. Dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengekalkan struktur stratifikasi masyarakat di mana anak-anak setiap kaum masih meneruskan pekerjaan ibu bapa

Page 51: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

mereka. Ibu bapa Melayu sebenarnya tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Peruntukan Inggeris kepada sekolah-sekolah Melayu sangat kurang jika dibandingkan kepada sekolah-sekolah Inggeris. Ini menyebabkan ramai anak-anak Melayu tidak bersekolah. Ini adalah selaras dengan dasar-dasar Inggeris mahu menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani seperti ibu bapa mereka. Keadaan yang sama juga berlaku kepada kaum India. Jika mereka tamat bersekolah pun, kebanyakan peluang adalah untuk menjadi buruh-buruh di jabatan kerajaan seperti di Jabatan Kerja Raya manakala selebihnya meneruskan kerja-kerja di ladang. Mereka yang bersekolah Cina, mobiliti sosial adalah terhad di lengkaran komuniti Cina sendiri kerana tiada peluang bagi mereka bekerja dengan pihak kerajaan British. Oleh itu, pada keseluruhannya lebih banyak mobiliti mendatar berlaku. Selepas kemerdekaan, peluang-peluang untuk mobiliti sosial memang nampak ketara. Adalah diakui, Malaysia telah mengalami pembangunan ekonomi yang pesat semenjak kemerdekaan. Rakyat tempatan telah mengambil alih peranan-peranan yang dahulunya dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris. Di sektor swasta, pertumbuhan perdagangan dan perindustrian yang pesat memerlukan pekerja-pekerja profesional, eksekutif, pengkeranian,pekerja mahir dan separa mahir, operator-operator  pengeluaran dan buruh-buruh am lain. Sememangnya pendidikan menjadi asas dalam mobiliti sosial masyarakat Malaysia kerana kerjaya yang baik selalunya dikaitkan dengan pendidikan tinggi.

6.  Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi 6.1           Mobiliti Sosial   Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti sosial yang berbagai rupa. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan, negara menuju kearah kemajuan ekonomi, pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih lagi tidak banyak berubah. Asas pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza di mana masing-masing menggunakan pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun seperti kaum Melayu dengan sawahnya, kaum India dengan ladangnya dan kaum Cina dengan perniagaannya. Ini secara tidak langsung akan mengasingkan kelompok kaum dari satu generasi ke satu generasi.   Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal dengan semangat kebangsaan masing-masing. Pergaulan dan juga persefahaman antara kaum juga begitu terbatas di kalangan pelajar. Keterbatasan ini bukan sahaja di sekolah, malahan dalam kehidupan seharian. Ruang kehidupan yang terbatas ini akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang sangat berbeza.   Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku. Harapan untuk melihat persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama  tidak mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem

Page 52: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan.

6.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik   Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah,negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat. Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat.    Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Sungguhpun di peringkat menengah, murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat dengan jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain.   Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuota memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang memihak kepada kaum bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaman yang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada perpaduan kaum di Malaysia.

6.3   Reformasi Pendidikan                 Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem  persekolahan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya, pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.   Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan.  Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. Fenomena ini jugalah yang terjadi kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).  

Page 53: RANCANGAN MALAYSIA KELIMA

7.  Cadangan Dan Kesimpulan   Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Di negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1970.   Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh birlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka.   Matlamat ini boleh dicapai dengan berkesan dan lebih cepat jika pendidikan di negara ini menggunakan satu sistem berbanding pellbagai aliran ketika ini. Ia akan mewujudkan satu sistem nilai dan budaya sosial. Pengwujudan sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa pengantar juga diberi jaminan tidak akan menggugat bahasa ibunda kaum lain seperti yang dibimbangi selama ini.

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi, 2002.  Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim:          Thinker's Library Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar, 1998. Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Selangor         Nurin     Enterprise.

Mohd. Salleh Lebar, 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur :          Quantum Books.

Berita Harian, 21hb Dis. 2001. Sekolah Satu Aliran Pupuk Perpaduan.

Dewan Masyarakat, Jun 2001. Sekolah Satu Aliran Wajar Dilaksanakan.