rancangan pemasaran

Upload: nur-husnida

Post on 10-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rancangan pemasaran

TRANSCRIPT

7.0RANCANGAN PEMASARAN7.1 KAJIAN DAN ANALISIS

7.1.1 Analisis Kajian Perkhidmatan

Syarikat SHINE YOUR GARDEN merupakan sebuah perniagaan berbentuk perkhidmatan dan Pembinaan. Syarikat menawarkan perkhidmatan mereka bentuk landskap kepada institusi-institusi awam, badan-badan kerajaan, sektor-sektor swasta dan juga institut persendirian. Memandangkan lokasi SHINE YOUR GARDEN terletak di kawasan Bandar raya Shah Alam Selangor, maka reka bentuk Landskap ciptaan Syarikat SHINE YOUR GARDEN menawarkan beberapa tema tertentu iaitu: Tradisional (Melayu Klasik) Konsep teknologi moden dan siber Konsep alam Konsep santai Konsep Geografi (konsep ala negara luar seperti Jepun dan China)Kesemua tema-tema tersebut merupakan tema paling popular yang di gunakan pada masa kini oleh semua pelanggan akhir perniagaan SHINE YOUR GARDEN. Sumber ini dinyatakan berdasarkan kajian yang telah dilakukan dengan menggunakan syarikat pesaing baik di kawasan Shah Alam ataupun luar kawasan Shah Alam sebagai bahan rujukan kajian shine your garden. Selain itu kaedah Internet juga di gunakan untuk memperoleh beberapa maklumat sampingan lain yang berkaitan.Jelasnya, kami mendapati bahawa terdapat beberapa syarikat perniagaan lain yang berorientasikan perniagaan Landskap telah lama memonopoli pasaran Landskap di kawasan-kawasan tertentu namun pihak kami berkeyakinan tinggi dengan strategi syarikat yang telah kami rangka dan diperhalusi untuk mengatasi para pesaing kami. Di samping kelebihan serta keunikan yang ada pada perniagaan SHINE YOUR GARDEN, kami yakin dan percaya bahawa kami mampu untuk memberikan saingan yang sihat dan sempurna kepada perniagaan landskap lain yang telah lama wujud dalam pasaran perniagaan perkhidmatan mereka bentuk landskap ini.Walau bagaimanapun, syarikat SHINE YOUR GARDEN tidak hanya tertumpu pada perkhidmatan mereka bentuk landskap sahaja meskipun ia merupakan kegiatan utama syarikat. Syarikat Shine your garden juga menjalankan beberapa perniagaan sampingan seperti penjualan bahan-bahan dan alatan-alatan yang digunakan untuk pembinaan landskap seperti pokok-pokok dan sebagainya. Secara tidak langsung ini merupakan salah satu kekuatan dan keunikan syarikat SHINE YOUR GARDEN.Selain itu, syarikat kami turut memberikan perkhidmatan khidmat nasihat selepas pembinaan sesuatu projek landskap. Di mana kami menjalinkan hubungan terus dengan para pelanggan bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang cara-cara penjagaan dan mengatasi masalah yang timbul selepas pembinaan landskap. Hal ini dapat memberikan kepuasan yang berterusan antara pelanggan dan juga pihak syarikat dalam memenuhi kehendak pelanggan serta menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

7.1.2Analisis Sasaran Pasaran

Memandangkan pada masa kini merupakan zaman teknologi moden dan juga zaman negara membangun bagi negara kita yang mana ia memerlukan reka bentuk landskap yang bersesuaian maka kami (pemohon) atas dasar tanggungjawab yang timbul menyahut seruan kerajaan dalam membantu hasrat kerajaan mencapai negara maju dengan cara mereka bentuk landskap kediaman dan premis subordinat-subordinat kecil kerajaan mengikut trend yang di sukai serta menjanjikan kepuasan maksimum yang mana pada akhirnya ia akan mencorakkan imej moden bagi negara kita sendiri.

Pada umumnya, sasaran pasaran syarikat SHINE YOUR GARDEN adalah lebih tertumpu pada subordinat-subordinat kerajaan yang mana meliputi badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi-institusi awam, rumah-rumah orang awam dan juga institusi-institusi pendidikan sama ada di peringkat rendah, menengah ataupun di peringkat tinggi. Tumpuan perniagaan diberikan kepada penciptaan suasana, persekitaran premis atau kawasan kediaman subordinat-subordinat kerajaan ini dan reka bentuk ciptaan landskap yang di tawarkan adalah berasaskan tema yang telah kami sediakan. Namun, tema dan reka bentuk tersebut dan ia juga boleh diubah suai mengikut tema yang di kehendaki oleh para pelanggan kami bagi mencapai kepuasan maksimum mereka dan ini secara tidak langsung dapat menaikkan imej syarikat kami iaitu syarikat SHINE YOUR GARDEN.

PelangganSebagai permulaan syarikat SHINE YOUR GARDEN hanya menumpukan kepada tiga jenis pelanggan utama sahaja iaitu :

Institut pengajian tinggi, menengah, dan rendah Premis-premis sektor awam dan kerajaan di kawasan setempat Rumah-rumah kediaman yang memerlukan hiasan landskap.

Tumpuan utama Syarikat adalah kepada tiga jenis pelanggan ini sahaja iaitu sebagai langkah untuk mengurangkan risiko imej tidak berjaya, juga sebagai langkah permulaan untuk mencipta dan menaikkan imej dan nama syarikat serta memudahkan aktiviti promosi yang dijalankan di sekitar kawasan premis perniagaan.Khususnya, perkhidmatan landskap tidak hanya tertumpu kepada premis-premis dan juga kawasan kediaman sahaja, malah penumpuan turut diberi kepada kawasan-kawasan awam seperti taman rekreasi dan sebagainya. Strategi ini juga secara tidak langsung menjadi tarikan kepada sasaran pelanggan syarikat SHINE YOUR GARDEN pada masa akan datang sebagai rancangan jangka panjang syarikat. Justeru, pendekatan ini selaras dengan seruan kerajaan dalam usaha membantu kerajaan untuk mencapai taraf negara maju dan membangun pada masa akan datang.

7.1.3Segmentasi pasaran

Syarikat SHINE YOUR GARDEN menjalankan segmentasi pasaran berdasarkan sumber asas demografi pelanggan, psikografi dan kadar penggunaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelanggan utama syarikat SHINE YOUR GARDEN mungkin hanya tertumpu kepada Institut pendidikan dan juga premis sektor awam dan swasta sahaja. Hal ini berikutan terdapat pelbagai projek-projek penyelenggaraan dan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kedua-dua jenis pelanggan (sektor ini) demi menaik taraf bangunan dan premis mereka. Sehubungan itu, reka bentuk landskap yang sesuai amat diperlukan untuk menghidupkan suasana dan persekitaran baru yang lebih moden dan eksklusif. Justeru, keadaan ini memberikan peluang yang baik bagi syarikat SHINE YOUR GARDEN untuk merebut peluang perniagaan yang wujud seterusnya memaksimakan keuntungan, dengan mengutamakan kehendak dan kepuasan pelanggan.

7.1.4Pertumbuhan Pasaran

Pertumbuhan ekonomi negara Malaysia yang meningkat dalam lingkugan 4-5% bermula pada tahun 2007 meningkatkan taraf perbelanjaan rakyat kerana pendapatan bersih telah meningkat dan ini menunjukkan bahawa taraf hidup masyarakat kini telah meningkat. Hasil peningkatan pendapatan orang ramai ini iaitu kenaikkan tangga gaji bagi kakitangan kerajaan pada tahun 2007, mereka (pengguna) akan lebih tertumpu kepada tren persekitaran kediaman ataupun premis yang lebih eksklusif, sempurna, selesa dan kondusif. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi pasaran yang baik ini sudah pasti menjamin perniagaan Syarikat SHINE YOUR GARDEN berjalan dengan lebih lancar dan sempurna serta dapat mengurangkan sedikit sebanyak risiko yang bakal syarikat kami (pemohon) tanggung.

7.2ANALISIS S.W.O.T

Analisis SWOT merupakan satu teknik yang digunakan untuk menilai persekitaran dalaman iaitu kekuatan dan kelemahan dan juga persekitaran luaran iaitu ancaman dan peluang.

BILKEKUATANBILKELEMAHAN

1.Mempunyai beberapa kegiatan sampingan1.Tidak mempunyai pelanggan tetap

2.Memiliki pelbagai tema landskap2.Kurang ternama dan berprestij

3.Mempunyai kepakaran dan hasil kerja yang mampu memberi kepuasan maksima kepada pelanggan3.Kedudukan kurang stabil di pasaran

4.Pelanggan mudah untuk berurusan dengan pihak syarikat kerana kemudahan pengangkutan yang mudah4.Sumber modal yang terhad

5.Mempunyai harga yang berpatutan dan lebih rendah berbanding pesaing

6.Pembinaan landskap tidak hanya tertumpu kepada bahan-bahan hiasan semulajadi

7.Lokasi yang strategik

BILPELUANGBILANCAMAN

1.Pertumbuhan KDNK dan ekonomi yang cepat1.Kuasa dan kekuatan pesaing yang sedia ada.

2.Taraf hidup penduduk yang semakin meningkat2.Sumber modal yang terhad

7.2.1Kekuatan

Mempunyai beberapa kegiatan sampingan

Walaupun syarikat SHINE YOUR GARDEN tertumpu kepada pereka bentuk landskap namun, syarikat Shine your garden juga menjadi perunding hiasan dalaman sama ada rumah, pejabat ataupun bilik-bilik tidur dan sebagainya. Selain itu syarikat Shine your garden juga bertindak sebagai pembekal alat-alat dan bahan-bahan yang digunakan dalam membina landskap. Tambahan pula syarikat SHINE YOUR GARDEN merupakan salah satu kedai yang menjual bunga-bunga hidup dan tumbuhan Herba mini yang boleh dijadikan sebagai hiasan laman rumah dan sebagainya.

Memiliki pelbagai tema landskap

Seperti yang telah dinyatakan, syarikat SHINE YOUR GARDEN mempunyai beberapa tema yang sesuai digunakan pada masa kini kerana tema-tema yang di utarakan dan yang di cadangkan adalah moden dan menepati citarasa majoriti para pelanggannya. Kesemua tema ini di kategorikan di bawah satu nama yang khusus iaitu antara kategori yang di maksudkan adalah : Tradisional (Melayu lama) Konsep teknologi moden dan siber Konsep alam Konsep santai Konsep Geografi (konsep ala negara luar seperti Jepun dan China)Kesemua jenis tema ini merupakan tunggak kekuatan utama syarikat terutamanya konsep tema teknologi moden dan siber ekoran daripada para pesaing yang tidak memiliki konsep tema teknologi moden dan siber tersebut kerana tema kategori ini merupakan satu inovasi dan pembaharuan yang di lakukan oleh pihak kami sendiri. Tema jenis ini sesuai di praktikkan di kawasan-kawasan yang memerlukan persekitaran yang berasaskan teknologi dan alam siber seperti kawasan cyberjaya dan juga Putrajaya yang mana tempat-tempat sebegini memerlukan landskap yang sesuai dengan suasananya. Kepada pengguna yang inginkan tema yang sedemikian bolehlah mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada syarikat kami dengan bayaran harga yang berpatutan.

Mempunyai kepakaran dan hasil kerja yang mampu memberi kepuasan maksima kepada pelanggan

Setiap ahli dalam syarikat SHINE YOUR GARDEN mempunyai kepakaran masing-masing di dalam bidang ini bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan mampu memberi kepuasan yang optimum. Hal Ini kerana di dalam syarikat SIHEN YOUR GARDEN ini mempunyai individu yang pakar komputer, perunding hiasan yang profesional dan juga pakar dalam bidang pertanian serta pakar dalam bidang perniagaan yang mana jika kesemua jenis kepakaran ini bergabung maka ia dapat menghasilkan satu hasil kerja yang halus dan teliti serta sesuai dan menepati citarasa pelanggan yang telah mengguna pakai perkhidmatan yang di berikan.

Pelanggan mudah untuk berurusan dengan pihak syarikat kerana kemudahan pengangkutan yang mudah

Salah satu kekuatan syarikat SHINE YOUR GARDEN adalah beroperasi di dalam kawasan daerah berbanding pesaing yang beroperasi di luar kawsasan daerah. Kekuatan ini secara tidak langsung mempengaruhi pelanggan kerana ia memudahkan urusan pelanggan setempat untuk berurusan mengenai rundingan landskap yang mereka kehendaki berbanding dengan syarikat lain yang mana para pelanggan terpaksa keluar daerah untuk beberapa hari atau mengambil masa yang lama untuk pergi ke premis syarikat tersebut untuk tujuan rundingan tentang bentuk landskap yang di perlukan.

Menawarkan harga setanding Kualiti Produk dan lebih rendah berbanding pesaing

Syarikat SHINE YOUR GARDEN juga menawarkan harga perkhidmatan rundingan dan penasihatan yang lebih murah berbanding pesaing lain. Hal ini adalah kerana pesaing mengenakan harga yang lebih tinggi adalah di sebabkan oleh faktor jarak premis perniagaan yang jauh daripada lokasi tempahan pelanggan, menyebabkan kenaikan kos pengangkutan dan sebagainya. Perbezaan ini memberikan kelebihan kepada Syarikat SHINE YOUR GARDEN yang beroperasi di dalam daerah serta tidak menanggung kos pengangkutan yang tinggi berbanding syarikat pesaing yang beroperasi di luar daerah. Oleh yang demikian, harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah bergantung kepada jenis tema landskap yang di kehendaki serta kos-kos yang terlibat seperti kos bahan mentah yang digunakan.

Pembinaan landskap tidak hanya tertumpu kepada bahan-bahan hiasan semulajadi

Pembinaan landskap yang di utarakan dan di persembahkan oleh syarikat Shine your garden tidak hanya tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi sahaja seperti pelbagai spesies tanaman herba dan pokok bunga sebagai tanaman hiasan, malahan reka bentuk landskap syarikat Shine your garden turut menerapkan sedikit sebanyak bahan buatan manusia dalam penghasilan landskap. Diantara bahan binaan tambahan landskap adalah bahan-bahan elektronik seperti lampu, elemen-elemen besi untuk hiasan sampingan (Gazebo dan pagaran), dan tidak ketinggalan juga replika tumbuhan (Arca) yang diperbuat daripada plastik atau simen untuk mendapatkan kualiti buatan yang tahan lama, indah, dan juga berkualiti sesuai dengan konsep kepuasan pelanggan yang menjadi tunjang utama kejayaan syarikat Shine your garden ini. Disamping itu, elemen landskap seperti air (pancutan, terjun atau kolam air) dan elemen siar kaki atau laluan pejalan kaki (berjubin) turut menjadi Pakej lengkap reka bentuk dan pembinaan landskap Syarikat Shine your garden.

Lokasi yang strategik

Kedudukan premis yang terletak di tengah-tengah bandar menjadikan syarikat ini sebagai sebuah syarikat yang mempunyai kedudukan strategik di mana ia senang untuk dikunjungi kerana kemudahan pengangkutan dan ini memudahkan pelanggan untuk datang ke premis dan seterusnya menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu kemudahan sampingan yang ditawarkan oleh perniagaan ini ialah, para pelanggan mudah untuk meletakkan kenderaan masing-masing kerana lot-lot untuk meletakkan kenderaan adalah mencukupi disekitar kawasan premis, dan yang lebih penting sekali adalah ia tidak di kenakan sebarang bayaran.

7.2.2Kelemahan

Tidak mempunyai pelanggan tetap (sedia ada)

Salah satu kelemahan syarikat Shine your garden adalah tidak mempunyai pelanggan tetap dan setia. Hal ini, disebabkan oleh keadaan syarikat yang baru ditubuhkan serta imej dan nama perniagaan ini masih belum dikenali. Untuk jangka masa yang panjang masalah ini akan dapat diselesaikan kerana semakin lama sesebuah organisasi itu beroperasi maka semakin dikenali ramai seterusnya mampu mendapatkan pelanggan yang setia dan juga tetap.

Kurang ternama dan berprestij

Syarikat Shine your garden juga merupakan sebuah syarikat yang kurang ternama dan berprestij di sebabkan ia merupakan sebuah perniagaan baru yang sedang cuba untuk menembusi pasaran. Untuk jangka masa yang panjang, masalah ini dapat di selesaikan dengan memantapkan pengurusan syarikat yang lebih maju dan efektif serta mempergiatkan lagi aktiviti promosi dalam masa terdekat dan berterusan untuk memperkenalkan nama syarikat kepada para pelanggan dan juga pihak-pihak tertentu. Hal ini wajar dilakukan dengan terancang untuk mendapatkan beberapa projek atau tempahan yang melibatkan hiasan dalaman dan landskap sesebuah premis, bangunan ataupun landskap-landskap taman rekreasi yang memerlukan perundingan dan pembinaan. Justeru, secara tidak langsung keadaan ini dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk menjadikan syarikat kami (pemohon) sebagai sebuah syarikat yang berprestij dan ternama.

Kedudukan kurang stabil di pasaran

Selain daripada itu juga syarikat Shine your garden mengalami kedudukan yang kurang stabil di dalam pasaran di sebabkan faktor penubuhan baru. Hal ini menyebabkan syarikat tidak dapat mencapai keuntungan yang maksima pada tahun pertama beroperasi (berdasarkan ramalan) tetapi dengan menggunakan beberapa strategi syarikat yang telah di rancang, masalah ini dapat di atasi. Kedudukan syarikat di dalam pasaran akan meningkat sedikit demi sedikit menjelang tahun kedua pasaran (berdasarkan ramalan) sekaligus menstabilkan kedudukan syarikat di dalam pasaran dan cuba untuk mengekalkan pada tahun-tahun berikutnya dalam pemasaran hasil perkhidmatan yang di jalankan.

Sumber modal yang terhad

Syarikat Shine your garden diterajui oleh 7 orang pekongsi yang masing-masing menyumbangkan modal terhadap syarikat sejumlah RM 5000 menjadikan modal keseluruhannya sebanyak RM 35000. Modal yang terhad ini hanya mampu untuk menampung perbelanjaan harian syarikat, dan pembelian bahan mentah, namun jumlah tersebut tidak mampu untuk menampung kos pembinaan susun atur perniagaan, set pameran dan aktiviti promosi. Kos-kos ini terlalu penting untuk disediakan kerana ia melibatkan pelbagai aspek iaitu melibatkan proses pelaksanaan pelan strategik syarikat. Justeru, pihak kami (pemohon) membuat pinjaman kewangan daripada bank CIMB sebanyak RM 65000 untuk menampung kos-kos yang terlibat yang tidak dapat dilaksanakan dengan tanggungan modal yang sedia ada bagi melancarkan lagi pergerakan syarikat supaya menjadi lebih baik dan bergerak seperti yang dirancang dan jika berjaya pada tahun kedua dan seterusnya pergerakan syarikat masalah sumber modal yang terhad bukan lagi merupakan salah satu kelemahan bagi syarikat Shine your garden.

7.2.3Peluang

Pertumbuhan KDNK dan ekonomi yang cepat

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan satu indeks yang digunakan untuk mengukur tingkat pendapatan negara, taraf hidup masyarakat dan kewujudan peluang pekerjaan. Menurut Laporan Ekonomi dan Belanjawan 2002, KDNK negara meliputi 1-2% pada tahun ini tetapi Ekonomi negara disasar 4-5% tahun ini. KDNK tahun ini dijangka tumbuh antara 1-2% ekoran kelembapan ekonomi dunia terutamanya dengan Amerika Syarikat dilambang kemelesetan dan prestasi buruk berterusan berbanding ekonomi Jepun. Ekonomi Malaysia pula berkembang sebanyak 4-5% pada tahun ini, diterajui yang baik dalam bidang perkhidmatan. Ini bermakna pengguna berupaya membelanjakan wang dalam membeli barangan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Shine your garden.

Taraf hidup penduduk yang semakin meningkat

Pertumbuhan KDNK yang menunjukkan perkembangan, tidak dapat dinafikan peluang-peluang pekerjaan semakin terbuka luas untuk penduduk di Malaysia. Dengan pendapatan isi rumah yang tinggi memberi peluang kepada usahawan-usahawan untuk menarik pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ini kerana kuasa beli mereka juga tinggi untuk menikmati kehidupan yang selesa dan tampak mewah.

7.2.4Ancaman

Kuasa dan kekuatan pesaing yang sedia ada.

Syarikat Shine your garden menerima ancaman daripada pesaing-pesaing yang sedia ada, selain kedudukan pesaing yang kukuh serta mempunyai nama yang gah di pasaran, pesaing turut mempunyai strategi, visi dan misi yang tersendiri dalam membangunkan lagi perniagaan mereka. Selain itu, faktor kekurangan modal juga turut menjadi ancaman kepada syarikat Shine your garden untuk meningkatkan infrastruktur syarikat pada permulaan perniagaan. Walaubagaimanapun ancaman ini dapat diatasi dengan pinjaman bank serta pusingan modal yang dilakukan.

7.3SAIZ PASARAN

TAHUNSYER PASARANPENINGKATAN

20092%0%

20103%1%

20115%2%

20128%3%

201312%4%

Berdasarkan jumlah penduduk Malaysia seramai 24 juta orang serta mengambilkira kadar pelanggan iaitu meliputi: Institut pengajian tinggi, menengah, dan rendah Premis-premis sektor awam dan kerajaan di kawasan setempat Rumah-rumah kediaman yang memerlukan hiasan landskap. Masjid-masjid yang memerlukan Landskap Kawasan pembinaan rumah-rumah perumahan yang semakin pesat diadakanJusteru, adalah dianggarkan saiz pasaran berada dalam lingkungan 12 juta orang. Produk dan perkhidmatan mempunyai potensi untuk terus berkembang kerana ianya merupakan elemen keperluan untuk reka bentuk hiasan dalaman dan luaran sesuatu bangunan dan penggunaannya dijangka akan meningkat selaras dengan pertambahan penduduk.

7.4Analisis Persaingan

Setelah kajian dijalankan, di kawasan damansara di mana premis dan perniagaan SHINE YOUR GARDEN dijalankan tidak menghadapi sebarang persaingan daripada mana-mana syarikat perniagaan landskap yang lain. Apa yang menjadi persaingan adalah syarikat-syarikat perniagaan landskap lain yang berada di luar kawasan daerah premis perniagaan SHINE YOUR GARDEN dan hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat beberapa syarikat perkhidmatan landskap yang menjadi tumpuan pelanggan setempat yang menjadi pesaing utama syarikat SHINE YOUR GARDEN iaitu :

Wira maju landskaping sdn. Bhd. (Damansara) Aman landskap sdn. Bhd. (Klang) Flora Landskaping sdn.bhd. (Kajang) Hijau Landskap sdn,bhd. (Damansara)Berdasarkan kajian yang dijalankan beberapa kelemahan dan kekuatan pesaing dapat dikenal pasti dan ini merupakan satu bentuk peluang kepada syarikat kami untuk menguasai pasaran dan merampas para pelanggan sedia ada syarikat pesaing secara adil dan sihat.

Dari segi kekuatan, majoriti kekuatan yang dimiliki pesaing adalah :

Mempunyai kedudukan yang kukuh dan stabil di pasaran Mempunyai pelanggan sedia ada (pelanggan tetap) Mempunyai hubungan yang baik dengan pelbagai pihak terutamanya pembekal dan pelanggan. Merupakan syarikat besar dan berprestij Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang landskap.Manakala dari segi kelemahan pesaing yang merupakan kelebihan pihak kami pula adalah :

Di luar kawasan daerah perniagaan premis syarikat (SHINE YOUR GARDEN). Tertumpu kepada satu kegiatan utama sahaja iaitu Landskaping. Tidak memiliki tema landskap yang banyak berbanding SHINE YOUR GARDEN. Landskap yang di bina hanya tertumpu kepada hiasan daripada alam semula jadi. Dari segi pengangkutan, adalah sukar kerana semua pesaing terletak di luar daerah. Pelanggan susah untuk berhubung dengan syarikat pesaing kerana faktor jarak. Sesetengah pesaing tidak mempunyai kualiti kerja dan hasil yang baik. Mempunyai harga yang terlalu tinggi ekoran faktor jarak.Kesimpulan yang dapat di buat, syarikat SHINE YOUR GARDEN mempunyai peluang yang cerah untuk maju di kawasan daerah tempat premis dan perniagaan di tubuhkan kerana ia banyak memberikan kelebihan kepada pihak syarikat untuk bersaing dengan syarikat-syarikat lain sungguhpun pesaing tersebut merupakan syarikat yang mempunyai imej yang berprestij dan eksklusif berbanding dengan syarikat pemohon (SHINE YOUR GARDEN). Di samping itu juga yang menjadi kekuatan syarikat kami (pemohon) juga adalah dari segi keunikan perniagaan yang mana pada asasnya perniagaan kami berbentuk perkhidmatan tetapi juga boleh menjadi pembekal kepada yang memerlukan serta skop pelanggan landskap yang lebih luas berbanding syarikat lain yang mana kami juga menyediakan perkhidmatan hiasan dalaman rumah-rumah kediaman dan pejabat yang menjadi satu trend dan keperluan masyarakat pada masa kini untuk gaya hidup yang lebih tinggi dan eksklusif.

7.5SYER PASARAN

Berdasarkan kepada analisis dan kajian yang telah dibuat, setelah mengambil kira kekuatan dan kelemahan pesaing yang wujud pihak syarikat mensasarkan syer pasaran dalam tempoh jangka masa lima tahun seperti yang berikut :

7.6 RAMALAN JUALAN

Ramalan jualan adalah berdasarkan syer pasaran yang bakal di kuasai oleh syarikat. Kedudukan jualan bulanan dan tahunan sepanjang lima tahun adalah seperti berikut:

TAHUNJUALAN BULANANJUALAN TAHUNANPENINGKATAN

(RM) (1)(RM)JUALAN TAHUNAN

200923,156277,880-

201034,275411,300137,100

201157,125685,500274,200

201291,4001,096,800411,300

2013137,1001,645,200548,400

7.7STRATEGI DAN PELAN PEMASARAN

Strategi dan pelan pemasaran adalah satu bahagian yang paling penting dalam aspek pengeluaran produk ataupun perkhidmatan. Ia merupakan satu perancangan jangka panjang yang komprehensif serta ia juga mempengaruhi kejayaan sesuatu perniagaan. Pihak atasan boleh menetapkan sama ada bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos ataupun ingin mencapai tahap jualan atau pulangan yang ditetapkan. Di dalam strategi pemasaran mengandungi empat elemen yang merupakan nadi utama strategi iaitu harga, produk, lokasi dan promosi.

7.7.1 Produk / perkhidmatan

Perkhidmatan Dan Produk

Dari segi produk atau perkhidmatan, objektif utama syarikat SHINE YOUR GARDEN memilih perniagaan perkhidmatan perunding dan pembina landskap adalah di sebabkan oleh perkembangan sektor perkhidmatan yang semakin berkembang dari tahun ke tahun ekoran kepesatan dan pembangunan ekonomi yang semakin cepat yang mana secara globalnya sektor ini mampu memberikan saiz pasaran yang lebih luas dan boleh menjanjikan kepuasan dan keuntungan yang memberangsangkan. Sungguhpun begitu, produk atau perkhidmatan yang di tawarkan oleh syarikat SHINE YOUR GARDEN amat mementingkan kualiti hasil kerja, hubungan mesra pembekal pelanggan serta memastikan pelanggan mendapat kepuasan yang optimum selepas menggunakan perkhidmatan yang di tawarkan oleh syarikat. Justeru, fenomena tersebut sesuai dengan sikap penduduk moden masa kini yang amat mementingkan keselesaan, kemodenan dan pembaharuan pada setiap masa dan tempat.Perkhidmatan yang di tawarkan oleh syarikat SHINE YOUR GARDEN lebih tertumpu kepada premis-premis dan bangunan daripada sektor awam ataupun swasta serta kawasan-kawasan rumah kediaman untuk di ubahsuai mengikut sama ada melalui rundingan antara pihak syarikat dengan pelanggan ataupun melalui idea daripada pelanggan sendiri. Selain itu juga, syarikat SHINE YOUR GARDEN bertindak sebagai agen pembekal bahan-bahan landskap di kawasan setempat serta juga bertindak bukan sahaja perunding landskap malah ia juga bertindak sebagai perunding hiasan dalaman pelbagai tempat seperti rumah kediaman dan sebagainya. Pihak syarikat juga mampu menerima perunding landskap bagi tempat-tempat istirehat seperti taman-taman rekreasi serta tidak ketinggalan bagi pelanggan yang memerlukan khidmat rundingan landskap untuk membina sebuah pusat peranginan. Berdasarkan analisis dan kajian yang dijalankan, melalui pembaharuan yang di bawa khas oleh pihak syarikat mampu untuk menjadi senjata kuat pihak syarikat supaya terus berada kekal di dalam pasaran serta ,mampu untuk memonopoli perniagaan perkhidmatan landskap.

Kualiti

Dari segi penjagaan kualiti perkhidmatan yang di tawarkan, pihak syarikat sentiasa membuat pemantauan dan penyelenggaraan terhadap stok-stok sedia ada serta penambahan ilmu pengetahuan mengenai tema-tema serta corak-corak terkini landskap berdasarkan pandangan dunia yang dilakukan oleh negara-negara luar yang mana pemantauan di lakukan dengan menggunakan kaedah internet. Aspek ini amat penting untuk mengekal dan menambah pelanggan sedia ada untuk terus menggunakan perkhidmatan yang di tawarkan oleh pihak syarikat. Ruang susun atur yang eksklusif dan bercorak hiasan dalaman yang moden dan cantik dalam premis perniagaan di gunakan oleh pihak syarikat sebagai salah satu strategi syarikat untuk mengekalkan kualiti hasil kerja dan juga sebagai bukti terhadap kemampuan syarikat dalam memberikan hasil kerja yang baik, berkualiti, serta asli terhadap pelanggan di dalam bidang landskaping serta hiasan dalaman ini.

7.7.2Strategi Penentuan harga

Seterusnya adalah aspek penentuan harga, aspek penentuan harga ini amatlah penting kerana kerana harga adalah merupakan tarikan utama dalam usaha untuk menarik pelanggan. Selain itu, aspek harga juga menentukan keuntungan perniagaan sesebuah perniagaan. Justeru, aspek penentuan harga perlulah di selaraskan dengan baik bagi memastikan pelanggan tidak beralih kepada para pesaing di samping mengukuhkan kestabilan kewangan dan mengawal pergerakan perniagaan bergerak mengikut seperti yang telah di rancang.Objektif utama syarikat SHINE YOUR GARDEN dalam perletakan harga bertujuan untuk menguasai syer pasaran di kawasan daerah premis beroperasi sebanyak 12% dalam tempoh jangka masa 5 tahun bermula dari tarikh perniagaan mula beroperasi dan berusaha untuk mencapai syer pasaran sebanyak 50% pada jangka masa panjang. Walaupun syarikat SHINE YOUR GARDEN menghadapi beberapa pesaing yang hebat di mana, kesemua pesaing-pesaing yang wujud memliki kekuatan dari segi imej, dan juga mempunyai para pelanggan yang setia dan boleh di katakan tetap namun syarikat SHINE YOUR GARDEN memiliki kekuatan dari penentuan harga kerana harga yang di tawarkan. Syarikat SHINE YOUR GARDEN menawarkan harga yang jauh lebih murah ekoran daripada kesemua syarikat pesaing beroperasi di luar kawasan perniagaan premis dan menyebabkan jika pelanggan-pelanggan yang berasal daripada kawasan damansara terpaksa di kenakan bayaran lebih untuk menampung kos pengangkutan barang-barang yang di perlukan untuk membina landskap tersebut berbeza dengan kedudukan syarikat yang mana memang beroperasi di kawasan damansara tidak mengenakan sebarang bayaran perkhidmatan kepada pelanggan setempatnya ekoran daripada jarak kawasan yang lebih dekat. Justeru, faktor tersebut merupakan daya penarik utama syarikat untuk menarik lebih ramai pelanggan dan seterusnya memonopoli pasaran perniagaan perkhidmatan yang di tawarkan oleh syarikat di kawasan bandaraya damansara tersebut secara tidak langsung.

Kos PengeluaranStrategi perletakan harga lebih rendah berbanding dengan syarikat pesaing di laksanakan setelah mengambil kira kos-kos langsung yang terlibat dalam proses penghasilan bentuk landskap. Sungguhpun pihak syarikat meletakkan harga yang lebih rendah berbanding namun ia juga bergantung kepada jenis bentuk landskap yang di kehendaki oleh para pelanggan yang mana setiap jenis bentuk landskap yang di bina adalah bergantung kepada jenis bahan yang di perlukan untuk membina landskap tersebut. Semakin sukar bahan yang di gunakan itu di dapati, maka semakin tinggilah kos yang akan di perlukan dan secara tidak langsung akan menyebabkan keadaan harga untuk membina landskap tersebut adalah tinggi. Hal yang demikian berlaku adalah bertujuan untuk menampung kembali kos-kos yang terlibat seperti kos-kos bahan yang di tempah khas, kos pentadbiran, operasi, pengiklanan dan juga untuk mengaut keuntungan yang sederhana.

7.7.3Strategi Kualiti perkhidmatan dan produkWalaupun harga yang di tawarkan oleh pihak syarikat adalah rendah dan sederhana, ini tidak bermakna pihak syarikat SHINE YOUR GARDEN tidak mementingkan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Sebaliknya, pihak syarikat amat mengambil berat terhadap soal kualiti perkhimatan yang diberikan kepada para pelanggan. Hal Ini kerana, kualiti perkhidmatan ini meliputi aspek kepuasan pelanggan yang mana ia merupakan faktor penentu sama ada sesebuah syarikat perniagaan itu berjaya mendapatkan pelanggan ataupun tidak. Fenomena ini berlaku ekoran daripada pihak syarikat sedar bahawa pelanggan adalah raja dan pelanggan juga lah yang menentukan sama ada sesebuah syarikat itu berjaya ataupun tidak dalam menjalankan perniagaannya.

Strategi yang di gunakan oleh pihak syarikat dalam usaha untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan yang baik adalah :1. Mengamalkan konsep yang mesra pelanggan.2. Melayan para pelanggan dengan adil.3. Memberi cadangan dan rundingan yang terbaik dalam pemilihan landskap oleh pelanggan.4. Sentiasa menambah pengetahuan berkenaan tema-tema konsep landskap yang terkini bagi mengekalkan kestabilan di pasaran dan juga sebagai satu strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan lagi.5. Pihak pengurusan sentiasa membuat pemantauan dan penyeliaan dari semasa ke semasa terhadap hasil-hasil kerja pekerja untuk memastikan kualiti hasil kerja yang di hasilkan adalah yang terbaik dan dapat memberikan kepuasan yang optimum kepada para pelanggan.6. Sentiasa memastikan bahan-bahan yang dibekalkan oleh pembekal untuk binaan landskap adalah yang berkualiti dan dijamin sepenuhnya bagi memastikan kualiti dan hasil binaan landskap syarikat adalah yang terbaik.7. Sentiasa menjaga persekitaran premis yang selesa untuk menjaga imej dan prestasi syarikat untuk menarik lebih ramai pelanggan lagi. Aspek ini termasuklah aspek-aspek kebersihan, kualiti pengurusan dan sebagainya.8. Strategi berpakaian kemas juga digunakan oleh pihak syarikat bagi menyakinkan para pelanggan terhadap kemampuan syarikat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap mereka.9. Perkhidmatan selepas jualan turut diberikan iaitu hubungan antara pelanggan dan syarikat yang berterusan dalam memberi khidmat nasihat tentang cara-cara penjagaan.

Permintaan terhadap produk dan perkhidmatan dan kemampuan pelanggan

Pihak syarikat menyedari bahawa pelanggan adalah raja. Oleh yang demikian mereka berhak untuk mendapatkan faedah dan nilai keatas perkhidmatan dan produk. Mereka sanggup mengeluarkan sejumlah yang besar untuk mendapatkan nilai dan faedah setimpal dengan jumlah wang yang dikeluarkan oleh mereka. Oleh itu, harga yang ditetapkan adalah sederhana dan dapat ditanggung oleh golongan yang berpendapatan sederhana.

Lain-lain kos yang terlibat

Tidak ketinggalan kos-kos sampingan juga diambil kira dalam aspek penentuan harga ini di mana kos-kos yang di maksudkan adalah belanja harian syarikat, bil-bil, belanja pentadbiran dan pengurusan dan sebagainya.

7.7.4Strategi Lokasi

Syarikat SHINE YOUR GARDEN terletak di Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Lokasi ini dipilih kerana ia merupakan satu tempat yang strategik. Di sekeliling premis, terdapat pelbagai jenis kedai yang menjalankan perniagaan yang berlainan. Sebagai contohnya, terdapat pasar raya, kedai pakaian, kedai buku, pejabat kerajaan, kedai elektronik, pejabat pos, perpustakaan awam, dan bank-bank. Keadaan ini menyebabkan kawasan tersebut sentiasa dipenuhi oleh ramai orang yang mempunyai tujuan yang berlainan. Syarikat SHINE YOUR GARDEN memulakan perniagaannya dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang manakala pada hari Sabtu waktu operasi bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Lokasi strategik ini menjadi di antara kekuatan utama syarikat untuk terus beroperasi seterusnya melakar kemajuan dan kejayaan pada masa hadapan hasil pembangunan persekitaran lokasi premis perniagaan.

7.7.5Strategi Penggredan

Strategi pengedaran juga penting untuk memastikan produk yang dikeluarkan sampai kepada pengguna. Berikut adalah strategi pengedaran yang digunakan oleh syarikat SHINE YOUR GARDEN:

Pelanggan(pembinaan landskap di jalankan di kawasan yang di kehendaki pelanggan sehingga siap sepenuhnya)Pelanggan(membuat tempahan dan juga pemilihan tema landskap yang di kehendaki dengan pihak syarikat)

Pembekal(menerima tempahan daripada pihak syarikat mengenai bahan- bahan yang akan di gunakan untuk membina landskap berdasarkan kehendak pelanggan)

Syarikat Shine your garden(menerima tempahan daripada pelanggan tentang ciri-ciri landskap yang di kehendaki)Syarikat Shine your garden( merancang pembinaan sesama ahli mengenai landskap yang akan di bina berdasarkan kehendak pelanggan)

Strategi Pengedaran yang digunakan oleh Syarikat Shine your garden

7.7.6Strategi Promosi

Syarikat amat menitik beratkan promosi dan iklan agar dapat bersaing dengan pesaing-pesaing yang telah kukuh di dalam pasaran. Antara strategi promosi dan iklan yang bakal di laksanakan oleh syarikat berdasarkan tahun operasi adalah seperti berikut:

TAHAP PROMOSITAHUN OPERASIAKTIVITI

1. Permulaan0 hingga 2Banner, Handbill, akhbar, majalah landskap

2. Pertengahan2 hingga 3Akhbar, Televisyen

3. Kemuncak3 hingga 5Akhbar, televisyen, papan tanda lebuhraya,

Tahap Permulaan

Pada tahap permulaan peringkat promosi syarikat iaitu pada awal penubuhan sehingga masuk tahun kedua strategi syarikat adalah melakukan pementasan banner, handbill, pendekatan akhbar dan juga majalah landskap. Ini kerana pada tahap permulaan keadaan kewangan syarikat masih lagi pada tahap kurang stabil (dijangkakan berterusan sehingga awal tahun kedua) dan sumber modal untuk perbelanjaan promosi adalah terhad dan pihak syarikat terpaksa meminimakan kos perbelanjaannya kepada tahap promosi yang paling rendah sekali iaitu pementasan banner dan sebagainya seperti yang dinyatakan di atas.

Tahap Pertengahan

Seterusnya pada peringkat pertengahan iaitu pada tahun kedua dan awal tahun ketiga, pihak syarikat mengorak langkah setapak kehadapan dengan menggunakan kaedah promosi yang paling berkesan iaitu dengan menumpukan sepenuhnya promosi di bahagian media-media massa seperti televisyen. Ini kerana di jangkakan keadaan kewangan syarikat dan kedudukan juga semakin stabil pada tahun berkenaan dan mampu untuk mengeluarkan belanja bagi menampung kos promosi yang agak tinggi kosnya.

Tahap Kemuncak

Pada tahap kemuncak ini, strategi promosi yang dijalankan adalah kesinambungan daripada tahap pertengahan. Strategi ini dilaksanakan pada awal tahun ketiga sehingga tahun kelima perniagaan ditubuhkan. Media-media massa yang digunakan akan digempur sehabis mungkin ekoran daripada keadaan kewangan syarikat yang semakin memberangsangkan sekaligus belanjawan untuk promosi semakin meningkat ini semua bertujuan bagi membolehkan pihak syarikat dapat menembusi pasaran perkhidmatan sehingga ke utara dan timur semenanjung Malaysia. Serta bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan lagi dan secara tidak langsung menjadikan imej dan prestasi syarikat akan di kenali ramai.