rancangan mengajar bahasa melayu (pembelajaran masteri)
TRANSCRIPT
RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU
Tarikh: 10 Februari 2009
Masa: 60 minit
Tahun: 6 Mutiara
Bilangan murid: 30 orang
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tema/Tajuk: Guru
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
yang dibaca.
Aras 2 :
i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.
Fokus Sampingan:
10.1 Menghasikan pelbagai genre (prosa dan puisi ) termasuk
e-mel yang mudah ,menarik dan bermakna.
Aras 3 :
i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan
kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan
menarik.
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
2. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca
dengan tepat.
1
3. Menghasilkan puisi dengan menggunakan bahasa yang
tepat dan menarik.
Sistem Bahasa:
Tatabahasa : sintaksis – susunan ayat, iaitu susunan ayat biasa
dan songsang.
Sebutan dan intonasi
Kosa kata: keringat, bergema, cemerlang.
Pengisian Kurikulum:
Ilmu - muzik
Nilai - kepatuhan, kerjasama, berdikari.
Teknik - perbincangan kumpulan, bacaan mekanis.
Kemahiran Berfikir - menjana idea
Kecerdasan Pelbagai - interpersonal, intrapersonal, verbal
linguistik, muzik, kinestatik.
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pembelajaran Konstruktivisme - bina pemahaman dan
pengetahuan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman
sedia ada
Bahan Bantu Mengajar:
Video klip lagu guru, teks sajak, lembaran kerja, lirik lagu, kertas
sebak, pen marker, komputer riba, LCD, layar skrin.
Pengetahuan Sedia Ada Murid:
Murid pernah mendengar atau membaca teks prosa dan puisi
menerusi media cetak atau elektronik.
2
Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi(5 minit)
Tayangan video klip lagu “Lilin Seorang Guru” :
Soalan :1. Apakah yang
dimaksudkan lilin membakar diri?
2. Apakah jasa dan pengorbanan guru yang cuba disampaikan melalui lagu tersebut?
1. Murid mendengar dan membaca lirik lagu berjudul “Lilin Seorang Guru” nyanyian kumpulan In-Team.
2. Murid melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti dan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama beserta gaya.
3. Murid bersoal jawab dengan guru tentang perkataan-perkataan yang tidak difahami daripada klip video yang dipertontonkan.
4. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang disampaikan melalui lagu tersebut.
Bahan bantu:Video, lirik lagu, laptop, LCD, layar skrin.
KBT :1)kecerdasan pelbagai: muzik, kinestatik.2)kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
Langkah 1(20minit)
Kemahiran membaca sajak ”Terima Kasih Cikgu” mengikut sebutan dan intonasi yang betul.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Murid merujuk dan meneliti sajak ‘Terima Kasih Cikgu’ yang diedarkan oleh guru.
3. Murid diminta membaca sajak tersebut secara senyap (individu).
4. Setiap kumpulan akan membacakan rangkap sajak yang berbeza mengikut turutan.
5. Wakil daripada setiap kumpulan diminta mendeklamasikan sajak di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan dan intonasi
Bahan bantu:Teks sajak bertajuk “Terima Kasih Cikgu”
Teknik:Bacaan mekanis
Nilai:Kepatuhan
KBT:Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik, intrapersonal
3
yang betul.6. Guru memberi bimbingan dan
membetulkan kesilapan (jika ada).
Langkah 2(15 minit)
Perbincangan kumpulan: mengenal pasti maklumat penting yang terdapat dalam teks sajak.
1. Dalam kumpulan yang sama, murid diminta berbincang untuk mengenal pasti maklumat penting yang terdapat dalam teks sajak tersebut.
2. Guru mengedarkan kertas sebak dan pen marker kepada setiap kumpulan.
3. Setiap kumpulan diminta menulis maklumat yang diperolehi pada kertas sebak tersebut.
4. Apabila tamat perbincangan, setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
BBM: kertas sebak dan pen marker
Nilai: kerjasama
Teknik: perbincangan kumpulan
KBT: 1)kemahiran berfikir2)kemahiran belajar cara belajar
Langkah 3(15 minit)
Tatabahasa: susunan ayat (biasa dan songsang)
Struktur sajak
1. Guru menjelaskan secara ringkas mengenai susunan ayat (biasa dan songsang) yang telah dipelajari sebelum ini untuk diaplikasikan dalam penulisan sajak.
2. Struktur sajak turut diperjelas secara ringkas.
3. Murid diminta menghasilkan sajak pendek berdasarkan tema guru menggunakan susunan ayat dan struktur sajak yang telah diterangkan tadi.
4. Secara rawak, beberapa orang
nilai-berdikari
KBT: 1)kemahiran berfikir-Menjana idea2)kecerdasan pelbagai3)pembelajaran konstruktivisme
4
murid dipilih untuk mendeklamasikan sajak mereka dihadapan rakan-rakan.
5. Guru memberi bimbingan dan membetulkan kesilapan (jika ada).
Penutup(5 minit)
Rumusan: Kognitif dan sosial.
Aktiviti susulan: latihan
1. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.
2. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk dilaksanakan di rumah.
3. Sebelum mengakhiri pembelajaran, murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ”Lilin Seorang Guru”.
BBM: Lembaran kerja
Refleksi:
5